PM terlalu lewat ambil tindakan walau 46 pakar sudah tujuh bulan bersuara


PM terlalu lewat ambil tindakan walau 46 pakar sudah tujuh bulan bersuara


Dr Dzulkefly menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Mahiaddin tidak mempedulikan gesaan kesemua 46 pakar perubatan terbabit supaya kerajaan mengambil tindakan serius sebelum negara memasuki ‘unit rawatan rapi’ Covid-19.

“Kini langkah-langkah itu ada dalam PPN. Tujuh bulan terlalu lewat. Jumlah kes satu juta! Kematian hampir 8,000!

#KerajaanPembunuh?” ciapnya kemudian di Twitter.

Percepatkan vaksin

Pada 7 Januari lalu, seramai 46 pakar kesihatan terkemuka negara dalam sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri antara lain menggesa supaya kadar ujian saringan ditingkatkan menggunakan ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK).

Berbanding kit PCR, jelas mereka, RTK mampu menghasilkan keputusan dalam tempoh kurang 24 jam.

Selain itu, mereka juga menyarankan supaya individu positif Covid-19 yang tidak mengalami gejala dikuarantinkan di rumah.

“Kita perlu melindungi sumbangan anggota perubatan profesional di hospital Covid-19 dengan mengalihkan kesemua pesakit bukan Covid-19 ke hospital-hospital bukan khusus untuk Covid-19 serta hospital swasta.

“Ini membenarkan mereka untuk fokus kepada kes-kes yang paling parah,” tegas pakar-pakar dalam surat itu.

Antara pakar yang menandatangani surat itu termasuk Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman, bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christopher Lee, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan dan Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Profesor Perubatan Universiti Malaya.

Pada masa sama, mereka juga menuntut agar proses meluluskan vaksin Covid-19 dipercepatkan di samping maklumat berhubung vaksin disampaikan kepada rakyat.

“Sebuah Jawatankuasa Covid-19 yang merentasi sektor dan memperkasakan pakar-pakar subjek tertentu harus dibentuk dengan segera untuk menyampaikan nasihat berasaskan bukti,” kata mereka.

Akhir sekali, mereka terbabit turut mengingatkan supaya pandemik ini tidak dipolitikkan mana-mana pihak.

“Sebaliknya, bentukkan konsensus bipartisan serta kata sepakat untuk pendekatan bagi meratakan keluk jangkitan dan mencapai kelompok imuniti sebagai perlindungan masyarakat untuk hidup bersama virus ini.

“PRU15 di tengah-tengah pandemik yang tidak terkawal ini adalah satu bencana yang hanya menunggu masa untuk berlaku, seperti yang dibuktikan dengan PRN Sabah,” tegas kumpulan pakar berkenaan.

 

SPEKER PULAK GELABAH BILA ZAHID DAN 3 YANG LAIN POHON TUKAR POSISI

 


Speaker nafi Zahid dan tiga lagi pohon pindah ke kerusi Bebas

YA SAMDOL- KETIKA NEGARA KEKURANGAN DOKTOR MAKA TERPAKSA DIAMBIL DOKTOR-NISBAH HOSPITAL TAK TERLAKSANA.KALAU AMBIL BERAT TAK KAN HARTAL

 abdul-latiff


Masalah doktor kontrak berlaku zaman BN dan PH – Abdul Latiff

 

Isu batal darurat, PM nampaknya lepas tangan – Tok Him By Manzaidi Mohd Amin - 27 July 2021

 Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR – Timbul tanda tanya tindakan kerajaan yang mengumumkan Proklamasi Darurat tidak akan disambung, sebaliknya telah tamat pada 21 Julai lalu tanpa diumumkan kepada rakyat.

Justeru, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali yang mengikuti perkembangan secara rapat persidangan khas Parlimen bermula semalam menyatakan kecewa dengan tindakan itu.

Beliau menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab dan lepas tangan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk mengumumkannya semalam.

“Parti Putra bersama seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan pengumuman Menteri Undang-undang di Dewan Rakyat semalam kononnya Kabinet telah memutuskan untuk menamatkan atau tidak melanjutkan darurat selepas 1 Ogos ini.

