RUPANYA 2 ORANG NI PUNYA ANGKARA

 NIZAM AKA

Akhirnya terburai siapa punya angkara yang membawa cerita fitnah dan bohong terhadap Dsai,kononnya 10 MP Umno mnyokong Dsai..Rupa2nya crita mengarut merapu itu dibawa oleh 2 makluk celaka haramjadah kesayangan umno,Raja Petra Kamarudin dan Lokman Adam.. Kerana crita mengarut 2 makluk inilah,Dsai dihentam,dimaki dan dicerca di sosmed..


Image may contain: 2 people, text



Hasnul akhirnya mengaku tandatangan SD sokong Umno.

 


Hasnul akhirnya mengaku tandatangan SD sokong Umno

Hasnul akhirnya mengaku tandatangan SD sokong Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim akui menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Ujarnya, SD itu ditandatangani beliau pada hari sama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada persidangan DUN Perak, 4 Disember lalu.

Tegasnya, tiada keperluan untuk Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mencari segala bukti berkait sokongan beliau terhadap Saarani.

“Pengakuan saya ini adalah untuk meredakan ketegangan antara dua parti, Bersatu dan juga UMNO. Setiausaha Agung Bersatu dalam kenyataannya semalam beliau akan menunggu bukti daripada UMNO, yang akan menunjukkan bahawa saya menyokong Datuk Saarani.

“Pada saya, tak perlu sampai menunggu UMNO memberi bukti, saya hari ini mengaku secara rasmi, saya memang tanda tangan SD (sokong) Datuk Saarani.

“Saya percaya akhirnya semua YB daripada PN pun akan memberi sokongan yang sama kepada Datuk Saarani tu. Saya tandangan itu kerana saya rasa semua YB termasuk UMNO pada akhirnya akan tanda tangan, walaupun berlaku sedikit kelewatan,” katanya kepada Astro AWANI.

Pengakuan dibuat beliau itu sebagai reaksi kepada laporan Bernama semalam yang memetik Hamzah sebagai berkata keahlian Hasnul Zulkarnain akan gugur secara automatik jika terbukti tidak menyokong usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal dalam persidangan DUN 4 Disember lalu.

Hasnul Zulkarnain bagaimanapun enggan mendedahkan undian beliau sewaktu proses pengundian usul itu berlangsung.


NASIB SEORANG PENGKHIANAT BERNAMA HASNUL

 

Hasnul rasa tak diperlukan Bersatu, tiada tempat di negeri dan bahagian

Hasnul rasa tak diperlukan Bersatu, tiada tempat di negeri dan bahagian

ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim meluahkan bahawa beliau tidak diberi ruang di dalam Bersatu.

Beliau menyertai Bersatu 3 Jun lalu selepas keluar AMANAH yang terpaksa menjadi pembangkang akibat percaturan politik Bersatu, Umno dan Pas hingga Pakatan Harapan jatuh.

Menurutnya, tidak memberi ruang kepadanya di peringkat bahagian dan negeri menggambarkan beliau tidak diperlukan oleh Bersatu.

“Saya tidak diberi ruang oleh Bersatu sama ada di peringkat negeri atau bahagian untuk terlibat secara langsung dalam gerak kerja parti politik.

“Itu menggambarkan saya seolah tidak diperlukan dalam parti Bersatu,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Beliau bagaimanapun menyerahkan segala keputusan di peringkat parti berkait keahlian beliau dalam Bersatu.

“Saya tidak diberi ruang oleh Bersatu sama ada di peringkat negeri atau bahagian untuk terlibat secara langsung dalam gerak kerja parti politik.

“Itu menggambarkan saya seolah tidak diperlukan dalam parti Bersatu,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Beliau bagaimanapun menyerahkan segala keputusan di peringkat parti berkait keahlian beliau dalam Bersatu.


APA LAGI SELEPAS PENURUNAN PENARAFAN FITCH?




"Kes itu nampak jelas, dengan pemaju hartanah yang didakwa memberi suapan bekas menteri itu mengaku bersalah dan didenda oleh mahkamah,” kata Hagger. Beliau juga mengungkit mengenai pembebasan anak tiri Dato' Sri Najib Razak, Riza Aziz yang dibebaskan pada 14 Mei lalu dari lima tuduhan pengubahan wang haram melebihi US$248 juta (RM1.07 bilion) yang didakwa disalahgunakan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), setelah bersetuju membayar beberapa juta ringgit kepada kerajaan.

