EDISI KHAS MINGGUAN 008 | ROMBONGAN MUHYIDDIN ENGGAN DIKUARANTIN?
MENARIK DALAM EDISI KHAS 008
1. RAKYAT CEMUH LAWATAN MUHYIDDIN KE INDONESIA!!
2. AZMIN TEKAD WAKILI GOMBAK
3. SOP SUKAHATI- KUARANTIN 3 HARI MENTERI AIR SUAM
HARGA BARANGAN NAIK, NAK MENGAMPU PUN AGAK-AGAKLAH
“Tinjauan Harakahdaily ke beberapa pasar raya di Pasir Mas dan Kota Bharu mendapati tiada kenaikan harga secara mendadak.
“Sedangkan sebelum ini setiap kali menjelang sambutan Tahun Baru dan Hari Raya Aidilfitri harga barangan keperluan akan melambung di pasaran kerana permintaannya tinggi.
BILA HIDUP BERTUHANKAN DUIT.
BILA HIDUP BERTUHANKAN DUIT.
Terima video clip ni tapi tak diberitahu di mana? Tak semua pakai Facemask.
Style pakaian tu mcm Myanmar atau Kemboja atau Laos negara2 Indochina. Mungkin la. Takkan Thailand?
Wallahualam.
- Zus Din
12 Februari 2021
MILDEF HMAV 4X4 | ANAK KULIM KEDAH HASILKAN KERETA PERISAI PERTAMA NEGARA!
Ini bukan rebadge, ini bukan kolaborasi tetapi ini ialah rekabentuk dan buatan anak watan kita sendiri. Syarikat Mildef International Technologies di Sepang mempunyai 140 orang tenaga mahir Bumiputra sepenuhnya, dan sudah lama berkecimpung dalam bidang teknologi kenderaan berperisai untuk tujuan ketenteraan.
Dengan pelanggan-pelanggan dari seluruh dunia, syarikat Datuk Seri Mohd Nizam Kasa, anak Kulim, Kedah kini bangkit untuk mempersembahkan produknya sendiri - MILDEF HMAV 4X4.
Dibantu oleh enjin dari Caterpillar, transmisi dari Allison dan gandar buatan Perancis, kenderaan berperisai mobiliti tinggi ini sudah menarik perhatian negara negara luar untuk dibeli.
Nizam juga mengakui, beliau tidak menerima sebarang dana atau bantuan kerajaan pun untuk menghasilkan kenderaan yang memakan kos R&D sebanyak RM16 juta dan kajian selama 4 tahun itu.
Dengan jumlah tenaga mahir seramai 140 orang warga Malaysia, syarikat milik penuh bumiputra ini membuktikan Malaysia ada satu lagi cabang industri yang boleh dipelopori.
Jika kita bijak, kita boleh bantu untuk ia membesar dan terus membesar, dan bukan dijual ke orang luar.
Sapa kata kita tak boleh???
Santa Klaus dan Tahun Baru Cina: Antara tasyabbuh dan taswir, kaitan dengan akidah
February 12, 2021
SANTA KLAUS & TAHUN BARU CINA : ANTARA TASYABBUH & TASWIR DAN KAITAN DENGAN AQIDAH..
Pagi tadi mengejutkan bila aku melihat video.. montaj video Ucapan tahun baru Cina MB Kedah dengan berlatar belakangkan gambar OX atau Lembu/Kerbau emas yang menjadi tema tahun baru Cina 2021 yang diikat dengan Kerpercayaan m.. Buasyarakat Cina… apakah ini sifat Tasyabbuh ?
Nampaknya MB Kedah dari PAS jauh lebih berani dari presiden PKR.. tida berbunyi pesoalan isu Aqidah..Sebelum ini aku menonton video anak buah zakir naik menceritakan persoalan Yee Sang yg jadi amalan setiap perayaan Cina dengan kepercayaan Dewa dewi mereka.. Kenapa pendirian mereka berbeza dalam isu Krismas sedangkan prinsip Aqidahnya sama.. Sebab kecenderungan atau Ashabiyah..
hari ini ritual yg sama dilakukan Menteri Agama Mantan Mufti Wilayah sambil berpakaian tradisi mereah yang diikat dengan kepercayaan dewa dewi mereka…. Jadi mana persoalan Aqidah yg dipertikai sebelum ini..
