INNALILLAH

 ‎إنا لله وإنا إليه راجعون

‎ اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه



Telah kembali ke rahmatullah murabbi yang dikasihi Ustaz Dato Dr Siddiq Fadhil pada jam 6:32 petang tadi, Selasa 31 Ogos 2021. 


Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan di maklumkan kelak. 


Semoga Allah Azza wajal mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dikurniakan syurga, Ameen..


Sumber: Pimpinan Wadah, ABIM & PKPIM



LEBIH BAIK BUKTIKAN DARI BANYAK CAKAP


Nor Hisham

Kita nak lihat pemimpin yang banyak berkerja bukan banyak bercakap, pas sudah berjaya bentuk kerajaan, perkasakan Islam dengan kadar segera sebelum tumbang, ruu 355, hudud yang di politikkan selama ni pas harus buktikan sekarang untuk kejayaan agama, bangsa dan tanah airku, jangan janji kosong pada rakyat yang mengundi bagi pas, buktikan sesuatu yang boleh rakyat ambil perhatian atau pru15 pas menyesal nanti.

KACAU DAH LEBAI HADI NI.


Yob Bmo

Yang duk berebut jawatan, kerajaan yang dia sokong...yang di tuding nyer parti ph,haha 😄



BILA LEBAI JADI MRNTERI AGAMA, BERLONGGOK SEKOLAH AGAMA DAN PONDOK BAKAL GULUNG TIKAR




KUALA LUMPUR: Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran) mendapati sebanyak 64.7 peratus maahad tahfiz di Malaysia, perlu menutup operasi atas arahan kerajaan.


Presiden Permata Al- Quran, Manolito Mohd Dahlan, berkata ia berdasarkan kajian pihaknya terhadap sebanyak 512 maahad tahfiz di negara ini. (BH - 30/8/2021).


WAKTU KERAJAAN PH, MENTERI KEWANGAN DARI DAP, LIM GUAN ENG MELULUSKAN PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH TAHFIZ, PONDOK DAN SEKOLAH AGAMA.  BAHKAN, KITA BERJAYA SELAMATKAN SEKOLAH TAHFIZ MILIK US KAZIM YANG HAMPIR MAHU DITUTUP WAKTU ITU AKIBAT MASALAH KEWANGAN.


BILA KERAJAAN PN IAITU KERAJAAN TANPA MANDAT RAKYAT YANG KONONNYA KERAJAAN MELAYU ISLE MEMERINTAH, APA SUDAH JADI KEPADA PUSAT2 PENGAJIAN INI?  MADRASAH MOKHTAR SENIK PUN SAMPAI "ANGKAT BENDERA PUTIH" DALAM FB MINTA DERMA 'JIHAD" UNTUK BAYAR BIL LETRIK TERTUNGGAK 5 BULAN.


BARU SAJA DIUMUMKAN, MENTERI AGAMA ADALAH DARI PARTI LEBAI, TIBA2 BERLONGGOK PUSAT PENGAJIAN ISLAM MAHU DITUTUP.  MAHU SALAHKAN DAP JUGA?


SEBAB ITU, JANGAN KHIANAT DAN BERSEKONGKOL DENGAN PENGKHIANAT.  TIDAK BERKAT HIDUP.  REZEKI MENJAUH, BENCANA MENDATANG.  JANGAN AMBIL HAK ORANG, KAMU TIDAK DIPILIH JADI KERAJAAN ATAU MENTERI, JANGAN RAMPAS HAK UANG RAKYAT PILIH.  SEKARANG, RAKYAT SUSAH ANGKARA KAMU YANG GILA KUASA.


WFAUZDIN NS

Walaupun simpati, tiada kompromi soal undi percaya terhadap PM bila Parlimen bersambung, kata LGE

 

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata, Yang di-Pertuan Agong pada 18 Ogos lalu bertitah agar Perdana Menteri baharu perlu melalui undi percaya di Dewan Rakyat bagi membuktikan sokongan majoriti.

PETALING JAYA: DAP memberi peringatan kepada Perdana Menteri tiada kompromi untuk tidak membentangkan usul undi percaya di Parlimen selepas sidang bersambung semula pada 13 September ini, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Kata bekas menteri kewangan itu, DAP bagaimanapun memahami penundaan sidang Parlimen seminggu sehingga 13 September ini, susulan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sedang menjalani tempoh kuarantin.

