LAGI LAGI STEVEN SIM...
STEVEN SIM
Hari ini ada orang call kata seorang ayah minta tablet untuk
anaknya di Kampung Bukit Kecil. Ayahnya bekerja sebagai seorang posmen. Anak
empat orang. Paling sulung Tingkatan 1 di BM High School.
Besok sudah start pembelajaran online di rumah, tapi tak ada
peranti. Nak tunggu kerajaan bagi, sudah enam bulan tak mai lagi. Maka ada
kawan suruh dia cuba pohon dekat pejabat saya.
Bila saya dapat tahu perkara ini, saya terus bawa sebuah tablet
Samsung Tab ke rumahnya. Kampung Bukit Kecil berjiran dengan rumah saya. Jalan
kaki pun sampai. Nak pi tolong satu dunia, tapi kalau jiran sendiri tak pi
bantu, tak patut juga.
Sampai kat rumah mereka, ayah tak ada di rumah sebab pergi
kerja. Mereka terkejut saya datang melawat bawa tablet pada hari Ahad. Saya
kata, tak pelik, ayah kamu pun bekerja untuk kita semua pada hari Ahad.
Bila dapat tablet, anak Tingkatan 1 itu, Nabila, begitu gembira
sekali. Dia kata dia pernah jumpa saya semasa di sekolah rendah dulu. Bila
tanya cita-citanya, Nabila jawab: Nak jadi doktor. Sejuk hati mendengar.
Anak-anak Bukit Mertajam semuanya ada cita-cita yang murni. Semoga berjaya
anakku.
Jujur nak kata, saya pun sudah habis dana untuk beli peranti.
Setakat ini kita sudah agihkan 500 buah laptop dan tablet kepada anak-anak di
Bukit Mertajam.
Setiap kali ada orang derma, saya kumpulkan sekaligus borong 10
buah, kadang kala 20 buah; beli banyak taukeh bagi diskaun. Saya akan masukkan
duit sendiri untuk cukupkan jumlahnya kalau tabung tak cukup duit. Asal Cek Mau
Pi Sekolah, saya akan berusaha bersungguh-sungguh.
Saya akan buat order lagi dalam masa terdekat. Kalau kawan-kawan
sudi nak join bersama, bolehlah salurkan sumbangan ke tabung:
Akaun: Maybank
Penama: Akaun Khas Pusat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam
No Akaun: 557090527361
Mana kenyataan polis isu Adun PN didakwa rancang insiden rogol?, soal Najib
May 17, 2021
Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan tindakan polis yang menurutnya tidak serta-merta mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan Adun Perikatan Nasional (PN) “merancang” insiden rogol.
Sedangkan, kata ahli parlimen Pekan itu, polis pantas mengeluarkan kenyataan apabila dia dilapor terlupa mengimbas MySejahtera sebelum masuk restoran.
“Berita Najib lupa scan MySejahtera tular, kenyataan polis terus keluar. Berita Dr Mahathir Mohamad lupa scan, kenyataan, polis serta-merta keluar.
“Sebab itu saya pelik kenapa pihak polis belum sempat keluar apa-apa kenyataan berhubung kes seorang gadis membuat laporan polis untuk dakwa Adun PN rancang insiden rogolnya,” katanya di Facebook hari ini.
Najib merujuk dakwaan seorang wanita yang mendakwa dirogol kenalan kepada Adun Gombak Setia, Hilman Idham.
Wanita itu mendakwa ahli politik dari Bersatu berkenaan merancang insiden yang berlaku pada 5 Dis lalu.
Menurut laporan polis pada 8 Mei, mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Selangor, yang pada masa itu berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
“Mereka nyanyi dalam bilik VIP KTV di hotel sampai awal pagi walaupun KTV tidak dibenar beroperasi semasa PKPB dilaksanakan masa itu.
“Mangsa juga sahkan klip video CCTV menunjukkan mereka masuk bilik hotel yang telah tular adalah sahih.
“Tapi belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis sehingga kini,” kata Najib.
Untuk rekod, pada 7 Mei, Najib didenda RM3,000 kerana tidak mengimbas suhu dan MySejahtera sebelum menjamu selera di sebuah kedai nasi ayam di Kuala Lumpur.
Sementara Mahathir dituduh melakukan kesalahan serupa ketika menghadiri majlis di Langkawi pada 8 Mei.
“Ramai tertanya-tanya adakah kes rogol tak sama penting dengan kes lupa scan MySejahtera? Mohon ada update.
