EDISI KHAS MINGGUAN 011 | PANAS!!! ALASAN TAK MASUK AKAL, TAKIYUDDIN HAL...
SENARAI PELABURAN DALAM TRILLION ? KAH.....
HAMZAH RIE NA
Panas! MB Perak bagi amaran pada Bersatu, jangan curi ahli dan bertanding tempat UMNO
UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi miliknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan dari parti lain seperti PAS untuk sama-sama diangkat sebagai sebuah kerajaan negeri yang stabil.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata kolaborasi sihat dan matang tanpa pertelingkahan itu perlu jika ingin mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat, bukannya saling bercakaran antara satu sama lain.
“Kita alu-alukan mereka yang ingin bekerjasama dan berkolabarasi dalam PRU. Untuk menang bersama-sama, kena ada keikhlasan, bukannya membunuh satu sama lain atau berkelahi. Jangan pula tubuh cawangan baharu dan curi ahli UMNO. Saya tahu apa yang berlaku di beberapa tempat.
“Yang ingin berkolaborasi, janganlah curi ahli dan jangan bertanding di tempat tradisi UMNO. Jangan runtuhkan, robek dan rosakkan apa yang kita sudah bina. Ini mesej jelas dari UMNO Perak,” kata Menteri Besar Perak itu selepas melancarkan program sanitasi COVID19 di Masjid Al Nur Lawin, di sini kira-kira 60 km dari bandar raya Ipoh.
Turut hadir Ahli Parlimen Lenggong yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Antara saman Miqdad dan Haji Hadi
ANTARA SAMAN MIQDAD DAN HAJI HADI..
Kebelakangan ini, Aku tengok ramai yang dok sindir dan ketawakan Miqdad Zakaria terutama penyokong PKR, Hanya kerana ijtihad berbeza, Lagi sanggup depa sokong dan mempercayai Ustaz kaki fitnah si Dusuki hanya kerana kebencian dan kecenderungan Politik..Soal Haq dan Bathil tolak tepi..
Begitulah teruknya pemikiran mereka sebagaimana Penyokong PAS dulu.. Sudah lah gagal faham konteks mengapa dan kenapa disaman, Sampai gagal faham apa itu Kehakiman Ingkar..Bukan bermaksud si Dusuki itu benar..Takda perbicaraan pun..
Kalau si Dusuki berlakon seolah olah kemenangan dipihak dia.. Kita faham lah..Dia memang kaki berlakon.. Tapi hat penyokong PH tumpang sekaki apehal.. ?
Sebelum ni keluar berita, mahkamah sesyen Kuala Terengganu tetapkan taksiran gantirugi RM200,000 bagi ganti rugi am beserta kos.. Siapa yang faham, Inilah penghakiman ingkar yang dulu kena kepada Haji Hadi yang mengfitnah calon PKR sebagai broker Pil Kuda.. Penyokong Lenin, Komunis kepada calon PKR di Terengganu masa PRU 13..
Pada 23 Februari 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Hj Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal hadir untuk menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lalu.
Haji Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 selepas beliau gagal untuk memfailkan writ bagi menangkis dakwaan Mohd Shamsul..
Lepas tu haji Hadi menang balik kes tu, Apakah sebab Haji Hadi betul ?.. Tu sebab kena rajin membaca.. Hakim mendapati tuduhan haji Hadi itu fitnah.. Tapi Shamsul kalah sebab Haji hadi tak sebut nama… Bukan sebab ucapan tu bukan fitnah..
Begitu juga yang dilakukan Prof Kangkung si Kamarul yang saman Facebooker, Bukan sebab dia betul..Sebab orang tak jawab saman, Hakim pun buatlah penghakiman…sama seperti kes Pesuruhjaya Perak razaman Kastam sebelum depa mengenetepikan Penghakiman..
Aku pelik puak puak ni.. Berbeza macam mana pun, Berpeganglah kepada kebenaran..Jangan sebab benci halalkan tuduhan..Sampai sanggup sokong lagi ustaz Jahat mengfitnah macam si Dusuki.. Apa salah ker kata dia tu Al Kazzab..memang dia pembohong pun..Begitu juga sebarkan hadis Palsu..Kes dia kat Ipoh saman Dr Rozaimi bukan menang pun..sebab depa lawan..
