Anak Zahid Hamidi dilantik Ahli Perbadanan SME Corp

 


Anak Zahid Hamidi dilantik Ahli Perbadanan SME Corp

Anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah dilantik Ahli Perbadanan SME Corp iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).

Surat perlantikan itu diserahkan oleh menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Nurulhidayah.

Turut dilantik Koong Lin Loong.

Pengumuman itu dibuat Wan Junaidi selepas ditemui pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Pelancaran Hala Tuju MEDAC 2021 di sini hari ini.

Sementara itu, Nurul memperoleh ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2012.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Beliau pernah mengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Malaysia.

Gelaran Datuk diterima berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di SPNB.

Nurul juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen dan merupakan seorang pereka fesyen hijab di Couverture KL.

Berusia 41 tahun, beliau juga pernah memiliki sebuah syarikat pengurusan acara, Karya Bonda Sdn Bhd dari tahun 2007 hingga tahun 2012.


Segera jumpa PPBM, ECCE selesai isu ‘dual licensing’

 

Oleh B. Suffian

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atau timbalannya, diminta segera bertemu dengan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE).

Ahli Parlimen Segambut. Hannah Yeoh berkata, pertemuan itu adalah bagi membincangkan isu-isu yang memberi kesan besar terhadap institusi pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak, ibu-bapa muda dan juga anak-anak mereka.

Mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu memberitahu, beliau percaya pertemuan dengan PPBM dan ECCE boleh diadakan tanpa sebarang alasan.

“Pertemuan tersebut bukan sahaja boleh membincangkan isu pengusaha TASKA dan pengasuh yang hilang punca pendapatan, malah yang lebih penting, ia dapat memperhalusi isu keselamatan kanak-kanak dan mencari jalan keluar kepada ibu-bapa muda yang terpaksa bergilir mengambil cuti atau berhenti kerja untuk menjaga anak-anak mereka akibat penutupan TASKA.

“Mereka inilah antara kumpulan terbesar yang terjejas teruk kesan daripada pandemik Covid-19 dan perlaksanaan PKP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, PPBM dan ECCE sepatutnya diangkat menjadi mata serta telinga KPWKM bagi mendapatkan maklumat terkini dan data yang tepat sebelum kementerian membuat perancangan dan melaksanakan sebarang polisi yang akan memberi kesan kepada pengusaha TASKA, pengasuh serta para ibu-bapa muda dan anak-anak mereka.

Menurut Hannah, Menteri KPWKM diingatkan supaya mengambil tindakan berterusan untuk menyelesaikan isu seperti permohonan ‘dual licensing’ bagi pengusaha yang memiliki kedua-dua TASKA dan TADIKA, Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) serta pemberian geran ‘one off’ bernilai RM5,000 menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Saya percaya semua isu tersebut dapat diselesaikan jika menteri mendapatkan pandangan daripada pemegang taruh yang benar-benar memahami isu ini,” katanya.

Ketika di Putrajaya, tambahnya, beliau sentiasa memperuntukkan masa bertemu dan mendapatkan pandangan daripada kedua-dua badan terbesar tersebut kerana mereka begitu berpengalaman dan lebih memahami isu-isu ini.

“Menteri Rina Mohd. Harun dan Menteri Dr. Mohd Radzi Md. Jidin dari Parti Bersatu perlu lebih mendengar, lebih cekap dan lebih proaktif jika mahu memegang portfolio penting seperti KPWKM dan Kementerian Pendidikan – ini kerana masa depan anak-anak kita yang sedang dipertaruhkan,” katanya.

Jelas beliau, isu mengenai TASKA dan TADIKA yang memberi kesan besar terutama sekali kepada ibu-bapa serta pengusaha dan pengasuh telah banyak dibangkitkan di dalam persidangan Parlimen yang lepas, namun tidak dijawab oleh Menteri KPWKM dan Menteri Pendidikan mahupun timbalan mereka.

“Malah sehingga memasuki Januari 2021, semua Jawapan Bertulis yang dijanjikan mereka juga langsung tidak kelihatan,” katanya.



