Perwakilan Umno beri mandat untuk tarik diri dari kerajaan PN bila-bila masa, kata Zahid

  -

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata perwakilan memberikan mandat untuk parti itu untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi jika tidak ada petunjuk bila PRU15 akan diadakan.

“Kalau dapat difahami tadi, perwakilan memberikan mandat kepada presiden dan majlis kerja tertinggi (bahawa) kita boleh tarik diri dari (kerajaan) PN pada bila-bila masa jika mereka tidak ada indikator untuk mengadakan PRU dalam waktu terdekat.”

Zahid yakin apabila Umno keluar daripada kerajaan PN, pemimpinnya yang menjadi menteri dan yang memegang jawatan kanan lain dalam kerajaan akan mendukung keputusan berkenaan dan menarik diri.

“Kalau ini jadi keputusan mereka (perwakilan), saya yakin rakan kita dalam MKT yang (menjadi)…menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC malah seluruh Ahli Parlimen akan akur keputusan parti (dan) akan tarik diri,” katanya ketika berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2020.

Bagaimanapun, Zahid membayangkan kemungkinan ada menteri Umno tertentu yang tidak mahu melepaskan jawatannya, komen yang dilihat ditujukan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

“Jika ada dalam kalangan mereka yang telah seronok berada di bilik berhawa dingin, lihat dan harus tahu mereka yang berada di sana, termasuk seseorang yang tiada di pentas ini, jangan tikam belakang.

“Kalau anak jantan, harus letak jawatan sebagai menteri,” kata Zahid.

Beliau menyifatkan menteri berkenaan sebagai “makhluk perosak, kalau bukan kerana Umno, tidak ada dia dalam kementerian berkenaan.”

Beliau berkata pemimpin berkenaan tidak harus menjadikan kekayaan dan jawatan sebagai keutamaan dan sepatutnya sedar mereka tidak mungkin meraih kedudukan itu tanpa Umno.

“Bila (kekayaan) dan jawatan jadi kegilaan maksimum, mereka harus sedar tanpa perwakilan dan akar umbi Umno, kita tak akan merasa kedudukan sebagai menteri semula,” kata Zahid.

Terdahulu, Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata Umno harus menyahut desakan perwakilan untuk parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional pada Ogos.

Beliau berkata Umno tidak harus dilihat berdolak-dalik selepas ia dipersetujui perwakilan.



APA LAK BULAN OGOS. NAK KENA BELI KE ? TARIK SEKARANG LA KALAU GENTLEMAN

 

Jangan bersilat pulut, kalau sah tarik diri, Ogos ‘kita keluar ramai-ramai’, cadang Tok Mat

KUALA LUMPUR: Umno harus menyahut desakan perwakilan untuk parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional pada Ogos, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

“Jika kita dah setuju nak tarik diri pada Ogos, jadi tarik diri bulan itu.

“Jangan main silat pulut. Ogos kita keluar ramai-ramai dari kerajaan,” katanya semasa menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2020.

Beliau berkata Umno tidak harus dilihat berdolak-dalik selepas ia dipersetujui perwakilan.

“Jangan acah-acah je,” tambahnya.




‘Tidak boleh diterima’, NGO mahu heret SPR ke mahkamah

 

Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi 18 tahun secara automatik dijangka ditangguhkan sehingga selepas September 2022. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun bercadang mengheret kerajaan ke mahkamah atas apa yang dianggapnya sebagai “kegagalan” mewartakan pindaan Perlembagaan.

Pengasas bersama Undi 18, Qyira Yusri memberitahu FMT, alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan pelaksanaan dasar menurunkan had umur mengundi dan pendaftaran pengundi secara automatik “tidak boleh diterima serta tidak masuk akal”.

“Ketika kemuncak Covid-19 pada November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan mengesahkan pendaftaran pengundi berusia 18 tahun secara automatik mengikut jadual untuk dilaksanakan menjelang Julai 2021.

“Ia tidak masuk akal SPR sekarang bercakap mengenai penangguhan dan cabaran dihadapinya, selepas hampir setahun setengah pandemik menular.”

Terdahulu, Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi 18 tahun secara automatik dijangka ditangguhkan sehingga selepas September 2022.

Katanya, sekatan pergerakan akibat pandemik mengganggu persiapan SPR untuk melaksanakan dasar itu, yang diluluskan Parlimen pada Julai 2019.