Sebelum ni macam tu jugak, Bila ada kes Sabitkan pegawai Kementerian Khalid samad.. Syed Saddiq.. Pertuduhan Lim Gaun Eng puak ni boleh kata, Tu sebab depa nak cepat tubuhkan Kerajaan..sebab ada banyak kes..Orang macam ni, Aku tak tahu depa punya IQ tahap mana.. Tap bila kena pada Parti pemimpin sendiri..Mula kata Konspirasi.. Tekanan pihak berkuasa..
Jangan jadi seperti walaun PAS..Sampaikan dulu rafizi Kalah kes NFC, Kalah kes Felda.. Kalah kes 1MDB.. Kala kes Tabung haji..depa lebih percaya UMNO dari bukti dan keterangan depan mata… Berbeza Politik pun biar lah cerdik sangat..Jangan letak level tu sama macam walaun PAS.. 😉
Ipohmali
Panas! Hadi tak dijemput lawatan PM ke Timur Tengah?
Hari ini, saya berangkat ke Mekah untuk lawatan rasmi sulung saya ke Asia Barat, bagi memenuhi jemputan Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi yang juga Penjaga dua masjid suci umat Islam.
Insya-Allah, saya akan menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu, sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh, pada 9 Mac ini. Selain menghadap Yang Teramat Mulia Raja Salman, saya dijadual mengadakan pertemuan dengan Yang Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.
Lawatan saya ini cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. Sudah pasti soal kuota haji dan urusan umrah juga tidak ketinggalan akan dibincangkan dalam pertemuan itu kelak.
Dari Arab Saudi, insya-Allah saya akan terus ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE), untuk bertemu dengan YM Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, YM Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Doakan agar perjalanan saya ini dipermudahkan dan segala urusan demi kemaslahatan ummah mendapat barakah oleh Allah SWT. Amin.
UMNO!! - Dengar Apa Yang Ahmad Said Cakap Ni! | MUAFAKAT NASIONAL
Tindakan perundangan ke atas bekas MP, ADUN PKR sedang berjalan - Saifuddin
Lompat Parti | PKR Sarawak dipimpin 'Council of Elders' - Saifuddin
IKUT NASIHAT KU LI, SEGERA KELUAR KERAJAAN PILIHAN YANG BELUM TERLAMBAT BUAT UMNO
Di sebalik UMNO sudah menetapkan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu untuk menghadapi PRU15 akan datang, keputusan kekal berada dalam kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan bukanlah suatu tindakan yang betul dan tepat sebenarnya.
Tindakan itu boleh menimbulkan kekeliruan kepada akar umbi, melemahkan parti dan seolah-olah UMNO tidak cukup yakin dengan keputusan yang diputuskannya sendiri.
Lebih penting, sementara tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu tetapi terus duduk dalam kerajaan PN yang diterajui Bersatu dan kekal menerima Muhyiddin Yassin, Pengerusi Bersatu sebagai Perdana Menteri, ini juga merupakan “lawak jenaka mega yang benar-benar bertaraf antarabangsa.”
Tidak pernah berlaku di dunia ini ada mana-mana parti yang membuat keputusan putus hubungan dengan parti lain dalam kerajaan, tetapi menangguhkan keputusan tersebut kepada suatu tarikh lain yang akan ditentukan oleh musuh tersebut.
Suami isteri yang nak bercerai atau mengumumkan tidak mahu hidup bersama pun akan keluar rumah dengan serta-merta.
Dalam keadaan ini, lebih-lebih lagi kerana Bersatu masih berharap kerjasama daripada UMNO dan selepas itu ingin menjadikan parti itu budak suruhannya, kalau pun tidak ‘membunuhnya’, dengan tempoh masa yang penangguhan itu, Bersatu sudah pasti akan terus mencari jalan untuk melemahkan UMNO.
Melalui kuasa, jawatan dan kemampuan kewangan yang dimiliki, menangguhkan tindakan keluar daripada kerajaan PN, adalah suatu kelebihan buat Bersatu.