Guan Eng berkata, Perdana Menteri baharu perlu berada di Parlimen ketika undi percaya berlangsung untuk diputuskan Parlimen.

“Perlu diingatkan, Ismail tidak patut lupa apa yang terjadi kepada Perdana Menteri sebelumnya yang dilihat tidak taat secara terbuka sehingga menimbulkan rasa dukacita Tuanku. DAP tidak faham mengapa Ismail enggan mengemukakan usul undi percaya ketika Yang di-Pertuan Agong telah mengumumkan bahawa Ismail mempunyai sokongan 114 Ahli Parlimen.

“Kecuali, Ismail Sabri tidak yakin dengan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi daripada Ahli Parlimen Kerajaan. DAP ingin mengingatkan Ismail dengan keras bahawa sebarang kegagalan membentangkan undi percaya dan menentang titah Yang di-Pertuan Agong, akan merosakkan kredibiliti dan kepercayaan terhadap dirinya,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar Perdana Menteri baharu perlu melalui undi percaya di Dewan Rakyat bagi menunjukkan beliau mendapat sokongan majoriti.

“Sebarang kegagalan Ismail untuk melakukannya akan menjadi penentangan terbuka yang boleh ditafsirkan sebagai penderhakaan disengajakan dan bersikap keras kepala terhadap Titah Diraja, yang akan menjadi permulaan yang tidak baik kepada kepimpinannya sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Katanya, pelantikan Perdana Menteri baharu ketika pertengahan penggal Parlimen akibat kekosongan memerlukan undi percaya bertujuan membuktikan keabsahannya.

“Bagi Ismail Sabri tidak memasukkan usul undi percaya dalam agenda Parlimen adalah tidak berperlembagaan,” katanya.

Dakwa Nabi s.a.w tak mahu berubat sebelum wafat, letak ubat waktu sihat adalah syirik, Dr Rozaimi bidas Ustaz ini

 


[Video] Dakwa Nabi s.a.w tak mahu berubat sebelum wafat, letak ubat waktu sihat adalah syirik, Dr Rozaimi bidas Ustaz ini



Video Player
01:37
02:13

 

Tersebar pula video hamba Allah ini. Saya ingat setelah berdialog dengan saya dulu dia sudah berubah nampaknya makin teruk pula pemikiran dia.

Oleh kerana beliau menyebutkan hadis di dalam ucapannya maka saya ingin memberikan sedikit komentar. Banyak dakwaan beliau dalam video 2 minit ini. (Video penuh boleh rujuk di sini: https://www.facebook.com/113203386750205/videos/1115913452268653/ )

Saya ringkaskan seperti berikut:

1. Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu berubat sebelum wafat. Ustaz ini menyebutkan hadis dengan lafaz:

ي

Dakwa beliau ulama zaman ini tidak menyebutkan hadis ini di zaman ini.

2. Beliau mendakwa bahawa orang sakit kita tidak boleh bagi dia ubat.

3. Beliau kurang percaya dengan sistem kesihatan negara kita yang dilihat tidak begitu amanah.

4. Letak ubat waktu sihat untuk mempertahankan diri adalah satu syirik.

Berikut jawapan saya:
1. Dakwaan kononnya Nabi sallallah tidak mahu berubat sebelum wafat.

i. Jika beliau maksudkan bahawa Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu berubat ketika sakit, lalu kita dilarang berubat maka ini adalah dakwaan yang pelik bahkan batil. Jika kita lihat dalam hadis, baginda sendiri menggalakkan orang yang sakit untuk berubat. Dalam hadis Nabi sallallah alaih wasallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً ، فَتَدَاوَوْا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan penawar serta Dia menjadikan bagi setiap penyakit itu ada penawar. Maka kamu berubatlah. (HR Abu Daud dengan sanad sahih)

Nabi sallallah alaih wasallam bersabda:

مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

Maksudnya: Allah tidak menurunkan penyakit melainkan Dia menurunkan penyembuhan baginya. (HR Al-Bukhari)

Dalam hadis ini jelas menunjukkan kebenaran untuk manusia berubat.

ii. Bahkan jika diteliti dalam hadis, Nabi sallallah alaih wasallam sendiri berubat ketika baginda sakit. Ibn Abbas meriwayatkan:

