VIDEO PENGHORMATAN DIRAIH, BUKAN DITUNTUT
“SOP yang ditetapkan bukanlah suatu yang sengaja dibuat untuk menyusahkan tetapi untuk memastikan rakyat boleh terus hidup seperti biasa namun dalam keadaan selamat.
“Sungguh bulan puasa bukan sahaja kita tidak minum dan makan tetapi juga kita berpuasa dari berkata yang tidak baik dan menulis yang bukan-bukan,” tegasnya.
VIDEO BENARKAH DANA KWAN UNTUK BELI VAKSIN?
Namun apa yang lebih mengejutkan ialah pendedahan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abdul Samad mengenai ke mana sebenarnya perginya dana KWAN sebanyak RM5 bilion itu.
Khalid berkata dana KWAN adalah hasil petroleum yang mungkin akan pupus beberapa tahun lagi.
UNDI DAP LAGI BAIK...JUDI KURANG
Undi DAP jauh lebih baik dari undi PAS..DAP kurangkan Judi, PAS tambah Judi..
HARI RAYA AIDIL FITRI BAWAH KERAJAAN MELAYU ISLE KONONNYA
Kerajaan melayu isle konon...rampas kjaan kononnya utk penyatuan
melayu konon.
Akhirnya Allah tunjukkan. Bukan setakat penyatuan sesama melayu
gagal, bahkan hubungan di antara anak dgn mak ayah serta adik beradik jadi
renggang...tak boleh bertemu waktu raya seperti dulu...
Berbaloikah rampas mandat rakyat?
Kerajaan lemah dan gagal ini tidak akan berdiri sekarang
sekiranya Umno dan Pas tidak bantu. So, rakyat harus sedar bahawa tangan2 umno
dan Pas turut menyumbang kehancuran negara sekarang. Benci kpd Dap hanyalah
cerita dongeng untuk memperbodohkan rakyat. Semua salah Dap, Dap anti melayu
Islam kononnya, tapi mereka dengan sengaja luluskan penambahan cabutan judi
dari 8 kali di era kjaan PH kepada 22 kali balik semula seperti di era kjaan
Najib dulu. Dap kah punya kerja?
Kamu semua telah memperbodohkan rakyat kononnya kamu tidak suka
kjaan PN, tetapi kamu juga telah menongkat mereka. Sampai bila mahu menipu
penyokong2 kamu?
WFAUZDIN NS
ATOK PANDAI AMBIL KESEMPATAN
KAK IDA ABDULLAH
Sebelum PRU14, dengan berani, tersusun dan displin Rafizi Ramli telah
'create awareness' betapa penting BN dijatuhkan kerana yang terajui BN adalah
pasangan suami isteri nafsu tidak bertepi menggelidah dan mengkuruskan negara.
Maklumat yang disebar melalui bas tournya sangat memberi kesan sehingga Atok
yang diam hibernating pun terus bangun dan dengan penuh hipokrasi menghampiri,
menawan dan menjadi orang utama dalam PH, overshadow semua usaha Anwar, Kak
Wan, Rafizi, PH, dan rakyat dalam menghumban BN pada 2018.
Ketakutan Atok bukan sebab rompakkan Najib tetapi mood rakyat
yang mulai sedar dan berani bertukar demi menghumban BN dari tampuk
pemerintahan puluh tahun lamanya. Atok seorang sahaja lebih 40 tahun pegang
remote control memastikan negara berkembang demi kesejahteraan dan keselamatan
diri, keluarga dan kroni.
Sekarang Atok takut lagi. Atok yang wajib takut dengan Tuhan
apabila berencana sebaliknya takut dengan penolakkan rakyat akan rencananya.
Untuk rakyat menolak secara total tidak cukup dengan maki dan benci. Itu ajaran
Atok kepada rakyat ketika ingin jatuhkan Najib, Anwar, Pak Lah dan skrg
pura-pura pula benci Yiddin.
Benci tidak akan memberi keadilan. Rakyat hanya ingin keadilan
ke atas pesalah sebagaimana hukuman pantas dijatuhkan ke atas rakyat yang
terpaksa mencuri, merasuah, menipu dan sebagainya demi kelangsungan hidup dalam
negara penuh penindasan. Walau apa alasan, sifat² itu tidak harus dipraktikan.
