Umno kini bersifat ‘perusahaan komersial, tamak, akhlak berkecai’, kata Ku Li

 

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengkritik partinya dan menyatakan beliau adalah ahli sebenar Umno yang ditubuhkan berasaskan perjuangan pada 1946.

PETALING JAYA: Umno hari ini sudah bersifat seperti “perusahaan komersial”, berperangai tamak, selain prinsip akhlak hancur berkecai, kata pemimpin veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, Umno yang dirujuknya bukan parti diasaskan pada 1946, tetapi “Umno Baru” yang ditubuhkan susulan pembatalan pendaftaran parti itu pada 1988.

“Umno Baru menjadi parti kepada suatu golongan politik baru yang menyalahgunakannya untuk memperkaya diri. Ia mula bersifat seolah-olah seperti perusahaan komersial. Sekaligus ini merosakkan jiwa keMelayuan. Perangai tamak haloba mengatasi segala-galanya.

“Di samping itu prinsip akhlak hancur berkecai, begitu juga halnya dengan mutu kelakuan mereka yang cuba meraih jawatan awam dan kuasa politik,” kata Ahli Parlimen Gua Musang lebih dikenali sebagai Ku Li itu di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, politik dalam Umno baru menjurus kepada amalan tidak sihat yang memberi kesan kepada negara keseluruhannya.

“Amat menyedihkan apabila amalan politik kita berbaur menjadi rasuah politik di mana kuasa politik ditukar ganti dengan sokongan untuk mendapat kedudukan dalam parti. Ini dilaksanakan dengan pengwujudan sistem berat sebelah dan ganjaran kewangan berperingkat.

Katanya, negara kini berdepan masalah kepimpinan dan rakyat semakin resah mengenai nasib mereka.

“Masalah yang kita hadapi sekarang ialah sistem politik kita merosot dan mutu biasa-biasa sahaja dan tidak begitu baik semakin menonjol. Mereka yang terbaik kini kehilangan harapan dan yang paling teruk dan tidak berguna amat ghairah dengan lagak mereka untuk mendapat kuasa.

“Keadaan ini menyebabkan terdapatnya, sedikit-sebanyak, krisis kepimpinan. Dengan secara tidak langsung keadaan ini telah menimbulkan kecemasan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Ku Li berkata, “politik bertanggungjawab” adalah prasyarat dalam menegakkan pemerintahan dan demokrasi berperlembagaan.

Justeru, katanya “sistem politik berparti kita memerlukan transformasi dengan segera, tetapi kita kesuntukan masa.

Beliau menegaskan, Umno masih berpeluang menyatukan negara dalam pelbagai isu kerana mempunyai kekuatan tersendiri.

“Dengan kekuatan Umno di serata pelusuk termasuk luar bandar, pekan dan bandar raya, kita mungkin dapat mengamali politik baru sekiranya kita mampu mengatur kepimpinan di semua peringkat untuk menyatukan negara tersayang ini.

“Barang diingat Umno yang dimaksudkan itu ialah Umno yang hilang, tetapi kita berkemampuan mengembalikannya. Ini bukanlah persoalan undang-undang. Ia tidak pernah merupakan persoalan tersebut. Sebenarnya ia adalah persoalan politik walaupun ada yang cuba menyifatkannya sebagai persoalan undang-undang,” kata Ku Li.

Beliau turut menyatakan jiwanya masih setia bersama Umno yang ditubuhkan pada 1946.

“Saya tidak sekali-kali berhenti dan meninggalkan Umno asal. Saya pernah bertanding jawatan presiden pada 1987. Maka itu saya berhak mengaku diri saya sebagai wakil keperluan atau ‘agent of necessity’ untuk Umno yang ditubuh pada 1946 dan juga wakil terkanannya di Dewan Rakyat.

“Saya ini sebahagian asal daripada parti Umno di Parlimen dengan tujuan mengembalikan hak undang-undang dan keperlembagaan Umno dan membuat apa jua yang patut bagi mengembalikan kedudukannya di bidang politik nasional dan di dalam kepentingan nasional,” katanya.