Jadi Disinilah aku nak sampaikan..Apa yang aku tulis bila ramai dikalangan bani melayu bingkas bangkit hanya melihat beberapa oranga artis berpakaian Santa yg juga menjadi Mitor setiap kali Krismas.. Jadi ini yang aku tulis pada 30 Disember 2020 yang lepas..
Hanya sebabkan topi dan baju santa Klaus, gegak gempita
seluruh negara seolah olah hilang Iman dan Aqidah para pemakainya.. Seakan pakaian santa dah disamakan sifat Tasyabbuh dalam ritual Agama Perkahwinan Najwa saddiqe dan pemain hoki India di Gurdwara Sikh…
Ya benar ! Tapi apakah aku bersetuju dengan pemakaian Santa tu..Sudah tentu Tidak.. Aku anggap memakai Pakaian dan topi Santa Klaus sepertimana kedudukan kelompok mereka yang meniru niru tarian dan gaya fesyen artis Korea atau KPOP.. mahupun costum Hallowween..Tak perlu dibuat perkara Tak bermanfaat..
Kalau nak rai rakan berlainan Agama..Cukuplah ia menjadi urusan untuk tontonan Peribadi bukan untuk dibanggakan..Sebab Hadis Nabiﷺ ada sebut..
مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ ..
” Antara tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya…”
2- APAKAH PAKAI TOPI SANTA SAJA BOLEH ROSAK AQIDAH.. ?
Ya dibimbangi jika kita beri’tiqad seperti mereka.. Kalau yang ada anggap Pakaian Santa itu sebahagian dari pakaian rasmi Agama Kristian, Sila sebutkan dalam Kitab dan Ajaran mana, Ritual pakaian Santa itu merujuk pada Agama.. Bagi aku tidak ada…
Itu sebab dalam urusan Iman menuduh Munafik atau Syirik itu urusan hati yang menjadi Urusan Allah.. Imam Ghazalie sebutkan dalam Bidayah wal hidayah..
فإن المطلع على السرائر هو الله تعالى، فلا تدخل بين العباد وبين الله تعالى…
” Kerana yang mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati manusia hanyalah Allah SWT. Jangan Kamu campuri urusan hamba-hamba Allah dengan Allah SWT…”
Bagi aku kedudukan pakaian santa Sama seperti kedudukan Baju Samfoo,Hanfu dan Cheongsam.. sepertimana makanan Yee sang, Kuih bulan atau Lambang Naga yang diikat dengan Kepercayaan Mitos Tok nenek Dewa Dewi sesebuah Masyarakat, termasuk masyarakat Cina ketika Perayaan mereka.. Ia tak berkait dengan Agama.. Difahamkan Imej Santa itu mula dipopularkan Oleh Syarikat Coca Cola bagi melariskan Jualan mereka sempena Perayaan…
Dalam Masyarakat Kita Melayu pun begitu lah..Satu Masa dulu Ustaz Ustaz dok galak bagi Kuliah dan fatwa, Bersanding dan Pelamin, ritual merenjis mawar itu antara Sifat Tasyabbuh meniru Upacara dan ritual agama Hindu.. hari ini aku tengok Ustaz2 yang lebih lebih bersanding… Makan bersuap dan berselfie sana sini..
Begitu jugalah simbol bagi masyarakat Melayu bila tiba hari raya, pakaian sampin dan Baju melayu itu tidak berkait dengan Dalil Quran dan Hadis pun.. tak berkait dengan Agama..sama seperti bubur Asyura bila datang hari sambutan maulid Nabi ﷺ..tetapi ia sinonim setiap kali perayaan Agama..
Tapi di Malaysia ni semua benda nak disibukkan hal Aqidah orang..Seolah olah mereka lah penjaga Pintu Neraka dan Syurga bagi Ummat Islam.. Cukuplah nasihatkan mereka untuk tinggalkan perkara tak bermanfaat..
Kalau Benar pun ada Simbol Agama seperti Salib..Banyak perbahasan Ulama pun masih meletakkan kedudukan berdosa dan Makruh.. Bukan bermudah mudah Syirikkan orang Seperti Zakir Naik..dengan hanya semudah mengucapkan ucapan Krismas boleh dianggap Syirik.. Bagi aku ini Baghal..
