‘Captagon’ dadah baharu militan, rangsang jadi berani, kata Ayob Khan

 


Selasa lalu, media melaporkan kejayaan kastam mematahkan cubaan menyeludup 94.8 juta pil ‘Captagon’ bernilai RM5.2 bilion dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor, pada 15 Mac lepas, dianggar seberat 16 tan yang disorok dalam roda troli. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Pil “Captagon” yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini, dipercayai dadah jenis baharu yang biasa digunakan ahli militan dalam merangsang keberanian untuk melakukan kegiatan keganasan, kata Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau yang sebelum ini bekas ketua penolong pengarah Bahagian Antipengganas (E8), Cawangan Khas Bukit Aman berkata, dadah itu “belum ada” di negara ini sepanjang tempoh empat tahun beliau menerajui unit berkenaan.

“Saya difahamkan memang ia dadah baharu, pasarannya untuk Asia Barat. Di sini (Malaysia) belum digunakan…penglibatan militan-militan seperti Abu Sayyaf di selatan Filipina, memang mereka biasa ambil syabu sebelum mereka buat aktiviti keganasan. Modus operandi sama, cuma dadah jenis baharu.

“Semasa berkhidmat di unit E8, saya tidak pernah dengar lagi dadah ini tetapi saya difahamkan Captagon ini boleh merangsangkan individu yang ambil pil itu…dari tidak berani menjadi berani…ia lebih kurang syabu (kesannya),” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Selasa lalu, media melaporkan kejayaan kastam mematahkan cubaan menyeludup 94.8 juta pil “Captagon” bernilai RM5.2 bilion dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor, pada 15 Mac lepas, dianggar seberat 16 tan yang disorok dalam roda troli.

Jika masih ingin bersama Dr M, rakyat akan hukum PH, kata Pemuda PKR Sabah

 

Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, ketika menjadi perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad banyak menolak inisiatif dari beberapa kementerian termasuk untuk melaksanakan beberapa janji yang termaktub dalam manifesto PH. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, Pakatan Harapan (PH) perlu menolak sebarang kerjasama dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya atau mereka akan dihukum rakyat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau berkata, kenyataan itu bukan serangan peribadi namun berpendapat PH sudah cukup memberi banyak peluang kepada Mahathir pada PRU lalu.

“PH bukan saja menerima PPBM malah menjadikan Mahathir sebagai pengerusi PH serta calon perdana menteri daripada gabungan itu.

“Seperti yang saya pernah kata, Mahathir hanya kebetulan berada di tempat dan masa yang tepat, gelombang kebangkitan rakyat pada PRU lalu sudah sampai ke puncak yang menyaksikan penolakan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa itu.

“Kita telah berikan kerusi terbanyak kepada parti beliau namun hanya berjaya memenangi 13 daripada 52 kerusi Parlimen yang ditandingi. Maka tidak timbul beliau sebagai faktor kemenangan PH,” katanya dalam kenyataan.

Razeef berkata, ketika menjadi perdana menteri, Mahathir banyak menolak inisiatif dari beberapa kementerian termasuk untuk melaksanakan beberapa janji yang termaktub dalam manifesto PH.

“Apa yang sangat terkesan hingga ke hari ini adalah apabila beliau menyatakan ‘manifesto bukan kitab suci’ dan tidak ada keperluan untuk menunaikannya.

“Perkara ini menimbulkan kemarahan kepada rakyat yang akhirnya diterjemah melalui pilihan raya kecil (PRK) yang mana keputusannya menyaksikan parti penyandang kekal menang di kerusi ditandingi tetapi parti beliau dahulu iaitu PPBM tewas dalam dua PRK selain kehilangan kerusi DUN Semenyih serta Parlimen Tanjung Piai,” katanya.

Beliau berkata, Mahathir juga sanggup menggadaikan prinsip beliau dengan menarik seramai 13 Ahli Parlimen Umno untuk menyertai PPBM yang akhirnya menjadi pengkhianat kepada PH.

Katanya, kemarahan rakyat juga semakin memuncak apabila beliau cuba menggagalkan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim seperti termaktub pada perjanjian muafakat PH yang ditandatangani semua pemimpin parti dalam PH.

