Panas! Pemimpin Umno kata Hadi dan Peja tiada kualiti untuk ganti Muhyiddin

 

Panas! Pemimpin Umno kata Hadi dan Peja tiada kualiti untuk ganti Muhyiddin


“DI MANA KAN KU CARI GANTI..”

Pendirian UMNO sehingga Khamis lalu adalah untuk menarik sokongan terhadap TS Mahaidin sebagai PM tapi tetap ingin bersama dengan PN dalam kerajaan gabungan.

Pendirian ini dinyatakan secara jelas oleh DS Najib dalam sidang medianya di bangunan Parlimen pada hari itu.

DS Zahid, Presiden UMNO, sebaliknya berkuarantin sendiri selepas diuji positif pada Jumaat sebelum mesyuarat Dewan Rakyat.

Isyarat UMNO kepada ahli-ahli parlimen nya ialah yang hendak diganti ialah nakhoda kapal bukan kapalnya itu. Dengan isyarat itu diharapkan akan dimulakan untuk mencari ganti seorang nakhoda baru dari kalangan PN.

Sudah pasti UMNO tidak akan berganjak dari keputusan untuk menarik balik sokongan yang telah diberi kepadanya untuk menubuhkan sebuah kerajaan. Semenjak itu, ditubuhkan PN yang sengaja mencerminkan BN dari segi warna dan nama agar menjadi sebuah Grand Coalition untuk menandingi BN.

Reaksi akar umbi pantas. Pada PAU 2020, diusulkan supaya UMNO hentikan kerjasama dengan PPBM dan pelaksanaannya dari segi masa dan cara terserah kepada Presiden dan MT.

Isyarat UMNO untuk digantikan TS Mahaidin seolah tidak jelas dan tegas bagi wakil-wakil UMNO yang berada dalam kerajaan.

Hari Khamis lepas menyaksikan pengumuman 40 ahli parlimen UMNO tetap menyokong ‘kerajaan PN pimpinan TS Mahaidin’ ketika DS Najib menyata kepada media dia hanya sokong PN bukan PM yang sedia ada.

Ahad semalam jumlah 40 turun kepada 30. Inipun bukan angka yang tepat. Dijangka ianya kurang dari 30.

Keghairahan mengumpul jumlah yang ‘menyokong kerajaan PN pimpinan TS Mahaidin’ dikalangan ahli-ahli parlimen UMNO membayangkan adanya kemungkinan DS Ismail Sabri tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli-ahli parlimen UMNO sendiri.

Sepatutnya TPM lah yang menggantikan PM.

Ahli-ahli PN pun macam tidak sangat merestukan pilihan TS Mahaidin untuk mengujud dan mengisi jawatan TPM.

Jadi, siapa pula calon PN untuk mengganti TS Mahaidin kalau bukan pula TPM yang sepatutnya?

Hj Hadi adalah Timbalan Pengerusi PN. Pilihannya untuk jadi duta dan bukan menteri membayangkan minat Presiden PAS/Timbalan Pengerusi PN bukan terhadap kerja-kerja seorang menteri. Apatah lagi sebagai pengganti kepada TS Mahaidin.

Bekas MP Perak, ‘Peja’, walaupun Timbalan Presiden PPBM, tidak kuat sangat kedudukannya. Peristiwa dia terpaksa berhenti sebagai MB Perak kerana kekalahan undi di DUN Perak juga mencabar kewibawaannya.

Jadi, Timbalan Presiden PPBM pun bukan.

Siapa lagi?

Hamzah Zainuddin? Dia tak ori PPBM, hanya melompat ke PPBM selepas PRU 14. Tapi bolih jadi proxi kepada Azmin.

Kalaulah PN sendiri tidak ada calon untuk ganti TSMY, sepatutnya, lagi mudah TPM mengganti TSMY.

Isyarat UMNO macam tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Jadi, tidak memeranjatkan lah kalau tidak ada ganti kepada nahkoda, nanti dicari nahkoda dari luar PN.

MKT UMNO tarik sokongan, mahu Muhyiddin letak jawatan sebagai PM


MKT UMNO tarik sokongan, mahu Muhyiddin letak jawatan sebagai PM

Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran Kerajaan pimpinan beliau terhadap Agong, kata Ahmad Zahid dalam sidang media maya di sini, pada Selasa. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat, dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran Kerajaan pimpinan beliau terhadap Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat.

