KAH..KAH..MACAI KALAU TAK BOLEH BAWA ANAK SALIN KAT HOSPITAL SWASTA MEMANG KOMAN SPANA- TENGOK ROSMAH, DIA NAK PEE SINGAPORE TEMAN ANAK DIA BERSALIN- HANGPA ADA ?

 


Rosmah minta passport dikembalikan, nak ke Singapura teman anak bersalin


Rosmah

Rosmah minta passport dikembalikan, nak ke Singapura teman anak bersalin.Isteri mantan Perdana Menteri keenam Rosmah Mansur, memohon untuk pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkannya ke Singapura.

Dalam permohonan difailkan semalam, isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata beliau mahu menemani anaknya Nooryana Najwa yang bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Dalam permohonan dilihat FMT itu, Rosmah berkata beliau mahu menemani anaknya untuk memberikan sokongan mental dan emosi.

“Nooryana mempunyai sejarah mengalami komplikasi ketika bersalin,” katanya

Rosmah berkata, beliau merancang perjalanan dari hujung Oktober hingga awal Disember, dan mengharapkan kerjasama polis serta Jabatan Imigresen.

Nooryana dan suaminya, rakyat Kazakhstan Daniyar Kessikbayev, kini menetap di Singapura.

Rosmah yang menghadapi tuduhan rasuah berkait projek panel solar sekolah di Sarawak, diminta menyerahkan pasport sebagai syarat jaminan selepas beliau didakwa di mahkamah pada 2019.

Rosmah yang diarahkan membela diri akan menyambung keterangannya di mahkamah pada 21 Okt.

Beliau dituduh meminta RM187.5 juta daripada kontraktor Saidi Abang Samsudin serta menerima RM6.5 juta daripadanya.

Wang itu didakwa untuk membantu memastikan syarikat Saidi, Jepak Holdings Sdn Bhd, mendapat projek bernilai RM1.25 bilion itu.

Muafakat Nasional : Bukan saya angkuh, tapi itulah realiti semasa – Zahid

 

Muafakat Nasional

Muafakat Nasional : Bukan saya angkuh, tapi itulah realiti semasa.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan jawapan dalam satu wawancara baru-baru ini berhubung masa depan Muafakat Nasional (MN) bukanlah satu keangkuhan sebaliknya berpegang kepada realiti semasa dan berpijak di bumi yang nyata.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian memetik kata-kata sepanjang wawancara tersebut dan antaranya iaitu keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 perlu dihormati dirinya selaku Presiden UMNO.

“Kemudian saya menjawab soalan adakah saya kecewa dengan MN yang pernah dimeterai pada 2019. Saya cakap tidak pernah kecewa sebagai ahli politik. Tetapi kita harus tahu apabila kita berkongsi hidup harus saling percaya mempercayai dan jangan khianat mengkhianati.

“Cukuplah pengkhianatan dilakukan sekali, tetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak, saya fikir itu harus dinilai semula.

“Seterusnya saya menjawab soalan tentang kedudukan MN andai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlaku dan saya lontarkan pandangan saya. Biarlah UMNO bertanding dengan panji-panji Barisan Nasional (BN) secara solo dan Insya Allah rakyat memilih parti yang terbaik,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau kemudian merujuk satu petikan berita yang mendakwa melontarkan kata-kata kasar seperti yang ditulis dalam tajuk artikel berkenaan.

Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak pasti mengapa percakapannya dalam satu wawancara itu ditulis dengan begitu angkuh sekali.

“Malah dengan gambar wajah saya yang disiarkan pada sudut seolah-olah begitu bengis. Insya Allah itu bukanlah nilai yang tepat tentang diri saya,” jelas beliau

Panas! Zaharin dedah konflik Ketua Menteri Melaka berlaku sejak dulu lagi

 


Panas! Zaharin dedah konflik Ketua Menteri Melaka berlaku sejak dulu lagi



Panas! Zaharin dedah konflik Ketua Menteri Melaka berlaku sejak dulu lagi



Veteran Umno Datuk Zaharin Mohd Yasin mendedahkan Umno Melaka sebenarnya mempunyai masalah sejak dahulu lagi berhubung dengan Ketua Menteri dalam kalangan mereka.

Katanya, keadaan politik Melaka hari ini menyerlahkan lagi bahawa Umno itu sendiri bermasalah sehinggakan sanggup menjatuhkan kerajaan pimpinan mereka.

“Track rekod Ketua Menteri Melaka ini memang bermasalah dengan DUN, dari zaman Abu Zahar Isnin, Ghafar Baba, Abdul Rahim Thamby Chik.

“Pemimpin Umno Melaka ketua menterinya bertaraf setiausaha bahagian sahaja jadi mengambarkan sistem protokal di Melaka sangat unik,” kata beliau dalam Wacana Apa helah di sebalik Keluarga Malaysia yang disiarkan secara langsung melalui Studio Dahsyat malam ini.

Zaharin yang memahami asam garam di dalam Umno juga berkata sikap ego dalam kalangan pemimpin Umno terlalu tinggi sehingga meletakkan demokrasi untuk kepentingan mereka bukannya rakyat.

“Sedangkan kita kutuk Israel Yahudi tetapi adakah kita tengok demokrasi Israel macam mana?” soal beliau.

