Rina Hamzah
Pemimpin islang kata tak apa membalak waktu PKP . Rakyat jangan banyak soal, Tak ada duit tak apa nanti ABAHkorang doa, Tak ada makan Tak apa ABAHkorang doa yg penting kami pemimpin-pemimpin islang maju terus dengan membalak bersama ularmak.MEWA, MAFI DAN FDI
AKHIRNYA KES VIDEO AZMIN HAZIQ BAKAL KE MAHKAMAH?
Tun Mahathir tak mahu usir Zakir Naik – Tommy Thomas
DR Mahathir Mohamad tidak mahu mengusir Zakir Naik walaupun hanya itu yang dikehendaki oleh India, kalau sekiranya ia tidak dapat mengekstradisi pendakwah kontroversi itu, kata bekas Peguam Negara Tommy Thomas.
Dalam buku biografinya yang terbit minggu ini, Thomas berkata pendirian India itu disampaikan kepadanya oleh pesuruhjaya tinggi republik itu dalam satu pertemuan mereka semasa beliau jadi peguam negara.
Tiada pelabur ingin masuk ke negara yang ada krisis politik
Pelabur tidak akan melabur di Malaysia sekiranya tidak yakin dengan keadaan dalam negara ini terutamanya apabila melihatkan krisis politik yang seakan tiada kesudahannya.
Penasihat akhbar The Star Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, Malaysia sebelum ini boleh berbangga mengatakan mereka ada pemerintahan yang stabil namun kini, ayat sebegitu tidak lagi boleh membantu negara menarik minat pelabur.
Tegasnya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini hanya memiliki majoriti tipis dan pada masa sama diasak parti kawan dan lawan.
“Situasi sebegitu harus ditangani segera kerana tiada ahli perniagaan ingin bekerjasama dengan negara yang asyik bertukar Perdana Menteri.
“Perubahan tampuk pemerintahan juga akan membawa pelbagai perubahan dasar dan polisi.
“Malah, rakyat juga kini muak dan bosan dengan ahli politik yang hanya sibuk merancang untuk mendapatkan kuasa pada waktu sukar sebegini,” katanya seperti dilaporkan The Star pada Ahad.
Dalam pada itu, laporan baru-baru ini menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) negara berada pada tahap membimbangkan, turun sehingga 68 peratus.
Justeru, katanya, negara perlu terus merangsang pembangunan ekonomi, menjadikannya lebih dinamik agar dapat menampung kehilangan daripada FDI.
“Meskipun ia mungkin mengambil masa namun perancangan rapi harus dilakukan bagi membantu memulihkan ekonomi negara,” ujarnya lagi.
“SAIDINA UMAR SUDAH BERPESAN, NEGARA BOLEH BINASA JIKA PEMIMPINNYA KHIANAT”
Perkara penting mendirikan sesebuah bangunan .. “foundation” nya mesti kukuh. Nescaya bangunan itu terdiri teguh.
Demikian mendirikan sesebuah kerajaan. Jika didirikan di atas asas khianat dan mengambil yg bukan hak kita maka tiadalah rahmah dan barokah.
Hasilnya kerajaan itu sentiasa dihimbau bimbang dan takut. Juga tidak ujud kestabilan politik. Kerajaan jadi lemah. Pentadbiran kucar kacir bila dilanda ujian.
Berilah apa jua justifikasi dan dalil terpilih bersandar agama kerajaan itu tidak akan dapat mengembalikan kekuatannya, apalagi kepercayaan rakyat.
Maka sambungan hayatnya .. gantung parlimen dan mohon darurat dgn alasan melawan covid19. Hari ini kita bersaksi kes covid terus meningkat !
Benarlah pesanan saidina umar alkhatab” negara yg makmur sekalipun boleh binasa jika pemimpinnya khianat”
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung PKR/Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu
31 Januari 2021.
SIAPA PENGKHIANAT
Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas:
Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah
kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama
memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.
Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan
dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri
Pembangunan Kerjaraya dari MIC.
Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.
Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran
negara berada bukan ditangan Melayu.
Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan
yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan
Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.
Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO
dan pemimpin Melayu mula berkuasa, Melayu telah mula tergadai hak dan maruah
diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa
untuk kepuasan dan keseronokan peribadi, sementara Melayu semakin miskin dan
hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu
dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti
Bukit Serampang) dijadikan peneroka dan kini 4 generasi mereka terperangkap
sebagai peneroka FELDA yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan
terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.
Hari ini kita menyaksikan bagaimana FELDA dihancurkan oleh bukan
Cina. Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.
Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan bank safe
deposit kuasa UMNO yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.
Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang
terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah
Negara?
Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .
Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi
kerana kita. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.
Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP?
Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga
kerana pemimpin UMNO.
Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf parti GERAKAN yang
berkuasa disana?
Kenapa salahkan DAP yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?
Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP .
Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam
dibawah DAP kini berlipat kali ganda.
Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada ramai ahli
Melayu. Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.
Hanya yang ketara MCA dalam perbincangan perhimpunan agong
berbicara dalam bahasa Cina menakala DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan
iaitu Bahasa Melayu.
MCA didalam perlembagaanya menolak Perkara 152 iaitu Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini
bukan perjuangan DAP.
Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik dinegara ini dan faham
matlamat mereka semua. Semua mereka kecuali MCA seperti disebut diatas menerima
Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah
pertubuhan berdaftar.
Kenapa DAP musuh kita?
Jelasnya inilah manipulasi UMNO.
Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.
Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan Melayu
semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.
Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.
Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu
tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja,
hilangnya Islam di negara tercinta.
Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman
dari persepsi perkauman yang menakutkan Melayu.
Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang
sebenarnya matlamatnya menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum
Cina terhadap ketuanan Melayu .
Cina sebagai sinonim Komunis.
Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada
perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad
mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.
Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO
berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan
Komunis.
Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara
ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.
Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan
membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam
kerajaan Perikatan.
Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan,
ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang
ambing selrpas tahun 1969.
Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk
kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.
Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik sekiranya sistem
pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita
ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English
Collage High School Muar,
Kluang.
Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO
bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan
kesedaran dan kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu
berseronok honeymoon selepas merdeka.
YB2 Melayu UMNO kini berstatus sama seperti pegawai tinggi
kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya
dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk,
suka berjudi dan berfoya-foya.
Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status
pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat
disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.
Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat.
Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar
Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.
Pada masa yang sama kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan
pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang
merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan
duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan
Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana
Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah
banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan
Islam sebagai agamanya.
Apakah semua ini angkara DAP ?
Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan
Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan
usaha menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan
Islam dan raja raja.
Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan
pembelaan dari UMNO yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama
berdama PERIKATAN.
Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.
Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh
pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas
kuasa Melayu.
Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif
pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama
oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela
nasib Melayu.
Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif
yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina
dinegara ini. Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik
UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang
kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa
diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman
yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.
Maka di atas pendekatan ini lah pemikiran Melayu dipesongkan ke
arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina dan membentuk satu pemikiran
Melayu yang membenci Cina.
Ini jelas dilaksanakan secara halus dan sulit di dalam program
bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang
lain
Seterusnya mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit
hati Melayu terhadap Cina yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya
diolah dengan menjuruskan prasangka jahat terhadap Cina untuk mencapai maksud
sebenar UMNO iaitu menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang
merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh
bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.
Maka kini berjayalah UMNO memesongkan pemikiran sebahagian
Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh
Cina India dan Melayu.
Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.
Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi
muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.
Bahkan DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat
sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang
dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.
Dimana UMNO dalam BN ? Satu parti politik Melayu diantara 13
parti politik bukan Melayu.
Di Selangor, Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP
adalah parti bersama yang membentuk kerajaan bukan BN di Selangor yang amat
berjaya tidak seperti dibawah BN dahulu.
Sedarlah kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden ini adalah
ditentukan oleh bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.
Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh
Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.
Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan
kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.
Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan
negara mereka ke tangan Komunis China.
What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.
Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai
lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan
belantara hidup rakyat terseksa.
Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan
istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih
istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.
Kini telah wjud wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan
perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.
Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar
China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.
Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk
projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh
rakyat.
Puncaknya kini UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang
dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.
Apakah akan berlaku transformasi ideologi komunis kepada UMNO
BN.
Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan
dibayangi oleh kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu,
kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?
Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?
Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB
SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA pengkhianatan
terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal
rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat
Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara DAP ?
Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan
kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan
Negara.
DULU WALAUN MAKI DR MUJAHID ....LA..AWAT TAK MAU MAKI EBIT LIEW PULAK?
IBRAHIM MAT ISA
Puak PAS tahu kecam dan maki, tak pernah nak tolong pun. Dulu
PAS maki Dr Mujahid. Haaa.. ni korang tak mau maki Ust Ebiet
Liew ke walaun PAS?
ASAL JANGAN ANWAR JADI PM
HAMDAN TAHA
Baca tulisan bekas
peguam negara Tommy Thomas menarik juga...saya petik beberapa perkara yang saya
faham...
