DAH MEREBAK KE NEGERI MELAYU ISLE
W.FAUDZIN
Kain rentang "Kerajaan Gagal" kini
merebak ke Kelantan. Selagi parlimen tidak dibuka, ianya akan merebak ke merata
negeri. Lain kali, rampas la lagi mandat rakyat !!
KAYU BALAK SAIZ LUARBIASA YANG MENCURIGAKAN.
Gambar ini dirakam pada jam 5.50 petang tadi (Ahad 23 Mei 2021) di R&R Temerloh Arah Barat, Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Tak pasti pokok balak spesis apa tetapi sekali pandang nampak macam Chegal.
Yang menjadi kemusykilan:
1. Pokok balak saiz ini hanya ada di kawasan hutan simpan yang dilindungi sepenuhnya.
2. Trailer yang membawa balak ini tidak menunjukkan plat lesen pembalakan seperti kebiasaannya.
3. Balai Pemeriksaan Hutan ditutup hari Ahad. Jadi bagaimana balak sebesar ini boleh lepas tanpa pemeriksaan atau bayaran cukai?
4. Trailer yang membawa balak ini terus meninggalkan R&R Temerloh sebaik sahaja menyedari gambarnya dirakam.
5. Mustahil tidak satupun pasukan Pihak Berkuasa termasuk JPJ dan Polis Peronda Lebuhraya tak nampak lori balak sebesar ini?
#wartawantua
#alammarhaen
DARI MENAFIKAN, BAIK PUJUK 9 KLUSTER MENTERI CABUT DARI PN..TUMBANGLAH KERAJAAN INI...BAIK JADI PAS...SENTIASA ADA DALIL DAN KEMUDIAN DIAM BISU.KEH..KEH...
Tak adil ‘palit’ Umno
dengan kegagalan PN, kata Zahid
-
May 23, 2021
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata walaupun Ahli
Parlimennya bersetuju menganggotai Kabinet Muhyiddin Yassin, tidak bermakna
parti itu terlibat secara langsung dalam menentukan dasar negara.
PETALING
JAYA: Cubaan untuk mengaitkan Umno dengan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional
(PN) memerangi penularan Covid-19 tidak adil dan tidak seharusnya berlaku, kata
Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden
Umno berkata, walaupun beberapa Ahli Parlimen parti bersetuju menganggotai
Kabinet pimpinan Muhyiddin Yassin, ia tidak bermakna Umno terlibat secara
langsung dalam menentukan dasar negara.
Umno
sebelum ini menyokong pembentukan kerajaan baharu diterajui oleh Muhyiddin
namun parti itu tidak menyertai PN, malah mahu menamatkan kerjasama
politik dengan Bersatu dalam menghadapi PRU15.
Zahid
berkata, segala ketetapan mengenai dasar berkait pengurusan pandemik Covid-19
dibuat sepenuhnya oleh kerajaan pimpinan PN.
“Adalah tidak adil apa sahaja kegagalan kerajaan PN cuba
dikaitkan dengan Umno gara-gara beberapa Ahli Parlimen (Umno) menerima tawaran
menganggotai kerajaan PN.
“Penentuan dasar negara menjadi hak mutlak kerajaan PN sejak
Ordinan Darurat dilaksanakan,” katanya di Facebook.
Beliau menjawab kritikan segelintir pihak yang cuba “memalitkan”
Umno dengan kegagalan PN terutama dalam menarik pelabur asing.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, bagi
mengimbangi proses semak dan imbang, Umno komited menyalurkan pandangan kepada
kerajaan PN menerusi pelbagai platform, memandangkan Parlimen digantung.
“Malangnya, kebanyakan pandangan dan nasihat (Umno) tentang
Covid-19 kurang diberi perhatian. Mengapa jadi begitu? Saya fikir semua boleh
mengandaikan sebabnya,” katanya.