Panas! Lelaki ini dedah mengapa orang tak suka dengan Pas

 


Panas! Lelaki ini dedah mengapa orang tak suka dengan Pas


Saya lihat orang yang tak suka PAS ini, bukan sebab Islam yang dibawa PAS. Tetapi disebabkan :

Pas kata, BN tumbang, rakyat senang, umno musuh Islam. Akhirnya Pas bersama BN dan umno.

Pas kata, benci dan tolak rasuah. Akhirnya Pas bersama dgn klepto dan kluster mahkamah dan bentuk kerajaan bersama mereka.

Pas kata, tolak judi, desak tutup casino genting dan haramkn judi yg telah dihalalkan oleh kerajaan. 18 bulan jd kerajaan, cabutan khas judi naik, siap ada iklan raya promo judi, pusat judi beroperasi seperti biasa.

Pas kata, uec wajib dimansuhkn dan hapuskan sekolah vernakular. 18 bulan jd kerajaan, uec di iktiraf, pembinaan sekolah vernakular meningkat.

Pas kata, haramkan dap sbb anti Islam dan anti melayu. 18 bulan berkuasa tidak ada usaha ke arah utk haramkan dap.

Pas kata, tolak cukai gst dan haram kutip cukai yg membebankn rakyat. Dalam parlimen baru ini, pas cadangkn kutipan cukai gst perlu ada penambahbaikan dan perkenalkn cukai lain.

Pas kata, heret segera pembunuh adib. 18 bulan, sampai sekarang tak tahu siapa yg bunuh arwah adib.

Pas kata, pinda dan perkasakan ruu355 segera. 18 bulan jd kerajaan, tak akn lari gunung dikejar.

Manifesto pilihanraya lepas, pendidikan percuma, ptptn dimansuhkn. 18 bulan ada kuasa, ini tak dgr langsung dah, byk beri alasan. Hat lain tu tinggal kenangan.

Pas kata, tolak asobiyah. 22 bulan lepas, melayu, melayu. 18 bulan kemudian, menyokong konsep keluarga Malaysia.

Pas kata, kos sara hidup meningkat dan harga barang naik sbb tak laksana Islam. Hari ini mcm-mcm naik harga, adakah Pas tidak laksana Islam.

Pas kata, kempen BMF utk menjana ekonomi Islam. Skrg pakat cari hat murah dan BMF tidak menjadi dasar kerajaan Melayu Islam seperti yg diharapkan.

Pas kata, MCA memusuhi dan menghina Islam. Skrg MCA sahabat baik PAS.

Pas kata, minoriti menguasai majoriti, pas yg minoriti 18 kerusi boleh ugut kerajaan utk laksanakn hudud atau Islam. 18 bulan hingga skrg tak ada pun ugutan tu utk laksanakn Islam.

Pas kata, bukan 5 tahun, cukup 5 hari akan dapat rasakan perubahan besar. Ini dah 18 bulan tak ada apa-apa pun.

Pas kata, DAP dan PH ancaman kpd melayu dan Islam. Hari ini siap boleh buat MoU bersama.

Pas jd menteri pun hanya mengekalkan dasar dan polisi PH hanya mengutip hasil. Tak ada apa yg baru.

Pas kata, hudud dulu baru Putrajaya (kuasa). Skrg dah ada kuasa dan jawatan, hudud ghuyub tak tahu kat mana. Last cakap pasal hudud sebelum PRU14 masa sakan berkelahi dgn dap. Nanti PRU15 timbul balik, percaya lah.

Banyak lagi lah kalau nk senarai, hat dlm harakah pun boleh jd error lepas depa jd kerajaan, sbb dah terciduk.

Pendek kata, bab teori PAS cukup A+, ats kertas cantik. Tetapi secara praktikal, hampir semua ke laut. Jd sbb itu lah depa tak suka PAS, bukan bermakna benci Islam.

Lain disebut, lain dibuat, tuduh dan main persepsi yg bukan-bukan. Kalau org lain jd kerajaan, semua dia nak segera. Bila dh jd kerajaan baru tahu susah nk buat. Masa jd pembangkang, gebang dan sembang kari.

Bila org tak suka Pas, depa kata org tu musuh Islam. Walhal org tu tak suka dgn pendekatan, cakap tak serupa bikin, tak konsisten dan byk dalil utk backup kesalahan sendiri.

