JIKA DITAKDIRKAN




Hamdan Taha

 

 Jika Duli Yang Maha Mulia Di Petuan Agung ambil kira Ahli Parlimen semula yang menyokong PN berdasarkan perkembangan terbaru saya kira jika darurat ini tidak di ambil kira maka

 Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai cukup sokongan berbanding Muhyuddin dan Tun Dr M untuk mengambil tempat sebagai PM

 Tapi ambil jawatan PM dan kerajaan waktu ini bukan sesuatu yang mudah. Tapi jika berlaku lah juga maknanya Allah beri pada Anwar Ibrahim jawatan ini dalam keadaan paling sukar sekali dalam sejarah negara....

 Apakah beliau bersedia dan mampu hanya Allah yang maha mengetahui....

 Tetapi yang pasti Kerajaan PN sekarang memang telah hilang keyakinan dan mejoriti...

 Saya merasakan kerajaan hari ini baik pada awalnya tapi gagal di pertengahannya di hujung apatah lagi...

 Bergantung hanya kepada darurat semata mata tidak mencukupi. Sepatutnya Tan Sri Muhyuddin sekarang lebih terbuka untuk berunding dengan semua pihak terutama parti pembangkang. Tetapi saya belum nampak Muhyuddin boleh merendahkan sikit dirinya untuk berbincang dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak...juga Tun Dr M...jika PM minta untuk berjumpa mereka ini saya percaya banyak perkara boleh di perbetulkan dan merubah banyak perkara....

 

Allahualam...

 

 

 


“OLEH KERANA PAKAR PERLEMBAGAAN SAHKAN PARLIMEN BOLEH BERSIDANG KETIKA DARURAT, MEMOHONNYA BUKAN BERERTI DERHAKA”


 Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz menyatakan Parlimen boleh bersidang semasa darurat. Beliau berkata demikian dalam satu wacana anjuran FB Sinar Harian.

Beliau turut percaya tindakan melaksanakan darurat ialah untuk mengelakkan ahli politik bercakaran sesama sendiri demi kuasa.

Jika begitu pakar Perlembagaan seperti beliau juga tidak nampak alasan konkrit kenapa darurat perlu disitiharkan kecuali alasan politik.

Beliau beranggapan mungkin darurat perlu diistiharkan kerana ahli politik tidak akur dengan Titah YDP Agong supaya jangan berpolitik.

Memang sukar membendung orang politik main politik. Ini negara demokrasi. Betullah suruh orang politik tidak berpolitik seperti suruh pemain bola jangan bermain bola.

Yang penting jangan merusuh dan buat demonstrasi jalanan macam “BERSIH 1-5”. Ketika itu Tun M dan Muhyiddin juga pakai baju kuning.

Siapa kata Muhyiddin tidak politiking. Langkah Sheraton sehingga dia dilantik sebagai PM ke 8 penuh dengan drama politik. Negara sudah pun dilanda pandemik COVID-19 ketika itu.

Sementara itu, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor dari UKM menyatakan banyak juga negara lain mengistihar darurat.

Tetapi mereka tidak menggantung Kongres seperti di USA dan Parlimen di UK. Bahkan pada hari ini ada terma persidangan jarak jauh.

Justeru memohon perkenan YDP Agung memanggil sidang khas Parlimen bukan pendrhakaan seperti mana kata Annuar Musa.

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

23 Januari 2021.



Menteri KPDNHEP kata minyak masak mahal sebab harga minyak sawit naik

 

Menteri KPDNHEP kata minyak masak mahal sebab harga minyak sawit naik

Kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi dipengaruhi oleh harga minyak sawit mentah (CPO) yang meningkat sejak Ogos tahun lepas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, harga CPO dilaporkan memuncak melebihi RM3,000 per tan metrik pada Disember tahun lepas menyebabkan pihaknya menerima banyak rungutan mengenai kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi.

“Harga minyak masak tidak bersubsidi bergantung kepada CPO dan harga CPO ini pula ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.

“Ini memberikan tekanan kepada harga dalam pasaran tempatan kecuali harga minyak masak disubsidi oleh kerajaan yang tetap dijual pada harga RM2.50,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas situasi harga minyak masak yang menunjukkan peningkatan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sementara itu, Nanta berkata sejak Jun tahun lepas, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan trend harga minyak sawit mentah di pasaran dunia meningkat setiap bulan.