Namun kerana rakyat sendiri menyaksi pemimpin mereka yang sengaja mencuri,
menyeleweng, menipu demi untuk kaya, ada rakyat yang mencontohi demi kelangsungan
hidup sahaja.
Sudah sampai masanya awareness terhadap kebobrokkan Mahathir
diketahui rakyat supaya rakyat dapat menilai dan berfikir dan membuat pilihan
pemimpin yang akan menerajui Malaysia pada PRU15. Malaysia semakin parah. Siapa
sahaja yang ditentukan Mahathir duduk disitu tidak akan membantu malah akan
terus menghancurkan. Mahathir sudah terlalu tua, umurnya mungkin akan terus
panjang melangkaui hidup kita. Itu rezekinya. Tapi jangan sampai rezeki panjang
umurnya menjadi penghalang kepada rezeki kita hidup sejahtera dan harmonis
dalam negara penuh barakah kurniaan Allah ini.
Sudah banyak kerosakkan zaman dia jadi PM, sudah berbilion
hilang diperjudi. Sudah banyak kerugian di zaman Pak Lah, bertambah parah di
zaman Najib dan sekarang semakin longlai di zaman Mahiaddin. Semua ini anak
didik Mahathir yang mempunyai satu matlamat sahaja Anwar Ibrahim
TIDAK boleh diangkat sebagai Perdana Menteri kerana...
BUAT KALI
PERTAMANYA setelah lebih 40 tahun rakyat Malaysia disesatkan pemikiran,
peradaban, pertumbuhan, dikhianati, dinafi, Anwar Ibrahim akan mereformasi
sistem yang dibobrokkan Mahathir sehingga rakyat dapat bangun semula megah
bermaruah dan punya jati diri. Apabila itu terjadi, rakyat berani tetapi
beradab, rakyat berdaya saing tapi berakhlak akan terhasil. Lalu dimanakah
tempat bagi politikus keji?
Rakyat perlu tahu, perlu sedar bahawa Anwar dinafi hanya kerana
punya agenda rakyat di hati. Anwar difitnah berkaitan akhlaknya kerana agenda
penerapan Islam semasa beliau sebagai Menteri dan kemudian Timb. Perdana
Menteri. Apa tuduhan paling berkesan kepada akhlak Anwar selain yang paling
keji? Rasuah tiada, penyelewengan tiada. Maka liwatlah tuduhan paling berkesan
diluar norma amalan masyarakat sopan. Sejak Anwar dituduh sekeji itu, Malaysia
terus terhina dengan pelabagai keburukkan dan sial yang menimpa.
KITA MENGHAMPIRI INDIA JIKA DIAMBIL KIRA JUMLAH PENDUDUK
HAMDAN TAHA
Hampir 5 ribu kes hari ini
Negara dah laksanakan darurat,pkp pkpb,pkpp segala mak nenek
ppppppp
Tapi kes meningkat begitu dasyat,dan kita berada sangat hampir
dengan india jika purata penduduk di ambil kira
Di manakah silapnya kita
Rakyat ke ?
Atau
Cara kerajaan yang salah?
Atau memang ada tangan tangan ajaib tak nak kes menurun dan kes
ini dapat di selesaikan
Kerana jika kes selesai boleh jadi jawatan juga selesai
Kerana kes meningkat tak jumpa jalan turun sangat pelik....
Ada yang jadikan covid sebagai batu loncatan untuk terus
berkuasa
Pm dah tak nak buat pengumuman apa apa ke..lama tak dengar dia
keluar dalam tv...
Kita ni ada ke PM sepi jer
KUTBAH POLITIK. TAPI SEBUT BANGSA ITU INI DAN BUKAN KAH ITU POLITIK NAMANYA?
Mufti Pahang nafi khutbah Jumaat berbaur politik; dakwa DAP nak jadikan Msia republik
PETALING JAYA: Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman, menggunakan khutbah Jumaat bagi menggesa penganut Islam memastikan Malaysia “terus kekal” diperintah bangsa Melayu dan menegaskan “haram hukumnya” jika bukan Melayu menguasai Putrajaya.