Nabeil Ahmad


Hasnul dedah isu tanah 48 ekar yang dianugerahkan kepada syarikat milik pegawai khas Exco telah dibatalkan

 

Hasnul dedah isu tanah 48 ekar yang dianugerahkan kepada syarikat milik pegawai khas Exco telah dibatalkan


N08 Titi Serong

Nelayan Kuala Bagan Tiang vs Syarikat Pegawai Khas Exco

Perjuangan saya membawa suara golongan nelayan untuk menuntut hak mereka bagi mewujudkan penempatan perkampungan nelayan telah membuahkan hasil. Saya bangkitkan isu ini pada bulan Mei 2021 dan telah mendapat perhatian YAB MB Dato Saarani Mohamad dengan dibantu Dato Sham Mad Sahat SuPol Mb dan Pengarah PTG. Alhamdulillah dalam tempoh kurang 6 bulan, perkara ini telah diselesaikan seperti yang diharapkan.

Sebahagian tanah seluas 48 ekar yang sebelum ini “dianugerahkan” pajakan kepada syarikat milik pegawai khas Exco Kerajaan Negeri telah dibatalkan dan diluluskan untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).

Dengan keluasan 10 ekar tanah RPT ini boleh menempatkan hampir 80 buah rumah. Fokus saya adalah untuk membantu nelayan muda, generasi kedua yang kebanyakan mereka telah berkahwin tetapi masih menumpang rumah ibu bapa atau menyewa rumah.

Perumahan generasi kedua nelayan adalah satu isu yang sangat kritikal dan perlu ada perancangan jangka panjang bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan persekitaran yang telah dikelilingi kolam ternakan udang. Jika tidak disuarakan, saya bimbang tanah yang sediada akan terus berpindah milik kepada syarikat2 persendirian untuk dimajukan projek akuakultur.

Terima kasih kepada YAB MB, YB Dato SuPol MB, Pengarah PTG dan juga Pegawai Daerah Kerian yang cakna dengan keperluan penduduk. Tidak lupa sahabat AMK Perak yang turut membantu menyuarakan isu ini.

Nota : Pegawai khas tersebut telah ditahan reman selama 5 hari dan dijamin RM10,000 oleh pihak SPRM.

#negaraRahmah
#KhidmatKpdRakyat

Hasnul Zulkarnain Abd Munaim

Sumber | Hasnul Zulkarnain





Ahli Parlimen PH persoal tiada tindakan ke atas suspek dalam kematian Adib

 

Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 Sept 2019 memutuskan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akibat perbuatan jenayah oleh lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin mengapa tiada tindakan diambil terhadap suspek dalam kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

RSN Rayer (PH-Jelutong) berkata, semua Ahli Parlimen pembangkang mahu suspek terlibat dihadapkan ke mahkamah bagi membela kematian Adib.

“Baru-baru ini, saya usulkan kepada Dewan ini untuk membincangkan kes Adib, di mana usul saya telah ditolak Speaker Dewan Rakyat.

“Kita tahu Adib meninggal dunia pada 2018. Sehingga sekarang, persoalan saya kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap mana-mana suspek yang terlibat,” katanya ketika membahas titah diraja di Dewan Rakyat.

Beiau berkata, sepatutnya kes melibatkan kematian penjawat awam lebih cepat diselesaikan.

Tetapi, sehingga kini, katanya, selepas dua kali Menteri Dalam Negeri bertukar, kes Adib belum selesai.

“Di sini kita bincang tentang seorang anggota bomba dikatakan dibunuh.

“Maka, persoalan saya, kenapa sehingga sekarang suspek yang melakukan perkara ini terhadap Adib tidak dituduh? Saya merayu Menteri Dalam Negeri memberi jawapan.”

Adib, 24, anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Adib akibat perbuatan jenayah oleh lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Tahun lalu, polis mencadangkan satu lagi inkues diadakan kerana terdapat beberapa saksi baharu yang akan memberi keterangan berhubung kematian Adib.

“Sehingga kini, 54 saksi baharu dirakamkan percakapan membabitkan saksi polis, saksi awam dan saksi pakar yang membawa kepada 115 orang dirakam percakapan sepanjang siasatan kes ini,” kata Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Hamid Bador pada 7 Ogos 2020.