Katanya, kenaikan harga pengeluaran ini meningkat disebabkan oleh beberapa faktor iaitu peningkatan permintaan antarabangsa terhadap minyak sawit mentah dan yang telah diproses.

“Faktor lain adalah kenaikan harga minyak masak lain di pasaran antarabangsa telah menyebabkan minyak sawit menjadi pilihan berbanding minyak soya dan ‘rape seed’ serta faktor perubahan iklim yang menyebabkan pengeluaran minyak sawit terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Nanta berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan minyak masak pada harga stabil antaranya bekalan minyak masak bersubsidi pada harga RM2.50 bagi setiap kilogram.

“Minyak masak bersubsidi ini dijual di pasaran dalam bentuk pek polibeg plastik dan boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya utama di Malaysia,” katanya.

Selain itu katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus menjalankan pemantauan terhadap penjualan minyak masak dalam botol bagi mengelakkan peruncit menaikkan harga dengan tujuan mengaut keuntungan berlebihan. 



Majoriti MP UMNO tak setuju persidangan parlimen semasa darurat

 

Majoriti MP UMNO tak setuju persidangan parlimen semasa darurat

Hanya sebahagian kecil Ahli Parlimen UMNO daripada ‘kluster mahkamah’ dilaporkan menyokong persidangan Parlimen untuk membincangkan isu darurat.

Sinchew Daily melaporkan, daripada 38 wakil rakyat UMNO yang ada, hanya terdapat kira-kira tujuh orang dikatakan menyokong persidangan Parlimen diadakan.

Mereka dilaporkan termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian).

Selain itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula tidak pernah menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin memberitahu Sinchew Daily, beliau secara peribadinya tidak menyokong persidangan Parlimen diadakan.

Beliau berkata, hampir semua Ahli Parlimen UMNO juga tidak bersetuju dengan perkara itu.

“Sebagai parti Melayu, UMNO selama ini menghormati pemerintah Melayu dan kami tidak boleh melanggar perintah Yang dI-Pertuan Agong.

“Selain itu, jika kami menyokong persidangan Parlimen, ia bermakna kami juga melanggar kenyataan Presiden UMNO yang menyokong darurat,” katanya.

Menurut Hasan, mengikut Perlembagaan, Parlimen tidak boleh diadakan semasa darurat.

Jelasnya, persidangan Parlimen semasa darurat juga akan membawa kepada “persaingan” antara Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya mengenai keadaan di luar negara di mana Parlimen tetap bersidang walaupun darurat diisytiharkan, Hasan berkata, Perlembagaan Malaysian berlainan dengan perlembagaan negara lain.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO perlu bermesyuarat untuk membincangkan perkara yang berbangkit.

“Kami belum bermesyuarat, tetapi akan berbuat demikian pada bila-bila masa,” katanya. 



Terkini! Anwar dakwa punyai jumlah kerusi mencukupi bagi bentuk kerajaan baru

 


Terkini! Anwar dakwa punyai jumlah kerusi mencukupi bagi bentuk kerajaan baru


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi di Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun, Anwar menyatakan perkara berkenaan perlu menunggu atas ihsan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat makluman berikutnya.

“Bagi saya, kalau tanya saya sekarang jumlah mencukupi,” katanya dalam Program Bicara Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).

Program berkenaan disiarkan secara langsung menerusi Facebook MPN pada Sabtu dan ia dikendalikan oleh Felo MPN, Dr Muhammad Asri Mohd Ali sebagai moderator. Turut sama dalam bicara berkenaan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.



Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar

 