Zaharin turut membidas Umno yang cuba memperbodohkan rakyat apabila menafikan hak majoriti 15 ADUN termasuk empat ADUN yang menarik balik sokongan dengan bertindak membubarkan DUN.

“Ada 15 ADUN lebih majoriti berbanding ADUN yang sokong kerajaan sudah tentu ada pihak yang telah menumbangkan kerajaan.

“Yang Umno hendak bubar DUN tu kenapa?

“Jangan bodohkan rakyat, sepatutnya 15 ADUN itu sepatutnya dapat.

“Minta bubar DUN lepas tu kata nak darurat, mana boleh undang-undang darurat dah tutup kalau nak buat kena bawa ke Parlimen.

“Umno ni terlampau kaya, sombong dan angkuh tidak berdiri di bumi nyata. Mereka ada duit mereka boleh buat apa sahaja,” kata beliau yang mengakui masih sayang pada Umno.

Zahrin turut mengingatkan ahli Umno hari ini jangan terlalu taksub dengan parti atau pemimpin tanpa pencerahan dan kebenaran.

Turut bersama di dalam wacana ini, Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa meminta rakyat menilai sebaiknya apa yang dilakukan oleh Umno selama ini.

Katanya, Umno sanggup ‘mengamuk’ di Melaka demi kepentingan dan kedudukan mereka hingga menjejaskan rakyat negeri itu.

“Pengalaman politik Melaka daripada orang dalam Umno sendiri Zahrin Md yasin ternyata apabila kita tidak mampu mengawal parti sanggup mengamuk di Melaka hingga menjejaskan rakyat,” kata beliau.

BUKAN SYAITAN- SYAITAN TU BAWA ANAK BINI MASA PENDEMIK DAN USUNG JANDA -TU SYAITAN BALIK MENIPU KATA BAWA BALIK BILLION-BILLION. MENUMPANG KEMENANGAN ORANG LAIN , BAGI JAWATAN HABUK PUN TAK NAMPAK...TU BARU SYAITONNNN....

 

Panas! Khairuddin kata suara halus syaitan sentiasa hasut agar penyatuan 3 parti Melayu dapat dirungkaikan


Panas! Khairuddin kata suara halus syaitan sentiasa hasut agar penyatuan 3 parti Melayu dapat dirungkaikan


Pas mendakwa perpaduan antara parti itu dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi Muafakat Nasional (MN) di samping Perikatan Nasional (PN) sangat dicemburui oleh musuh.

Ahli Jawatankuasanya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, suara-suara halus syaitan sentiasa berbisik dan menghasut agar penyatuan antara ketiga-tiga parti utama dalam kerajaan Keluarga Malaysia itu dapat dirungkaikan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para pemimpin kesemua parti agar tidak sesekali membiarkan agenda berkenaan dihancurkan oleh tangan-tangan golongan yang berkepentingan duniawi.

“Kepada para pemimpin, lihatlah para penyokong dan pendukung parti di bawah dan di kampung-kampung yang bergembira dengan perpaduan ini, jangan biarkan ia dihancurkan oleh tangan yang berkepentingan duniawi.

“Saya akan terus memperjuangkan muafakat ini selagi hayat dikandung badan, demi Islam dan umat, malah saya yakin ramai yang senada serta sehala tuju dengan saya,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Semalam, Mohd. Khairuddin memberi bayangan hanya golongan yang sentiasa tergoda dengan bisikan syaitan akan memecahbelahkan perpaduan antara parti itu dan UMNO.

Dalam perkembangan sama, beliau mengajak semua pihak untuk menanam tekad bagi memastikan perpaduan MN dan PN tidak lagi terungkai, sebaliknya terus dipertahankan serta diperkasakan sebagai kejayaan terbesar umat.

Katanya, tanggungjawab Pas mendidik politik muafakat umat bukan semata-mata untuk kebaikan parti itu, malah demi Islam dan seluruh rakyat.

“Kejayaan besar Pas ialah merundingkan perpaduan dengan UMNO hingga terbentuknya MN pada 14 September 2019 sekali gus menyaksikan pertembungan dan perbalahan antara orang Melayu-Islam di Malaysia sejak 1978 berakhir.

“Ia detik yang sangat bersejarah dan seterusnya berjaya pula berpadu dengan Bersatu menerusi PN,” katanya.


ULANG SEMULA TULISAN LIYANA MARZUKI BERKAITAN PULAU BATU PUTIH- BACAAN UMUM APABILA SULTAN JOHOR MERUNGUT MENEGNAI PULAU BATU PUTIH-SIAPA BERTANGGUNGJAWAB ?

 No photo description available.

