HAMBOIIII...SAKAN BERAYA ...ANTARA BERPURA PURA DAN IKLAS DIMATA
IBRAHIM MAT ISA
Aku baca beberapa komen walaun di posting beberapa pemimpin
pertengahan wanita dari parti DAP yang berbangsa Melayu mengucapkan selamat
tahun baru Cina di media sosial. Mereka pulak memperaga baju raya Cina..
Komen walaun seperti biasa, mengutuk rapat ke dinding.. yang
banyaknya kecaman mereka merujuk kepada pemimpin itu lebih Cina dari Cina, nak
jadi DAP komunis jangan gadai Melayu, nama Melayu hati Cina..
Haiishh macam-macam lagilah..
Orang nak ucap raya je kut, walaun nak mengutuk atas sebab dia
pakai baju cheongsam merah tu pasai apa?
Walaun ni jadi gitu sejak masuk PAS atau memang Bodo semulajadi?
Polis siasat dakwaan anggota miang di roadblock, ugut saman wanita kalau tak angkat baju
Selepas seorang wanita berkongsi di Twitter insiden anggota polis mahu “mengenalinya dengan lebih rapat,” beberapa lagi turut mendakwa berdepan situasi sama.
Dalam kejadian terbaru, seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dia diganggu secara seksual oleh seorang anggota polis ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Duta hari ini.
Ain Sabrina Yusof, 24, berkata polis itu memintanya mengangkat blaus dipakainya jika tidak mahu dikenakan saman.
“Pada masa itu, saya lupa membawa lesen saya,” katanya menerusi bebenang di Twitternya dengan menggunakan nama akaun @sabiyusof, bagi memperincikan kejadian itu.
“Selepas itu, dia berkeras untuk menukar nombor telefon dengan saya walaupun saya memberitahunya bahawa saya tidak selesa.
“Dia memberi saya telefonnya dan meminta saya membuat panggilan di depannya (untuk mendapatkan nombor wanita itu).”
Sabrina berkata, dia terkejut dengan kejadian itu, sambil menambah polis sepatutnya melindungi rakyat, bukannya mengganggu mereka.
“Saya tidak hanya diganggu secara seksual, tetapi dipaksa memberikannya nombor saya. Saya diugut dengan saman sekiranya tidak patuh. Itu adalah penyalahgunaan kuasa, ”katanya.
Dalam pada itu, polis sedang menyiasat apakah terdapat salah laku seorang anggotanya yang mengirim pesanan kepada seorang wanita yang kononnya “mahu berkenalan dengan lebih rapat”, ketika menahan mangsa di sekatan jalan raya.
Sementara itu di Twitter, akaun rasmi Bukit Aman @PDRMsia memberi maklum balas kepada pengguna Twitter yang menceritakan semula kejadian hampir sama melibatkan anggota polis pada 11 Feb.
Wanita itu berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk membeli beberapa barang runcit sebelum ditahan polis di sekatan jalan raya.
Dia kemudian dikehendaki mencatatkan butiran diri termasuk nombor telefon dan nombor plat kenderaan.
Wanita itu berkata, polis terbabit menghantar pesanan di WhatsApp tidak lama kemudian. Dalam tangkap layar perbualan dilampirkan di tweetnya, polis itu menyatakan ingin mengenali lebih lanjut wanita berkenaan.
Tweetnya, sejak itu menjadi tular, mendorong wanita lain mendedahkan pengalaman mereka ketika ditahan anggota polis di sekatan jalan raya semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).
Facebook Razman puji Razman
Malam tadi, Pak Teh tetap juga menyertai mesyuarat online untuk urusan jemaah. Kepadatan jadual hariannya tidak sedikit pun pernah menjadi alasan untuk Pak Teh meninggalkan tugasan jemaah.
Moga kita semua dapat mencontohi semangat juang yang ada pada Pak Teh. Sibuk macam mana sekalipun, jemaah tetap menjadi keutamaan. Marilah kita doakan semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua.
Sirru ‘Ala Barakatillah.
[ADMIN]
ADA BENARNYA SARANAN NAJIB INI.