“Update juga perkembangan kes suami dan anak-anak seseorang VVIP itu yang didakwa menerima hampir RM700 juta dari Jho Low untuk disimpan di akaun bank negara jiran. Kenyataan polis dikeluarkan pada awal Mac tapi masih tiada update setelah tempoh 2 1/2 bulan berlalu,” katanya.
Panas! Penasihat Muhyiddin bagi amaran, kemarahan rakyat kepada kerajaan PN semakin meningkat
May 17, 2021
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diingatkan ‘orang sekelilingnya’ termasuk beberapa menteri mengenai kemarahan rakyat yang semakin meningkat, dengan harapan kerajaan akan menggunakan strategi komunikasi yang lebih baik untuk meredakan ketegangan, menurut sumber.
Bercakap kepada FMT, dua orang dalam parti Bersatu itu berkata, kerajaan gagal berkomunikasi secara berkesan dengan rakyat, bergantung hanya pada data dan bukan kisah sebenar mengenai rakyat yang menderita Covid-19.
“Ada beberapa kebenaran yang sukar yang perlu diketahui oleh perdana menteri. Kami telah sampaikan mesej itu. Sekiranya mereka tidak ambil perhatian, kerajaan mungkin tidak dapat melawan kemarahan itu,” kata seorang sumber.
Sumber itu berkata, kebanyakan pemimpin menyedari mereka mungkin sudah terlambat untuk meredakan kemarahan tetapi “masih ada harapan kerana kita (kerajaan) tidak mahu adakan pilihan raya umum pada tahun ini”.
Katanya, beberapa ahli parti tidak senang dengan cara kerajaan mentadbir negara.
Tersekat dalam tekanan
“Kita seperti menyerah kepada semua orang tanpa memikirkan akibatnya. Kami tidak gembira apabila bazar Ramadan dibenarkan dibuka. Kita tersekat dalam tekanan, tidak mahu menyusahkan para peniaga, dengan harapan akan mendapat sokongan,” katanya.
Hasilnya adalah bazar menjadi salah satu sebab utama peningkatan jumlah kes Covid-19, dengan jangkitan harian seluruh negara mencapai 4,000 angka selama beberapa hari.
Beliau berkata, kerajaan tidak boleh terlalu bergantung pada analisis data yang digunakan oleh pakar untuk mengukur sentimen rakyat.
“Ya, kita memerlukan data dan analisis, tetapi kita memerlukan strategi komunikasi yang lebih baik. Kita gagal dengan cara kita berkomunikasi terhadap rakyat,” kata sumber itu.
Sumber itu berkata, tumpuan kerajaan kini berada pada perkembangan positif kerana kerajaan sudah mempunyai vaksin, boleh mengawal Covid-19, mengikut SOP, tetapi mereka tidak menunjukkan gambaran sebenarnya.
Beri gambaran sebenar mengenai penderitaan rakyat
Menurut sumber itu, rakyat harus diberitahu tentang penderitaan mereka yang diberi rawatan intensif, dan mengenai ibu hamil atau bayi yang mati kerana Covid-19.
“Rakyat perlu melihat dan mengetahui perkara ini. Beberapa data sedemikian mesti disediakan setiap hari. Hanya dengan itu rakyat akan mengetahui gambaran sebenar,” menurut sumber.
Tambahnya, berita seperti itu tidak disampaikan, sehingga kerajaan disindir kerana melaksanakan perintah darurat di seluruh negara dan kerajaan hanya memberikan sejumlah angka kematian yang masih belum dapat disedari rakyat yang masih memandang ringan terhadap virus.
Malaysia melaporkan jumlah tertinggi iaitu 44 kematian pada dua hari lalu.
Seorang lagi sumber dalaman parti Bersatu berkata, pegawai sekeliling perdana menteri telah diberitahu terdapat kemarahan yang memuncak mengenai “dwistandard” yang diamalkan oleh kerajaan.
“Lebih daripada PKP yang sedang berjalan, rakyat marah dengan dwistandard. Amalan seperti ini harus dihentikan dan pembangkang akan cenderung menggunakan isu ini ketika pilihan raya,” katanya kepada FMT.
Di media sosial, tanda pagar #KerajaanGagal menjadi trend sejak pertengahan April.
Buat perubahan atau kalah pada pilihan raya
Sumber itu berkata, Muhyiddin telah diberitahu polis mesti menyiasat sesiapa sahaja, termasuk menteri dan timbalan menteri, jika mereka melanggar peraturan.