Kerajaan pimpinan Muhyiddin menerima kritikan pelbagai pihak
termasuk kalangan pemimpin Umno kerana dilihat gagal membendung pandemik
Covid-19, walaupun melaksanakan Ordinan Darurat yang memberikan Putrajaya lebih
kuasa dalam membuat keputusan.
Sebelum ini, bekas perdana menteri Najib Razak memberi amaran bahawa Umno akan dipersalahkan atas kegagalan kerajaan PN memulihkan ekonomi.
DARI BUDAK SEKOLAH TAK BERJANGKIT, KINI SAMPAI SEKOLAH DITUTUP...PUNYA LA BANGGANG MENTERI PENDIDIKAN INI....TEPUK..WALAUNCAI...
Apa status TV
pendidikan, mana hala tuju bawah Radzi Jidin, soal PH
-
May 23, 2021
Pakatan Harapan bertanya apakah semua 800 kandungan TV
Pendidikan telah selesai atau terpaksa ditangguhkan lagi? (Gambar Bernama)
PETALING
JAYA: Pakatan Harapan (PH) mendesak Kementerian Pendidikan menjelaskan status
kontrak bagi rancangan TV pendidikan bernilai RM1.9 juta untuk menghasilkan 800
kandungan, yang sepatutnya selesai dua bulan lalu.
Jawatankuasa
Pendidikan PH dan Parti Pembangkang menyatakan bahawa projek itu sebelum ini
dilanjutkan dari 30 November hingga 31 Mac tahun ini, selepas syarikat terlibat
tidak dapat menyiapkan kandungan tersebut dalam tempoh ditetapkan.
“Apakah
semua 800 kandungan tersebut telah selesai? Atau terpaksa ditangguhkan lagi?
“Jika
benar, berapa lama kerajaan membenarkan penangguhan tersebut?” soal PH dalam
kenyataan.
Berikutan penundaan itu, PH bertanya apakah kerajaan membayar
kos tambahan kepada syarikat tersebut.
PH juga mempersoalkan mengapa kementerian pendidikan memutuskan
untuk menyiarkan jaringan pendidikannya DidikTV di NTV7 Media Prima, sedangkan
ia dapat melakukannya di RTM secara percuma.
Memandangkan ia adalah syarikat swasta, PH mempersoalkan berapa
banyak kementerian membayar Media Prima selama 17 jam siaran setiap hari.
“Apakah rasional dan keuntungan bagi rakyat dan KPM untuk
membuat bayaran siaran kepada DidikTV pada saat kerajaan boleh menggunakan
fasiliti siaran TV kerajaan pada saat darurat ini?”
PH berkata, kandungan yang sama belum dimuat ke platform
pendidikan Delima dan EduwebTV, walaupun kelas dalam talian sudah dimulakan
bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.
“Berapakah bilangan penonton DidikTV sehingga kini? Apakah
berbaloi puluhan juta ringgit duit rakyat dilaburkan berbanding bilangan
penggunanya?
“Apa yang pasti semuanya kabur dan masih tidak jelas. Akhir
sekali, kami ingin bertanya ke manakah hala tuju TV Pendidikan bawah Menteri
Pendidikan Radzi Jidin?”
APA PUN CERITA DIA ...MEMANG LEMBAB KERAJAAN TEBUK ATAP NAK SELESAIKAN...
COVID-19: 8.2 juta vaksin Sinovac bakal dibekalkan bulan depan - Ismail Sabri
Pertahankan Kawasan Hutan Kayu Bakau Sungai Betul Bawah – Mujahid
Setelah berjumpa dengan para nelayan di Sungai Betul Bawah pada 21 Mei 2021, saya ingin membuat kenyataan dan sikap saya kepada aduan yang dibuat kelmarin.
1. Saya mendapat maklumat bahawa pihak SADC Perak telah meluluskan tanah seluas 200 ekar yang diberikan kepada sebuah Koperasi bermodal RM4000 untuk pembangunan akuakultur. Kelulusan itu bertarikh 1 Nov 2020 manakala Koperasi tersebut didaftarkan pada Jun 2020.
