MENTERA ZAHID, TUKAR PM PANDEMIK COVID19 SELESAI ?


Muhammad Amir

Saban hari bagaikan sebuah kewajiban yang tidak boleh jika tidak,harus di ratib oleh barisan "Kluster Makhamah" dan orang-orang yang mengikuti dan menyokong mereka secara membuta tuli,mereka ini seolah tidak memiliki daya intelektual untuk menyaring maklumat dan membuat pilihan tepat, frasa kegemaran dan wajib bagi mereka adalah "Kerajaan Gagal" maka penyelesaiannya adalah menukar Perdana Menteri.

 

Seolah tidak pernah sekali pun Zahid menasihati rakyat untuk mematuhi "SOP" Covid-19,tetapi yang sering meniti di bibir beliau hanyalah "Kerajaan Gagal" dan tukar Perdana Menteri.Setelah menukar Perdana Menteri,apakah Covid-19 akan tiba-tiba ghaib dan segalanya akan pulih,ekonomi akan kembali rancak,perut-perut lapar akan segera kenyang ?

 

Siapa calon sesuai di mata Zahid Hamidi ? Adakah seorang Anwar Ibrahim yang merupakan panutan dan cikgu peribadi seorang Zahid ? Atau kah Najib Razak yang saban hari sibuk bermain "Facebook" untuk membeli sejumlah "like" dan membuat "poll" palsu atau pun dirinya sendiri yang tidak mampu untuk.memimpin Umno sekalipun ?.

 

 Apa tindakan dan pelan pemulihan yang telah di rangka oleh mereka-mereka ini ?Jika ada bentangkan.Bukan kah Umno sendiri adalah sebahagian daripada kerajaan hari ini?.Maka,seharusnya kalian menjadi penyumbang idea realistik seperti mana beberapa menteri Umno yang sedang giat bekerja dan tidak hanya berpolitik sepanjang waktu dalam memulihkan negara.Ini kerana Umno adalah sebahagian daripada kerajaan dan bukan pengkritik tidak berkaliber yang gila kuasa dan takut pula menghadapi hukuman makhamah.

 

Untuk barisan Pakatan Harapan,mereka berkata akan menyelamatkan Malaysia ? Jika benar ikhlas dan pada hemat kalian wahai barisan Pakatan Harapan, pelan serta tindakan yang kalian rancang adalah lebih baik daripada kerajaan PN pada hari ini (jika ada),maka bentangkan.Bukan kah di bawah pimpinan kalian wahai kerajaan PH,Covid-19 mula tersebar di Malaysia ? Bukan kah di sebabkan oleh kelambatan dan kelemahan serta kedegilan kalian dalam mendengar nasihat yang membuat Covid-19 ada di mana-mana ?.Sewaktu Tun.M mengatakan tidak membuat PRN Sabah,bukah kah kalian yang berdegil mendesak untuk diadakan PRN Sabah ?Bukan kah hari ini,jumlah kes untuk negeri di bawah pentadbiran PH adalah jauh lebih tinggi daripada keseluruhan negeri yang tidak di tadbir mereka ?.Dimana kredibiliti kalian wahai barisan PH untuk memimpin dan mentadbir negara ini jika beberapa negeri sahaj kalian gagal untuk urus tadbir dengan baik ?

 

Sekali lagi saya bertanya kepada Zahid dan semua yang ingin menukar Perdana Menteri,selepas menukar Perdana Menteri ,apakah pelan tindakan yang akan kalian lakukan ?. Mengubah dasar pentadbiran ?. Menyambung semula gerak kerja kerajaan hari ini ?Atau mengubah manifesto sebelumnya menjadi kitab suci pula pada kali ini ?. Atau kalian sebenarnya tidak tahu akan berbuat apa andai kata dapat menukar Perdana Menteri ?. Maka kekeliruan dan kekurang cerdikan kalian akan meletak kan negara ini pada situasi ketidakpastian yang sangat berbahaya.