Kata sumber, ahli parti juga memberitahu perdana menteri untuk tidak mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini “kerana kita cenderung untuk kalah”.
Perdana menteri telah dimaklumkan bahawa rakyat mahukan keselamatan pekerjaan dan peningkatan ekonomi, kata sumber itu.
“Kita hanya dapat memenangkan hati dan fikiran rakyat jika perubahan ini dilakukan atau mungkin sudah terlambat untuk kita menang ketika pilihan raya diadakan,” tambahnya.
Kerana ego, tindakan lembab PN, kita mungkin berdepan PKP 3.0 lebih lama, kata Najib
PETALING JAYA: Rakyat mungkin berdepan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 lebih lama berbanding sebelum ini hasil daripada keegoan dan tindakan lembab Putrajaya untuk menutup sekolah lebih awal, kata Najib Razak.
Bekas perdana menteri dalam catatan di Facebook berkata, tanda awal penularan Covid-19 semakin parah jelas kelihatan pada awal April apabila kadar kebolehjangkitan sudah melepasi paras neutral 1.00.
Bagaimanapun, katanya, menteri Perikatan Nasional (PN) masih tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengawal penularan walaupun pada 26 April, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mendedahkan lebih 23,000 murid dijangkiti virus itu sejak sekolah dibuka semula selepas PKP 2.0 tamat.
Malah, Najib berkata, sebulan sebelum raya, negara sudah mencatatkan sekitar 20,000 kes baharu dalam tempoh seminggu, bagaimanapun ia masih tidak membuka mata kerajaan pusat untuk mengambil sebarang tindakan proaktif.
“Lebih sebulan sebelum raya, tak mahu buat. Dah masuk raya je, dorang baru buat. Hasil dari ego dan tindakan lembab kerajaan, seluruh negara menghadapi PKP 3.0 yang mungkin jauh lebih lama tempohnya berbanding PKP 1.0 dan PKP 2.0,” katanya.
Najib berkata, walaupun kerajaan belum mengakui kluster pendidikan sebagai punca utama penularan lebih teruk ketika PKP 3.0, beliau yakin ia antara pencetus utama Covid-19 menular begitu pantas dalam komuniti.
“Begitu jelas dan logik tapi menteri PN buat-buat tak tahu. Mana mungkin 23,000 murid yang disahkan positif bukan satu risiko penularan yang besar?
“Akhirnya sebulan kemudian selepas tanda awal jelas kelihatan, kerajaan umum PKP 3.0 secara menyeluruh pada 10 Mei dan akhirnya sekolah ditutup untuk beralih ke ‘online learning’,” katanya.
EKORAN KENYATAAN PM BELANJA 600 BILLION. KEMANA DAN DIMANA MENGUNTUNGKAN RAKYAT ?
Muhyiddin, mengapa peruntukan besar tidak untungkan rakyat? Guan Eng
Pada oleh PENTADBIR
Oleh Ghafar NS
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan bagaimana RM5 bilion yang “dijarah” dari tabung Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk Program Imunisasi Kebangsaan dan RM622 bilion melalui pakej rangsangan ekonomi dan Belanjawan 2021 dibelanjakan?
Ini kerana, kadar vaksinasi Malaysia kini masih rendah berbanding Indonesia, malah tidak ada pemulihan ekonomi yang mampan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam (16 Mei 2021) turut bertanya, berapa banyak lagi PKP yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia akibat sikap keras kepala dan kegagalan Perikatan Nasional (PN) untuk menguruskan krisis Covid-19 serta berhenti daripada membuat dasar yang berubah-ubah?
“Menggunakan dana KWAN adalah tindakan tidak jujur PN, kerana Belanjawan 2021 tidak pernah mendedahkan perkara ini apabila ia diluluskan oleh Parlimen.
“Walaupun menggunakan RM5 bilion dari KWAN, kadar vaksinasi masih rendah dengan hanya 2.3% penduduk menerima 2 dos penuh vaksin,” kata Guan Eng yang juga merupakan ahli Parlimen Bagan.
Menurut Guan Eng, prestasi Malaysia lebih buruk berbanding Indonesia yang mencatatkan kadar vaksinasi 4.2%, sedangkan penduduknya lebih besar.
Kini katanya, dengan kelemahan kerajaan menguruskan krisis ini, tidak hairanlah apabila Indonesia menggunakan Malaysia sebagai contoh yang menyedihkan untuk memberi amaran kepada rakyatnya agar tidak mengikut Malaysia dalam kegagalan mematuhi SOP Covid-19.
