PESAWAT PEJUANG SINGAPURA TERBANG RENDAH DIRUANG UDARA PASIR GUDANG-KERAJAAN MALAYSIA DIAM ?
Kenyataan Media
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Isu: Pesawat Terbang Tentera Udara Singapura terbang rendah di Ruang Angkasa Pasir Gudang.
Saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai, penduduk setempat dalam bulan Oktober 2021 dari Rakyat di daerah Pasir Gudang yang meliputi Parlimen Tebrau Dan Parlimen Pasir Gudang.
Mereka mengadu kepada saya tentang kekerapan kelihatan pesawat-pesawat tentera Republik Singapura terbang rendah di ruang Angkasa Pasir Gudang yang berjiran dengan Singapura.Kawasan yang terlibat seperti di Kampung Pasir Putih, Taman Scientex, Taman Air Biru dan Taman Cendana, antara lainnya.
Selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang saya mohon Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor, terutama Kementerian Luar Dan Kementerian Pertahankan menyiasat kejadian pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh pesawat Negara asing.
Tindakan sewajarnya perlu diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia. Kejadian pencerobohan ruang angkasa negara kita ini kelihatan kerap berlaku selepas Kerajaan Pusat membangkitkan isu untuk mengkaji semula Kes Pulau Batu Puteh/ Pedra Blanca.
PH MELAKA TETAP BAWA KES BUBAR DUN KE MAHKAMAH
PH Melaka tetap bawa kes bubar DUN ke mahkamah
Meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah diisytiharkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun Pakatan Harapan (PH) Melaka meneruskan tindakan undang-undang menyemak keputusan Gabenor Melaka, Tun Dr Ali Rustam membubarkan DUN berkenaan bulan lalu.
Menurut Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, PH Melaka akan meneruskan langkah membawa isu berkenaan ke mahkamah dalam minggu ini juga bagi membolehkan semakan terhadap proses, prosedur dan fakta pembubaran DUN itu dapat dilakukan.
“Kelewatan memfailkan kes ini adalah disebabkan oleh kegagalan pihak pengurusan DUN Melaka mengeluarkan atau menyerahkan Notis Pembubaran DUN Melaka Yang Keempat Belas secara rasmi kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sehingga kini.
“Pihak DUN Melaka hanya mengeluarkan surat penyerahan Warta Pembubaran DUN Yang Keempat Belas melalui surat bertarikh 15 Oktober 2021 yang diserahkan pada hari ini.
“PH Melaka akan terus menggunakan ruang perundangan bagi memberi sedikit ruang agar Kerajaan yang mempunyai keabsahan majoriti boleh dibentuk dan PRN tidak perlu diadakan,” katanya.
Bagaimanapun menyedari SPR telah pun mewartakan PRN, maka menurut Adly, PH Melaka akan bersedia untuk memasuki pilihan raya dengan menurunkan jenteranya.
“Walau bagaimanapun PH Negeri Melaka akan tetap bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk PRN Melaka,” katanya lagi.
ARAK TIMAH: DULU PAS SEDAP TIBAI KERAJAAN, SEKARANG TERDIAM
Arak Timah: Dulu Pas sedap tibai kerajaan, sekarang terdiam
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kontroversi arak buatan Malaysia berjenama Timah yang popular di luar negara dan dianggap memalukan kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional boleh dielakkan sekiranya parti agama yang menjadi tunjang kerajaan itu berusaha mengurangkan aktiviti bersangkutan arak di negara ini.
Menurut Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, Pas yang pernah menentang keras penghasilan dan penjualan arak sewaktu jadi pembangkang dahulu perlu menerangkan kepada bukan Islam tentang keburukan arak, supaya mereka sendiri menolak minuman berkenaan.
“Dalam negara demokrasi adalah mustahil kita hanya mengharapkan sokongan umat Islam di dalam negara untuk buat apa yang Islam mahu tetapi apa usaha kita untuk fahamkan mereka yang tak faham kenapa kita nak arak tu diharamkan,” katanya dalam catatan di Facebook beliau.