احتجم النبي صلى الله عليه وسلم في رأسه وهو محرم من وجع كان به

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallah alaih wasallam berbekam di kepala baginda ketika baginda berihram disebabkan sakit yang ada di kepala baginda. (HR al-Bukhari)

Hadis ini jelas menunjukkan kebenaran berubat ketika sakit. Jadi wahai ustaz, jangan menipu masyarakat dengan penyelewengan terhadap hadis.

iii. Manakala hadis yang beliau bacakan itu, ia hadis yang sahih. Berikut saya bawakan lafaz penuhnya. Aisyah berkata:

لددناه في مرضه فجعل يشير إلينا أن لا تلدوني، فقلنا: كراهية المريض للدواء، فلما أفاق قال: ألم أنهكم أن تلدوني؟ قلنا: كراهية المريض للدواء، فقال: لا يبقى أحد في البيت إلا لد وأنا أنظر إلا العباس فإنه لم يشهدكم.

Maksudnya: “Kami memasukkan Ladud kepada baginda sewaktu sakitnya”, baginda mengisyaratkan bahawa jangan masukkannya kepada saya. Kami berkata: “Itu hanya kebencian orang sakit kepada ubat”. Ketika baginda tersedar baginda bersabda: “Tidakkah saya melarang kalian daripada memasukkan ladud kepada saya?” Kami berkata: “Itu kebencian orang sakit kepada ubat”. Baginda bersabda: “Jangan sesiapa pun berada dalam rumah ini melainkan akan diletakkan ladud kepadanya dalam keadaan saya melihatnya kecuali al-‘Abbas kerana beliau tidak melihat kamu semua (ketika kamu lakukannya pada saya). (HR al-Bukhari)

Inilah lafaz penuh bagi hadis yang ustaz ini bacakan. Jika dilihat ia berkaitan dengan perubatan menggunakan ladud. Apa itu ladud?
Ladud ialah ubat yang diletakkan di bahagian tepi mulut untuk pesakit.

Persoalannya mengapa Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu diletakkan ubat pada mulutnya?

Ustaz ini buat kesimpulan mudah, nabi tidak tidak mahu berubat. Jadi menurut beliau, orang sakit kita tidak boleh bagi ubat. Lalu dia pun kata dia tak nak ke hospital jika sakit.

Ini kesimpulan yang menyeleweng daripada ustaz ini. Menolak hadis-hadis sahih yang membenarkan perubatan. Mengabaikan hadis sahih yang baginda sendiri berubat ketika sakit. Bahkan jika dilihat dalam hadis yang beliau bacakan dalam video ini, Nabi sallallah alaih wasallam sendiri membalas kepada semua yang ada di situ supaya diletakkan ubat di mulutnya kecuali Al-Abbas. Maknanya boleh memakan ubat walaupun tidak sakit. Jelas ustaz ini tidak faham hadis yang beliau bacakan.

Jadi apa makna bagi hadis ini sebenarnya? Sebenarnya ulama hadis telah berbahas mengenai perkara ini. Jika diteliti dalam kitab syarah hadis, kita dapati ulama mempunyai sekurang-kurang dua tafsiran bagi hadis ini:

Pertama: Nabi sallallah alaih wasallam tidak mahu berubat apabila sudah mengetahui baginda akan wafat setelah memilih untuk wafat ketika diberi pilihan oleh Allah sama ada mahu hidup atau meninggal dunia. Oleh itu, tidak ada keperluan lagi untuk berubat kerana akhirnya baginda akan wafat.

Kedua: Baginda mengetahui bahawa ubat berkenaan tidak berkaitan dengan sakit yang baginda alami. Ini bermakna ubat berkenaan sia-sia dan tidak bermanfaat. Al-Qastallani menegaskan:

وإنما أنكر التداوي لأنه كان غير ملائم لدائه لأنهم ظنوا أن به ذات الجنب فداووه بما يلائمها ولم يكن به ذلك.

Maksudnya: Sesungguhnya baginda membantah perubatan itu kerana ia tidak sesuai dengan penyakit baginda disebabkan mereka menyangka baginda terkena jangkitan Zat al-Janb (jangkitan paru-paru) maka mereka mengubatinya dengan yang sesuai dengannya (penyakit sangkaan itu) sedangkan baginda tidak ada penyakit itu. (Irsyad al-Sari)

Ibn Hajar pula menegaskan:

وإنما أنكر التداوي لأنه كان غير ملائم لدائه ، لأنهم ظنوا أن به ذات الجنب فداووه بما يلائمها ، ولم يكن به ذلك كما هو ظاهر في سياق الخبر كما ترى ، والله أعلم .