Dalil kenapa struktur kepimpinan DAP adalah lebih baik berbanding Umno

 

Oleh Liew Chin Tong

(Pengarah Pendidikan Politik DAP)

Bukan sahaja ahli dan sekutu DAP perlu mempunyai kefahaman tentang parti DAP. Pengaruh DAP yang signifikan selain kekuatannya di Parlimen hari ini bermakna para pengamal media dan juga orang ramai perlu mengambil tahu, bagi menghindari salah faham.

Saya sering ditanya kenapa ‘presiden’ DAP tidak dilantik terus oleh para perwakilan? Pertamanya, DAP tidak mempunyai presiden. Mengikut tradisi parti-parti kiri, pemimpin nombor satu DAP ialah Setiausaha Agung.

Dalam DAP, Setiausaha Agung adalah setaraf CEO sesebuah organisasi manakala Pengerusi adalah setaraf Pengerusi Lembaga Pengarah. Pengerusi bertugas memastikan wujud semak imbang ke atas CEO melalui Mesyuarat Lembaga – dan dalam kes DAP, mesyuarat ini adalah mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Setiausaha Agung/CEO tidak mempunyai kuasa mutlak. Beliau mempunyai kuasa eksekutif untuk tujuan operasi, namun perlu mengikut keputusan bersama CEC/Lembaga dalam soal-soal dasar. Ketiadaan presiden yang berkuasa mutlak adalah suatu rahmat buat DAP. Lihat sahaja kepada Umno di bawah Datuk Seri Najib Razak dan anda akan faham apa maksud saya.

Perwakilan di Kongres Kebangsaan DAP melantik 30 orang anggota CEC yang kemudiannya akan melantik siapakah Setiausaha Agung, Pengerusi dan mengisi jawatan-jawatan lain sesama mereka.

Baru-baru ini saya terbaca bagaimana seorang pemimpin DAP yang terkeliru menyatakan bahawa sistem sebegini tidak demokratik dan kononnya perlu diperbaiki kepada sebuah sistem yang membolehkan para perwakilan melantik presiden secara terus sepertimana Umno, MCA, PKR dan lain-lain.

Jawapan saya mudah sahaja: Adakah anda mahu menghapuskan sistem parlimen yang diamalkan Malaysia untuk diganti dengan sistem presiden Amerika Syarikat hanya kerana anda merasakan sistem parlimen tidak demokratik?

Kita melantik 222 Ahli Parlimen, di mana salah seorangnya dilantik menjadi Perdana Menteri. Dalam hal DAP, para perwakilan melantik 30 anggota CEC yang daripada seorang Setiausaha Agung akan dilantik.

Saya berpendapat bahwa lebih banyak parti-parti politik di Malaysia akan memilih sistem parlimen seperti DAP kerana sistem yang demikian membolehkan wujudnya satu sistem kerja yang koheren dan sepakat dalam kalangan pimpinan. Ia juga boleh menghindari lahirnya ‘lone ranger’ seperti Donald Trump yang merampas platform parti secara tiba-tiba, sepertimana Najib menjadikan partinya sebagai tebusan.

Pimpinan Negeri Umno

DAP tidak mempunyai ‘warlord kawasan’ parlimen, manakala kepimpinan negeri dilantik secara demokratik oleh ahli-ahli. Mungkin Umno perlu belajar tentang ini daripada DAP.

Hakikatnya, Umno dan MCA satu ketika dulu mempunyai kepimpinan negeri yang amat berkuasa. Sepertinya negeri lebih utama daripada peringkat nasional. Namun semua ini tidak lagi mungkin selepas PRU tahun 1959.

Ketua Umno negeri Kedah ketika itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang bertengkar dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman tentang soal kelayakan calon. Dr Mahathir bertegas bahawa hanya mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan sahaja boleh dijadikan calon, dan justeru mengehad bilangan calon yang ada.

Selepas Perikatan tewas di Kelantan dan Terengganu pada PRU 1959, tindak balasnya secara umum ialah untuk menggunakan kuasa Kerajaan Pusat untuk memberi bantuan bagi melawan parti seperti PAS.