Kalau begitu tindakan Mufti Syria Sheikh Badreddin hassoun, Sheikh Al Azhar Sheikh Ahmed Tayyeb berkunjung dan berada dalam gereja dihari perayaan Krismas.. kalau ikutkan Hadis larangan berada dalam gereja pada waktu perayaan.. dah tentu rosaklah Aqidah mereka… Tetapi sudah pasti kedudukan mereka berbeza merujuk Uruf disana..
3- TASYABBUH DAN TASWIR PERMASALAHAN MEMAHAMI KONTEKS(SIYAQ)..
Masalah tasyabbuh ni sama seperti Taswir dulu.. inilah yang berlaku di Dunia arab sebelum ini.. mereka mengharamkan Gambar, suatu ketika di Mesir , Passport Wanita tidak mempunyai gambar sebab menyandarkan Haram bergambar dalam konteks Taswirr(Melukis dan Mengukir)..
Sehingga hari ini ia jadi medan perbahasan termasuklah Ulama Nusatara..Akhirnya gantung gambar Ulama dam pemimpin mereka dianggap harus, Gantung gambar anak dan isteri sendiri dirumah.. ia dikira Haram.. dan akhirnya membawa kepada fatwa pengharaman gambar dan filem pada suatu masa dulu kerana Ulama gagal memahami konteks sebenar Hadis..
Hatta Ulama Wahhabi seperti Bin Baz dalam pada tengah bagi Kuliah dalam siaran langsung melalui Video, meletakkan hukum haram video dalam konteks Tasweer.. sebab apa sebab kurangnya Ilmu pengetahuan tentang Dunia..
walhal masalah taswir yang “haram” berkisar seorang mengukir patung dan gambar hidup yang boleh menyerupai ciptaan Allah, lalu berlakulah pemujaan dan ritual Syirik.. Akhirnya mereka keliru antara takrif Taswir dan Tamasil dengan difinisi..
مَا يُنْحَتُ عَلَى مِثَالِ إِنْسَانٍ أَوْ حَيَوَانٍ أَوْ شَيْئٍ..
“Sesuatu yang dipahat menyerupai manusia, haiwan atau sesuatu”.
Dalam Konteks taswir ini..Hadis Aisyah itu jelas..Sheikh Muhammad bin Salih Al‘Utsaimin rahimahullah memberikan kita panduan yang jelas di dalam Majmu fatawa wa rasail..
أما ما ظهر منه أنه لا يراد به الصليب ، لا تعظيما ، ولا بكونه شعارا ، مثل بعض العلامات الحسابية ، أو بعض ما يظهر بالساعات الإلكترونية من علامة زائد ، فإن هذا لا بأس به ، ولا يعد من الصلبان بشيء..
“Adapun sesuatu yang nampak namun bukan dimaksudkan untuk salib, simbol tersebut tidak diagungkan, juga bukan sebagai syiar seperti tanda Tambah dalam kiraan matematik, begitu pula simbol pada jam elektronik, seperti itu tidaklah masalah dan tidak teranggap seperti salib ”…
Dalam Masyarakat Kita ni dibodohkan oleh ustaz Ustaz Bodoh.. sampaikan ada bentuk cross Salib pada Tingkap rumah..ada Lambang Salib pada lampu Bagunan dan Kondominum dan boleh dianggap merosakkan Aqidah dan satu agenda kristianisasi…. Inilah Wajah wajah baghal dalam berAgama..
4- ULAMA YANG KETAGIH TAKFIR DAN SYIRIKKAN ORANG..
Sebahagian Ulama merasakan..mereka lah penjaga urusan Aqidah Manusia..Syurga dan Neraka menjadi premis perbicaraan mereka..Itu sebab kalau kita lihat beberapa tafsiran tentang hadis dan Quran diberikan Tafsiran secara Literal..
Umpamanya Hukum Mati bagi Murtad.. Semudah mudah merujuk hadis siapa yang menukarkan Agama مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ. , Pada mereka menukar Agama diwajibkan Bunuh dengan menyalah tafsir perkataan Faqtuluh فَاقْتُلُوهُ…
Biarpun banyak hadis Nabi sendiri tidak membunuh orang yg Murtad..lalu dimasukkan kefahaman dan perbahasan Fiqh dalam dalam Enakmen Hudud..Perkara yg direka reka Ulama dijadikan hukum..
