Bila Ordinan Darurat dibatalkan, sudah dapat perkenan Agong, soal Anwar

 

Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin perlu menjelaskan mengapa tiada pemakluman tentang pembatalan ordinan darurat seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengisytiharan dan pembatalan sesuatu undang-undang merupakan perkara yang serius dan tidak boleh sewenang-wenangnya dibuat.

Beliau juga mempersoalkan sama ada pembatalan ordinan tersebut telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, sebagaimana kerajaan mempersembahkan pengisytiharan darurat pada awal tahun ini.

“PM perlu beri penjelasan, kenapa pembatalan ordinan darurat tidak diumumkan.

“Perkara seperti ini harus dibentang secara hormat agar kita peraku atau bersetuju, tapi ini tidak berlaku. Saya agak gusar kita di tahap krisis perlembagaan.

“Saya tak pasti sama ada hal yang diumumkan menteri telah dipersembahkan atau diperkenankan (Agong) kerana tak disebut.

“Adakah pembatalan ini dibuat dengan mempersembah dan dapat perkenan Agong, itu saya belum pasti. Saya minta penjelasan.

“Kalau belum mendapat perkenan, pengumuman ini tidak boleh dibuat kerana ia boleh dianggap penghinaan kepada institusi Raja Melayu dan Agong,” tegasnya dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin berkata, kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat pada 21 Julai lalu.

“Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit,” katanya.

Bagaimanapun hasil semakan, tidak ada warta baharu yang dikeluarkan di laman web Jabatan Peguam Negara mengenai pembatalan peraturan tersebut.

Pertahan kerajaan, darurat ditarik balik, majoriti kerajaan PN tidak boleh diuji



MALAYSIADATELINE


 Selepas ditekan agar Dewan Rakyat membuat keputusan mengenai Perintah Darurat melalui perbahasan dan undian, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen)  Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan keputusan yang mengejutkan iaitu kerajaan telah membatalkan perintah darurat.

Menurut Takiyuddin, keputusan ini dibuat pada 21 Julai lalu, iaitu lima hari sebelum sidang Parlimen yang berlangsung hari ini.

Dengan pengumuman Takiyuddin ini bermakna, sokongan untuk Perdana Menteri samada mempunyai majoriti atau tidak, tidak dapat diuji di sidang Dewan Rakyat yang dijangka akan dibuat menerusi undian samada darurat akan diteruskan atau tidak di Dewan Rakyat.

Dalam sidang hari ini, pembangkang mendesak agar Dewan Rakyat bersidang dengan membentang, membahas dan mengundi usul agar Darurat ditamatkan.

Speaker telah menolak usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga MP Bruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang meminta perintah darurat dibentang, dibahas dan diundi dalam sidang ini.

Ketika Ngeh membuat rayuan agar usulnya yang ditolak dinilai semula oleh Dewan agar ia diterima balik, Takiyuddin bangun memaklumkan Perintah Darurat tidak akan disambung selepas ia tamat 31 Julai ini.

Ia dibuat oleh kerajaan pada 21 Julai lalu, kata Takiyuddin menyebabkan rayuan usul Ngeh Koo Ham tidak perlu diundi dan usul mengenai Perintah Darurat juga tidak perlu dibahas dan diundi.

Sebelum ini, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataannya, semua wakil rakyat Umno akan meninggalkan kerajaan PN jika darurat disambung lagi selepas tanat pada 1 Ogos ini.


APA PUNYA TAK MAULU-KENAPA TAK BERDOA SAHAJA SELAIN MEMOHON DERMA JUGA.Pas berselindung di sebalik NGO minta sumbangan

 

Pas berselindung di sebalik NGO minta sumbangan




بِسمِ اللّٰهِ الرَّحمٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum wbt

Rayuan KECEMASAN segera sumbangan PKPD Medan Klebang Restu

Kami dari NGO Prihatin Rakyat dengan kerjasama NGO PKPI – Pertubuhan Komuniti Peduli Ipoh, ingin menyeru kepada seluruh masyarakat yg prihatin dengan ujian yg sedang dihadapi oleh saudara² kita di PKPD Medan Klebang Restu agar kita bersama² dapat menghulur bantuan kepada mereka

Kami mensasarkan kutipan sejumlah RM 30 Ribu untuk diagihkan kepada kurang lebih 950 buah keluarga yg terlibat.