Sementara itu, kumpulan pembaharuan pilihan raya, Bersih 2.0 berkata, penangguhan itu “sangat mengecewakan” berjuta-juta pengundi muda yang menunggu peluang menunaikan tanggungjawab mereka buat julung kali.

“Walaupun alasan yang diberikan ialah sekatan pergerakan, kami tidak boleh memahami mengapa mereka menangguhkan pelaksanaan Undi18 memandangkan kebanyakan kerja ialah memproses data,” kata Pengerusinya, Thomas Fann.

Beliau berkata, SPR perlu menjelaskan secara terperinci kenapa pelaksanaan itu memerlukan masa lebih tiga tahun.

“Kegagalan berbuat demikian hanya menimbulkan kecurigaan orang ramai yang SPR sengaja menangguhkan Undi18 atas arahan parti pemerintah.”

Sementara itu, parti politik MUDA berkata, ia akan mencabar keputusan SPRM menangguhkan pelaksanaan Undi18.

“Alasan yang dikemukakan tidak masuk akal dan seolah-olah memperbodohkan rakyat,” katanya melalui peguam Lim Wei Jit.

 


Panas! Menteri agama tak berani update gambar nikahkan Neelofa.Bila dia ni nak di denda?

 


Panas! Menteri agama tak berani update gambar nikahkan Neelofa


Sehingga jam 2.00 petang ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak lagi memuatnaik gambar beliau menikahkan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26.

Tidak seperti majlis pernikahan kakak kepada Neelofa, sebanyak enam keping gambar dimuatnaik oleh menteri agama itu di laman Facebooknya.

Ini kemungkinan disebabkan kecaman yang beliau hadapi selepas majlis tersebut didapati melanggap SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tular gambar Menteri Agama itu berada di tengah-tengah segerombolan tetamu yang duduk secara rapat-rapat tanpa mematuhi SOP.

Ini berbeza dengan arahan menteri agama itu yang mengeluarkan SOP di masjid agar solat secara jarak-jarak.

Tindakan ini telah melahirkan kecaman netizen yang menganggap ini adalah sikap double standard. Seolah-olah berlaku kasta dalam melaksanakan SOP dan mengenakan tindakan kompaun.

Selain itu juga, menteri agama itu turut dikecam kerana sibuk nikahkan artis-artis. Seolah-olah menteri agama itu tiada kerja hingga banyak masa dihabiskan untuk menjadi tok khadi kepada artis-artis popular.




Bersatu hina Zahid Hamidi caca marba!

 

Bersatu hina Zahid Hamidi caca marba!


Zahid kata UMNO perlu jajaran baru. Tapi tak mahu bekerjasama dengan BERSATU. Dalam pada UMNO telah dibawa ‘sikit-sikit’ mula berkhalwat dan ‘ringan-ringan’ bersama DAP dan Anwar Ibrahim, tapi si Presiden UMNO yang punyai 87 kes rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa jelas bersifat bacul untuk mengakui pula hubungan haram beliau dengan Anwar Ibrahim, dikatakannya “NO DAP, NO ANWAR” dengan terpancar riak dalam keterpaksaan (jelas diperkatakan hanya kerana tuntutan akar umbi yang menolak)

Ucapan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang mewakili pimpinan UMNO kluster mahkamah jelas tak ada hala tuju! Umum maklum penolakan ke atas BERSATU yang dipelopori Zahid dan Najib Razak adalah kerana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu melayan permintaan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah melibatkan kedua tertuduh ini.

Lantas mereka mencipta naratif bahawa BERSATU telah menerima kemasukan ‘orang UMNO’ untuk dijadikan alasan penolakan ke atas BERSATU. Saat awal sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tanpa syarat melainkan secara ‘en bloc’. Kluster mahkamah tipu lagi!

Nah! Sedang BERSATU yang menyahut secara bersama seruan pengukuhan destini orang Melayu atas nama Perpaduan Ummah, UMNO kluster mahkamah-lah yang menjadi tunjang pemberontakan atas kepentingan peribadi dan hanya beromongan kosong saban hari, saat tutur bicara dalam kalangan mereka yang melaungkan penyatuan Melayu dan destini bangsa ternyata hipokrasi semata.

Buktinya pada Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung kini, inti ucapan dasar Presiden adalah menjurus kepada PERPECAHAN DAN UGUTAN, malah tidak sedikitpun membincangkan hala tuju atau agenda bangsa Melayu, berbeza dengan Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU yang banyak membincangkan soal penyatuan dan hala tuju orang Melayu.