Ketika dihubungi FMT, Rahman menolak sebarang andaian khutbah itu berbaur politik atau bersifat diskriminasi terhadap parti politik bukan Melayu seperti DAP.
Sebaliknya, lebih menekankan penyatuan ummah demi kebaikan kaum Melayu dan orang Islam, dan orang bukan Islam, katanya.
Namun, beliau menyifatkan DAP sebagai parti yang berhasrat menjadikan Malaysia sebuah republik dan mahukan “orang Melayu ikut dia”.
Khutbah kedua khas bagi Mei 2021 yang dimuatnaik di laman Jabatan Mufti Pahang (JMP) itu menjangka Malaysia akan menghadapi PRU15 “tidak lama lagi”.
“Oleh itu menjadi kewajipan umat Islam untuk memastikan negara kita terus kekal berada di bawah pemerintahan bangsa Melayu Islam yang memelihara agama Islam dan Raja Berperlembagaan.
“Haram hukumnya jika negara kita diperintah oleh orang bukan Islam,” menurut khutbah kedua khas itu, tanpa huraian lanjut.
Rahman memberitahu FMT bahawa khutbah itu tidak mempunyai sebarang agenda politik, atau cenderung kepada parti pemerintah mahu pun menolak pembangkang.
“Kita sebenarnya tidak ada unsur politik. Selama ini, kita orang Melayu tidak bersatu. Memang agama kita menyuruh umat Islam bersatu, tidak kira PAS, Umno, PKR, Pejuang, Amanah, Bersatu, semua perlu bersatu, (dan) orang Melayu Islam mesti memerintah, kerana negara ini majoriti orang Melayu, tanah Melayu.
“Yang (bangsa) lain bersama menyokong,” katanya.
Rahman berkata apabila negara diterajui pemimpin Islam, ia akan membawa kebaikan untuk semua, termasuk penganut bukan Islam.
“Kalau orang Islam memerintah, kita ada dasar kita, dia akan berfikir cara Islam, bagaimana nak majukan Islam, dan apabila kita majukan Islam, orang bukan Islam akan turut maju. Kita kena faham begitu,” katanya.
Rahman menolak sebarang tanggapan mesej dalam khutbah itu tidak berlaku adil kepada kaum lain.
“Bukan bererti kita cakap begitu, (maka) kita hendak wujud perkauman. Ia tidak benar sama sekali. Kita adil kepada semua bangsa, tak perlu bimbang. Kita tidak nampak akan berlakunya diskriminasi (bila Islam memimpin). Ia tidak akan berlaku ke atas bangsa lain.”
Bagaimanapun beliau mempertikaikan agenda DAP.
“Kita tidak menolak dia (DAP). Tapi kita nampak mereka bukan nak ikut kita. Mereka nak orang Melayu ikut dia, buat dia memerintah, dia nak jadikan sebuah negara republik. Adakah kita (Melayu) nak begitu?” katanya.
Semasa pemerintahannya selama 22 bulan, kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad sering dituduh di bawah telunjuk DAP yang ketika ini mempunyai Ahli Parlimen paling ramai dalam gagasan itu.
DAP juga sering dituduh oleh musuh politiknya sebagai anti-Melayu, namun dakwaan itu dinafikan keras oleh DAP dan parti komponen lain dalam PH.
Kerajaan PH tumbang Febuari tahun lalu apabila Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menarik keluar parti itu daripada PH dan menubuhkan kerajaan baharu dengan sokongan beberapa parti lain, termasuk Umno dan PAS.
Bagaimanapun Umno memutuskan kerjasama politiknya dengan Bersatu, manakala hubungannya dengan PAS, juga dilaporkan rapuh.
Rahman menegaskan khutbah yang diluluskan JMP itu bukan mesej terbuka kepada orang awam.
“Kita nak bercakap kepada orang Melayu dan orang Islam itu sahaja. Kita tak boleh nak politikkan. Kita nak beritahu kepada orang Melayu supaya bersatu itu sahaja. Itu matlamatnya.