Kilang,
tempat kerja,
tapak pembinaan,
pasar malam,
semua kedai runcit,
shopping mall,
makan dalam restoran,
beauty salon,
hair salon,
car wash,
pasar pagi
pasar malam,
gym,
sukan,
memancing,
dan banyak lagi.
Sudah dibenarkan beroperasi dalam PKP 2.0.
Tertanya-tanya dalam keadaan ini, bagaimana pula pihak polis di roadblock dalam bandar mampu kawal dan pantau pergerakan trafik yang semakin tinggi ini?
Adakah sudah tiba masa untuk hentikan roadblock dalam bandar agar trafik lebih berjalan lancar?
Polis boleh diagihkan dari roadblock dalam bandar untuk lebih tertumpu kepada kawalan sekatan rentas negeri dan diberikan masa untuk rehat seketika setelah mengawal tanpa henti selama sebulan.
NAJIB RAZAK
13 Februari 2021.
35 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL.
SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL.
BILA KITA GALAK MENGATA ORANG..JANGAN PULAK TERASA HATI JIKA HARI INI
ORANG PULAK HENTAM DAN KATA KITA. INILAH POLITIK DUNIA....BUKAN POLITIK
AKHIRAT..KALAU SETAKAT BERDAGANG AGAMA UNTUK DUNIA...RAKYAT MULA
FAHAM SIAPA KITA.
QONG XI FA CAI DARI LEBAI YANG BERPURA PURA.
Aku dan Wira Tidak Didendang: Hero cilik
SIRI 9
1. Wira Tidak Didendang kali ini agak istimewa kerana dia hanyalah seorang kanak-kanak. Kanak-kanak hebat ini adalah seorang pelajar di sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Putera Jaya, Setiu, Terengganu. Nama adik hebat ini adalah adik Mohamad Hisyam bin Ismail. Maka pada 12 hb Februari, 2019, aku dan team aku telah bertolak ke Trengganu untuk misi kami bertemu Wira Tidak Didendang ini.
2. Aku dan isteriku telah bertolak ke Terengganu dengan menaiki kapalterbang. Para pegawai aku yang turut ikut bersama telah bertolak sehari lebih awal dan telah bermalam di Kuala Trengganu.
Sewaktu sampai sahaja di Kuala Trengganu, aku lihat sudah ada kereta rasmi yang sedang menunggu kedatangan aku di lapangan terbang. Pada mulanya, SUSK aku telah memberitahu aku bahawa kereta rasmi yang membawa aku itu akan turut diiringi juga oleh pasukan polis pengiring – dari “airport” hingga ke destinasi. Oleh kerana aku tidak berapa selesa dengan cara sebegitu, maka aku meminta dibatalkan iringan polis pengiring tersebut.
Alhamdulillah, hasrat aku dihormati. Apa pun, dalam perjalanan ke sekolah tersebut dari lapangan terbang, aku telah mengajak “driver” baru aku itu untuk singgah di mana-mana kedai makan yang ada menjual nasi dagang yang best.
Beliau bersetuju dan kami semua telah bersarapan pagi di sebuah warung di tepi jalan yang ada menjual nasi dagang dan keropok lekor. Makan di warung desa itu memang best tetapi yang tak bestnya aku dapat rasakan semua mata para “customers” di warung itu sibuk memandang aku!
3. Baiklah,apa cerita adik Mohamad Hisyam ini? Aku mula tahu kisah adik Mohamad Hisyam ini apabila aku terbaca tentang kisah beliau di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 25 Januari 2019. Di dalam akhbar tersebut, terpapar foto adik Muhamad Hisyam sedang menyuapkan makanan dengan menggunakan tangan kepada adik perempuannya, Nor Dina yang juga bersekolah di sekolah yang sama.
Adik Mohamad Hisyam, pada masa itu, baru berusia 11 tahun dan berada di Tahun Kelima manakala adik perempuannya hanya berusia 7 tahun dan merupakan pelajar Tahun Satu.
4. Berita dan foto adik Mohamad Hisyam sedang menyuapkan makanan kat adik perempuannya itu dikatakan telah tular di internet dan menarik minat ramai warganet termasuk aku. Yang lebih hebat lagi dia dan adik perempuannya itu sedang makan secara berkongsi di pinggan yang sama.