Sesungguhnya baginda membantah perubatan itu kerana ia tidak sesuai dengan penyakit baginda disebabkan mereka menyangka baginda terkena jangkitan Zat al-Janb (jangkitan paru-paru) maka mereka mengubatinya dengan yang sesuai dengannya (penyakit sangkaan itu) sedangkan baginda tidak ada penyakit itu seperti mana yang zahir dalam konteks hadis ini seperti yang engkau lihat. Allah lebih mengetahui. (Fath al-Bari)

Tafsiran kedua ini selari dengan hadis riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Ibn Sa’d. Al-Arnout dan Husain Salim Asad menilainya sebagai hasan.

Inilah yang difahami oleh ulama terhadap hadis ini iaitu sahabat menyangka Nabi sallallah alaih wasallam terkena penyakit Zat al-Janb maka ubat yang mereka berikan ialah ubat itu. Sedangkan baginda tidak menghidapi penyakit itu. Jadi berhentilah menyebarkan penyelewengan terhadap hadis ini wahai Ustaz.

Maka jangan hairan jika ulama tidak sebut hadis ini pada waktu kerana hadis ini tidak berkaitan dengan larangan berubat apabila sakit.

2. Dakwaan kedua beliau kata orang sakit kita tidak boleh bagi dia ubat. Ini pemahaman yang batil. Tetapi yang pelik beliau kata pada awalnya beliau tidak mahu pergi ke mana-mana hospital jika sakit. Jika beliau sakit beliau akan sabar atau pun minta nasihat doktor yang amanah. Mana satu ni pak ustaz? Boleh berubat atau tidak boleh? Kalau dah tanya doktor biasanya doktor akan cadangkan ubat. Jika berubat tidak boleh maka apa perlu tanya doktor? Saya betul-betul pening dengan kenyataan ini. Izinkan saya makan panadol jika pening ini berlarutan kerana saya menganggap berubat dibolehkan jika sakit.

3. Dakwaan beliau tidak percaya dengan sistem kesihatan di negara kita. Saya rasa kita orang Malaysia ini terbuka menerima kritikan dan cadangan baik untuk memperbaiki sistem kesihatan kita. Tapi jangan sesekali orang luar menimbulkan keraguan tentang sifat amanah frontliners kami. Ini melampui batas namanya. Ini biadab. Saya cadangkan agar rakyat Malaysia yang sayangkan negara buatlah laporan polis tentang kenyataan tidak bertanggungjawab ini.

4. Dakwaan letak ubat waktu sihat untuk mempertahankan diri adalah syirik.

i. Saya tidak tahu daripada mana beliau belajar bab syirik. Sampai perkara ini pun ingin disyirikkan.

ii. Perlu diketahui vaksin ini bukannya ubat. Ia untuk merangsang antibodi untuk melawan penyakit. Mufti-mufti di Malaysia bahkan seluruh dunia mengharuskan penggunaannya. (Lihat: https://www.sinarharian.com.my/article/124060/BERITA/Nasional/Jangan-ragui-status-halal-vaksin-Mufti )

Konsep vaksin ini hampir menyamai saranan Nabi sallallah alaih wasallam untuk mencelup lalat ketika ia jatuh dalam minuman. Celupan itu untuk menghilangkan mudarat yang bakal hadir daripada kuman di sebelah kepak lalat tersebut. Kita tidak perlu menunggu untuk sakit dahulu barulah celupan itu dibuat. Celupan itu dibenarkan untuk semua orang sama ada yang sakit atau yang sihat.

Oleh itu, ulama besar seluruh dunia membenarkan pengambilan vaksin covid bahkan mereka sendiri mengambilnya.

Jadi saya nasihatkan ustaz ini dengan nasihat yang ringkas:

Jangan merepek!

Dr Rozaimi Ramle

P.s: kita semua manusia, ada masanya kita sakit. Ada masanya anak kita sakit. Masa itu nilailah kembali video ini semula jika Allah takdirkan orang yang kita sayang sakit tenat. Moga Allah lindungi kita semua.

