GILIRAN UMNO DIPERBODOHKAN PAS ?- DUA DUA BODO

 GILIRAN UMNO DIPERBODOHKAN PAS

🤣🤣🤣



May be an image of text


Semangat 46 sudah merasainya dan begitulah juga PKR, serpigan PAS (Amanah) dan Dap. Kini tiba giliran UMNO ditipu puak2 ini. Tunggu nanti selepas keputusan PRN Melaka, Bersatu pula akn merasai betapa pahitnya ditipu oleh puak parti agama ini. Yg mana boleh memberi keuntungan kpd mereka itulah mereka sokong...Itulah yg kita sebutkan mereka sebagai 'Pedagang Agama'.

TINDAKAN KURANG BIJAK PH

 

ROCK STEADY


Last minute muda dapat tiga kerusi dun. daripada AMANAH & daripada DAP.. ini semua kerja atok96 dibelakang.

Dun Linggi kawasan Amanah & telok mas
Dun Pengkalan Batu kawasan Dap utk quota calun melayu.


May be an image of 2 people, people standing, outdoors and text that says "PRN Melaka: MUDA nak bertanding, sedang runding dengan PH Amir Mamat bhnews@bh.com.my October 27,2021 @ 1:42pm f in aduo majla BH ONLINE"

LAGI KES ANTARA DUA DARJAT


May be an image of 1 person, standing and text that says "Free Malaysia Today 1h. LIVE Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mendapati dua pemimpin itu tidak melanggar SOP ketika menghadiri 'walkabout' di Melaka tetapi penganjur program dikenakan kompaun. i FREEMALAYSIATODAY.COM Muhyiddin, Najib tak langgar SOP, penganjur dikompaun RM20,000 dan RM4,000"

 

Dah jadi norma baharu di Malaysia. Kesalahan dibuat oleh dua pihak, tapi cuma satu pihak didapati bersalah.

Sebelum ini kes rasuah. Yang beri rasuah didapati bersalah dan dihukum manakala yang terima rasuah pula lepas bebas. Sekarang ini Najib dan Mahiaddin pula. Mereka tak salah tapi penganjur yang bersalah.
Kalau mereka tak bersalah, kenapa penganjur dikenakan denda? Kalau penganjur bersalah, kenapa yang datang tak bersalah?
Makin celaru negaraku ini.

Jelas kezaliman dan ketidak adilan berleluasa di negara ini. Kalau rakyat bersetuju dengan para penzalim dengan biarkan mereka terus di tampuk kuasa, tunggulah janji balasan Allah.

PERNIAGAAN PALING UNTUNG


May be an image of text that says "Sinar LIVE Sinar Harian posted a video to playlist TIKTOK. 50m X Kerajaan setuju 32,000 pekerja asing masuk Malaysia Perkara itu sudah dipersetujui dalam perbincangan bersama PM Oktober alu. Follow kami di TikTok: @sinarharianonline #SinarHarian #BuletinTikTok #PekerjaAsing #MuhyiddinYassin"


 Terima kasih kerajaan. Inilah dinamakan extended family. Warga asing pun dah jadi Keluarga Malaysia dah sekarang ni.

Maka dengan ini selesailah isu pengangguran dalam negara. Dengan pengambilan pekerja asing, maka semua rakyat Malaysia akan dapat kerja.
Kita tahu bisnes pekerja asing ini menguntungkan. Sebab tu kerajaan tak peduli rakyat meraung tiada kerja. Yang penting kroni buat duit.
Alah... 32,000 ramai mana sangat kan? Apalah sangat yang terjejas rakyat Malaysia. Lagi pun rakyat sendiri yang memilih kerja.
Kalau rakyat Malaysia sanggup kerja underpaid, sanggup diperhambakan oleh majikan macam pekerja asing, tentu boleh selesai masalah.
Bawa masuk pekerja asing boleh selesaikan masalah majikan sebab pekerja asing gaji murah. Rakyat sendiri menganggur apa ada hal.
Yes, inilah Keluarga Malaysia. Atau nama penuhnya keluarga binatang Malaysia. Sebab yang jadi keluarganya cuma binatang-binatang kroni.
Tapi tak apa. Rakyat Malaysia sanggup miskin, sanggup mati tak makan asalkan Melayu Islam memerintah. Bawaklah masuk lebih ramai lagi...