Secara dalaman, Umno bertindak melucutkan lapisan pemimpin negeri dan membolehkan presiden parti melantik Ketua Perhubungan Negeri dan Jawatankuasa bagi menghalang kabangkitan mereka yang kepala batu seperti Dr Mahathir daripada memimpin parti di peringkat negeri. Ironinya, apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau mendapati sistem tersebut amat bermanfaat.

Dengan keadaan Umno mengawal hampir kesemua kerajaan negeri dari 1959 hingga 2018, setiap Perdana Menteri mempunyai kawalan ke atas setiap menteri besar melalui kuasanya melantik atau memecat ketua perhubungan Umno negeri.

Inilah sebab utama kenapa Malaysia mempunyai sistem federalisme berpusat yang berlebihan; yang kini mungkin berdepan perubahan akibat kuasa pusat yang kini terpecah-pecah. Perdana Menteri sekarang datangnya daripada parti Bersatu manakala jawatan Menteri Besar di beberapa negeri dipegang oleh Umno. Saya dapat meramalkan bahawa seandainya Perdana Menteri mengadakan pilihan raya mengejut, kebanyakan Menteri Besar Umno tidak akan menurut.

‘Warlord’ Bahagian Umno

Apabila Umno menghapuskan pemilihan kepimpinan negeri, parti itu menggerakkan pemilihannya satu tahap kebawah, iaitu di peringkat bahagian. Umno kini terperangkap dengan ‘warlord’ bahagian ini.

Salah satu sebab penting kenapa Umno mereput di peringkat akar umbi adalah kerana pimpinan bahagian tidak mahu melihat ahli-ahli baharu yang bijak dan berkemampuan masuk mencabar mereka.

Najib terus bertahan pada tahun 2015 walaupun selepas krisis 1MDB ekoran kemampuannya mengawal majoriti ketua bahagian. Mereka inilah ‘warlord’ di kawasan masing-masing.

Ramai sebenarnya yang sudah melebihi tarikh luput dan ditolak pengundi. Namun mereka terus kekal kerana walaupun tidak dilantik sebagai Ahli Parlimen atau Adun, mereka masih boleh menggunakan kedudukan mereka sebagai ketua bahagian untuk memeras Najib supaya memberikan kontrak atau peruntukan pembangunan kawasan yang dinafikan daripada wakil rakyat pembangkang yang dilantik melalui pilihanraya.

Umno tidak tahu bagaimana untuk menangani hal ini apabila ia menjadi pembangkang selepas PRU 2018, dan ia kini menjadi penumpang kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Langkah Sheraton.

Organisasi akar umbi DAP yang kecil tetapi berkesan

Tidak seperti kebanyakan parti politik di Malaysia, DAP tidak mengikuti langkah Umno pada 1960 untuk membendung kepimpinan negeri. Kepimpinan Negeri DAP dilantik, dan selalunya ditandingi secara sengit dan demokratik.

Sepanjang sejarah DAP, parti tidak mempunyai bilangan cawangan yang banyak di setiap kawasan Parlimen. Peringkat kawasan yang kuat adalah suatu kemewahan buat parti, ketika ia merupakan sebuah parti pembangkang kekal.

Struktur parti DAP di peringkat parlimen dipanggil ‘jawatankuasa perhubungan’ yang dahulu dilantik tetapi kemudiannya dipimpin oleh wakil rakyat sedia ada di kawasan terbabit setelah perlembagaan parti dipinda. Peranan di peringkat kawasan ini hanyalah untuk tujuan koordinasi.

Saya dapat meramalkan bahawa Umno akan satu hari nanti sedar dan memulihkan pemilihan parti di peringkat negeri dan menyingkir atau sekurang-kurangnya mengurangkan kuasa ketua-ketua bahagian. Jika tidak, ia tidak akan dapat bersaing mendapatkan bakat-bakat baharu di saat peremajaan dan pembahagian demi memenangi PRU adalah hampir mustahil buat Umno.

Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk mengkaji DAP dengan lebih mendalam memandangkan ia kini merupakan sebuah kuasa penting dalam politik negara. Bukanlah semua dalam DAP itu sempurna, tetapi untuk menghakimi parti dengan adil, seseorang itu perlulah memahami bagaimana ia berfungsi dan kenapa ia distruktur sedemikian rupa. 