Selain Bersatu akan terus mencari jalan untuk melemahkan UMNO dan menjadikannya parti yang bercelaru, Muhyiddin pula sudah pasti akan terus menangguh-nangguhkan tarikh untuk membubarkan Parlimen.
Oleh kerana keberadaan UMNO dalam kerajaan PN adalah sehingga Parlimen dibubarkan dan selepas itu akan berlawan dengan Bersatu di hampir semua kerusi Melayu dalam PRU, Muhyiddin sudah tentu hanya akan membubarkan Parlimen di waktu UMNO benar-benar dalam keadaan lemah.
Bermakna sekarang ini, sementara Bersatu memgambil maklum pendirian UMNO itu, mereka juga dalam waktu yang sama terus berusaha memujuk sambil mencari jalan untuk melemahkan UMNO.
Hanya apabila UMNO lemah, bercelaru dan sebahagian pemimpinnya sendiri ada yang memihak kepada Bersatu, maka di ketika itu barulah Muhyiddin akan membubarkan Parlimen agar PRU15 dapat diadakan.
Sebab itu, tindakan UMNO terus berada dalam kerajaan dan menangguhkan keluar daripada kerajaan PN, ia sebetulnya adalah keputusan yang salah bakal merugikan diri sendiri.
Yang untung dan bakal mendapat manfaat daripadanya ialah Bersatu.
Dalam hal ini, saranan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar parti itu dengan segera meninggalkan kerajaan PN adalah satu-satunya yang pilihan yang tepat pada ketika ini.
“Nasihat ikhlas saya kepada semua ahli-ahli UMNO yang berada dalam kerajaan dan GLC, Muhyiddin dah ugut hendak buang kita.
“Tunggu apa lagi, berhenti segera dan jaga maruah diri dan maruah parti Umno,” katanya dalam kenyataan pada 4 Mac lalu.
Ku Li dalam kenyataan sama turut mencadangkan agar MT UMNO segera bermesyuarat dan meminda keputusan agar tidak perlu menunggu sehingga Parlimen dibubar untuk meninggalkan kerajaan PN.
“Silap perhitungan? Putus hubungan dan keluar kerajaan PN sekarang.
“Berhenti main wayang kulit. Tak ada faedah dan tak ada kesan dengan apa yang dilakukan sekarang,” tegasnya lagi.
Sesungguhnya, UMNO melalui keputusannya tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu itu bertujuan kerana ingin kembali berkuasa dan menduduki semula kerusi Perdana Menteri, mendengar nasihat Ku Li adalah cara yang betul dan pilihan yang tepat bagi tujuan itu.
Ketika ini yang sedang lemah, lemas dengan pelbagai isu dan ditolak rakyat ialah Muhyiddin serta Bersatu, bukannya UMNO.
Keluar daripada kerajaan PN di ketika Bersatu dan Muhyiddin sedang lemah, ditolak dan sarat dengan pelbagai isu bukan saja menjadikan UMNO lebih disanjung rakyat, malah akan memaksa PRU diadakan dalam tempoh yang tidak terlalu lama daripada sekarang.
Dengan itu, peluang jauh lebih terbuka untuk UMNO memenangi pilihanraya dan dapat berkuasa semula berbanding menangguhkan masa dan membiarkan Muhyiddin yang menentukan tarikh PRU mengikut pilihannya.
Ketika Muhyiddin dibiar menentukan tarikh PRU, pastilah tarikh yang dipilihnya nanti ialah ketika Bersatu dan PN lebih kuat dan stabil berbanding UMNO serta di ketika peluang untuknya mengekalkan lagi jawatan Perdana Menteri dalam sangat cerah.
Ketika itu nanti, segala impian yang ingin dikejar UMNO tidak lagi seceria menteri di pagi hari.
(Shahbudindotcom 06/03/2021)
POTONG Q...RASANYA DIAM GITU JA DAH
SAIFUDDIN NASUTION
Vaksin dah sampai. Plan vaksin pun dah ada. Siapa yg dapat awal
siapa yg dikemudiankan dah disusun.