2. Kelulusan ini membimbangkan saya dan nelayan pantai di sana kerana ia boleh menjejaskan pendapatan nelayan dari hutan bakau kawasan tersebut.
3. Dasar Lestari kerajaan Negeri Perak di bawah YAB Menteri Besar yang baru antara lainnya ialah memastikan hutan kayu bakau dipelihara dan dipulihara atas keseimbangan ekosistem dan menjadi penampan semulajadi kepada ancaman tsunami. Kelulusan ini akan menjejaskan segala keperluan untuk memelihara hutan bakau sekelilingnya.
4. Tinjauan saya pada 21 Mei 2021 menunjukkan projek akuakultur sedia ada di kawasan Sungai Betul Bawah sudah mencukupi malah banyak menimbulkan masalah dengan masyarakat nelayan di sana.
Oleh itu di atas dasar mengekalkan hutan kayu bakau yang sudahpun terancam, kelulusan ini perlu dinilai semula dan bantahan penduduk perlu diambil kira kerana terjejasnya kehidupan mereka sejak bergenerasi sebagai nelayan persisiran pantai. Sebagai Ahli Parlimen yang selama ini mempertahankan kelestarian hutan kayu bakau di persisiran Bagan Tiang hingga ke Kuala Gula saya menyeru YAB Menteri Besar selaku Pengerusi SADC dan ahli lembaga pengarah dari Ahli-Ahli Yang Berhornat mengambil tindakan segera atas aduan rakyat di Sungai Betul Bawah ini.
Sekian
Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
23 Mei 2021
JIKA PERDANA MENTERI HANYA MAMPU UMUM KETATKAN PKP3.0 LEBIH BAIK RAKYAT MINUM KACIP FATIMAH
Oleh ANINA SAADUDIN
Seharian dari pagi rakyat tunggu keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Rakyat nak tahu hasil pemikiran “kepala otak” barisan Menteri dan Timbalan Menteri seramai 73 orang yakni yang terbesar dalam sejarah Malaysia dengan bebanan gaji yang ditanggung rakyat berjumpa RM 1.3 juta sebulan.
Ini belum termasuk lebih 500 orang pegawai Menteri dan Timbalan Menteri yang bebanan gaji ditanggung rakyat berjumlah hampir RM 1 juta sebulan.
Lebih RM 2 juta sebulan ditanggung oleh rakyat setiap bulan untuk bayar gaji mereka umpama menanggung “biawak hidup”.
Negara darurat, Parlimen Malaysia dijadikan jenazah tidak boleh dilawati, majoriti Menteri dan Timbalan Menteri goyang kaki makan gaji buta ketika sejuta rakyat menganggur akibat hilang pekerjaan dan tiada peluang pekerjaan.
Puluhan ribu petani tiada benih padi untuk ditanam manakala puluhan ribu penoreh getah menangis airmata darah di perdu pohon getah.
Ini belum mengambil kira ratusan ribu B40 yang kini menjadi miskin bandar.
Berbalik kepada mesyuarat semalam, apa keputusan Perdana Menteri?
Perdana Menteri keluarkan 2 muka surat ayat bergulung-gulung hanya untuk beritahu satu ayat sampah “PKP 3.0 akan diperketatkan”.
Satu ayat sahaja sudah cukup untuk buat rakyat “maki sampai dalam kain” seluruh barisan kepimpinan kerajaan PN yang gagal ini.
Hari ini Ismail Sabri yang dibayar gaji khusus untuk buat pengumuman umpama beri makan “biawak hidup” akan lakukan satu lagi pengumuman sampah tentang apa yang akan diperketatkan.
Sudah hampir 2 tahun cuba nak ketatkan itu dan ini tetapi semuanya gagal .
Lebih baik rakyat minum air kacip fatimah untuk betul-betul ketat!
Semua kaedah telah cuba dibuat oleh kerajaan PN kecuali satu iaitu LETAK JAWATAN!