UMNO di bawah Zahid Hamidi dan kluster mahkamah bukan lagi menunjukkan ciri sebuah parti yang membela bangsa, melainkan pemecah-belah bangsa dan gila kuasa! Merosakkan kesatuan Melayu, dan cubaan menggagalkan agenda pemerkasaan sosio-ekonomi Melayu dan Masyarakat Malaysia yang diusahakan kerajaan Perikatan Nasional menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Maka diseru segala gerombolan berperangai ‘pak hangguk’ sepertimana sebahagian perwakilan yang meraikan sorak sorai ucapan Presiden UMNO yang serba haru biru sebegitu perwakilan Pemuda UMNO yang bertempik berteriak tanda sokongan saat Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi memperlekeh, merendah-rendahkan dan cuba memperburukkan rakan penyatuan ummah dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Lagi bukti hipokrasi pimpinan UMNO pro kluster mahkamah.

Sedang ramai dalam kalangan pimpinan dan akar umbi UMNO yang jelas dan sepakat perihal penyatuan parti Melayu, yang mana naratifnya dimulakan sendiri melalui PAS dan UMNO, saat PAS kekal istiqomah bersama dengan BERSATU dan juga UMNO atas nama ummah, tetapi ternyata cubaan menyelamatkan diri kerana salah laku dan mengkhianati gagasan besar ini telah ditunjangi Zahid dan konco kluster mahkamahnya.

Persoalannya, kalau NO DAP, NO ANWAR (konon) & NO BERSATU (dan PAS), gamaknya inilah masa UMNO jalan sendiri sebagai satu-satunya parti abang kepada segala abang, tok ayah kepada segala tok ayah. Dah ‘terrer’ sangat bertandinglah 222 kerusi parlimen biarpun berkali-kali BERSATU sua tangan untuk buka ruang atau kembali ke meja rundingan. Keangkuhan yang dipelopori kluster mahkamah pasti akan membawa UMNO kepada kehancuran.

MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
Ketua Penerangan ARMADA Nasional





JANGAN SAMPAI TIMBUL GELARAN ‘KLUSTER PELAHAP JAWATAN’….

 

Untuk kesekian kalinya, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah terus membuat saranan agar Ahli-Ahli Parlimen parti itu yang memegang jawatan dalam kerajaan harus segera meletakkan jawatan.

Katanya, selepas putus hubungan dengan Bersatu dimuktamadkan dalam PAU kali ini, mereka tiada pilihan lain lagi selain perlu mengundurkan diri.

“Presiden UMNO menegaskan sekali lagi dalam ucapannya apa yang diputuskan oleh MT bahawa kita akan putus kerjasama dengan Bersatu.

“Ini bererti semua Ahli Parlimen UMNO yang menjadi menteri, timbalan menteri dan pegang jawatan pengerusi GLC mesti tarik diri.

“Kalau boleh hari ini juga,” tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Bagaimanapun sehingga ini hanya seorang menteri yang tampil menyatakan kesediaan berundur daripada kabinet jika itu yang diputuskan oleh parti.

Beliau ialah Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Dua orang menteri lain, Annuar Musa dan Reezal Merican Naina Merican seolah-olah enggan akur dengan saranan meletakkan jawatan itu, malah menyifatkan ia hanya pandangan peribadi Ku Li semata-mata.


Kata Annuar, keputusan parti setakat ini ialah UMNO terus berada dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

“Apa yang Ku Li cakap ini bercanggah dengan keputusan parti. Ia satu kesalahan,” katanya sambil mengingatkan bahawa Ku Li hanya sekadar ketua bahagian saja, sama jawatan sepertinya dalam UMNO.

Reezal Merican juga menyifatkan saranan Ku Li sekadar kenyataan peribadi pemimpin veteran itu.

“Pendirian parti ialah semua Ahli Parlimen UMNO akan kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan,” tambah Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.

Hmmmm…nampaknya kedua-dua menteri ini amat sayang untuk melepaskan jawatan menteri mereka begitu saja.

Entah-entah, kalau ada keputusan parti agar semua Ahli Parlimen UMNO perlu segera menarik diri daripada kerajaan, nanti timbul pula hujah atau alasan lain daripada mereka untuk mewajarkan keseronokan menikmati kedudukan sebagai menteri, walau hakikatnya BN kalah dalam PRU14 lalu.