“Pengumuman Takiyuddin itu telah mencetuskan kontroversi undang-undang dan krisis Perlembagaan kerana cara keputusan dibuat telah menimbulkan pelbagai masalah dan persoalan.

“Jika benar Kabinet membuat keputusan pada 21 Julai, kenapa tidak segera mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari itu dan menyatakan ianya mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong?,” soal beliau menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau juga mempersoalkan kenapa tidak dikeluarkan kenyataan atas nama Perdana Menteri sebagaimana SOP sepatutnya tetapi dibuat oleh Menteri yang bertanggungjawab pada undang-undang di Dewan Rakyat secara mengejut.

“Cara ini tidak betul. Sebelum dan selepas 21 Julai, dalam menanti tarikh semalam untuk Parlimen bersidang, riuh rendah mendesak agar Rang Undang-undang Darurat mesti dibentang, dibahas dan diundi untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat.

Saifuddin Nasution: Bagaimana Peliknya Kita Untuk Mendapat Granular Data...






Menteri Kesihatan gagal kemuka analisis peningkatan kes, langkah tangani Covid-19


PERCAYA LAH SUATU HARI NANTI MUKA PEMIMPIN UMNO AKAN MAKAN LUDAH PENYOKONG

 

Panas! Pemimpin Umno bengang menteri Umno tak maklum pucuk pimpinan pembatalan Ordinan Darurat


Panas! Pemimpin Umno bengang menteri Umno tak maklum pucuk pimpinan pembatalan Ordinan Darurat

Aleh-aleh Tricky Taki umum Ordinan Darurat sudah semua dibatalkan pada Rabu 21hb Julai.

Keputusan Jemaah Menteri!

Tapi menteri-menteri UMNO tak de nak maklum kepada pucuk pimpinan parti berita baik ini.

Bila dapat jawatan tinggi, minta restu parti.

Berita penting tidak pula dikongsikan dengan parti!

Selamat mereka, tidak perlu letakkan jawatan.


#TrickyTaki

Sumber: https://www.facebook.com/1

Mahiaddin memang ditakdirkan untuk gagal, belajar dari kegagalan NFC dan i-Bestari

 


Mahiaddin memang ditakdirkan untuk gagal, belajar dari kegagalan NFC dan i-Bestari

1- Membaca laporan siaran media , Nampak seperti ada cubaan gambar dan potretkan PM Mahiadidin dah lakukan yang terbaik untuk Rakyat, membayangkan dia keletihan dan bukan lah sempurna, Hakikat bukan Soal kesempurnaan, Ketidak sempurnaan itu jika ianya ada Islah dan Pembaikan, Bukan kerosakan dan Kegagalan..

2- Jadi berhentilah berdrama menagih simpati seperti Selebriti Agama dengan Slogan slogan Agama dan aksi aksi wajah sedih dan tangisan, drama berdoa di media sosial.. Sedikit pun aku tak rasa simpati.. Takda sapa suruh kamu terus jadi PM..Yang diperlukan adalah ketelusan.. Bukan Drama.. Kamu perlu berani jawab persoalan dengan fakta dan Hujjah dan bertanggungjawab atas kegagalan.. Bukan berdrama dengan wajah wajah sedih berjalan seperti tidak bermaya dan keletihan..

3- Jadi Tak perlulah berusaha sangat wahai Mahaiddin, Kamu sudah ditaqdirkan untuk Gagal.. Belajar dari Sejarah kamu sendiri.. Kamu memang selalu belanja besar..Belanja Mega tetapi semua projek dan dasar kamu Gagal.. Lihat saja projek NFC ketika kamu jadi Menteri Pertanian, Dan Projek I Bestari ketika kamu jadi Menteri Pelajaran.. Semuanya Gagal..