“Rakyat Malaysia juga berhak tahu bagaimanakah RM622 bilion yang disebut dalam Belanjawan 2021 itu digunakan bagi memulihkan ekonomi negara, dan sepatutnya manfaat RM20,000 dirasai oleh setiap seorang daripada 30 juta rakyat Malaysia,” tegas Guan Eng.
Menurutnya lagi, PN perlu menjelaskan sepenuhnya bagaimana peruntukan sebegitu besar tidak menguntungkan rakyat Malaysia untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan, dan mata pencarian ekonomi mereka, terutamanya bagi sektor runcit dan borong, pembinaan, dan yang pasti sektor pelancongan serta perhotelan.
APA PUNYA MANGKAQ...SATAY PUNYA HAL LANGGAR PKP
ADUN Pas langgar PKP sebab satay
May 17 , 2021
Adun Chukai Hanafiah Mat yang dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP), menjelaskan dia hanya berbuat demikian selepas menerima permintaan seorang wanita bahawa anaknya mahu makan sate pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dalam rakaman video yang dimuat naik di laman Facebooknya, Hanafiah yang juga exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata susulan itu, dia menyediakan sendiri hidangan tersebut dan menghatar ke rumah mereka.
“Saya reda dengan kompaun dikeluarkan polis namun kalau kita lihat peristiwa ini, pada pagi raya seorang ibu sambil menangis menelefon saya dan kata anaknya yang sudah kematian bapa, terasa nak makan sate di hari raya.
“Lalu saya bakar sate selepas sembahyang raya, sebanyak 30 hingga 40 batang, bungkus sendiri dan hantar ke rumah mereka.
“Saya lihat mereka sangat sedih (pada) hari bahagia ini. Orang kampung makan sate, keliling rumah (jiran) makan sate, tapi mereka tak dapat makan,” katanya, menjelaskan dia turut membuat sumbangan itu kepada beberapa rumah.
“Saya tak (masuk) dalam rumah, sekadar beri di tangga – sate, kuih dan sedikit duit raya untuk anak mereka. Itu saja yang saya lakukan tetapi kerana ini (melibatkan) SOP, saya reda,” katanya lagi.
Menurut Bernama hari ini, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata Hanafiah dikenakan denda selepas didapati membuat kunjungan ke beberapa rumah pada 1 Syawal lalu.
Perkara itu juga tular di media sosial.
Menurut laporan itu, kompaun dikenakan selepas Hanafiah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman malam tadi.
Dia menjadi exco Terengganu kedua yang dikenakan kompuan, selepas Exco Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Dr Azman Ibrahim yang dikenakan denda yang sama pada Jumaat lalu.
Dakwaan dirogol rakan ADUN: Polis panggil wanita beri keterangan Rabu ini
PETALING JAYA: Wanita yang mendakwa dirogol dua kenalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham, pada Disember tahun lalu, dipanggil polis untuk memberi keterangan Rabu ini.
Perkara itu disahkan peguamnya, Asheeq Ali Sethi Alivi.
“Polis sudah menghubungi anak guam saya untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Rabu ini,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kelewatan siasatan laporan polis berhubung kes rogol didakwa membabitkan dua rakan Hilman yang dibuat mangsa berusia 33 tahun.
“Berita Najib lupa imbas MySejahtera tular, kenyataan polis terus keluar. Berita Dr Mahathir (Mohamad) lupa imbas, kenyataan polis serta-merta keluar.
“Sebab itu saya pelik kenapa pihak polis belum sempat keluar apa-apa kenyataan berhubung kes seorang gadis membuat laporan polis untuk dakwa ADUN Perikatan Nasional rancang insiden rogolnya. Mangsa rogol tersebut dakwa mereka minum arak bersama-sama di lobi hotel,” katanya.
Malah, Najib mendakwa ADUN bersama rakannya melanggar SOP perintah kawalan pergerakan dengan berkaraoke hingga awal pagi walaupun KTV tidak dibenar beroperasi ketika itu.
“Mangsa juga sahkan klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka masuk bilik hotel yang telah tular adalah sahih.
“Tapi belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis sehingga kini. ADUN terbabit juga tak memberi sebarang komen,” katanya.
Awal Mei lalu, seorang wanita berusia 33 tahun mendakwa dirogol pada Disember tahun lalu dan menamakan dua kenalan ADUN Gombak Setia itu dalam laporan polis dibuatnya berhubung kejadian itu.
