Rakyat tidak marah pelaksanaan PKP, tapi sebab layanan tidak sama rata - Dr Zainal Ariffin
Tubuh RCI siasat dakwaan campur tangan, gantung tugas Hamzah ketika siasatan, kata Pejuang
PETALING JAYA: Pejuang menggesa siasatan terperinci ke atas dakwaan mengejutkan ketua polis negara berhubung campur tangan menteri dalam negeri dalam urusan polis berkaitan pelantikan pegawai atasan.
Peguam parti itu, Mior Nor Haidir Suhaimi, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani isu yang dibangkitkan Abdul Hamid Bador yang bakal bersara minggu depan.
“Dan sepanjang siasatan, Hamzah Zainudin perlu digantung daripada tugas bagi mengelakkan sebarang campur tangan,” kata beliau dalam kenyataan.
Semalam, Hamid dilaporkan mendakwa Hamzah di sebalik pengeluaran “surat keramat” menyekat dua pegawai kanan polis ditukarkan.
Ini susulan pengakuan Hamzah yang suara dalam rakaman perbualan mengenai rombakan pasukan polis tular di media sosial adalah dirinya.
Mior menyifatkan campur tangan politik dalam pertukaran pegawai atasan polis sebagai penyalahgunaan kuasa.
Terdahulu, Persatuan Patriot Kebangsaan menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memecat Hamzah kerana “menghina, bersikap biadab dan mengabaikan fungsi undang-undang pasukan polis”.
Ke arah mana, politik Melayu-Islam?
Barangkali BN 2.0 yang dibentuk oleh polisi
serta kurang fokus kepada etnik akan muncul dari perikatan baru melibatkan
teman sekatil yang aneh ini
By
Kita sedang menyaksikan rekahan yang semakin membesar di dalam
parti politik Melayu yang utama, Umno, ketika negara menuju ke pilihan raya
umum.
Rekahan yang jelas membahagikan pemimpin parti serta anggota
yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional sekarang dari mereka yang mahukan
Umno untuk bergerak secara mandiri, termasuklah untuk bekerjasama dengan PKR
dan DAP.
Ini bukanlah kali pertama Umno berpecah kepada beberapa kelompok
yang saling bertingkah di mana akhirnya mengakibatkan parti terpaksa disusun
semula selepas semuanya selesai.
Pengasas Umno, Onn Jaafar, meninggalkan parti pada 1951 selepas
gagal membuka keahlian parti kepada kelompok etnik yang lain.
Tidak dilupakan juga, Pas juga merupakan serpihannya yang keluar
pada awal 1950an.
Kemudian, selepas rusuhan kaum 13 Mei pada 1969, Umno diambil
alih oleh kelompok garis keras, yang sekaligus mengenepikan tokoh moderat
seperti Tunku Abdul Rahman.
Pada 1987, Umno sekali lagi bergelumang dengan krisis dalaman saatnya Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah bertelingkah merebut kerusi presiden parti. Kemenangan Mahathir yang kontroversi itu dicabar di mahkamah oleh kelompok Umno yang kalah. Namun sebelum kes mereka sampai ke mahkamah yang tertinggi, beberapa hakim utama di dalam mahkamah tersebut sudahpun dipecat atau digantung. Ketika parti sudah diisytihar haram, Mahathir serta penyokongnya mendirikan Umno Baru manakala kelompok Razaleigh pula menubuhkan Semangat 46.
Di tahun 1998, Umno berdepan krisis dalaman ketika timbalan presiden, Anwar Ibrahim, dipecat secara mengejut. Ianya memecah-belahkan parti sekaligus mencetuskan gerakan Reformasi. Ramai penyokong lama Umno meninggalkan parti dalam keadaan kecewa dan menyertai Pas serta PKR yang baru ditubuhkan. Umno sekaligus dilemahkan sehinggakan kerajaan Barisan Nasional ketika itu, hampir tersungkur pada pilihan raya 1999 jika bukan kerana dukungan penuh dari kelompok etnik yang lain.
Di dalam semua krisis ini, Umno seringkali berada di dalam posisi
dominan, yang membenarkannya untuk kembali menguat. Semangat 46 tidak dapat
menggugah cengkaman Umno terhadap pengundi Melayu, manakala Pas kekal menjadi
parti ‘negeri’ yang tidak dapat menggugat Umno di peringkat nasional.