Sumber: Dr Rozaimi Ramle


MASA TAK ADA KUASA DIJATUHKAN RAKYAT, MASIH LAGI TIDAK SEDARKAN DIRI.RAKYAT TETAP MELIHAT .

 


Nampak tak mengapa negara ini rosak?  Negara rosak apabila institusi atau jabatan kerajaan itu dikuasai oleh orang-orang politik yang menyalahgunakan kuasa.  Keputusan yang dibuat bgantung kepada orang-orang politik.  Waktu Mahiadin jadi PM, ROS menekan pihak lawan.  Bila Mahiadin jatuh, ROS ikut pula kehendak kerajaan baru biar pun nampak arahan ROS lintang pukang.  Memalukan!!  Apakah negara telah berubah?  Tidak, kita cuma tukar pemandu saja.  Kerajaan tetap gagal.

Diskusi pada 2 petang – Merdeka yang dipendam: Kesan filem terhadap sejarah kita

 

Pada bulan kemerdekaan kita selalu dihebohkan dengan fahaman bahawa hanya segelintir parti politik sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan.

Tetapi adakah ini benar-benar sejarah atau hanya satu versi sejarah? Dan paling penting, apa gunanya merungkai persistiwa yang dah berlaku?

Mari bersama kita pada Hari Merdeka bagi mengetahui ‘sejarah disebalik sejarah’ negara kita dengan tayangan dan diskusi filem “10 Tahun Sebelum Merdeka”.

Anjuran Freedom Film Festival

Bermula pada 2 petang, Hari Merdeka


Gambar Tok Guru Nik Aziz di dinding curi tumpuan waktu MP Jelutong kibar bendera

 Gambar Tok Guru Nik Aziz di dinding curi tumpuan waktu MP Jelutong kibar bendera


Gambar Tok Guru Nik Aziz di dinding curi tumpuan waktu MP Jelutong kibar bendera.Gambar yang dimuat naik oleh ahli parlimen Jelutong, RSN Rayer yang menaikkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang sempena Hari Merdeka hari ini menarik perhatian ramai.

Bukan bendera itu yang menarik tetapi latar belakang gambar beliau itu iaitu gambar Karpal Singh, bekas ahli parlimen Jelutong dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Mursyidul Am Pas yang paling popular“Kadangkala manusia itu masih belum boleh bersedia menerima mesej yang disampaikan tetapi amat tertarik dengan pembawa mesej !!!” kata ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin ketika mengulas gambar itu.

Rayer terkenal dengan tingkah lakunya di Dewan Rakyat yang sentiasa mengacau pemimpin kerajaan.

Beliau dikenali penyokong kerajaan sebagai pengacau di Dewan Rakyat..

Bagaimanapun, ramai tidak melihat perkara itu tetapi lebih melihat siapa yang membawa bendera itu.

HA..HA..PENJAGA ZOO KE NI?BUKAN KAH HADI SENDIRI YANG TERLIBAT DALAM KERAJAAN TEBUK ATAP/


HAMZAH RIE NA


Bukankah Haji Hadi sendiri yang terlibat dalam rampasan mandat rakyat ( Tebuk Atap ) melalui Langkah Sheraton.

Lepas tu Parti-Parti Melayu Islam ni bergaduh sesama sendiri berebut jawatan sehingga bertukarnya PM.

Tiba-tiba hari ini nak cakap PH gagal tebuk atap untuk jatuhkan kerajaan?

SR

 

 May be an image of 1 person and text that says "Hd Harakahdaily 10h "Biarkan anjing dan serigala menyalak, namun perjalanan musafir hendaklah diteruskan." SELAMAT BERTUGAS KABINET BARU: TEKUN DAN BERISTIQAMAH Amang abduhadawang abduthadi A HARAKAHDAILY.NET Selamat bertugas Kabinet baru: Tekun dan beristiqamah"May be an image of 2 people, people sitting and text that says "Pakatan Harapan Tak Sanggup Berdosa Bermain Rasuah, Politik Keji UMNO-PAS-BERSATU S-BERSATU Dengan Menjual Beli Mandat Rakyat Home Malaysia Gazette SPROUT Politik gagal tebuk POLITIK untuk atuhkan kerajaan Abdul PH gagal tebuk atap untuk jatuhkan kerajaan PN- Abdul Hadi By Manzaidi Mohd Amin 30 August 2021 LANGKAH SYAITAN Sheraton® SR akvat MalaysiaGazette""

Tiada usul undi percaya terhadap PM dalam sidang Dewan Rakyat akan datang

 

Menurut ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, lewat malam tadi beliau telah menerima notis dari Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Bacha Mydin yang memaklumkan perkara itu.