1. Baru ni keluar kenyataan PM, dia set up satu Task Force. Tujuannya nak check balik kes Pulau Batu Putih yang Malaysia kalah dengan Singapura. Isunya, kenapa semakan kes tak dibuat oleh Kerajaan PH pada tahun 2018? Bagi mereka yang tertinggal keretapi, saya cuba ulas kes ni, supaya tak ramai yang spin untuk kepentingan politik.
2. Kisahnya bermula pada tahun 1979, bila Malaysia keluarkan peta rasmi sempadan laut negara. Singapura tak puas hati dan bantah tindakan tersebut. Katanya Pulau Batu Putih dia yang punya. Mulalah pertelingkahan antara negara. Nego punya nego, ketemu jalan buntu. Makanya, pada tahun 2003 dua2 negara setuju nak rujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
3. Syarat ICJ senang, bila negara nak rujuk kes, segala keputusan kes oleh ICJ akan jadi “final dan binding” atau “muktamad dan mengikat”. So, tiada istilah “rayuan” untuk kes yang diputuskan oleh ICJ. Kalau nak kes naik ke ICJ, dua-dua pihak kena berlapang dada untuk terima keputusan.
4. Makanya, kes pun berjalan sehingga tahun 2008. Dalam 5 tahun tu, dua2 pihak bentang segala hujah dan dokumen. Alih2 pada 23 Mac 2008, ICJ putuskan Singapura menang. Sebab keputusan memang dah muktamad, Malaysia diberi 10 tahun dari tarikh keputusan untuk buat semakan. Dengan syarat ada bukti lain yang dikemukakan dan semakan tidak boleh mengungkit dan menyanggah keputusan yang telah dibuat.
5. Keputusan ICJ ni simple nak paham. Dia kata Singapura menang kerana—
(i) Ada surat pada tahun 1953 oleh “Acting State Secretary of Johor” yang kata Kerajaan Negeri Johor tidak menuntut hak ke atas Pulau Batu Putih; dan
(ii) Tindakan Kerajaan Singapura yang menjaga pulau tersebut selama 130 tahun termasuk dengan mendirikan rumah api di situ.
6. Makanya selama 9 tahun, Malaysia rilex je terima keputusan ICJ. Alih2, pada February 2017, masa tempoh semakan nak hampir tamat (patut tamat Mei 2018), kita masukkan permohonan semakan. Sebabnya kita jumpa 3 dokumen baru yang boleh kuatkan kes.
7. Singapore bantah permohonan semakan ini. Katanya Malaysia cuai, sebab dokumen2 ini memang tersedia di UK National Archives dan UK Foreign and Commonwealth Office. Kenapa masa kes mula2 dibicara di ICJ pada tahun 2003-2008 ia tidak dikemukakan?
8. Seperkara lagi Singapura kata, permohonan ini bukan berbentuk semakan tetapi rayuan. Sebab tiada hujah baru yang dikemukakan. Negara kita membantah, katanya dokumen2 ini penting bagi tentukan hak negara. ICJ patut teruskan bicara kes.
9. Namun, sebulan sebelum bicara nak diteruskan, Kerajaan PH di bawah pimpinan Tun M tarik balik semakan. Alasannya, kes tidak kuat untuk diteruskan dan disebabkan kekangan kos. Malaysia kurang duit nak menanggung. Makanya, kes tersebut dikeluarkan dari senarai kes ICJ dan ia tidak boleh lagi disangkal. Singapore menang dan Pulau Batu Putih jadi hak mereka, selamanya.
10. Fast forward 2021, sekarang kita nak buat Task Force nak semak balik kes ni. Pada saya dah jadi moot (takde faedah) kerana (1) kita dah terlepas keretapi nak menang kes, it is water under the bridge. 2) banyaknya isu salah menyalah BN vs PH and it’s over politicised tanpa bawa manfaat pada Rakyat.
11. Kalau betul pun nak kaji balik, mungkin bolehlah untuk jadi rujukan kes antarabangsa lain yang Malaysia ada overlapping claim. Bukannya nak pointing fingers for political mileage. Benda yang perlu ditanya:
a. Berapa kos keseluruhan kes bicara dan semakan kes ini termasuk bayaran kepada peguam antarabangsa, ini terpakai bawah zaman bawah BN (Najib) dan PH (Tun M);
b. Kenapa 3 dokumen ketika proses semakan tidak dikemukakan pada peringkat awal bicara?
c. Kenapa zaman BN ambil masa 9 tahun untuk buat semakan?
d. Kenapa zaman PH senang2 tarik balik semakan? Kalau kes tak kuat atas alasan apa?
12. Satu lagi yang saya tak berapa berkenan, AG yang putuskan semakan kes pada tahun 2017 dulu ialah Tan Sri Apandi Ali. La ni, dia jugak yang jadi Pengerusi Task Force. Bukankah ada conflict of interest di situ? Dia pengerusikan benda yang dia ada kepentingan. Kalau betul2 nak telus untuk Rakyat dan negara, lantik la orang lain yang tiada kena mengena. Barulah orang boleh percaya.
13. Kalau macam ni punya Task Force, we know the answer already. Ni semua tanda PRU nak dekat. Geng UMNO nak tunjuk champion bela negara lawan Singapura. Ni modal berabad lama yang Rakyat dah muak.
14. Kalau betul nak championkan Rakyat, ini bukan isu yang perlu diangkat. Apa kepentingan tanah sekangkang kera. Yang hanya ada rumah api dan batu-buatan. Bolehkah dibuat makan? Lagi afdal dilihat, kes perjanjian air Malaysia-Singapura.
15. Dalam Perjanjian ini Malaysia memberi hak kepada Singapura untuk mengeluarkan 250 juta gelen sehari air mentah dari Sungai Johor pada kadar TIGA SEN bagi setiap 1,000 gelen. Johor kemudiannya membeli semula air terawat daripada republik itu pada kadar LIMA PULUH sen. Ini bukan bayar pakai Singapore Dollar ya, pakai Ringgit Malaysia! Tak ke bahana?
16. Perjanjian ni dari tahun 1962 sampai tahun 2061 tuan puan. Tengoklah betapa teruknya Malaysia mendapat. Maka, masa zaman BN Najib tiada usaha yang jitu dibuat nak naikkan harga bekalan air ke Singapura. Tu sebab Singapore suka dia. Zaman PH bawah Tun kita nampak dia gung-ho nak ajar Singapura. Tahun 2019 dah start berunding kembali. Namun dengan adanya Langkah Sheraton, the rest is history.
17. Pada saya antara kes Pulau Batu Putih dan Kes Perjanjian Air Malaysia-Singapura, the latter yang banyak ada kepentingan Rakyat dan hasil ekonomi negara pun boleh meningkat. Makanya, kalau UMNO nak sangat sembang pasal kes dengan Singapura, lagi afdal ditengokkan kes air ni. Jadi champion kita, betulkan niat. Jangan lagi digunakan divisive politic tak bertempat.
18. Kena juga ingat masa zaman PH takat hutang negara hanya 60% dari KDNK. Sekarang dah naik 65%. Dulu cabutan judi 8 kali setahun, bukan macam zaman BN dan PN sekarang yang sampai 22 kali. PN peroleh hampir 3 kali ganda, untung judi semata-mata. Berpuluh billion juga. Makanya, bersikap adil la. Ada beza cara penjimatan PH dan PN dalam banyak perkara.
19. Lagi pulak nak habis bermillion atas kes yang kita pun tak sure boleh menang. Lagi elok la duit tu diguna untuk dapatkan bayaran lebih tinggi untuk air yang disalurkan ke Singapura.
20. Pada saya, dari habiskan duit buat Task Force dan melantik segala jenis Penasihat, eloklah dana tu digunakan untuk beli komputer riba pelajar untuk PdPr. Yang dah dekat dua tahun tak kunjung tiba…
Wallahu a’lam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki

TUUU DIAAAA- INGAT BELIK KAIN BATIK...BELI HOTEL BUTIK....

 

Ahmad Zahid keluarkan RM17.9 juta untuk bantu anak beli hotel di Bali - Timbalan Pendakwa Raya



Bernama
Ahmad Zahid keluarkan RM17.9 juta untuk bantu anak beli hotel di Bali - Timbalan Pendakwa Raya
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid telah mengeluarkan sejumlah RM17.9 juta daripada dana Yayasan Akalbudi (YAB) antara lain adalah untuk memudahkan anak perempuannya membeli sebuah hotel butik di Bali, Indonesia.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata anak Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah berminat untuk mengambil alih saham Ri-Yaz Asset Sdn Bhd dan mengusahakan hotel itu.
"Pembeli yang berminat ialah Nurulhidayah dan ini disahkan oleh Tan Sri Rashid Manaf (saksi pendakwaan ke-83) serta Datuk Seri Mohd Shaheen Shah Mohd Sidek (saksi pendakwaan ke-84) yang telah bertemu dengan Nurulhidayah dan tertuduh bagi membincangkan cadangan usaha sama," katanya.
"Menurut B. Muralidharan (saksi pendakwaan ke-87), beliau telah diarahkan oleh tertuduh untuk membuat pembayaran itu bagi tujuan membeli 60 peratus saham syarikat tersebut daripada Tan Sri Rashid yang ketika itu adalah Pengerusi Ri-Yaz Asset.
"Sebelum ini, Tan Sri Rashid memberitahu mahkamah bahawa beliau berhasrat menjual sahamnya kerana syarikat itu berdepan kesukaran dari segi pembayaran bagi pinjaman sebanyak US$24.8 juta daripada EXIM Bank untuk pembelian hotel tersebut di Bali, Indonesia," katanya.
Raja Rozela berkata demikian ketika berhujah di akhir kes pendakwaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB.
Beliau berkata Ahmad Zahid telah diamanahkan dengan dana YAB bagi tujuan khusus iaitu membasmi kemiskinan dan meningkatkan kebajikan golongan miskin serta menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan.
Katanya Ahmad Zahid juga secara sedar telah memilih untuk menggunakan dana YAB bagi membayar kad kredit, polisi insurans serta cukai jalan kenderaannya dan tidak menggunakan akaun bank peribadi beliau.
"Mejar Mazlina Mazlan (bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid) dalam kenyataannya menyebut cek terbabit disediakan atas arahan dan pengetahuan tertuduh," katanya.
Pendakwaan turut menyangkal dakwaan pembelaan bahawa Mazlina memiliki kawalan penuh ke atas buku cek justeru, tertuduh tidak mempunyai akses kepada dokumen itu.
"Itu hanya alasan kerana Ahmad Zahid adalah bos Mazlina. Beliau hanya perlu meminta Mazlina menunjukkan buku cek dan penyata kad kredit kepadanya.
"Kami berhujah bahawa Mejar Mazlina bukan sengaja menyembunyikan buku cek daripada tertuduh. Tidak ada asas untuk rumusan itu," katanya.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Isnin depan.
-- BERNAMA

DIA KHIANAT TUANKU..BUKAN SAHAJA PADA NEGARA DAN RAKYAT...DIA BUAT NEGARA MACAM PAK DIA PUNYA.....