Sekiranya kerajaan PN runtuh, Pas parti paling rugi

 


Sekiranya kerajaan PN runtuh, Pas parti paling rugi

Pas sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional akan menjadi sebuah parti paling rugi apabila kedudukan kerajaan hari ini goyang dan menanti runtuh.

Menurut Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional Mohd Hisyamudin Ghazali Pas kini dilihat seolah-olah ‘makan dua kolam’ iaitu kolam Muafakat Nasional bersama Umno dan kolam Perikatan Nasional dengan Bersatu.

Ini berikutan kenyataan tegas PAS yang dikeluarkan Setiausahanya Datuk Takiyuddin Hassan yang bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional di samping mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional.

Berdasarkan kenyataan itu, Hisyamuddin yakin pada PRU15 nanti Muafakat Nasional akan berpecah menyebabkan Pas akan bersendirian apatah lagi Bersatu pula akan hilang kerajaan.

“PRU15 Muafakat Nasional pecah balik, Pas kontang kanting. Bersatu akan jadi parti paling tidak sinigikan di Malaysia kerana BN tolak mereka, PH juga menolak mereka,” katanya.

Ketika itu, tambahnya Bersatu akan kenal siapa Pas dalam masa yang sama Pas tidak akan memberi sebarang kerusi kepada Bersatu sebagaimana mereka lakukan kepada Umno di Kelantan.

“Kita sama-sama doakan Kerajaan Pakatan Harapan 2.0 (atau nama baru) dapat di bentuk dengan kadar segera.

“Sama-sama buat solat Hajat, agar mandat yang diberikan kepada rakyat boleh dapat semula. Amen.” tulis beliau melalui facebooknya.

Melihat ketidaksepakatan yang berlaku di dalam Perikatan Nasional Pas menyeru rakan-rakan politik terutama di pihak Kerajaan agar terus berlapang dada, bertolak ansur serta mengambil iktibar dari peristiwa lampau demi maslahat rakyat yang memerlukan kepimpinan yang baik dan berintegriti.


JANGAN JADI POMPUAN SUNDAL

 

Umno ibaratkan Pas seperti perempuan yang punya dua suami

Umno ibaratkan Pas seperti perempuan yang punya dua suami

Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob menegaskan PAS perlu membuat keputusan sama ada mahu bersama Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) sekiranya Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Mengumpamakan PAS sebagai perempuan, katanya, parti itu tidak boleh ‘berkahwin dua’ dalam satu masa.

“Kita mengkaji (hubungan dengan PAS), kita tidak memutuskan. Apabila kita memutuskan hubungan dengan Bersatu, maka PAS mesti membuat pilihan.

“Umno atau Bersatu, kalau kita putuskan hubungan dengan Bersatu tetapi mereka nak bersama dengan kita dalam masa sama nak bersama dengan Bersatu mana boleh. Tak boleh.

“Orang perempuan tak boleh kahwin dua, lelaki saja boleh kahwin dua,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat tahunan Umno bahagian Machang, Kelantan, semalam.

Dia yang juga anggota parlimen Machang berkata demikian ketika ditanya berhubung kerjasama parti itu dengan PAS yang kini masih bergabung dalam MN.

Terdahulu Ahmad Jazlan juga menjelaskan 12 bahagian di Kelantan meluluskan usul supaya Umno mengkaji semula kerjasama dengan PAS.

Justeru katanya, PAS perlu membuat keputusan susulan pendirian terbaru Umno kelak.

“Kalau PAS nak bersama dengan kita biar jelas nak bersama dengan kita. Kalau nak bersama Bersatu maka terpaksa meninggalkan kita.

“Apakan daya kalau bersahabat dan berkawan, apabila saat susah begini kawan nak tinggalkan kita, kita tahu Umno bukan ada perdana menteri, menteri-menteri portfolio penting kita tahu kita tak boleh bagi jawatan kepada sesiapa.

“Kalau itu pilihan mereka kita reda dan terimalah. Kalau terpaksa berhadapan kita berhadapanlah,” jelasnya.