“Tetapi yang sangat ketara adalah pengakuan bahawa tidak ada usul undi percaya kepada perdana menteri dalam urusan Parlimen kali ini,” kata Kit Siang

Bagi Kit Siang, usul undi percaya kepada pmenteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sepatutnya menjadi perkara pertama yang dibahaskan iaitu pada 14 September.



Yang Dipertuan Agong sebelum ini telah menitahkan agar usul undi percaya dikemukakan terhadap perdana menteri sebaik sahaja selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri.

Pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Perdana Menteri baharu yang dilantik perlu mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkannya mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara berkata, baginda bertitah demikian mengikut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam hal ini, baginda selanjutnya bertitah bahawa selaku Ketua Utama Negara, baginda akan cuba sedaya-upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berperlembagaan berteraskan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

“Seri Paduka Baginda akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu-isu semasa yang dijadualkan pada 20 Ogos ini (Jumaat).

“Seri Paduka Baginda dan Paduka Seri Sultan Perak (Timbalan Yang di-Pertuan Agong) menzahirkan pandangan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah mengganggu-gugat tadbir urus kerajaan ketika kita masih diancam pandemik Covid-19,” kata beliau.

Terkini! Papagomo digantung keahlian Umno 6 tahun?

 


Terkini! Papagomo digantung keahlian Umno 6 tahun?

Terkini! Papagomo digantung keahlian Umno 6 tahun?

EXCO Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, mengakui buntu mengenai status keahliannya dalam parti itu.

Ini kerana beliau mendakwa menerima satu pesanan melalui aplikasi WhatsApp semalam daripada Setiausaha Kerja Pemuda Umno menyatakan dirinya digantung keahlian selama enam tahun.

Bagaimanapun, Wan Muhammad Azri menyatakan beliau tidak mendapat makluman rasmi daripada Ibu Pejabat Umno atau Pejabat Pemuda Umno, setakat ini.

“Setakat hari ini, saya tidak dapat makluman daripada Ibu Pejabat Umno atau Pejabat Pemuda Umno berkaitan isu pengantungan ini.

“Cuma saya dapat sebaran WhatsApp, ada orang sampaikan kepada saya menyatakan bahawa saya digantung enam tahun.

“Tetapi saya tak dapat pengesahan dari mana-mana pihak termasuk daripada Ketua Pemuda Umno berkaitan isu ini,” katanya .

Pada masa sama, Wan Muhammad Azri memaklumkan beliau telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp Exco Pemuda Umno Malaysia.

Beliau percaya tindakan tersebut kemungkinan mempunyai kaitan dengan isu penggantungan keahliannya dalam Umno.

“Ketua Pemuda remove saya dari group itu, tak tahu kenapa. Mungkin juga isu ini (digantung keahlian).

“Saya tertunggu-tunggu juga (panggilan atau pengesahan) jika digantung mesti ada pengumuman rasmi atau Ketua Pemuda akan menelefon saya kerana saya Exco Pemuda Umno. Jadi saya pun tak tahu ini betul atau tidak,” katanya.

Tambah Wan Muhammad Azri, sekiranya benar perkara itu, mesti beliau orang pertama dimaklumkan mengenainya.

“Saya nak cakap tentang hal ini pun susah kerana saya tidak pernah dipanggil Lembaga Disiplin sebab prosedurnya akan melalui Lembaga Disiplin dulu.

“Tiba-tiba dapat mesej saja, jadi kelirulah dekat situ. Contoh Tun Faisal, beliau dipanggil, kemudian baru digantung oleh Lembaga Disiplin Umno,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Muhammad Azri berkata, tanpa makluman rasmi, beliau akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai Exco Pemuda Umno.

Pada 28 April lalu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata seorang Exco pergerakan itu akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti berikutan tindakannya yang didakwa bercanggah dengan pendirian Umno dalam soal hubungan dengan Bersatu.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi tidak mendedahkan nama individu terbabit dan menyerahkan kepada Lembaga Disiplin serta Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan.