 

Kerajaan PN tidak hanya bekerja sesama menteri mereka sahaja,gerak kerja mereka di sokong oleh ribuan penjawat awam yang mahir dalam pelbagai bidang dan mempunyai pengalaman yang luas di pelbagai peringkat.Taburan data dan maklumat yang di sampaikan sebahagian besar adalah hasil kerja keras mereka para penjawat awam yang setia kepada Raja dan negaranya? Adakah Zahid dan sekutunya secara tidak langsung meragui kredibiliti mereka yang bertungkus lumus ini ?.

 

Kepada rakyat,apakah kalian lebih percaya kepada orang-orang yang semasa mereka berkuasa kelihatan seperti boneka tanpa otak tetapi bila tampuk kekuasaan hilang dari genggaman tiba-tiba mereka lah yang terpaling bijak di bumi Malaysia ini ? Sedangkan ketika berkuasa,mereka ini di dukung oleh data dan maklumat yang relevan daripada para penjawat awam,tetapi hari ini mereka cuma di dukung dan di sokong oleh siaran-siaran di media sosial yang tidak sahih dan rapuh pula tahap ketulenannya.Tidak kah kalian mengikuti perkembangan kes-kes "Kluster Makhamah" yang sedang meniti hari demi hari sebelum ke jeriji besi atau setidaknya hilang kelayakan bertanding.

 

Jika pun kalian ingin berkuasa atau lari dari hukuman penjara,jangan lah terlalu gopoh dalam mengeluarkan butir bicara.Bimbang nanti kuasa tak dapat,maruah yang sedia tercalar pula semakin hilang nilainya.

 

-RP-

 

Muhyiddin Yassin Jabatan Perdana Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM Zahid Hamidi Najib Razak Anwar Ibrahim Ismail Sabri Yaakob Tan Sri Annuar Musa DR ASYRAF WAJDI DUSUKI Dr. Mahathir bin Mohamad ROTIKAYA NST Online Berita Harian Online UMNO Online Harian Metro Harian Metro Buletin TV3 MERDEKA.com Suara Merdeka Suara.TV RTM - Radio Televisyen Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail Pakatan Harapan Lokman Adam Tipukini Prof Annoying Parti Pribumi BERSATU Malaysia Free Malaysia Today Malaysiakini Malaysia Gazette

 

Bendera putih di seluruh Malaysia saat dihurung pandemik menandakan sesuatu yang lebih mendalam


MUSTAFFA K.ANNUAR









Pandemik Covid-19 benar mengganggu negara kita, mengakibatkan bilangan kematian yang meningkat, lebih banyak jangkitan serta kesukaran ekonomi yang teruk pada ramai orang, terutamanya mereka yang rentan.

Ribuan hilang bisnes, pekerjaan, pendapatan dan maruah diri akibat kuncitara yang dijalankan. Sesetengah pula berdepan keganasan domestik, penceraian, peningkatan kemiskinan serta masalah kesihatan mental.

Yang lain pula dihantui beban hutang dan sewa. Moratorium pinjaman yang ditawarkan oleh bank hanya menjadi bantuan sementara dari pembayaran semula dengan bunga.

Pengeluaran i-Citra dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bertujuan untuk membantu mereka yang terdesak berdepan dengan cabaran kewangan ketika kuncitara. Namun, ia juga bermakna bahawa ahli KWSP menyusutkan simpanan persaraan mereka.

Ada kemudiannya menjadi tak berubah, tinggal di bawah jambatan atau di kaki lima di bandar-bandar.

Ekonomi merudum mengakibatkan ramai berhempas-pulas untuk menyediakan makanan di atas meja. Segelintir, dalam keterdesakan, ditangkap kerana mencuri di kedai, mengambil barang asas seperti ikan dan sayur. 

Ada juga yang miskin sehingga tidak dapat membeli pelitup muka sendiri untuk perlindungan, apatah lagi untuk memakai dua lapisan agar mendapat perlindungan yang efektif. Ramai di antara mereka terpaksa memakai pelitup muka beberapa kali, melebihi dari tempoh penggunaannya.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Sewaktu kuncitara pertama, kerajaan menyediakan pelitup muka kepada orang awam, namun sekarang tidak lagi. Harapnya, undang-undang tidaklah begitu keras pada mereka yang tidak mampu membeli pelitup muka.