Astro Awani
Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar
Anwar tidak menolak khabar angin yang mendakwa beliau menjalinkan kerjasama dengan UMNO.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
Namun begitu, katanya, beliau kini hanya menunggu ihsan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk beliau menyerahkan maklumat berikutnya kepada Baginda.
“Tetapi yang ternyata sekarang dan tidak boleh disangkal adalah jumlah setakat ini yang menolak pandangan Perikatan Nasional (PN), perkara besar seperti darurat dan penggantungan Parlimen ditolak majoriti ahli Parlimen.
“Sekarang untuk GPS Sarawak juga sedang membincangkan, saya tak tahu apa keputusannya.
“Tentunya kalau ini (majoriti menolak keputusan PN) berlaku, mereka (Ahli Parlimen) yang komited mendokong darurat dan penggantungan Parlimen, jumlahnya mungkin tidak cukup 90 ahli Parlimen atau mungkin kurang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam siaran langsung Program Minda Profesor Negara - Bicara Negarawan Siri-3 yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Majlis Profesor Negara pada Sabtu.
Dalam pada itu, Anwar tidak menolak khabar angin yang mendakwa beliau menjalinkan kerjasama dengan UMNO.
“Sekarang sampai ke tahap dimana kita mempunyai keupayaan, setelah melihat kepada kelemahan dan ketidaktentuan dasar dan kelompok dalam PN, kita mengumpul kekuatan pembangkang dan beberapa elemen dalam kerajaan termasuk UMNO.
“Mereka berasakan negara ini harus diselamatkan. Kalau hendak fikir permusuhan lama, itu tidak ada kesudahannya. Saya boleh bangkitkan kenyataan, ini tidak menenangkan dan saya lemparkan kenyataan balas.
“Tapi keadaan sekarang menuntut kita membuat sesuatu untuk menyelamatkan negara dengan garis dasar yang jelas,” ujarnya.


PKP mungkin lama, kembalikan moratorium, subsidi upah - Ahli Parlimen pembangkang



Jangkitan baharu Covid 19 yang berterusan di atas 2,000 kes sehari membayangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021 tidak akan ditamatkan dalam tempoh segera.

Menurut Ahli-ahli Parlimen pembangkang, tidak mustahil PKP kali ini akan berlanjuran sebagaimana siri pertama tahun lalu yang mencecah lebih dua bulan.

Sehubungan itu, kata mereka adalah wajar sekiranya kerajaan darurat Tan Sri Muhyididn Yassin mengembalikan bantuan yang pernah diberi kepada rakyat sebagaimana PKP 1.0 pada tahun lalu.

"Walaupun PKP 2.0 baru sahaja dilanjutkan, Malaysia belum lagi menyaksikan penurunan jumlah kes Covid-19. Keyakinan para pelabur tempatan mahupun antarabangsa berada pada tahap terendah dan pakej rangsangan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 baru-baru ini hanyalah bersifat kosmetik dan tidak memadai berbanding kesan daripada PKP 2.0 dan Darurat.

"Kini kadar penggangguran meningkat dengan mendadak. Sekiranya tidak ada tindakan yang lebih agresif, lebih banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana yang bakal mengalami kerugian dan akan mengakibatkan kehilangan lebih banyak pekerjaan," kata mereka.

Justeru Ahli-ahli Parlimen pembangkang menyarankan agar kerajaan segera mempertimbangkan melaksanakan semula moratorium pinjaman bank secara automatik dan skim bantuan upah sebagaimana pada 2020 lalu.

"Kami mendesak kerajaan melaksanakan moratorium pinjaman secara automatik untuk tempoh 6 bulan seperti yang dilakukan semasa PKP 1.0. Ini akan menghilangkan keresahan dan birokrasi dengan segera.

"Industri PKS atau mereka yang tidak terkesan boleh meneruskan pembayaran pinjaman mereka seperti biasa. 6 bulan moratorium pinjaman secara automatik akan meningkatkan aliran tunai kepada sektor ekonomi malah merancakkan aktivitinya. Dengan cara ini individu dan PKS akan mempunyai lebihan tunai yang dapat membantu meningkatkan pendapatan semua jenis perniagaan, seterusnya menggalakkan mereka mengekalkan atau mungkin menambah lebih ramai pekerja (bukannya membuang pekerja)

"Kami juga mahu kerajaan meningkatkan kadar subsidi upah PERKESO RM600 setiap pekerja kepada jumlah yang lebih tinggi (kepada yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,000) dan melanjutkannya untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.

"Jumlah subsidi RM600 sebulan yang diberikan sekarang tidak memadai dalam menghadapi PKP 2.0 dan Darurat yang telah menunjukkan kesannya ke atas beberapa sektor. Subsidi upah selama tempoh 6 bulan akan menggalakkan para majikan untuk tidak membuang pekerja dan membantu mereka bertahan sehingga separuh tahun akibat penyusutan jualan dan aliran tunai," kata mereka lagi.