Tun Dr M penuh yakin
dia akan menubuhkan kerajaan perpaduan ( saya antara yang suka cadangan ini dan
dalam wawancara saya dengan NtH saya ada sebut dan bincangkan perkara ini) jadi
bagi saya ideal Tun Dr M itu bagus.
Tun Dr M yakin dia
akan dapat sokongan kesemua Ahli Parlimen bila semua akan mencadangkan beliau
kekal sebagai PM. Sebenarnya ini rancagan Dr M tapi akhirnya jadi lain...
Tun Dr M telah
bersetuju dalam perbincangan bersama Pas dan Umno bahawa Peguam Negara akan di
tukar, LGE tidak lagi menjadi Menteri Kewangan dan Paling penting Anwar Ibrahim
tidak di bawa masuk ke Kabinet....
Maknanya
apa...kefahaman saya ialah dalam siri perbincangan antara Tun Dr M dan Pas Dan
Umno ialah boleh tubuh kerajaan bersama hanya Anwar Ibrahim Dan LGE saja yang
tak perlu ada tapi Dap boleh ada dalam Kerajaan Perpaduan ni Pas dan Umno tidak
menolak dan membantah....ini masa Pas dan Umno belum dapat kuasa...mereka
setuju janji dapat sama berkuasa...
Isunya di sini tak
timbul lah no Dap tu...sama ada dari Pas atau pun Umno....hanya no Anwar dan no
LGE saja....yang lain tak apa...boleh jer....
Baru baca sikit itu
lah yang saya faham....maknanya Tun M ni ada gagasan tolak Anwar tapi nak terus
kekal jadi Pm....bila Agung nak lantik Azizah dia jadi kelam kabut...dia nak
balik....
Macam ni punya
manusia pun ada....pun amanah dan dap sayang kat dia lagi...
Bila Muhyiddin dan Azmin buat tawaran baru kepada Pas dan Umno dan boleh jadi kerajaan tampa Anwar dan DAP....Pas pun lagi suka....maka jadi lah kerajaan PN .
PENDEDAHAN TT TIDAK MENGEJUTKAN...JAHATNYA MAHATHIR SEJAK MUDA SAMPAI TUA...
KAK IDA ABDULLAH
Pendedahan TT tidak mengejutkan saya samasekali. Kerana kita
berakal akan berfikir, dia letak jawatan, Agung terima, dan sepatutnya Agung
lantik orang lain, tapi Baginda mengikut nasihat MM dan letak dia sebagai PM
interim. Ada hikmah. Sekarang busuknya semakin menerobos keluar.
Apa yang berlaku adalah untuk kebaikan PH sebenarnya untuk
menyerlah sebagai berlian berharga setelah melalui pelbagai proses. Yang sabar
sahaja akan bersama. Yang gopoh al gelojoh seperti sesetengah pemimpin AMANAH
yang memuja MM jika masih buta hati biarlah mereka tidak bersama PH. Tak rugi
pun....
Moving forward, YDPA wajar belajar dari kesilapan menurut
nasihat PM yg punya agenda peribadi jahat dan kerana itu negara musnah dan
dijauhi pelabur. Sekarang YDPA dan MRR gunalah kuasa sepenuhnya dan titah
parlimen bersidang untuk menentukan keabsahan majoriti Yidin.
MRR perlu buat satu keputusan yang akan membantu rakyat terbanyak
BUKAN sekumpulan pembuli rakyat iaitu dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai PM
Malaysia. Jika Anwar juga menzalimi rakyat, beliau akan dihumban rakya, malah
lebih teruk kerana hanya beliau sahaja ahli politik yang ingin reform sistem
pentadbiran yang sarat rasuah kepada yang melindungi rakyat terbawah.
Raja-raja Melayu akan dikenang jasa mereka jika memilih membantu
rakyat. Pastinya mereka akan didoa rakyat jika menjadi pemerintah yang adil.
PENDEDAHAN BEKAS PEGUAM NEGARA MENGEJUTKAN
ANWAR IBRAHIM
Nama Dr. Wan Azizah Wan Ismail disebut oleh Istana Negara
sebagai calon Perdana Menteri interim menggantikan Mahathir Mohamad yang
meletakkan jawatan itu pada 24 Februari tahun lalu.
Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian
kerana Mahathir mahukan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri interim itu.
Demikian pendedahan yang dibuat oleh bekas Peguam Negara, Tommy
Thomas dalam buku terbaharunya, “My Story: Justice in the Wilderness” terbitan
SIRD yang mula berada di pasaran semalam.
Tulis Tommy lagi, Yang di-Pertuan Agong meminta Mahathir supaya
kekal menjadi Perdana Menteri, tetapi beliau bertegas mahu meletakkan jawatan
yang menyebabkan baginda tiada pilihan lain selain menerima peletakan jawatan
tersebut.
