KINI CONFIRM: Ini posting saya pada 12 Nov (enam hari yang lepas) mendedahkan bahawa kerajaan hadiahkan kepada Najib rumah bernilai RM100 juta. Masa itu ramai tak percaya dan kata saya fitnah! Hari ini menteri dah sahkan!
APA PUNYA HALOBA HARTA DUNIA- NAK MASUK PENJARA PUN MASIH LAGI INGAT HARTA
HAMZAH RIE NA
Malu apa????
Rumah kita nilai berapa?????
Doktor kontrak dapat apa???????
Anak-anak B40 nak PdPR dapat apa?????
Rakyat termiskin dapat apa????
Hutang 1MDB kerja siapa???????
Malu apa????????
GILA!!
Yb Fahmi fadzil
RUMAH PERSINGGAHAN TOKEY PASIR
Rumah persinggahan tokey pasir je ni katanya..persinggahan pun dsh cenggini
hebat
..macamana pulak rumahnya ya..
Cukup
hebat
..cukup mewah. Sape kata orang Melayu tak boleh hidup kaya dengan segala kemewahan yang orang lain tak ada. Nak jadi pemimpin yang boleh di contohi mesti hidup umpama raja..barulah orang kampung di sekelilingnya boleh sokong. Orang kampung ramai yang miskin tu perkara biasa tapi pemimpin mesti jadi super rich..barulah dapat kuasa walau apa caranya.------------------------------------------------
Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Malaysia- ISU JADUAL SPM YANG TERLALU KETAT
Di dalam Mesyuarat kedua JK Pilihan Khas Pendidikan Parlimen (JKPKPP), pada 18 November 2021, kami telah membincangkan isu-isu berikut:
1) Emel rasmi JKPKPP untuk mendapatkan maklumbalas awam: jkpkpendidikan@parlimen.gov.my
2) FB rasmi JKPKPP untuk menyiarkan perkembangan terkini JKPKPP: https://www.facebook.com/Jawatankuasa-Pilihan-Khas-Pendidikan-Parlimen-Malaysia-100175842502147/
3) Jadual SPM yang baru diumumkan dilihat terlalu padat berdasarkan maklumbalas yang diterima dari ribuan para guru dan pelajar.
4) Isu Pentaksiran Setara Standard di awal kemasukan ke sekolah yang telah menimbulkan keluh kesah di kalangan guru.
5) KPM perlu memperbaiki sistem komunikasi mereka dan membalas aduan dan keluh kesah rakyat melalui UKK dan pelantar sosmed mereka seperti tahun-thaun 2018-2019 dahulu.
6) KPM sepatutnya memberikan autonomi dan berdayakan guru dan sekolah untuk menimbulkan keceriaan dan kegembiraan Kembali ke sekolah dan bukannya dibebankan dengan pelbagai laporan dan pentaksiran yang boleh dilakukan kemudian. Semangat para guru dan murid perlu dipulihkan semula, itulah keutamaannya.
7) Diskriminasi tidak berperikemanusiaan ke atas guru-guru yang tidak mengambil vaksin dihentikan dan kuasa diberikan kepada pihak sekolah dan PIBG untuk mewujudkan SOP yang bersesuaian dengan tuntutan dan keadaan setempat di samping memberikan tumpuan kepada kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.
Pelan dan intervensi ke atas Murid Bekeperluan khas (MBK)/ OKU dan perlunya mengambil bahan-bahan dari pihak luar yang lebih professional dan menarik, dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu untuk ditayangkan di DIDIKTV. Banyak bahan dari luar boleh dicapai secara percuma di Youtube dan pelbagai pelantar pembelajaran.
9) Perbincangan mengenai pelan pemulihan Pendidikan oleh KPM dengan membawa para wakil dari UNICEF, UNDP dan ahli Akademik (Dr Othman Talib, UKM). KPT meminta ditangguhkan ke minggu hadapan
10) Keciciran Murid (drop out) dan intervensi. JK bersetuju untuk melibatkan wakil-wakil rakyat MP dan ADUN setempat, merentasi parti untuk terlibat menanggani masalah keciciran bersama dengan PPD dan sekolah untuk membawa pulang murid-murid ke sekolah.