Seorang daripada mereka ialah pemimpin bahagian parti PN manakala seorang lagi dikatakan sebagai kenalan lama Hilman.
Laporan polis itu didedahkan bekas pemimpin Umno, Lokman Adam.
Berdasarkan laporan polis, mangsa mendakwa dijemput Hilman ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk meraikan ulang tahun kelahiran bersama kenalan rapatnya dan dua rakan wanita lain pada 4 Dis 2020.
Pada 9 Mei lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol.
Annuar Musa wajar contohi kerajaan negeri Selangor, lakukan ujian saringan percuma
Pada oleh PENTADBIR
Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa digesa mengadakan program saringan komuniti bersasar secara percuma berikutan peningkatan mendadak kes positif baharu di Kuala Lumpur.
Program saringan ini juga akan dapat mengenal pasti mereka yang berkemungkinan menjadi ‘pembawa senyap’ (silent carriers) virus Covid-19, iaitu orang yang positif tetapi tidak mempunyai sebarang simptom serta berisiko menjangkiti individu lain. Lebih 300 kes positif baharu sehari dicatatkan di Kuala Lumpur selama tiga hari berturut-turut bermula 14 Mei hingga 16 Mei 2021.
Ini sepatutnya membuka mata Menteri supaya bertindak lebih agresif dan melaksanakan pendekatan baharu untuk mengurangkan jumlah kes.
Menteri Wilayah Persekutuan harus mengambil iktibar dan mencontohi Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya mengesan hampir 80% individu berumur di antara 20 dan 40 tahun yang didapati positif tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom menerusi program saringan pada 8 hingga 11 Mei yang lepas.
Kami, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedia membantu Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) untuk membuat hebahan mengenai program saringan komuniti bersasar ini kepada penduduk dalam kawasan Parlimen masing-masing supaya kita sama-sama dapat mengawal penularan wabak Covid-19 dan seterusnya mengurangkan jumlah kes.
Bagi memastikan kejayaan program ini, KWP perlu bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan yang mempunyai bidang kuasa untuk membolehkan keupayaan dan fasiliti makmal hospital milik Kerajaan atau mana-mana makmal yang dikhaskan untuk melakukan ujian makmal dipertingkatkan segera.
Ini penting untuk mengenal pasti varian baharu secara lebih berkesan dan lebih cekap serta menghasilkan keputusan dengan lebih pantas.
Dengan peningkatan kes positif baharu dan jumlah kematian yang semakin tinggi setiap hari, beberapa faktor seperti jumlah kakitangan dan sukarelawan perubatan, penyediaan peralatan yang mencukupi, capaian internet serta lokasi yang sesuai perlu diambil kira oleh Kementerian Kesihatan sebelum program saringan komuniti bersasar ini dijalankan.
Tan Kok Wai
Ahli Parlimen Cheras
Fong Kui Lun
Ahli Parlimen Bukit Bintang
Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh
Dr Tan Yee Kew
Ahli Parlimen Wangsa Maju
Fahmi Fadzil
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Nik Nazmi Nik Ahmad
Ahli Parlimen Setiawangsa
P. Prabakaran
Ahli Parlimen Batu
Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Kepong
Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut
HENTIKAN DASAR PEMBERSIHAN ETNIK ISRAEL
Hentikan dasar pembersihan etnik Israel
Ahli-ahli Parlimen Malaysia tanpa mengira parti menyeru agar keganasan Istael di bumi Palestin segera dihentikan.
Menurut jurucakap kumpulan Ahli Parlimen itu, Syed Ibrahim Syed Noh, keganasan Zinonis yang membunuh ratusan kanak-kanak dan wanita serta mencederakan ribuan yang lain tidak boleh dibiarkan berlarutan.
“Israel langsung tiada rasa hormat atau menangguhkan serangan meskipun pada hari-hari akhir Ramadan dan perayaan Eid. Rejim Israel mesti memikul tanggungjawab penuh atas kemerosotan konflik ini. Dunia tidak boleh menutup mata terhadap kebiadapan ini berulang kali.
“Isu utama nyawa rakyat, kemanusiaan, demokrasi dan kebebasan untuk rakyat dipertaruhkan.
“Namun apa yang mengecewakan kita ialah pengusiran dari rumah rakyat Palestin di Jerusalem yang merupakan tindakan tidak bermoral.