 


Batu Puteh: Adakah kedaulatan Johor tak penting, kalau Langkawi hilang apa rasa orang Kedah, soal Sultan Ibrahim





Sultan Iskandar Sultan Ibrahim turut menggesa tindakan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan serta pentafsiran kes Pulau Batu Puteh. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terkilan dengan tindakan kerajaan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pada 2018 yang tidak meneruskan permohonan semakan serta pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.

Baginda turut mempersoal adakah soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu.

“Adakah kita negeri anak tiri? Kalau tak suka Johor…Cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya,” katanya di Facebook.

Sultan Ibrahim turut menggesa tindakan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan serta pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.

Baginda juga mahukan penjelasan di sebalik tindakan kerajaan ketika pentadbiran Mahathir untuk tidak meneruskan permohonan semakan ke atas penghakiman kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Tindakan sedemikian seolah-olah mengalah sebelum masuk gelanggang. Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil sedangkan kita telah menemui bukti baharu yang berpihak kepada kita. Ini yang menyebabkan saya cukup terkilan,” katanya.

Sultan Ibrahim juga mahu pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri menjelaskan punca kerajaan pimpinan Mahathir menarik balik semakan kes berkenaan.

Baginda turut menggesa tindakan diambil setegas-tegasnya jika benar berlaku kekhilafan.

“Ini adalah soal kedaulatan kita,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dalam kenyataan memaklumkan kerajaan Johor memberi jaminan akan bekerjasama dan membantu pasukan petugas khas kerajaan persekutuan.

Penubuhan pasukan itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar perundangan antarabangsa berkenaan kes Pulau Batu Puteh.

PENGECUALIAN BAYARAN FAEDAH B50 YANG DIUMUM PM SEMALAM IALAH PENDIRIAN KONSISTEN PH, BUKAN IDEA KERAJAAN

 

Majlis Presiden mengalu-alukan persetujuan Perdana Menteri kepada tuntutan Pakatan Harapan bahawa bayaran faedah bagi moratorium pinjaman bank kepada kumpulan lima puluh peratus terbawah (B50) daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk tempoh tiga bulan akan dikecualikan sepertimana yang terkandung di dalam Perkara 1.7 Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan.

Walau bagaimanapun, kami kesal Perdana Menteri tidak mengiktiraf bahawa dasar ini adalah salah satu perkara yang terkandung di dalam MOU yang ditandatangani oleh beliau sendiri bersama pimpinan utama Pakatan Harapan pada 13 September lalu.

Malah pengecualian ini digambarkan sebagai idea Kerajaan, walhal ia adalah pendirian konsisten Pakatan Harapan yang dilaksana dalam semangat menunaikan Perkara-Perkara yang terkandung di dalam MOU.

Tanpa pengiktirafan peranan MOU ini, ia mampu menjejaskan keyakinan kami terhadap keikhlasan pihak Kerajaan untuk berpegang kepada semangat MOU ini, dan turut bercanggah dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang berasaskan fakta dan data agar segala perancangan dapat diusahakan bersama dengan perpaduan rakyat.

Penting dijelaskan bahawa pada awalnya pihak Kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan untuk memberi pengecualian bayaran faedah kepada peminjam dari kelompok B50 ini.

Untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan siri pertemuan bukan sahaja bersama Menteri Kewangan malah juga dengan Ketua- ketua Pegawai Eksekutif bank-bank komersil.

Walaupun pada mulanya terdapat kebimbangan di pihak bank-bank, namun setelah siri libat urus ini berjalan dan pandangan pimpinan Pakatan Harapan disampaikan dengan jelas, Perdana Menteri telah bersetuju dengan pendirian kami dan akhirnya dasar ini dapat dilaksana.

Pelaksanaan Perkara 1.7 MOU ini merupakan satu kemenangan untuk rakyat.

Pakatan Harapan akan terus memainkan peranan semak imbang serta tegas dalam membawa suara isi hati rakyat di dalam dan luar Parlimen demi menangani wabak COVID-19, mengatasi krisis ekonomi serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)



BANYAK DUIT KITA DILARIKAN..


W.FAUDZIN


Bukan ratusan, bukan ribuan tapi 1 Trilion lebih. Anda tahu banyak mana 1 Trilion? RM 1, 800 bilion itu sama dengan RM 1.8 Trilion.

Mudahnya,
RM1,800 billions (RM1.8 trillions) jika kita belanja sehari RM1 juta, kita perlukan 1,800,000 hari (4931 tahun 6 bulan 5 hari) untuk dihabiskan.

May be a cartoon of text that says "Di saat kita susah, tahukah kita ada pemimpin politik yang sorok duit ratusan bilion di luar negara? PANRORA PANDORA RM 1,800 BILION amn 10n0 1"

SELAMAT ULANG TAHUN

 

SAIFUDDIN   NASUTION


Selamat Hari Lahir Abang Mad. Sosok ini saya kenal sejak zaman belajar 1980an. Bila cuti semester abg mad akan jenguk saya di kampus. Kami akan sama-sama pergi ke Pahang, Kelantan, Tganu, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Perak memenuhi undangan ceramah. Dari situ saya belajar pidato.