Oleh itu kami mencari seramai 6,000 orang yang berhati mulia dan pemurah bagi menghulurkan RM 5 untuk kami menyempurnakan hasrat yang murni ini

Marilah bersama kita menjana pahala dan rahmat dari Allah atas sumbangan kita.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, InsyaAllah semuanya akan menjadi mudah

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi PERTUBUHAN PRIHATIN RAKYAT, KINTA PERAK

Maybank 55 82 20 62 60 09

Untuk maklumat lanjut atau apa² bantuan boleh hubungi

Us Hafez Sabri 0133190807 ( Pengerusi Prihatin Rakyat)
Us Fariq Izwan 0108083099 (Prihatin Rakyat)

InsyaAllah, Kami akan update jumlah yang diterima sehingga selesai kadar yang diperlukan

Kami dahulukan dengan ucapan

Jazaakumullah Khairan Kathira

#MohonDisebarkan
#PKPD
#MedanKlebangRestu
#NGOPrihatinRakyatPerak

KES EXCO PAS INI TELAH DUA KALI DIBANGKITKAN.BELIAU DIKATAKAN MENYAAHGUNAKAN KEDUDUKAN DEMI KELUARGA

 


Panas! Portal dedah Exco Pas Terengganu salahguna kedudukan untuk kepentingan keluarga?

Sebuah laman web berpusat di Terengganu, Terengganu Report mendakwa, seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan keluarganya.

Laman itu mendakwa, exco berkenaan telah membuat usahasama dengan seorang pensyarah universiti tempatan bagi memajukan pelancongan di negeri itu.

Hasilnya, selepas pensyarah berkenaan melawat Turki, beberapa produk pelancongan telah ditubuhkan di Terengganu di mana keluarga kedua-dua pihak terbabit mempunyai kepentingan di dalamnya, lapor laman itu.

Menurut laman itu, hasil siasatannya, sebuah syarikat telah dibentuk mengambil sempena sebuah siri drama terkenal dari Turki, di mana anak lelaki exco berkenaan berumur 24 tahun dan anak perempuan pensyarah berkenaan berumur 21 tahun adalah pemilik kepada syarikat berkenaan.

Syarikat berkenaan pula telah menubuhkan sebuah cafe atau restoran, homestay mewah dan mengimport tepung gandum dari Turki.

“Restoran itu mula beroperasi pada 1 Mei 2021. Dalam tempoh dua hari beroperasi, kafe itu telah mendapat beberapa ‘projek’ daripada kerajaan negeri.

“Antaranya ialah Majlis Berbuka Puasa Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Negeri pada 6 Mei, Majlis Moreh Santai Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Alur Limbat pada 7 Mei, Majlis Berbuka Puasa Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada 9 Mei dan Majlis Berbuka Puasa Jabatan Pelancongan Negeri pada 10 Mei.

“Apakah ‘conflict of interest’ dalam perkara ini?” tanya laman itu.

Mesyuarat Khas Parlimen hari ini: ‘Tunggu apa yang kami akan lakukan’

 ARIF ATAN  July 26, 2021  



Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan tugas pertama Ahli-Ahli Parlimen hari ini ialah

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan tugas pertama Ahli-Ahli Parlimen hari ini ialah memastikan aturan urusan mesyuarat (AUM) menepati titah Yang di-Pertuan Agong, peraturan mesyuarat dan Perlembagaan Malaysia.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, wakil rakyat dari blok pembangkang akan berusaha memperjuangkan kepentingan rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Tunggu apa yang kami akan lakukan. Selamatkan demokrasi dan perjuangan rakyat yang semakin sengsara. #KerajaanGagal,” kata Timbalan Presiden AMANAH itu dalam ciapan di Twitter.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bermula hari ini hingga 29 Julai dan disambung pada 2 Ogos.

Tiada sidang hibrid dan tiada had jumlah Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat ditetapkan.

Bahkan, semua 220 Ahli Parlimen termasuk mereka yang belum divaksin dibenarkan untuk hadir.

Dewan Rakyat dibuka buat pertama kali tahun ini dalam suasana negara masih berdepan penularan pandemik dengan jumlah jangkitan semalam sudah melepasi satu juta.

Dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen akan diberi ruang untuk mengemukakan pertanyaan, pendapat dan berbahas dalam sidang khas tersebut.

Dalam sidang media secara maya, 23 Julai lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata hal tersebut sudah dimaklumkan dalam notis pemberitahuan sidang khas kepada Ahli Parlimen.