“Kesatuan Eropah (E.U.) mengatakan secara terang-terangan tindakan berkenaan melanggar undang-undang antarabangsa, manakala P.B.B. menyifatkan ia sebagai kemungkinan jenayah perang, dan oleh itu ia dilihat sebagai sebahagian daripada strategi untuk membatasi jumlah penduduk Palestin di Jerusalem dan meningkatkan jumlah orang Yahudi,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Ledang itu berkata tindakan terbaharu Israel dengan mengepung dan mengusir penduduk Palestin di negara haram Yahudi sebagai meneruskan pembersihan etnik yang berlaku sejak wujudnya entiti Israel lebih 7 dekad lalu
Keganasan Apartid Israel itu, katanya, berlaku ke atas komuniti campuran Yahudi dan Arab yang bakal mewujudkan satu lagi konflik yang panjang.
Begitu juga serangan ke atas al Quds pada Ramadan lalu, yang menurut Syed Ibrahim membangkitkan kemarahan umat Islam sedunia.
“Serangan terhadap Masjid Al-Aqsa dan para jemaah pada bulan suci Ramadan tanpa diprovokasi jelas dilakukan untuk membangkitkan tindak balas rakyat Palestin bagi mempertahankan diri.
“Ini menunjukkan bagaimana Israel bermusuhan tanpa kisah atau hormat terhadap agama, atau tekanan masyarakat antarabangsa.
“Perbuatan sedemikian menandakan sifat angkuh dan kejam Israel. Ia wajib dibawa ke muka pengadilan dan dihukum,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Ahli-ahli Parlimen Malaysia menuntut masyarakat dunia melakukan beberapa perkara bagi mengekang keganasan Israel:
- Mengutuk dan menghentikan pencerobohan dan serangan yang tidak diprovokasi terhadap Palestin sama ada di Jerusalem, Gaza,
Tebing Barat dan wilayah-wilayah lain yang diduduki - Mengutuk dan menghentikan pendudukan dan peminggiran paksa oleh Israel terhadap rakyat Palestin kerana melanggar hak asasi manusia
sejagat, khususnya Resolusi Majlis Keselamatan PBB 476, 478 dan 2334. - Masyarakat antarabangsa, terutama P.B.B. dan agensinya, serta Negara Anggota, harus bertindak untuk mencegah dan menghukum tindakan apartid Israel
- Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan kesatuan parlimen serantau perlu menerima resolusi mengutuk pencerobohan Israel, menghentikan serangan dan melindungi nyawa dan hak rakyat Palestin
- Tindakan dan restu Amerika Syarikat (AS) di atas kejahatan Israel terhadap rakyat Palestin mesti dikutuk dan dinilai semula selaras dengan rang undang-undang di Kongres A.S. yang bertujuan untuk mengakhiri keterlibatan A.S. atas pelanggaran hak asasi manusia
Israel. - Kerajaan Malaysia mesti menunjukkan kecaman yang lebih keras terhadap penindasan Israel terhadap hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri, keadilan dan kebebasan dengan mendesak organisasi seperti OIC, Liga Arab dan PBB mengambil tindakan lebih bermakna melindungi rakyat Palestin
- Kerajaan Malaysia sebagai pendokong kuat keadilan dan kedamaian harus bersedia untuk menghantar utusan perdamaian ke Gaza
- Perdana Menteri mesti menasihati Yang Di-Pertuan Agong memanggil sidang khas Parlimen untuk membawa usul mengutuk Israel dan mengemukakan syor-syor kepada Dewan Rakyat.
- Ahli Parlimen mesti bertindak mendedahkan kekejaman oleh Israel dengan mendesak Parlimen dan pemerintah untuk (a) menamatkan
semua kerjasama dan perdagangan keselamatan ketenteraan (dana tentera dalam kes AS) dengan apartid Israel dan rejim penindasan yang
serupa di seluruh dunia, (b) melarang semua barang / perkhidmatan syarikat yang beroperasi di penempatan penjajah haram Israel; dan (c)
menuntut penyiasatan PBB terhadap apartid Israel. - Boikot produk / perkhidmatan dan gerakan tekanan institusi untuk melupuskan kerjasama dengan syarikat dan bank Israel serta antarabangsa yang terlibat dalam jenayah perang Israel dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Penyelesaian dua negara cadangan Muhyiddin khianati Palestin
PENYELESAIAN DUA NEGARA CADANGAN MUHYIDDIN KHIANATI PALESTIN
Oleh: Redzuan RF8 Media
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, tindakan Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin menyokong penyelesaian konflik Israel – Palestin melalui jalan rundingan dua negara (Two-State-Solution) baru-baru ini merupakan tindakan khianat terhadap rakyat Palestin.