“Langkah Sheraton juga tercetus dari idea beliau untuk membentuk kerajaan Melayu-Islam tanpa DAP, PKR dan Amanah sekaligus membatalkan janji dalam PH untuk beliau terus berkuasa.

“Gerakan ini bermula secara terbuka ketika kongres maruah Melayu diadakan setelah melihat beliau mendapat sokongan Umno dan PAS.

“Selain meletak jawatan sebagai perdana menteri secara gopoh tanpa berbincang dengan Majlis Presiden PH, beliau juga beberapa kali menggagalkan usaha untuk mendapatkan semula mandat rakyat kerana tidak bersetuju Anwar dicalonkan sebagai perdana menteri,” katanya.

Razeef berkata, Mahathir juga menggunakan taktik yang beliau mahir iaitu “pecah dan perintah” apabila mencadangkan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri dan cuba memerangkap Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam permainan kotornya yang akhirnya menimbulkan pergeseran antara komponen PH.

Katanya, perpecahan itu bukan sahaja menggagalkan usaha mendapatkan kembali mandat rakyat malah menyebabkan kerajaan Warisan Plus tumbang di Sabah.

“Maka saya menasihatkan bukan sahaja PKR, malah rakan dari DAP dan Amanah agar menolak kerjasama dengan Mahathir yang jelas akan menyebabkan rakyat menolak PH pada PRU15.

“Masuk ke dalam lubang ular yang sama sebanyak dua kali hanya menunjukkan PH masih belum matang untuk memimpin negara ini dan saya percaya jika PH masih ingin bersama Mahathir, rakyat akan menghukum PH melalui peti undi,” katanya.

PEMBELI RUMAH PR1MA TERBENGKALAI TIDAK DIBELA, PEMAJU DIBERI PAMPASAN?

 

ISU KARTEL POLIS - SIAPA JAGA RAKYAT?


Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan PERIKATAN NASIONAL menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat pendedahan mengejutkan Abdul Hamid mengenai kewujudan ‘kartel’ polis.





[[LIVE]] 24.3.2021 PAS kata RUU355 dah tak penting.


[[LIVE]] 24.3.2021 PAS kata RUU355 dah tak penting. Sekarang pejuang nak harmonikan undang2 sivil. UMNO lupakan Bersatu. PAS tak nak cerai dua-dua. Bermadu kasih pada yang tak sudi. Azmin kata dia selectif pilih pelabur. Betul ke atau sebenarnya dia temberang? GEMPAR 300 Ahli pkr Perak sertai gerakan? Mukriz kata Mahathir dia tiada manfaat? Zahid sahkan tiada kerjasama dengan PKR






Panas! ‘Politik sate’ dah membarah dalam UMNO?

 

Panas! ‘Politik sate’ dah membarah dalam UMNO?


Semua pemimpin dan ahli UMNO mesti menjauhkan diri daripada amalan ‘politik sate’ yang boleh menghancurkan perpaduan dan keutuhan parti.

Saranan itu disuarakan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim dan ‘politik sate’ itu merujuk kepada perbuatan kipas-mengipas dan menikam sesama sendiri.

Beliau berkata, amalan sedemikian tidak akan ke mana malah UMNO serta akar umbi yang sayangkan UMNO akan menjadi mangsa keadaan.

“Membina perpaduan dan meletakkan permuafakatan sesama sendiri sesungguhnya satu perkara yang bukan mudah, namun apabila salah percaturan dan istiqamah perjuangan ianya boleh menghancurkan masa depan parti,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Norshidah turut menyeru kepada pemimpin dan ahli UMNO agar menjauhkan serta mengelakkan fitnah, iri hati, hasad dengki dan cemburu buta sesama sendiri.

“Apatah lagi masing-masing menimbulkan syak dan wasangka antara satu dengan yang lain kerana ia bukan sahaja akan memudaratkan perpaduan sesama sendiri malah boleh menjadi barah dan nanah kepada institusi parti UMNO yang kita sayangi ini,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan tentang komplot pihak tertentu yang ingin melihat UMNO berpecah-belah sehingga menyebabkan ‘kapal yang sedang berlayar terhenti dan karam di tengah lautan’.