“Saya nyatakan dengan terang dan jelas, bahawa saya akan membenarkan soalan, membenarkan cadangan, semua perbincangan dan segalanya.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya persepsi yang menganggap saya tidak akan benarkan sebarang perbahasan,” kata Azhar.

Dewan Rakyat mengandungi 222 kerusi Parlimen tetapi pada masa ini hanya mempunyai 220 Ahli Parlimen selepas dua daripadanya meninggal dunia.

Untuk rekod, kerajaan Perikatan Nasioal (PN) pada masa ini hanya didukung 77 kerusi Parlimen manakala blok pembangkang menguasai 143 kerusi susulan keputusan Umno menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Daripada 77 kerusi kerajaan PN itu, terdapat 32 kerusi Parlimen Bersatu yang diterajui Mahiaddin, Pas (18) dan STAR satu Parlimen.

Kerajaan PN juga disokong Gabungan Parti Sarawak atau GPS (18), Bebas (3), MCA (2) manakala satu kerusi masing-masing dari MIC, PBRS, PBS.

Mogok: Dr Rafidah kesal doktor kontrak diugut dan ditindas


Mogok: Dr Rafidah kesal doktor kontrak diugut dan ditindas

Dah mula dah orang atasan mengingatkan peraturan:
– mencemarkan perkhidmatan awam
– ingkar perintah
– tidak boleh membuat pertanyaan awam

Sekali lagi Doktor-Doktor muda ditakutkan dengan tindakan tatatertib.

Di UK, mogok Doktor-Doktor DISOKONG oleh pegawai atasan dan institusi. Tapi di Malaysia, ditindas dan diugut.

Kepada orang-orang awam, jangan bimbang. Esok, jom kita sokong mereka. Yang ada urusan dihospital, kita pakai baju hitam ya?

Perkhidmatan TIDAK akan terjejas. Mereka tidak akan tinggalkan kerja-kerja klinikal tanpa pengganti. Mereka professional; tapi mereka bukan robot. Punya hati dan perasaan. Saya sendiri akan buat kerja-kerja mereka. Bukankah lebih baik pakar perunding mengambil alih seketika?

I will be with you all the way.

Rafidah Abdullah
#CodeBlack
Disclaimer: saranan pakai baju hitam BUKAN bertujuan apa-apa lain. Saya suka warna hitam.

Sumber: https://www.facebook.com/1

GILA TALAK KA NIH ?


Hamzah Rie Na

Sekarang korang tahulah kan? Kerja pas siang mlm ratip salah DAP.

Punya gila essim dengan dap, Tak ada ribut Tak ada petir nak juga petik nama dap. Lepas ni nak layan lagi ker parti gila ratip dap lagi?


INI KAH MALAYSIA YANG DAH SEMAKIN TERUK ???

 


Pekerja asing terpaksa bersesak di ruang parkir KLIA




Ramai pekerja asing terpaksa menunggu di kawasan letak kereta KLIA dalam keadaan panas tanpa kipas.

PETALING JAYA: Seorang peguam berang selepas melihat pekerja asing yang mahu pulang ke negara asal bersesak di kawasan tempat letak kenderaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sementara menunggu permohonan mereka diproses.

Peguam CR Selva berkata, beliau tiba di KLIA pada 10 pagi Ahad bersama seorang lagi peguam Harpal Singh, selepas melihat beberapa klip video menunjukkan sekumpulan pekerja asing di lapangan terbang berkenaan.

Katanya, kebanyakan pekerja terbabit berasal dari Bangladesh dan Indonesia, tiba semalam untuk menyertai program rekalibrasi dan masih menunggu kelulusan daripada pegawai imigresen.

Program rekalibrasi dilaksanakan bagi pendatang asing tanpa dokumen pulang ke negara asal secara sukarela.

Pekerja asing itu diminta menunggu di kawasan tempat letak kereta KLIA dalam keadaan panas tanpa kipas. Penerbangan mereka dijadualkan pada Isnin, tetapi sebahagiannya tiba di lapangan terbang sejak Sabtu.

Harpal Singh bersama pekerja asing yang menunggu permohonan mereka diproses Jabatan Imigresen.

“Lokasi menunggu tidak sepatutnya di kawasan parkir. Sekiranya perlu, kemudahan asas perlu disediakan. Ini boleh dielakkan kerana dalam kalangan mereka juga ada kanak-kanak.”

Beliau menggesa Jabatan Imigresen membuka lebih banyak kaunter bagi memproses permohonan pekerja asing itu dan menggunakan lapangan terbang lain, seperti lapangan terbang di Subang.