Sejak 2018, walaubagaimanapun, politik Melayu-Islam terbahagi
kepada tiga bentuk – Umno, Bersatu dan Pas – di mana ketiga-tiga parti
bersaing mendapatkan dukungan dari kelompok pengundi Melayu yang sama.
Ironinya, perebutan tiga penjuru melibatkan undi Melayu ini
bermula sebagai perikatan “kesatuan Melayu-Islam”, yang dikenali sebagai
Muafakat Nasional, yang berniat untuk mempertahankan kedaulatan Melayu-Islam
daripada sebarang ancaman, utamanya dari kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.
Kesatuan Melayu-Islam ini membuktikannya ia hanyalah topeng bagi
parti-parti itu untuk merampas kuasa dari PH pada hujung Februari 2020 serta
kemudiannya berkongsi hasil kudeta. Soal etnik dan keagamaan diketepikan
saatnya ketamakan dan kuasa mendominasi kerajaan PN.
‘Abang besar’ Umno terpaksa beralah dengan ‘adik kecil’ Bersatu.
Inilah yang kemudiannya mencetuskan ketegangan dalaman Umno, yang dihamburkan
ketika perhimpunan agung tahunan yang baru saja selesai itu.
Apa yang terjadi sekarang? Sukar untuk dinyatakan adakah Umno
akan kembali ke dakapan PN bagi mengelakkan persaingan banyak penjuru ketika
pilihan raya akan datang. Umno mempunyai hampir seluruh kekuatan undi, dan Umno
sedar akan hal ini. Ia mempunyai gerakan akar umbi yang berdisiplin, jenama
yang dikenali, kesetiaan pada parti serta prestij sosial di kalangan negeri
bermajoriti Melayu.
Bersatu merupakan ‘orang baru’ yang dinaikkan ke puncak kuasa ketika skandal 1MDB serta tsunami politik 2018. Satu-satunya kelebihan undi yang ia miliki adalah akses kepada duit kerajaan persekutuan sebagai sumber naungannya. Namun, adakah ianya mencukupi bagi parti ini?
Barangkali pilihan raya 2018 dapat memberikan kita sedikit gambaran.
Bersatu bertanding di 52 buah kerusi parlimen dan memenangi 13
daripadanya. Ianya sebuah rekod buruk di mana hanya 25% kadar kemenangan di
dalam pilihan raya yang menyaksikan persaingan tiga penjuru di kebanyakan
kawasan majoriti Melayu di mana BN-Umno cukup lemah.
Sebagai perbandingan, PKR bertanding di 71 kerusi dan memenangi
47 (66% kadar kemenangan) manakala DAP pula bertanding 47 kerusi dan memenangi
42 (kadar kemenangan setinggi 89%).
Tambahan pula, kebanyakan MP Bersatu yang memenangi kerusi pada
2018, misalannya Mahathir, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq dan Maszlee Malik
meninggalkan parti selepas Langkah Sheraton berlaku.
Ianya jelas yang walaupun PH terkesan dengan tsunami politik 2018,
Bersatu tetap menjadi batu yang membebankan perikatan politik itu.
Tidak pelik mengapa Bersatu benar-benar mahukan Umno untuk kekal
di dalam kerajaan PN. Bersatu sedar bahawa mereka akan ‘disapu’ keluar pada
pilihan raya akan datang, lebih-lebih lagi di dalam persaingan banyak penjuru.
Namun, katakanlah, jika pun Umno setuju untuk kekal bersama PN
bagi pilhan raya akan datang, adakah parti itu, dalam logiknya, sanggup
mengenepikan kelebihan undinya yang cukup besar semata-mata kerana ‘kesatuan
Melayu-Islam’? Hanya mereka yang bodoh akan percaya taruhan sebegitu.
Bagaimana kemudiannya dinamik Melayu-Islam ini akan membentuk
politik masa depan di Malaysia? Nampak gaya, Umno akan memenangi kebanyakan
kerusi di kawasan majoriti Melayu; Pas akan kekal mendominasi di Kelantan,
Terengganu dan Kedah; manakala Bersatu akan menjadi nota kaki di dalam sejarah.