Foto tersebut memang berjaya meruntun hati para pembaca. Bagi pihak aku, hanya dengan melihat foto tersebut sahaja dan tanpa membaca beritanya, ia sudah cukup untuk aku terus menghubungi Anas -pegawai mediaku – untuk menghubungi pihak sekolah untuk aku berjumpa dengan adik tersebut dan seterusnya menganugerahkan Wira Tidak Didendang kepada wira baru tersebut.
Anas tidak menghadapi masalah bagi mendapatkan tarikh untuk kami ke sekolah tersebut dan berjumpa dengan adik Mohamad Hisyam itu. Alhamdulillah.
5. Team aku kemudiannya mula mendapatkan info lanjut tentang adik Mohamad Hisyam itu. Aku makin kagum dengan adik hebat ini bila aku dapat tahu dia adalah seorang pelajar yang memegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dan telah melakukan hal tersebut – makan bersama dengan adik perempuannya tersebut dalam satu pinggan yang sama sambil menyuap nasi ke mulut adiknya – sejak tiga tahun yang lalu iaitu sejak adiknya berumur 5 tahun dan berstatus pelajar pra sekolah di sekolah yang sama.
Aku juga kemudiannya diberitahu oleh bapa adik Mohamad Hisyam, encik Ismai Setapa, bahawa anak lelakinya itu memang seorang yang amat penyayang di rumah terutamanya dengan adik adiknya. Dan bila aku berjumpa dan berbual sendiri dengan kanak-kanak itu, aku boleh dapat rasakan sifat penyayang adik tersebut.
6. Melalui adik Mohamad Hisyam itu, aku belajar sesuatu yang amat berharga. Mungkin jika kita ukur dan nilai seseorang itu dari segi material semata mata, adik ini dan keluarganya tidak ada apa yang boleh dibanggakan.
Bapa adik ini hanya berkerja sendiri dengan pendapatan sebulan hanya pada RM600 sahaja. Mereka semua hanya tinggal di rumah PPRT atau Program Perumahan Rakyat Termiskin dan ayahnya perlu tanggung seorang anak OKU – adik Mohamad Hisyam.
7. Tetapi.. , ya, dalam famili yang amat sederhana ini, mereka memiliki apa yang ramai dari kita mungkin tidak berjaya miliki – sifat dan akhlak penyayang dan kasih pada insan lain. Dan aku dimaklumkan itulah antara didikan ibu bapa adik Mohamad Hisyam kepada seluruh anak mereka di rumah.
8. Sebenarnya selain adik Mohamad Hisysam ini aku juga berjumpa juga seorang kanak-kanak lain di negeri Pahang yang juga datang dari keluarga yang miskin dan daif jika dinilai menurut kayu ukur atau standard material semata-mata tapi hakikatnya amat kaya dengan sifat kasih sayang. InsyaAllah kisah kanak kanak hebat di Pahang itu juga aku akan ceritakan di ruang ini dalam siri siri seterusnya.
9. Seperti yang aku katakan kami telah berkunjung ke sekolah tersebut untuk bertemu dengan Wira tidak Didendang itu pada 12 Februari 2019. Pada mulanya kehadiran aku ke sekolah itu pada pagi itu hampir tidak disedari oleh pihak sekolah kerana pihak sekolah tidak sedar bahawa tiada kenderaan polis pengiring yang mengiringi kereta rasmi aku seperti yang biasa berlaku pada era Kerajaan yang terdahulu.
Tetapi, bila aku memaklumkan Anas yang kami telah pun sampai di perkarangan sekolah, pihak sekolah, aku dapat lihat, agak kelam kabut.
10. Apa pun kehadiran aku telah disambut dengan penuh ceria dan meriah. Pelbagai aturcara rasmi telah diatur untuk aku. Bukan sahaja Guru Besar dan para guru di sekolah tersebut serta para pelajar semuanya berada di dalam dewan sekolah , malahan Pegawai Pendidikan Daerah Setiu juga hadir. Ibu bapa adik Mohamad Hisyam juga turut dijemput. Pihak RTM dan beberapa media lain juga turut hadir.