Tamat belajar saya sertai Umno. Abg Mad pula bersama Pas. Silaturrahmi kami tidak putus.
1998 ekoran saya menolak tindakan Umno terhadap Dsai, saya dipecat. Hikmahnya saya kembali bersama Abg Mad dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Kali ini saya bersama Keadilan. Abg Mad masih Pas.
Bilamana Abg Mad tubuhkan Amanah ekoran krisis dalaman Pas, kami ujudkan Pakatan Harapan pada 2016.
PRU 2018 Pakatan Harapan dipilih oleh rakyat menjadi kerajaan. Abg Mad dilantik menteri pertahanan. Bila kerajaan PH dikhianati kami kekal bersama.
Sepanjang jalan perjuangan bersama Abg Mad, saya kenali beliau seorang yang simple, lemah lembut, jovial, luas pengetahuan, gaya politik yang membumi, realistik dan praktikal. Sudah tentu gaya pidato Abg Mad sangat menarik. Ini kekuatan Abg Mad.
Terus berjuang sahabatku Abg Mad Sabu !









SEMBANG MACAM ADA PULUH KERUSI DI MELAKA..HAQAM SEBUTIR PUN TAK ADA..HARAP SEMBANG DERAS

 

HAMZAH RIE NA


PAS sembang macam dia ada kerusi DUN di Melaka, padahal PRU14 bertanding 24 DUN, langsung satu tak menang.. Malah 13 kerusi hilang deposit..

😂
Jadi kerajaan di Melaka pun dengan kerja khianat Adun yang melompat.
SR

May be an image of 1 person and text that says "Dia punya cakap besar tu.. Metro Padahal PRU14 lepas, satu kerusi pun PAS tak mampu menang! MUTAKHIR KEPUTUSAN PRU14: MELAKA PAS akan pastikan PH tidak kembali berkuasa di Melaka -Idris Ahmad Parti Parlimen BN Dun Hilang Deposit Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my 2 PAS 13 o o HARAPAN 13 BEBAS 15 IND SR paatyet JUMLAH 6 5 28 PEMENANG: 18 HARAPAN (PKR)"



KOMEN TENTANG ERRA & PEJA...








NORMAN RADZUAN

Kes Erra dan Peja sebenarnya malas nak ulas tapi sebab masih panas saya ulas pendek saja. Beginilah Peja tu kahwin dgn sepupu saya. Tu gambar ibu saya bersama Peja dan sepupu waktu Peja jadi MB. Dgn Erra pula, saya dgn dia flight bersama ke Brisbane, London dan Stockholm. Cuma tak sebilik bersama.
Jika Erra pilih harta dia akn pilih Peja tapi kalau dia pilih rupa dia pilih Abg Jamil. Taklah gossip je kisah kahwin tu...sebab utamanya saya yakin Erra tetap setia menanti pintu hati saya terbuka utk dirinya.
Note: Pengesahan org paling rapat dgn Erra yg merupakan ibu angkat kpd anak Erra...tidak lah. Cousin pun bagitahu tak. So confirm gossip. Jadi close case. Kalau Abg Jamil beritahu hampa tak mahu percaya, nak percaya cakap Azmin?... so kita fokus isu RM 1.8 trillion.

PULAU BATU PUTIH



No photo description available.