Namun Umno perlu membentuk gabungan politik dengan majoriti jika ia mahu mengambil alih kerajaan persekutuan. Soalnya, parti mana yang sanggup bekerjasama untuk mentadbir bersama Umno?
Kita sekarang mendengar desas-desus yang cukup kuat melibatkan
perbincangan di antara Umno dan PH, lebih-lebih lagi selepas bocornya perbualan
telefon di antara presiden Umno Zahid Hamidi serta pemimpin PH, Anwar Ibrahim.
Apa yang berlaku jika Umno dan PH tidur sekatil? Adakah ia akan menjadi BN 2.0
dengan Umno menjadi pasangan yang dominan menguasai parti komponen yang lain?
Satu perkara yang jelas, DAP bukanlah MCA dan PKR bukanlah MIC.
Kedua-dua PKR dan PKR boleh menyaingi kekuatan pilihanraya Umno dan tidak akan
mudah dilemahkan seperti mana MCA dan juga MIC.
Barangkali BN 2.0 yang dibentuk oleh polisi serta kurang fokus
kepada etnik akan muncul dari perikatan baru melibatkan teman sekatil yang aneh
ini?
Jerman, misalannya, sudah pun ditadbir selama 16 tahun oleh
gabungan persekutuan rentas ideologi yang melibatkan konservatif serta demokrat
sosial atau lebih dikenali sebagai Große Koalition (Grand Coalition), yang
dipimpin oleh Canselor Angela Merkel yang tidak goyah. Ianya sebuah gabungan
yang berpandukan program dan stabil walaupun perbezaan ideologikal yang berbeza
pada setiap komponen partinya, sehinggakan ianya dapat mengeluarkan Jerman dari
krisis kewangan dunia tanpa kesan langsung.
Adakah ini model pentadbiran yang kita jangkakan di Malaysia
selepas pilihan raya akan datang? Hanya satu cara untuk tahu.
Azmil Tayeb
Editor bersama, Surat berita Aliran
SIARAN SEMULA PADA 1 MEI 2021 OLEH WRLR
Terjemahan oleh Zikri Rahman
Apa semuanya sudah porak-peranda? – Ketidakstabilan politik, ekonomi merudum, rasuah di puncak kuasa, goyah menangani Covid
Adakah institusi kita terjejas selepas 60 tahun pemerintahan Umno-BN?
By
ZUNAR
Things fall apart; the centre cannot hold;
Mere anarchy is loosed upon the world;
The blood-dimmed tide is loosed, and everywhere
The ceremony of innocence is drowned;
The best lack all convictions, while the worst
Are full of passionate intensity.
Di dalam surat berita
kami yang lepas, Azmil Tayeb bertanyakan: Quo vadis?
Apakah masa depan politik kita saatnya politik Melayu sudah terbahagi tiga – di
antara Umno, Pas dan Bersatu?
Pada suatu ketika, tidak lama dahulu, Umno mendominasi kesemua
politik berkenaan orang Melayu. Pas hanya mampu memberi cabaran di Kelantan dan
Terengganu, itu pun bukan secara konsisten.
Pada pilihan raya 2018, kita menyaksikan perubahan regim saatnya
gabungan Barisan Nasional-Umno digantikan selepas lebih 60 tahun dominasi
politik.
Kemudiannya, hanya setahun selepas itu, Umno bekerjasama dengan
Bersatu dan Pas, di bawah payung bagi mengukuhkan muafakat Melayu-Islam,
sekaligus menjejaskan gabungan Pakatan Harapan (yang merupakan gabungan
multi-etnik yang tulen di Malaysia). Ianya merupakan kudeta pintu belakang yang
dijalankan di Sheraton pada akhir Februari 2020.
Ketidakstabilan
dan ketidakpastian politik
Semenjak itu, ketidakstabilan terjadi, dan sekaligus politik di
Malaysia menjadi tidak pasti. Bukan saja politik Melayu terbahagi tiga, bahkan
Umno-BN tidak lagi di berada di pusat kuasa.
Kita ada Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin Yassin yang
berkuasa membuat keputusan, namun kita tidak tahu siapa pasangan Bersatu yang
sebenarnya.