RAFIZI TAK AKAN KEMBALI KE MEDAN POLITIK

 

MD ZULAIMI KAZIN

Rafizi announces he is quitting politics | The Star



Terlebih dahulu saya minta maaf kepada peminat dan penyokong RR, sesungguhnya saya juga pengkagum RR dan Invoke yang digerakkan RR.

Gaya RR bekerja mendedahkan semua isu dgn fakta dan tepat menyebabkan kerajaan Umno panas. Saya rasa sukar nak cari pemimpin politik yg cerdik dan dedikasi spt RR.

Isu lembu Fedlot, Tabung Haji, Felda dan byk lagi bila RR bawa ke parlimen dan pentas politik amat meyakinkan dan dilihat RR regu terbaik kpd DSAI dlm PKR. Namun, fahamilah... setiap orang ada kelemahanya dan orang hebat macam RR ini, "kalah" itu adalah kelemahanya. Apa isu yang beliau bawa semua RR menang bahkan beliau tidak rasa takut untuk dipenjarakan. Tapi bila dia kalah semasa pemilihan PKR sedangkan dr awalnya beliau dijangka menang besar, itu yg menyebabkan RR terasa bhw apa yg dibawa selama ini ditolak oleh ahli PKR sedangkan Azmin yang tak buat apa-apa itu pula diberi kemenangan oleh ahli PKR.

Hati beliau terasa sakit dengan kekalahan ini dan mula mengaktifkan invoke sebagai syarikat perniagaan dan beliau sduha berjaya sekarang bersama Invoke. Saya yakin ramai sudah yang datang pujuk termasuk pimpinan tertinggi PKR sejak pengkhianatan Azmin dan masa itulah waktu yang terbaik untuk beliau sarungkan jaket pimpinan PKR yg sblm ini beliau dilantik sbg Naib Presiden PKR ygan disanggah oleh Azmin... tp RR masih berada diluar.

RR nak menghukum ahli2 PKR yg tolak beliau masa pemilihan dulu dan sbg seorang bks pemimpin kanan PKR, egonya tetap menolak selagi ahli PKR keseluruhanya belum membuat keputusan baru dan melantik beliau secara sah dalam pemilihan sebagai Timbalan Presiden PKR. Hatinya amat terbeban dgn penolakan pemilihan lepas.

Maka, saya tidak nampak RR akan kembali begitu shj ke dalam PKR atau kekal dgn keputusan terus bersara dalam politik. Ahli politik lain sukar nak buat, sebut nak bersara tapi  pantang ada peluang sarung jaket balik tapi RR bukan sebarang ahli politik.

 

PH HAPUS PN LULUS

 

NIZAM AKA

Dalam parlimen bukan main lagi geng-geng penyamar pejuang agama bangsa mengutuk dan menghentam isu Rundingan Terus oleh PH..Last-last menteri PN/MN/BN sendiri yang buat surat sokongan kepada satu kontraktor untuk dapatkan Projek Central Spine Road di Kelantan melalui Rundingan Terus..

Sekadar pertanyaan umum:

Sekiranya PM dan Kerajaan meluluskan projek tersebut kepada kontraktor kerana surat sokongan oleh Nuar Musa itu,agak-agak "Ada Tak Bahagian Nuar Musa??"

"Ada Tak Bahagian untuk yang Memberi Kelulusan Projek??"

Soalan Umum..

 

Image may contain: 1 person, text that says "HOME NEWS BERITA mkk OPINION WORLD Βι WILAYAH PERSEKUTUAN Annuar nafi salah guna kuasa apabila sokong projek lebuh raya diberi secara rundingan terus lespuoru taueu Surat sokongan bukan keputusan, tak semestinya diterima pakai- Annuar Musa Patut lah dia meroyan, sokong PBPM.. kawasan Syarikat sedang BERITA PM tak ambil pun surat sokongan saya Annuar Musa Sakian. Untuk tindakan Muslimat PAS "BERKHIDMAT NEGARA" TANSR TPr ANNUAR MUSA) Wilayah Ku Wilayah MentrllyahPrekutnTanSTP Sekadar Bertanya: Seandainya Projek Central Spine Road Itu Diluluskan Kpd Kontraktor Yg Disokong Oleh Nuar Musa Ini "Ada Tak Bahagian Nuar Musa??" Projek Central Spine Road dibuat secara tender terbuka"







ADAKAH BENAR UNTUK DILANTIK MENJADI MB DAN PM PERLUKAN SOKONGAN UMNO?