Bagi Fakhrulrazi lagi, orang bukan Islam tidak akan faham dengan hujah golongan agama mengenai pengharaman arak. Sebaliknya perlu dicari hujah yang lebih rasional.
Bagaimanapun, kata Fakhrulrazi lagi, Pas berhadapan masalah dalam isu terbabit kerana sebelum ini mereka amat ‘celupar’ menentang pemerintah yang membenarkan penjualan arak.
“Saya yakin orang Pas pun tak setuju dengan isu arak. Tetapi sebab mereka ini dulu celupar dan banyak cakap sebelum jadi kerajaan. Tibai tak beringat, bila dah jadi kerajaan baru tahu apa masalahnya.
“Setidaknya usaha dan carilah jalan untuk mengurangkan penjualan arak, bukan memberi alasan,” katanya.
Baru-baru ini pemimpin kerajaan dari Pas dikecam hebat oleh netizen apabila memberi alasan arak jenama Timah bukan dikeluarkan oleh kerajaan. Begitu juga tular tarikh kebenaran penjualan arak berkenaan pada bulan Jun 2020 ketika Pas telah berada dalam kerajaan PN.
Anwar nasihatkan penggerak jentera PKR, PH utamakan nasib rakyat
Oleh FAZLI RADZI / October
19, 2021
Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim mahu jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) bersiap siaga
untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusi PH itu berkata
hal tersebut perlu dilakukan walaupun pembangkang kurang bersetuju dengan keputusan
mengadakan PRN.
Presiden PKR itu
berkata, walaupun PH kurang bersetuju dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) itu, jentera pilihan raya parti perlu membuat persiapan bagi
berdepan kemungkinan PRN diadakan.
“Saya nasihatkan kepada penggerak
jentera PKR dan PH untuk mengutamakan nasib rakyat pelbagai kaum yang melarat
saat ini. Jadi, ayuh kita selamatkan Melaka!,” katanya melalui Twitter beliau
hari ini.
Anwar
turut memaklumkan, beliau semalam sudah mengadakan sesi penerangan dengan
pimpinan dan jentera PKR Melaka berhubung pengumuman SPR itu.
Semalam,
SPR menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka,
manakala hari penamaan calon adalah pada 8 November dan tarikh mengundi awal
pada 16 November.
Majlis
Presiden PH dalam satu kenyataan selepas itu memaklumkan, mereka kurang
bersetuju dengan pengumuman berkenaan.
Mereka berpandangan, ia bukan masa paling sesuai untuk mengadakan PRN berikutan penularan Covid-19 baru menunjukkan trend penurunan, sektor ekonomi baru dibuka semula dan kerisauan terhadap gelombang keempat penularan.
PRN Melaka | DAP tolak Norhizam sertai PRN - Guan Eng
DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Mat Sabu: PRN Melaka Adalah Pilihanraya Yang Dipaksakan, Perdana Menteri...
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu
menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20
November nanti adalah pilihan raya yang dipaksakan oleh kerajaan Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob.
Beliau
berkata, PRN yang tetap diteruskan di negeri itu menunjukkan Ismail sebagai
pemimpin yang lemah dan teruk tatkala perjanjian persefahaman sedang
berlangsung antara pemimpin Pakatan Harapan dan kerajaan Persekutuan.
“Sewajibnya
tidak perlu pilihan raya kerana empat penyokong Perikatan Nasional – Barisan
Nasional telah berpaling tadah dan menyokong PH.
“Sepatutnya pihak PH lah yang ada
majoriti. Tapi pemerintahan Ismail begitu lemah dan beliau tunjuk kelemahan ini
ketika persefahaman antara pembangkang dan perdana menteri sedang berjalan.
“Kita
tak tahu Malaysia nak pergi ke arah mana. Pilihan raya dipaksakan kepada
rakyat. Bagi saya ini bukan soal musim Covid-19 atau tak, pilihan raya masih
boleh diadakan.