Hampir setiap hari, rakyat memohon bantuan di media sosial. Yang lain pula menuntut agar kerajaan membenarkan bisnes kecil untuk beroperasi supaya mereka mendapat sedikit pendapatan untuk berdiri semula. Keterdesakan yang ditonjolkan di media sosial menjadi cukup tegang sehinggakan permintaan dibuat dengan penuh amarah. Penyanyi di dalam video di bawah dengan jelasnya memperlihat kegeraman, kekecewaan serta kemarahan mereka yang rasa dipinggirkan oleh pemimpin yang diamanahkan bagi menjaga kebajikan rakyat.

Tekanan sosioekonomi yang kuat mengakibatkan segelintir rakyat membunuh diri akibat terdesak dalam menyelesaikan permasalahan. Kita mendengar ada orang yang melompat dari bangunan tinggi dan jambatan atau menggantung diri di rumah dan parkir kereta. Dari Januari hingga Mei tahun ini, 468 orang – termasuklah anak muda – meninggal akibat bunuh diri. Sesiapa yang merasa tidak dapat menerima tekanan lagi patut mendapatkan bantuan dari kumpulan seperti Befrienders.






Dengan ekonomi merudum, kekecewaan memberi kesan ramai orang. Misalnya, usaha bendera putih, dimulakan beberapa individu, muncul dari konteks sosial dan merebak seperti api.

Orang yang tidak lagi mempunyai sumber makanan digalakkan untuk berkongsi bendera putih di luar rumah mereka bagi mengelakkan mereka dari terpaksa meminta-meminta makanan.

Orang baik akan membantu mereka. Rakyat Malaysia yang penyayang ini berganding bahu memberikan makanan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Individu yang kisah, NGO, peniaga, badan keagamaan serta ahli politik juga membuat tabung makanan bagi menyelamatkan kehidupan dan melindungi maruah. Semangat gotong-royong yang patut dipuji ini digerakkan oleh tanda pagar tular #KitaJagaKita.

Dan juga, bendera putih menjadi tali kehidupan yang penting bagi mereka yang terdesak. Simbol ini menjadi elemen yang menyatukan mereka yang mempunyai empati serta kasih sayang di dalam usaha mereka untuk membantu yang rentan.

Bendera putih memperdalam apa maknanya menjadi warga Malaysia, kerana mereka yang memberi dan menerima bantuan merentas dinding etnik, agama, status serta afiliasi politik. Politikus seringkali dengan penuh hasad dengki melaga-lagakan rakyat di sebalik halangan ini serta digunakan sebagai modal politik mereka bagi menjalankan pecah dan perintah. Namun, dinding sebegitu dipecahkan walau sedikit.

Ke-Malaysia-an usaha masyarakat yang berlandaskan inisiatif bendera putih menggalakkan kelompok dengan pandangan yang inklusif untuk turut serta. Projek Bangsa Malaysia, misalnya, meneruskan kutipan dana melalui maraton atas taliannya di Livestream Derma Kilat Rakyat. Dana yang dikutip diberikan kepada gerakan bukan keuntungan bagi menyediakan bantuan kepada mereka yang rentan.

READ MORE:  How a 'land of smiles' was reduced to misery

 

Anak muda Malaysia yang celik teknologi membantu dengan membikin laman web dan aplikasi bagi menghubungkan golongan rentan yang memerlukan bantuan ketika kuncitara.

Ketika usaha bendera putih dimulakan, ada politikus yang membuat tohmahan termasuklah, dari Pas. Mereka berpendapat bahawa mengibarkan bendera putih seperti menyerah kalah, berputus asa dengan kehidupan, yang bagi mereka, tidak patut digalakkan. Apa yang lebih penting adalah untuk memohon bantuan dari Tuhan, tegas mereka.