Bagitu juga Dalam Tafsiran Auliya dalam surah Al Maidah..Semudah mudah berftawa ianya sebagai dalil larangan memilih pemimpin Non Muslim.. Malah menuduh pemimpin non Muslim yang memberikan hak rumah Ibadat kepada orang Islam sebagai sifat Munafik..Itu yg dilakukan Zakir Naik di Indonesia akhirnya merosakkan kerukunan dan kebersamaan sebuah masyarakat..
Hatta dibidaahkan Maulid Nabi dengan Semudah mudahnya.. itu sebab aku kata..Kelompok sebegini harus dinyahkan dari negara..Merosakkan Ketamadunan, dan Konsep Muwathanah apalagi bertasaamuh sesama Non Muslim..
Kelompok ini tak reti membezakan antara perkara Siyasah dan Muamalah dalam pemerintahan dan juga urusan Aqidah.. Kalau itu logiknya, Pemimpin yang keluarkan lesen Judi dan Arak, Ijtihad Khalifah Umar tentang hak Gereja dan Salib dalam perjanjian Umar adalah lambang kerosakan Iman Mereka kerana menyalahi teks Al Quran malah antara perkara yang menjadi laknat Allah…..
5- MENIRU AHLI KITAB BOLEH DAN TIDAK BOLEH..
sebagaimana Kaedah Fiqh disebutkan..
“لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان”
“ Tidak dapat dinafikan perubahan hukum hakam itu mengikut berubahnya zaman ”
Sebagai contoh pandangan Ibnu Hajar Al-Asqalani juga dalam Soal pakaian orang Yahudi yang bentuknya seperti serban yg gayanya selalu dipakai Tok Sheikh pondok, orang Arab hatta rida’ dikalangan haba’ib…,
pada awalnya ia adalah lambang dan Simbol agama bagi agama Yahudi..Namun oleh kerana peredaran Masa.. hukumnya Berubah.. Disebutkan dalam fathul Bari..
وإنما يصلح الاستدلال بقصة اليهود في الوقت الذي تكون الطيالسة من شعارهم ، وقد ارتفع ذلك في هذه الأزمنة فصار داخلا في عموم المباح..
” bahawa memakai thayalisah itu hukumnya haram kerana tasyabuh pada waktu ketika thayalisah menjadi ciri khas agama mereka. Sedangkan saat ini ciri khas itu sudah hilang, maka baju ini masuk dalam kategori umum yang dibolehkan… ”
dalam hal pemakaian inipun Hukum boleh berubah.. Apalagi pakaian mitos dan cerita Dongeng diasaskan pemilik Kapitalis Coca cola.. Kalau boleh pun..takda keperluan untuk pakai melainkan uruf atau kebiasaan masyarakat umpamanya jika keluarga yang bercampur Agama..
Soal meniru Berpakaian ini pernah dilakukan Nabi ﷺ meniru Rom dalam beberapa Perkara.. antaraya Jubah ROM yang dikenal sebagai Syamiah.. Meniru Cop Mohor Rom hatta cara menyisirkan rambut.. Ini dalam perkara perkara yang tak melibatkan pakaian keagamaan..
Disebutkan salah satu hadis Nabiﷺ akan kecenderungan Nabi dalam meniru Ahli Kitab..
إن رسول الله ﷺ يحب موافقة أهل الكتاب فيما لم يؤمر به..
” Sesungguhnya Rasulullah ﷺ menyukai untuk menyamai Ahlul
Kitab dalam hal yang tidak diperintahkan/Atau ada larangan (di luar masalah keagamaan)”
Riwayat Bukhari
Ipohmali
Tazkirah Jumaat Tahun Baru Cina
12 Febuari 2021
Gerakan sertai PN seperti melukut di tepi gantang, tiada nilai tambah
February 12, 2021
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin menyifatkan penyertaan Gerakan ke dalam Perikatan Nasional (PN) sebagai hanya seperti melukut di tepi gantang yang sekadar membanyakkan bilangan ahli parti.
Beliau berkata, parti itu terlalu ‘insignificant’ (tidak ketara) untuk memberi kesan bermakna kepada PN.
Menurutnya, jika tidak kerana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, Perak yang diperoleh melalui pengkhianatan, Gerakan sudah hanyut.
Katanya, Gerakan memperoleh kerusi itu, apabila S Subramaniam yang menang kerusi tersebut atas tiket Pakatan Harapan (PH) – DAP belot pada Jun lalu.