Adik MP Umno dilantik Ketua Pengarah JAKOA

 

Adik kepada Ahli Parlimen Umno Cameron Highlands dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ke-18 berkuatkuasa 15 September lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan surat pelantikan tersebut kepada Sapiah Mohd Nor sekali gus menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan itu.

“Sapiah, 56 tahun, Orang Asli keturunan suku Semai turut mencatat sejarah menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan tertinggi perkhidmatan awam.

“Pelantikan Sapiah telah diperkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” kata Ismail dalam hantaran di Facebook beliau.

Pada 12 Mac 2019, abang Sapiah iaitu Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Cameron Highlands di Parlimen.

Upacara angkat sumpah itu sekali gus menjadikan Ramli yang juga bekas pegawai polis secara rasminya muncul sebagai Orang Asli pertama bergelar Ahli Parlimen.

Ramli menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada Januari lalu apabila mendapat 12,038 undi dengan majoriti 3,238 undi.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran yang mendapat 8,800 undi, serta dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka bakal dibuka kepada pelancong

 MGF07062021__GENTING-HIGHLANDS-PKP7


KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mencadangkan tiga lagi destinasi yang akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata destinasi itu ialah Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka, dan cadangan itu telah diluluskan pada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 hari ini.

“Hari ini kita telah luluskan tiga destinasi lagi (Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka), ia akan dibawa ke mesyuarat sidang khas (Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19) esok,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Mesyuarat kedua itu dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan turut disertai Nancy dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Nancy berkata prosedur operasi standard (SOP) perjalanan masuk ke tiga destinasi tersebut akan diperhalusi terutama SOP masuk ke negeri Melaka, yang mempunyai kawasan liputan yang luas sambil menyatakan pemain industri di tiga destinasi berkenaan diminta bersedia menanti kedatangan pelancong.

— BERNAMA

ANWAR SANGGAH TAKIYUDDIN, MUSIBAH ALAM LEBIH DISEBABKAN KERAKUSAN MANUSIA

 

Saya meneliti jawapan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tatkala menjawab soalan saya mengenai aktiviti pembalakan di Dewan Rakyat semalam.

Setelah mendengar hujahan beliau, perlu dijelaskan bahawa kawasan Gunung Jerai tidak berada di dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda.

Justeru, segala kenyataan yang dibuatnya tidak tepat dan mengelirukan.

Merujuk kepada insiden kepala air yang berlaku di kawasan berkenaan sebelum ini, pihak kementerian harus melaksanakan siasatan menyeluruh apakah berlaku sebarang aktiviti pencerobohan hutan di kawasan tersebut.

Ini kerana Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) sebelum ini mengenalpasti kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan simpan di seluruh negeri ini telah diteroka secara haram sejak 2011.

Menurut pakar hidrologi Chan Ngai Weng dari Universiti Sains Malaysia, perubahan iklim hanya faktor sampingan kepada musibah tersebut.

Tambah beliau lagi, faktor-faktor utama adalah pembalakan, aktiviti pembinaan dan penanaman (agro) serta penukaran status hutan dara ke kawasan penempatan.

NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) juga menyebut air yang berselut adalah bukti nyata bahawa aktiviti pembalakan terus berlaku dengan kadar yang melampau.

Kerajaan negeri Kedah, kerajaan Persekutuan serta kementerian harus memantau dan bertindak.

Saya mendesak menteri bertanggungjawab agar lebih serius melakukan pemantauan dan hentikan salahguna konsep takdir kerana faktor-faktor utama adalah berpunca dari kerakusan dan ketamakan manusia.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Pengerusi PH.

Junjung titah Agong, Hanipa gesa laksana usul undi percaya terhadap PM

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menggesa semua pihak menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 18 Ogos lalu supaya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dibuat di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, usul itu penting bagi mengesahkan sama ada Ismail mendapat majoriti di Dewan Rakyat atau tidak.

AMANAH PERLU KERJA KERAS DI KELANTAN DAN TERENGGANU

 



National Trust Party (Malaysia) - Wikipedia




KAK IDA ABDULLAH


AMANAH ada peluang jatuhkan PAS di Kelantan dan Trengganu, tapi tak nak buat kerja di sana. Sana hanya ada BN dan PAS. Org Kelantan dan Trengganu dah kenal PAS, tapi tak kenal AMANAH, akan terpaksa beri pada BN.