“Kita orang Islam, kita mesti memerintah. Kalau tak ada pemahaman begitu, ertinya rosak – orang Melayu akan terjejas, agama sendiri tergadai, umat ini tergadai,” kata beliau.
Penggal kerajaan Perikatan Nasional, hanya berakhir pada Mei 2023, sungguhpun PRU diuar-uarkan pada penghujung tahun ini.
Dr Mahathir akhirnya dedah sebab utama lantik Abdul Hamid Bador sebagai IGP ketika jadi PM dahulu
May 7, 2021
Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya melantik Abdul Hamid Bador sebagai ketua polis negara (IGP) ketika dia menjadi perdana menteri buat kali kedua.
Bekas perdana menteri itu berkata, antara sebab dia membuat pilihan itu adalah kerana yakin Abdul Hamid mempunyai keupayaan untuk memulihkan imej polis yang terpalit dengan penyelewengan dan rasuah.
“Sebelum dia bersara saya jumpa dengan dia…Dia kata dalam polis banyak penyelewengan, banyak rasuah. (Ketika itu) dia orang nombor dua dalam Cawangan Khas (SB), jadi dia sepatutnya dilantik ketua SB, tapi dia tak mahu kerana ada banyak penyelewengan.
“Saya berpendapat tak ramai orang sanggup berhenti awal walaupun ada peluang untuk naik pangkat, (tapi) bila dia buat macam itu saya fikir dia akan jalankan tugas dengan baik.
“Sebab itu walaupun dia junior, walaupun dia sudah bersara saya panggil dia balik untuk jadi IGP,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiapost, malam tadi.
Abdul Hamid dilantik sebagai IGP pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Mohamad Fuzi Harun yang bersara.
Ketika pentadbiran BN, dia yang merupakan timbalan pengarah SB dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, satu keputusan yang didakwanya berkaitan dengan tindakannya menyiasat skandal 1MDB.
Dia kemudian bersara sebelum bertugas semula sebagai pengarah SB selepas PH menang PRU 2018.
Dalam sidang media terakhirnya sebagai IGP pada 3 Mei lalu, Abdul Hamid mengundang perhatian apabila “menyerang” Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan membangkitkan isu campur tangan politik dalam pasukan polis.
Mengulas lanjut, Mahathir memuji Abdul Hamid atas usahanya membanteras penyelewengan dalam polis sepanjang memimpin pasukan itu.
“Selama dia IGP ramai juga pegawai polis kena tangkap kerana rasuah, dulu tak pernah jadi. Ini mungkin tak banyak rasuah (dulu), sekarang kita tahu banyak rasuah,” katanya.
Sementara itu Mahathir menyifatkan campur tangan menteri dalam pentadbiran polis tidak sepatutnya berlaku.
Katanya, menteri dan IGP memang perlu mempunyai hubungan baik tetapi bukan dengan tujuan mengawal pasukan tersebut.
“Jadi, hubungan antara IGP dengan menteri baiklah, dengan syarat menteri jangan salah guna kuasa…dia (Hamzah) nak paksa semua orang dia (yang dipilih) tak bolehlah,” katanya lagi.
Dakwaan Tommy Thomas, Hamid Bador: Presiden UMNO gesa kerajaan tubuhkan RCI segera
Fareez Azman
Mei 7, 2021 02:44 MYT
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesa kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendedahan Bekas Peguam Negara dan Bekas Ketua Polis Negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Perkara itu dimaklumkannya menerusi satu kenyataan media pada Jumaat. Jelas Ahmad Zahid, beliau bersetuju dengan ketetapan Pergerakan Pemuda UMNO berhubung pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting kerajaan itu, adalah amat serius.
"Pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting kerajaan adalah amat serius terutamanya melibatkan campur tangan politik dan rasuah dalam institusi-institusi yang menjadi benteng mempertahankan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara
"Saya akan meminta menteri-menteri yang mewakili UMNO untuk membawa saranan ini kepada kerajaan agar tindakan segera dapat dilakukan," katanya.
Ujar Ahmad Zahid, penubuhan RCI itu harus disegerakan untuk memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi dan sistem yang membentengi kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara.