Selain itu, kalau kita perhatikan, dalam ucapan perasmian PAU pagi tadi, Zahid Hamidi juga ada menyentuh tentang keputusan MT UMNO bahawa sokongan atau keberadaan parti dalam kerajaan PN hanyalah sehingga Januari 2021 saja.

Selepas tarikh tersebut, sebagaimana pendirian asal UMNO, mandat hendaklah dipulangkan kepada rakyat membuat pilihan siapa yang mereka mahukan sebagai kerajaan.

Dengan apa yang disebut Zahid Hamidi itu, fahamlah kita akhirnya mengapa Muhyiddin Yassin beria-ia sangat mahu darurat dilaksanakan, meski cadangan kali pertama telah ditolak oleh Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Meskipun begitu, sebagai parti yang bertanggungjawab dan berpegang kepada pendirian sendiri, walau ada darurat sebagai sekatan daripada Muhyiddin untuk menghalang kerajaannya dijatuhkan, UMNO masih boleh berbuat sesuatu agar PRU dapat diadakan segera.

Ia tidak lain ialah dengan Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan, tak kira sama ada sebagai menteri, timbalan menteri atau pengerusi GLC, harus meletakkan jawatan dengan segera, sekaligus mengumumkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan PN.

Soalnya, selain Ku Li, kenapa hanya Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz saja yang sanggup berbuat demikian?

Kenapa yang lain-lain enggan berbuat demikian?

Bukankah sepatutnya mereka ini, jika benar mahukan PRU dan yakin UMNO boleh kembali berkuasa semula, harus segera berundur daripada semua jawatan dalam kerajaan?

Apa yang pelahap sangat dengan jawatan dalam kerajaan sehingga sanggup melihat UMNO terus dibuli dan diperkotak-katikkan oleh Bersatu?

Dan jangan sampai nanti ahli akar umbi UMNO menggelar semua yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang sebagai “kluster pelahap jawatan” yang hanya memikirkan tembolok saja sendiri berbanding perjuangan? 

(Shahbudindotcom 28/03/2021)





ORANG GOMBAK PUN DAH BENCI GAMAKKNYA...SEBAB TU NAK LARI....BERANI TUNGGI DAN PERTAHANLAH DI BUKIT ANTARABANGSA TU DAN GOMBAK....

 

SAM LIM


Kan dah susah,kalau jadi pemimpin pilihan rakyat tak payah pikir ape-ape,tunggu tarikh pilihanraya je 

Orang dah cakap sondol kot belakang nikmat dia sekejap je ko tak nak dengar 

Ingat.. kamar pasti datang,cepat atau lambat je..


May be an image of 2 people, people sitting and text that says "Azmin serahkan Muhyiddin tentukan lokasi kerusi selamat PRU-15 March 26, 2021 4:45 pm"

 

VIDEO : 'Kalau boleh hari ini' - Ku Li mahu menteri, timbalan letak jawatan


Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sepatutnya semua ahli parti yang memegang jawatan dalam kabinet, kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu menarik diri secepat mungkin.






SIASAT JANGAN TAK SIASAT...MENTERI AGAMA PUN ADA.BANYAK KALI DAH DIA TAK IKUT SOP...MENTERI NIKAH KAWIN TU...

 

SOP COVID-19: Polis siasat majlis pernikahan Neelofa, penganjur dipanggil petang ini

Hafizi Rosli
SOP COVID-19: Polis siasat majlis pernikahan Neelofa, penganjur dipanggil petang ini
Gambar majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz tular di media sosial didakwa tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tiada penjarakan fizikal - Sumber foto: Pembaca Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur serta pihak hotel bagi majlis pernikahan selebriti, Neelofa, 32 dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Kami menerima laporan berhubung isu ketidakpatuhan kepada SOP, jadi kami sudah membuka kertas siasatan pada semalam (Sabtu).
"Dijangka petang ini pihak penganjur majlis dan pihak hotel akan datang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Perkahwinan Neelofa | Didakwa tidak patuh SOP, polis buka kertas siasatan
Mohamad Zainal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan memanggil pengantin dan tetamu untuk membantu siasatan.
"Ada kemungkinan kita akan panggil mereka jika ada keperluan, tapi buat masa sekarang kita akan panggil penganjur dan pihak hotel yang sediakan premis untuk majlis itu berlangsung," katanya.
Dalam pada itu, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menerusi laman Twitter beliau dengan meluah rasa sedih atas situasi gambar itu.
"Sangat sedih melihat ini. SOP dirangka mempunyai sebab tersendiri. Saya berharap agar tiada kluster baharu wujud daripada majlis perkahwinan ini," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Neelofa and PU Riz were legally married at 11.43am at a leading hotel in the capital on Saturday.
Since yesterday, virtual citizens questioned the wedding ceremony which allegedly did not comply with the SOP, which is that there was no physical imprisonment during the marriage contract process.
Entertainment | Neelofa is now the wife of PU Riz