JANGAN SEDIH, UMNO SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH KEPADA PAS

 

Rasa kecewa UMNO berikutan pendirian Pas yang mengumumkan akan menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka, sekaligus menolak bekerjasama dengan BN mungkin boleh difahami, tetapi adalah dinasihatkan mereka tidak mengecam atau mengutuk parti Islam itu secara berlebih-lebihan.
Pendirian Pas itu bukan saja atas kedudukan mereka sebagai anggota rasmi PN, malah ia sebenarnya dapat menyelesaikan masalah UMNO sendiri secara tidak langsung.
UMNO dan Pas, walaupun bersama dalam Muafakat Nasional atau MN, namun tiada ikatan rasmi yang mengesahkan hubungan mereka itu.
Berbanding PN yang merupakan gabungan berdaftar, MN tidak pernah pun cuba didaftarkan.
Setiausaha Agung BN yang dipecat, Annuar Musa pernah mendakwa, UMNO pimpinan Zahid Hamidi sendiri yang menolak untuk mendaftarkan MN.
Kalau setakat bercinta ke sana sini, tiada ikatan rasmi yang mengikat, apalah nak dihairankan kalau hubungan itu putus di tengah jalan atau pasangan mencari cinta yang lain.
Jadi, tak salah pun Pas beralih kepada PN, yang salah ialah UMNO itu sendiri kerana buta-buta percaya kepada Pas tanpa mahu mengikatnya dengan ikatan rasmi.
Selalu berjumpa, selalu bermesyuarat dan selalu bersama dalam pelbagai program, kenapa hubungan tak diikat dengan ikatan yang rasmi?
Berbeza dengan PN, oleh kerana ia didaftarkan sebagai pertubuhan yang rasmi dan Pas dipinang untuk menyertainya, maka tidaklah salah untuk Pas memilih PN berbanding MN.
Bersama UMNO dalam MN, asyik berkawan saja dan tiada pelawaan untuk berkahwin secara rasmi, maka apa pilihan lagi buat Pas?
Apabila muncul Bersatu dalam hubungan antara UMNO dan Pas yang terbentuk selepas PRU 2018, kisah mereka itu sudah jadi seperti cerita cinta tiga segi gayanya.
Cinta tiga segi selalunya penuh dengan cemburu, berebut kasih sayang, dendam dan macam-macam lagi perasaan.
Tetapi, realitinya UMNO hanya mahu bersama Pas, tetapi tidak mahu dengan Bersatu.
Bersatu sedia menerima UMNO dan sedia juga bersama dengan Pas.
Pas pula mahu kepada kedua-duanya iaitu UMNO dan Bersatu.
Dalam masa yang sama, UMNO juga tahu, syarat Pas ialah jika UMNO mahu bersamanya, mesti dibawa Bersatu sekali dalam kerjasama itu.
Tanpa Bersatu, sudah banyak kali diisyaratkan bahawa Pas agak keberatan untuk bekerjasama dengan UMNO semata-mata.
Dengan Pas sudah bersama PN dan sedia menggunakan lambang PN, ia bermakna ikatan Pas dengan Bersatu sudah cukup kukuh sekarang ini.
Dengan itu, UMNO tidak boleh lagi terus merayu agar Pas secara sendirian untuk bersamanya.
Bukan saja pintu rundingan seperti telah tertutup, malah kalau UMNO mahu berunding pun, ia selepas ini mesti dengan PN, bukan lagi dengan Pas.
Namun, untuk UMNO berunding dengan PN, ia tidak juga mudah kerana ada Bersatu di dalamnya, malah Bersatu yang ditolak UMNO itulah yang mengetuai PN.
Berdasarkan semangat ketetapan PAU yang menolak kerjasama dengan Bersatu, berunding dengan PN yang dipimpin dan diketuai oleh pemimpin Bersatu, ia sama ertinya dengan melanggar ketetapan akar umbi itu.
Ikut mana pun, hakikatnya amat sukar untuk meletakkan UMNO dan Bersatu bersama dalam satu kelambu.
Keputusan UMNO mahu bersama dengan Pas saja sebenarnya adalah bertujuan untuk “membunuh” Bersatu, begitu juga tindakan Bersatu melarikan Pas untuk menyertai PN, ia turut bermatlamat melemahkan UMNO.
Kedua-dua parti itu saling tidak mahu bersama dan lebih sedia bermusuh daripada bekerjasama.
Sebab itu, apabila Pas sudah membuat keputusan kekal bersama PN dan akan menggunakan lambang PN, UMNO tidak perlu menoleh atau bersedih lagi.
Tindakan Pas itu secara tidak langsung telah memudahkan lagi keinginan UMNO untuk menolak Bersatu serta memenuhi ketetapan PAU tanpa ragu-ragu.
Oleh kerana Pas lebih memilih bersama Bersatu dalam PN, tidak sukar lagi sebenarnya untuk UMNO untuk turut meninggalkan Pas sama.
Dalam hal ini, UMNO sepatutnya berterima kasih kepada Pas, bukan bersedih.
Bayangkan betapa sukarnya UMNO untuk membuat keputusan dan mengharungi masa depan dalam PRN Melaka dan PRU15 jika Pas tidak membuat apa-apa keputusan berhubung kedudukan dan penggunaan lambang PN.
Sampai bila hubungan tiga segi itu mahu tergantung begitu saja?
Kepada UMNO, pilihan kini hanya satu – jalan terus dan lupakan Bersatu serta lupakan juga Pas secara muktamad. – ShahbudinHusin 02/11/2021.