4- Masa Jadi Menteri Pertanian, Semua orang tahu..Ketika Projek Mega penternakan Lembu NFC di anugerahkan kepada Syarikat Keluarga ketua Wanita UMNO… RM 250 Juta semua pinjaman mudah diberikan, Apa jadi ? Semua nya gagal.. Ketika ramai dari kalangan penternak dan Petani perlukan bantuan, Pinjaman mudah diberikan kepada keluarga Ketua Wanita UMNO..

5- Lihat juga sejarah ketika, Kamu jadi Menteri Pelajaran, Ketika itu Kementerian menanugerahkan Syarikat yang takda kena mengena awalnya dengan Teknologi dan telekomunikasi seperti YTL… Tetapi Syarikat ini dianugerahkan Projek Berbillion ringgit hanya untuk bangunkan sistem IT bagi sekolah sekolah yang langsung tak berguna dan menyusahkan Guru.. Dalam siasatan PAC melaporkan antara 2011 dan 2019, di mana sejumlah RM2.71 bilion dibelanjakan..

6- Kegagalan Mahiaddin bukan terhenti disitu saja, Allah Zahirkan kegagalannya ketika menjadi Perdana Menteri.. RM 600 Billion di Belanjakan.. Apa Jadi ? Dari Perintah Dharuat dan Perbelanjaan Negara yang besar, Sistem kesihatan kita makin teruk dan Lumpuh, Manakala EKonomi semakin teruk..Rakyat ramai yang menderita kehilangan Pendapatan dan dibuang Kerja..

7- Jika dulu ada i Bestari, Sekarang ada i Lestari, I Sinar dan CItra.. Kamu memang Berani berbelanja besar..Menggunakan dana awam…Tetapi ia hanya mengulangi Kegagalan NFC, I Bestari yang juga berbalanja besar…

8- Begitu juga dalam program Vaksinasi..Antara keberanian Mahaiddin berbelanja besar dan Gagal seperti Kos untuk VAKSIN sebanyak RM 5 billion..Satu jer kena faham.. Semua ini berlaku tanpa Keberkatan.. Kalau Berani tanpa ilmu dan Kebijaksanaan, Hanya datangkan kerosakan dan Kegagalan..

9- Mana mungkin segala bentuk “Scheme Of Things” itu dapat menipu Allah dengan aksi Doa dan sujud Syukur ketika mendapat berita perlantikan Perdana Menteri.. Mungkin bagi seorang Mufti dan Seorang Presiden Parti Islam boleh terpedaya.. Tetapi tidak yang maha kuasa..

10- Apapun, Bertaubatlah sebelum Terlambat..Sesali atas segala kerja khianat Kamu itu terhadap amanah rakyat.. Ingat Pesan Allah kepada Kelompok Khianat.. Ingat pesan Allah ini..

ÙˆَØ£َÙ†َّ اللَÙ‡َ لا ÙŠَهدي Ùƒَيدَ الخائِنينَ…

” dan bahawasanya Allah tidak meredhai tipu daya orang-orang yang berkhianat.. ”

Surah Yusuf : Ayat 52

Ipohmali



Menteri Kesihatan berucap 55 minit, tidak ada penghargaan kepada doktor kontrak

 


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba seharusnya mengucapkan penghargaan dari kerajaan Perikatan Nasional terhadap sumbangan doktor kontrak sebagai barisan hadapan menangani Covid 19.



Namun kata Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, tidak ada satu pun ucapan yang menyentuh doktor kontrak demi memperbaiki kedudukan mereka dalam skim jawatan kerajaan.



"Saya kena nyatakan bahawa doktor di luar mengunggu bila menteri beri penerangan, beri sedikit pengiktirafan apa yang doktor muda buat selama ini. Malangnya, masa yang diberikan selama 55 minit langsung tidak disebut oleh Menteri Kesihatan (jasa doktor kontrak). Yang mana kalau kita lihat dari segi kekuatan, doktor yang bertugas dalam negara sekitar 71,000 orang.



"Dari jumlah tersebut 52,000 berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Masalahnya doktor kontrak ini berjumlah 23,000. Maksudnya lebih 40% yang berkhidmat atas dasar kontrak.