Lepas tu Mat Sabu ckp pengundi bodoh masih pilih BN.

AMANAH buat apa di sana?

Dah boleh kurang majoriti jika tak jadi kerajaan negeri.

Cakna AMANAH di pantai timur tak berupaya, sibuk nak angkat Atok. Di pantai barat yg dah memang nekad buang Atok, BN dan PAS!

Lepas tu salah Anwar dan nak ganti KP. Mangkut sia dan mangkuk tingkat serupa sahaja la hai... DAP jangan perasan nak ikut Atok. Di mata pengundi Melayu korang tu kominis dan pernah tak terfikir awak tu liabiliti pada PKR? Apa nak buat DSAI jenis setia pada kawan-kawan, dah takdir kan???

Masing-masing sedar sikit diri. Masa masih ada sebelum PRU15 berbanding 10 hari kempen nanti. Skrg buat apa, ngeram telog kalau menetaih ada gak hasil! Takkan buat bodoh sampai dapat watikah jadi calon? 10 hari kempen tak sempat cerdik daaa...

 

BILA AGAMA DIPERDAGANGKAN

SHAHBUDIN HUSIN


Inilah bahayanya bila agama diperdagangkan untuk kepentingan politik,


 semua   hukum akan dijadikan memihak kepada mereka belaka….


 May be an image of 3 people and text that says "BENCANA DI KAWASAN GUNUNG JERAI TAKDIR ALLAH Takiyuddin Hassan "Menteri Tenaga dan Sumber Asli BENCANA BANJIR DI BANJIR DI P.PINANG P.PINANG BALASAN KERANA ALLAH KESOMBONGAN DAP Mokhtar Senik Ahti Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ahmad Dusuki biAbdulRani Abdul Lembu PAS"

KEH..KEH..KEH.....

Ahmad Shahril


22 kali...mereka semakin berani..GAMIS dah jadi hamis.



 May be an image of 5 people and text that says "NO SOALAN 76 PEMBERITAHUAN PERTANYAA LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KE-14 PERTANYAAN DARIPADA TARIKH LISAN Y.B. DATO' HAJI MAHFUZ BIN HAJI OMAR [poKoK SENA] 20 SEPTEMBER 2021 (ISNIN) SOALAN Dato' Haji Mahfuz Bin Haji Omar Pokok Sena minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah cabutan khas (special draw) pada tahun 2021 mengikut semua syarikat judi nombor ramalan. JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Dewan, Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan daripada semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) untuk Cabutan Khas sebanyak bagi tahun 2021. Sekian, terima kasih. MEREKA SEMAKIN BERANI..!!"

OOWWWWHHH....SEKARANG DAH JADI PM KAN ?...CAK...


 NOR AZIMAH RAZALI

Speaker tolak usul bahas kematian Adib.

1. Yang kemukakan usul ini adalah DAP.

MP Jelutung (DAP) minta speaker jawab segera usul ini.

2. Speaker Dewan Rakyat tolak dan disokong oleh PAS (?), atas alasan tidak perlu disegerakan.

Sepatutnya usul mengenai Adib ni, PAS yang patut ke depan, tapi PAS pula yang sokong speaker!?

Demikian lah PAS ..

Walaun .. angguk-angguk

Dulu hari-hari  ratip Adip-Adip...la ni senyap belaka...Hangpa permainkan bapa arwah Adib usung sana sini.Lebai tak dak ati perut kah ? Tak rasa malukah pada rakyat yang sedang menyaksikan drama ini ? Tak rasa bersalahkah menipu ahli walaun...tak rasa tipu dan pergunakan isu arwah..dimana agama kamu ????

Bencik...

 

ADA SEKOR ANAK TUPAI...JALAN CARI MAKAN.....