#KacipFatimah
#ketatpkp3.0
Pemuda ini tempelak Asyraf Wajdi, dalam Kabinet PN ada 9 menteri UMNO, jangan berlagak macam pembangkang
Pemuda Umno buat lawak
Pengundi di Malaysia jangan terpedaya dengan lakonan Umno
Menteri Pertahanan: Umno
Menteri Wilayah Persekutuan: Umno
Menteri Pengajian Tinggi: Umno
Menteri Tenaga & Sumber Asli: Umno
Menteri Kesihatan: Umno
Menteri Luar Negeri: Umno
Menteri Perpaduan Negara: Umno
Menteri Belia & Sukan: Umno
Menteri Sains,Teknologi & Inovasi: Umno
Kerajaan tebuk atap ni wujud hasil dari sokongan Umno.
Tapi Umno berlagak macam pembangkang
Umno hanya berlakon membela rakyat
Hakikatnya Umno berada dalam kerajaan yang mendera rakyat
Jangan tertipu dengan Umno
Harapan Pb
Pemuda UMNO marah kerajaan pentingkan tauke besar?: Abu Hafiz ingatkan rakyat Malaysia, siapa dalam Kabinet PN
Ketua Pemuda UMNO marahkan kerajaan PN-BN, katanya pentingkan tauke-tauke.
Buat rakyat Malaysia…perlu sentiasa jelas dan faham…siapa dalam Kabinet PN-BN-PAS.
Kalau negara sedang jahanam dan rosak sekarang…mereka yang dalam gambar dibawah…semuanya bertanggungjawab bersama. Jangan buat-buat rasa anda bukan sebahagian dalam kerajaan PN-BN dan kabinet.
Abu Hafiz Salleh Hudin
Amalan kasta cetus ‘wabak benci’ – Kadir Jasin
By Kasthuri Jeevendran - 23 May 2021
A. Kadir Jasin
KUALA LUMPUR – Kerajaan didakwa mengamalkan sistem kasta hingga
mendorong golongan tertentu mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya,
kata Datuk A. Kadir Jasin.
Bekas Penasihat Media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu
mengambil contoh pasangan suami isteri selebriti yang kini menjadi sasaran
kebencian dan kemarahan warga Internet.
Katanya, pasangan suami isteri ini ini memperagakan aspek
fizikal yang kononnya “Islamik” dan dikatakan berjaya dalam kerjaya
masing-masing.
Tidak lama dulu, mereka disanjung dan dipuja sebagai idola,
manusia contoh dan sumber ilham.
”Sejak itu, ketidaksenangan masyarakat terhadap golongan yang
digelar sebagai kayangan, payung kuning, dewa dan dewi ini meledak.
”Kerajaan dilihat sebagai mengamalkan sistem kasta manakala
golongan atasan ini pula, dengan sewenang-wenang, mengambil kesempatan
daripadanya,” katanya.
Dakwanya, hukuman berat dan cepat ke atas rakyat biasa yang
melanggar undang-undang, khususnya berkaitan prosedur operasi standard (SOP)
Covid-19, tetapi melonggar dan melengah-lengahkan tindakan ke atas golongan
dianggap ‘kayangan’.
“Cerita ini bukan mengenai artiste (pelakon), selebriti, orang
gilakan kegemerlapan (glamour) atau yang ketagih sanjungan. Cerita ini
adalah mengenai kebencian orang ramai terhadap kerajaan yang ditunjukkan dalam
pelbagai bentuk dan dengan bermacam-macam cara.
Malah, beliau mendakwa, golongan ulama dan agamawan yang sebelum
ini dihormati kini semakin tidak dipercayai kerana dilihat bersekongkol dengan
kerajaan yang tiada keabsahan.
“Apa yang sedang berlaku sekarang mendedahkan ciri-ciri kasta
dan kelas yang mendalam dalam masyarakat kita.