"Walau diberi nasihat jangan buat hartal semalam, ternyata anak-anak muda profesional yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa (dan melakukan hartal) langsung tidak diambil peduli oleh kerajaan," katanya dalam mencelah sesi perbahasan Ketua Pembangkang mengenai ucapan Menteri Kesihatan di Dewan Rakyat, tengah hari tadi.



Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pula menimbulkan isu masalah doktor kontrak yang telah pun disebut oleh Pengarah Kesihatan sendiri dalam tertekan dengan keadaan kerja mereka tetapi tidak diselesaikan oleh kerajaan.



"Ada antara hujah bila menyebut masalah dokor kontrak ini, kita mengatakan terlalu ramai graduan perubatan. Tetapi kalau kita memetik ciapan underfunded, understaff, underpaid, overworks, overcrowded, bukan daripada orang lain tetapi Ketua Pengarah Kesihatan kita sendiri pada beberapa tahun yang lepas.



"Ini menunjukkan betapa kurangnya peruntukan untuk sektor kesihatan. Jadi itu sepatutnya menjadi tumpuan dalam sektor kesihatan dalam menangani masalah doktor kontrak ini," katanya.



Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid pula, isu doktor kontrak sepatutnya telah lama diselesaikan dan tidak lagi menjadi perbincangan pada waktu pendemik ini.



"Saya meneliti perkembangan terkini, doktor kontrak dan jururawat kontrak yang telah berlarutan bertahun-tahun. Melihat perkembangan ini dalam undang-undang, ada tempoh percubaan.



"Tetapi kerajaan hari ini bukan saja dilayan (tidak sepatutnya kepada) mereka yang menjadi barisan hadapan, berkorban jiwa dan keluarga mereka. Tetapi mereka diambil tindakan disiplin. Ini (hartal) bukan (soal) disiplin, ini hak mereka.



"Satu lagi, elaun kritikal. Elaun ini telah pun ada tetapi mesti dikaji semula (amaunnya) kerana pengorbanan mereka dalam pandemik Covid 19," katanya.

MENGELIRUKAN PEMBATALAN DARURAT, MAHIADDIN MESTI LETAK JAWATAN

 

Beberapa kali saya telah bangun di Dewan Rakyat pada hari ini Isnin 26 Julai 2021 untuk berucap tetapi tidak diberi peluang oleh Speaker dan juga Timbalan Speaker.

Saya ingin berucap ringkas sahaja iaitu tentang perkara Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, saya mengambil ruang melalui media untuk menzahirkan pendirian saya supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota kabinetnya meletakkan jawtan dengan serta merta. Alasan saya seperti berikut.

Isu pokok yang ingin saya bangkitkan ialah perkara yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menteri Takiyuddin Hassan menyatakan di Dewan Rakyat pagi semalam 26 Julai 2021, bahawa semua Ordinan Darurat yang dibuat semasa Proklamasi Darurat bermula pada 12 Januari 2021 telah dibatalkan oleh Kabinet pada 21 Julai 2021.

Ini satu pengumuman besar oleh de facto Menteri Undang-Undang di dalam Dewan Rakyat di mana Perdana Menteri hadir sama mendengarnya. Saya juga hadir di Dewan Rakyat ketika itu dan mendengar pengumuman Menteri Takiyuddin Hassan itu.

Apakah Kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan itu benar? Ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri.

Pembatalan Ordinan Darurat terletak dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Permasyhuran segala Proklamasi Darurat dan semua Ordinan Darurat dibuat atas nama Yang di-Pertuan Agong. Persoalannya kenapakah tidak ada permasyhuran pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut oleh Yang di-Pertuan Agong?


Saya berharap pada sesi petang semalam, Perdana Menteri selaku Ketua Jemaah Menteri atau Kabinet akan menjawab dan memberi penjelasan tentang kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan itu.

Tetapi Perdana Menteri tidak muncul di Dewan Rakyat pada sesi petang. Mengapa pengumuman pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang penting itu tidak dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri?

Jika tiada penafian daripada Perdana Menteri, ia membawa makna kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan itu adalah benar.