Sebelum itu, sekumpulan ahli Umno Bahagian Wangsa Maju menyerahkan laporan salah laku Wan Muhammad Azri kepada Lembaga Disiplin.

Dalam laporan itu, Wan Muhammad Azri didakwa melanggar Perlembagaan Umno menggunakan Facebook miliknya sama ada dalam bentuk kenyataan bertulis mahupun rakaman video.

Hantaran itu antara lain didakwa cuba memujuk akar umbi dan pemimpin Umno untuk bersama dengan Bersatu sedangkan putusan Perhimpunan Agung Umno 2020 menolak kerjasama itu.


BEKAS MENTERI PALING MENGARUT TETAP KENA KECAM

 


Panas! Rina dianggap hina jalur gemilang, dikecam tunjuk dada


Panas! Rina dianggap hina jalur gemilang, dikecam tunjuk dada


 


Sumber | Facebook Rina Mohd Harun



Agus: Komuniskah yang menjajah kita atau British?

 


Agus: Komuniskah yang menjajah kita atau British?


Mengapakah setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan dengan membincangkan soal komunis. Apakah komunis yang menjajah kita? Kita dijajah oleh British, bukannya komunis.

2. Jadi, apa kaitannya komunis dengan kemerdekaan kita? Di Tanah Melayu, komunis ini adalah parti politik sahaja yang menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930.

3. UMNO pula ditubuhkan 16 tahun selepas itu. Seperti UMNO, PKM juga menentang penjajah British. Bezanya, setelah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, UMNO menjadi baik dengan British, manakala Melayu yang berhaluan kiri menentangnya.

4. Antaranya ialah Pak Sako dan Ibrahim Yaakob. Mereka menubuhkan KMM dan PKMM untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. British tidak senang dengan perjuangan ini lalu melabelkan mereka komunis. Begitulah British, jika ada yang melawannya dilabelkan sahaja sebagai komunis.

5. British tanamkan perasaan benci kepada komunis supaya orang Melayu sayangkan British sedangkan Britishlah yang menjajah kita. Jika di Indonesia, sesiapa sahaja yang bekerja dengan penjajah Belanda dipanggil anjing Belanda.

6. Kita telah lebih enam dekad merdeka. Namun, setiap kali kemerdekaan kita masih bincangkan tentang komunis. Untuk apa?

7. Hendak kata komunis masih ancaman pada negara, kerajaan telahpun menandatangani perjanjian damai dengan PKM di Haadyai pada 2 Disember 1989, dan sejak itu berakhirlah ancaman PKM.

8. Maka, setelah 64 tahun merdeka, kita bawalah naratif baharu dalam meraikan kemerdekaan. Kita sambut kemerdekaan dengan wajah Keluarga Malaysia—nama kerajaan baharu kita.

9. Jangan jadi seperti penjajah British yang suka melabelkan pihak yang tidak disukainya. Usah kita menanam benci hanya kerana perbezaan politik.

10. Tahun ini kita sambut kemerdekaan dalam suasana pandemik dengan keadaan ramai rakyat susah. Oleh itu, muncullah banyak program ‘kerajaan menjaga rakyat’ dalam dua hari berbaki ini daripada mengisahkan tentang komunis.

Setelah Ismail Sabri jadi PM, ROS buat u-turn, keputusan Umno tangguh pemilihan kini sah

 Setelah Ismail Sabri jadi PM, ROS buat u-turn, keputusan Umno tangguh pemilihan kini sah


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah membatalkan keputusannya yang menyatakan keputusan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti tidak sah.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengesahkan menerima surat daripada Ketua Pengarah ROS Jasri Kasim yang memaklumkan kepadanya mengenai keputusan baru itu petang tadi.

Ahmad mengatakan perkembangan itu hadir setelah dia dan peguam Umno menyerahkan dokumen dan pernyataan tambahan kepada ROS pada 9, 11 dan 18 Ogos serta penjelasan yang dibuat oleh sebilangan ahli majlis tertinggi Umno pada 24 Ogos.

“Berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang telah saya dan peguam Umno berikan pada 9 Ogos, 11 Ogos, 18 Ogos dan beberapa keterangan Ahli MKT pada 24 Ogos, adalah didapati bahawa keputusan penangguhan pemilihan Umno untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara teratur,” katanya.

Oleh itu, katanya pemilihan untuk semua jawatan dalam majlis tertinggi, bahagian dan cabang Umno akan ditunda sehingga tarikh yang akan diumumkan.