 


Mahkamah Rayuan batal saman persoal pengampunan Anwar




Panel hakim berkata, kuasa Lembaga Pengampunan tidak terhad kepada hukuman, tetapi bagi sabitan juga.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membatalkan saman seorang peguam yang mempersoalkan keputusan Lembaga Pengampunan mengetepikan sabitan jenayah terhadap Anwar Ibrahim tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim yang dianggotai Has Zanah Mehat, Mohd Sofian Abdul Razak dan Lee Heng Cheong berkata, saman Mohd Khairul Azam Abdul Aziz “jelas tidak dapat dipertahankan” kerana tidak mendedahkan kuasa tindakan yang tepat.

Has Zanah, pengerusi panel berkata, kuasa lembaga itu mengampunkan Anwar tidak terhad kepada hukuman, tetapi bagi sabitan juga.

“Ada merit dalam rayuan ini. Kami ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi (pada) 21 Sept. Saman ini juga dibatalkan,” katanya ketika membenarkan rayuan oleh Anwar dan lembaga berkenaan.

YA...WALAUNCAI.....DAHULUNYA AKU GASAK SAMPAI TERSUNGKUR KERAJAAN PH DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN- TAPI HARI INI WALAUNCAI TUNDUK CEKUP TELOQ SAHAJA ISU ADIB

 


Terkini! Speaker tolak usul untuk bahas kes kematian Allahyarham Adib


Terkini! Speaker tolak usul untuk bahas kes kematian Allahyarham Adib



Dewan Rakyat menolak usul untuk membahaskan isu kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang dikemukakan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer kepada Speaker Dewan Rakyat, pagi tadi.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, ketika menjelaskan alasan penolakan itu meminta Rayer mengemukakan persoalan dalam usul berkenaan ketika sesi jawab lisan.

“Usul itu terpaksa saya tolak kerana pertama, ia tidak menyatakan kenapa ia perlu disegerakan.

“Kedua, usul itu adalah di bawah (Peraturan Mesyuarat) 18(1), merundingkan sesuatu perkara tetapi malangnya usul Yang Berhormat adalah untuk menggesa Kabinet untuk menyuruh menteri menjawab soalan.

“Kalau kalau kita mahu buat sesuatu gesaan itu, terpaksalah Dewan membuat sesuatu ketetapan itu. (Peraturan Mesyuarat) 18(1) tidak boleh digunakan untuk membuat ketetapan, di bawah 18(1) cuma untuk merundingkan perkara berkenaan.

“Prosedur yang sepatutnya adalah Yang Berhormat membuat soalan untuk jawab lisan kepada kementerian kerana pihak Yang Berhormat mahukan jawapan menteri.

“Saya rasa itu prosedur yang sepatutnya,” katanya ketika mempengerusikan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Rayer yang juga seorang peguam kemudian memberitahu menerima keputusan Speaker sambil meminta Azhar memaklumkan perkembangan isu kematian berkenaan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk dijawab.

Ogos tahun lalu, Hamzah ketika menjawab di Parlimen memaklumkan, kertas siasatan kes kematian Adib dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai 2020, dengan disusuli beberapa cadangan.

Rujukan semula kes itu antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Adib pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, cadangan lain yang turut dikemukakan ialah membuka semula inkues untuk siasatan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara.

YA AQI- DAHULUNYA AKU MENENTANG SEGALA MACAM JUDI SEHINGGAKAN NAK RUNTUH GUNUNG GOH THONG...TAPI AKHIRNYA AKU LAYU TERKULAI KERANA MENDAPAT IMBUHAN DUNIA DAN AKU LAYU

 


Panas! Zafrul akhirnya mengaku kerajaan luluskan tambah kekerapan cabutan khas nombor ekor 22 kali setahun



Zafrul akhirnya mengaku kerajaan luluskan tambah kekerapan cabutan khas nombor ekor 22 kali setahun



Kerajaan hari mengesahkan mereka memberi kebenaran untuk meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan menjadi 22 kali sepanjang tahun ini.

Hal itu dinyatakan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

“Untuk maklumah ahli Dewan (Rakyat), Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan daripada semua agensi nombor ramalan untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun 2021,” katanya.

Tengku Zafrul memberitahu hal itu sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Terdahulu Mahfuz meminta Tengku Zafrul menyatakan berapakah jumlah cabutan khas nombor ramalan yang dibenarkan kerajaan sepanjang tahun ini.

