PAKEJ MORATORIUM BUKAN AUTOMATIK TANPA FAEDAH

 

Pakej bantuan terbaru digelar “PEMULIH” memang dinantikan ramai yang telah berkurung 1 bulan 17 hari sejak PKP 3.0 bermula.

Namun masih ada beberapa kekurangan yang perlu ditambah baik.

Saya mula dengan tuntutan moratorium automatik tanpa faedah.

Apa yang diumum PM8 tadi bukanlah moratorium automatik. Dan bukan tanpa faedah.

Bank tak rugi satu sen pun. Malah akan mengaut lebih keuntungan.

Peminjam biasa masih perlu memohon tetapi dijanji akan diberi secara automatik manakala peminjam dari kategori perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) masih perlu semakan dan kelulusan bank untuk memberi moratorium.

Namun, perjanjian pindaan syarat-syarat baharu masih perlu ditanda tangan dan ini mengambarkan bahawa tempoh bayaran peminjam bakal dilanjutkan bertahun-tahun lagi walaupun tempoh moratorium cuma sehingga 6 bulan sebab bank tidak mengecualikan sebarang caj faedah.

Ini adalah antara aduan yang diterima sejak tahun lepas oleh peminjam yang rasa tertipu dengan bank yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Sebab itu, PM8 suruh fikir baik-baik sebelum memohon moratorium “automatik” ini sebab ianya akan tambah komitmen pada peminjam.

Seperti biasa, bank tak akan rugi. Malah akan tambah keuntungan.

Moratorium kali ini juga tidak sama dengan tahun lepas di mana faedah 

serta penalti bagi pinjaman sewa beli (tapi bukan untuk pinjaman lain) telah dikecualikan.

“6 Mei 2020: Moratorium sewa-beli: Bank setuju tidak caj faedah, penalti lewat bayar – Tengku Zafrul”

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/685904/moratorium-sewa-beli-bank-setuju-tidak-caj-faedah-penalti-lewat-bayar

Bank-bank yang telah diselamatkan oleh bail-out kerajaan pada krisis tahun 1997-1998 dan juga telah mengaut keuntungan ratusan bilion dalam tempoh 10 tahun lepas patut membalas budi kepada peminjam pada masa yang amat susah ini dengan mengecualikan faedah ataupun memberi diskaun faedah sehingga 50% bagi tempoh 6 bulan moratorium ini.

Sekali lagi, saya saran kerajaan untuk arah bank untuk henti mengugut peminjam dengan panggilan tiap-tiap hari untuk membayar loan selagi negara di bawah Total Lockdown.

Jika peminjam lemas, bank juga akan terjejas pada akhirnya.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.



RINGKASAN BANTUAN KERAJAAN TEBUK ATAP.

 Ini senarai bantuan yang PM umumkan tadi:


1. 1800 untuk keluarga miskin tegar


2. 500 untuk bujang miskin tegar


3. 800 untuk keluarga B40


4. 200 untuk bujang B40 


5. 250 untuk keluarga M40


6. 100 untuk bujang M40


7. 500 kepada mereka yang hilang pendapatan


8. 300 elaun cari pekerjaan


9. 1000 untuk usahawan kecil (Pengusaha kedai makan dan restoran, tukang gunting rambut, workshop, roti & kek, penjagaan kesihatan, dll.)


10. 600 subsidi upah pekerja untuk 4 bulan


11. 1500 untuk 3 bulan OKU yang hilang/tiada kerja 


12. 3000 untuk pengusaha taska


13. 1000 untuk pengusaha kantin


14. 3000 untuk pengusaha pusat sukan (gym, bowling, futsal, dll.)


15. 3000 untuk agensi pelancongan


16. 10 juta untuk makanan orang Asli


17. 20 juta untuk bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan


18. 600 untuk 6 bulan kepada petugas barisan hadapan PPV


19. 100 sehari untuk sukarelawan kesihatan


20. 200 juta ringgit untuk PMKS


21. 100 juta ringgit untuk PKS


22. Meneruskan kempen Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding dengan sasaran lebih 300 ribu peniaga mikro seperti peniaga bazar, pasar tani, pasar malam dan warung serta pengusaha kraf tangan untuk beralih ke perniagaan dalam talian dan menggunakan sistem e-tunai