Debat Dasar Kabotaj Negara : Wee Ka Siong dan Lim Guan Eng | 2 November ...




Selepas ‘berbalas serangan’ di Dewan Rakyat, akhirnya dua tokoh ini bersetuju dan bersedia untuk berdebat isu Dasar Kabotaj Negara. Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong vs Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Saksikannya di saluran 501 dan semua platform Astro AWANI 9:30 malam, Selasa, 2 November 2021.




PRN Melaka | PH kekal prinsip tolak 4 ADUN berpaling tadah


Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP kekal dengan keputusan menolak kesemua empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang sebelum ini menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata partinya hanya berjaya meyakinkan sekutu dalam PH untuk menolak hanya dua daripada empat ADUN tersebut sebagai calon PH dalam PRN Melaka, manakala dua masih dipertimbangkan seperti yang dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


KEMPEN DUA DARJAT DAN KEBEBALAN DI MELAKA



Mengulas mengenainya Pengerusi PAKATAN HARAPAN, yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata puncanya ialah kerana pemimpin bebal yang mempengaruhi Tuan Yang Terutama yang tidak berfikir panjang, lalu mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri dengan pantas. Beliau berkata, lain kali jika hendak melantik Tuan Yang Terutama, hendaklah orang yang ada kelayakan, kewibawaan dan integriti untuk menjaga kepentingan.


((PANAS)) PH MENANG 16 KERUSI DUN MELAKA? UMNO MELAKA TOLAK PPBM TAPI IS...



((PANAS)) PH MENANG 16 KERUSI DUN MELAKA? UMNO MELAKA TOLAK PPBM TAPI ISMAIL SABRI TERIMA PPBM? SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH https://bit.ly/2R38Uhk KREDIT TO FB AMIR HIJAZ FANS



PH SIBUK BAIK PULIH NEGARA, PAS SIBUK CARI KOLAM



“Main 100 'kolam' pun tak apa sekiranya atas nama penyatuan, perpaduan dan kesatuan politik Islam Melayu. “Sekiranya ada 100 'kolam' pun, kita akan berenang, jangan kata dua atau tiga, lebih pun kami bersedia,” katanya pada sidang media selepas perasmian penutup MyDigitalMaker Virtual Fair Negeri Kedah (MaiReka) di Wisma Darul Aman pada Ahad.





TAK APALAH ASAL KAMI DAPAT SIKIT GHADIMAH DAH CUKUP...BIARLAH KAMI GADAIKAN LAMBANG SUCI KAMI SEJAK BERDEKAT LAMANYA DEMI KUASA DAN JAWATAN...KAH...KAH

 


PRN Melaka: Pas akhirnya pilih lambang Perikatan Nasional


 

RUGI 33.8 BILLION DAPAT CUMA 3 BILLION- NAJIB PULA MEROYAN SOAL CUKAI PADA HAL MELINGKUP 1 MDB BERPULUH PULUH BILLION- SUDAH LAH....MELINGKUP DUIT RAKYAT SAHAJA. BODOH KAU ORANG SEMUA


AZIZI ZAKARIAH

Malah, nilai sebanyak RM33.8 bilion sudah musnah dalam pasaran saham kita semalam berbanding hasil tambahan RM3 bilion kepada kerajaan yang dikutip dari cukai makmur ini.