“Soalnya
Ismail Sabri ini kita tidak tahu dia ikut formula mana. Inilah perdana menteri
paling bankrap dan paling teruk dalam sejarah wujudnya PM di Malaysia. Kamu
paksakan pilihan raya yang sepatutnya tidak perlu diadakan di Melaka,” tegasnya
dalam satu video yang disiarkan di Facebooknya tengahari tadi.
Pada
masa sama, Mohamad turut membangkitkan semula situasi ketika Adly Zahari
kehilangan sokongan dan gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana
tiada lagi majoriti.
Apa
yang berlaku ketika ini juga sama situasinya ketika Adly dijatuhkan dan tidak
seharusnya DUN dibubarkan kerana Datuk Seri Sulaiman tidak lagi mempunyai
sokongan majoriti.
LIVE !! PRN MELAKA- TOLAK ADUN LOMPAT
BILA NAK MELOMPAT JATUHKAN PH DI MELAKA...KEMAIN PAKAT LONCAT. SAMPAI TAHAP NAK SERAH HIRUP MATI PADA PH..IKRAR KAKI LOMPAT..PASIR PUNYA PASAL SANGGUP KO LOMPAT...
INILAH DIA PERANGAI..YB YANG SUKA SEBUT BABI PUN DAP DAH TOLAK..DIA INGAT DAP TU PARTI COQ KODOH KE;UAAQ MASUK MULUT IKUT SUKA HATI
TAK HIRAU SAKIT DAN PENYAKIT-PAKSA JUGA PIIHANRAYA...INGAT RAKYAT..JANGAN UNDI SELAIN PH..KERANA PH SELAYAKNYA MEMBANGUNKAN NEGARA INI KEMBALI KE LANDASAN ASAL SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAJU MAKMUR.
KUMPULAN MAHATHIR, MUHYIDDIN AZMIN HARUSLAH DI TOLAK RAKYAT.....
KAU INGAT DAP TU MACAM PARTI COQ KODOK KA : Panas !!! DAP tolak Norhizam sertai PRN Melaka
October 19, 2021
DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
“Ada yang tanya dan saya dengan tegas menyatakan DAP tolak sama sekali bekas ADUN Pengkalan Batu sebagai calon dalam PRN negeri akan datang.
Lim Guan Eng (tengah) ketika sidang media di pejabat DAP Melaka. – Astro AWANI
“Saya tidak mahu sebut (alasan), tidak perlu pergi pada asal usulnya semua pun tahu, DAP tetap tidak terima dia sebagai calon dalam PRN negeri,” katanya dalam sidang media di pejabat DAP Melaka, di sini hari ini.
Norhizam yang sebelum ini menang pada Pilihan Raya Umum (PRU)14 lalu atas tiket DAP mengumumkan menjadi calon Bebas sekaligus memberi sokongan kepada UMNO untuk membentuk gabungan kerajaan baru di negeri itu pada Mac tahun lalu.
Beliau yang juga bekas Exco Pertanian, Keusahawanan dan Industri Asas Tani sekali lagi membuat langkah sama apabila bersama tiga lagi bekas ADUN mendakwa hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga hilang majoriti.
Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga bekas Menteri kewangan itu berkata, PH komited unuk memastikan mandat rakyat dikembalikan pada PRN ini dan kekal menyatakan sokongan kepada Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka.
“PH menyatakan sokongan kepada Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri dan saya harap tidak ada apa-apa kesangsian tentang perkara ini.
“Ini bukan hanya daripada DAP sahaja tetapi parti komponen yang lain kerana Adly menjalankan tugas yang baik,” tambahnya.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian PRN Melaka pada 20 November depan, hari mengundi awal pada 16 November manakala penamaan calon pada 8 November.
AJAK SAMA LA ATOK JOIN-NAMPAK TAK BERAPA ADA AHLI TU..KALAU WARISAN DENGAN PEJUANG -ELOK NAMA DIA SANJUANG
HAMZAH RIE NA
Aikkk bukan ker Sabah utk Sabahan slogan yang dia bawa dulu bah?