KENYATAAN MEDIA KERAJAAN NAK HADIAHKAN NAJIB 100 JUTA ? KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM
Kenyataan Media
18 November 2021
Mengejutkan tatkala mendapat pengesahan daripada Menteri Kewangan bahawa Kabinet sebulat suara telah menerima satu permohonan untuk menghadiahkan sebidang tanah dan sebuah rumah kepada Ahli Parlimen Pekan yang dianggar bernilai RM100 juta.
Perkara ini tidak pernah dibincang atau dimaklumkan kepada kami dalam sebarang pertemuan dengan wakil pihak kerajaan.
Pada saat rakyat sedang menderita, para doktor kontrak yang masih tidak jelas nasib mereka, anak-anak B50 berdepan pelbagai rintangan dan halangan untuk belajar, dan begitu ramai rakyat Malaysia yang hilang pendapatan, tempat tinggal, malah juga nyawa, tindakan Kabinet untuk ‘menghadiahkan’ tanah dan rumah kepada seorang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah ternyata keputusan yang paling tidak bermoral dan langsung tidak masuk akal.
Rakyat pasti tidak lupa bagaimana Ahli Parlimen Pekan telah mengakibatkan kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang setinggi RM32 bilion akibat kebobrokan dan kecurangan 1MDB.
Malah beliau sehingga hari ini tidak dapat menjelaskan bagaimana sejumlah wang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai ratusan juta ada dalam milikan beliau dan isteri.
Keputusan yang amat mengejutkan ini memaksa kami untuk mengkaji semula segala bentuk persefahaman yang wujud sehingga kini.
ANWAR IBRAHIM
Undian Belanjawan 2022: PH masih tidak bersetuju beberapa perkara penting
Undian peringkat dasar
Belanjawan 2022 dilakukan secara undian suara pada petang ini kerana Pakatan
Harapan (PH) masih tidak bersetuju dengan Kerajaan Persekutuan dalam beberapa
perkara penting.
Menurut Majlis Presiden PH,
biar pun telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak Kerajaan
melalui Jawatankuasa Libat Urus Belanjawan dan terdapat perkara dipersetujui
namun terdapat juga perkara-perkara yang tidak dapat dipersetujui.
"Oleh demikian, di
peringkat dasar Belanjawan 2022 ini, memandangkan kita tidak bersetuju dalam
beberapa perkara, maka PH membuat keputusan untuk mengundi secara undi suara.
"Bagi proses kelulusan
Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa yang bermula Isnin, 22 November ini,
PH akan terus memainkan peranan untuk meneliti, menyemak imbang serta
memperjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, jantina
mahupun wilayah," kata kenyataan Majlis Presiden.
Tegas Majlis Presiden lagi, PH
tidak boleh menerima peruntukan yang tidak bertambah secara signifikan bagi
Sabah dan Sarawakyang masih mundur dan memerlukan pembangunan lebih pesat.
Begitu juga, peruntukan untuk
ransangan ekonomi ke atas rakyat kelas bawahan yang masih dilihat berkurangan
berbanding keperluan.
"PH menekankan keperluan
untuk meningkatkan peruntukan bagi Sabah, Sarawak dan semua rakyat Malaysia
yang berdepan dengan pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi. Belanjawan
seharusnya mewakili dan menjaga semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan
tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
"Walaupun ada tambahan
peruntukan, ia masih tidak mencukupi untuk memastikan Belanjawan yang adil
untuk semua tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah.
"Walaupun PH menghargai
keperluan untuk mengawal defisit Belanjawan, terdapat keperluan untuk
berbelanja dengan berani untuk mengatasi pandemik Covid-19 serta membantu
rakyat dan perniagaan, terutamanya PKS, supaya dapat terus hidup.
"Peruntukan Belanjawan
tambahan di samping Belanjawan 2022 berjumlah RM332 bilion secara berhemat
tidak akan menjejaskan tahap hutang atau defisit dengan banyak tetapi mungkin
kritikal dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat," kata mereka.
Oleh itu, jelas Majlis
Presiden, PH memutuskan akan meneruskan perbincangan dengan Kerajaan berhubung
Belanjawan 2022 demi keadilan untuk rakyat.