Soalan selanjutnya, adakah Yang di-Pertuan Agong telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri akan hasrat Kabinet untuk membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?

Adakah Perdana Menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?

Kalau jawpannya Ya, persoalan berikutnya, adakah Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani sebarang dokumen atau surat memberi perkenan Baginda terhadap pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?

Rakyat seluruh negara yang ditangkap, dilokap, di hantar ke penjara, disaman, dikompaun, dikurantin, dan segala macam sekatan, larangan di bawah PKP dan Ordinan Darurat inginkan penjelasan dari Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya.

Jika sejak 21 Julai 2021 segala Ordinan Darurat itu telah dibatalkan tetapi dirahsiakan pembatalannya sehingga hari ini baru didedahkan di Parlimen, apakah punca kuasa yang ada pada Kerajaan Perikatan Nasional untuk menjalankan pentadbirannya dari tempoh 21 Julai 2021 sehingga 1 Ogos 2021 (apabila Proklamasi Darurat itu tamat)?

Apakah implikasi undang-undang terhadap tindakan, perlakuan, keputusan yang kerajaan atau pegawai-pegawainya, kakitangan awam, atau agensi-agensi kerajaan yang telah ambil di bawah Ordinan-Ordinan Darurat sejak 21 Julai itu hingga hari ini tetapi hakikat sebenarnya Ordinaan itu telah dibatalkan?

Adakah tindakan kerajaan itu sah? Adakah menurut undang-undang? Ini semua menutut jawapan daripada Perdana Menteri.

Kalau sesungguhnya benar apa yang diumumkan oleh Menteri Takiuddin Hassan itu bahawa semua Ordinan Darurat itu telah dibatalkan sejak 21 Julai 2021, maka saya ingin bertanya kenapa tidak ada dokumen pembatalan ordinan-ordinan darurat itu dibentangkan di Parlimen?

Kalau sungguh apa yang dikatakan oleh Menteri Takiyuddin Hassan itu benar bahawa semua Ordinan Darurat itu telah dibatalkan, bolehkah Menteri yang berkenaan nyatakan bilakah Pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan? Jika ada, bila tarikh Warta Kerajaan tersebut?

Ini perkara besar, perkara perundangan berkenaan Darurat yang menyentuh kehidupan jutaan rakyat, yang tiga kali mengalamai lockdown atau PKP Penuh. Ramai yang hilang pekerjaan dan keruntuhan perniagaan akibat perintah PKP di bawah pelbagai Ordinan Darurat.

Hal ini juga bersangkut paut dengan Perlembagaan Persekutuan.Setiap Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan semua Ahli Parlimen dikehendaki mengangkat sumpah berikrar mempertahankan dan melindungi Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-Undang Tubuh bagi Malaysia.

Sistem demokrasi berparlimen serta Raja Berperlembagaan di Malaysia meletakkan Perlembagaan Persekutuan itu di kedudukan yang tinggi.

Jika Menteri Takiyuddin Hassan didapati mengelirukan Parlimen, maka beliau perlulah mengambil tindakan terhormat dan bermaruah dengan meletakkan jawatan.

Jika enggan maka, paling tidak de facto Menteri Undang-Undang itu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk diambil tindakan.

Sebaliknya jika apa yang dikatakan oleh Menteri Takiyuddin Hassan itu benar, maka ia adalah satu kesilapan besar Jemaah Menteri dan Perdana Menteri di bawah undang-undang Perlembagaan.

Dan sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak dimaklumkan, tidak dirundingi, tidak diminta perkenan baginda untuk pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut, maka ini suatu perbuatan pelanggaran Perlembagaan oleh Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri.

Jika itu yang sebenanya berlaku, maka di bawah prinsip tanggungjawab bersama Jemaah Menteri, maka jalan terhormat dan bermaruah yang perlu diambil oleh Jemaah Menteri dan Perdana Menteri tidak lain dan tidak bukan,hanya satu, iaitu meletakkan jawatan.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Selasa 27 Julai 2021.