Sekarang sudah boleh tukar slogan seiringan dengan sudah boleh rentas negeri ya?
DENGAR DULU LAH SEMENTARA NAK TEST MARKET. PERCAYA JANGAN...TAK DAK SAPA NAK PECAH BELAHKAN HANGPA LA...HANGPA YANG DOK CARI GABUNGAN DENGAN UMNO DULU LAMA DH...
Pas dakwa tiada kerjasama antara UMNO dan MN pada PRN Melaka
October 19, 2021
Pas menegaskan bahawa pendirian parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) tidak berubah walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tiada kerjasama politik antara kedua-dua parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.
Menurut laporan portal PNBBC pada Selasa, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, setakat ini tiada keputusan rasmi daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung perkara tersebut.
“Setakat hari ini, keputusan daripada MKT tidak ada pun sebut begitu (tiada MN pada PRN Melaka). Jadi, kita pakai keputusan rasmi itu. Jangan memecahbelahkan kami,” katanya.
Ahmad Zahid baru-baru ini dilapor menyatakan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahupun Pas pada PRN Melaka, sekali gus mahu bergerak secara bersendirian.
Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UMNO belum memuktamad keputusan sama ada akan bergerak secara solo di bawah Barisan Nasional (BN) atau bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN Melaka.
Sementara itu, Idris berkata, pendirian utama Pas kini adalah memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak kembali berkuasa di Melaka.
ARAK TIMAH : KERAJAAN HARUS MENJAGA NAMA BAIK ISLAM
1. Persoalan arak dalam kerangka sebuah pemerintahan perlu dilihat dari sudut hukum Syara’ dan panduan Siyasah Syari’eyah. Siyasah Syarieyah adalah dasar pemerintahan yang digerakkan mengikut keadaan semasa dan peruntukan perundangan terkini dengan merujuk kepada prinsip asal sesuatu permasalahan.
2. Secara hukum fiqah, Islam mengharamkan konsumpsi arak secara nas ke atas umat Islam. Hukum pengharaman arak dilihat kepada kesan buruk yang merosakkan kehidupan seseorang kepada diri dan keluarga serta masyarakat. Apa sahaja aktiviti yang terkait dengan arak turut diharamkan ke atas umat Islam dan perkara ini tidak ada pertikaian dalam perbahasannya.
3. Bagi bukan Islam hukum pengharaman arak ini tidak dipertanggungkan ke atas mereka dan hal mereka dengan arak ditentukan oleh ketetapan agama mereka masing-masing. Islam tidak memaksa tanggungjawab hukum ke atas bukan penganutnya walaupun kesan arak dalam kesejahteraan rumahtangga dan masyarakat sangat membahayakan.
4. Dari sudut Siyasah Syarieyah (Dasar Pemerintahan), pemerintah perlu mengambil sikap dari sudut hak bukan Islam untuk konsumpsi, jualan sesama bukan Islam dan cukai yang dikenakan oleh pemerintah ke atas jualan arak. Dengan kata lain soal arak dan kaitannya dari sudut Siyasah Syarieyah adalah di bawah tajuk hak bukan Islam yang pemerintah Islam perlu menghormatinya.
. Soal dasar arak untuk bukan Islam jelas ditetapkan oleh para fuqaha’ khusus kitab ‘Ahkam Ahlul Zimmah’ oleh Ibnu Qayyim Al Jauzy (meninggal 751 H) yang meletakkan hak-hak bukan Islam secara dasar pemerintahan. Antaranya ialah minuman arak dikalangan bukan Islam, jual-beli di kalangan mereka dan import eksport arak untuk mereka. Fatwa Umar ibnu al Khattab yang menetapkan cukai arak 1/8 dari perniagaan arak di kalangan bukan Islam dijadikan panduan harus mengutip cukai arak.