"Sebarang keputusan
berhubung kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa akan ditentukan
kemudian," kata mereka lagi.
Undian petang ini merupakan
pusingan pertama, selepas ini akan ada perbahasan peringkat jawatankuasa dan
kemudian pengundian peringkat terakhir.
Dalam sesi pengundian petang
tadi Warisan dan Pejuang cuba untuk mendapatkan undian belah bahagi namun tidak
dipersetujui PH dan berakhir dengan undian suara dan Belanjawan 2022
diluluskan.
Calon DUN Machap Jaya janji selesai isu tanah pajakan 99 tahun
Pengundi DUN Machap Jaya perlu
mengembalikan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya
Negeri (PRN) 20 November ini.
Calon DUN Machap Jaya, Law Bing
Haw (gambar,
kiri) berkata, pemberian mandat
semula kapda kerajaan PH amat penting terutama untuk meneruskan usaha terdahulu
termasuk menyelesaikan isu pajakan tanah 99 tahun penduduk di beberapa kampung
dalam DUN itu.
Katanya, isu berkenaan hampir
selesai pada era pemerintahan PH namun tergendala selepas Kerajaan Negeri
tumbang pada Mac 2020.
"Sebagai contoh Kampung
Machap Baru dengan isu-isu yang ditimbulkan seperti isu pajakan tanah 99 tahun
yang tergendala disebabkan kerajaan PH dijatuhkan
"Kerja-kerja untuk
menyelesaikan isu geran tanah ini sedang dibuat, malangnya tidak dapat
disempurnakan sebab kerajaan kita jatuh. Saya minta pengundi beri satu lagi
peluang kepada kita dan beri mandat semula untuk teruskan kerja-kerja yang
belum sempurna," katanya.
Selain itu menurut Law lagi,
pelbagai dasar yang menguntungkan rakyat Melaka juga akan diteruskan oleh
kerajaan PH sekiranya menang pada PRN ini.
Beliau juga mengingatkan pengundi
untuk berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan. Terutama pihak manakah
yang menyebabkan berlakunya pilihan raya sehingga rakyat diperjudikan di
tengah-tengah pandemikCovid 19 untuk memilih kerajaan baharu.
"Kita tahu BN dan PN gagal
menjaga kestabilan politik. Sebaliknya mereka yang menjadi punca
ketidakstabilan politik sebab kerakusan kuasa dan bercakaran sesama sendiri.
"Hingga Melaka terpaksa
mengadakan PRN dalam keadaan pandemik. Jelas mereka tidak menghiraukan nyawa
rakyat serta mempertaruhkan nyawa rakyat semata mata untuk memegang kuasa
semula," ujarnya.
Dalam sidang media itu, Ahli
Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye (gambar, kanan) juga menyeru agar PH dikembalikan mandat untuk menjamin kemajuan
berterusan di Melaka.
Beliau berkata, terdapat 5 DUN
yang mempunyai harapan cerah untuk dimenangi oleh calon KEADILAN dan sekiranya
5 DUN itu berjaya diraih maka peluang menubuhkan semula kerajaan akan lebih
luas.
"48 jam terakhir kita
perlu pecut supaya peluang keemasan tidak terlepas. Ramai kata kita 50:50 di
banyak kawasan dan antara DUN yang akan memegang tanggungjawab sebagai pimpinan
(yang utama) ialah Machap Jaya, Kelebang, Bemban, Asahan dan Rim.
"Saya menyeru seluruh
pengundi Melaka keluar mengundi pada Sabtu kerana ini peluang terbaik
mengembalikan mandat rakyat kepada PH untuk membentuk kerajaan yang stabil.
Kita tahu walaupun PM kata keluarga Malaysia tetapi kita lihat beliau gagal
menyatupadukan gabungan mereka," katanya.
Bagi rakyat yang khuatir akan
berlaku jangkitan Covid 19 pula, Dr Lee memberi jaminan proses pembuangan undi
tidak akan menyebabkan kluster baharu di Melaka.