“Kalau kita tidak berhati-hati, amalan kasta, pilih bulu dan neo feudalisme ini boleh menyemarakkan semula “class struggle” masa lampau,” tegasnya. -MG
Scam vaksin: ‘Wakil syarikat’ disyaki cuba tipu kerajaan Pulau Pinang
-
May 23, 2021 10:38 AM
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menunjukkan surat
tawaran dua juta dos vaksin Covid-19 daripada sebuah syarikat baru-baru ini.
PETALING
JAYA: “Wakil syarikat” Xintai Development Enterprise Ltd yang dipercayai cuba menipu
kerajaan Pulau Pinang dengan menawarkan dua juta dos vaksin jenis Sinovac tidak
wujud, kata Ketua Polis Negeri Sahabudin Abd Manan.
Beliau
berkata, siasatan awal mendapati penulis surat yang menawarkan dua juta dos
vaksin tersebut bukanlah pengarah urusan terbabit seperti yang dinyatakan di
dalam surat berkenaan.
“Penulis
surat tersebut hanyalah ‘wakil’ kepada syarikat Xintai Development yang
dilantik secara lisan sahaja,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Sahabudin
berkata, ketika keterangan diambil, penulis surat itu mengesahkan bahawa
tandatangan pada surat yang dihantar ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang
adalah miliknya.
“Kita akan menghubungi syarikat berkenaan untuk mendapatkan
pengesahan status pendaftaran syarikat itu serta peranan penulis surat yang
membuat tawaran terbabit kepada kerajaan negeri.
“Siasatan masih di peringkat awal. Bebebapa tindakan perlu
diambil, iaitu merakam percakapan saksi daripada pihak syarikat yang berkaitan
serta saksi daripada pejabat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan
pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,” tambah beliau.
Katanya, langkah menghubungi syarikat berkaitan juga perlu
diambil untuk mengesahkan status pendaftaran syarikat itu serta peranan penulis
surat.
“Kertas siasatan akan dihantar ke pejabat Pengarah Pendakwaan
Negeri untuk nasihat dan pandangan selepas semua tindakan siasatan selesai
diambil,” katanya.
Tambah beliau, sehingga kini polis menerima enam laporan polis
oleh beberapa individu yang mewakili beberapa parti politik, termasuk dari pejabat
Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sahabudin berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan yang
dibuat oleh seorang individu pada 19 Mei bersabit kenyataan Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berkata, tawaran
sumbangan vaksin kepada kerajaan Pulau Pinang adalah penipuan.
MKN sah kasino Genting ditutup, Mahfuz selar komen ‘tak tahu’ Ismail
Nora Mahpar - May 23, 2021
Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar menyelar Menteri Kanan
(Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob kerana dilaporkan berkata, beliau ‘tidak
tahu’ kasino di Genting Highlands, Pahang dibenarkan beroperasi sebelum ini.
PETALING
JAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan kasino di Genting Highlands,
Pahang, diarahkan tutup namun Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob
diselar kerana dilaporkan “tidak tahu” ia dibenarkan beroperasi sebelum ini.
Jurucakap
MKN memberitahu FMT bahawa kasino berkenaan sudah ditutup apabila diminta
mengulas laporan portal The Vibes yang memetik Ismail berkata, beliau
mengeluarkan arahan penutupan itu Jumaat lalu.
Dalam
laporan sama, Ismail turut dipetik berkata beliau tidak tahu kasino di Genting
Highlands itu beroperasi sebelum ini.
“Saya
tidak tahu kasino berkenaan beroperasi sebelum ini. Saya telah mengeluarkan
arahan (pada Jumaat lalu) untuk mereka (kasino berkenaan) ditutup,” kata Ismail
dalam laporan itu.
Kenyataan Ismail itu diselar oleh Naib Presiden Amanah, Mahfuz
Omar, yang mendakwa kerajaan mengelak daripada tanggungjawab dengan membenarkan
kasino beroperasi sebelum ini.
“Kerajaan takut dengan persepsi masyarakat untuk menyatakan
perkara sebenar bahawa aktiviti perjudian dibenarkan.
“Sepatutnya beliau (Ismail) jawab terus terang, iaitu tempat
judi boleh dibuka.