23. 100 juta ringgit di bawah SME Digitalisation Grant bagi membolehkan usahawan PKS mendapat geran padanan sehingga 5 ribu ringgit untuk pembelian sistem atau langganan platform digital


24. Memperkasa usahawan tani khususnya di luar bandar untuk menggunakan teknologi terkini di bawah Program Digitalisasi dan Transformasi Sektor Pertanian


25. 100 juta untuk penggiat seni


26. Membantu kontraktor G1 hingga G4 tempatan melaksanakan projek kerja berskala kecil secara undian dan sebut harga, dengan penggunaan jadual kadar kerja kejuruteraan awam dan bangunan yang baharu serta jadual kadar kerja elektrik


27. Membenarkan perubahan harga atau variation of price (VOP) bagi projek kerja berikutan peningkatan ketara kos bahan binaan


28. Membenarkan lanjutan masa atau extension of contract (EOT) projek kerja atau lanjutan tempoh kontrak bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP


29. Penangguhan bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA untuk tempoh tiga bulan


30. Diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh lima bulan


31. Meningkatkan lagi had siling jaminan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) sebanyak 20 bilion ringgit untuk syarikat kecil dan sederhana


32. Dua bilion ringgit Bank Negara Malaysia (BNM) untuk usahawan kecil dan sederhana serta usahawan mikro


33. Program pembiayaan mikrokredit, tambahan dana sehingga 1.1 bilion ringgit. AgroBank dan Bank Simpanan Nasional masing-masing berjumlah 500 juta ringgit, dan TEKUN sebanyak 100 juta ringgit.


34. 20 juta ringgit bagi program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi. Program ini membolehkan usahawan menjalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi, termasuk memasarkan produk melalui platform dalam talian serta menggalakkan pembelian barangan di kedai koperasi.


35. 30 subsidi tambang teksi/e-hailing untuk temu janji vaksin OKU & warga emas


36. 6 bilion subsidi harga minyak & bahan api


37. Tambah kawalan Harga minyak masak (polibeg 1kg, 2.50; harga minyak masak botol 5 kilogram dapat dikawal supaya tidak melebihi 30 ringgit sebotol)


38. Diskaun bil elektrik 5 ke 40%


39. Diskaun bil elektrik sektor ekonomi 10%


40. Percuma 1GB Internet


41. i-Citra KWSP: 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan


42. Moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN


43. Tangguh bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA untuk 6 bulan


44. Tangguh bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan


45. Tangguh bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan


46. Tangguh pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful secara opt-in


47. 15 juta ringgit kepada badan-badan bukan Kerajaan atau NGO dalam membantu Kerajaan menangani isu-isu sosial seperti kesihatan mental, gelandangan, dan masalah sosial lain di peringkat komuniti 


48. 300 ribu ringgit kepada setiap ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang, untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing.


49. Potongan cukai ke atas perbelanjaan merangkumi kos peralatan dan perkhidmatan penyediaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) oleh majikan.


50. 125 juta ringgit melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan.


51. Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu

PUNYA LEKEH. JADI MP BAHAS DALAM FB SAHAJA?

 May be an image of 1 person and text


HAMZAH RIE NA

Sepatutnya sebagai MP di pihak kerajaan segala apa cadangan atau nak membangkang berkaitan isu² kepentingan rakyat atau negara buatlah dlm parlimen, BUKANNYA DALAM FACEBOOK.

Kalau setakat menulis dan bg cadangan dlm FB lps tu habis gitu ja, baik jadi rakyat biasa jer. Tak payah makan gaji buta elaun wakil rakyat.

PAS ni kerajaan ker pembangkang??!

KENAPA MASIH TETAP JADI BODOH..

https://www.facebook.com/ahmadfadhli80/posts/4084151721665635

SR

 

KES GANTUNG DIRI


May be an image of outdoors


REJAP HARON


*KENYATAAN MEDIA BERKAITAN (1)(L) CINA GANTUNG DIRI.*

Pada 28/06/2021 jam lebih kurang 0747 hrs, Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah terima panggilan MERS 999 daripada orang awam memaklumkan terlihat ada (1)(L) bangsa tidak pasti gantung diri di Jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.

Siasatan awal mendapati, simati ialah (1)(L) berbangsa Cina berusia 56 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuhraya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.

Maklumat awal daripada waris simati mendapati simati disyaki dijangkiti COVID-19 dan simati mengatakan beliau tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas.