Beliau yang pernah merawat
pesakit Covid berkata, virus itu tidak akan berjangkit sekiranya Prosedur
Operasi Piawai yang ketat diikuti.
"Untuk Sabtu ini ada yang
bimbang adakah selamat keluar mengundi?
"Saya tegaskan, saya
sebagai seorang doktor pakar jantung, saya juga merawat pesakit Covid dan saya
mengambil langkah-langkah SOP. Jika ikut SOP yang ketat, bila kita keluar
mengundi pakai pelitup muka, ikuti jarak fizikal, kita boleh elak Covid.
"Pengundian adalah
selamat, jangan kita takut dan lepaskan peluang ini. Cuma kita jaga diri, pakai
pelitup muka, jarak fizikal serta guna sanitasi," katanya lagi.
'Sudah 6 kali jumpa menteri, isu satu pentadbiran urus dua sekolah tidak selesai' - Sim Tze Tzin
Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional terserlah apabila isu satu
pentadbiran menguruskan dua buah sekolah tidak selesai walau sudah mengambil
masa selama setahun.
Lebih malang lagi, menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Yze Tzin, beliau telah pun 6 kali bertemu Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan untuk bertanya lanjut mengenai isu berkenaan.
"Malam semalam saya menunggu di Parlimen sehingga 8 malam untuk mendapatkan Menteri Pendidikan tentang status permohonan pemisahan pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Heng Ee 2 (Cawangan Bayan Baru), pagi tadi saya kejar pula Timbalan Menteri Pendidikan II.
"Isu permohonan pemisahan pentadbiran SMK Heng Ee 2 (Bayan Lepas) daripada SMK Heng Ee Induk (Georgetown) telah berlarutan sekian lama. Satu pentadbiran menguruskan 2 sekolah menengah di dua lokasi yang berlainan, ia sangat berat kepada pihak pengurusan sekolah. Itulah sebab SMK Heng Ee 2 memohon pemisahan pentadbiran.
"Pada Tahun lepas, sekitar bulan November 2020, saya mengambil inisiatif berjumpa Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan I. Menteri jawab akan membawa isu ini kepada Kabinet.
"Bulan September 2021, sekali lagi saya berjumpa kedua-dua orang Menteri dan Timbalan Menteri I. Sekali lagi Menteri jawab akan membawa isu ini kepada Kabinet," katanya.
Mengharapkan isu berkenaan telah pun dibincangkan di kabinet dan kata putus mengenainya telah diambil, Sim mengambil inisiatif berjumpa menteri sekali lagi yang sama minggu ini.
Namun jawapan 'terbaik' yang diterima oleh beliau selepas 2 bulan adalah 'isu itu akan dibawa ke kabinet'
"Minggu ini, saya sekali lagi berjumpa dengan Menteri dan Timbalan Menteri II. Sekali lagi, Menteri jawab akan membawa isu ini ke Kabinet.
"Sudah 6 kali saya berjumpa dengan Menteri dan Timbalan Menteri, jawapan yang yang diberikan tetap sama. Kertas kabinet ini bukan rocket science. Lebih 365 hari kertas belum siap?
"Berapakah kali lagi saya perlu berjumpa mereka supaya mereka mula bekerja demi pentadbir, para guru dan pelajar?" tanyanya.
'Kelembapan' adalah trade mark kepada prestasi kerajaan BN dan PN, tidak banyak isu rakyat yang diselesaikan sepanjang 18 bulan pemerintahan PN dan 3 bulan pentadbiran PM Ismail Sabri Yaakob daripada BN.
DSAI & MP PEMBANGKANG BALUN SPEAKER [KITA NAK TAU SPRM NI? LAWAN RASUAH ...
1. Ini bukan yang berkaitan dengan MOU antara semak dan imbang
2. Kes MITRA menteri melindungi dan parlimen harus bincang dengan telus dalam dewan ini
KENYATAAN MEDIA PH : TAK SETUJU BELANJAWAN 2022, PH MAHU UNDI SUARA
Pakatan Harapan telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak Kerajaan melalui Jawatankuasa Libat Urus Belanjawan 2022.
Melalui sesi-sesi libat urus tersebut, wakil-wakil Pakatan Harapan telah menyampaikan pandangan dan pendirian Pakatan Harapan berhubung isu-isu dasar.