“Marilah kita bersama-sama mendayung kapal yang sedang belayar ini sampai menuju ke destinasi kejayaan yang gemilang.

“Janganlah kita mudah terperangkap dengan mainan-mainan politik ‘politik sate’ kerana natijahnya tidak akan ke mana,” katanya.

Berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini, Norshidah menyifatkan ia sebagai pengalaman baharu yang cukup penting untuk masa depan parti merangkumi sokongan pendukung, penyokong serta kepimpinan akar umbi pelbagai peringkat.

Beliau berkata, ia merupakan perhimpunan bersejarah yang akan berlangsung untuk melihat serta memperkemaskan formula terbaik untuk parti melangkah dengan lebih perkasa ke depan.

Menurutnya, sudah tentu norma baharu yang diaplikasikan pada perhimpunan kali ini bukanlah satu halangan kepada pimpinan untuk sama-sama membangkitkan semangat yang tinggi dan jitu dalam kalangan pejuang-pejuang parti.

“Malah satu platform terbaik dalam merungkai segala formula dan keluh kesah akar umbi untuk mendepani cabaran dan gelombang yang tentunya akan berada di masa hadapan.

“Paling penting dan paksi kepada perjuangan hari ini adalah perpaduan Melayu.

“Ia sekali lagi ditekankan kuncinya agar parti Melayu keramat ini terus bersemangat waja, kekal utuh dalam muafakat yang dibina secara berhemah sejak sekian lama,” katanya.

Katanya, bagi Wanita UMNO di seluruh negara, inilah masa dan platform untuk sama-sama menggenggam erat tali persaudaraan ukhuwah dan tali permuafakatan.

“Di depan kita banyak cabaran yang bakal mendatang,” katanya.




Panas! PDRM berjaya patahkan rancangan bunuh Mujahid, Thomas

 


Panas! PDRM berjaya patahkan rancangan bunuh Mujahid, Thomas


Pasukan anti-pengganas polis mematahkan rancangan membunuh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng tahun lepas, kata Penolong Pengarah Unit Cawangan Khas Bahagian Counter Terrorism (E8) Azman Omar.

Bercakap di satu forum maya berkenaan radikalisme dan ekstremisme pagi tadi, Azman berkata individu yang ditangkap juga mengaku merancang untuk menyerang secara bersendirian bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa dan bekas peguam negara Tommy Thomas.

Menurut laporan The Malaysian Insight, individu itu merancang untuk menikam mereka.

“Kami dapat menghalang dia daripada melakukan jenayah itu pada Jan 2020, beberapa bulan sebelum negara bawah perintah kawalan pergerakan,” katanya di forum anjuran International Institute of Advanced Islamic Studies.

Kes itu antara tujuh tangkapan yang dibuat E8 pada 2020, kata Azman, berbanding lebih 10 serbuan dan tangkapan pada 2019, dan 109 serbuan dan tangkapan pada 2018.

Berhubung ancaman militan agama, Azman berkata situasi sekarang terkawal dengan golongan pensimpati kurang dorongan selepas kematian pemimpin IS, Abu Bakar Al-Baghdadi, dan militan warga Malaysia lain.

“Usaha yang pasti gagal bagi mereka,” katanya.



Ekonomi Jahanam Jika Kerajaan Tebuk Atap Kekal Berkuasa

 







Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif



Ketika negara jiran lain di Asia Tenggara terus menikmati limpahan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang tinggi sewaktu pandemik Covid-19, Malaysia pula terus dirundung malang apabila satu demi satu syarikat berteknologi tinggi asing yang pernah melabur ratusan juta ringgit mula meninggalkan negara ini.



Laporan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Perdagangan dan Pembangunan menyebut lebih 80% dari AS$156 bilion FDI di ASEAN tahun 2020 telah diterima oleh Indonesia, Singapura dan Vietnam. Manakala Malaysia yang tersohor dengan “Kerajaan Melayu-Islam Paling Hebat” hanya menerima 5% atau AS$7.8 bilion, yang sudah pastinya FDI terendah dalam kalangan negara membangun ASEAN.