Menurut mereka, PKP 2.0 adalah masa yang luar biasa. Oleh itu, kerajaan harus mengambil langkah yang luar biasa juga untuk menyelamatkan sektor pekerjaan.

Peningkatan jumlah penggangguran, kata mereka, bakal merugikan negara sehingga tidak ada lagi pakej rangsangan yang mungkin dapat membantu pada masa depan.

"Kerajaan Perikatan Nasional sebenarnya telah pun tewas kepada negara jiran ASEAN dalam daya saing untuk menarik pelabur asing akibat kelemahan, ketidakcekapan dan ketidakstabilan politik.

"Kekal dengan sindrom penafian dan kedegilan untuk merubah sesuatu kepada yang lebih berkesan untuk sektor perniagaan hanyalah paku keranda terakhir untuk ekonomi kita yang parah dan berdarah," ujar mereka.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh 25 Ahli Parlimen pembangkang dari KEADILAN, DAP, Amanah, Bersatu, Muda, Pejuang dan Parti Bersatu Sarawak.

 

AGONG DAN PERLEMBAGAAN- TAMBRIN TUN GHAFAR

 

AGONG  DAN  PERLEMBAGAAN

Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 21/01/21
( 1 -  22 )


1.  Thomas Sowell, seorang  Ahli Akademik di salah sebuah Universiti Terkemuka di Amerika Syarikat pernah menyuarakan pendanganya  berhubung politik :

   " Politics Is The Art
      Of Making
      Your Self Desires
      Seem Like
      The National
      Interest "

           ATAU

    "Politik Adalah
       Seni Menjadikan
       Kepentingan Diri
       Seolah - Olah
       Mencerminkan
       Ia Adalah Bagi
       Kepentingan
       Rakyat Dan
       Negara"

2.   Jika tidak ada sebarang PENAFIAN  oleh Pejabat Perdana Menteri atau PMO maka apa yang dikatakan oleh salah seorang pegawai Muhyiddin bahawa Perisytiharaan Darurat itu adalah bagi  KEPENTINGAN  POLITIK  Muhyiddin adalah BENAR.

3.  Sebenarnya rakyat sudah  LALI  dengan sikap  PEMBOHONGAN   dan  PENGECUT Muhyiddin  yang membisu dan memekakkan telinga seperti burung kasawari membenamkan kepala ke dalam pasir  apabila berhadapan dengan perkara - perkara yang tak boleh dijawab seperti TAKUT  MENJAWAB  CABARAN  SAYA  DI MAHKAMAH  dalam kes hubungan seks beliau dengan Nika Gee yang ketika itu MASIH  bersuami.

4.  Sejak RAMPASAN  KUASA  pada bulan Februari 2020, TIDAK  ada satu perancangan ekonomi jangka panjang yang boleh dibanggakan; yang dipersembahkan ialah bantuan jangka pendek atau sementara  kepada Makcik Kiah, itu pun telah diperbetulkan oleh Menteri Kewangaannya selain dari bacaan doa  bagi menutup KEKOTORAN  yang dilakukannya.

5. Kini banyak kilang pembuatan dan industri lain  ditutup dan berpindah ke Indonesia menyebabkan jumlah pengangguran meningkat, walaupun Azmin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengatakan ekonomi negara kukuh dan masih banyak Pelabur Asing  (Foreign Direct Investment) datang melabur di sini.

6. Nasihat saya hentikan tabiat membohongi rakyat jika tidak mahu dihumban pada Pilihanraya Umum akan datang.

7.  Perlu diulangi lagi bahawa Sistem Pemerintahan Negara  yang TELAH  DIPERSETUJUI  oleh semua pihak dan DIGUNAPAKAI  berhubung kedudukan Raja - Raja  Melayu sejak  MERDEKA  64 tahun lalu:

          RAJA
          BERPELEMBAGAAN

           bukun

           RAJA  MUTLAK

            atau

            CONSTITUIONAL

             MONARCH

              not

             ABSOLUTE   
             MONARCH   

8.  Dalam lain perkataan PERLEMBAGAAN NEGARA  ADALAH  SUPREME  atau  YANG  TERATAS  SEKALI, justeru semua pihak sama ada rakyat negara ini termasuk orang asing, Agong, Raja-Raja, Perdana Menteri  mahu pun penyapu sampah di tepi jalan  MESTI  dan WAJIB akur dan menghormatinya.