23K DOKTOR LUPAKAN- 7 BILLION SAPU DULU

 

MOHD MUKHLIS


Untuk diri sendiri, 7 bilion ambil dulu, berbahagi sesama 73 kabinet yang tak berguna pastu baru bentang di parlimen.

Untuk 23K doktor kontrak, kena berbincang pula padahal mereka ini yang sangat kritikal untuk lawan Covid-19.

#SchemeOfThings

 May be an image of 1 person, standing and text

Mesyuarat Khas Parlimen: Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat

 

Astro Awan
T






Mesyuarat Khas Parlimen: Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan RakyatTengku Razaleigh menegaskan dari awal beliau tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yan mengguna nama kerajaan "Perikatan Nasional". - Gambar fail








KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memohon agar tempat duduk beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran blok Bebas.
Dalam satu surat bertarikh 26 Julai kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, Tengku Razaleigh atau Ku Li memberi alasan memohon pertukaran tempat duduk kerana beliau tidak menyokong kerajaan sekarang ini.
"Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan "Perikatan Nasional".
"Saya belum mengetahui sama ada anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain daripada parti saya telah berurusan dengan Y.B Tuan Yang di-Pertua mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat.
"Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini saya dengan suka hati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional/UMNO terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong Kerajaan Gagal ini," katanya.
Tengku Razaleigh sebelum ini sering mengkritik pentabiran kerajaan Perikatan Nasional dan mempertikai tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang dianggap membelakangkan perlembagaan negara.
Dalam susunan tempat duduk dalam Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh diletakkan bersama-sama ahli parlimen UMNO yang lain di blok kerajaan.
Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan pada Januari lalu juga diletakkan di blok kerajaan.

Surat Tengku Razaleigh mohon tempat duduk dalam Dewan Rakyat

ZAHID HAMIDI ‘DIBODOHKAN’ MENTERI2 UMNO?

 

Sehari sebelum sidang khas Parlimen semalam, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan media yang memberi arahan agar Ahli-Ahli Parlimen parti itu menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan proklamasi darurat dan ordinan-ordinannya.

Seterunya dalam kenyataan bertarikh 25 Julai itu beliau menegaskan, “Memenuhi dan mentaati ketetapan parti pada 25 April 2021 bahawa sekiranya Darurat (Proklamasi dan Ordinan-Ordinannya) diteruskan selepas 1 Ogos 2021, maka “Ahli-Ahli Parlimen akan menarik sokongan dan Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan Pengerusi-Pengerusi GLC daripada UMNO akan meletakkan jawatan”.

Intipatinya bermaksud pendirian UMNO ialah menolak darurat dan akan meninggalkan kerajaan jika darurat disambung lagi selepas 1 Ogos.

Ketika kenyataan media itu dikeluarkan, ramai yang memuji ketegasan Zahid Hamidi berkaitan isu darurat yang secara umumnya memang menimbulkan rasa tidak senang majoriti rakyat kerana ia ternyata telah diselewengkan untuk maksud politik dan bukan bagi memerangi Covid19.

Beliau dilihat benar-benar menepati ketetapan yang telah lama diputuskan oleh UMNO sendiri.

Bagaimanapun di Parlimen semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa proklamasi darurat telah pun dibatalkan pada 21 Julai lalu.

Ini bermakna ketika Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan media tentang arahan menolak darurat dan ordinan-ordinannya serta mengancam bahawa Ahli-Ahli Parlimen UMNO akan meletak jawatan daripada kerajaan, proklamasi itu sendiri telah pun dibatalkan lima hari sebelum itu.

Ia dibatalkan pada 21 Julai iaitu hari Rabu di mana biasanya pada hari tersebut berlangsungnya mesyuarat mingguan kabinet.

Sudah tentu dalam hal proklamasi darurat yang dibatalkan pada hari Rabu itu, ia adalah merupakan keputusan kabinet.

Soalnya, dalam hal ini, mengapa menteri-menteri UMNO, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak memaklumkan pembatalan darurat itu kepada Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO?

Mengapa disembunyikan sehingga Zahid Hamidi ternampak “macam bodoh” kerana bercakap tentang sesuatu perkara yang sudah pun dibatalkan?