Kehilangan pekerjaan



Rakyat Malaysia secara tidak langsung terus ditimpa malang apabila beribu-ribu orang pekerja kolar putih terpaksa berhadapan dengan kehidupan yang tidak menentu apabila syarikat-syarikat hi-tech asing menutup operasi mereka. Kadar pengangguran dijangka terus meningkat dan peluang pekerjaan menjadi semakin sengit serta amat terhad.



Pada separuh kedua tahun 2020 lalu, operasi teknologi maklumat syarikat minyak gergasi dunia Shell telah dipindahkan ke India. Perpindahan ini mengakibatkan syarikat sekutu dan penyedia solusi teknologi maklumat bagi Shell iaitu syarikat T-System dari Jerman yang berpangkalan di Cyberjaya turut menutup operasinya. Malang bagi Malaysia apabila 800 pekerja mahir T-System yang terdiri dari sebahagian besarnya anak tempatan, hilang pekerjaan.



Kesan berganda terhadap kelemahan pengurusan ekonomi Kerajaan Tebuk Atap PN terus membawa celaka kepada golongan profesional dan separa profesional dalam industri teknologi maklumat apabila syarikat gergasi komputer IBM juga mengambil langkah meninggalkan Malaysia pada Mei 2021 ini.



IBM telah melabur lebih RM1bilion untuk membangunkan Pusat Pengedaran Globalnya di Cyberjaya sejak tahun 2011. Penutupan operasi IBM di Cyberjaya menyaksikan satu lagi malapetaka kepada lebih 3000 pekerja IBM. Mereka akan menghadapi dengan masa depan yang tidak menentu dan terpaksa memasuki zon pengangguran yang kini semakin membesar. Satu lagi kejayaan Kerajaan Tebuk Atap PN!



Pendapatan isi rumah pekerja yang dibuang kerja sudah pasti terjejas dan kesempitan hidup sudah tentu akan mula dirasai oleh ramai golongan profesional dan berpendidikan tinggi yang sebelum ini berjawatan tinggi dalam industri berteknologi tinggi.



Kehidupan yang dulunya selesa dan bahagia bertukar menjadi tersepit apabila notis tunggakan sewa-beli rumah dan ansuran bulanan kereta memenuhi peti surat kediaman pekerja kolar putih ini.



Kerajaan PN tidak peduli



Perniagaan terpaksa gulung tikar dan Kerajaan PN masih cuba mengekalkan kuasa secara jijik dengan “memancing” Ahli Parlimen pembangkang untuk terus kekal berkuasa secara 'nyawa-nyawa ikan'.



Sesunguhnya, Kerajaan Tebuk Atap PN yang berkuasa pada hari ini sudah tidak mendapat keyakinan pelabur-pelabur asing. Malah pelabur-pelabur sedia ada pun sudah mulai angkat kaki. Jika PN kekal berkuasa nescaya industri berteknologi tinggi Malaysia menuju ke era kejahanaman yang nyata dan kita akan berhadapan dengan laluan sukar untuk bangkit semula sebagai kuasa ekonomi pada masa akan datang.



Marilah sama-sama kita doakan agar pimpinan Kerajaan Minoriti Tebuk Atap PN yang gagal menangani dan mengurus ekonomi negara ini “dihumban” keluar dari Putrajaya atau tersungkur dalam Parlimen Malaysia!.



Yang jelas dakwaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bahawa Kerajaan PN mengambil pendekatan selektif dalam memilih pelabur asing adalah lawak paling lucu dalam sejarah penyandang jawatan menteri MITI di Malaysia.

_________________________________________________________________________________



Penulis adalah Ketua Penerangan Negeri KEADILAN Terengganu.

 

ELEH..PEMUDA PAS KAN ADO....

 

Cemas! Korea Utara lancar dua peluru berpandu

Cemas! Korea Utara lancar dua peluru berpandu

Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik di perairan Jepun, pertama sejak pentadbiran Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Reuters melaporkan, kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas Korea Utara menembak dua peluru berpandu bukan balistik ke Laut Kuning.

Perkembangan terbaharu itu selepas Pyongyang menguji dua peluru berpandu bukan balistik ke arah Barat menghadap China pada hujung minggu lalu.