“Tak perlu terlalu birokratik. Saya kasihan dengan pegawai di sini kerana mereka hanya dalam bilangan kecil sedangkan dalam jabatan ini ada beribu pegawai yang boleh dikerahkan. Ini adalah soal perancangan.

“Sini sangat sesak dan mereka mahu bercakap tentang penjarakan sosial? Adakah kita mahu kluster KLIA tercetus? Inilah masanya Malaysia menunjukkan empati.”

Selva, yang pernah bertugas di Jabatan Imigresen sebelum meletak jawatan untuk menubuhkan firma guaman, berkata ini adalah situasi krisis yang memerlukan tindak balas segera, bukannya “keadaan seperti biasa”.

CR Selva.

Beliau berkata, dirinya tidak dibenarkan mendekati pekerja asing terbabit kerana mereka sudah diasingkan sedangkan mereka bukannya ditahan.

Selva berkata, kes terkandas di lapangan terbang yang berulang kali berlaku boleh menghalang lebih ramai pekerja asing menyertai program rekalibrasi.

Katanya, beberapa restoran bermurah hati dengan menyediakan makanan kepada mereka yang terkandas di KLIA.

Pada 21 Julai lalu, FMT melaporkan Persatuan Sikh Malaysia mengagihkan kira-kira 1,000 pek makanan sehari kepada ratusan pekerja asing yang terkandas di KLIA sejak 15 Julai lalu, ketika mereka menunggu permohonan pulang ke negara asal diluluskan.

Pada hari sama, Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee dilaporkan berkata, kaunter khas di KLIA mendapat sambutan sangat menggalakkan, sekali gus menyebabkan ramai yang terlepas penerbangan mereka.

Sejak itu, Jabatan Imigresen membuka lebih 20 kaunter.

Kelmarin, FMT melaporkan ratusan pekerja Nepal terkandas di Malaysia kerana tidak mendapat “memo keluar”, dokumen yang diperlukan pekerja asing selepas permit kerja mereka tamat tempoh, sebelum mereka boleh pulang ke negara asal.

Kedutaan Nepal berkata, keadaan itu berpunca daripada penutupan pejabat imigresen susulan pelaksanaan sekatan pergerakan Covid-19 di seluruh negara.

PH dakwa Azhar bantu kerajaan tolak undian di Dewan Rakyat

 

Pakatan Harapan mendakwa Azhar Azizan Harun adalah alat eksekutif demi melaksanakan agenda mereka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mendakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun membantu kerajaan menolak usul membahas Proklamasi Darurat dan ordinannya yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta seorang Ahli Parlimen DAP.

Jawatankuasa Perundangan PH turut mendakwa Azhar menyalahgunakan kuasanya dengan menolak usul Anwar dan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham.

“Ini membuktikan beliau tidak mampu bertindak sebagai seorang Speaker tidak berpihak atau bebas yang mampu menjamin fungsi Parlimen sebagai platform semak dan imbang terhadap eksekutif.

“Tindakan-tindakan beliau ini membuktikan beliau hanyalah alat pihak eksekutif demi melaksanakan agenda mereka.

“Dalam keadaan ini, amatlah jelas dari tindakan Speaker bahawa kerajaan Perikatan Nasional sangat terdesak mengelakkan sebarang undian di dalam Dewan Rakyat dan Speaker menjadi ejen kerajaan untuk memastikan tidak akan ada sebarang pengundian dalam sidang khas ini,” katanya dalam kenyataan.

Mereka turut mendakwa tindakan Azhar menolak usul Anwar dan Ngeh bukan sahaja bermotif politik, tetapi juga melanggar hak dua Ahli Parlimen itu di bawah Perlembagaan.

“Hak untuk membawa usul mengungkai Proklamasi dan/atau ordinan adalah hak dalam Perlembagaan yang termaktub di bawah Perkara 150(3) dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.”

Memetik kenyataan Istana Negara bulan lalu, PH berkata, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja mahu Parlimen bersidang semula dan memainkan peranannya sebagai semak dan imbang terhadap eksekutif.

Mereka berkata, Azhar jelas membelakangi hasrat dan maksud sebenar Agong serta Raja-raja dengan menolak usul Anwar dan Ngeh.

“Dengan melakukan sedemikian, Yang Dipertua Dewan Rakyat menunjukkan sekali lagi beliau tidak layak melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Beliau perlu mengingatkan dirinya bahawa beliau mengundang tindakan mendesak pengosongan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan tindakan salah ini.”