Kerajaan Malaysia, katanya, tidak wajar mengiktiraf kewujudan Israel melalui solusi penyelesaian berkenaan.
“Kerajaan Malaysia tidak seharusnya menyokong langkah ini kerana penyelesaian melalui rundingan dua negara ibarat Malaysia mengiktiraf kewujudan negara Israel.
“Sebaliknya kerajaan perlu memberikan sokongan padu ke arah penubuhan negara Palestin dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel menceroboh tanah milik Palestin,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Di samping itu, Syed Badli juga menyarankan agar dunia Islam yang kelihatan berpecah hari ini agar bersatu menyokong perjuangan rakyat Palestin mendesak Israel menghentikan penjajahan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat serta kembali ke meja rundingan.
“Dunia Islam perlu bangkit bersatu dalam satu nada, memberikan sokongan padu kepada Palestin demi mengangkat kembali pengiktirafan terhadap penubuhan negara Palestin sekaligus menggesa Israel berundur dari bumi Palestin.
“Justeru itu saya menggesa kerajaan segera memanggil sidang khas Parlimen bagi meluluskan usul tergempar menyokong penubuhkan negara Palestin,” katanya lagi.
MAHIADDIN DITERTAWAKAN, CUMA MAMPU HANTAR PELITUP MUKA KETIKA PERTEMPURAN MELETUS DI PALESTIN
Seorang pengguna media sosial wanita telah membuat satu video pendek mentertawakan Perdana Menteri, Mahiadddin Md. Yassin kerana menyumbangkan 1 juta pelitup muka kepada Palestin.
Pada mulanya beliau menyangka laporan itu adalah berita palsu memandangkan di Palestin ketika ini sedang berlaku pertempuran antara rakyat Palestin dengan zionis Yahudi.
Tetapi, setelah memeriksanya dan mendapati ia berita yang sahih, beliau terus ketawa terbahak-bahak.
“Ya Rabbi, buat apa wei pelitup muka…aku tak faham betul la…
“Ingat hantar bom ke, apa ke atau bantuan perubatan ke…,” katanya sambil ketawa lagi.
Video Player
00:00
01:38
Menurut beliau, penghantaran 1 juta pelitup muka, 500 ribu pelindung muka dan 500 ribu sarung tangan getah ke Palestin seperti yang diumumkan Perdana Perdana Menteri ketika rakyat negara itu bertempur dengan zionis Yahudi adalah berita paling lawak sekali.
“Kerajaan apalah yang kita ada ini…
“Paling lawak sekali drama PM, face mask juga yang nak dibantu.
“Mereka bom pun tak takut, nak buat apa dengan pelitup muka tu? ” tambah wanita itu meneruskan lagi ketawanya.
Beliau kemudian mengakhiri dengan kata-kata – Buat malu betullah kerajaan kita ni…
Sebelum ini pun sebenarnya ramai yang memperlekehkan Mahiaddin berikutan pengumuman bantuan yang diumumkan Mahiaddin itu.
Mengumumkan bantuan untuk melawan Covid19 kepada rakyat Palestin di ketika mereka sedang bertempur mempertahankan tanahair dengan mempertaruhkan nyawa melawan zionis Yahudi, malah sudah ratusan terkorban serta ribuan yang cedera, memang ternampak tidak sesuai dan kurang kena.
Yang diperlukan mereka, kalau pun tidak mampu menghantar senjata, setidak-tidaknya adalah bantuan perubatan atau beberapa juta ringgit bantuan kewangan.
Dalam hujan peluru dan bom di sana sini, untuk apa pelitup muka, pelindung muka dan sarung tangan buat warga Palestin?
Yang nyata di sini, semua ini adalah gambaran jelas ketidakmampuan total Mahiaddin sebagai seorang ketua kerajaan bagi Malaysia.
Beliau bukan saja tidak mampu memikir bantuan yang wajar bagi rakyat Palestin atas kapasiti sebagai seorang pemimpin Islam terhadap rakan seagama yang ditimpa musibah, lebih daripada itu ia juga memperlihatkan sedang kontangnya dana negara sehingga bantuan apa pun tidak mampu diberikan kepada negara lain.