Sebelum ini Abdul Hamid mendakwa berlaku campur tangan politik dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dakwanya, ia membabitkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Abdul Hamid turut menjelaskan bahawa beliau bersedia untuk dirakam keterangan berhubung pendedahan yang dilakukannya itu.
Dalam pendedahan Tommy pula menerusi bukunya My Story: Justice in the Wilderness mendakwa terdapat campur tangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam badan pengadilan dan kehakiman negara.
Tommy juga dalam penulisannya dilihat memperlekeh dan mendakwa pegawai undang-undang yang berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai terlalu birokratik, makan gaji dan tidak mempunyai komitmen, kompentensi serta semangat melaksanakan tanggungjawab mereka.
PKP 3.0: Pemimpin #KerajaanGagal patut letak jawatan
POSTED BY AMIR WRLR
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Selangor dan kemudian Wilayah Persekutuan menyedarkan rakyat bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal total dalam melawan pandemik Covid 19.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Faezuddin Puad, lebih memeritkan kehidupan rakyat ketika ini, PKP 3.0 memangsakan peniaga kecil-kecilan dan melepaskan sektor peniaga besar terus beroperasi.
"SOP masih juga tak jelas dan caca marba. Peniaga-peniaga kecil tertanya tanya sama ada boleh berniaga atau tidak? Kalau tak boleh berniaga bagaimana dengan tempahan stok yang telah dibuat? Adakah modal hangus begitu saja.
"Inilah nasib peniaga kecil di zaman PN. Sementara itu, pusat beli belah dibenarkan beroperasi?
"Kilang-kilang besar yang mempunyai risiko jangkitan tinggi pula terus diberi jaminan dibenarkan beroperasi.
"Walaupun negara sudah berhadapan dengan wabak Covid-19 lebih setahun dan pelbagai pelaksanaan SOP, namun kelihatannya kerajaan masih terkial-kial seolah-olah tak tahu apa," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Faezuddin, PKP dan darurat tidak menurunkan angka jangkitan Covid 19 jelas mengecewakan rakyat yang telah patuh SOP, apatah lagi yang didenda berpuluh ribu ringgit.
Manakala proses vaksinasi yang perlahan pula menunjukkan seolah-olah kerajaan PN tidak serius dalam menangani masalah kesihatan rakyat.
"Sekarang rakyat mulai sedar pelaksanaan PKP, PKPB, PKPP waima darurat sekalipun telah gagal turunkan kes. Program vaksin lembab. Setakat ini cuma 609,539 orang telah divaksin sebanyak dua dos. Jumlah ini lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Menteri penyelaras program vaksin pula mendakwa vaksin mungkin tak cukup untuk Fasa 3.
"Setelah semuanya kelihatan gagal, sekarang ini satu saja yang rakyat minta iaitu kembalikan semula Parlimen kepada rakyat. Adakan sidang Parlimen seberapa segera yang boleh supaya wakil rakyat dapat menyuarakan masalah, memberikan pandangan dan bertanyakan soalan kepada para menteri. Supaya sistem semak dan imbang itu berjalan," katanya.
Oleh itu, menurut Faezuddin, tidak salah sekiranya rakyat mahu pemimpin kerajaan PN yang gagal meletak jawatan agar tidak lagi
meneruskan kelemahan pentadbiran.
"Manakala pemimpin yang memimpin sebuah #KerajaanGagal wajib meletakkan jawatan," katanya lagi.
KERAJAAN PN GAGAL. KES HAMPIR CECAH 5K
COVID-19: Kes baharu 4,498, lonjakan hampir 1,000 kes
Astro Awani
Mei 7, 2021 01:23 MYT
Selangor terus mendahului jumlah kes tertinggi dengan 1,424 diikuti Sarawak dengan 750 dan Kuala Lumpur dengan 436.
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan angka membimbangkan iaitu sebanyak 4,498 kes.
Kementerian Kesihatan menerusi Twitter memaklumkan, ia merupakan pertambahan hampir 1,000 kes berbanding semalam.