Sebelum ini, usul yang cuba dibawa Anwar ke sidang Parlimen ditolak Azhar dengan alasan notis untuk persidangan itu dikeluarkan pada 15 Julai, manakala usul diserahkan Ahli Parlimen Port Dickson itu tiga hari lebih awal, pada 12 Julai.

MENJELANG SIDANG PARLIMEN ESOK, UMNO ANCAM LETAK JAWATAN…

 

Bersempena Sidang Parlimen Khas yang akan bersidang pada 26 Julai sehingga 2 Ogos 2021, UMNO dengan ini membuat ketetapan berikut:

1. Ahli-Ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan pendirian parti untuk mengusulkan agar Parlimen mesti membahaskan dan membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya.

2. Ahli-ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya.

Ketetapan ini berpandukan kepada beberapa asas-asas berikut:

1. Penolakan rakyat yang UMNO wakili terhadap Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya yang ternyata lebih banyak memudaratkan rakyat termasuklah kebejatan ekonomi dan keterabaian dalam memelihara kebajikan rakyat termasuk pelaksanaan kompaun-kompaun yang melampau dan bersifat ‘dwi-standard’.

2. Pelaksanaan Darurat yang ternyata gagal untuk mengekang dan menangani Pandemik Covid-19, sebaliknya sebagai muslihat politik dan alat memandulkan sistem demokrasi berParlimen.

3. Memenuhi dan mentaati Perlembagaan Persekutuan berasaskan Perkara 150(3) yang mengkehendaki Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya bukan sekadar dibahas tetapi ditentukan keabsahannya samaada diluluskan atau dibatalkan.

4. Memahami implikasi Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan bahawa Ordinan-Ordinan Darurat akan terus berjalan selama 6 bulan sekiranya tidak dibatalkan sebagaimana peruntukan 150(3), sekaligus bertentangan dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 29 Oktober 2020, 25 April 2021, 16 Jun 2021 dan yang terbaru 7 Julai 2021.

5. Mendokong dan mentaati Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Pemerintah yang menitahkan tiada keperluan untuk Darurat diteruskan dan segala Ordinan-Ordinan Darurat dibahaskan di Parlimen seiring dengan Peruntukan 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

6. Memenuhi dan mentaati ketetapan parti pada 25 April 2021 bahawa sekiranya Darurat (Proklamasi dan Ordinan-Ordinannya) diteruskan selepas 1 Ogos 2021, maka “Ahli-Ahli Parlimen akan menarik sokongan dan Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan Pengerusi-Pengerusi GLC daripada UMNO akan meletakkan jawatan”.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

25 Julai 2021


ADOIII...SUDAH JADI MACAM NEGARA MANA LAH....KALAU TONTON FILEM MACAM GINILAH...

 

Kenderaan bawa vaksin COVID-19 terbabas langgar babi

Sinar Harian
Kenderaan bawa vaksin COVID-19 terbabas langgar babi
Kenderaan petugas Kesihatan terbabas selepas melanggar babi yang melintas di Kilometer 10 jalan Pekan-Batu Balik pada jam 9 pagi, Rabu. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Kesihatan Daerah Pekan terbabas ketika dalam perjalanan menghantar bekalan vaksin ke Klinik Kesihatan Chini di Pekan akibat terlanggar babi, kira-kira jam 9 pagi, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, bagaimanapun pemandu kenderaan itu yang berusia 46 tahun dan seorang pegawai farmasi berusia 39 tahun tidak cedera dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Pekan-Batu Balik itu.
"Ketika kejadian, kenderaan pacuan empat roda berkenaan diiringi kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan menghala ke Klinik Kesihatan Chini untuk menghantar bekalan vaksin Covid-19.
"Kenderaan terbabit mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi dan sudah dihantar ke unit kenderaan Jabatan bagi tujuan pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada malam Sabtu, tular satu rakaman video di laman sosial mengenai kenderaan dinaiki petugas kesihatan terbabas selepas melanggar seekor babi melintas.
Menurut Mohd Zaidi, laporan kejadian itu sudah dibuat oleh pemandu tersebut kira-kira jam 1.30 petang pada hari sama.

NAK TABAYYUN...


No photo description available.



Betul atau tidak di Johor nih? Sebab saya dok dengar ramai dah kawan-kawan tak kira yang berparti atau tidak bgtahu ramai dah meluat dgn pimpinan Amanah yang dok kelapaq sangat ke OT95 dan main dua kolam.