VIDEO : PAU UMNO 2020 - PEMUDA UMNO ' BELASAH' PAS DI HADAPAN PERWAKILAN DAN WAK...




Umno 'belasah' Pas kerana Pas masih bersama Bersatu? Umno pun lupa,

pemimpin mereka sendiri masih makan 'disuap" oleh Muhyiddin.Jawatan Menteri,

 GLC…kemudahan suapan untuk Umno…



OWHHH..INI MAKNANYA KHIANAT

 

PAKSU RODZI


Parti kianat Malaysia.. disokong.... penunggang agama seMalaysia..pasial


May be an image of text that says "& Dianggotai oleh Pengkhianat Tumpang PH khianat PH Pakat dengan UMNO tapi nak ganti UMNO #Khianat"


Ahli UMNO pegang jawatan menteri, timbalan menteri perlu tarik diri serta-merta - Ku Li Fauzi Suhaimi

 

Fauzi Suhaimi
Ahli UMNO pegang jawatan menteri, timbalan menteri perlu tarik diri serta-merta - Ku Li
Ku Li berkata, Pas perlu mengasingkan diri daripada Perikatan Nasional jika mahu teruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli parti yang memegang jawatan dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya menarik diri serta-merta.
Ini termasuk mereka yang diberikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Tengku Razaleigh atau Ku Li berkata, tindakan itu selari dengan cadangan daripada UMNO Bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan untuk memutuskan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).
"Cadangan daripada Bahagian yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan menegaskan sekali lagi apa yang telah diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
KT memutuskan bahawa kita akan putus kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Ia juga bererti semua ahli UMNO yang jadi menteri, timbalan menteri dan yang pegang jawatan dalam GLC mesti tarik diri mulai hari ini," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 di sini, hari ini.
PAU 2020 | Menteri, Timbalan Menteri UMNO digesa tarik diri
Ditanya mengenai hubungan Pas dalam PN, Ku Li berkata, Pas perlu mengasingkan diri daripada PN jika mahu teruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).
"Kita (sudah) tiada kena-mengena dengan PN dan kita akan lawan PN (dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti).
"Kalau Pas ada, apa kita boleh buat. Kalau masih mahu bersama MN, (Pas) perlu asingkan diri daripada PN. Ini kerana, kita tidak menganggotai PN," katanya.

Menteri nikah kahwin dalam filem Musang Berjanggut

 


Menteri nikah kahwin dalam filem Musang Berjanggut


Pada tahun 1959, seniman Agung P.Ramlee mengarah sebuah filem berjudul ‘Musang Berjanggut’

Filem terbitan Runme Shaw menampilkan P.Ramlee sebagai Tun Nila Utama dan Saadiah sebagai Puspa wangi.

Apa yang mempesonakan ialah kepintaran Puspa Wangi berpayung dalam hutan untuk mengelak ranting jatuh, menghindari binatang berbisa selain ketekunannya mengasing rempah ratus Tun Nila Utama.

Mesej yang ingin dihantar oleh P.Ramlee jauh lebih besar dari mesej miang-miang keladi, semakin tua semakin menjadi.

Ia memaparkan kerendahan moral, kebobrokan akhlak dan ketololan kabinet Sultan Alam Shahbana bersama Datuk Bendahara Paduka Raja, Datuk Bentara Mangkabumi dan Datuk Pujangga.

Lebih menggelikan hati ialah watak ulama jahat (su’) iaitu Datuk Nikah Kahwin yang berjubah serta berjanggut.


Mereka adalah gambaran loyalists yang kita kenal hari ini sebagai minions (Pak Turut).

P.Ramlee berjaya meletakkan Datuk Nikah Kahwin sebagai menteri paling korup dan rendah akhlaknya.

Terima kasih P.Ramlee.