Apa yang kita tahu, Dr Mahathir Mohamad, anaknya Mukhriz serta
beberapa bekas pemimpin Bersatu kemudiannya menubuhkan parti baru, Pejuang.
Kita juga tahu yang wujudnya pertarungan di antara kelompok di
dalam Umno. Sesetengah pemimpin seperti Hishammuddin Hussein dan Khairy
Jamaluddin terus bekerjasama dengan PN dan berkhidmat sebagai menteri. Beberapa
yang lain seperti Zahid Hamidi mahu memutuskan kerjasama dengan Bersatu.
Semenjak kudeta Sheraton, Parlimen hanya bersidang sekejap.
Dengan darurat yang berlanjutan, yang diisytiharkan bagi menangani Covid-19,
Parlimen tidak akan bersidang untuk beberapa lama juga. Jelas yang PN takut
menghadapi undi tidak percaya di Parlimen jika semuanya dibenarkan bersidang!
Pilihan raya umum, tampaknya kian mendatang. Namun, dengan
politik Melayu yang terbahagi seperti ini, barangkali kita akan menyaksikan
persaingan beberapa penjuru, serta kemungkinan tiada parti akan memenanginya
secara terus.
Benar, Umno besar kemungkinan akan memenangi paling banyak
kerusi di kawasan majoriti Melayu (kerusi dengan lebih 60% pengundi Melayu).
Pas akan mendominasi Kelantan dan Terengganu namun tidak di Kedah, manakala
Bersatu (termasuk bekas pemimpin yang bersama Mahathir di dalam Pejuang) hanya
akan menjadi nota kaki!
Pun begitu, walau sebagus mana sekalipun Umno memenangi kerusi
di kawasan majoriti Melayu, ia tidak akan dapat membentuk kerajaan sendiri.
Umno tidak akan berjaya di kawasan multi-etnik (di mana PKR akan mendominasi),
atau di kawasan bandar bukan-Melayu (yang tidak disangkal, akan dimenangi oleh
DAP). Parti-parti di Sabah dan Sarawak pula sedang memikirkan semula gabungan
dari Semenanjung yang mana akan mereka dukung.
Darurat
– memperkukuh yang berkuasa, namun memburukkan ekonomi
Tiga ahli ekonomi tersohor – Muhammed Abdul Khalid, bekas
pengarah Institut Penyelidikan Khazanah serta bekas penasihat perdana menteri;
Jomo Kwame Sundaram, bekas pembantu setiausaha agung PBB serta penasihat senior
Institut Penyelidikan Khazanah; serta Nungsari Ahmad Radhi, bekas pengerusi
suruhanjaya penerbangan (MavCom) – semuanya sudah menyuarakan pendapat
berkenaan darurat yang berlanjutan ini.
Ketiga-tiga mereka berpendapat bahawa darurat memburukkan
ekonomi Malaysia. Jomo juga memperhalusi bagaimana lima peristiwa darurat yang
sebelum ini hanya memperkukuh mereka yang di
puncak kuasa, berbanding rakyat.
Di dalam dapatan berkenaan keadaan perniagaan
yang dijalankan oleh Federation of Malaysian Manufacturers dan Malaysian
Institute of Economic Research, lebih 80% responden mengalami pengurangan
keuntungan serta pendapatan yang merudum pada separuh tahun pertama 2020. Hanya
pengeluar sarung tangan yang melaporkan keuntungan serta pendapatan lebih
tinggi.
Lebih menggusarkan, 42% responden merancang untuk mengurangkan
30% pekerja mereka pada akhir tahun 2020 bagi memastikan bisnes terus hidup. Dapatan
ini turut mendedahkan bahawa lebih banyak kakitangan akan diberhentikan pada
2021 akibat dari aktiviti pengeluaran yang semakin merudum. Selain dari mereka
yang di dalam sektor sarung tangan getah, kapasiti pengeluaran tidak berupaya
kembali seperti sedia kala sebelum keadaan Covid. Malahan, kebanyakan pengilang
beroperasi pada kadar separuh kapasiti akibat dari jatuhnya permintaan dari
dalam serta pengeksport.
Yang paling terkesan juga adalah pengilang bahan pembinaan bagi
sektor pembinaan. Seterusnya, pengilang makanan bagi industri pelancongan.