Mereka yang mengkritik kenyataan itu pula mengatakan bahawa golongan rentan patut melakukan keduanya: untuk hidup, individu patut mendapatkan bantuan Tuhan serta empati dan bantuan dari manusia lainnya.

Barangkali lebih mudah untuk sesetengah politikus untuk mengulas dari rumah agam mereka yang selesa, dengan dapur yang berasap serta bilik berhawa dingin, jauh dari realiti sosial yang kejam. Inisiatif bendera putih mendapat liputan yang meluas di seluruh negara sekaligus membuatkan politikus ini risau jika ada yang masuk ke wilayah politik mereka. Ada berita yang mengatakan bahawa bantuan makanan yang digerakkan oleh sukarelawan bendera putih berdepan ‘kesukaran’ di beberapa tempat, akibatnya.

Selain dari empati serta murah hati yang usaha bendera putih ini tonjolkan, ia juga menunjukkan bahawa bantuan kewangan serta lainnya itu tidak mencukupi untuk menampung golongan rentan bagi kuncitara yang berpanjangan. Ada segelintir yang memerlukan barangkali tidak menerima bantuan itu.

Kepopularan bendera putih di kalangan mereka yang terdesak memaksa kerajaan untuk campur tangan baru-baru ini dengan memberikan bantuan kepada golongan rentan di bawah skim bantuan Bakul Prihatin Negara. Skim ini, melibatkan 420,000 paket makanan bernilai RM50 setiap satu, bertujuan untuk 1.7 juta penerima.

Namun para skeptik mengatakan apakah makanan yang bernilai RM50 itu cukup bagi keluarga terdesak yang hidup dalam keadaan mencabar.

READ MORE:  Covid, systemic failure, desperate measures

 

Barangkali berpuas hati dengan usaha kerajaan dalam menyediakan bantuan makanan, Perdana Menteri Mahiaddin Yasin menuturkan dengan nada mengejek bahawa tidak perlu untuk dikibarkan bendera putih. Katanya, bendera biru sahaja cukup. (Logo pakatan politik Perikatan Nasional mempunyai latar belakang biru gelap.)

Gurauan Mahiaddin ini menunjukkan bahawa beliau mengaku bahawa usaha bendera putih penting di dalam mengurangkan kesan sosioekonomi yang dihadapi golongan rentan. Ia juga menunjukkan bahawa pemberian tunai oleh kerajaan jauh dari mencukupi.

Sementera kita meraikan betapa signifikannya usaha bendera putih secara sosio-politiknya, ingatlah bahawa usaha sebegini ada keterhadannya kerana ianya adalah seperti pelekat luka. Mereka yang di tampuk kuasa perlu ada strategi jangka masa panjang bagi menyelesaikan kemeruduman ekonomi serta meredakan penderitaan rakyat.

Mustafa K Anuar
Editor bersama, Surat berita Aliran
20 Julai 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

ELOK SANGAT BAGI BUKTI..BUKAN TAKAT TUNJUK PAK ARAB SEMBELIH LEMBU..


HAMZAH RIE NA


Siapa yang lebih telus Kita derma lagi banyak. Hal-hal kemanusian hatta DAP telus, MCA telus MIC telus kakak sokong.

Siapa yang berani kerana benar Kita sokong. Rakyat dah cerdik. Drama-drama ni Kita dah muak, ahli politik berdrama. Tak kan agamawan pun nak berdrama.