Sehari dua ini riuh isu orang berpangkat, orang berkedudukan
“potong Q”.
Sebaiknya kita daftar diri dan tunggu giliran.
Foto: ainazcartoon
Bongkar! Wujudkah jawatan pegawai media BN?
Barisan Nasional (BN) terpaksa mengendalikan situasi atau melakukan “damage control” selepas pendedahan memalukan semalam bahawa kenyataan pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi mirip kepada yang dikeluarkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim.
Semalam gabungan itu mengumumkan kenyataan yang ditandatangani Zahid itu dikeluarkan tanpa melalui dewan tertinggi BN dan menambah ketua pegawai medianya digantung sehingga siasatan dalaman selesai.
Setiausaha Eksekutif BN Mohd Sahfri Ab Aziz berkata, kenyataan itu tidak mendapat kelulusan sekretariat dewan tertinggi gabungan itu.
Akan tetapi semakan MalaysiaNow mendapati jawatan itu sebenarnya tidak wujud.
“Ia hanyalah ‘cover up’ BN selepas Zahid keluarkan kenyataan mirip Anwar,” kata sumber Umno kepada MalaysiaNow.
Sebelum itu, apabila ditanya siapakah nama individu yang digantung, pegawai BN berkata identiti individu tersebut dirahsiakan.
Semakan MalaysiaNow bagaimanapun mendapati, jawatan yang wujud sebenarnya ialah setiausaha bahagian media.
“Ia adalah langkah ‘damage control’ selepas media sosial mengutuk kenyataan ‘copy paste’ itu,” tambah sumber itu.
Kenyataan dikeluarkan Zahid yang mendesak ahli Parlimen BN menuntut sidang Dewan Rakyat dijalankan ketika darurat Covid-19, menimbulkan kemarahan MCA dan MIC, parti komponen dalam gabungan itu selain Umno.
Pemimpin dua parti itu semalam menjarakkan diri daripada kenyataan Zahid, mengatakan isi kandungannya bukanlah seperti yang dibincangkan semasa mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Khamis malam.
Kenyataan dikeluarkan hampir serentak dengan kenyataan PH yang ditandatangani Anwar yang disebarkan secara dalam talian.
Kenyataan itu didapati bukan sahaja ditulis dalam bahasa yang sama, bahkan mirip dari sudut gaya, selain berkembar dalam perkataan yang digunakan.
Ia semakin membuktikan kerjasama Zahid dan Anwar dalam usaha mereka menggulingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Pada Oktober MalaysiaNow mendedahkan butiran surat dihantar Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak kepada Agong untuk menyokong Anwar menjadi perdana menteri.
Menantu Hadi kata hubungan Pas, Umno, Bersatu ibarat bermadu
Pas Perak menyifatkan hubungan parti itu dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ‘hidup bermadu’ dalam alam perkahwinan.
Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, walaupun mungkin wujud perasaan tidak suka namun, setiap ‘isteri’ harus menghormati keputusan ‘suami’ sekiranya suami ingin berkahwin seorang lagi.
Demikian juga dengan senario antara Pas, UMNO berhubung kerjasama politik bersama Bersatu ketika ini, kata Mohd Akmal.
“Walaupun hatinya tidak bersetuju namun dia (isteri) kena menghormati keputusan suami untuk menikah lagi seorang. Mungkin akan wujud perkara yang tidak setuju namun sekurang-kurangnya dia menghormati.
“Kita menghormati pendirian UMNO tidak bersama Bersatu namun, kita juga minta UMNO supaya menghormati Pas untuk bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).
“Apabila wujud suasana ini, maka bahagialah ‘rumah tangga’ yang bermadu. Dia tidak setuju, tetapi dia menghormati,” katanya ketika ditemui pada Program Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (e-waste) di Dewan Komuniti Kg Ulu Chepor Tambahan, Chemor, di sini pada Sabtu.
Semalam media melaporkan Pas Pusat komited untuk memantapkan hubungan kerjasama tiga parti Melayu bersama Bersatu dan UMNO.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, agenda pengukuhan ummah akan menjadi asas perpaduan kerjasama tersebut.