Mayat simati berjaya diturunkan dengan bantuan daripada pihak BOMBA dan seterusnya mayat tersebut dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat.

*Kenyataan Media*

*KPD Kajang*

28/06/2021 @ 1235 hrs

 

PEMBOHONG BUAT UMNO PAS

Yang takut pada DAP - UMNOPAS 

Yang sokong Kerajaan pintu belakang - UMNOPAS 

Duit Kwsp ,TH, Felda dan ect rugi dan tak tau kemana - UMNO disokong PAS puas hati

Yang kafirkan UMNO - PAS

Yang beli kereta duit rakyat kelantan Merc hasil pemberian RM40O juta drp kerajaan PH dulu - PAS

Kes 1MDB - UMNO

Kondo lembu - UMNO 

Yang kalah kes Fitnah- UMNOPAS

Yang meroyan sampai sekarang- UMNOPAS & macai low class yang cakap halal haram tak tentu arah - PAS

Yang buat2 lupa dalam duit akaun dalam bank - UMNO 

Yang buat filem lucah di Hollywood pakai duit 1MDB - zaman UMNOBN

Pakai bayar kad kredit untuk anak yatim - UMNO 

Beli Helicopter tak sampai hingga sekarang - UMNO 

Kapal selam tak pandai menyelam - UMNO

 

Kini muncul pengkhianat PN sekutu UMNOPAS bergabung  ... semua jenis ada !!! 

 

#KERAjaanGAGAL

 


‘Ini bukan soal nak kawal Covid-19 tapi kawal benda lain’, Ku Li desak buka Parlimen sebelum 1 Ogos

 

Tengku Razaleigh Hamzah berkata, undang-undang darurat dilihat hanya sekadar untuk kepentingan politik, seolah-olah tiada kaitan dengan isu pandemik Covid-19 dan kesusahan rakyat.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razali Hamzah, meminta sokongan orang ramai untuk mendesak kerajaan membuka Parlimen sebelum tamat tempoh darurat.

Beliau berkata, sidang Parlimen perlu dilaksanakan secepat mungkin seboleh-bolehnya dalam bulan akan datang tanpa perlu menunggu sehingga Oktober.

“Kita mahu Parlimen bersidang sebelum tamatnya darurat pada 1 Ogos.

“Jangan kita tunggu sehingga bulan Oktober, itu bukan dia, ini bukan lagi soal nak kawal Covid-19 tetapi nak kawal benda lain yang tiada sangkut paut dengan kedudukan rakyat,” katanya menerusi pelancaran petisyen rakyat desak segerakan sidang Parlimen pada siaran langsung Facebook hari ini.

Beliau turut menzahirkan kekesalan apabila terdapat segelintir wakil rakyat yang berkhidmat dalam kerajaan mempertikaikan supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

“Ada wakil rakyat yang juga berkhidmat dalam kerajaan mempertikai Parlimen bersidang…Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) berjiwa rakyat, orang mewakili rakyat tidak berjiwa rakyat..orang seperti ini boleh pencen,” katanya.

Katanya, undang-undang darurat dilihat hanya sekadar untuk kepentingan politik, seolah-olah tiada kaitan dengan isu pandemik Covid-19 dan kesusahan rakyat.

Ku Li berkata, darurat tinggal darurat oleh kerana kuasa yang ada bawah undang-undang yang terpakai sebelum ini masih boleh dipakai.

“Tidak perlu kepada undang-undang darurat ini, hanya semata-mata kerana tindakan politik tiada kena mengena dengan Covid-19 dan kesusahan rakyat yang sepatutnya dibela sepenuhnya.” katanya.

Pada 16 Jun lalu, media melaporkan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata ini bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara yang dibentang kerajaan dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahaskan Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, pandangan baginda itu dibuat selepas memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar pelbagai agensi kerajaan.

Speaker DUN tidak pula persoal isu sidang hibrid? - Fahmi



Keanehan timbul apabila Speaker Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini mempersoalkan mengenai keperluan sidang Parlimen dilaksanakan secara kehadiran fizikal dan atas talian.

Kemudian timbul isu keperluan meminda peraturan mesyuarat serta sidang sehari bagi meluluskan pindaan sebelum sidang Dewan Rakyat sepenuhnya pada September.

Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, hal tersebut kelihatan 'mengarut' kerana Speaker DUN di negeri-negeri yang diketuai Menteri Besar Pakatan Harapan (PH) dan Umno tidak pula mempertikaikan hal berkenaan.

"Bila Speaker Dewan Rakyat dan Presiden Dewan Negara dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Jun ini, apakah agaknya mereka bincangkan? Tetapi kita kena ingat kedua-duanya (Speaker Dewan Rakyat dan Negara) telah mengeluarkan kenyataan bersama sebelum dipanggil menghadap.

"Ini pening sebab dikatakan Parlimen kena pertimbangkan untuk dibuat secara hibrid. Kena pertimbang susun atur juga bagaimana kita akan uruskan Ahli Parlimen yang begitu ramai.

"Namun hakikatnya, 8 daripada 13 DUN sama ada sudah dapat tarikh atau mohon perkenan dari Sultan atau Agong (untuk buat sidang DUN). Melaka (buat sidang DUN) pertengahan Julai, Negeri Sembilan pertengahan Ogos, Johor 12 Ogos, Selangor 23 Ogos, Perlis 24 Ogos, Pahang bulan Ogos, Pulau Pinang mohon perkenan Agong.

"Ada tak kita dengar mana-mana speaker DUN ini yang mengatakan kami terpaksa tunggu dulu, pertimbang, laksana secara hibrid? Tak ada. Mereka terus saja buat sebab Sultan negeri mereka atau Agong telah keluarkan titah buat sidang secepat mungkin.

"Jika kita ingat tahun lepas sidang berjalan dalam pandemik. Waktu undian, ada Ahli Parlimen yang dibenarkan hadir (walau dalam kuarantin) untuk membuang undi, mereka pakai PPE sepenuhnya macam barisan hadapan. Tetapi sekarang tak terfikir mereka (boleh lakukan seperti itu). Hendak mudah, tak payah buat sidang hibrid (tidak perlu pinda peraturan)," katanya dalam sesi siaran Facebook, malam tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mengkritik tindakan Speaker Azizan Harun yang memanggil sidang khas Dewan Rakyat bagi meluluskan pindaan peraturan mesyuarat dengan kehadiran penuh Ahli-ahli Parlimen tetapi enggan meneruskan persidangan sebagaimana tahun lalu yang juga diadakan sewaktu pandemik.

Selain itu, Fahmi turun membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu baru-baru ini mengenai kesukaran hidup rakyat yang perlu ditangani segera oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Kita kena baca keseluruhan isi kandungan kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Dari situ kita faham mengapa perlu diadakan persidangan Parlimen dan DUN, iaitu sebagai institusi yang membolehkan suara rakyat didengar. Masalah rakyat dibahas, dasar kerajaan dipertimbang dan dari situ membolehkan penyelesaian yang lebih tuntas dicapai.

"Cuba bayangkan dari 1 Jun hingga 27 Jun kita dalam PKP, seramai 161,000 dijangkiti Covid. Petanda langkah kerajaan gagal walaupun ada PKP penuh. Rakyat terus sensara. Kita baca ada saja orang cuba membunuh diri.

"Orang dihalau dari rumah, ada anak nak PdPR kalau pergi ke supermarket seksyen beli alat tulis tutup. Yang ada laptop katakan rosak, nak baikki tak boleh kedai tutup. Siapalah punya perancangan?

"Kementerian Komunikasi pula baru nak tubuh jawatankuasa untuk kenalpasti mana lokasi yang tidak ada internet. Ini PKP 3.0, dah lebih setahun kita berPKP dan bertarung dengan Covid 19.

"Cikgu-cikgu berusaha sedaya upaya, hari ini Saifuddin Abdullah baru terfikir nak tubuhkan jawatankuasa? Dulu kes adik Viviona (terpaksa panjat pokok dapat akses internet) menteri menafikan masalah yang wujud di Kudat, Sabah itu. Mereka ini ada satu mentaliti tidak berpijak di bumi nyata. Mereka tidak betul-betul merasai masalah rakyat," katanya lagi.

Fahmi juga menyentuh mengenai tindakan parti Pas yang ketika PH memerintah memainkan emosi Melayu kononnya terpinggir atau diancam DAP.

Malah kerajaan PN juga, katanya, pernah membangkitkan wasiat Raja-raja Melayu konon mempertahakan tindakan mereka mengutamakan kaum Melayu.