Selangor terus mendahului jumlah kes tertinggi dengan 1,424 kes diikuti Sarawak dengan 750 kes dan Kuala Lumpur dengan 436 kes.
KKM turut memaklumkan terdapat 22 lagi kematian dicatatkan hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Wujudkan semula Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen lantik jawatan penting kerajaan - William
Pelantikan ke jawatan-jawatan utama kerajaan seperti Ketua Polis Negara (KPN), Peguam Negara (AG) dan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya dibuat melalui jawatan Kuasa Pilihan Khas Parlimen.
Menurut bekas Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam, William Leong Jee Keen, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak wajar memansuhkan jawatankuasa yang dipengerusikan beliau, yang boleh berperanan besar bagi mengelakkan campurtangan politik dalam isu perlantikan jawatan kanan kerajaan.
Katanya, situasi yang mana Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin didakwa campurtangan dalam pelantikan pegawai polis baru-baru ini dapat dielakkan sekiranya jawatankuasa Parlimen diberi kuasa untuk memberi syor atau melantik pegawai kerajaan.
"Kita sewaktu Pakatan Harapan memerintah telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen yang mana saya telah menjadi pengerusi. Semua pelantikan jawatan penting dibuat menerusi jawatan kuasa ini supaya kita boleh lihat kepada satu 'check analog'. Kalau pelantikan itu ke atas orang yang sesuai tidak ada masalah
"Jawatankuasa ini boleh mengadakan overside supaya kita boleh sahkan pelantikan itu bersesuaian dan kalau ada masalah maka jawatankuasa boleh minta Perdana Menteri kaji semula lantikan
"Persoalannya sekarang, mengapa kerajaan mansuhkan jawatankuasa ini?" tanya William.
Ahli Parlimen Selayang itu juga mempersoalkan dakwaan campurtangan
menteri melantik 'orang kepercayaan' sebagai pegawai kanan.
Katanya, apa yang dikatakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador adalah benar, bahawa menteri tidak sewajarnya menekan Suruhanjaya Pasukan Polis dalam melantik pegawai tinggi.
"Menteri hanya untuk menentukan hala tuju dan dasar, tidak boleh campur tangan siapa yang boleh dilantik atau tidak. Organisasi akan menjadi kelam kabut. Dalam sistem command mesti hanya ada satu command, tidak boleh ada dua ketua
"Kalau tidak, akan ada masalah mengikut sistem command. Kalau ini berlaku maknanya pegawai-pegawai polis tidak perlu ikut arahan ketua polis. Cari menterilah dan ini sudah jadi politik
"Sekarang jelas bahawa ahli politik, menteri telah campurtangan dalam hal polis. Ini yang dinyatakan oleh ketua polis (tempoh hari)," katanya.
Selain itu, William turut menyentuh isu rakaman suara Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin yang bocor tetapi masih tidak terdengar pihak polis menyiasat perkara itu.
Sebaliknya, kata William, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang dipanggil polis untuk siasatan, kononnya suara mirip Anwar berbicara mengenai Perhimpunan Agung Umno yang menurutnya, tidak menyentuh satu apa pun mengenai rahsia negara atau perlantikan perkhidmatan awam.
DARI PKP KE PKP, KES COVID TAK JUGA REDA
Dari PKP ke PKP, kes Covid tak juga reda
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Selangor dan kemudian Wilayah Persekutuan menyedarkan rakyat bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal total dalam melawan pandemik Covid 19.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Faezuddin Puad, lebih memeritkan kehidupan rakyat ketika ini, PKP 3.0 memangsakan peniaga kecil-kecilan dan melepaskan sektor peniaga besar terus beroperasi.
“SOP masih juga tak jelas dan caca marba. Peniaga-peniaga kecil tertanya tanya sama ada boleh berniaga atau tidak? Kalau tak boleh berniaga bagaimana dengan tempahan stok yang telah dibuat? Adakah modal hangus begitu saja.
“Inilah nasib peniaga kecil di zaman PN. Sementara itu, pusat beli belah dibenarkan beroperasi?
“Kilang-kilang besar yang mempunyai risiko jangkitan tinggi pula terus diberi jaminan dibenarkan beroperasi.