Panas! Ketua Umno Kelantan letak jawatan pengerusi MPOB

 


Panas! Ketua Umno Kelantan letak jawatan pengerusi MPOB

Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Pengumuman itu sehari selepas dia memberi kata dua kepada kerajaan PN agar segera membubarkan Parlimen atau dia akan melepaskan jawatan dalam kerajaan, semalam.

“Pada hari ini, 4 Januari 2021 jam empat petang, saya telah menghantar surat perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MPOH yang berkuatkuasa mulai 6 Januari 2021.

“Surat perletakan jawatan saya telah di serahkan kepada Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di pejabat nya sebentar tadi,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.


Sampai bila Pas nak makan dua kolam?

 Syam Ghaz - Posts | Facebook

Syam Ghaz

  1. Pas ni makan dua kolam
  2. Kolam Muafakat Nasional dengan UMNO, kolam Perikatan Nasional dengan BERSATU
  3. Kenyataan media ini juga secara tersirat, boleh kita faham kedudukan Kerajaan PN dalam keadaan sangat goyang menanti runtuh.
  4. Pas jika Kerajaan PN ni runtuh mereka lah Parti paling rugi.
  5. PRU15 Muafakat Nasional pecah balik, Pas kontang kanting.
  6. Bersatu pula bila hilang Kerajaan, mereka akan jadi Parti paling tidak signifikan di Malaysia kerana BN tolak mereka, PH juga tolak mereka.
  7. Masa tu Bersatu akan kenal Pas, Pas tak akan bagi Kerusi pada Bersatu seperti mereka buat pada UMNO di Kelantan.
  8. Kita sama-sama doakan Kerajaan Pakatan Harapan 2.0 (atau nama baru) dapat di bentuk dengan kadar segera.
  9. Sama-sama buat solat Hajat, agar mandat yang diberikan kepada rakyat boleh dapat semula. Amen


Bersatu didakwa akan curi ahli Pas pula?


PAS move may cost GRS the support of KDMR | Daily Express Online - Sabah's  Leading News Portal


Bersatu didakwa akan curi ahli Pas pula?

Selepas Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Bersatu ‘membeli’ ahli-ahli Umno, giliran Pemuda Umno Kelantan pula tampil memperkuatkan dakwaan itu.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, perbuatan mencuri ahli-ahli Umno untuk menyertai Bersatu bukan perkara baru di Kelantan.

“Contoh apa yang terjadi di Tanah Merah apabila sejumlah ahli Umno ditawarkan habuan untuk menyertai Bersatu melalui ejen-ejen mereka.

“Sudahlah begitu, ada di antara mereka yang tidak tahu pun nama diambil sebagai ahli Bersatu. Ini terang-terang kesalahan pemalsuan dokumen yang boleh disiasat oleh pihak berkuasa,” dakwanya dalam satu kenyataan.


TARIK SOKONGAN, JATUHKAN MUHYIDDIN PILIHAN TUNGGAL MT UMNO RABU INI

 

Rabu ini, 6 Januari merupakan tarikh penting bagi UMNO dalam menentukan hala tuju serta masa depannya.

Pada hari tersebut akan berlangsung mesyuarat MT UMNO untuk membincangkan tindakan susulan selepas majoriti UMNO bahagian-bahagian yang bersidang pada 1 hingga 3 Januari lalu meluluskan usul menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu.

Selain mesyuarat MT UMNO, pada tarikh tersebut juga difahamkan akan berlangsung perjumpaan semua Ketua-Ketua UMNO bahagian seluruh negara dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Ia dipercayai untuk Zahid Hamidi mendengar sendiri suara Ketua-Ketua UMNO bahagian berhubung kedudukan serta kerjasama parti itu dengan Bersatu dan keberadaan mereka dalam kerajaan PN.

Mengikut logiknya, setelah 189 daripada 191 UMNO bahagian seluruh negara meluluskan usul menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu, ia seharusnya disusuli dengan tindakan segera menarik diri daripada kerajaan PN dan menamatkan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin.

Menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam GLC juga harus meletak jawatan serta-merta kerana mereka itu turut pemimpin UMNO yang bersetuju dengan usul menolak kerjasama dengan Bersatu di bahagian yang mereka terajui.

Kecuali jika mereka ingin keluar UMNO dan menyertai Bersatu, maka barulah ada munasabahnya untuk terus memegang jawatan dalam kerajaan yang disandang sekarang.