Bagaimanapun, kata Fahmi, apabila Agong dan Raja-raja Melayu menegur kelemahan PN, tidak pula kerajaan atau parti-parti perkauman dalam gabungan itu menonjolkan titah institusi raja-raja Melayu tersebut.

28 hari yang sia-sia – Asyraf Wajdi By Kasthuri Jeevendran

 MGF30032021_FORUM-DEMOKRASI51


Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Setelah 28 hari yang sia-sia, rakyat dipaksa lagi untuk berkurung bagi tempoh yang belum dapat dipastikan kerana kaedah baru di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) (nama baru PKP) bergantung kepada angka purata kes baharu Covid-19 hendaklah di bawah 4,000 kes.

Dengan kata lain kalau angka kes baharu masih di atas 4,000 adakah rakyat mesti terus berkurung di rumah.

Itu persoalan ditimbulkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Kata Asyraf, bagaimana hendak memberi jaminan kes jangkitan Covid-19 turun ke paras ke 4,000 andainya kilang-kilang penyumbang utama penularan terus dibenarkan beroperasi.

Malah kata Asyraf, angka syarikat diluluskan untuk beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bertambah saban hari.

“Sejak awal PKP 3.0 dilaksanakan, Pemuda UMNO tegaskan jika TOTAL LOCKDOWN nak dibuat untuk tempoh 14-21 hari sebagaimana hayat inkubasi virus, maka buatlah betul-betul menyeluruh.

Kini dengan angka korban mencecah 4,944 nyawa, lebih 734,048 orang terjangkit, 32 juta rakyat Malaysia terseksa lebih enam bulan lamanya dan nilai ekonomi ratusan bilion ringgit lesap secara sia-sia. 

“Apakah kerajaan masih mahu ulangi dan guna pendekatan sama?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini. 

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin memberitahu fasa pertama kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir esok tidak akan ditamatkan, malah diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini.

Muhyiddin berkata, fasa pertama itu dilanjutkan kerana jumlah kes COVID-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.

“Sekarang mereka kata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita tak sebut PKP, tapi kita sebut kita berada dalam fasa, sekarang ini fasa pertama (PPN) sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya.

“Bukan kata 28 Jun tamat PKP, itu silap…kita masih di fasa pertama PPN dan akan lanjutkan sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 kes dengan kes di Unit Rawatan Rapi tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan,” kata Muhyiddin.

Sambung Asyraf, hakikatnya rakyat rela berkurung jika total lockdown yang betul-betul dilakukan, di samping kerajaan wajar menyalurkan salurkan bantuan.

“Rakyat rela berkurung tetapi Kerajaan juga harus salurkan bantuan dan buatlah LOCKDOWN yang betul-betul. Bahkan tagline yang kami gunakan pada waktu itu biar #SusahSekaliBukanBerkalikali,” tegasnya.

PH musuh agama: Pas jumud pegang konsep Muslim Teokrat, idelogi lapuk

 


POSTED BY AMIR WRLR


Pendapat Presiden Pas Hj Hadi Awang baru-baru ini yang meletakkan Pakatan Harapan seolah-olah musuh agama kerana wujudnya DAP yang mengancam Islam, dikritik oleh pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin.

Wan Ji mendakwa Pas tidak pernah mahu melakukan perubahan dan berkukuh kepada konsep Muslim Teokrat yang tidak mengiktiraf konsep negara bangsa dan kewarganegaraan.

Hal itu menyebabkan Pas jumud dan tidak secocok dengan sistem pemerintahan demokrasi moden.

"Dari situ datang wacana Muslim Teokrat. Masalahnya mereka (pendukung Muslim Teokrat) membawa agenda Negara Islam tetapi agenda itu kebanyakannya membawa kepada mereka menjadi radikal

"Di sana ada beberapa tokoh yang membincangkan bahayanya Muslim Teokrat ini. Tokoh antaranya Dr Said Ramadan Al-Bouti dari Syiria. Beliau menulis kitab yang menceritakan tentang jihad, yang bila kita baca nampak fikrah Islam teokratik itu tidak memberi manfaat yang besar kepada Islam

"Juga ilmuan seperti Dr Said Ramadan, Syeikh Abdullah Bin Bayyah dan sebagainya cuba menyelesaikan konsep kewarganegaraan dalam hal melibatkan kepolitikan konsep negara bangsa pada hari ini.