“Kenyataan terbaharu Perdana Menteri hari ini, kata Ahmad Zahid, tidak menjernihkan masalah bahkan menyerlahkan kekhilafan Kerajaan yang jelas telah menyanggah titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong.

“Malah (ia) mempersendakan Baginda, yang hakikatnya sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi bukan September 2021, sejajar dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media, secara maya di sini, hari ini.

Antara pemimpin UMNO yang menyertai sidang media itu ialah Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) serta Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang).

Ahmad Zahid turut berkata, bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Agong, MKT UMNO sebulat suara bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Tambahnya lagi, surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada Agong, sekali gus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, selaras dengan kehendak parti.

Selain itu beberapa lagi menteri dijangka akan mengikut tindakan beliau dalam masa terdekat.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, beliau akan mempersembahkan baki surat akuan bersumpah Ahli-ahli Parlimen UMNO kepada Agong dalam masa terdekat.

 

Panas! Menteri Umno umum letak jawatan dari Kabinet

 Panas! Menteri Umno umum letak jawatan dari Kabinet


Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menjadi Menteri UMNO pertama meletak jawatan hari ini sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli selepas berakhir Mesyuarat Majlis Tertinggi petang tadi.

Dalam satu kenyataan, Shamsul berkata peletakan jawatan itu berkuatkuasa serta-merta dan mengucapkan terima kasih pimpinan UMNO yang mencadangkannya sebagai menteri sebelum ini dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Pertama saya merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana saya diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan pastinya pimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira ketetapan parti dan mematuhi arahan pucuk pimpinan sebagai tanda setia kepada parti.

“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada warga kementerian yang banyak membantunya sepanjang berkhidmat sebagai menteri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

Beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli bermula pada 10 Mac 2020.

Beliau pernah menjadi presiden Majlis Belia Malaysia bermula pada 2005 hingga kini. Di peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO (dipilih).

Sumber: https://www.agendadaily.com/isu-semasa/shamsul-anuar-jadi-menteri-umno-pertama-letak-jawatan-hari-ini/


Terkini! Kerajaan PN tumbang, Umno serah surat tarik sokongan pada Agong

 Terkini! Kerajaan PN tumbang, Umno serah surat tarik sokongan pada Agong



Umno telah menyerahkan surat akuan “yang mencukupi” bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahannya sebagai ketua  kerajaan.

Berikut senarai anggota parlimen yang hadir dalam sidang media tadi:

  1. Najib Abdul Razak (Pekan)
  2. Azalina Said Othman (Penggerang)
  3. Mohd Nizar Zakaria (Parit)
  4. Azeez Abdul Rahim (Baling)
  5. Noh Omar (Tanjung Karang)
  6. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)
  7. Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)
  8. Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)
  9. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)
  10. Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands)
  11. Ahmad Maslan (Pontian)

Menurut Zahid, semua di atas menandatangani surat itu.

Katanya terdapat anggota parlimen lain yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/585712

Masa untuk Umno pergi, Parlimen ditutup dan dikepung bukan kerana Covid-19

 


RUPANYA SALAH

 JAMZURI ARDANI

Ini tanda polis pun sudah goyang. Mereka baru sedar tindakan mereka

 menghalang ahli-ahli parlimen dari memasuki bangunan parlimen adalah salah

 dari sudut undang-undang dan boleh didakwa di mahkamah.


May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text that says "malaysiakini WANG TUNAI SEGERA BANK BANKAAKYAT YAT S NEWS Azneal ishak malaysiakini.co KL police chief: Cops not there to stop MPs entering Parliament, only to halt 'illegal rally' Geraldine Tong 2 Aug 2021, 6:11 pm Updated 5 h ago 298"

PEKAK BETUL KERAJAAN PN YA....DARURAT DAH BATAL KE BELUM

 

JAMZURI ARDANI



Proklamasi Darurat tamat, pembatalan ordinan oleh YDPA tidak berbangkit, kata Mahiaddin

Proses pembatalan Ordinan Darurat oleh YDPA seperti mana yang dipersembahkan oleh Jemaah Menteri pada 23



YDPA minta parlimen bahas samada untuk batal atau sambung ordinan darurat. Bila parlimen dah buat keputusan baru tuanku beri perkenan keputusan tersebut.