Hakikatnya, setelah enggan bekerjasama dengan Bersatu dan mendesak mahukan PRU segera, tiada tindakan lain yang lebih sesuai dan wajar diambil oleh UMNO, melainkan meletak jawatan sesegera yang boleh tanpa menunggu mata berkelip lebih daripada sekali.

Tentu saja tidak masuk akal jika setelah meluluskan usul menolak Bersatu, tetapi para pemimpin UMNO masih lagi bermuka tebal tercongok dalam kerajaan yang diketuai oleh Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu.

Malu beb, macam tak ada maruah dibuatnya!!

Macam suami isteri yang selalu bergaduh dan kerap mengatakan ingin bercerai, sambil memburukkan pasangan masing-masing kepada jiran tetangga, tentulah tiada maruah jadinya jika mereka masih tinggal serumah dan tidur sekatil lagi.

Begitu juga dengan hubungan UMNO dengan Bersatu ini, tiada pilihan lain melainkan bercerai saja keputusan paling sesuai untuk diambil, tidak kira sama ada tindakan itu akan menyebabkan PRU semula diadakan atau terbentuknya sebuah kerajaan baharu.

Segala-galanya terpulang kepada kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong membuat pertimbangan sama ada memperkenankan permohonan PRU yang akan dikemukakan oleh Muhyiddin setelah kerajaannya tumbang atau mempertimbangkan pembentukan kerajaan baharu berikutan Covid19 belum lagi mereda.

Tetapi, kepada UMNO khususnya, jika pada Rabu ini tiada keputusan meninggalkan kerajaan dan menarik sokongan kepada Muhyiddin diambil, ia dengan sendirinya akan menyebabkan reputasi parti itu jadi menipis dan tidak lagi dipercayai ramai.

Ia seterusnya akan membawa kepada hilangnya kepercayaan, keyakinan dan sokongan di kalangan rakyat atau pengundi kepada parti itu dalam PRU yang diadakan kemudiannya.

UMNO akhirnya menjadi parti yang dianggap main-main, tidak serius dan lebih mementingkan kedudukan berbanding perjuangan.

Oleh itu, sama ada mungkin berlaku PRU atau terbentuk kerajaan baharu, pilihan tunggal yang ada pada MT UMNO Rabu ini cuma satu iaitu perlu perlu membuat keputusan menarik sokongan dan menjatuhkan Muhyiddin.

Tiada alasan sama sekali untuk melengah-lengahkan tindakan dan berada lebih lama dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin yang UMNO sendiri telah tolak dan tidak mahu bekerjasama dengannya.


 (Shahbudindotcom 04/01/2021)



Panas! Nazri dakwa Bersatu tawar RM20,000 tubuh cawangan baru

 


Panas! Nazri dakwa Bersatu tawar RM20,000 tubuh cawangan baru


Bekas ahli majlis tertinggi (MT) Umno, Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa Bersatu menawarkan wang berjumlah RM20,000 kepada segelintir ahli Umno bagi menubuhkan cawangan parti itu di Perak.

Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas menambah, tawaran itu dibuat susulan Bersatu kini mengalami kekurangan ahli di peringkat akar umbi.

“Saya ada sebut sebelum ini, Umno memang berang dengan bunga (Bersatu) di Perak sebab kacau kampung (ketua kampung), ahli majlis (pihak berkuasa tempatan) pun beri kepada dia (Bersatu) walaupun tiada orang.

“Dia curi orang kita (Umno), dia bagi duit pada orang kita. Betul, RM20,000 untuk buka cawangan. Dia mana ada orang, ada sesetengah orang yang ditawarkan,” katanya dalam sidang media ketika selepas berucap di mesyuarat perwakilan Umno bahagian Padang Rengas di Dewan Millenium semalam.

“Ada kenyataan setiausaha agung Bersatu (Hamzah Zainudin) mahu menubuhkan 8,000 cawangan, ingat boleh buat percuma, tidak mungkin dalam masa singkat mahu buat,” katanya seperti dipetik portal Sinar Harian.

Jelasnya, ini antara faktor Umno mengapa Umno enggan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU 15) akan datang.