Ia susulan latihan ketenteraan antara Korea Selatan dengan AS dan lawatan ke rantau ini oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin untuk membincangkan isu kerjasama dan keselamatan.

Dalam pada itu, Jepun memaklumkan tiada sebarang serpihan peluru berpandu dikesan di kawasan perairannya.

Korea Utara menunjukkan perkembangan keupayaan persenjataannya di bawah pimpinan Kim Jong Un, dengan menguji peluru berpandu yang dikatakan mampu sampai ke kawasan di AS, ketika hubungan kedua negara bergolak pada 2017.

Ia juga mempunyai sejarah panjang yang gemar menggunakan ujian senjata sebagai tindakan provokasi.

Pun begitu, Ketua Kakitangan Gabungan Korea Selatan dalam satu kenyataan membritahu, pelancaran dua peluru berpandu itu adalah ‘peluru berpandu yang tidak dikenali’.

Ujian percubaan itu dilakukan ketika pentadbiran Biden berusaha untuk memulakan semula hubungan dengan Korea Utara.

White House dan sekutunya berusaha menyemak semula dasar terhadap Kore Utara. 



Bila Zahid nafikan kerjasama dengan PKR, itulah suara akar umbi UMNO

 


Bila Zahid nafikan kerjasama dengan PKR, itulah suara akar umbi UMNO


Bagi aku Zahid bertindak bijak menafikan hubungan dan kerjasama dengan PKR sebelum berlansungnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU).. Biarpun ianya bukan rahsian lagi Zahid secara bersendirian menulis surat menyokong Ds Anwar biarpun ditolak majoriti ahli majlis tertinggi UMNO…

Jika tidak, Zahid sebagai presiden UMNO akan diserang kiri dan kanan melalui ucapan pewakilan di Perhimpunan Agung UMNO(PAU).. Memang benar, kehendak akar umbi mahu UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu..Tetapi depa menolak sebarang kerjasama dgn PKR da DAP..

Sudah lama kelompok dari UMNO seperti Tok Mat, KULI mahu UMNO bersendirian.. Ada wujud Kluster Menteri.. ada yang mahu UMNO menarik semula sokongan kepada Kerajaan PN.. Tetapi yang berunding dalam senyap dengan PKR itu memang Kluster Kelptokrat Zahid dan Najib…

Seperti aku tulis ketika move Zahid dan Najib di Perak lagi..UMNO walau bagaimana pun akan memegang azimat dan tangkal Politik iaitu tanpa Anwar..Tanpa DAP..dan ia tak mungkin berlaku… Tapi pelik, ramai pendokong PKR dok gilakan UMNO..Itu aku pelik..

Jadi Amanah dan DAP sudah belajar apa yg berlaku di perak ?..Itu yg aku tegur Disember dulu… Jangan terikut dengan penasihat gelojoh seperti Selvador..jangan ikut rentak budak budak jahat sekeliling presiden PKR dok buat move tak tentu hala..Hat mengikut pun tak berapa cerdik..

Dah macam PAS dulu.. Hat lebih lebih nak ikut UMNO ni geng tak berapa cerdik disekeliling Presiden PAS seperti Nik Abduh, Tantawi.Zawawi, Din Ayam, Mokhtar senik dok bawa slogan Anwarinas, Anwar liberal.. depa bukan serang UMNO, Tapi dok serang Anwar hari hari….Najib dan Skandal 1MB habis depa sucikan..

Akhirnya apa yang depa nak tu bukan Islam yg dijeritkan..seperti islah dijeritkan orang sekeliling PKR.. tapi jawatan Menteri dan kuasa Politik yg depa impikan, lepas tu tuduh orang lain gila nak jadi menteri…. Dah dah lah pergunakan slogan Islam mahupun Islah demi politik peribadi.. 🙂

Ipohmali





Umno sudah pasti tolak PBBM, mungkin terima Keadilan?

 

JELANG PAU 





Anwar dan Zahid walaupun jasad
jarang berjumpa tetapi batin mereka melekat.

PERSIDANGAN Agung Umno (PAU) bermula lusa (27 dan 28 Mac 2021) adalah moment penting bagi menentukan masa depan parti itu untuk menghadapi Piraum ke-15. 