Kabinet kerajaan pulak batalkan ordinan darurat tanpa bahas dalam

parlimen.

YDPA tidak mahu beri perkenan pembatalan ordinan dengan cara tersebut. YDPA mahu parlimen yang buat keputusan samada nak sambung atau batal, bukan kabinet kerajaan yang buat keputusan. Itu dah jelas dalam titah Tuanku.

Nak bagi pening lagi, kerajaan tutup parlimen atas alasan Covid.

Soalan sekarang ... ordinan tu batal ke tak batal? Ada yang kata batal dan ada yang kata tak batal.

Menteri PN kata batal sebab kabinet dah buat keputusan dan YDPA kena dengar cakap Perdana Menteri.

Pakar undang-undang kata tak batal sebab pembatalan hanya boleh berlaku dengan dua cara; parlimen buat keputusan atau YDPA beri perkenan. Kedua-duanya tidak berlaku.

Padahal semua dah setuju tak nak sambut darurat. Tapi bila nak batalkan ordinan darurat, pakat berkecamuk habis. Puncanya ialah kerajaan PN tidak faham prinsip pemisahan kuasa dalam sebuah negara demokrasi.

Lepas tu mereka menuding jari menyalahkan pihak lain.

So ... ordinan darurat ni sekarang dah batal ke belum batal? Tak ada siapa yang boleh bagi jawapan yang meyakinkan.

Itu namanya krisis perlembagaan. Bila kerajaan yang memerintah tak faham dan tak hormat perlembagaan, inilah akibatnya.

 

LAWAN TETAP LAWAN

 

HAMZAH RIE NA


Bila rakyat mengibar bendera putih, kerajaan marah kata tak guna saluran yang betul.

Bila doktor berhartal, kerajaan marah kata tak guna saluran yang betul.

Bila anak muda lawan, kerajaan marah kata tak guna saluran yang betul.

Bila Ahli-ahli Parlimen menyuarakan isu bendera putih, pandemik, kebajikan rakyat dan hala tuju negara di Dewan Rakyat, kerajaan tutup Parlimen.

"Apabila usul ditolak tanpa ditimbang,

Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan,

Dituduh subversif dan mengganggu keamanan, maka hanya ada satu kata: lawan!"

SR

 May be an image of one or more people, people standing, people walking, crowd and road

AGAK AGAK KALAU DIHISAP PONTENG MAKAN GAJI BUTA KE SYURGA KAH ?

 

MOHD MUKHLIS


Kalau acara ponteng sidang parlimen ini di pertandingkan dalam olimpik,

 nampaknya tak ada orang lagi boleh challenge "Isley".

Cuma nak tanya, ponteng sidang parlimen kena hisab tak?

 

May be an image of text

UMNO SEKALI LAGI DIUJI HARI INI


Kalau waktu PH perintah dulu, puak lebai berdemo atas sbb kaum, sentimen agama, kes Adib, RUU 355. Semua tu tak jadi apa pun bila mereka jadi sebahagian dari kjaan skrg.

Semlm, MP-MP kita bukan berdemo, tapi mereka mahu ke parlimen untuk bawa suara rakyat, untuk tunaikan titah Agong dan untuk mendengar jawapan menteri yg berjanji untuk beri jawapan pada hari Isnin tentang ordinan darurat yg mereka batalkan secara back date itu. Malangnya, niat MP-MP kita digagalkan oleh satu arahan dari kerajaan gagal ini. Sekali lagi Covid dijadikan alasan mereka. Walhal, kerana Covid lah maka kita desak parlimen bersidang.

Namun, bila PM yang gagal ini sedar dia memang tiada sokongan lagi tetapi masih mahu makan gaji dan elaun buta, maka dia sanggup langgar titah Agong dan kehendak rakyat. Siang malam mereka berpakat untuk cari jalan bagaimana untuk kekalkan kuasa. Berkumpul di wisma perwira, kemudian di rumahnya sendiri, semuanya untuk bincang bagaimana mahu kekalkan kuasa, bukannya untuk fikir masalah rakyat.