6. Persoalannya hari ini ialah bagaimana sikap Siyasah Syar’eyah dalam konteks Malaysia perihal jualan, proses pembuatan dan konsumpsi di kalangan bukan Islam dapat ditetapkan panduannya? Jika tidak diperturunkan dasarnya isu arak akan sentiasa dipolitikkan sehingga menimbulkan polemik berterusan yang tidak berkesudahan.
7. Dasar arak perlu bermula dengan melarang umat Islam daripada terlibat dalam semua aktiviti pemprosesan, jual beli, pengangkutan, hidangan dan yang berkaitan. Kedua, sebarang promosi arak dan kaitannya dilarang sama sekali bagi menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan, Ketiga, sensitiviti umat Islam perlu dipelihara dalam semua aktiviti arak di kalangan bukan Islam termasuk penganjuran majlis, pemilihan jenama dan simbol yang boleh menimbulkan kemarahan kepada umat Islam. Keempat, isu hak bukan Islam dalam soal arak dan kaitannya perlu dijauhi dari eksploitasi politik bagi meraih sokongan dan menimbulkan kebencian dan Kelima, penguatkuasaan undang-undang samada peringkat kerajaan tempatan, mahupun di peringkat Federal perlu diperketatkan dan dibaiki supaya gejala kesan arak dapat dikawal dan ditangani dengan berkesan.
8. Berkenaan cukai arak (sin tax), dicadangkan supaya peruntukan besar perlu dibuat di bawah program ‘Berhenti Minum Arak’ bagi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya arak dan ancamannya kepada kesejahteraan dan keselamatan masyarakat. Program ini adalah rentas kaum dan agama bagi menunjukkan solidariti rakyat Malaysia menentang bahaya arak dalam masyarakat bagi memelihara kesihatan dan kesejahteraan rumahtangga dan keselamatan masyarakat.
9. Dari sudut industri yang mempromosikan jenama arak ‘Timah’ sebagai produk Malaysia, ia adalah sesuatu yang memburukkan imej Islam sebagai Agama Persekutuan dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam. Jika 5 petunjuk Siyasah Syari’eyah di atas dituruti, pastinya kelulusan jenama arak ‘Timah’ tidak akan berlaku dan ditolak sejak awal lagi bagi memelihara kedudukan Islam sebagai agama resmi Persekutuan.
10. Pengajaran dari isu arak berjenama Timah ialah perlu ada ketegasan pemerintah memelihara nama baik Islam dan kedudukannya dalam negara. PM dan khususnya kabinetnya perlu menjelaskan sikap supaya nama baik Islam di Malaysia tidak dicemari tanpa menidakkan hak bukan Islam dalam keperluan mereka.
Lebih penting ialah pihak yang memainkan isu arak untuk sentimen politik perlu sedar bahawa arak bukan soal politik murahan tetapi memerlukan ketekunan kepada menurunkan dasar pemerintahan berkesan demi memelihara kedudukan Islam sebagai agama resmi Persekutuan dan sekaligus memelihara kesejahteraan masyarakaf berbilang kaum dalam negara ini.
Yb DS Dr. Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Parit Buntar
19 Okt 2021
PRN MELAKA – UJIAN AWAL PENTING UNTUK PH, BN DAN PN SEBELUM KETIBAAN PRU15
Akhirnya SPR menetapkan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November depan dengan tarikh penamaan calonnya ialah pada 8 November.
Walaupun PRN bukanlah keinginan banyak pihak memandangkan wabak Covid19 belum pulih sepenuhnya, tetapi berikutan DUN Melaka telah dipersetujui dibubarkan oleh TYT Tun Ali Rustam setelah dinasihati oleh Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, maka mengadakan pilihanraya adalah pilihan yang tidak dapat dielakkan lagi sebenarnya, kecuali dengan mengisytiharkan darurat saja dapat menangguhkannya.
Blog ini dalam beberapa artikelnya sebelum ini menekankan perlunya PRN diadakan di Melaka sesuai dengan DUN negeri yang telah dibubarkan itu.