Pemilihan parti itu mesti diadakan sebelum 29 Disember 2022.

Bagaimanapun, katanya, perhimpunan agung tahunan di semua peringkat masih boleh berlangsung tahun ini.

“Tarikh akan diumumkan kemudian,” katanya.

Ahmad Maslan mengucapkan terima kasih kepada pihak ROS atas kerjasama yang diberikan.

ROS pada 6 Ogos menyatakan bahawa keputusan Umno untuk menangguhkan pemilihan partinya selama 18 bulan adalah tidak sah.

Ini dengan alasan bahawa majlis tertinggi parti membuat keputusan untuk menangguhkan hanya setelah masa penggalnya telah berakhir.

Bagaimanapun, Ahmad menjelaskan bahawa keputusan itu diambil sebelum berakhirnya penggal perkhidmatan mereka.

AGAK2NYA TETAP SAMAKAH KEPUTUSAN ROS JIKA PM KETIKA INI MASIH LAGI MAHIADDIN?

 

*UMNO & ROS*

(Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia)

Pada lewat petang 30 Ogos 2021, saya telah menerima surat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) / Ketua Pengarah Tn Hj Jasri Kasim, rujukan surat PPM/WKL 251/88 JLD. 11 (1).

Berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang telah saya dan peguam UMNO berikan pada 9 Ogos, 11 Ogos, 18 Ogos dan beberapa keterangan Ahli MKT pada 24 Ogos, adalah didapati bahawa keputusan penangguhan pemilihan UMNO untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara TERATUR.

Oleh itu, pemilihan jawatan UMNO untuk MKT, bahagian dan cawangan adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada ROS iaitu sebelum 29 Disember 2022.

Walaupun begitu, mesyuarat tahunan untuk cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung (tanpa pemilihan) dengan kehadiran 1/4 korum masih perlu diadakan pada tarikh dalam 2021 ini. Tarikh-tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih diucapkan kepada Presiden, Timbalan, Naib-naib Presiden, Ahli MKT kerana memberi panduan dan juga kepimpinan UMNO serta ahli yang sabar dan tabah melalui episod yang berlaku.

Terima kasih kepada KP ROS / Pendaftar Pertubuhan dan pegawainya yang telah memberikan kerjasama baik di sepanjang semakan dan pertemuan kami.

Salam perjuangan.

Salam MERDEKA 31 Ogos.

(Ahmad bin Maslan)

*Setiausaha Agung UMNO*

30 Ogos 2021, 9 malam.



KAH..KAH..KAH..DIA MEMANG TAK CERDIK PUN.....KARTUN..

 


Panas! Peja buat sidang media mengaku kurang cerdik

Panas! Peja buat sidang media mengaku kurang cerdik

‘Saya minta maaf atas kekhilafan saya mengenai video yang tular itu’.

Demikian jelas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam sidang media pertamanya selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada Isnin.

“Pertama sekali, saya rasa bersyukur, kerana apa yang saya katakan itu adalah sebelum saya angkat sumpah sebagai Menteri KBS. Apa yang saya katakan itu merupakan kekhilafan, kesilapan dan kurang cerdik.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden FAM dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam. Saya faham perkara itu tidak seharusnya saya sebut di atas kesilapan itu yang telah mengakibatkan satu perdebatan di sosial media.

“Saya juga ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Alhamdulilah, saya telah belajar dari kesilapan itu, hari ini saya mengangkat sumpah sebagai Menteri KBS dan saya perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dikatakan secara terbuka,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu lagi, perkara berkenaan amat dikesali dan tidak akan berlaku lagi.

Fokusnya, kata Ahmad Faizal, ketika ini adalah untuk melihat mutu bola sepak negara dapat dipertingkatkan.

Terdahulu, Ahmad Faizal dalam satu video yang tular di laman sosial antara lain, mendakwa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedang mempertimbangkan untuk membuka saingan Liga Super pada musim depan kepada 16 pasukan berbanding 12 pasukan ketika ini.

Video yang tular di media sosial itu dipercayai telah mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen yang mendakwa Ahmad Faizal memberi bayangan pasukan Bola Sepak Perak atau lebih dikenali sebagai The Bos Gaurus berkemungkinan akan terus kekal beraksi dalam Liga Super.