Umno harus berani buat keputusan. Umno tiada pilihan selain antara dua iaitu, sokong kerajaan gagal ini atau tidak? Ikan busuk bermula dari kepala, maka buang kepala pun tetap busuk di bahagian lain. Elok jangan ambil ikan yang telah busuk di kepala. Cari ikan yang lebih baik dan segar. Beranikah Umno buat keputusan ini?

Hari ini khabarnya sekali lagi Umno bermesyuarat. Jangan jadi parti paling kerap bermesyuarat tetapi menjadi bahan lawak jenaka. Hebat dalam mesyuarat, tetapi kecut buat keputusan. Hebat di media sosial, tetapi mengecut bila berhadapan. Jika Umno gagal buat keputusan tegas, baik bubar sahaja parti Umno dan sertai Bersatu untuk bantu Muhyiddin.

WFAUZDIN NS

 


KENAPA TANGGUH SDIANG DEWAN NEGARA, KKM KATA PARLIMEN SELAMAT?

 Kenapa tangguh sdiang Dewan Negara, KKM kata Parlimen selamat?

PEMIKIRAN LEBIH KOLOT DARI RAKYAT ZIMBABWE


May be an image of 3 people, people standing and outdoors

Kenali kelompok2 yg buatkan negara kita mundur


Himpunan 400 anak muda dan himpunan 107 ahli Parlimen dikecam dgn pelbagai andaian. Bodoh, tak takut mati, gila kuasa dan sebagainya...siapa yg berkata begitu? Ia ada tiga golongan. Pertama mereka yg dikatakan 'macai' kedua mereka yg bergelar walaun dan ketiga mereka yg berfikiran lebih kolot dari rakyat Zimbabwe. Kenapa?

Ketika puluhan ribu manusia di seluruh dunia terutama negara2 maju seperti bandaraya LA, Sydney, New York, London dan byk lagi berdemontrasi mengecam Israel dan membela Palestin, ada kalian melihat mereka menulis di wall mengecam tindakan tersebut? Sebabnya bukan Anwar Ibrahim di kota London tersebut dan bukan LGE di New York tersebut.

Bila PPV padat manusia dan dikatakan ramai yg dijangkiti Covid19 di situ ada suara2 mereka ini mengecam di wall mereka? Begitu juga jutaan pekerja kilang mereka bisu.

Kenapa negara kita mundur dan kenapa UMNO boleh mengusai negara 60 tahun lamanya? Ia terjadi kerana ada beberapa 'puak' Melayu yg mudah diperhambakan. Nak kenali siapa mereka itu?

1) Puak A adalah pemain politik sendiri. Mereka menjadi pengikut dan pengampu politik utk mendapat laba politik. Kelompok inilah yg kuat menghasut org Melayu dgn memainkan sentimen perkauman. Sasaran utama mereka kpd Melayu luar bandar yg racist atau popular dipanggil 'macai'. Mereka menghasut utk perut mereka dan keluarga. Projek dan komisen adalah modus operandi mereka. Yg malangnya org bawahan (rakyat teramai).

2) Puak B ini adalah org kampung yg ekstrim kpd agama dan kurang berpendidikan. Kelompok ini mudah terkhayal dgn mereka yg berjubah dan berserban. Mereka ini dianggap mencari jalan pintas ke syurga. Kelompok ini dikenali sebagai walaun. Puak ini sukar diubah pertama kerana taksub dan kurang pendidikan. Puak ini takkan peduli apa bukti yg diberikan walaupun sekali lagi bulan terbelah dua...ketaksuban mereka tidak akn berubah.

3) Puak C ini mereka yg hanya ikut ikutan. Puak ini tidak berada di dlm parti dan dilihat neutral atau bersederhana dlm politik. Namun hakikatnya puak ini akn mengecam musuh politik mereka. Contoh kes himpunan anak muda dan ahli Parlimen. Jika ajak berhujah mereka sukar menjawab dgn fakta.

Mereka inilah yg ramai terpengaruh dgn Jkom utk mengecam tindakan anak muda dan ahli Parlimen... alasannya mudah 'tak sayang nyawa' musim Covid. Tapi himpunan ribuan utk Palestin, kesesakkan PPV, kesesakan kilang2, himpunan Menteri2 di rumah PM dia tak peduli. Golongan inilah yg disebut pemikiran lebih kolot dari rakyat Zimbabwe.