Kerugian RM33.8 bilion untuk mendapat hasil RM3 bilion? Adakah ianya wajar?
Saya sangat bimbang bahawa langkah sementara ini akan memberi impak jangka masa panjang terhadap keyakinan pelabur dan ekonomi negara kita serta aset simpanan Rakyat.
Di ulang ulang ....
Kerugian RM33.8 bilion untuk mendapat hasil RM3 bilion? Adakah ianya wajar?
Sementara perbelanjaan Kumpulan Wang Covid-19 berjumlah RM38.02 bilion.
Hanya yang bersatu dalam pendapat untuk menyokong sesuatu dasar dan lain-lain terutama dalam politik siasah seterus politik kenegaraan.
Perbincangan dibuka sekarang.
May be an image of text that says "T Prosperity tax fair, says deputy minister after RM33bil wiped off market cap Minderjeet Kaur November 2. 2021 12:52 PM Yesterday, it was reported that a cumulative RM33.8 billion was wiped off the market capitalisation on Bursa Malaysia in a knee jerk reaction to the government's announcement. To an additional question by Ahmad Maslan (BN-Pontian) on the revenue to be earned from the prosperity tax, Yamani said it was not known yet but it could be more than RM3 billion."
Susulan kenaikan hutang kerajaan sebanyak RM300 bilion serta pengambilan dividen melampau sebanyak RM140 bilion dari Petronas sejak PRU14 akibat pemansuhan GST dan lockdown separuh masak antara paling panjang tempohnya dalam dunia, kewangan kerajaan dan kemampuan kerajaan untuk bantu Rakyat yang terjejas akibat pandemik adalah terhad.
Sebab itu, kerajaan perkenalkan cukai makmur ‘one-off’ sebanyak 33% akan dikenakan bagi syarikat berpendapatan melebihi RM100 juta - iaitu kenaikan dari cukai biasa sebanyak 24%.
Ini perbandingan kadar cukai korporat beberapa negara:
Hong Kong: 16.5%
Singapura 17%
Indonesia: 22%
Filipina: 25%
Thailand: 20%
Vietnam: 20%
UK: 19%
USA: 21%
China: 25%
MALAYSIA: 33% (biasanya 24%).
Saya pernah menulis beberapa kali bahawa antara niat sistem cukai GST ialah untuk turunkan cukai korporat dan cukai peribadi ke paras lebih kompetitif degan negara-negara jiran bagi menggalakan perniagaan baharu dan pelaburan asing dalam negara.
Ini juga trend seluruh dunia.
Dan ini juga dibuktikan apabila cukai korporat dan peribadi diturunkan beberapa kali dari 28% ke 24% semasa saya PM.
Malah, negara Filipina turut turunkan cukai korporat dari 30% ke 25% pada tahun ini sebagai satu usaha membina semula ekonomi mereka yang terkesan teruk oleh pandemik.
"Philippines to cut corporate tax to 25% to aid recovery from COVID"
Tapi kita naikkan dari 24% ke 33% secara one-off untuk pungut sekitar RM3 bilion pulak.
"To an additional question by Ahmad Maslan (BN-Pontian) on the revenue to be earned from the prosperity tax, Yamani said it was not known yet but it could be more than RM3 billion."
Ini antara kebimbangan saya dalam perbahasan saya semalam bahas di Dewan Rakyat.
------
Saya menyedari bahawa hasil kepada kerajaan dijangka rendah dan
kewangan kerajaan ketika ini sangat tertekan atau kritikal.
Tapi saya amat bimbang dengan dua langkah kerajaan untuk menaikkan cukai korporat dari 24% ke 33% bagi syarikat yang untung lebih RM100 juta bagi tahun 2022 serta langkah untuk mula mengenakan cukai ke atas pendapatan yang diperolehi dari luar negara untuk menambah pendapatan kerajaan.
Akibat pemansuhan GST, yang menyekat langkah kerajaan BN dahulu
untuk menurunkan cukai korporat dan peribadi, kadar-kadar cukai negara kita sudah menjadi paling tinggi di ASEAN ketika ini – malah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat yang sudah turunkan kadar cukai mereka dengan ketara sejak 2 tahun lepas.
Saya faham, kenaikan kadar cukai korporat bagi syarikat-syarikat yang menjana keuntungan RM100 juta ke atas adalah langkah sementara untuk satu tahun sahaja, tetapi, ianya akan menghantar mesej yang boleh menghakis keyakinan pelabur. Mereka akan berasa khuatir perkara seperti ini boleh berulang pada masa yang akan datang apabila kerajaan terdesak untuk mendapatkan hasil tambahan.
Perlu kita sedari, semasa kita memilih pelabur asing, pelabur asing juga memilih kita dan mereka mempunyai negara-negara lain sebagai pilihan alternatif.
Sebab apa pelabur asing mahu memilih negara kita dengan kadar cukai yang tinggi untuk melabur apabila tawaran negara-negara jiran kita lebih menarik dan semakin menarik?
Kita boleh lihat daripada kejatuhan teruk pasaran saham sebanyak 33 point sehingga pukul 12 tengahari tadi akibat langkah tersebut.
Malah semasa saya berdiri ini …………….
Nilai sekitar RM25 bilion ini telah dihapuskan dari pasaran kita. Dan yang akhirnya menanggung kerugian ini adalah rakyat secara langsung atau secara tidak langsung melalui tabung-tabung simpanan rakyat seperti KWSP, ASB, Tabung Haji serta Unit Trust.
Sekiranya matlamat perbelanjaan kerajaan yang paling besar ini adalah untuk menjana peluang pekerjaan yang baharu dan memulihkan ekonomi serta menambah pendapatan kerajaan, ada banyak lagi cara selain memperkenalkan cukai-cukai baharu.
---
Akhirnya, nilai sebanyak RM33.8 bilion sudah musnah dalam pasaran saham kita semalam berbanding hasil tambahan RM3 bilion kepada kerajaan yang dikutip dari cukai makmur ini.
Kerugian RM33.8 bilion untuk mendapat hasil RM3 bilion? Adakah ianya wajar?
Saya sangat bimbang bahawa langkah sementara ini akan memberi impak jangka masa panjang terhadap keyakinan pelabur dan ekonomi negara kita serta nilai aset simpanan Rakyat.