Setidak-tidaknya mengadakan PRN lebih baik berbanding jika darurat dilaksanakan yang tujuannya tidak lain hanya untuk menangguhkan pilihanraya daripada diadakan buat tempoh tertentu.
Dalam hal ini, Ismail Sabri Yaakob bolehlah diberi sedikit pujian kerana tidak meniru langkah Mahiaddin Md Yasin dengan tidak mencadangkan darurat bagi tujuan untuk meletakkan UMNO kekal bertahan lagi dengan kuasanya di Melaka.
Beliau dengan ini lebih berani berbanding Mahiaddin dalam berdepan realiti dan cabaran politik.
Tambahan lagi, nampak pelik sangat bunyinya jika darurat dilakukan kerana pembubaran DUN Melaka adalah pilihan kerajaan negeri yang diterajui UMNO, manakala jika darurat dilaksanakan, ia juga adalah pilihan kerajaan pusat yang dikuasai UMNO.
Dengan adanya PRN Melaka ini, selain memberi peluang kepada rakyat negeri itu membuat pilihan kerajaan negeri baru yang mereka mahukan, ia juga adalah ujian bagi parti-parti yang bertanding mempertaruhkan nasib mereka.
Jika tiada kerjasama antara mana-mana parti, misalnya UMNO dengan Pas atau UMNO dengan Bersatu, persaingan tiga penjuru antara BN, PN dan PH dijangka akan menjadi medan menguji kekuatan masing-masing.
Di sinilah nanti akan dinilai kekuatan dan penerimaan rakyat bukan saja untuk membentuk kerajaan baru di Melaka, malah sebagai ujian awal bagi persediaan menghadapi PRU15.
Dalam hal ini, selain PRN Melaka penting untuk PH, ia juga amat penting bagi BN dan PN untuk menghadapi PRU15 akan datang.
Katalah jika PH berjaya kembali membentuk kerajaan di Melaka, ia adalah gambaran atau isyarat cerahnya masa depan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri selepas PRU15 nanti.
Sebab itu, dalam hal ini ada baiknya PH Melaka membatalkan saja hasrat untuk mencabar ke mahkamah pembubaran DUN bagi menghalang PRN Melaka daripada diadakan, sebaliknya jauh lebih penting untuk mereka menumpukan segala perhatian dan kekuatan untuk mencapai kemenangan di hari pengundian akan datang.
Membawa ke mahkamah untuk menghalang PRN setelah SPR menetapkan tarikh pilihanraya hanya memperlihatkan PH Melaka takut atau tidak sedia menghadapinya.
Ingatlah pemimpin atau parti yang penakut tidak akan menjadi pilihan pengundi untuk dipilih menjadi kerajaan.
Andai kata UMNO dan BN pula yang berjaya memenangi PRN Melaka tanpa perlu bekerjasama dengan Pas atau Bersatu, maka ia juga menandakan masa depan yang cerah bagi gabungan tersebut.
Ia sekaligus akan meletakkan UMNO tidak memerlukan lagi kerjasama dengan Pas dan Bersatu dalam PRU15 akan datang nanti.
Bagi PN pula, memang tidak nampak ada peluang untuk mereka menang di Melaka ini dan jika kalah meskipuj bersama dengan Pas, maka pandai-pandailah untuk hidup dan mencari talian hayat baru bagi menghadapi PRU15.
Sedemikian itu, adalah penting bagi BN, PH dan dan PN bertanding secara sendirian dan berdasarkan kekuatan masing-masing dalam PRN Melaka ini. –
ShahbudinHusin 18/10/2021.
Hikmah PAS dalam Kerajaan:
APA PUN BAGI AKU- PAS KEHILANGAN ALMARHUM USTZ FADZIL NOR DAN TOK GURU NIK AZIZ SEHINGGALAH HADI AWANG MENJADIKAN PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI KERDIL DAN TIDAK DAPAT BERJUANG SENDIRIAN MALAH BEGITU INGINKAN JAWATAN. SELEPAS MENDAPAT JAWATANLAH AKHLAK PIMPINAN DILIHAT TIDAK SEMENA MALAH SAMA SAHAJA DENGAN AKHLAK PEMIMPIN LAIN. PAS KINI DIANGGAP SEBUAH PARTI POLITIK SEMATA MATA.