Kita jangan sided mana-mana untuk elak Kita kecewa. Yang benar dan berani sahaja kita pilih utk ikut mereka. Sambil-sambil tu tenang-tenang jangan tadsub. Fuhhhhh nak tengok apa ustaz nadir buat dengan 20 juta tu. Dia nak bentang perbelanjaan beliau. Hihihihi popcorn sebesen Tak cukup ni!!!Description: 😊

https://suaramerdeka.com.my/selepas-dicabar-ebit-lew.../


 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Tacebook Suara Merdeka MRM 4A மس- SUARAMERDEKA www.suaramerdeka.comm FOLLOW HIBURAN Selepas dicabar Ebit Lew, Nadir Al-Nuri akan kemuka bukti BY AZRUL RADI MORE FROM Suara Merdeka‎"‎‎

LIHATLAH PADA TUBUH SI PENYAMPAI


May be an image of 2 people, people standing, people sitting and text that says "MUKTAMA DEWAN PEMUD PAS MALAYSIAK RENGGANU DARUL IM/ DUYONG MARINA &RESORT EMS Dewan Pemuda PAS Malaysia DPPM 14 September 2018 Kalu harini kita ahli gerakan Islam malas berusrah, tamrin, bermuktamar percayalah satu hari nanti bumi Palestin akan berundur satu langkah,. Kerana kamu sebagai sahabat mereka gagal bantu menguatkan semangat. Dr Nadir Al Nuri #Muktamardppm59 #terusMara"



MOHD MUKHLIS


Ada yang tag saya,eh Nadir An Nuri itukan ahli PAS, takkan awak boleh sokong dia?

Ini satu lagi masalah orang kita. Kita hendak melihat kebenaran sesuatu itu berdasarkan tubuh si penyampai, bukan apa mesej yang di sampaikan. Jika ini berlaku kita akan jadi taksub dan terpesong daripada kebenaran. Kadang-kadang Allah datang beri peringatan dengan nasihat dari pada orang yang kita tidak suka, tapi kita ignore sebab kebencian kita pada individu tersebut telah membutakan kita pada kebenaran.

Boleh jadi jika kita membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi jika kita suka sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kita, sebab itu kebenaran itu milik Allah SWT.

Sekalipun Nadir An Nuri itu ahli parti komunis, saya tetap akan sokong apa yang dia buat kerana dia boleh memberikan bukti-bukti yang jelas.

Dalam Al-Quran banyak ibrah dari kisah-kisah umat terdahulu yang telah diberikan bukti dan peringatan tetapi mereka mendustakan bukti tersebut kerana yang menyampaikan bukti tadi bukan dari golongan mereka.

Kalau kebenaran itu berpaksi pada tubuh pemimpin, berpaksi pada social status individu; maka putuslah dakwah nabi-nabi terdahulu kerana kebanyakan nabi adalah dari kalangan orang miskin dan tiada pangkat.

Kalau tidak, tidaklah Allah merakamkan bicara pengikut-pengikut yang taksub pada orang-orang yang zalim semasa di dunia, mereka ini semua nanti di akhirat meminta azab dua kali ganda untuk pemimpin yang menipu mereka semasa di dunia, sedangkan pemimpin tadi berlepas diri dengan apa yang mereka jamin di dunia.

Jadi kalau mereka yang kita sanjung mudah sahaja berlepas diri dengan apa yang mereka jamin di dunia, adakah mereka akan teguh menjamin perkara yang sama di akhirat?

 

Tak kesian ke Syed Saddiq didakwa?

 


Youth minister Syed Saddiq allegedly persuaded Mahathir not to resign over  new Johor Chief Minister issue - Mothership.SG - News from Singapore, Asia  and around the world

Kesian. Tapi hakikat yang dia suruhan Mahathir buatkan aku sangsi dengan pendakwaan ini. Kerana kisah ini berjaya menarik simpati masyarakat kepadanya.

Pertama, ini akan mampu untuk menunjukkan yang kononnya kumpulan Mahathir tiada kena mengena dengan Mahiaddin.

Kedua, ia juga akan dapat menarik sokongan rakyat terhadap Syed Saddiq yang akhirnya sokongan itu akan diserahkan kepada Mahathir.

Jadi dalam hal ini, sedikit plot twist akan buatkan Mahathir menang besar. Jadi dalam aku kesiankan Saddiq, aku lebih risaukan rakyat Malaysia yang mungkin dijerat oleh Mahathir sekali lagi.

Kemungkinan itu ada.