It was really happening! Adik Mohamad Hisyam dan ibu bapanya juga diminta berada di pentas bersama aku. Pada hari itu adik tersebut betul – betul dilayan seperti seorang wira sekolah tersebut. Wira cilik yang Tidak Didendang itu dianggap oleh pihak sekolah telah menaikkan nama sekolah.
Beliau juga menjadi buruan para wartawan dan jurugambar pada hari tersebut…
JANGANLAH TAK CAYA KERAJAAN MELAYU ISLE....IKUT DAH SOP...
NIZAM AKA
Natizen-netizen
jangan keliru dengan gmbar ini..Gambar Nuar Musa bukan niat untuk langgar SOP yang
kerajaan dia sendiri buat,tapi dia hanya buat demontrasi atau contoh bagaimana
cara yang dikatakan langgar SOP..Lagipun tarikh 13/2/2021 bukan tarikh
kuatkuasanya PKP..Cuma tarikh 12/2/2021 iaitu tarikh 10 orang disaman kerana
langgar SOP itu merupakan tarikh dalam PKP..13/2/2021 bukan tarikh kuatkuasa
PKP..Sebagai menteri,Nuar Musa mesti jaga SOP yang kerajaan dia sendiri
tetapkan..Takkan tak percaya dengan menteri Kerajaan PN Melayu Isle?
BILA LUDAH KAU ORANG JILAT BALIK.....
Baru nak kenal erti masyarakat majmuk
Dulu ko Harbikan kaum Cina
Dah rasa betapa manisnya Rasuah Jawatan Menteri dan Gaji puluhan
ribu baru kau tahu
Dulu pandai Balun orang je
sekarang kau kena Balun
Jangan meroyan ya
Gulai Babi dalam kawah tu masih panas lagi
Sudi-sudi kan lah
Apa yang korang ludah
Jilat balik
APA PASAL PULAK NAK MENCINAKAN DIRI....JANGAN IKUT MERAYAKAN PERAYAAN AGAMA LAIN...HAROM....HAROMJADAH IKUT KAPIR...KAH......
HAMDAN TAHA
Kita akui negara kita ialah rakyatnya berbilang kaum. Ada orang cina,india,iban,kadazan,melayu,orang asli dan macam macam bangsa.
Tapi satu jer saya tak setuju pada orang melayu di malaysia ni
terutama pemimpin politik. Apa ke jadahnya nak ucap tahun baru cina kita mesti
mencinakan diri kita...nak ucap depavali kita mengindiakan diri kita...nak ucap
krismas kita mengkristiankan diri tampa sedar...
Yang beria nak pakai baju merah...beria ia nak gaul mee....ada
tanglong bagai ni apa pasal....saya yakin dan percaya islam melalui Rasulullah
tak buat benda macam ni
Ada tak kita tengok bangsa lain ucap selamat hari raya presiden
mca dap dan gerakan pakai baju melayu bersongkok dan cara orang islam buat
ucapan....
Kadang kadang orang melayu berlebihan sangat ini semua nak undi
cina lah sangat....pas dan pn dan umno kali ni pru ke 15 taubat lahum tak dapat
undi pun dari mereka.....
Kita masih lagi hidup berpura pura....dua gambar ni betul betul
tidak sepatutnya berlaku...Haji hadi bagi lah ucapan tapi tak payah le baju
merah....pakai je jubah hijau apa ada masalah
ALAHAI....SIKIT JA..BANGLA NGORAT HANGPA TAK MARAH PULAK....ABANG POLIS OK PA...
Polis siasat anggota ambil maklumat peribadi wanita disekatan jalan, untuk tujuan mengorat
Polis sedang menyiasat berhubung kejadian seorang anggota polis yang dikatakan mengambil maklumat peribadi seorang wanita di sekatan jalan sebelum mengirim mesej untuk “berkenalan”.
Dalam ciapan di Twitter, akaun rasmi polis, @PDRMsia membalas ciapan yang dikirim akaun @nnnadzifah, yang menceritakan kejadian itu.