Status Idris Haron, Noor Azman sudah hampir dimuktamadkan PH – Anwar Ibrahim

 

By Muhammad Azizul Osman - 1 November 2021

MGF18102021_PERJUMPAAN-PKR-DI-MELAKA-02


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) diiringi Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari (dua kiri) bersama ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron (dua kanan), ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (kanan) di Hotel Muzzafar, Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Menjelang proses penamaan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 8 November depan, Pakatan Harapan (PH) didakwa sudah hampir memuktamadkan isu mengenai status dua daripada empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.

Jelas Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim gabungan itu telah mengadakan perbincangan yang panas dan panjang mengenai kedudukan dua bekas ADUN tersebut.

“Tentang 4 ADUN dan sekarang hampir dimuktamadkan iaitu ada 2 ADUN yang asalnya dari UMNO status mereka sama ada boleh terima atau tidak, ada juga perbincangan yang panas yang panjang, untuk memuktamadkan keputusan.

“Pandangan kita adalah kategori untuk mengatakan walaupun dipertikai saya tahu jawapan semalam saya pergi sedikit penjelasan dan ada pertikai, tak ada masalah tetapi suadara kena faham bahawa perubahan ini hanya harus berlaku bukan dengan sikap keras kita, ia berlaku dengan hemah kita, kebijaksanaan kita, untuk tarik hubungan pada semua pihak,” katanya dalam sidang media sempena pelancaran jentera PH PRN Melaka, sebentar tadi.

Untuk rekod, dua bekas ADUN UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali pada awal Oktober lalu adalah bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, dan bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Tambah Anwar, PH harus ingat bahawa gabungan itu ada mengadakan rundingan dengan keempat-empat bekas ADUN tersebut sehingga mereka bertindak menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri yang kerajaan negeri tumbang.

“Rundingan itu menyebabkan mereka memilih untuk menarik sokongan terhadap kerajaan dengan sefahaman bahawa mereka tidak dikhianati dan ditinggalkan selepas itu.

“Kita bukan jenis manusia bila menang berjaya tabik hormat, bila tidak berjaya kita lakukan pada begitu pada mereka.

“Keputusan kita tertakluk apa dia dalam proses perbincangan dengan mereka apa persetujuan apa jaminan ada semangat kesepakatan itu ambil kira sebelum muktamadkan,” katanya lagi.

Minggu lalu, Anwar berkata, PH masih belum mencapai kata sepakat mengenai kedudukan empat bekas ADUN Melaka untuk bertanding atas tiket gabungan pakatan itu pada PRN Melaka.

Katanya perbincangan mengenai kedudukan Idris, Nor Azman dan dua lagi bekas ADUN iaitu Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Datuk Noor Effandi Ahmad masih diteruskan.

Minggu lalu, mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan bagi membincangkan mengenai PRN Melaka termasuk hasrat empat ADUN berkenaan yang dikatakan mahu bertanding atas tiket PH.

Hasrat mereka sebelum ini bagaimanapun ditolak DAP yang tidak mahu menerima Norhizam berikutan bertindak menyokong gabungan politik baharu di Melaka sehingga menyebabkan PH tumbang di negeri itu.