Lantaran itu para perwakilan harus bijak dan berpandangan jauh dalam membuat keputusan dalam PAU itu nanti kerana apa-apa solusi dicapai akan diguna pakai untuk penentuan masa depannya.

Naratif Piraum ke-15 Umno nanti akan terserlah dalam PAU itu. 

 

Hendaknya janganlah keputusan dibuat akan menimbulkan masalah kepada parti itu apa lagi berlaku perpecahan sesama sendiri. Sewajarnya Umno perlu diperkasakan dan kekal sebagai sebuah parti tertua yang penuh pengalaman.

Ada beberapa isu yang dikira akan dibahas dengan hangat dan lumat dalam PAU itu kelak. Antara ialah kedudukan Umno dalam kerajaan PN, hubungan Umno dengan Pas dalam MN, dan juga desas desus kemungkinan Umno akan mewujudkan penjajaran politik baru dengan mengadakan kerjasama dengan Keadilan atau PH. 

Inilah tiga mauduk penting yang akan mewarnai PAU itu nanti yang pertama kali diadakan dalam normal baru bersemuka dan secara virtual. Para perwakilan akan memberi tumpuan kepada ketiga-tiga isu berkenaan. Ada individu tertentu sudah lama cuba mempengaruhi perwakilan mengikut naluri dan kehendak mereka agar diendorse dalam PAU.

Isu apakah Umno akan menolak kerjasama dengan PPBM melatari pemikiran ahli parti itu disemua peringkat. Sebelum ini sudah ada seperti desakan daripada bahagian-bahagian Umno supaya menolak kerjasama dengan PPBM menerusi PN. Akar umbi tidak dapat menerima salam PBBM yang disifatkan sebagai jahat. Ahli bawahan Umno tidak dapat menerima perbuatan 15 orang ahli Parlimennya yang bersikap mahu membuncitkan perut dan menyelamatkan diri apabila meninggalkan parti menyertai PBBM. 

Pernyataan penolakan dan marah itu dibuat oleh sebahagian besar bahagian Umno dalam mesyuarat peringkat bahagian masing-masing. Sepatutnya ia tidak berbangkit lagi, penolakan PBBM patut menjadi konsensus yang konkrit. Dalam Umno berhadapan dengan situasi mengecut, setelah hilang kerajaan, tidak wajar Umno bertelagah sesama sendiri apa lagi soal kerjasama dengan PBBM yang sudah sah dikenal pasti sebagai suatu pengkhianat. Ahli Umno sebaiknya membuka fikiran dan mencapai keputusan bersama. 

Memandang situasi itu sudah pasti PAU akan meratifikasikan kehendak akar umbi Umno itu. Dijangka PAU esok akan membuat ketetapan tegas dan keras menolak kerjasama dengan PPBM dan mengekalkan keputusan asal Umno hanya menyokong kerajaan bukan organnya (parti PPBM). Sebelum ini Umno hanya memberi persetujuan ahli Parlimen menyokong PBBM di peringkat kerajaan bukan bekerjasama dalam politik. 

Apapun sebaiknya bagi Umno, parti itu tidak sepatutnya berada dalam keadaan sekarang ini, separuh halal separuh haram. Kerajaan PN yang didukungi oleh PPBM disokong, tetapi enggan bekerjasama dalam Piraum akan datang. Sedikit pelek. Sebaik-baik dan sebijak-bijak tindakan Umno sepatutnya gentlemen dan berani meninggalkan kerajaan PN sekarang ini juga. Sekarang. Umno tidak perlu berfikir panjang dan berdiplomasi lebih kerana ia boleh memberi kesan buru, back fire.

Berbaik dengan PBBM samalah seperti Umno memelihara anak Harimau yang mana bila besar nanti haiwan karnivora  akan memakan bukan tangan yang menyuapnya tetapi membahan si penyuapnya juga. Harimau walaupun baik tetapi membawa tabiat haiwan. Jahat dan bahaya. 