“Salam hormat saudari. Kami mengambil maklum isu tular ini. Pohon saudari nyatakan hari, waktu dan lokasi tepat sekatan jalan raya yang dimaksudkan bagi tujuan semakan lanjut kami. Terima kasih,” tulis ciapan balas akaun Twitter polis itu.
Wanita itu sebelum ini menceritakan bahawa dia ditahan di sekatan jalan di mana seorang anggota polis yang bertugas menahannya dan mencatat maklumat peribadinya termasuk nombor telefon.
Selepas memaklumkan dia hendak pergi membeli barang, dia dibenarkan beredar. Namun, menurutnya, dia kemudian dihubungi oleh seseorang yang mendakwa merupakan anggota polis yang menahannya di sekatan jalan tadi.
Bertanya kenapa dia dihubungi, balasan yang diterima adalah: “Sajalah, nak kenal, boleh?”
Dalam ciapan berasingan, @nnnadzifah berkata dia tidak menyangka ciapannya sebelum ini mendapat perhatian sehinggan diulang ciap lebih 15,000 kali, termasuk oleh wanita lain yang berkongsi pengalaman peribadi mereka dengan anggota polis atau orang lain yang didakwa bertindak seumpamanya.
“Saya tidak menyangka perkara ini akan menjadi seserius ini.
“Saya tidak memadam (ciapan sebelum ini) kerana saya ingin memberikan maklumat untuk PDRM dari pengalaman orang lain (yang mereka kongsi melalui ciap balas)” katanya.
“Orang ramai boleh berhenti menanda PDRM kerana mereka menyedari perkara ini dan mereka sedang menyiasat,” katanya.
Namun, ada juga orang lain yang mempertahankan tindakan itu sebagai keikhlasan anggota polis itu berkenalan dengan wanita berkenaan.
APA SUDAH JADI..SAMPAI SEKARANG BELUM LAGI...
TARMIZI MOHD JAM
Sudah 4 tahun berlalu. Datuk Husam Musa belum terima surat saman daripada Pas. Ini sangat menghairankan kerana Timbalan Presidennya pernah keluar kenyataan Pas akan saman Husam. Apa sudah jadi? Amacam?
MENTERI LANGGAR LAGI SOP?
RINA HAMZAH
MENTERI LANGGAR LAGI SOP?
BUKANKAH SOP terkini..
Sebarang
Majlis/ Program Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta adalah TIDAK
DIBENARKAN
Makan satu
meja TERHAD DUA ORANG SAHAJA.
Penjarakan
sosial
Kenapa menteri Annuar Musa masih degil lagi langgar SOP ?..
Kenapa pihak berkuasa tak berani nak sentuh mereka apatahlagi nak diambil
tindakan undang-undang ?
SR
Perkuatkan jentera parti, teruskan agenda perjuangan KEADILAN - Anwar
POSTED BY AMIR WRLR
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sedikit
amanat kepada semua pimpinan dan ahli parti sempena Tahun Baru Cina 2021.
Beliau mengingatkan dalam menyambut perayaan, jentera parti perlu diperkasakan dan perjuangan parti perlu diteruskan.
"Selesai sahaja upacara, kita perlu berusaha untuk memperkuatkan jentera parti dan meneruskan agenda perjuangan, menyedarkan rakyat dan mempersiapkan jentera pilihan raya," katanya ketika hadir di Rumah Terbuka Maya KEADILAN Tahun Baru Cina 2021.
Selain jentera dan perjuangan parti, Anwar berpandangan bahawa setiap pimpinan mempunyai peranan untuk membantu golongan yang memerlukan.
"Kena ingat, tanggungjawab kita selain daripada menyedarkan rakyat adalah mengurangkan beban.
"Saya tak banyak keliling daerah tapi beberapa pelusuk di sekitar segambut dan beberapa daerah Bagan Pinang malah di Port dickson ada masalah rakyat, mereka sangat derita dan perit, ini harus dibantu," katanya.
LAWATAN YANG BERJAYA ? -TAMRIN TUN GHAFAR
LAWATAN YANG BERJAYA ?