“Kehadiran Gerakan dalam PN bolehlah disamakan dengan keahlian Parti Makkal Sakti Malaysia, Kongres India Muslim Malaysia dan Barisan Progresif India Se-Malaysia dalam Barisan Nasional (BN), ia ibarat melukut di tepi gantang.
“Menunjukkan keterdesakan PN untuk menambah bilangan anggota dengan memberi gambaran ia adalah gabungan pelbagai kaum,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.
Tambah A Kadir, sama seperti MCA dan MIC yang masih menganggotai BN, Gerakan boleh dikatakan sudah ditolak sepenuhnya oleh pengundi Cina dan India.
Justeru katanya, dengan menyertai PN, Gerakan tidak lebih hanya mahu mengelak daripada terus terumbang-ambing dalam lautan politik yang semakin bergelora.
“Selain Bersatu dan Pas, parti anggota PN yang lain adalah Parti Solidariti Tanah Airku (Star) (Sabah) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).
“Star ada satu kerusi Dewan Rakyat dan enam DUN di Sabah, manakala SAPP ada satu kerusi DUN,” katanya.
[VIDEO] Tok Guru Nik Aziz penentang Asabiyah Melayu Cina
February 12, 2021
TOK GURU NIK AZIZ PENENTANG ASHABIYAH MELAYU CINA…
Hari ini 12 Febuari, adalah tahun ke 6 sang Murabbi dan guru Politik aku iaitu Almarhum Tok Guru Nik aziz meninggalkan kita..Kebetulan Pagi Jumaat juga jasad Almarhum dikebumikan.. Namun apa yang pernah diucapkan..apa yang diperjuangkan dalam hal Agama dan Politik itu kekal menjadi ingatan untuk kita pada hari ini..
Menarik ini antara kenangan ucapan TG Nik Aziz dalam satu kempen pilihanraya.. Dia membuka bicaranya dengan megatakan saya datang bukan sebagai orang melayu..tetapi orang Islam..Bagaimana berbezanya dan hikmahnya Tok Guru menyampaikan Islam.. Mengajak kepada Tauhid bukan dengan menghina dan memusuhi Agama lain..Atau menjadi juara berdebat membuktikan ajaran selain Islam itu sesat..Tidak..
Itu sebabnya dulu Almarhum Tok Guru Nik Aziz, selalu menggunakan seruan “Kalimatun sawa”.. Bagaimana Tok Guru mempersamakan reka bentuk Masjid dan Tokong dan akhirnya mengajak kepada Tauhid.. lihat reaksi pemimpin DAP ketika itu..begitu lunak cara Tg Guru menyampaikan Islam..Titik persamaan antara kita dalam Agama dan Politik dan akhirnya menyeru seruan tauhid kepada Allah..
sebagaimana Firman Allah..
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا..
“Wahai Ahli Kitab, marilah kita(berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun..”
Tok Guru antara ahli Hikmah..Disinilah sepertimana Hadis Nabi ﷺ.. 2 Kelompok ini hilang dari kalangan Muslim, Kelompok Ulul Albab dan Ahli Hikmah yang dapat membaca dan Memahami pengajaran dari Wahyu Allah yakni Al Quran…
الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها ..
(رواه الترمذي)
” Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya…”
Belajar dari Uslub dakwah Tok Guru Nik Aziz.. Dimana pun dia, Dia mengajak kita berfikir dan kembali kepada Tuhan yang satu.. Inilah konsep Kalimatun Sawaa’..
Keduanya Tok Guru Nik Aziz adalah penentang Ashabiyah Mleayu Cina.. Ashabiyah ini adalah perkara yang dilarang dalam Agama dan Dibenci oleh nabi.. Nabi katakan..Campakkan jauh jauh..””fa’innahaa muntinah”
دَعُوهَا، فَإِنَّهَا مُنْتِنَةٌ…
‘ Tinggalkanlah (seruan Jahiliyah tersebut) kerana itu perbuatan busuk/Jijik… ”
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Malangnya hari ini samaada kalangan Pendakwah.. Hatta Orang Politik mereka sendiri masuk dalam Perangkap Ashabiyah dan Kebencian..
Ipohmali
Video Player
00:00
02:4
SOP BERKECAMUK, EKONOMI MERUDUM DI TAHUN BAHARU
SOP berkecamuk, ekonomi merudum di Tahun Baharu
Tahun Baharu Cina 2021 buat pertama kali sambutan dilaksanakan secara terbatas dengan amalan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang berkecamuk dan sering kali ditukar oleh pemerintah.