Sekitar 39% percaya bahawa syarikat mereka dapat bertahan kurang daripada 12
bulan akan datang; 34% pula janka mereka boleh bertahan lebih daripada 12
bulan. Ramai daripada mereka merasakan bahawa ianya akan mengambil masa sampai
dua tahun bagi memulihkan bisnes mereka.
Selain dari pengeluaran, pelancongan, aktiviti sosial, runcit,
hospitaliti serta sektor harta benda juga terkesan. Air Asia menjalankan tiga
kali proses pemberhentian kerja, mengurangkan sejumlah 2,000 orang dari 24,000
pekerjanya. Malaysia Airlines, yang mempunyai liabiliti lebih dari RM15bn,
sedang berbincang dengan para pemajak serta melihat kepada kemungkinan suntikan
dana daripada Khazanah. Jika tidak, syarikat penerbangan mungkin terpaksa
ditutup terus!
Genting Group, yang menjalankan kasino, hotel, pusat rekreasi
dan hiburan serta perkhidmatan kereta kabel ke puncak Genting, sudah
memberhentikan kebanyakan operasi serta membuang hampir 3,000 pekerja, iaitu
15% dari keseluruhan tenaga kerjanya, serta menggantung bayaran kepada
peminjamnya. Genting Hong Kong (dulu dikenali sebagai Star Cruises)
memberhentikan terus operasi dan berhutang sebanyak $3.4bn (RM14bn).
Penang, yang sangat bergantung kepada pelancong luar,
menyaksikan banyak hotel ditutup di George Town serta sepanjang pantainya di
Tanjong Bungah dan Batu Ferringhi. Ketika perintah kawalan pergerakan
dilonggarkan pada awal 2021, ramai pelancong domestik tiba-tiba berkunjung ke
hotel tepi pantai, yang menawarkan diskaun bilik sewaktu hari minggu yang
panjang. Namun, kadar sewaan bilik masih rendah, apatah lagi ketika perintah
kawalan pergerakan diperketatkan semula.
Pada Mei 2020, seramai 826,000 orang mendaftarkan diri mereka
sebagai pengganggur dengan Jabatan Statistik. Ini merupakan kadar penggangguran
setinggi 5.3% – lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, sewaktu kita
perlu untuk mengimport empat hingga lima juta pekerja asing bagi menampung
perkembangan ekonomi. Hampir separuh juta lepasan universiti dipercayai
mengganggur sekarang, yang tidak kesemuanya dimasukkan ke dalam jumlah bilangan
pengganggur yang dinyatakan di atas.
Pelaburan
asing yang mengering
Sudahpun terkesan dengan pandemik, darurat bahkan memburukkan
lagi keadaan bagi rakyat serta ekonomi. Keyakinan pelabur yang berpotensi
semakin menurun akibat dari ketidakstabilan politik serta perubahan polisi.
Negara menyaksikan kadar pelaburan asing terendah dalam dua dekad ini, bukan
saja dengan rekod kita sebelum ini, malahan jika dibandingkan dengan jiran
Asean.
Kesan signifikannya, Facebook dan Google merancang pembinaan dua
kabel dasar laut menghubungkan pesisir barat Amerika ke Indonesia dan
Singapura, namun tidak ke Malaysia. Kabel ini merupakan sebagian dari rancangan
syarikat gergasi teknologi ini bagi membuka akses lebih meluas serta
perkhidmatan internet yang lebih laju di rantau ini.
Malangnya, Malaysia tidak termasuk dalam perancangan ini kerana
ia menarik pengecualian yang diberi di bawah polisi cukai kabotase. (Polisi
kabotase, yang mengurus pentadbiran perkapalan pesisir dalam negara, bertujuan
bagi membangunkan perkapalan Malaysia bagi mengurangkan kebergantungan kepada
kapal asing). Kerajaan Pakatan Harapan dahulu sudah pun membenarkan
pengecualian kepada syarikat gergasi teknologi. Pengecualian ini seharusnya
membenarkan kapal asing untuk terlibat di dalam menjalankan kerja-kerja
pembaikan serta servis untuk berlabuh tanpa perlu membayar caj berlabuh yang
biasanya dikenakan kepada kapal membawa barangan serta penumpang.