“Berikutan itu Yang di-Pertuan Agong mahu melantik Dr. Wan
Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri interim, tetapi Yang di-Pertuan Agong
tidak dapat berbuat demikian kerana Mahathir mahukan beliau sendiri dilantik
sebagai Perdana Menteri interim tersebut.
“Paling menarik, Mahathir mendakwa mempunyai sokongan sebulat
suara daripada 222 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri,” jelas
kandungan buku itu.
Dalam pendedahan itu, Tommy menyatakan dengan jelas peranan Yang
di-Pertuan Agong di dalam tempoh peralihan kuasa dari kejatuhan kerajaan
Pakatan Harapan (PH) ke pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau menulis, akibat tindakan Mahathir itu, Kabinet PH
terbubar secara automatik menyebabkan 50 menteri dan timbalan menteri
kehilangan jawatan.
Tommy turut mendedahkan pertemuannya dengan Dr. Mahathir pada 25
Februari 2020 yang menyebut, selain mempunyai sokongan sebulat suara 222 Ahli
Parlimen, beliau akan mempunyai kuasa penuh dalam Kerajaan Perpaduan nanti.
Dalam pertemuan itu juga, Tommy menyatakan, Mahathir disebut
sebagai berkata, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan menjadi sebahagian
daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan yang akan dipimpinnya.
Selain itu, Tommy turut menjelaskan, Mahathir terpaksa
memecatnya sebagai Peguam Negara untuk memenuhi syarat Umno dan Pas.
Lebih penting lagi, ujar Tommy, ini juga adalah bukti jelas
bagaimana Mahathir telah mengkhianati rakannya dalam PH, khususnya Anwar, Dr.
Wan Azizah dan Guan Eng.
BANYAK ISU WANITA DAN PENINDASAN...YANG HANG P BELI KAMBING DAN JAGA KEBUN TU BUAT APA...ALAHAI...
KANDANG KAMBING ...REBAN AYAM....
Satu lagi kes kematian dalam lokap polis berlaku di Kedah – Edict
Edict menggesa agar satu inkues segera diadakan
Eliminating Deaths and Abuse in Custody (Edict) kelmarin mendapat satu aduan mengenai satu kes kematian dalam lokap polis yang berlaku antara 27 Januari dan 28 Januari 2021.
Kes tersebut dilaporkan berlaku di Yan, Kedah. Mangsa merupakan seorang pemuda Melayu berusia dalam lingkungan lewat 30an.
Menurut ahli keluarga mangsa yang berhubung dengan pihak Edict, ahli keluarga telah pun membuat satu laporan polis berkenaan kes tersebut.
Di dalam laporan polis tersebut, mangsa telah ditahan tanpa diberitahu kepada anggota keluarga dan telah dibawa oleh sepasukan anggota polis ke kediamannya untuk menggeledah pada 27 Januari 2021 dalam keadaan berlumuran darah di kepala.
Pihak polis walaupun telah ditanya mengenai sebab penahanan mangsa, telah menolak untuk memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa mengapa mangsa ditahan dan diperlakukan sedemikian.
Pihak polis hanya menelefon ayah mangsa pada 28 Januari 2021 lebih kurang jam 6 pagi untuk memberitahu bahawa mangsa telah meninggal dunia. Ahli keluarga mangsa kemudian diminta hadir ke balai polis untuk diambil keterangan. Polis kemudiannya meminta ahli keluarga untuk pulang ke rumah.
Edict berasa kecewa dengan tindakan pihak Polis IPD Yan yang dilihat tidak serius dalam mengendalikan kes berkenaan. Bermula sejak awal kes tersebut, pihak polis tidak memaklumkan mengenai penangkapan tersebut kepada pihak keluarga dan tidak membenarkan mangsa untuk berbuat demikian. Walaupun telah diasak oleh ibu bapa mangsa, pihak polis masih berdegil untuk memberitahu sebab-sebab penangkapan mangsa kepada waris.
Selain itu, Edict juga berasa kecewa mengapa kematian dalam tahanan di lokap polis masih berlaku walaupun polis sering diingatkan mengenai hal ini setiap kali berlakunya kes-kes sebegini.
Edict menggesa agar satu inkues segera diadakan agar ahli keluarga mangsa mendapat pembelaan dan keadilan.
Peguam daripada Edict akan mengendalikan kes ini dan mewakili pihak keluarga untuk tindakan selanjutnya di mahkamah. Kes akan diketuai oleh pengerusi Edict M Visvanathan. – Edict
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position. Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948. |