Dalam perutusan Tahun Baharu Cina, Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan rakyat berketurunan Tiong Hua perlu terus meraikan perayaan dengan penuh kreatif, bersemangat muhibah di samping mengekalkan adat resam.
“Sudah pasti yang paling janggal ialah menyambut perayaan dalam norma baharu. Segalanya serba lain menyambut di kala pandemik. Acapkali saya memikirkan nasib rakan-rakan kita yang kehilangan punca pendapatan, besar ujian mereka.
“Namun dalam kelainan ada kemeriahannya, kerana inilah makna perayaan, mensyukuri nikmat yang diberikan. Kita sambut dengan penuh kelainan sambil mengekalkan adat resam yang ada.
“Tetapi amatlah tidak wajar, bila mana kita sedaya kreativiti menyambut perayaan ini dalam suasana norma baharu, kerajaan gagal mewujudkan SOP yang jelas dan sensitif.
“Apa logiknya kita bersesak di pasar malam tetapi tidak boleh berkumpul bersama keluarga di rumah sendiri? Bagaimana mahu memimpin Malaysia yang majmuk sekiranya masih gagal memahami budaya setiap kaum di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, beliau kecewa terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang telah setahun memerintah namun masih belum cekap dalam menyediakan SOP yang relevan dan sesuai untuk semua.
Katanya, bagi Tahun Baharu Cina, selepas rakyat menyuarakan penentangan dan tular di media sosial, barulah kerajaan terhegeh-hegeh mengubah SOP. Akhirnya rakyat keliru dengan SOP yang berkecamuk di sana sini.
“Kita perlukan kerajaan kuat yang proaktif bukan reaktif seperti sekarang. Kita masih belum menang melawan pandemik, tsunami ekonomi pula menimpa kita.
“Segala statistik dan data ekonomi tidak menyebelahi ketika ini. KDNK menyusut 5.6% terburuk dalam sejarah sejak tahun 1998. Bagaimana mahu meyakinkan para pelabur sekiranya merangka SOP perayaan pun kerajaan kelam kabut.
“Saya cukup faham nasib rakan-rakan kita yang hilang punca pendapatan akibat perniagaan merosot dan banyak juga tutup. Setahun yang lepas saya bergaji timbalan menteri, sekelip mata hilang pendapatan tersebut. Alhamdulilah masih ada gaji Ahli Parlimen, dan dapatlah membantu rakyat. Tetapi amat sedih nasib mereka yang hilang terus punca pendapatan.
“Sampai bila kita hendak bimbang dengan pencaturan kerajaan pada hari ini? Berapa kali lagi kita perlu masuk ke gelanggang media sosial untuk mengajar kerajaan mengenai SOP yang betul?” tanyanya lagi.
Bagaimanapun, Shamsul berharap agar Tahun Baharu Lunar kali ini akan mendatangkan tuah dengan berakhirnya pandemik serta negara mendapat kepimpinan yang lebih memahami ekonomi.
“Perayaan ini menyambut kedatangan Tahun Lembu Emas. Lembu atau seladang isyarat keuntungan yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur dan semoga tahun lembu ini menghadirkan kekayaan, kemakmuran dan kesejahteraan buat kita semua,” katanya lagi.
DEMONSTRASI DI MYANMAR MASUK HARI KELIMA, SEMAKIN MEREBAK
Demonstrasi di Myanmar masuk hari kelima, semakin merebak
Oleh: Redzuan RF8 Media
Meskipun sehari sebelum Tahun Baharu Lunar yang dirayakan oleh majoriti rakyat Myanmar, namun suasana tunjuk perasaan anti junta tentera tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda, malah semakin merebak ke beberapa buah bandar utama.
Tunjuk perasaan yang bermula pada Sabtu lalu di bandar terbesar Yangon dan Mandalay terus-menerus berlangsung setiap hari dengan saiz yang bertambah besar.
Pada peringkat awal polis pencegah rusuhan masih mampu menyuraikan demonstran di tengah pusat bandar Yangon.
Namun perkembangan sejak dua hari lalu, polis pencegah rusuhan tidak lagi bertempur dengan sebahagian besar penunjuk perasaan.