9.  Rakyat tidak mempersoalkan  kuasa dan tindakan Agong  berhubung PERISYTIHARAAN  DARURAT yang diumumkan namun  ingin mengingatkan  SUMPAH yang dilafazkan semasa mengambil alih jawatan Yang Di Pertuan Agong :

" Kami ......ibni ...... Yang Di Pertuan Agong Bagi Malaysia BERSUMPAH Dengan Melafazkan

WALLAHI ; WABILLAHI ; WATALLAHI

Maka Dengan Lafaz Ini Berikrarlah Kami Dengan  Sesungguhnya Dan Dengan Sebenarnya MENGAKU  Akan Taat Setia Pada Menjalankan Dengan ADILnya Pemerintahan Bagi Malaysia Dengan Mengikut Sebagaimana Undang - Undang dan PERLEMBAGAAN Yang Telah DiSah Dan DiMasyhurkan Dan Yang Akan DiSah Dan DiMasyurkan Di Masa Hadapan Ini.  Dan Lagi Kami Berikrar Mengaku Dengan Sesungguh Dan Dengan Sebenarnya Memelihara Pada Setiap Masa Agama Islam  Dan Berdiri  Tetap Di Atas Pemerintahan Yang ADIL Dan Aman Di Dalam Negeri.

10.  Sebenarnya rakyat TIDAK MENCABAR  tindakan Agong namun ramai berpendapat Perisytiharaan Darurat itu  TIDAK  bertepatan dengan Perkara 150 (1 ) dan ( 2 ) Perlembagaan.

11.  Perkara 150 ( 1 ) - 

' Jika Yang Di Pertuan Agong berpuas  hati bahawa suatu darurat   besar  SEDANG  BERLAKU  yang menyebabkan Keselamatan atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana - mana bahagiannya terancam , maka YDP Agong BOLEH  mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu Perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”

11.  Perkara 150 ( 2 ) - 

' Proklamasi Darurat di bawah Fasal ( 1 )  BOLEH  dikeluarkan SEBELUM SEBENARNYA  BERLAKU  kejadian yang mengancam Keselamatan, atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana - mana bahagiannya jika YDP Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.

12.  Persoalan yang berbangkit ialah: 

i.   Apakah  BOLEH YDP Agong  menerimapakai NASIHAT  seorang Perdana Menteri  yang  HILANG  sokongan Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat?

ii.  Amat  Penting memahami   

PERKARA  43 ( 2 ) ( a )  iaitu :

YDP Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengurusikan  Jemaah Menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada HEMATnya mungkin MENDAPAT  KEPERCAYAAN  MAJORITI  Ahli Dewan Rakyat itu.

iii.  PERKARA  43 ( 4 )  : 

JIKA  PERDANA MENTERI  TIDAK LAGI  MENDAPAT  KEPERCAYAAN MAJORITI  Ahli Dewan  Rakyat, maka Perdana Menteri HENDAKLAH  MELETAKKAN JAWATAN Jemaah Menteri melainkan atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh YDP Agong.

iv.  Apakah tidak mustahil  mengadakan  Piliharaya Umum  dalam keadaan penuluaran  COVID ini  boleh MEMBURUKAN  keadaan kesihatan seperti yang pernah berlaku sewaktu Pilihanraya Negeri Sabah beberapa bulan lepas.

v.  Apakah TIDAK  MUSTAHIL Proklamasi Darurat itu  SEBENARNYA  lebih kepada kepentingan diri Muhyiddin apabila  Parlimen dan aktiviti politik digantung sehingga Ogos 2020?

vi.  Salahguna kuasa dan rasuah PASTI  akan terus meningkat  tambah lagi apabila Parlimen digantumg - mereka boleh buat apa sahaja sesuka hati sedangkan rakyat terus  ikat perut akibat harga barang makan  dan keperluan harian terus MENINGKAT.

13.   Muhyiddin SUDAH  pun  HILANG SOKONGAN  DAN  KEPERCAYAAN, justeru  Agong  PERLU  
MEMPERTIMBANG  SEMULA  beliau sebagai Perdana Menteri dan Perisytiharan Darurat.