Barangkali, ini turut memperjelaskan mengapa Malaysia tidak
termasuk dalam senarai 40 buah negara yang dijemput Rumah Putih bagi menghadiri
“Persidangan Pemimpin Tentang Klimat” pada 23-24 April. Sebaliknya, yang
mewakili Asia Tenggara adalah Indonesia, Vietnam dan Singapura.
Rasuah
menjijikkan di puncak kuasa
Reputasi Malaysia turut tercalar jauh sebelum pandemik dan
keadaan darurat. Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, dinamakan sebagai
“Malaysian Official No 1” dan disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
kerana menyalurkan duit milik kerajaan ke dalam akaunnya sendiri, termasuklah
yang diperoleh di Amerika.
Pendakwa raya di Malaysia membacakan tujuh dakwaan berkaitan
kepada Najib – salah guna kuasa, tiga tuduhan jenayah pecah amanah serta tiga
tuduhan pengubahan wang haram – melibatkan wang sebanyak RM42 juta dari SRC
International Sdn Bhd, sebuah firma milik Kementerian Kewangan. Perkara ini
terjadi di antara 2014 dan 2015, ketika Najib merupakan Menteri Kewangan dan
Perdana Menteri. Pada Julai 2020, Najib didapati bersalah dan dijatuhkan
hukuman penjara 12 tahun serta didenda RM210 juta.
Barangkali Washington sendiri tahu Najib sedang mengemukakan
rayuan bagi sabit kesalahannya (yang sekarang menghampiri hari keputusan), dan
mereka mungkin tahu Zahid Hamidi, yang menggantikan Najib sebagai presiden
Umno, sendiri menghadapi perbicaraan kes rasuah. Turut menghadapi kes ialah
berapa pemimpin Umno yang lain seperti Tengku Adnan Tengku Mansor dan Mohd Isa
Abdul Samad.
Pendek kata, reputasi Malaysia di peringkat global sudah pun
menerima tamparan hebat saatnya kes rasuah berlaku di puncak kekuasaan
pentadbiran.
Respon
menangani Covid yang goyah walaupun di bawah pentadbiran darurat
Selain daripada bermain politik bukan di tempatnya serta keadaan
ekonomi yang memburuk, ditambah pula dengan keadaan darurat serta rasuah yang
berlaku di puncak kuasa, respon goyah kerajaan Malaysian berkenaan Covid-19
sungguh membebankan negara.
Menteri Kesihatan Adham Baba bukan sahaja tidak meningkatkan
keyakinan, apatah lagi ketika beliau menyarankan untuk meminum air suam bagi
menangani virus.
Kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin Yassin juga mengamalkan
pilih kasih dalam menangani Covid – ketika orang awam didenda dengan berat
malahan ada yang dipenjarakan kerana melanggar peraturan bagi mencegah Covid,
namun ada pemimpin politik, termasuklah menteri, yang diperlakukan acuh tidak
acuh!
Bayangkan, mengapa rakyat terpaksa dikuarantin selama 14 hari
namun para menteri tidak payah! “Apa logiknya?” seperti yang diciap di sebuah
akaun Twitter.
Pembukaan semula sekolah pada April juga mengakibatkan kluster
baru terjadi. Sekolah ini terpaksa ditutup bagi tujuan disinfeksi serta
saringan kesihatan melibatkan guru dan pelajar. Walaupun, sekolah hanya dibuka
semula pada Mac dan April.
Ketua pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, mendedahkan
bahawa terdapat 41 kluster Covid melibatkan pembukaan semula sekolah pada akhir
Mac. Pada awal April, enam pelajar disahkan positif di sekolah rendah, yang
kemudiannya ditutup.
Pengumuman terbaharu mendedahkan penemuan enam kluster baru.
Penguatkuasa kesihatan daerah mengarahkan penutupan 19 buah sekolah di daerah
Petaling bagi disinfeksi serta menjalankan saringan hubungan
rapat.
Dan kini, terdapat ramai orang yang berkumpul, ramai di antara
mereka tidak kisah akan penjarakan sosial, di bazar Ramadan serta gedung
membeli-belah. Yang jelas, ianya melibatkan rakyat Malaysia dari semua latar
belakang etnik.