“Rabu ini akan berjumpa dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk sampaikan hasrat kepadanya bahawa perwakilan Umno Padang Rengas tolak kerjasama dengan Bersatu.

“Kita mahu memperkasakan Muafakat Nasional selain mahukan PRU15 diadakan seawal bulan Mac atau selewatnya pada Jun ini,” katanya.

Umno Padang Rengas antara 143 dari 191 bahagian yang melaksanakan mesyuarat agung parti semalam.

Umno bahagian pimpinan Nazri itu mengusulkan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.

Sementara itu, Nazri berkata, Umno akan membincangkan hubungan parti bersama Bersatu dalam mesyuarat MT yang dijadual pada 6 Jan ini.

Pada 2 Jan lalu, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Bersatu galak ‘mencuri’ dan ‘membeli’ ahli Umno.

Susulan itu, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, menuntut permohonan maaf malah mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Asyraf susulan dakwaan tersebut.



Beranikah Umno ‘bercerai’ dengan Bersatu atau hanya ‘sembang kedai kopi’?

 


Beranikah Umno ‘bercerai’ dengan Bersatu atau hanya ‘sembang kedai kopi’?

DIFAHAMKAN majoriti bahagian UMNO yang selesai bermesyuarat semalam menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Nampaknya suara akar umbi parti itu nampak solid dan dipercayai lebih 180 daripada kesemua 191 bahagian menolak Bersatu.

Jumlah itu ternyata lebih banyak daripada jangkaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zakarshi yang sebelum itu membayangkan kira-kira 145 bahagian parti akan menolak Bersatu.Difahamkan, Bahagian Ketereh, Putrajaya dan satu bahagian di Perlis sahaja dilihat menyokong kerjasama dengan Bersatu.

Di Ketereh, ketua bahagiannya, Tan Sri Annuar Musa secara jelas menyokong kerjasama dengan Bersatu dan mengandaikan kejayaan bukan milik Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional sekiranya mahu bergerak solo.

Lebih ekstrem, UMNO Bahagian Pagoh sendiri menyatakan tidak akan memberi laluan mudah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding di Parlimen Pagoh.

Walaupun ia bertentangan dengan keputusan UMNO Johor sebelum ini yang memberi sokongan untuk Muhyiddin kekal di Pagoh dalam PRU-15.

UMNO Perak dan Selangor pula jelas tidak mahu mengambil semula kerusi parti yang dilarikan bekas pemimpinnya yang menyertai Bersatu.

Suara bantahan majoriti akar umbi itu bermula apabila Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyelar tindakan Bersatu yang ‘mencuri’ ali UMNO.

Malah beliau menyebut nama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai individu terlibat.

Lebih panas ia kemudiannya dibangkitkan oleh Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mendakwa ada pihak dalam Bersatu memberi sejumlah wang yang banyak kepada orang UMNO yang mahu membuka cawangan Bersatu.

Bagaimanapun rata-rata bahagian menjaga baik hubungan UMNO dengan Pas yang dimeterai melalui Muafakat Nasional (MN) kerana percaya gabungan mereka tanpa Bersatu sudah mampu memerintah negara selepas PRU-15.

Namun ada juga suara bahagian di Terengganu yang menolak kerjasama dengan Pas kerana beranggapan mahu merampas kerajaan negeri bersendirian.

Nampaknya keputusan majoriti UMNO sudah pasti meletakkan Pas dalam keadaan dilema kerana parti itu bersama Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional.

Keputusan rasmi UMNO sudah pasti diputuskan oleh mesyuarat Majlis Tertingginya nanti dan dipanjangkan Mesyuarat Majlis Presiden PN.

Adakah UMNO benar-benar mahu mufarakah dengan Bersatu dan merosakkan hubungan dengan Pas?

Atau suara-suara desakan UMNO itu sekadar amaran kepada Bersatu supaya jangan lagi ‘membuli’ UMNO jika mahu kerajaan sedia ada kekal selepas PRU-15?

Satu lagi, bersediakan UMNO melihat Pakatan Harapan sekali lagi menjadi kerajaan sekiranya langkah bermufarakah dengan Bersatu satu kesilapan?