“Beliau umpama tidak jujur dan takut untuk berdepan persepsi
masyarakat kerana dalam tempoh PKP, premis jual nombor ramalan juga masih
dibenarkan beroperasi,” kata Mahfuz.
Isu operasi kasino itu menjadi kontroversi susulan sekumpulan
penduduk di Alor Setar, Kedah, dijangkiti Covid-19 selepas pulang bercuti dari
pusat peranginan di Genting Highlands.
Pada 22 April lalu, media melaporkan sekumpulan pelancong dari
Alor Setar dikatakan berkunjung ke Genting Highlands bawah gelembung perjalanan
pelancongan yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Bagaimanapun, apabila pulang dua hari kemudian, sebilangan
mereka mengalami simptom Covid-19.
Pada 7 Mei, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 16 daripada
28 individu berkenaan positif jangkitan wabak itu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan sama ada individu
terbabit dijangkiti di kasino berkenaan.
Selain kasino, terdapat pelbagai kemudahan rekreasi dan pusat
beli-belah di pusat peranginan itu.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan
syarikat pelancongan yang membawa kumpulan pengunjung berkenaan didapati
mematuhi semua garis panduan Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik
yang ditetapkan.
Februari lalu, pengusaha resort dan kasino popular, Resorts
World Genting (RWG) di Genting Highlands mengumumkan pihaknya memperoleh
kebenaran untuk kembali beroperasi dengan SOP lebih ketat, susulan berakhirnya
perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 di semua negeri di Semenanjung dan
Wilayah Persekutuan pada 18 Februari.
Kenaikan jangkitan Covid di Johor perlu tindakan segera kerajaan pusat
Kerajaan Persekutuan perlu memfokuskan isu jangkitan pandemik
Covid 19 di Johor yang semakin meningkat.
Bagi ADUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar, jangkitan terkini sekitar 600 kes baharu sehari wajar dipandang berat oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
"Data terkini menunjukkan berlaku peningkatan jumlah kes sejak beberapa hari lepas, misalnya 224 pada 16 Mei, 391 pada 17 Mei dan 407 pada 18 Mei.
"Perkara ini menuntut dua pelan tindakan dan pelaksanaan segera dilakukan
"Pertama, pembelian, pemerolehan dan pengagihan vaksin secara menyeluruh kepada rakyat Johor dengan keutamaan golongan sasaran seperti frontliners, kakitangan awam dan warga emas.
"Kedua, program saringan besar-besaran secara percuma ke atas bangsa Johor serta mereka yang bermastautin dan bekerja di sini," kata Khuzzan dalam satu kenyataan.
Menurut Penyelaras Parlimen Batu Pahat itu lagi, program vaksinasi Covid di Johor juga lembab dan sukar mencapai sasaran dalam tempoh singkat.
Sehingga 17 Mei, katanya, pemvaksinan di negeri Johor masih di bawah paras 10% iaitu 8.49% (104,263) bagi Dos 1 dan 5.74% (70,488) bagi Dos 2 daripada jumlah pendaftaran keseluruhan 1,227,884 orang.
"Peratusan yang rendah ini menunjukkan kadar proses vaksinasi yang perlahan serta mendedahkan risiko kepada orang awam.
"Ini juga kerana rekod sehingga 18 Mei menunjukkan kadar kebolehjangkitan (rate of trasmission) negeri Johor kini adalah lebih tinggi iaitu 1.11 berbanding kadar negara 1.08.
"Demi keutamaan nyawa dan tahap kesihatan masyarakat, pelaksanaan terutama melibatkan proses saringan dan pemvaksinan wajar disegera dan dipercepatkan kepada bangsa Johor," katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar satu usaha tegas merentas semua pihak termasuklah Kerajaan Negeri dan pembangkang dapat dilakukan untuk membolehkan semua pimpinan duduk semeja dan bersama membentuk penyelesaian terhadap krisis pandemik di negeri Johor demi kepentingan awam.