Kelompok ini ramai dan hanya tahu merungut seperti kes Covid19 tinggi, ribuan rakyat bunuh diri, ribuan mati kerana Covid19, jutaan hilang pekerjaan... tapi mereka tidak tahu puncanya dan kenapa ia berlaku.

Mereka hanya merungut. Ini memang style org Melayu.. tidak mahu berfikir dan mudah terhasut dan taksub. Sb itu jika ada kes scam skim cepat kaya 90% org Melayu akn tertipu.

Moralnya di sini skg baru kita tahu kenapa kerajaan yg dulu boleh bertahan 60 tahun lamanya memerintah negara walaupun berpuluh billion setahun wang rakyat dirompak setiap tahun. Sebab mentaliti 3 kelompok ini.

Jika kaum Cina menguasai bidang peniagaan, kaum India dan Sikh menguasai bidang perubatan dan guaman... org Melayu menguasai bidang rasuah. Buktinya setiap bulan yg dibawa ke mahkamah kerana rasuah rata2 org Melayu.

Org Melayu kelas bawahan didoktrinkan dgn sifat perkauman hingga minda mereka terus dijajah dgn dibutakan dgn kebenaran. Bagi mereka negara ini milik org Melayu sahaja. Org Melayu sahaja yg perlu dibela... hingga org Melayu boleh melakukan apa sahaja jenis jenayah dan perlu disokong atas nama Melayu.

Bila dlm keadaan sekarang baru kita sedar. Berbilion wang dirompak tersebut kita mampu membina 20 lagi hospital dgn kelengkapan terkini. Kita mampu menyediakan penempatan lebih selesa mereka yg dikuarantin. Kita mampu memberikan pelbagai bantuan subsidi kpd rakyat.

Tapi rakyat bergelar macai, walaun dan berfikiran lebih kolot dari rakyat Zimbabwe itu tidak tahu kekayaan negara ini mampu utk kerajaan lakukannya tapi kerana merekalah negara ini berhutang trillion. Itu bezanya pemikiran rakyat negara maju dan pemikiran rakyat dunia ketiga.

Norman Radzuan



MASIH ADA LAGIKAH KUASA..??

 

BOB KELANANG


Aku nak tanya satu jer... Ahmad Zahid Hamidi nih masih ader lagikah kuasa? Masihkah ramai lagi pimpinan UMNO yang hormat kepada Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO? Masih ramai lagikah yang akan ikut cakap Ahmad Zahid Hamidi?

Arahan Presiden UMNO pun Kluster Menteri tak ikut... Keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2021 tempohari pun xmo nak ikut... macam mana nih??

Aku xnampak relevannya UMNO nak buat meeting khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada petang nih... sedangkan kita tahu Kluster Menteri takkan ikut punya... xkan patuh lar... hahahaha... setakat jadi sembang kosong dalam ZOOM atau Google Meet boleh la... Hahahaha... buang masa betul buat online meeting...

Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden UMNO yang paling lemah dalam sejarah.



May be an image of text







 

KALAU SELEPAS MAHIADDIN NYATA DERHAKA INI PUN TAK KELUAR JUGA DARIPADA KERAJAAN, ELOKLAH UMNO DIBUBARKAN SAJA

 

Berikutan kemelut dan ketidaktentuan yang berpanjangan dalam kerajaan gagal pimpinan Mahiaddin Md Yasin, terbaru dengan Yang Dipertuan Agong sendiri menunjukkan kemurkaan baginda, UMNO akan mengadakan mesyuarat MT khasnya, petang ini.

Mesyuarat berkenaan akan berlangsung pada jam 4.00 petang secara dalam talian.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, mesyuarat khas tergempar berkenaan bertujuan membincangkan isu politik terkini, antaranya kenyataan media Istana Negara, warkah Agong, darurat serta ordinannya dan penangguhan sidang Parlimen semalam yang dilakukan oleh Mahiaddin.

Berdasarkan situasi terkini dan kedudukan UMNO yang merupakan komponen Ahli Parlimen terbanyak dalam kerajaan PN, mesyuarat petang ini tentulah bukan mesyuarat yang biasa-biasa.

Sebelum ini, pada 7 Julai itu, mesyuarat MT UMNO secara rasmi membuat ketetapan menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan menggesanya agar berundur dengan segera.