Mengikut pemerhatian yang dilaporkan di media sosial, Malaysia
barangkali akan berdepan ombak keempat pandemik selepas cuti Raya, jika tidak
lebih awal. Jadi, apa gunanya pengisytiharan darurat sebenarnya? Siapa dapat
menyalahkan rakyat jika mereka mempercayai yang darurat ini merupakan permainan
politik bagi mengelakkan Parlimen dari bersidang.
Saya bahkan tidak akan mencuba untuk menyentuh betapa lembabnya
proses vaksinasi kita. Jadi, saya tidak akan mengulang apa yang diperkatakan
tentang “para raja dan kaum kerabatnya”, dalam memotong barisan serta mendapat
suntikan pilihan mereka sendiri itu.
Namun, barangkali kalian mahu menyemak kempen #kerajaangagal di
media sosial serta laporan berita ini.
Sebuah
‘gabungan besar’?
Hari April Fools datang dan pergi. Dan sekarang kita berdepan
dengan ketidakstabilan serta ketidakpastian politik, ekonomi yang semakin
memburuk walaupun ketika pentadbiran darurat, respon goyah dari kerajaan bagi
menangani Covid, serta reputasi Malaysia di peringkat global yang merudum – ditambah
pula dengan rasuah di peringkat tertinggi negara.
Di dalam surat berita minggu lalu, Azmil Tayeb mencadangkan
wujudnya sebuah kemungkinan agar sebuah gabungan politik dibentuk, kali ini
melibatkan Umno dan PH (terdiri daripada PKR, Amanah dan DAP). Pemimpin Umno,
termasuklah Zahid, sering bersumpah bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan
DAP.
Namun, pada Azmil, nampaknya ‘gagasan besar’ ini yang sekaligus
membawa pelbagai parti dengan ideologi yang rencam, seperti di Jerman,
berkemungkinan terjadi.
Apakah ini sebuah formula yang dapat membawa semua parti politik
di Malaysia bersama? Dimanakah wujudnya di Malaysia sosok seperti Angela
Merkel, yang disegani oleh semua parti di Malaysia mahupun di peringkat global?
Adakah gabungan besar di Malaysia ini akan didukung oleh
institusi serta prosedur demokratik yang kuat, seperti di Jerman? Benarkah?
Apakah institusi kita seperti birokrasi, kehakiman, badan polis serta
Suruhanjaya Pilihan Raya, sudah terjejas selepas 60 tahun pemerintahan Umno-BN?
Ataupun mereka kekal tidak berpihak dan mempunyai autonomi sejak enam dekad
yang lalu?
Dan adakah ekonomi kita teguh dalam menghadapi kesemua permainan
politik yang pastinya berlaku? Atau adakah semuanya “akan porak peranda”
saatnya “apa yang di pusat tak lagi tertanggung”?
Francis Loh
Editor bersama, Surat berita Aliran
1 MEI 2021
TERBTAN SEMULA WRLR.
Terjemahan oleh Zikri Rahman
INGIN BERKONGSI MEMAKAI BAJU BAHARU MAHARAJA?
2,881 kes baharu Covid-19, 15 kematian
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 2,881 kes baharu Covid-19 dan 15 kematian, manakala 2,462 pesakit pulih.
Ini menyaksikan 380,442 daripada 411,594 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala 1,521 kematian dicatatkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 29,631 pesakit sedang dirawat di seluruh negara, dengan 176 daripada 337 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes baharu itu, 16 ialah kes import dan 2,865 kes penularan tempatan.
Katanya, Selangor mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 759 kes.
Ia diikuti Sarawak (445), Kelantan (442), Kuala Lumpur (315), Johor (310), Pulau Pinang (133), Kedah (111), Negeri Sembilan (89), Sabah (64), Perak (64), Melaka (54), Pahang (47), Terengganu (42), Labuan (tiga) dan Putrajaya (tiga).
Perlis ialah satu-satunya negeri yang tidak melaporkan kes baharu.
BILA MENTERI LEMAH PENGUATKUASAAN JUGA KELAUT SOP ‘ke laut’, ramai berpanas tunggu giliran tanggal gelang
PETALING JAYA: Terpaksa berbaris panjang, itulah suasana yang menanti mereka yang menuju ke jabatan kesihatan tempatan untuk menanggalkan gelang tangan setelah tamat kuarantin Covid-19.