1. Baru ni keluar kenyataan PM, dia set up satu Task Force. Tujuannya nak check balik kes Pulau Batu Putih yang Malaysia kalah dengan Singapura. Isunya, kenapa semakan kes tak dibuat oleh Kerajaan PH pada tahun 2018? Bagi mereka yang tertinggal keretapi, saya cuba ulas kes ni, supaya tak ramai yang spin untuk kepentingan politik.
2. Kisahnya bermula pada tahun 1979, bila Malaysia keluarkan peta rasmi sempadan laut negara. Singapura tak puas hati dan bantah tindakan tersebut. Katanya Pulau Batu Putih dia yang punya. Mulalah pertelingkahan antara negara. Nego punya nego, ketemu jalan buntu. Makanya, pada tahun 2003 dua2 negara setuju nak rujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
3. Syarat ICJ senang, bila negara nak rujuk kes, segala keputusan kes oleh ICJ akan jadi “final dan binding” atau “muktamad dan mengikat”. So, tiada istilah “rayuan” untuk kes yang diputuskan oleh ICJ. Kalau nak kes naik ke ICJ, dua-dua pihak kena berlapang dada untuk terima keputusan.
4. Makanya, kes pun berjalan sehingga tahun 2008. Dalam 5 tahun tu, dua2 pihak bentang segala hujah dan dokumen. Alih2 pada 23 Mac 2008, ICJ putuskan Singapura menang. Sebab keputusan memang dah muktamad, Malaysia diberi 10 tahun dari tarikh keputusan untuk buat semakan. Dengan syarat ada bukti lain yang dikemukakan dan semakan tidak boleh mengungkit dan menyanggah keputusan yang telah dibuat.
5. Keputusan ICJ ni simple nak paham. Dia kata Singapura menang kerana—
(i) Ada surat pada tahun 1953 oleh “Acting State Secretary of Johor” yang kata Kerajaan Negeri Johor tidak menuntut hak ke atas Pulau Batu Putih; dan
(ii) Tindakan Kerajaan Singapura yang menjaga pulau tersebut selama 130 tahun termasuk dengan mendirikan rumah api di situ.
6. Makanya selama 9 tahun, Malaysia rilex je terima keputusan ICJ. Alih2, pada February 2017, masa tempoh semakan nak hampir tamat (patut tamat Mei 2018), kita masukkan permohonan semakan. Sebabnya kita jumpa 3 dokumen baru yang boleh kuatkan kes.
7. Singapore bantah permohonan semakan ini. Katanya Malaysia cuai, sebab dokumen2 ini memang tersedia di UK National Archives dan UK Foreign and Commonwealth Office. Kenapa masa kes mula2 dibicara di ICJ pada tahun 2003-2008 ia tidak dikemukakan?
8. Seperkara lagi Singapura kata, permohonan ini bukan berbentuk semakan tetapi rayuan. Sebab tiada hujah baru yang dikemukakan. Negara kita membantah, katanya dokumen2 ini penting bagi tentukan hak negara. ICJ patut teruskan bicara kes.
9. Namun, sebulan sebelum bicara nak diteruskan, Kerajaan PH di bawah pimpinan Tun M tarik balik semakan. Alasannya, kes tidak kuat untuk diteruskan dan disebabkan kekangan kos. Malaysia kurang duit nak menanggung. Makanya, kes tersebut dikeluarkan dari senarai kes ICJ dan ia tidak boleh lagi disangkal. Singapore menang dan Pulau Batu Putih jadi hak mereka, selamanya.
10. Fast forward 2021, sekarang kita nak buat Task Force nak semak balik kes ni. Pada saya dah jadi moot (takde faedah) kerana (1) kita dah terlepas keretapi nak menang kes, it is water under the bridge. 2) banyaknya isu salah menyalah BN vs PH and it’s over politicised tanpa bawa manfaat pada Rakyat.
11. Kalau betul pun nak kaji balik, mungkin bolehlah untuk jadi rujukan kes antarabangsa lain yang Malaysia ada overlapping claim. Bukannya nak pointing fingers for political mileage. Benda yang perlu ditanya:
a. Berapa kos keseluruhan kes bicara dan semakan kes ini termasuk bayaran kepada peguam antarabangsa, ini terpakai bawah zaman bawah BN (Najib) dan PH (Tun M);
b. Kenapa 3 dokumen ketika proses semakan tidak dikemukakan pada peringkat awal bicara?
c. Kenapa zaman BN ambil masa 9 tahun untuk buat semakan?
d. Kenapa zaman PH senang2 tarik balik semakan? Kalau kes tak kuat atas alasan apa?
12. Satu lagi yang saya tak berapa berkenan, AG yang putuskan semakan kes pada tahun 2017 dulu ialah Tan Sri Apandi Ali. La ni, dia jugak yang jadi Pengerusi Task Force. Bukankah ada conflict of interest di situ? Dia pengerusikan benda yang dia ada kepentingan. Kalau betul2 nak telus untuk Rakyat dan negara, lantik la orang lain yang tiada kena mengena. Barulah orang boleh percaya.
13. Kalau macam ni punya Task Force, we know the answer already. Ni semua tanda PRU nak dekat. Geng UMNO nak tunjuk champion bela negara lawan Singapura. Ni modal berabad lama yang Rakyat dah muak.
14. Kalau betul nak championkan Rakyat, ini bukan isu yang perlu diangkat. Apa kepentingan tanah sekangkang kera. Yang hanya ada rumah api dan batu-buatan. Bolehkah dibuat makan? Lagi afdal dilihat, kes perjanjian air Malaysia-Singapura.
15. Dalam Perjanjian ini Malaysia memberi hak kepada Singapura untuk mengeluarkan 250 juta gelen sehari air mentah dari Sungai Johor pada kadar TIGA SEN bagi setiap 1,000 gelen. Johor kemudiannya membeli semula air terawat daripada republik itu pada kadar LIMA PULUH sen. Ini bukan bayar pakai Singapore Dollar ya, pakai Ringgit Malaysia! Tak ke bahana?
16. Perjanjian ni dari tahun 1962 sampai tahun 2061 tuan puan. Tengoklah betapa teruknya Malaysia mendapat. Maka, masa zaman BN Najib tiada usaha yang jitu dibuat nak naikkan harga bekalan air ke Singapura. Tu sebab Singapore suka dia. Zaman PH bawah Tun kita nampak dia gung-ho nak ajar Singapura. Tahun 2019 dah start berunding kembali. Namun dengan adanya Langkah Sheraton, the rest is history.
17. Pada saya antara kes Pulau Batu Putih dan Kes Perjanjian Air Malaysia-Singapura, the latter yang banyak ada kepentingan Rakyat dan hasil ekonomi negara pun boleh meningkat. Makanya, kalau UMNO nak sangat sembang pasal kes dengan Singapura, lagi afdal ditengokkan kes air ni. Jadi champion kita, betulkan niat. Jangan lagi digunakan divisive politic tak bertempat.
18. Kena juga ingat masa zaman PH takat hutang negara hanya 60% dari KDNK. Sekarang dah naik 65%. Dulu cabutan judi 8 kali setahun, bukan macam zaman BN dan PN sekarang yang sampai 22 kali. PN peroleh hampir 3 kali ganda, untung judi semata-mata. Berpuluh billion juga. Makanya, bersikap adil la. Ada beza cara penjimatan PH dan PN dalam banyak perkara.
19. Lagi pulak nak habis bermillion atas kes yang kita pun tak sure boleh menang. Lagi elok la duit tu diguna untuk dapatkan bayaran lebih tinggi untuk air yang disalurkan ke Singapura.
20. Pada saya, dari habiskan duit buat Task Force dan melantik segala jenis Penasihat, eloklah dana tu digunakan untuk beli komputer riba pelajar untuk PdPr. Yang dah dekat dua tahun tak kunjung tiba…
Wallahu a’lam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki

ADAKAH BUNUH DIRI KERANA MENONTON FILEM ? KAJIAN MANA LEBAI NI DAPAT ?