14.  Jika sebelum ini 3 Ahli Parlimen Kerajaan yang telah disahkan POSITIF  COVID 19 diarak masuk Parlimen dengan memakai PAKAIAN KHAS  ( PPE )  COVID 19 semata - mata untuk mengundi menyokong Kerajaan dan pada masa yang sama  semua Ahli Dewan patuh kepada SEMUA  syarat yang diperintah termasuk PENGASINGAN  diri dengan setiap Ahli Dewan dipisahkan oleh  kotak cermin, maka APA  PERLUNYA  Parlimen digantung?

15.  Sebenarnya  penggantungan Persidangan Parlimen dilakukan bagi MENGGELAKKAN  UNDI  TIDAK  PERCAYA terhadap Muhyiddin.

16.  Ada kemungkinan besar  majoriti Perwakilan UMNO  AKAN  mengundi MENARIK  sokongan terhadap Muhyiddin, justeru semua aktiviti politik TIDAK   DIBENARKAN.

17.  Mengapa Kompleks Beli Belah, Pasaraya dan Tadika boleh dibuka sedangkan Parlimen yang hanya mempunyai 220 Ahli  TIDAK  DIBENARKAN; bukankah ia satu tindakan yang tak masuk akal?

18.  Diharapkan  Agong dan  Raja - Raja Melayu  yang telah memberi persetujuan mengenai Perisytiharan Darurat ini  MENIMBANG SEMULA  keputusan tersebut, lagi pun ia lebih kepada  MENYUSAHKAN  rakyat  terutama  aktiviti ekonomi harian yang bertentangan dengan SYARAT-SYARAT Deklarasi Darurat seperti yang TERMAKTUB dalam Perlembagaan.

19.   Kita berbangga Agong dan Raja-Raja Melayu TIDAK BOLEH DIBELI atau TIDAK TERMASUK dalam kalangan ‘Scheme of Things’ yang dilakukan Muhyiddin kepada Ahli-Ahli Parlimen bagi mengukuhkan jawatannya.

20.  Kita bersyukur kerana rakyat  hari ini masih mencintai dan menghormati  Raja - Raja, tidak  seperti sejarah Melaka di mana  seperti Sultan  ditikam  mati akibat kezaliman terhadap  isteri Megat Seri Rama, Laksamana Bentan  yang begitu setia dan berakhir dengan kemarahan, 
begitu juga apa yang berlaku terhadap Marie Antionette, Raja Perancis yang terakhir selepas rakyat bertindak ekoran kelaparan  berlaku  dalam tahun 1793.

21.  Adalah lebih sempurna jika Yang Dipertuan Agong bertindak seperti SUMPAH yang dilafazkan dengan MENDENGAR sendiri pandangn Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim kerana mereka ini terlibat secara terus dalam apa yang sedang berlaku; jika tidak bantahan demi bantahan akan berterusan.

22. TERSERAH KEPADA MAJLIS PEGUAM (Bar Council) dan PAKAR-PAKAR PERLEMBAGAAN DUDUK BERSAMA MENGKAJI  DAN MENGHANTAR RUMUSAN MEREKA KEPADA YDP AGONG.

Wassalam
Terima Kasih.



BENDA MACAM NI BUAT RAKYAT MARAH. KALAU AHLI POLITIK KERAJAAN DIDENDA SEDIKIT ATAU DILEPASKAN.

 

0:00 / 2:20



Ada seperkara yg kami nak tanya pada Ketua Polis Johor sdra Ayub Khan Mydin Pitchay berkenaan seorang perempuan yang didenda RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengeluarkan anaknya dari kereta.

"Sdra menyatakan siasatan dilakukan mendapati semasa kejadian, ramai pengunjung yang mengunjungi kedai dan premis yang berhampiran kawasan tersebut. Ketika itu, bersama individu berusia 29 tahun itu ialah seorang wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka."

Hat ini yg paling menarik dari ungkapan sdra, "Kenyataan individu ini menyatakan di kawasan tersebut tiada orang dan tiada kesesakan adalah tidak benar sama sekali".

Untuk pemerhatian dan maklumat sdra, pada 15 Disember 2020 sdra menteri kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata "pelitup muka tidak wajib jika individu itu hanya berseorangan atau bukan di tempat sesak".

Berdasarkan video di sini, apakah anggota polis yg berada di lokasi berbohong demi saman yg di keluarkan pada wanita tersebut ?