Tinjauan oleh FMT di pejabat kesihatan daerah di Petaling Jaya pagi ini juga mendapati kanak-kanak dan warga emas turut tidak mematuhi protokol penjarakan fizikal seperti yang ditetapkan prosedur operasi standard (SOP).
Mereka secara terbuka melanggar jarak minimum 1m antara satu sama lain. Ada juga yang tidak memakai pelitup muka dengan betul, sekali gus menimbulkan kebimbangan risiko jangkitan yang lebih tinggi.
Bercakap kepada FMT, ibu bapa yang menemani anak-anak mereka bimbang tentang sistem “walk-in”, dengan berkata, slot masa sepatutnya diberikan untuk mengelak orang ramai beratur berjam-jam secara rapat antara satu sama lain di bawah terik matahari.
Seorang bapa, yang enggan namanya disebut, berkata ini menunjukkan pejabat kesihatan tidak menguruskan proses itu dengan baik.
“Anak saya adalah kontak rapat kepada pesakit Covid-19 di sekolahnya. Dia sudah lama dikuarantin tapi sekarang dia terdedah pula kepada kelompok ini yang boleh mencetuskan kluster baharu. ”
Beliau lebih suka sekiranya slot masa ditentukan, berbanding sistem “siapa cepat, dia dapat”, katanya.
“Apa gunanya datang ke sini awal-awal pagi hanya untuk beratur di bawah terik matahari berjam-jam? Ini tidak efisien.”
Beliau mendakwa mereka dari luar daerah Petaling Jaya juga diarah untuk datang ke sini, memburukkan lagi keadaan.
“Ada yang datang dari Semenyih dan Klang yang beratur di sini. Ini tidak masuk akal,” katanya.
Seorang ibu, yang mahu dikenali sebagai Nur Maimun, berkata beliau terkejut melihat barisan yang panjang di sekitar bangunan pejabat kesihatan.
“Saya baru saja tiba di sini dengan anak saya. Saya tak pasti berapa lama saya perlu beratur kerana ada orang lain di sini yang telah menunggu sejak 8 pagi,” kata beliau.
Seorang lagi individu, Mohd Azlan, berkata beliau menunggu lebih tiga jam dan berharap sistem pengurusan orang ramai yang lebih baik akan diperkenalkan.
BERSEMPENA HARI BURUH Sudah 19 tahun, kini masa untuk semak semula sistem gaji penjawat awam, kata Cuepacs
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyeru Putrajaya supaya mengemas kini sistem penggajian penjawat awam yang sudah berjalan sejak 2002 bagi memastikannya kekal relevan.
Presidennya Adnan Mat berkata, sistem sedia ada masih berdasarkan keadaan ekonomi negara sejak 19 tahun lalu.
“Ia perlu dikaji semula setiap lima tahun sekali supaya relevan dengan situasi semasa ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan, sambil menambah ia bersedia bekerjasama dengan kerajaaan bagi menetapkan kadar baharu.
Adnan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sempena Hari Pekerja bahawa gaji minimum bagi sektor swasta sedang dikaji untuk tujuan serupa.
Muhyiddin berkata kajian semula penggajian itu adalah sebahagian daripada tiga strategi yang digariskan tahun lalu untuk menangani masalah pengangguran akibat pandemik Covid-19.
Adnan berkata, anggapan bahawa kos sara hidup akan meningkat jika gaji dinaikkan tidak boleh diterima. Ia adalah alasan golongan kapitalis untuk memperoleh lebih banyak keuntungan dengan mengorbankan pekerja.
“Sekiranya gaji tidak dinaikkan, kos sara hidup akan tetap naik sehingga menyebabkan rakyat terkesan.”
Bulan lalu, Adnan mencadangkan gaji minimum kakitangan awam dinaikkan kepada RM1,800 sebulan.
Katanya, jika Sistem Saraan Malaysia (SSM) menetapkan gaji permulaan sebanyak RM1,800, dan penjawat awam akan mendapat RM2,510, termasuk elaun yang disertakan, iaitu lebih tinggi sedikit daripada paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2021, sebanyak RM2,208.