"Yang sudah pasti wacana itu tak sama dengan dibincangkan al Imam (Abu Hasan) al Mawardi, Ibnu Taimiyah, Abu Yusof dan sebagainya. Misalnya istilah kafir harbi adalah satu wacana yang timbul era dinasti Umaiyyah, Abbasiyah dan Usmaniyah.

"Apabila muncul negara bangsa, konsep itu sudah tidak relevan. Konsep kewarganegaraan sudah berbeza. Yang membawa konsep Muslim Teokrat itu tidak faham kerana suasana kita sudah berubah. Keputusan hukum itu berubah berasaskan tempat, masa dan situasi," katanya dalam forum maya bertajuk "Pakatan Harapan Anti Islam & Musuh Agama, Di Mana Kebenarannya?", malam semalam.

Mengenai persoalan kafir harbi dan kafir zimmi, Wan Ji berhujah, isu berkenaan dilatari konsep kewarganegaraan dalam era dinasti Umaiyyah dan ianya boleh berubah berdasarkan kaedah pemerintahan moden.

"Mungkin ada yang kata macam mana dengan hadis "barang siapa menyakiti kafir zimmi itu seperti menyakitiku". Sebenarnya itu bukan perkataan Nabi Muhamad saw tetapi perkataan khalifah Umar Abdul Aziz. Itu kerangka pemerintahan dinasti.

"Di situ kita nampak wacana kafir zimmi dan harbi. wacana kewarganegaraan yang wujud zaman dahulu. Sekarang ini kita sudah ada konsep warganegara dalam negara bangsa seperti Malaysia. Jadi orang bukan Islam itu setaraf dan kita tidak boleh anggap kelas kedua. Bahkan kita kalau duduk di Barat yang bukan Islam, kalau jadi warganegara maka satu level dengan mereka. Itu konsep yang baru.

"Hal ini yang gagal difahami oleh mereka yang berfikrah dengan Muslim Teokrat. Sebab itu ada terma baru iaitu Muslim Demokrat yang dipopularkan oleh Rashid al-Ghannushi. Kita membincangkan pula tentang bagaimana nak jadi Muslim Demokrat (yang lebih sesuai dengan suasana hari ini)," katanya.

Mengenai hadis mendahulukan suku Arab Quraisy berbanding yang lain sebagai pemimpin, dan dijadikan kias kepada konsep Ketuanan Melayu mengatasi kaum lain di Malaysia, Wan Ji berkata konsep tersebut tidak sepenuhnya tepat.

"Sebenarnya mereka merujuk kepada satu hadis: "Imam itu di kalangan orang Quraisy". Jadi mereka membandingkan Quraisy itu dengan Melayu sebagai majoriti dan berlakulah kupasan panjang lebar.

"Dalam wacana Islam yang mengatakan begitu adalah Imam al Mawardi. Tetapi cuba kita pikir balik latar peristiwa ketika itu. Imam Mawardi adalah Ketua Qadi di kerajaan Abbasiyah. Apabila dia qadi dalam kerajaan Abbasiyah maka tidak hairan fatwanya mengarah Abbasiyah, Abbasiyah itu keturunan Quraisy. Maka itulah fatwa dia.

"Kita mengambil hujah Mawardi tanpa melihat epistemologi Mawardi terlebih dahulu. Kalau pergi kepada kaedah ilmiah itu sudah bercanggah kerana metodenya mementingkan latar awal kenapa fatwa sedemikian berlaku.

"Datang pendapat kedua dari Ibnu Khaldun yang mengatakan tujuan melantik Quraisy itu untuk menolak perbalahan sahaja. Tidak timbul isu perbalahan maka tidak timbul isu Quraisy," katanya.

Bagi Wan Ji, dalam Islam perkara wajib yang perlu diambil kira melantik pemimpin adalah ringkas dan tidak perlu diperpanjangkan sebagaimana perbahasan pemuka-pemuka agama dalam kalangan Muslim Teokrat di negara ini.

"Kita pergi ke dasar. Syarat pemimpin mesti Melayu atau Quraisy itu hanya syarat sempurna, bukan syarat sah.

"Dalam Islam syarat sah (lantik pemimpin) dari segi politik tidaklah besar. Pertama, dia mesti layak. Dalilnya hadis Nabi saw, "Apabila kamu memberi urusan kepada yang bukan berkelayakan maka tunggulah saat kehancuran". Maksudnya kita lihat keahlian itu penting.