“Walaupun negara sudah berhadapan dengan wabak Covid-19 lebih setahun dan pelbagai pelaksanaan SOP, namun kelihatannya kerajaan masih terkial-kial seolah-olah tak tahu apa,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Faezuddin, PKP dan darurat tidak menurunkan angka jangkitan Covid 19 jelas mengecewakan rakyat yang telah patuh SOP, apatah lagi yang didenda berpuluh ribu ringgit.
Manakala proses vaksinasi yang perlahan pula menunjukkan seolah-olah kerajaan PN tidak serius dalam menangani masalah kesihatan rakyat.
“Sekarang rakyat mulai sedar pelaksanaan PKP, PKPB, PKPP waima darurat sekalipun telah gagal turunkan kes. Program vaksin lembab. Setakat ini cuma 609,539 orang telah divaksin sebanyak dua dos. Jumlah ini lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Menteri penyelaras program vaksin pula mendakwa vaksin mungkin tak cukup untuk Fasa 3.
“Setelah semuanya kelihatan gagal, sekarang ini satu saja yang rakyat minta iaitu kembalikan semula Parlimen kepada rakyat. Adakan sidang Parlimen seberapa segera yang boleh supaya wakil rakyat dapat menyuarakan masalah, memberikan pandangan dan bertanyakan soalan kepada para menteri. Supaya sistem semak dan imbang itu berjalan,” katanya.
Oleh itu, menurut Faezuddin, tidak salah sekiranya rakyat mahu pemimpin kerajaan PN yang gagal meletak jawatan agar tidak lagi meneruskan kelemahan pentadbiran.
“Manakala pemimpin yang memimpin sebuah #KerajaanGagal wajib meletakkan jawatan,” katanya lagi.
VIDEO INIKAH CONTOH TERBAIK IKON INTEGRITI? TERIMA RASUAH NAIK JET MACAMANA PULAK ?
“Ia berperanan dalam pelaksanaan analisis persekitaran dan penilaian risiko rasuah, seterusnya ke arah perangkaan pelan tindakan pencegahan rasuah dalam tadbir urus.
“Malaysia dikenali kerana integriti, dan bukannya rasuah. Itulah semangat yang wajar disambut bersama dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023,” ujarnya.
KALI INI SELAMAT LA....
Mahkamah benarkan permohonan Hadi Awang batalkan saman berhubung kenyataan menghasut
Bernama
Mei 7, 2021
HAKIM: "Ini adalah kes remeh yang boleh membebankan sistem keadilan dengan proses litigasi yang tidak perlu." - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini berjaya membatalkan saman pemula yang difailkan dua rakyat Sabah berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghasut penganut Kristian dan disiarkan akhbar Harakah, lima tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir dalam penghakimannya membenarkan permohonan Hadi untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama dan kedua dan berkata saman itu tidak mempunyai locus standi, remeh dan penyalahgunaan proses mahkamah.
“Ketika saya meneliti keseluruhan saman itu, sebenarnya jika ada pihak yang hendak dipersalahkan kerana kecenderungan menghasut adalah plaintif sendiri. Mereka (plaintif) telah membangkitkan semula perkara yang berlaku pada 2016 dan menjadikan ia sebagai isu baru.
“Oleh demkian, saya membenarkan permohonan defendan (Hadi) untuk membatalkan saman pemula itu kerana ia remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah,” kata hakim.
Hakim juga memerintahkan setiap plaintif membayar kos tindakan RM50,000 kepada defendan.
Menjelaskan mengenai kos tersebut, Akhtar berkata sebagaimana beliau nyatakan, ini bukannya kes litigasi kepentingan awam, maka pihak terlibat tidak dapat menafikan perkara itu.
“Ini adalah kes remeh yang boleh membebankan sistem keadilan dengan proses litigasi yang tidak perlu.
“(Ungkapan) ‘see you in court’ (jumpa anda di mahkamah) kini menjadi ikutan (fesyen). Kita tidak boleh membiarkannya membawa kepada tindakan remeh, maka dengan itu saya akan mengenakan kos sebanyak RM50,000 terhadap setiap plaintif yang akan dibayar kepada defendan,” kata hakim.