Ini kes ketiga setelah isu gadis di rogol dalam lokap. Sudahlah negara hilang mata pencarian, isu pencarian nafkah rakyat & tekanan rakyat yg berniaga di luar sana, masalah ekonomi yg terlalu besar untuk di hadap, isu darurat, keyakinan antarabangsa utk melabur di Malaysia yg hilang, di tambah lagi dengan penipuan secara jelas yg di nafikan dalam video ini... semuanya menyesakkan!

Masalah yg sebeginilah membuatkan rakyat kini rata-ratanya semakin tidak menghormati institusi keselamatan.

Minta sdra ketua polis Johor jawab isu ini segera. Mempertahankan anggota yg akhirnya terbongkar kemaluan menerusi video di sini, ia membusukkan lagi nama PDRM itu sendiri. Ini baru satu kes di paparkan, banyak lagi yg rakyat pendamkan di luar sana.

Itu tidak termasuk lagi seorang budak lelaki yg bekerja ambil upah di restoran di saman RM1000 ketika sedang mengemas susun kerusi meja di mana ayahnya baru meninggal manakala ibunya sdg berada dalam rawatan di hospital.

Sekiranya rakyat dah semakin meluap kemarahan kelak, tidak mustahil saman RM1000 ke atas rakyat tersebut di balas kepada saman balas RM1 juta setiap satunya isu kecuaian & salahgunakuasa semasa bertugas kepada agensi penguatkuasa & kerajaan. Maka bayangkan jika 33 juta rakyat Malaysia semakin muak & mual akan hal sebegini... cuba teka apa akan berlaku.

Nukilan karya di sini bukan untuk mempertikai & memperlekehkan agensi keselamatan yg kita ada. Dari perlu hadap masalah tidak terduga di masa akan datang, eloklah perbaiki mana2 kelemahan yg ada.

Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel.

 


Pemimpin ditahan tokan ganja, Wan Fayhsal mengaku

 


Pemimpin ditahan tokan ganja, Wan Fayhsal mengaku


Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tangkapan seorang ahli politik kerana memproses dadah pada Rabu.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerusi satu kenyataan media serta ciapannya di Twitter, mengakui suspek adalah ahli Bersatu namun bukan pemimpin Armada.

“Parti melihat serius dengan tangkapan seorang ahli parti berkaitan kes dadah dan kita tidak sama sekali berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah berkaitan dadah.

Parti akur dan serahkan ke atas pihak berkuasa untuk jalankan siasatan dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya menerusi ciapan Twitternya pada Jumaat.

Dalam kenyataan medianya pula, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan bahawa kes berkenaan tidak melibatkan kepimpinan Armada.

Katanya lagi, sekiranya wujud salah laku dalam kalangan ahlinya, perkara tersebut akan dibawa ke peringkat tertinggi bagi tindakan tatatertib.

Pada Jumaat, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, mendedahkan seorang ahli perniagaan yang juga bekas calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu ditahan polis selepas disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah.

Suspek yang pernah bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik tahun lalu itu ditahan polis dalam satu serbuan di Fraser Business Park, Pudu di sini Rabu lalu. .



INI KENA TANYA HADI AWANG. SEBAB DIA KATA RAKYAT KELANTAN SENANG.

 


COVID-19: Fasiliti hanya mampu bertahan dua bulan - Pengarah Kesihatan Kelantan


Muhafandi Muhamad
COVID-19: Fasiliti hanya mampu bertahan dua bulan - Pengarah Kesihatan Kelantan
Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di Kota Bharu kini dijadikan salah satu PKRC di Kelantan. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangkakan fasiliti sedia ada ketika ini hanya mampu bertahan untuk tempoh dua bulan sekiranya kes COVID-19 di negeri ini terus menunjukkan trend peningkatan.
Pengarahnya Datuk Dr Zaini Husin berkata, sejak akhir-akhir ini kes jangkitan baharu di Kelantan menunjukkan lonjakan melebihi angka 100 setiap hari.
Ini menurutnya amat membimbangkan dengan kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di negeri ini berada pada 1.26, melebihi bacaaan R-naught kebangsaan pada 1.14.
"Sebahagian yang dalam kategori 1 dan 2, yang tidak mempunyai risiko, boleh dikuarantinkan di rumah. Kita hanya fokus kepada mereka yang berisiko di hospital.
"Jadi, itulah strategi-strategi kita dalam memastikan fasiliti kita cukup untuk menangani kes-kes COVID.
"Sebab itu juga, kita wujudkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk memastikan mereka yang perlu dikuarantin di tempat-tempat ini, kita adakan di sini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Tautan Kasih PKRC Kelantan Musaadah COVID-19 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.