"Kedua, mesti ada amanah dan bijaksana. Ada tiga perkara ini maka syarat sah dah selesai," katanya lagi.

 

Apa lagi yang kerajaan tunggu, soal Shahrir By Muhammad Azizul Osman


MGF04072017_SIDANG-MEDIA-EKSPRESI-FELDA08

Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Sikap berdiam diri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenai sidang Parlimen terus dikritik veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.

Menurut beliau, apa lagi yang hendak ditunggu oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar sidang Parlimen dibuka dengan kadar segera.

“PM dan kerajaan membisu. Kemudian, minggu lepas Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja zahirkan pandangan untuk Parlimen bersidang “secepat mungkin”.

“PM pula umum akan tubuh jawatankuasa untuk teliti boleh kah Parlimen bersidang ni. Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat dah keluar kenyataan bersama bahawa Parlimen boleh bersidang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Shahrir berkata demikian merujuk kepada kenyataan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bahawa kedua-dua mereka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu menambah, ini adalah kali kedua Azhar dan Rais menghadap Yang di-Pertuan Agong, berhubung sesi Parlimen.

“Kalau betul, ini kali kedua. Lebih seratus hari dulu, juga dah dipanggil mengadap. Lepas tu, Istana Negara keluar kenyataan YDPA bertitah Parlimen boleh bersidang semasa Darurat,” katanya lagi.

Semalam, Azhar Azizan dan Rais mencadangkan agar persidangan hibrid Parlimen diadakan pada akhir Ogos atau awal September.

Dalam cadangan itu, kedua-dua mereka turut menyatakan kerajaan perlu melakukan beberapa persiapan iaitu dari aspek perundangan, pentadbiran, teknikal, perolehan bekalan perlu diperkemaskan terlebih dahulu untuk memastikan persidangan secara hibrid itu berjalan lancar.

Sehubungan itu, satu sidang khas Parlimen akan diadakan awal Ogos dengan andaian semua aspek perundangan mengenai persidangan alternatif berkenaan dapat diselesaikan akhir Julai dan sekiranya ia diluluskan di peringkat Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat.

Untuk rekod, minggu lalu Muhyiddin berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Beliau memberikan komitmen keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan. 

 

Ketua AMK Selangor digugurkan serta merta


MGF05082018_PENAMAAN-CALON-PEMILIHAN-PKR04

Mohd Najwan Halimi

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Najwan Halimi digugurkan daripada jawatannya berkuatkuasa serta merta.

AMK dalam satu kenyataan berkata, langkah proaktif itu diambil demi melakukan penyusunan semula atau rombakan barisan kepimpinan sayap PKR itu.

“Berikutan daripada usul khas berkaitan pemanjangan tempoh memegang jawatan bagi sesi kempimpinan 2018/2021 yang telah diluluskan semasa Kongres Nasional PKR ke-15 yang lalu.

“AMK mengambil langkah progresif dengan melaksanakan penyusunan semula barisan Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (MPAMK) dan rombakan jawatankuasa organisasi AMK Negeri Perlis dan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam penyusunan semula barisan kepimpinan sayap PKR itu, AMK bertindak menggugurkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu bersama Penolong Setiausaha AMK, Muhammad Naqib Nasaruddin.

Dalam surat AMK kepada Najwan yang dilihat MalaysiaGazette, sayap itu berkata, rombakan menyeluruh itu dilakukan di peringkat AMK Selangor.

Ia dibuat atas alasan memastikan AMK Selangor mampu menjadi tulang belakang dalam memperkukuh jentera PKR khususnya di negeri Selangor.

“Maka berkuatkuasa daripada tarikh surat ini dikeluarkan, adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa AMK Negeri Selangor secara rasminya dibubarkan dan Ketua AMK Malaysia akan menjalankan proses konsultasi mengikut Peraturan Tetap AMK 2014 bagi memilih Ketua AMK Negeri Selangor yang baharu.

“Bagi pihak Ketua AMK Malaysia, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas segala khidmat bakti saudara sepanjang berkhidmat sebagai Ketua AMK Selangor,” demikian menurut surat berkenaan.

Surat itu ditandatangani Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Ab Razab. 