Selain memberi pertolongan kepada rakyat sendiri seperti bantuan kewangan dan melanjutkan moratorium juga tidak mampu, meskipun dalam fasa PKP 3.0 sedang berlangsung sekarang, lebih malang lagi untuk membantu negara lain pun sudah hilang keupayaannya.
Sampai bila kita harus dimalukan dengan ada Perdana Menteri sebegini?\
(ShahbudinHusin 17/05/2021)
Najib kata kerjasama dengan Anwar tak mustahil berlaku
May 17, 2021
Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak kemungkinan beliau akan bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim pada masa depan.
“Seperti yang anda tahu, ada istilah, ‘dalam politik tiada kawan atau musuh kekal’. Saya percaya istilah ini benar, dan ia juga merujuk kepada pihak sebelah sana,” kata Najib tanpa menghurai lanjut. .
“Anda bertanya saya mengenai persoalan ini, tetapi (hakikat ialah) siapa yang jangkakan Dr Mahathir (Mohamad) dan Anwar akan bergabung. Ini sesuatu yang tidak dapat dibayangkan, (begitu juga) dengan Mahathir menerima DAP dalam kerajaan (Pakatan Harapan).
Sumbangan untuk Pal3stin : Netizen kecam kenyataan Nik Abduh
May 17, 2021
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menerima kritikan setelah mencadangkan kalangan yang menderma kepada tabung Palestin untuk tidak “bertanya hal yang sukar” berkenaan sama ada sumbangan mereka sampai ke pihak yang ditujukan atau tidak.
Dalam hantaran Facebook bertajuk “Derma tak sampai Palestin?“, Nik Abduh berkata perkara paling utama adalah keikhlasan dalam memberi sumbangan.
“Apabila wang anda berpindah daripada tangan anda ke tabung Palestin, Allah menerimanya. Pada tahap tahap mana ikhlas dan takwa anda, Allah menerimanya untuk anda sebagai pahala jihad di akhirat nanti.
“Lalu Allah memelihara Palestin dengan keikhlasan anda, bukan dengan wang anda.
“Jangan sibukkan diri bertanya hal yang sukar. Palestin bumi jihad dan perang. Rukunnya, lakukan dan jangan cakap banyak,” katanya.
Pandangan itu dibantah sejumlah pengguna Facebook di ruangan komen.
“Jika yang lafazkan (perkara) ini ialah pihak yang menderma, mungkin boleh diterima. Tetapi jika (daripada) pihak yang melancarkan derma, agak kurang sesuai.
“Nanti ada scammer yang ambil kesempatan gunakan ayat yang sama dan jadi normalisasi (kebiasaan) pula,” kata individu bernama Afyan Mat Rawi.
Penggguna Facebook bernama Syarif Hasbullah pula berkata: “Rakyat Malaysia bersedekah nak dua perkara – manfaat pada diri dan juga manfaat pada rakyat Palestin. Bukan untuk orang yang kutip derma.”
Pengguna bernama Muslim bin Azman pula mempersoalkan sama ada adilkah jika wang sumbangan, terutama jika melibatkan jumlah yang besar, tidak sampai kepada mereka yang memerlukan.
Ada juga yang membalasnya secara menyindir, seperti Ibnu Ahmad yang berkata dia juga ingin memulakan tabung dana untuk Palestin.
“Jangan tanya saya salur atau tidak duit itu. Keikhlasan tuan-tuan yang akan membantu kemenangan,” katanya.
Pertempuran terbaru antara pihak Palestin dan Israel tercetus selepas polis Israel melancarkan serangan di kawasan Masjlid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Israel melakukan ratusan serangan udara di Gaza, manakala Hamas dan kumpulan pejuang Palestin yang lain membalas dengan melepaskan roket ke arah Israel.
Setakat ini, dilaporkan sekurang-kurangnya 139 telah meninggal dunia di Gaza, termasuk 39 kanak-kanak. Israel pula melaporkan 10 kematian.
Dengan perkembangan ini, PAS dengan kerjasama kira-kira 40 NGO melancarkan tabung #Aid4Palestine dengan matlamat meraih RM1 juta untuk Palestin.
Penubuhan tabung dan sekretariat diumumkan oleh presiden PAS yang juga duta khas ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang. Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi – yang juga anak kepada presiden PAS itu – dilantik sebagai pengerusi.
Setiausaha PAS Takiyuddin Hassan juga mengeluarkan arahan agar semua peringkat parti menggerakkan kempen meraih dana yang akan disalurkan ke “Tabung Kemanusiaan PAS Relief” di bawah seliaan parti itu.