 






UNDI 18 JADI IGAUAN BUAT KERAJAAN TEBUK ATAP

 






Pada 16 July 2020 saya pernah menulis dan menimbulkan persoalan "WAJARKAH PAKATAN HARAPAN JADI KERAJAAN WAKTU INI"? Ini adalah kerana keadaan politik, pentadbiran KERA jaan dan ekonomi pandemik yg KETIKA ITU saya jangka semakin teruk dan menekan hidup Rakyat.

Anda rasa dengan semakin banyak pengangguran berlaku dan "Trust Deficit" yg tidak mungkin diatasi oleh sekumpulan Ahli Politik yg MENCIPTA TRUST DEFICIT itu sendiri, maka PN akan menang di PRU15?

Mereka sendiri tidak yakin terutama Undi-18 yg kita ketahui anak-anak muda MAJORITInya adalah "anti-establishment" ditambah kesukaran mereka terpaksa hadap bagi mendapatkan kerja atau menyambung pelajaran selepas alam persekolahan.

Apakah jika ditangguhkan Undi-18 sehingga 2022 atau 2023 anak-anak muda ini akan sokong PN? Tunggu dan lihat. Saya yakin KERAT PN tidak akan mampu mengatasi masalah ekonomi dan kos sara hidup menjelang PRU15 pun.

WALAU bagaimanpun...JIKA MP-MP UMNO yg "TERTENTU" mahu bekerjasama dgn DSAI dan PKR bagi menjatuhkan PN sekaligus menyelamatkan ekonomi negara, saya anggap itu satu BONUS dan menyokongnya.

TAPI, ia tidak hadis TANPA RISIKO. Waktu itu DSAI dan PH mesti bekerja keras dalam masa yg singkat dan terhad bagi memulihkan ekonomi negara sekurang-kurangnya meringankan beban kos sara hidup rakyat. Ia bukanlah mudah.

JIKA GAGAL, bersedialah dgn undi penolakan anak-anak Muda 18 tahun ini yg tetap akan jadi anti-establishment. Oleh itu PH mesti berhati-hati menyantuni mereka.

Wallahualam.

- Zus Din

28 March 2021

 

RAKYAT MAKIN TERSEPIT DENGAN KOS SARA HIDUP

 




#IMBAU_KEMBALI #03

Pada 9 Disember 2020 saya pernah menulis bahawa "RAKYAT MAKIN TERSEPIT DGN KOS SARA HIDUP". Adakah pada March 2021 ini anda lihat keadaan semakin baik?

Pengangguran bertambah, kos sara hidup meningkat, FDI menjunam, begitu juga DDI. Tiada pelaburan baru bermakna TIADA bisnes baru. Tiada bisnes baru bermakna TIADA peluang pekerjaan baru.

Ini memberi impak negatif kpd kuasa beli rakyat dan Ekonomi pandemic. Anda rasa menjelang PRU15 pada tahun 2023 maka keadaan akan bertambah baik?

Saya ramalkan keadaan akan bertambah teruk kerana TRUST DEFICIT dihadapi oleh KERAMITA. Sekumpulan org yg sama yg mencipta masalah ini tidak akan dipercayai lagi oleh masyarakat antarabangsa. Kaedah memulihkan TD ini ialah dgn meletak jawatan dan diserahkan kpd sekumpulan org yg KOMPETEN.

Penjilat2 PN tidak akan percaya dgn apa yg sebutkan ini TAPI kita tunggu setahun dua lagi apa yg akan berlaku. Jangkaan saya, Rakyat akan semakin marah terhadap PN (PA$+PPBM) dan juga kpd UMNO BN yg MENONGKAT puak CutiTokrasi ini.

BUKANkah nanti sebahgian yg akan pergi mengundi dalam keadaan menganggur dan marah dgn KERAT PN yg gagal meningkatkan ekonomi dan peluang pekerjaan? Itu belum dikira Undi-18 JIKA dilaknanakan. Jangan harap anak-anak muda anti-establishment akan undi KERAT PN jika gagal ditangani rintihan mereka.

Wallahualam

- Zus Din

28 March 2021

 

TAK KISAHLAH..ANWAR PUN BUKAN AJAK PUN..TAPI TELOQ ADA KA KELUAR DARI PN ?

 

Tak kesahlah UMNO nak tetapkan mcm mana sekalipun. Itu hak dia. Tapi tunjuklah ada punai dan teloq utk tarik sokongan kpd Abah Kau Moo dan PN SEKARANG. Takkan nak tunggu PRU15? Tahun 2023 kot? PN akan drag sampai habis penggal.