Menurut agensi berita Channel News Asia, tunjuk perasaan turut disertai kakitangan awam yang menganjurkan kempen ‘abaikan perintah junta tentera’
“Di Naypyidaw (ibu negara) beratus-ratus kakitangan kerajaan menyertai tunjuk perasaan, di bahagian Timur pula dilaporkan polis menyertai tunjuk perasaan
“Pemerintah tentera bertindak balas dengan mempertegaskan peraturan berhimpun (tidak lebih 5 orang) dan memperketatkan perintah darurat pada waktu malam di bandar besar,” kata CNA dalam laporan mereka.
Namun selepas dua hari perintah itu berkuatkuasa tunjuk perasaan tidak berkurangan manakala angka harian yang keluar ke jalan-jalan raya dilaporkan melebihi 10,000 orang.
Semalam dilaporkan jurutera dan jururawat turut menyertai masyarakat awam melaungkan pembebasan tokoh demokrasi Aung San Suu Kyi yang ditahan junta tentera.
Tunjuk perasaan juga merebak ke pekan-pekan kecil dan tentera masih gagal mengawal keadaan sejak 5 hari lalu.
KEADILAN Permatang Pauh hantar kotak PPE kepada frontliners Sabah
POSTES BY AMIR WRLR
KEADILAN Permatang Pauh menghantar 10 kotak pakaian perlindungan
diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan di Sabah bagi membantu mereka dalam
menangani Covid-19 di negeri itu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata PPE itu dibuat khas oleh warga wanita di kawasannya.
"Alhamdulillah, hari ini kami telah menghantar 10 kotak PPE buat petugas barisan hadapan di Sabah yang dijahit oleh wanita-wanita #PermatangPauh di bawah inisiatif Projek Kasih," katanya.
Tambah Izzah, mereka akan terus menghasilkan PPE bagi mengurangkan beban petugas barisan hadapan di masa akan datang.
"Insya-Allah, wanita-wanita Permatang Pauh Women’s Project akan meneruskan misi menghasilkan PPE buat petugas barisan hadapan bagi menampung sedikit sebanyak masalah kekurangan PPE, di samping dapat memberi mereka peluang menjana pendapatan ketika PKP 2.0 ini," katanya.
BULAN MAC BARU NAK BUKA PROSES PENDAFTARAN ...BILA GAMAKNYA DAPAT VAKSIN?
KUALA LUMPUR, 12
Feb -- Proses pendaftaran sebagai peneima vaksin COVID-19 bagi orang
ramai dijangka dibuka bermula Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela,
kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Katanya mereka boleh
berbuat demikian menerusi lima kaedah termasuk menggunakan aplikasi
MySejahtera.
“Sekiranya tiada
MySejahtera, orang ramai boleh mengakses laman sesawang
(Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin
COVID19-JKJAV) yang akan dilancarkan perdana menteri pada minggu
depan.
“Selain
itu, talian hotline (nombor ditetapkan kemudian), pendaftaran secara
manual di klinik dan hospital awam serta swasta, dan kelima,
jika berada di kawasan pedalaman, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri
untuk mendaftarkan penerima termasuk warga emas,” katanya dalam program
Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang disiarkan semalam, bertajuk
”Vaksin: Kendurkan Ketegangan dan Kerisauan terhadap COVID-19”.
Khairy yang Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan mengulangi program vaksinasi akan dimulakan dengan petugas barisan
hadapan.
“Saya terima banyak permohonan supaya ditakrifkan (pemohon)
sebagai frontliners namun
kita akan menilai setiap permohonan.
“Saya boleh
sahkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah orang pertama
yang akan menerima vaksin Pfizer, dan kemudiannya Ketua Pengarah
Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), doktor, jururawat dan lain-lain
lagi. Menteri-menteri kemudian sikit,” katanya.
Pada
4 Feb lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata kerajaan akan memulakan Program
Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tiga fasa mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan
menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu
menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.
Fasa
pertama dari Februari hingga April adalah untuk kira-kira 500,000 petugas
barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu,
sementara fasa kedua dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi
iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan
masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah
tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa
ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini
hingga Februari tahun depan.
Pada
8 Jan lalu, Khairy mengumumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar
oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sekali gus memberi kelulusan
bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini.
Selain
Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan
dengan sebahagian negara terbabit telah mula menggunakan vaksin itu.
Untuk
rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat
perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.
--
BERNAMA