Selagi Saddiq terikat dengan Mahathir, maka selagi itu aku tak boleh nak percaya 100% dengan setiap aksi drama yang berlaku.

Aku membesar ketika Mahathir baru jadi PM. Aku remaja di saat Mahathir bersama DS Anwar. Zaman belia aku menyaksikan Mahathir tikam DS Anwar.

Di saat aku di alam dewasa, aku melihat sekali lagi bagaimana Mahathir mengkhianati, bukan sahaja DS Anwar, bahkan seluruh rakyat Malaysia.

Aku tak mahu memasuki alam tua dengan sekali lagi terpaksa melihat Mahathir merosakkan negara ini. Cukup cukup sudah. Cukup sampai di sini saja.

Jadi selagi Syed Saddiq bersama Mahathir, selagi itu aku tak percaya yang berlaku ini adalah kisah nyata. Sentiasa ada gajah di sebalik batu.

Raja Gelap

 

TMJ kata Syed Saddiq ‘drama queen’

 

Panas! TMJ kata Syed Saddiq ‘drama queen’

Tunku Mahkota Johor (TMJ) melabel Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai “drama queen” selepas bekas Menteri Belia dan Sukan itu memulakan kempen sumbangan orang ramai untuk membantunya menyelesaikan kos perundangan.

“‘Drama queen’. Kesian rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik,” kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang sebelum ini sering bercanggah pendapat dengan Ahli Parlimen Muar itu.

Baginda merujuk kepada laporan yang memetik Syed Saddiq sebagai berkata, beliau memerlukan sumbangan orang ramai walaupun hanya 50 sen.

“Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa. Hampir semua tak boleh percaya,” kata Tunku Ismail.

Semalam, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menyelewengkan RM1.12 juta dana milik Pemuda Bersatu.

Daripada jumlah itu, RM120,000 dikatakan dana parti untuk pilihan raya umum 2018 (PRU14), manakala RM1 juta lagi didakwa dikeluarkannya daripada bank tanpa mendapat kebenaran Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Beliau dikenakan ikat jamin RM330,000 untuk kedua-dua tuduhan pecah amanah jenayah itu.

Syed Saddiq membayar RM80,000 dan perlu menyelesaikan baki RM250,000 sebelum Selasa depan.

Malam tadi beliau memulakan kempen mengumpul dana bagi menyelesaikan bayaran ikat jamin itu selain kos perundangan lain.


DONE MARAH! LEPAS NI MASUK GUA JE LAH! MENYAMPAH! ADA ISLAM BUKAN NAK MENIKMATI DAN BERI FAEDAH! GUNA ISLAM UNTUK MEMECAH-BELAH!


Perikatan Nasional logo revealed by PM, to be used in Sabah polls | The Star



KAK IDA ABDULLAH


Syed Sadiq adalah mangsa sistem dirosakkan Mahathir.

Lihat itu BUKAN argue ramai-ramai pemimpin PN yang rasuah tiada kertas siasatan dibuka!

Itu yang Mahathir telah lakukan.

Bila seseorang jadi PM ada kuasa macam Firaun berkata, "aku yang putuskan siapa hidup dan siapa mati!" PM menentukan perasuah mana selamat, perasuah mana dijerat!

Walaupun Syed Sadiq dikatakan wayang mendpt sokongan untuk tambah ahli Pejuang, kerana Atok akan jadi HERO sekali lagi.

Macam mana dia jadi hero tumbangkan Najib sampai PH pun boleh tergoda kemudian ternoda!

Begitulah dia akan buat, guna Syed Sadiq, apa sj untuk 'jatuhkan' Mahiaddin sedangkan dibelakang Mahiaddin ada dia?

Atoklah manusia jantan yang guna akal 9 untuk memuaskan nafsu yang 1 iaitu kuasa.

Berbeza dengan lebai-lebai yang menggunakan nafsu satu iaitu seks sehingga tertutup yang 9!

Sampai bila rakyat mau sedar ini?

Macam-macam wujud nak alih perhatian rakyat.