Tetapi, oleh kerana ketetapan itu tidak disertai dengan keberanian UMNO keluar daripada kerajaan, maka Mahiaddin terus buat muka sardinnya yang tak malu itu dan enggan meletakkan jawatan.

Maka, ketetapan menarik sokongan UMNO itu boleh dikata langsung tidak bernilai apa-apa.

Ia malah bukan saja menyebabkan Mahiaddin tidak memperdulikannya, malah Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan sendiri, terutamanya Ismail Sabri yang baru beroleh jawatan Timbalan Perdana Menteri, turut tidak malu-malu untuk terus memberi sokongan serta mempertahankan Perdana Menteri.

Lebih buruk dan hodoh lagi perangai mereka itu, setelah Agong menunjukkan kemurkaan baginda pun, sokongan kepada Mahiaddin tetap juga dikekalkan lagi.

Cisss…pemimpin Melayu apa dan warganegara jenis apa mereka ini?

Ini juga bermakna, dalam jiwa kebanyakan pemimpin UMNO, sementara salah satu teras perjuangan parti itu ialah mendaulat dan mempertahan kedudukan Raja-Raja, hakikatnya kesetiaan dan jilatan mereka lebih kepada Perdana Menteri yang mampu memberikan jawatan dan kedudukan bagi meraih nikmat kehidupan di dunia ini.

Tetapi, kesalahan sebenar dalam hal ini adalah pucuk pimpinan UMNO itu sendiri yang tidak benar-benar tegas dan menyeluruh dalam keputusan yang dibuatnya.

Kalaulah sejak awal lagi UMNO bersikap berani, bukan saja menarik sokongan, malah keluar daripada kerajaan, sudah tentulah hari ini tidak berlaku sebarang penderhakaan terhadap Agong.

Bahkan, tidak perlu untuk Agong meluahkan rasa amat dukacita baginda yang sebenarnya itulah tanda kemurkaan seorang Raja.

Apa yang ada di depan mata kita sekarang boleh dikira sudah melampaui batas yang sepatutnya, bukan saja ada menteri yang terbuka menunjukkan sikap derhaka, enggan mematuhi titah Agong, lebih daripada itu Perdana Menteri dan seluruh kabinet turut menunjukkan penderhakaan mereka secara berjemaah.

Titah Agong agar Parlimen dibuka di mana ia terus diderhakai sehingga baginda bertitah sebanyak tiga kali mengenainya, maka ketika itu barulah ia cuba ditunaikan.

Itu pun tidak sepenuhnya titah Agong diakuri kerana dalam baginda bertitah agar perbahasan dilakukan, sebaliknya hanya sidang Parlimen khas yang penuh ucapan tanpa perbahasan serta pengundian menjadi persaksian kita semua.

Kemudian apabila Mahiaddin menangguhkan sidang khas Parlimen, sekali lagi dengan mengkambing-hitamkan alasan Covid19, tindakan itu juga sebenarnya adalah satu bentuk penderhakaan terhadap titah Agong.

Sementara tidak melaksanakan sepenuhnya titah Agong adalah penderhakaan, menghentikan perlaksanaan titah pula menunjukkan penderhakaan yang lebih buruk lagi.

Untuk itu, berikutan penderhakaan yang berulang-ulang dilakukan, Mahiaddin dan kerajaan PN ini tidak layak lagi diberi lanjutan masa mentadbir negara.

Dengan yang demikian, mesyuarat khas MT UMNO petang ini, jika tidak berani juga membuat keputusan keluar meninggalkan kerajaan PN atau menjatuhkan Mahiaddin, lebih baiklah UMNO selepas ini berhenti bercakap soal perjuangan untuk rakyat dan mendaulatkan Raja.

Kalau selepas petang ini masih lagi dengan keputusan sama – mengulangi menarik sokongan, mendesak Mahiaddin berundur, tetapi tetap kekal berada dalam kerajaan – eloklah juga UMNO ini dibubarkan saja dan masuklah beramai-ramai ke dalam Bersatu.

Kemudian sokong dan jilatlah Mahiaddin semahu-mahunya untuk sama-sama juga menjadi penderhaka kepada Raja.

Rakyat pun tentunya senang membuat keputusan tidak lagi memerlukan UMNO selepas ini kerana nampaknya ia terbukti parti paling tak berguna sekali.

 (ShahbudinHusin 03/08/2021)