Kita tahu pendapat atau solusi dalam menyelesaikan masalah ini berbelah bahagi dalam Umno. Sebahagian mahu kekal sementara sebahagian lain mahu keluar kerana tidak percaya. Disini ia menuntut keberanian dan ketegasan presiden Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai kuasa prerogatif untuk membuat keputusan. Zahid Hamidi tidak perlu berdiplomasi atau menanti sesuatu yang tidak menjelma untuk menggunakan kuasanya bertindak ke atas anasir mencari kepentingan diri dalam Umno. Zahid kena hormat mandat ahli memilihnya sebagai presiden dan perlu menggunakannya seoptimum mungkin. 

Dalam hal ini Zahid perlu memikir nasib parti bukan nasib dirinya sendiri kalau beliau mahu dikenang sebagai pembela Umno sepanjang masa. 

Zahid perlu mendapat endorsement PAU untuk bertindak terhadap berberapa ahli MKT Umno atau wakil rakyat Umno yang tidak akur dengan keputusan parti dan lebih mementingkan diri daripada parti. Kalaupun mereka terpaksa dikenakan tindakan disiplin sehingga perlu dipecat sekalipun lakukan jangan ragu-ragu. Tidak baik menyimpan duri dalam daging atau menyimpan bisul dipunggung kerana ia menyeksakan diri. Selama mana Zahid mahu berjalan mengengkang?

Sekiranya dalam PAU itu mengambil keputusan muktamad, berkerat rotan berpatah arang dengan PPBM ia tidak dapat dielak akan mengundang sedikit masalah lain kepada Umno. Ia akan menjadikan hubungan Umno dengan Pas kekok, dan begitu juga meletakkan Pas dalam keadaan serba salah. Sekiranya Umno tidak bersama PBBM, ia menguji sejauh manakah kesetiaan Pas kepada persahabatannya dengan Umno. Sekiranya Pas tetap juga bersama PBBM bermakna Pas tidak jujur dan ikhlas dalam bersahabat. 

Tidak nampak dalam keadaan itu Pas sanggup kangkang tubuhnya untuk dua lelaki dari atas kasur di malam yang sama? Manakala melihat kepada kenyataan-kenyataan pemimpin Pas menjelaskan parti itu sedia untuk bersama PBBM. Secara nisbinya juga Pas lebih percaya kepada PBBM berbanding Umno yang sudah dikenali lama telah mengkhianati dan berlaku tidak wajar kepadanya.

Bertolak dari sejarah itu Umno perlu bersiap sedia untuk menerima "pengkhianatan" daripada Pas.

Walaupun Pas dirasakan dapat memberi sesuatu kepada Umno, namun itu bukan sesuatu yang perlu ditangisi. Umno perlu sedar ia parti lebih besar dan berpengaruh daripada Pas. Adalah tidak layak untuk Gajah merayu dan berlembut dengan Landak berduri songsang seperti Pas itu.

Sekiranya Pas memungkiri janji meninggalkan Umno dan bersama PBBM, Umno tidak perlu bersedih dan berduka nestapa. Politik itu fleksible dan boleh membentuk kerjasama dengan sesiapa sahaja. Keadilan yang juga dikhianati rakan sendiri sudah sedia menanti. Umno boleh berunding dengan Keadilan sambil mengenakan beberapa syarat munasabah. Dalam hal ini janganlah syarat mengenai jawatan perdana menteri, apa yang penting kerjasama itu berlaku demi menjamin survive Umno dan memastikan ia menjadi parti berpengaruh dan tetap relevan.

Demi merealisasikan kerjasama ini Keadilan juga rasanya tidak akan mengenakan syarat aneh, kecuali mempertahankan harapan mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai PM, itu sahaja. Kalau setakat itu Umno boleh akur apa yang penting Umno masih survive menjadi sebahagian kuasa selepas Piraum ke-15 kelak. 

Kesimpulannya PAU esok dan lusa menentukan sejauh mana kebijaksana Umno membina semula kekuatannya yang hilang dan menjadi Piraum akan datang sebagai tapak untuk menjadi pemerintah kembali. Keputusan dan resolusi yang dicapai esok juga akan menampakkan kita ke jalur manakah Umno selepas ini. [wm.kl.10:23 am 25/03/2021]