Terdapat perkara-perkara yang dapat dipersetujui, namun terdapat juga perkara-perkara yang tidak dapat dipersetujui.
Oleh demikian, di peringkat dasar Belanjawan 2022 ini, memandangkan kita tidak bersetuju dalam beberapa perkara, maka Pakatan Harapan membuat keputusan untuk mengundi secara undi suara.
Bagi proses kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa yang bermula Isnin, 22 November ini, Pakatan Harapan akan terus memainkan peranan untuk meneliti, menyemak imbang serta memperjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah.
Pakatan Harapan menekankan keperluan untuk meningkatkan peruntukan bagi Sabah, Sarawak dan semua rakyat Malaysia yang berdepan dengan pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi.
Belanjawan seharusnya mewakili dan menjaga semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
Walaupun ada tambahan peruntukan ia masih tidak mencukupi untuk memastikan Belanjawan yang adil untuk semua tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah.
Walaupun Pakatan Harapan menghargai keperluan untuk mengawal defisit Belanjawan, terdapat keperluan untuk berbelanja dengan berani untuk mengatasi pandemik COVID-19 serta membantu rakyat dan perniagaan, terutamanya PMKS, supaya dapat terus hidup.
Peruntukan Belanjawan tambahan di samping Belanjawan 2022 berjumlah RM332 bilion secara berhemat tidak akan menjejaskan tahap hutang atau defisit dengan banyak tetapi mungkin kritikal dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.
Oleh itu, Majlis Presiden memutuskan untuk meneruskan perbincangan dengan Kerajaan berhubung Belanjawan 2022 demi keadilan untuk rakyat.
Sebarang keputusan berhubung kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa akan ditentukan kemudian.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)
ANAK MUDA PERLU DIPERLU UNTUK CETUS GELORA KEBANGKITAN – ANWAR
Anak muda harus ada kesedaran politik sedari awal tidak hanya untuk rebut kuasa yang berselirat dengan intrik, tapi mesti tegakkan amanah dan perteguh nurani membela rakyat.
Meski ramai yang pandang enteng tentang pencalonan calon-calon muda, terutamanya Nana, oleh Harapan di Dun Sungai Rambai, saya tetap yakin ia mampu cetuskan gelora kebangkitan dan kesedaran di kalangan anak muda bahawa politik dan kekuasaan tidak hanya tanggungjawab mereka yang lebih berusia.
Medan pilihanraya di Melaka ini mesti menjadi pencetus dan tonggak penting dalam mengangkat peranan anak muda seluruhnya dan tidak sekadar retorik merebut undi.
Para pemimpin sedia ada mesti beri ruang dan galakan pada anak muda mencambah idea-idea baru, perkukuh budaya berfikir serta pertingkat minat terhadap ilmu pengetahuan.
Lawan tetap lawan!
Anwar Ibrahim
Pengerusi PH/Presiden PKR.
MENJELANG HARI MENGUNDI, PH BUAT 6 TUNTUTAN ATAS SPR
Menjelang hari mengundi, PH buat 6 tuntutan atas SPR
Pakatan Harapan (PH) hari ini mengemukakan 6 tuntutan berikutan insiden Ketua Tempat Mengundi (KTM) menghalang agen calon yang bertanding bertugas di pusat pengundian awal di Balai Polis Masjid Tanah, kelmarin.
Menurut Ketua Unit Perundangan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN, Manivanan Gowin, insiden tersebut amat tidak wajar dilakukan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika suruhanjaya itu telah banyak kali mengendalikan pilihan raya di negara ini.
“Saya rasa amat terkejut dengan tindakan KTM yang mewakili SPR ketika pengundian awal di DUN Lendu dalam Pilihanraya Negeri Melaka (PRN Melaka) ke 15.
“Saya difahamkan KTM tidak membenarkan Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Mengira Undi (PACA) untuk memasuki kawasan mengundi dan memulakan tugas mereka ketika pengundian awal di Balai Polis Masjid Tanah, atas alasan borang petugas terbabit tidak ditandatangani oleh calon sendiri tetapi Ejen Pilihanraya.