JONAH

 “Ramai remaja yang bunuh diri - bersetuju atau tidak - disebabkan kebanyakan mereka terdorong oleh drama dan filem dari Korea. Pasal setiap cerita mesti ada bunuh diri.

“Bersetuju atau tidak? Remaja ni, apabila gagal, jawapan dia (ialah) bunuh diri. Adakah ia disebabkan mereka terlalu terpengaruh dengan drama Korea?” katanya.
May be an image of 1 person, sitting, standing and text that says "malaysiakini terkini untuk anda EN BM ZH TA mk SENI & HIBURAN SENATOR Senator PAS dikecam lepas kaitkan bunuh diri dengan drama Korea Diterbitkan: Oct 14, 2021 12:30 PM Dikemaskini: 12:30 PM"

MERUNGUT NEGERI ORANG TENTANG AIR. TETAPI DI NEGERI SENDIRI TERUK KEMAIN..


Pagi ni aku memang tak boleh nak tahan marah dah!
Kami di Kota Bharu (lebih spesifik lokaliti Desa Rahmat) dah 4 minggu mengalami gangguan air. Dah 4 hari air tak masuk langsung ke rumah walaupun setitik
Jiran-jiran dah buat aduan berminggu-minggu lepas, tapi saya baru buat minggu lepas melalui sistem PINTAS
Tapi aduan saya TAK DIBALAS langsung
Akhirnya saya ambil ikhtiar untuk berkongsi di media sosial sambil 'tag' mereka yang berkenaan dalam isu ni seperti Menteri Kasa Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Air Kelantan Official dan Pusat Khidmat DUN Tanjong Mas - Prihatin Berkebajikan YB Kak Ani
Dalam aduan tu, saya tak masuk langsung sentimen politik walaupun hati ni geram masalah air ni tak selesai-selesai bawah kerajaan sedia ada. Saya fokus menyampaikan keluhan dan rungutan penderitaan kami yang tak dapat langsung bekalan air.
Tapi yang sambut balas keluhan saya hanya SPAN. Mereka minta maklumat lanjut dan akan bawa isu ini ke SPAN Negeri Kelantan supaya isu ni ditangani segera. Tiada maklum balas langsung dari admin FB Menteri Kasa mahu pun dari Pusat Komuniti DUN Tanjong Mas
Beberapa jam lepas tu, baru AKSB call. Beritahu yang saya adakan buat aduan sebelum ni. Dalam hati terkejut baru hubungi follow up case. Mungkin ni atas bantuan SPAN
AKSB minta maaf atas masalah air berlaku dan berjanji akan hantar bekalan air ke rumah.
Tapi sampai sekarang TIADA lori air hantar air dan masih tiada bekalan air
Tiba-tiba pagi ni dalam group whats app, ada yang berkongsi berita Harakahdaily main isu gangguan bekalan air di Lembah Klang sudah terlalu kerap terjadi bagaikan tiada kesudahan
Geram sangat bila baca!
Isu negeri lain pantas dijadikan berita untuk diulas. Isu kritikal yang berlaku di Kelantan sekarang ni dan sudah sekian lama langsung tak nak ulas
Sekurang-kurangnya gangguan air di Selangor diberi notis awal dan masalah dijangka hanya berlarutan 4 hari.
Nak berpolitik dulu pun, tengok dulu masalah sendiri dulu. Kami ni dah 4 minggu air takde air. Janji nak hantar air pun tak sampai-sampai
Tak tahu nak sampaikan keluhan ni kat mana dah.

 May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Harakahdaily 2h "Isu ketiadaan bekalan air di Selangor ini sudah banyak kali berlaku dan saya ingin bertanya, bilakah masalah ini akan selesai?" https://rfr.bz/f3ci717 HARAKAHDAILY.NET Orang ramai mengeluh gangguan bekalan air kembali lagi su gangguan bekalan air di Lembah Klang sudah terlalu kerap terjadi bagaikan tiada kesudaha... 281 232 Comments 20 Shares"

Begitulah pentadbiran di negeri lebai, sibuk memfitnah negeri orang lain, yang negeri dia sampai lupa krisis air macam makanan ruji.

Bagi saya penyelenggaraan air di Selangor ini perlu sebab sudah dua kali tertangguh. Memang kita tak suka tapi untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar di masa hadapan.
Lagipun bila beri notis awal, rakyat Selangor boleh bersiap sedia tadah air dari awal.
Di negeri ularmerc pula, air kerap tak ada, jadual penyelenggaraan jangan di tanya. Kalau ada pun air silap-silap saling tak tumpah dengan teh tarik.
Kalau tanya lebai, mereka tengah sibuk jadi polis moral, tolong check pakaian kakitangan wanita. Bab air itu bukan masalah mereka, itu semua salah DAP..