1. Kilang arak masih beroperasi, boleh dijual masa PKP
2. Cabutan judi tak berhenti, siap naik dari 8 ke 22 kali
3. Pemandu mabuk masih berleluasa, tiada hukuman mati
4. Sajat masih LGBT, ke Australia dia lari
5. Peramugari pakai lagu tu jugak, kain masih belah nampak kaki
6. Adib masih tak terbela nasibnya, kena tunggu Committee
7. Timah the whiskey jadi bualan masa kini, Makcik Kiah dilupai…
Ohhhh the hypocrisy!
Maka tuan puan tepuk la, dan kalau boleh sambung lagi!
***************************************************
Sedikit perkongsian…
Pemimpin2 Islam terkenal,
Salahuddin Al-Ayubi,
Harun Al-Rashid
Mahmud Al-Ghazi
kesemua ni tidak pernah mengaku mereka Ulamak.
Namun, di bawah pimpinan mereka, Islam terkenal dan dihormati seantero dunia. Masuh pun gentar.
Mereka lantik orang lain sebagai ulamak jadi penasihat tertinggi. Membolehkan mereka pakai topi sebagai “Khalifah” untuk memimpin…
Yang pastinya, mereka tak tunggang agama, jauh sekali bermuka2 untuk berkuasa.
Kita perlukan pemimpin yang punyai sifat “Khalifah” bukan sekadar ulamak.
Kerana kita khuatir bila ulamak nakkan kuasa, dalil yang keluar akan ikut tekak.
Wallahu a’lam…
Salam Maulidul Rasul…
Liyana Marzuki
Penjawat awam gagal lengkapkan vaksinasi boleh kena tatatertib, ditamatkan perkhidmatan
Bernama
-
KUALA LUMPUR: Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang gagal melengkapkan imunisasi Covid-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan apabila dasar baharu berhubung imunisasi melibatkan penjawat awam dilaksanakan mulai 1 Nov ini.
Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi Covid-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Pekeliling yang ditandatangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman itu menyebut pegawai boleh diarah untuk mendapatkan dos lengkap mulai tarikh itu.
“Pada atau selepas 1 Nov 2021, mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan ketua jabatan boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan,” menurut pekeliling itu yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini.
Sementara itu, sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan dos imunisasi Covid-19 atas faktor kesihatan, mereka boleh diarahkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan pengamal perubatan berdaftar.
Mereka juga boleh diarahkan oleh ketua jabatan untuk membuat ujian pengesanan Covid-19 jika telah disahkan tidak layak menerima vaksinasi itu atas sebab kesihatan.
“Pegawai adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan dos imunisasi Covid-19 yang lengkap sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bertujuan untuk memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap yang optimum,” menurut pekeliling itu.
Pekeliling itu menyatakan ketua jabatan juga boleh pada bila-bila masa mengarahkan mana-mana pegawai yang belum mendapatkan dos lengkap untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi menentukan status kesihatan mereka.
Ketua jabatan juga boleh mempertimbangkan apa-apa kaedah sesuai untuk memastikan pelaksanaan dasar itu dalam menguruskan pegawai yang tidak mendapatkan vaksinasi lengkap termasuk mengarahkan mereka menjalani ujian pengesanan Covid-19 dengan kos ditanggung pegawai terbabit.
Bagaimanapun, kos ujian pengesanan untuk mereka yang tidak layak menerima imunisasi atas faktor kesihatan akan ditanggung kerajaan.
Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan selaras dengan Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan selain terikat dengan Surat Aku Janji yang ditandatangani oleh pegawai di bawah subperaturan 20 (3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012].
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan 30 Sept lepas memaklumkan semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin Covid-19 dan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 Nov 2021.