Kapasiti vaksinasi harian di Selangor lebih 80,000, bukan 40,000 seperti didakwa KJ, kata Exco Selangor


Dr Siti Mariah Mahmud berkata masalah yang dihadapi di Selangor ketika ini adalah kekurangan bekalan vaksin, bukan kapasiti mahupun jumlah PPV. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kapasiti vaksinasi harian di 73 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Selangor adalah 87,616 orang, dua kali ganda daripada jumlah dinyatakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, kata Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Bagaimanapun, Siti Mariah berkata dengan jumlah bekalan sedia ada ada, kadar suntikan harian ketika ini adalah 53,037 orang sahaja.

“Masalah yang dihadapi di Selangor ketika ini adalah kekurangan bekalan vaksin, bukan kapasiti mahupun jumlah PPV,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, dalam satu majlis di Tanjung Karang hari ini, Khairy berkata, jumlah vaksin Covid-19 yang dibekalkan ke Selangor berdasarkan data diberikan semasa pertemuannya dengan Menteri Besar Amirudin Shari.

Khairy dilaporkan berkata pada mesyuarat berkenaan, pihaknya dimaklumkan bahawa kemampuan vaksinasi kerajaan negeri itu hanya 40,000 suntikan sehari untuk Jun.

Oleh itu, Khairy mempersoalkan tindakan Siti Mariah yang mendakwa pihaknya tidak menyediakan bekalan vaksin mencukupi untuk negeri itu.

Mengulas lanjut, Siti Mariah berkata, semakan rekod terkini Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerima 1,189,350 dos setakat 27 Jun.

“Jumlah yang diagihkan pula adalah sebanyak 954,051 dos. Justeru, dos semasa dalam simpanan berbaki sekitar 20% yakni sebanyak 235,277 unit dos.

“Bekalan ini hanya dijangka bertahan untuk dua hari lagi sekiranya proses ini dijalankan pada kapasiti penuh PPV,” katanya.

Namun, Siti Mariah difahamkan JKNS akan menerima tambahan sekitar 60,000 unit dos hari ini.

“Insya-Allah, apabila digandingkan dengan Program Vaksin Selangor yang akan diumumkan Menteri Besar nanti, kita akan mampu mencapai sasaran CITF Kebangsaan yang disebut oleh Menteri Penyelaras PICK dengan masing-masing 135,000 dan 165,000 kadar vaksinasi harian menjelang Julai dan Ogos,” katanya.

Penyokong Pas kata Islam makin teruk dihina di bawah kerajaan PN

 


Panas! Penyokong Pas kata Islam makin teruk dihina di bawah kerajaan PN


Korang tengok lah mcm mana diaorg rapat dalam masjid… makin teruk dihina islam ni dibawah pemimpin yang bodoh lagi sombong.. ditambah pulak dengan golongan wahabi yang semakin menguasai beberapa kerusi penting dalam pengurusan agama dinegara ini..

Keputusan membuat vaksin di masjid adalah satu keputusan yang paling bodoh sekali.. dewan banyak,sekolah banyak, banyak bangunan kerajaan yang boleh digunakan,padang bola juga masih banyak boleh digunakan.. tetapi mereka dengan sengaja membuat dimasjid, dengan tujuan untuk menghina tempat suci umat islam.. ada pemimpan Pas diam membisu..ada menteri agama pon mcm makan gaji buta.. ada mufti pon tak berfungsi dengan baik..

Rakyat semakin muak dengan kerajaan yang bodoh ni..

Jika dilihat banting dibelakang ada ditulis
“Pasir Mas” jika benar ianya dibawah pemerintah Pas, maka ini satu perkara yang sgt memalukan..

BUKAN SAHAJA TUNGGUL KAYU. TAPI MAKAN GAJI BUTA

 

Panas! Lelaki ini tempelak ketua pemuda Pas, apa fungsi Pas dalam kerajaan PN, tunggul kayu ke?


Lelaki ini tempelak ketua pemuda Pas, apa fungsi Pas dalam kerajaan PN, tunggul kayu ke?

Apa fungsi parti ko dalam kerajaan!?? Tunggul kayu erkkk???

#Dah hampir sebulan lockdown, baru ada otak???

#Acah-acah cakna rakyat sebab nampak majoriti rakyat marah??? Seolah tiada kaitanlah dengan parti ko??? Munafik!

Sumber: https://www.facebook.com/100000572629032/posts/4680544811974560/?d=n