Bergaduh pasal Laksa, PKP sambung punya sambung, bergaduh pasal Gaza, kes Covid tinggi, kes kematian tinggi.

YANG tak mau bersatu adalah bersuara kezaliman PN dan mohon YDPA guna kuasa istimewa Baginda semasa darurat ini pecat AG, Speaker yang kuatkan Mahiaddin.

Mantan Menteri Undang2 dan pakar Perlembagaan setiap malam muncul dan beritahu bahawa YDPA ada kuasa istimewa bantu rakyat Tuanku!

Ada sikit saja rencana untuk mereka kekal berkuasa, rakyat khusus Melayu bergaduh sesama sendiri dan berpihak.

Awak berpihak EL ke Nadir ke, AWAK tetap rakyat yang dizalimi kerajaan tiada pelan bantu kamu!

Mana otak kamu?

Sibuk pertahankan EL, diri sendiri siapa nak pertahankan?

EL tu cukup kemas dah kita ni yang longleh!

Kita sepatutnya bersuara meminta YDPA campurtangan memecat kerajaan yang dilantik Tuanku dan pulang semula kepada PH yang mendapat mandat rakyat dan DSAI menjadi PM!

Barulah dunia luar berhenti ketawakan kita yang dok sibuk bergaduh dengan yahud la sedangkan dalam negara sendiri tidak bersatu hati kental macam rakyat falestin digaza!

Sibuk dok p jaga rumah orang.

Orang gaza tak angkat bendera putih pun minta makanan!

Mereka, malah waktu Covid boleh imarah masjid, boleh berurusan.

Jika mati syahid pertahankan iman!

Rakyat kita?

Mati kerana tiada pekerjaan, makanan, wang?

Bencana Covid pun masih gagal diuruskan sehingga menjadi bahan berita luar negara, Malaysia negara gagal!

Orang nombor 2 dalam kerajaan pun Mahathir boleh cantas dengan perkara aib, apatah lagi rakyat biasa!

Melawan isrel kuffar lebih mudah dari menentang pemerintah zalim Islam! Jihadlah sangat!

Reformasi sistem bobrok melindungi pemimpin keji adalah jihad rakyat Malaysia.

Tunaikanlah dulu sebelum sibuk nak p jihad di negara orang lain!

Malulah ada kuasa lawan pemerintah zalim, nak p tunjuk kat dunia boleh p masuk gaz tumpaskan israil yang dibenar berkuasa.

* Malulah dengan Allah yang akan mengampun semua dosa kecuali syirik kepadaNYA, lalu orang Islam lakukan semua dosa kecuali satu perkara!

* Malulah apabila orang bukan Islam melihat agama mereka lebih jujur, lebih berperi kemanusiaan dari agama Islam.

* Malulah apabila terpaksa larikan dari kezaliman pemerintah di negara sendiri yang Islam untuk bermastautin di negara berpemimpin yang tidak beriman dengan Islam.

Walaupun Allah telah berjanji mengampuni semua dosa kecuali syirik,

* MALU lah menipu, mencuri, merasuah, berzina, meminum arak, menyeleweng, menunggang agama, semburit kemudian solat, berpuasa dan haji, zakat dan derma.

Semua manusia lakukan kesalahan, jika yang tidak beriman, pun tau insaf dan undur letak jawatan,

** TIDAK MALU kah yang Islam meneruskan segala kebobrokan dan tidak melepas jawatan?

* Malulah memperlihatkan Islam sebagai agama penuh kepura-puraan dengan pakaian wara tetapi akhlak menjengkelkan.

Orang biasa atau ustaz setiap Muslim beramanah berdakwah kepada yang belum beriman mengenal Allah.

Mahukah mereka kenal Allah apabila Muslim itu tiada beza dengan seorang penjenyah?

Agama mana sokong dan dokong penjenayah WALAUPUN mereka sembah selain Allah?

PALING MALU ADALAH MENGHARAP EHSAN SEORANG PEMIMPIN YANG MENGAKU BERIMAN!