Dr M antara punca perpecahan kaum, kata P Ramasamy
PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy mendakwa bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi satu daripada faktor mengapa negara masih tidak bersatu padu.
Ramasamy berkata, Mahathir masih menggunakan hujah lama iaitu dasar memberikan keutamaan kepada Bumiputera.
“Mahathir terus menyatakan benda yang (sama) berulang kali tetapi banyak orang mungkin sudah muak dengan kenyataan-kenyataan ini,” katanya di Facebook.
Beliau berkata, Mahathir bukan pemerhati luar, malah salah seorang penyebab utama bagi pelaksanaan sistem yang memberikan layanan istimewa kepada elit politik dengan alasan bahawa ini akan membantu menangani keperluan khas orang Melayu miskin.
“Tetapi Mahathir gagal menyebutkan bahawa DEB yang dimaksudkan untuk orang Melayu miskin dirampas oleh Umno untuk memperkayakan golongan elit Melayu dan mereka yang mempunyai kaitan dengan elit politik.
“Mahathir tidak dapat menafikan hakikat bahawa ahli politik yang dikaitkan dengan Umno telah memperoleh banyak faedah material termasuk ahli keluarganya sendiri.
“Bukan anak-anak dan keluarga mereka yang sangat memerlukan faedah daripada dasar ini tetapi golongan miskin,” katanya.
Ramasamy berkata, inilah sebab mengapa DEB tidak pernah diberi tempoh had masa.
Katanya, kegigihan ideologi perkauman dan mengapa ia dipertahankan untuk mengakibatkan perpecahan masyarakat yang mendalam sebenarnya berkait rapat dengan proses untuk memperkayakan diri tanpa henti.
“Apabila proses seperti itu terhalang oleh beberapa peristiwa luaran, langkah-langkah baru diperkenalkan untuk memastikan proses perolehan eksklusif ini tidak terganggu,” katanya.
Ia termasuk isu usaha untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera kepada 51% dalam perniagaan penghantaran barang yang akan dikuatkuasakan Disember depan.
[[LIVE]18.10.2021 Logo mana digunakan? PKR atau PH?
Lokman Balun Pemimpin UMNO Dan PAS
Umno ni dah lama la Melayu meluat..Kalau tidak, Umno tidak akan jatuh pada PRU ke 14. tetapi bila PH naik orang Umno, pemimpin menghentam PH kerana Mahathir menjadi bebanan kepada PH. Jika Anwar naik seperti yang dijanjikan PH akan tetap kekal sebagai terbaik setakat ini. PH ada kelemahan , namun jangan anggap bahawa PH tidak berbuat apa apa. Sehingga penyamun di tangkap.
Panas! Tokoh ulamak Pas Perak disingkirkan dalam pemilihan parti
October 19, 2021
Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tanjong Malim membuat kejutan besar apabila tokoh ulamak Pas Perak, Ustaz Mohd Tarmizi Abd Rahman disingkirkan dalam pemilihan yang berlangsung.
Beliau kecundang kepada Mohd Faiz Hj Zainal yang dikatakan menjadi seteru utama Mohd Tarmizi di peringkat kawasan.
Sejurus kekalahan tersebut, Mohd Tarmizi menzahirkan kekecewaannya dan mengucapkan selamat tinggal kepada Pas Kawasan Tanjong Malim.
“Selamat tinggal Pas Kawasan Tanjong Malim.” luah beliau di laman Facebook.
Tambahnya di ruangan komen, beliau akan menumpukan Pondok Mualim yang diusahakannya.
Kata beliau, Pondok Muallim sangat dibenci oleh kepimpinan Pas Kawasan Tanjong Malim yang baru.
Berikut adalah kepimpinan baru Pas Kawasan Tanjong Malim sesi 2021-2023
Yang Di-Pertua PAS Kawasan : Ustaz Mohd Faiz Hj Zainal
Timb Yang Di-Pertua PAS Kawasan : Ustaz Dr Khaled Mat
Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan : Ustaz Sayed Zamzuri Sayed Nengah