Depa kata golongan Profesional pun ada yg kata meluat sangat-sangat. Yg kat Johor ni MUNGKIN ada MASALAH LAIN tapi meluat tetap meluat. Kalau ahli parti dok kata lagu ni, hgpa rasa? Depa kata hanya ahli PKR yg keluar parti? Ye ke? Takkan kita nak tau kalau senyap-senyap depa belah? Kalau sembunyi-sembunyi depa pi hantar borang join PKR mana lah kita nak tahu dak? Description: 😜

Saya tgk dlm group whatsapp pun tak habis2 dulunya penyokong Amanah tak berparti atau yg atas pagar,mula menyumpah Amanah dan DAP sbb depa lapaq OT95 dan Mat SEBULU. Taktau le kot group orang lain depa masih dok puji dan sokong Amanah sbb lapaqkan OT95? Ada ke? Description: 🤔

Wallahualam

- Zus Din

21 Julai 2020

p/s : Patutkah saya kata puak tu PANDAP atau PANTUK?

 

KAH..KAH...APA PUNYA BODO

 

Rakyat di luar bertarung dengan pandemik,

mereka menyanyi, berjoget & bergedik….

#KerajaanGagal

#takkenalampun

 

May be a cartoon of 2 people, headscarf and text that says "KITA MAKLUM APA YANG ADA DALAM KOTAK FIKIR SANG B*BI YAHOO00 COVID CECAH 17,000 ANGKA! YABEDA BEDOOO! Haili வ0"


BERITA GEMBIRA BUAT RAKYAT MALAYSIA

 

NORMAN RADZUAN

Ayuh rapatkan saf.. kes dah 1juta. Tuan Guru happy betul 5-6 hari ini bebas diganggu Cybertrooper PH. Dgn wajah ceria dan berpuashati beliau membawa berita gembira buat kita hasil kerjanya sebagai Menteri Duta Timur Tengah iaitu 'Malaysia dihormati rakyat Timur Tengah'...sekian dimaklumkanDescription: 🙈. Korang jgn menangis jgn ketawa.. tak tahu ini berita gembira atau berita seram. Berita macam inilah yg buat aku rasa macam nak terjun mandi kolam malam2 buta ni.


May be an image of 1 person, sitting and text that says "Malaysia sangat dihormati rakyat Timur Tengah July 25, 2021 f in Unumate Statvdea"


UMNO SEDANG MONOPOUS : UMNO SOKONG PN ? DRAMA APA YANG UMNO MAHU PERSEMBAHKAN KEPADA RAKYAT?


May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harian Ahad 25 Julai 2021 cari >> BERITA POLITIK UMNO berkemungkinan besar dalam blok kerajaan: Ahmad Maslan UMNO berkemungkinan besar dalam blok kerajaan: Ahmad Maslan MOHAMMAD Julai 2021 ASHRAF MOHD KHALID |25 Ahmad Maslan"

Ahmad Maslan kata, MP2 Umno mungkin kekal di kerusi blok penyokong kerajaan, tetapi tolak PM. Katanya, Umno hanya tolak Muhyidin, bukan kerajaan. Maksudnya, Umno sokong PN? Sama macam berkata, "aku hanya tidak makan gulai kepala babi saja, yang lainnya aku belasah..".

Lantak hang la Umno. Hang kata nak tukar pemandu saja? Kereta yg buruk dan menyusahkan penumpang tu hang tak mahu tukar? Hakikatnya hang mahu tukar pemandu bernama Muhyidin dan nak letak Ismail Sabri jadi pemandu, tapi kereta buruk yg sama?

Sudah2 la Umno. Kalau ikhlas nak hentikan penderitaan rakyat, kena la berani buat keputusan. Jangan fikir kedudukan dan jawatan saja. Kerajaan ini dah ditolak rakyat, Umno kena tolak juga. Ini bukan isu Muhyiddin saja, tapi isu utama adalah kerajaan ini telah rosak. Wajib tukar, keluarkan Muhyiddin dan perosak2 tu semua.

Rakyat akan perhati sejauh mana Umno mahu membela nasib rakyat. Adakah hanya fikir kuasa dan jawatan semata2 atau lakukan sesuatu yg rakyat mahu iaitu kerajaan PN ini wajib dihentikan SEGERA. Kalau masih duduk di kerusi blok penyokong kerajaan, ertinya Umno berdrama saja selama ini.

WFAUZDIN NS