ZUS DIN


May be an image of 1 person and text that says "Mohd Sayuti Omar Favourites ΚΕΤΕΤΑΡΑΝ DIAMBIL UMNO Presiden Umno Zahid Hamidi berasaskan kepada kehendak akar umbi parti itu telah mengesahkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, tidak akan kekal dalam erajaan PN. Menurut Zahid, Umno juga tidak akan bekerjasama denga mana2 gabungan tetapi sedia untuk mengadakan resert politik selepas pilihan raya ke 15 dengan mana2 pihak sahaja. Umno juga tegasnya akan bertanding bersendirian menggunakan lambang Dacing. Dijangka ketetapan dan keputusan itu akan diendorsekan dalam perhimpunan kali ini. Trims. PERHIMPUNANAGUN AN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2020 28 MAC 2021 LIMNO 2020 AHAD BERSATU .BERSETIA"



TAK KAN LA PAS NAK MENIPU KAN?


HAMZAH RIE NA


Takan lebai nak menipu..

Lebai menipu dapat pahala masuk sorga.. - Walaun

Asal lebai bersuara mesti wajib menipu & putar belit..

#ulamaSuk

#ulamaJahat

SR


 May be an image of ‎3 people and ‎text that says "‎MANIFESTO دالاهانباس PAG 15 PAS TERENGGANU SEMPENA PRU-14 NOMBOR 2 LOT TAPAK RUMAH SETIAP RAKYAT TERENGGANU BERUMUR YANG LAYAK BERHAK MENDAPATKAN 1LOT TaPaK RUMAH KEDIAMAN ATAU UNIT RUMAH KEDIAMAN TERENGGAN JANJI DIKHIANATI! MAJU.BER MAJU. "Seseorang yang berbohong dalam politik akan melakukan penipuan terhadap rakyat dengan apa sahaja propaganda bagi mendapatkan sokongan." (Minda Presiden PAS: Cegah berita bohong, selamat dunia akhirat 21 MAC 2021) SR‎"‎‎

KAH...PAS JANGAN ANGKUH DAN BUAT BUAT LUPA


HAMDAN TAHA

Marah pemuda Pas ni kepada Ketua Pemuda umno dan dia keluar ayat bahawa ada pemimpin umno menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM dan itu tindakan tidak wajar kononnya lahhh.   Suka saya nak ingatkan Pas bahawa mereka sokong Anwar Ibrahim jadi PM ni pada tahun 1999,2004 2008 2013.....apakah Pemuda Pas lupa pada sejarah....atau mereka sama macam ayahenda presiden mereka suka lupa apa yang pernah di ucapkan....


TULISAN DARI SEORANG PENYOKONG

Salam bang asalamualaikum, nak menulis sedikit....

Saya lahir dalam keluarga umno dan membesar pun dalam persekitaran politik umno. Saya biasa hadir dalam mesyuarat umno cawangan dan bahagian. Pernah juga mempengerusi mesyuarat agung umno cawangan.

 

Bila masuk u saya mula terdedah dengan parti-parti politik yang lain. Hati saya mula tertarik kepada pas. Saya juga mula hadir program-program Pas dalam u. Bila mula bekerja saya terus tertarik dengan Pas...dan merasakan akan aktif dengan Pas bila telah meninggalkan perkhidmatan nanti.

 

Tetapi...mulai Pas menjadi pemerintah dengan bergabung dalam kerajaan pn, hati saya mula di hiris sedikit demi sedikit. Mula timbul banyak pertanyaan dan otak juga berfikir dengan segala tingkah laku pemimpin Pas,

dan hari ini, saya mula menganggap pemimpin politik sama sahaja. Bagus atau tidak pemimpin politik itu bukan ditentukan oleh parti yang di anggotai, tapi diri pemimpin itu sendiri.....sekian.

 

(Ini tulisan seorang sahabat saya,orangnya masih bertugas dan berjawatan tinggi,beliau hantar ke saya luahan dia. Bagi dia dan saya juga bersempedapat dalam bab ini. Rakyat mula meragui keikhlasan pemimpin politik sekarang,rakyat dah dapat bezakan kerana semua parti telah pernah jadi kerajaan dan pembangkang,maka rakyat boleh menilai 100 peratus. Semasa pembangkang dan selepas jadi kerajaan)




Amaran Pemuda PAS pada Umno: Usah biadab depan ayahanda kami