Untuk rekod sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) menurunkan kekerapan cabutan khas oleh syarikat perjudian itu menjadi hanya lapan kali setahun.

Bagaimanapun ia kembali menjadi 22 kali selepas kerajaan baru dibentuk pada akhir Feb tahun lalu.

Ia tidak termasuk caburan biasa yang diadakan beberapa kali setiap minggu.

Ia kemudian dikritik pelbagai pihak kerana sebelum ini Perikatan Nasional (PN) didakwa sebagai sebuah kerajaan Melayu-Islam, terutama dengan penyertaan PAS di dalamnya.

PAS yang kini menjadi parti komponen PN pernah lantang mengkritik kerajaan dan pengoperasian syarikat judi, termasuk pembukaannya ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sebelum ini anggota Dewan Negara Liew Chin Tong menjelaskan pada 2020 cabutan khas nombor ramalan empat digit itu dimulakan pada 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah.

Asalnya kekerapan cabutan itu ialah tiga kali seminggu.

Menurut Liew sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas berkenaan disumbang terus kepada aktiviti kerajaan.

Pada 2017 – di sebalik tiadanya ancaman virus Nipah – kerajaan mengutip sejumlah RM238 juta daripada cabutan khas tersebut.

Pada awal Jan lalu Pemuda PAS ada menyatakan rancangan mereka untuk bertemu Tengku Zafrul atau Kementerian Kewangan bagi membincangkan isu berkenaan.

SUARAM pertikai angka kematian dalam tahanan KDN

 


Pengarah Eksekutif SUARAM Sevan Doraisamy berkata, berdasarkan pemantauan, sekurang-kurangnya tujuh kematian berlaku dalam tahanan polis sehingga Ogos termasuk satu kes yang identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.

PETALING JAYA: Kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mempertikaikan angka kematian dalam tahanan yang dilaporkan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin kerana didakwa “mengelirukan”.

Ia susulan jawapan lisan menteri itu kepada pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim pada 15 Sept di Parlimen yang berkata, terdapat enam kematian dalam lokap polis direkodkan bagi tahun ini sehingga Ogos.

Menurutnya, dari segi komposisi kaum, seramai dua orang berbangsa Melayu di Perak dan Johor, dua berbangsa Cina di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, satu berbangsa India di Melaka dan satu melibatkan warga asing di Sabah.

Pengarah Eksekutif SUARAM, Sevan Doraisamy berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya, sekurang-kurangnya tujuh kematian berlaku dalam tahanan polis sehingga Ogos termasuk satu kes yang identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.

“Ia membabitkan empat berbangsa Melayu, dua berbangsa India dan satu kes yang tidak dapat dikenal pasti identiti mangsa. Namun adalah membingungkan kami tentang bagaimana pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) merekodkan jumlah kematian di dalam tahanan.

“Jumlah yang diberikan KDN tidak melibatkan beberapa kematian yang jelas merupakan kematian dalam tahanan pihak polis,” katanya yang merujuk kematian Sivabalan Subramaniam dan Umar Faruq yang tidak dimasukkan dalam laporan kematian dalam tahanan.

Sementara itu, beliau turut mempertikaikan definisi kematian dalam tahanan yang digunakan oleh KDN.

“Mengapa kematian Sivabalan yang jelas meninggal dunia kurang satu jam selepas penahanannya di IPD Gombak serta Umar yang meninggal di dalam IPD Klang Selatan tidak dianggap sebagai kematian dalam tahanan?

“Adakah ini kerana pihak KDN menganggap kematian di dalam tahanan adalah sebagai kematian yang hanya berlaku di dalam lokap polis? Sekiranya ya, ia jelas bertentangan dengan definisi kematian dalam tahanan oleh pelbagai pihak,” katanya dalam kenyataan.

Pihaknya turut menggesa KDN supaya menggunakan piawaian antarabangsa untuk mendefinisikan kematian dalam tahanan.

“Ini amat jelas apabila ada kes kematian mengikut definisi itu tidak direkodkan.

“Ia bukan hanya satu tafsiran yang amat dangkal tetapi sebagai taktik untuk menunjukkan kematian dalam tahanan semakin berkurang sedangkan ada kematian tidak direkodkan kerana tidak berlaku dalam lokap polis,” katanya.