“Mengikut peruntukan Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, borang PACA boleh ditandatangani oleh calon atau Ejen Pilihanraya yang juga dikenali sebagai wakil calon,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi.
Mannivanan turut membacakan Seksyen 12 (1) yang mengatakan: “Pada atau sebelum hari penamaan dalam sesuatu pilihan raya, seseorang hendaklah dinamakan secara bertulis oleh atau bagi pihak setiap calon sebagai ejennya untuk pilihan raya itu.”
Juga Seksyen 14 (1) yang menekankan: “Ejen pilihan raya seseorang calon hendaklah dalam sesuatu pilihan raya — (a) melantik tiap-tiap ejen tempat mengundi, ejen mengira, kerani dan pengutus yang diambil kerja, sama ada dengan bayaran atau tidak, bagi pihak calon itu.”
“Ini bermaksud, KTM tidak sepatutnya menghalang PACA yang mewakili calon Pakatan Harapan bagi DUN 04 Lendu, Muhammad Asri Ibrahim.
“Tindakan luar biasa KTM menghalang petugas PACA yang sah telah mengakibatkan penindasan hak seorang calon yang termaktub di bawah peruntukan perundangan sedia ada.
“Tambahan kepada itu, saya juga telah dimaklumkan oleh Ejen Pilihanraya bagi DUN 04 Lendu iaitu Rosdi Ali bahawa satu mesyuarat khas Pegawai Pengurus (RO) bersama Ejen Pilihanraya bagi DUN 04 Lendu telah dilaksanakan pada 17 November 2021. Dalam mesyuarat khas ini, RO telah memohon maaf di atas kekhilafan insiden yang telah berlaku semasa pengundian awal.
“Selaras dengan perkembangan ini, kami mewakili PH ingin mengemukakan 6 tuntutan kepada Pengarah SPR agar memastikan perjalanan PRN Melaka pada 20 November ini mengikut lunas peruntukan perundangan pilihan raya Malaysia, demi memastikan agar pilihan raya ini berjalan dengan lancar dan sempurna, di samping mendukung dan menghayati konsep demokrasi,” katanya.
Enam tuntutan tersebut ialah:
Pertama: Kami memohon agar Pengarah SPR mengarahkan agar KTM yang melakukan kekhilafan nyata tersebut, untuk tidak bertugas pada 20 November dan digantikan dengan seorang KTM yang mempunyai pengetahuan mengenai perjalanan pilihan raya.
Kedua: Kami memohon agar pegawai – pegawai SPR iaitu Pengurus Pilihan Raya (RO), Penolong Pengurus Pilihan Raya (ARO) dan khususnya Ketua – Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut lunas undang – undang yang termaktub di bawah Akta – Akta Pilihan Raya dan Peraturan Pilihanraya.
Ketiga: Kami memohon agar Pengarah SPR memberi amaran keras kepada Ketua – Ketua Tempat Mengundi (KTM) agar tidak mencipta atau mereka atau membentuk peruntukan undang – undang sendiri yang melampaui kuasa Parlimen sebagai badan perundangan yang tertinggi yang bertanggungjawab untuk menggubal dan meluluskan undang – undang di Malaysia.
Keempat: Kami menggesa agar Pengarah SPR memberi taklimat akhir sebelum hari mengundi biasa tentang pematuhan dan kefahaman undang – undang dan peraturan pilihan raya kepada semua RO, ARO dan KTM yang bertugas pada 20 November 2021.
Kelima: Kami memohon agar Pengarah SPR memaklumkan kepada semua RO, ARO dan KTM agar menghormati hak semua calon dan parti politik yang bertanding dalam PRN Melaka di semua 28 DUN yang ditandingi, selagi semua pihak mematuhi undang – undang dan peraturan pilihan raya.
Keenam: Kami memohon agar Pengarah SPR dan / atau RO yang bertugas di Balai Polis Masjid Tanah untuk memohon maaf secara terbuka (kerana mohon maaf secara tertutup tidak memadai) kepada Calon dan Ejen Pilihanraya Pakatan Harapan dan seluruh
warga pengundi DUN 04 Lendu.