Menjelas lanjut, Akhtar berkata dalam kes ini, salinan artikel Harakah juga tidak dikemukakan di mahkamah.
“Mahkamah dipandu kepada artikel dalam penerbitan lain yang ditulis semula dan didapati penuh bahaya kerana kita tidak tahu mengenai kandungan asal yang diperkatakan dalam artikel sebenar.
“Penghasilan semula artikel dalam bahasa Inggeris ini tidak jelas untuk menunjukkan bahawa artikel asal dalam akhbar Harakah sama ada ia ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa lain,” kata hakim.
VIDEO : RENTASAN 881 | PANAS!!! WARTAWAN DAN PENGAMAL MEDIA TERUS DIGANGGU GUGAT?
MENARIK DALAM RENTASAN 881
1. PENGAGIHAN KERUSI PH PRU15 PERLU ADIL
2. KEBEBASAN MEDIA YANG DITANGISI
3. KULIAH YANG MENJADI FITNAH
4. PENGHORMATAN DIRAIH, BUKAN DITUNTUT
VIDEO - MAMP0S! INI BUKTI UNTUK SUMBAT HAMZAH KE PENJARA?
YBhg Dato' Mohamed Haniff Khatri Abdulla, seorang peguam kanan dan pakar perundangan dan Perlembagaan, telah membuat satu kenyataan yang boleh membuatkan gegendang telinga Setiausaha Agung BERSATU, YB Larut Dato' Seri Hamzah Zainudin terbakar!
TAKAT SUARA HANGPA MAHIADDIN TARAK DENGAR LAH...MENTERI DIA BANYAK KAYU REPUT...
Surat terbuka untuk PM: Pengusaha restoran rayu benar makan di kedai
PETALING JAYA: Pengendali dan pengusaha restoran merayu kerajaan membenarkan pelanggan makan di premis ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang baru dikenakan dalam surat terbuka dan petisyen kepada ahli politik kanan.
Lebih daripada 80 chef, pemilik dan pengurus restoran telah melancarkan petisyen meminta premis mereka kembali diberi kebenaran makan di premis dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan keselamatan Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
“Tidak seperti gerai penjaja, restoran makanan segera dan kedai lain, restoran kami tidak sesuai dengan model penghantaran/bungkus. Sejak dua PKP yang lalu, penjualan kami turun hingga 90%, dan kami mengalami kerugian yang luar biasa,”
“Sebilangan daripada kami harus melaksanakan pemotongan gaji kakitangan, menanggung hutang, dan mungkin terpaksa menutup restoran kita jika keadaan tidak pulih,” kata mereka.
Dengan pematuhan ketat terhadap SOP, mereka berkata, pelanggan yang dibenarkan makan di premis telah terbukti mempunyai risiko yang agak rendah untuk menyumbang pada penyebaran Covid-19.
Memetik data yang dikumpulkan antara 22 Februari dan 2 April, di mana 314 kluster baru dikenal pasti, hanya 0.96% berpunca daripada restoran, berbanding 38.54% dari kilang serta 15.29% jangkitan komuniti, dan mereka mengatakan kebenaran restoran beroperasi tidak terbukti mempunyai kesan besar terhadap penularan Covid-19.
“Tentu saja, ada beberapa restoran atau bar bersikap acuh tak acuh yang melanggar SOP, tetapi seluruh industri tidak boleh dihukum kerana kegagalan beberapa orang.
“Kami memohon, tuan-tuan, untuk mempertimbangkan rayuan kami, dan untuk membenarkan makan di restoran semasa PKP 3.0 dilaksanakan,” kata mereka.
Enam daerah di Selangor berada di bawah PKP bermula semalam, selain Kuala Lumpur dan sebahagian Johor, Terengganu dan Perak akan memulakan PKP mereka mulai hari ini.
Restoran di kawasan ini dibenar untuk terus beroperasi tetapi hanya terhad kepada perkhidmatan penghantaran dan pembungkusan sahaja.
Petisyen untuk membuka semula restoran boleh didapati di sini.