Jika diberitahu awal, baik Zahid Hamidi dan malah sesiapa pun, sudah pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan media berbentuk arahan dan ancaman seperti itu?

Malangnya, kenapa ia diperlakukan kepada Zahid Hamidi?

Apakah menteri-menteri UMNO memang mahu “memperbodohkan” Zahid Hamidi dan menjadikannya kelihatan seperti “ketua parti yang bodoh”?

Apa tujuannya?

Adakah untuk membela dan mempertahankan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin atau ini permulaan suatu gerakan untuk menyingkirkan Zahid Hamidi daripada terus menerajui UMNO?

Siapa dalam UMNO mahu merampas kuasa ini?


 (ShahbudinHusin 27/07/2021)



Mesyuarat Khas Parlimen: Speaker jangan lindungi Menteri yang mengelirukan Dewan - Anwar

 

Ridauddin Daud

Mesyuarat Khas Parlimen: Speaker jangan lindungi Menteri yang mengelirukan Dewan - Anwar
Tegas Anwar, penjelasan segera harus dibuat kerana beliau yakin pembatalan Ordinan Darurat tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun agar tidak bersekongkol dengan mereka yang didakwa beliau mengelirukan Dewan.
Gesaan dibuat selepas Speaker Dewan Rakyat itu memaklumkan hari ini bahawa isu pembatalan Ordinan Darurat yang dibangkitkan akan diperjelaskan pada Isnin nanti dan bukan secepat mungkin.
Tegas Anwar, penjelasan segera harus dibuat kerana berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Isnin, beliau yakin pembatalan tersebut tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Yang diumumkan menteri itu memang satu yang mengelirukan Dewan dan Speaker. Dengan kerusi yang mulia ini, jangan bersekongkol dengan orang yang mengelirukan Dewan.

Speaker jangan lindungi Menteri yang mengelirukan Dewan - Anwar
“Yang kita minta hanya satu, kerana menteri kata tadi boleh jawab, tetapi Speaker kata Isnin tetapi saya nak Speaker harus kata, menteri boleh jawab hari ini.
“Kalau itu pun Speaker tidak sanggup, saya berdukacitalah. Ini bermakna kita ada masalah besar dengan Speaker kalau macam itu,” katanya ketika berbahas pada Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas pada Selasa.
Sementara itu Lim Guan Eng (Bagan - PH) turut mempertikaikan pembatalan tersebut dan menegaskan penjelasan hanya akan diberi pada Isnin nanti adalah satu perkara yang tidak boleh diterima.
“Sebagai seorang peguam yang pakar dalam bidang anda, Yang di-Pertua tahu bahawa “justice delayed is justice denied”. Kita tidak boleh tunggu sampai Isnin sebab ada banyak kekeliruan.
“Apakah kedudukan undang-undang sekarang? Hari ini Selasa, tunggu sampai Isnin, kita tidak boleh biar ini berlarutan. Ini bukan kerajaan tapi itu kerajaan gagal,” tegasnya.
Selain itu Khalid Samad (Shah Alam - PH) turut mencelah apabila Azhar Azizan menegaskan Dewan perlu mengikut aturan mesyuarat yang telah ditetapkan.
“Kita faham ada aturan urusan mesyuarat tetapi ini bukan urusan mesyuarat tapi ini berhubung apa disebut oleh menteri pada hari itu dan perlu dijelaskan pada hari itu juga.
“Bila dia sebut dan kita tanya, dia kena jawab pada hari itu,” katanya.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempertahankan pengumuman yang dibuat Takiyuddin berhubung pembatalan enam Ordinan Darurat yang dibuat pada 21 Julai lalu.
Nazri menegaskan apa yang diumumkan oleh Takiyuddin itu setelah mendapat nasihat dari Pejabat Peguam Negara yang memahami Perlembagaan Negara.
Beliau menjelaskan perkara tersebut tidak perlu dibahaskan kerana kerajaan tidak mahu melanjutkan Proklamasi Darurat selepas ia tamat pada 1 Ogos nanti.