21 POSTING HINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

 


SILA TEKAN > UNTUK BERITA AWAL PAGI YANG 


MUNGKIN     MENARIK. SELAMAT BERBELANJA.....

Image may contain: 1 person, text that says "'HARGA MINYAK MASAK NAIK PADA KADAR RENDAH Khairuddin Attakuarantin Menteri PN 16.99 Saji Saji 5KGRM17.00 Zaman PH 5KGRM28.60 28.59 Zaman PN Harga Minyak Sawit Naik Minyak Masak Tentu Naik!!"


BILA MENTERI CAP AYAM MENJAWAB BAGI RAKYAT HADAM

No photo description available.


Image may contain: one or more people, text that says "HARGA MINYAK NAIK"


WALAU BODO SUKA BILA DAPAT BONUS 600..SIAP IKLAN DALAM WASSAP GROUP....ADOIIIIII       .DUA BENDA INI BERKEKALAN BUAT WALAUN HADAP KE HADAPAN.

RON95, RON97 NAIK LAGI…
Harga runcit petrol bagi RON97 dan RON95 naik satu sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, harga runcit diesel turut mengalami peningkatan sebanyak empat sen.
“Harga runcit petrol RON97 adalah RM2.19 seliter naik kepada RM2.20 seliter manakala RM1.89 kepada RM1.90 bagi RON95.
“Harga baharu bagi diesel adalah RM2.09 berbanding sebelumnya, RM2.05,” kata kenyataan itu.
Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Harga runcit tersebut adalah bagi tempoh 23 hingga 29 Januari,” katanya.




BARU HANG ADA AKAI...MASA DIPUNCAK KUASA...TAK INGAT DUNIA..DUNIA POLITIK MEMANG KEJAM

 

Bila sudah hilang kuasa, sape pun taknak bantu lagi, call pun tak jawab, keluh Peja

Bila sudah hilang kuasa, sape pun taknak bantu lagi, call pun tak jawab, keluh Peja

Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) perlu membayar gaji pemainnya yang tertunggak sehingga 7 Februari ini jika tidak mahu hadapi risiko kehilangan pemain untuk Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

Ini kerana berdasarkan kontrak terdapat klausa yang membolehkan pemain angkat kaki ke pasukan lain jika tidak menerima gaji mereka sehingga tarikh itu.

Perkara itu dinyatakan bekas Presiden Pafa, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam ucapannya ketika mengumumkan peletakan jawatannya kelmarin.

“Inilah yang saya bimbangkan berikutan keengganan Kerajaan negeri menghulur dana kepada Pafa kerana saya masih menjadi presiden.

“Saya bimbang pemain tonggak Perak akan dipancing pasukan lain. Jika itu berlaku tidak ada siapa boleh menahan mereka daripada pergi.

“Rugilah Perak kerana kita memiliki barisan pemain berwibawa yang mampu menjadi pencabar unggul dalam liga Musim ini.

“Berikutan itulah saya mengambil keputusan meletak jawatan cepat agar isu tunggakan gaji pemain dapat diselesaikan,” kata Ahmad Faizal.

Ahmad Faizal berkata, masalah kewangan Pafa muncul selepas beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak sejak 5 Disember lalu.

“Sebelum ini kita mendapat sumbangan dari pihak swasta serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membiayai pasukan Perak.

“Namun bila sudah hilang kuasa tiada siapa sudi menghulur bantuan lagi. Minta pun orang tak mahu bagi. Telefon pun tidak jawab,” katanya.

Keadaan diburukkan lagi berikutan keengganan kerajaan negeri menghulur bantuan menyaksikan Pafa tidak dapat membayar gaji pemain dan pegawai sebanyak sebulan setengah iaitu separuh untuk bulan November dan untuk bulan Disember berjumlah kira-kira RM3 juta.

Selain Ahmad Faizal, Timbalan Presiden merangkap pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah turut melepaskan jawatannya.