Sementara itu, Mohd Akmal berkata, hubungan antara Pas, UMNO dan Bersatu semakin baik di Perak walaupun dua parti sekutu itu tidak akan bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Kita selalu berbincang antara Pas dengan UMNO dan juga selalu berbincang antara Pas dan Bersatu.
“Apabila kita berbincang dengan Bersatu, kita tidak memburukkan UMNO. Begitu juga apabila berbincang dengan UMNO, kita tidak memburukkan Bersatu,” jelas beliau lagi
ANWAR PD - BEBERAPA AKTIVITI MEMBANTU MASYARAKAT
4 MAC
Hari ini saya bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengadakan
pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di
Parlimen.
Dalam pertemuan itu kami membangkitkan keperluan mengadakan
sidang Dewan Rakyat selaras dengan kenyataan media Istana Negara tempoh hari.
Seusai pertemuan itu, Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat
bagi membincangkan hasil pertemuan tersebut.
Majlis Presiden juga turut menyentuh beberapa isu mutakhir serta
persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15.
Hari ini saya bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengadakan
pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di
Parlimen.
Dalam pertemuan itu kami membangkitkan keperluan mengadakan
sidang Dewan Rakyat selaras dengan kenyataan media Istana Negara tempoh hari.
Seusai pertemuan itu, Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat
bagi membincangkan hasil pertemuan tersebut.
Majlis Presiden juga turut menyentuh beberapa isu mutakhir serta
persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15.
Hari ini menerima kunjungan Bapak Ilham Akbar Habibie, anak
kepada mantan Presiden Republik Indonesia Ke-3 Almarhum B.J. Habibie dan juga
sahabat dekat yang amat saya kasihi. Kami berbicara isu-isu serumpun dan di
sekitar rantau ini.
Kami juga menyingkap kenangan lampau hubungan rapat antara
kedua-dua keluarga.
Mendoakan agar hubungan ini serta hubungan kedua-dua negara
terus utuh dan kukuh.
Program Bantuan Guaman Parlimen Port Dickson telah berjalan dgn
baiknya pada pagi ini dengan kehadiran seramai 5 orang untuk mendapat nasihat
dan bantuan guaman yamg melibatkan isu-isu kes jenayah, JKM, hartanah dan pusat
pengajian tinggi.
Moga usaha ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
6 MAC
5 MAC
Pejabat Parlimen Port
Dickson pada hari ini meneruskan sumbangan telefon pintar kepada para pelajar
sekolah yang memerlukan.
Sumbangan ini
diharapkan dapat membantu semua penerima dalam pembelajaran mereka.
Nantikan Produk Pelancongan Terbaru Port Dickson
Berkayuh Santai, Sihat, Ceria Bersama Keluarga di Pantai Port
Dickson.
KENALI BILLIONAIR MELAYU
Kisah Syed Azman Syed Ibahim...Bilionair Melayu pemilik berpuluh
buah helikopter, pesawat!
AKU pernah menulis kisah Tan Sri Syed Azman ni tak lama dulu.
Malam tadi aku terbaca senarai 50 orang terkaya Malaysia di
dalam Forbes dan nama anak jati Sungai Petani, Kedah ini nampaknya terus gah di
tangga ke 25 dengan hartanya kini dianggarkan berjumlah USD675 juta.
Maknanya kalau tukar RM hartanya dah berbilion-bilion!
Siapa sangka bekas pegawai perisik tentera berpangkat Mejar dan
bekas penjual kereta terpakai ini begitu tinggi semangat juangnya dalam
perniagaan hingga boleh sampai ke tahap ini, luar biasa.
Seperti yang aku cerita sebelum ini, setelah berhenti dari
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta
terpakai.
Di hari-hari awal perniagaannya, Syed Azman berulang-alik ke
London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia.
Masa tu beliau tidak memiliki AP (Permit Kelulusan) namun dia berkongsi
AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut.
Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan
perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan. Tak lama kemudian kerajaan
mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan
franchise AP.
Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh
syarikat kereta asing sebagai pengedar then barulah permit itu dianugerahkan
kepadanya.
Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan
kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis
kereta tersebut di Malaysia.
Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar Chevrolet dan
Suzuki pula.
Mengenai helikopter, dalam satu temubual dengan akhbar The Star
tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau
bosan kerana masanya banyak habis di jalan raya.
Lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk
ke sana dan ke sini.
Justeru pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan
harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya. Bila helikopter itu tidak
digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat.
Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini
tinggi di Malaysia.
Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama
bagi menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak
dan gas ke pelantar.
Hari ini, pemilik syarikat Weststar yang 'low profile' itu
memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga
memperoleh kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak
hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.
Ini belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan
pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc.
Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman
enggan menyatakan jumlahnya.
Beliau hanya menjawab: "Saya tak boleh beritahu jumlah
harta saya, mak saya tak suka"
Hehehe...comel tak jawapan tu?
Kini Syed Azman terus melebarkan sayapnya di sebalik cabaran
getir yang mereka tempuh di kala ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak
menentu.
Seperti mana puluhan helikopternya terbang tinggi di udara,
begitulah juga semangat dan keazaman lelaki berusia 60 tahun ini.
Salute!
Tinjauan IDE: 74% penyokong Umno mahu Parlimen dibubar
Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mengenai "Mood Rakyat
Malaysia Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional" yang dibentangkan
beberapa hari lalu mendapati sokongan terhadap pemerintahan Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin berada pada tahap kritikal dalam kalangan penyokong Umno.
Majoriti mereka lebih senang Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum (PRU) diadakan berbanding menyokong Muhyiddin.
"72% penyokong Umno memilih membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU 15 dengan segera. Sementara itu 69% penyokong juga berpendirian bahawa kepimpinan Muhyiddin gagal mengawal penularan Covid 19 secara berkesan.
"Bahkan bagi penyokong Umno purata penilaian (average rating) terhadap prestasi Menteri Kabinet Muhyiddin adalah pada tahap 3.0 bagi skala antara 1 (paling rendah) hingga 10 (paling tinggi).
"Jelas berdasarkan data responden penyokong Umno, mereka mempunyai persepsi yang rendah dan negatif terhadap Kerajaan Perikatan Nasional khususnya suara akar umbi.
"Justeru senario ini mengesahkan penolakan Umno terhadap PN dan pelbagai konflik yang timbul antara keduanya," kata IDE dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun menurut agensi tinjauan pendapat itu, penyokong Pas pula menunjukkan kecenderungan sebaliknya.
Sebanyak 74% responden penyokong Pas mengambil sikap menyokong untuk Muhyiddin kekal sebagai PM Malaysia sehingga tempoh Parlimen tamat. Penyokong PAS juga memberikan skala pencapaian 8.0 bagi skala antara 1 (paling rendah) hingga 10 (paling tinggi), terhadap Menteri Kabinet kepimpinan Muhyiddin.
Tinjauan itu menegaskan, sokongan pengundi Atas Pagar akan menjadi penentu kemenangan kepada mana-mana gabungan dalam PRU akan datang kerana tidak ada pihak yang mendapat sokongan padu.
"Berdasarkan kepada data-data jelas memperlihatkan perbezaan sikap antara penyokong Umno dan Pas yang dilatari oleh pelbagai latar belakang terkait dengan strategi politik, reaksi akar umbi, survival kerusi Parlimen dan DUN, masa depan parti politik dan dinamiknya sokongan
pengundi atas pagar.
"Senario ini juga menjadi tanda tanya terhadap kedudukan Pas sama ada untuk memilih antara dua gabungan iaitu bersama Bersatu dalam PN, atau bersama Umno dalam Muafakat Nasional pada PRU 15 akan datang," kata kenyataan itu lagi.
Tinjuan berkenaan dijalankan oleh IDE secara dalam talian pada 19 hingga 28 Februari 2021 yang melibatkan 8,352 orang responden dari seluruh negara; Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Persampelan yang digunakan IDE adalah persampelan berperingkat (multi-stage sampling). Profil responden adalah merangkumi jantina, umur, kaum, sokongan kepada parti dan trend keputusan PRU14.