HAMDAN TAHA

Sebenarnya politik hari penentu siapa boleh jadi PM ke atau MB ke....nampaknya terletak di parti umno dan presidennya...

Apa pun pandangan orang terhadap zahid dan najib mereka boleh ubah keadaan politik negara...apa pun umno sebenarnya penentu.

Bahaya pada tan sri muhyuddin jika terus tidak menghormati zahid dan umno.

Itu keadaan politik sekarang ini...

Tapi jika di adakan pru ke 15 saya pun tak boleh nak fikir rakyat akan menyokong siapa..kerana keadaan yang tidak menentu.

Nak sokong BN dan PN mereka pun nampak tidak se ia sekata dalam banyak perkara. Nak sokong PH mereka pun sama gagal menyakinkan bahawa pembangkang boleh bersatu dan bergabung tenaga...

Akhirnya selepas keputusan pru ke 15 tetap juga tidak ada gabungan yang boleh membentuk kerajaan kerana masing masing tidak berjaya menang dengan mejoriti besar....saya rasa keputusan itu seperti sekarang....kerajaan campuran tetap di perlukan lagi....

PENULIS JUGA LUPA TANPA ANWAR DAN PKR…SESIAPA JUGA PUN TAK ADA MAJORITI


30 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


TERIMA KASIH KERANA MELAWAT WRLR


SILA TEKAN   >   UNTUK MEMBACA BERITA AWAL.


SEDIKIT PERUBAHAN FORMAT PADA BLOG. SOKONGAN

 ANDA DIHARGAI



Image may contain: 1 person, meme, text that says "malaysiakini Aliran baru yang mkk dicadangkan ngkan E1 BERITA Muhammad Sanusi Nor Facebook (EDAH PENANG P107 Saya boleh kerah orang kampung sekat Sungai Muda, seloroh MB Kedah P102 Terbaik Parti PAS(Parti arti Alih Sungai). South'Expy"

KEMBALIKAN KEABSAHAN, HENTIKAN IMEJ AHLI POLITIK RAKUS DAN TAMAK HALOBA

Malaysia's Anwar Denies Ex-Staffer's Sexual Harassment Claims - Bloomberg


Saya mengambil maklum dan menjunjung tinggi titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mutakhir ini memberi gesaan terkait salahguna kuasa, rasuah dan percaturan elit politik. 

Saya fikir bahawa ia tidak hanya terbatas pada situasi politik di Perak, malah di peringkat Persekutuan juga. 

Saya berpandangan bahawa reformasi institusi harus segera digerakkan bagi memungkinkan sebuah tatakelola yang baik dan bertanggungjawab serta tidak mengkhianati amanah dan mengabai kepentingan rakyat.

Kita juga harus dengan tegas menolak amalan kerendahan akal budi dan adab budaya termasuk terhadap Tuanku Sultan Perak. 

Menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Perak agar negara ini harus kembali ke landasan serta garis besar perjuangan dan mengembalikan keabsahan, dan segera menghentikan imej serta gelagat ahli politik yang rakus dan tamak haloba. 


ANWAR IBRAHIM

13 Disember 2020.




'PH hapus surat sokongan, menteri PN hidupkan semula'

 

Surat sokongan untuk meluluskan projek tidak diamalkan pada era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) namun dihidupkan semula pada era pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan menganggap perbuatan Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini yang mengeluarkan surat sokongan sebagai keterlaluan.

Dakwa mereka, surut sokongan itu dilaporkan seakan-akan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meluluskan Projek secara "Runding Terus" yang berharga berbillion ringgit di Kuala Krai, Kelantan, yang telah dihentikan amalannya pada era PH

"Semasa zaman PH memerintah, PH telah menghapuskan sistem surat sokongan. Namun hari ini, Kerajaan PN nampaknya seperti ingin menghidupkan kembali tradisi BN (surat sokongan) yang tidak boleh diterima pakai terutama apabila membabitkan wang rakyat.

"Selain itu, banyak kelemahan sekiranya projek Runding Terus ini dijalankan terutama projek akan diberikan kepada kroni yang tidak berkemampuan. Hal ini sekaligus menghalang pembinaan yang berkualiti dalam mencapai objektif pembangunan terancang yang lestari.

"Sewajarnya pada waktu ini, Annuar Musa selaku Menteri Wilayah perlulah fokus dengan usaha bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19. Usahlah terlalu mengejar kekayaan demi untuk mengekalkan kuasa politik," kata mereka dalam satu kenyataan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua AMK Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan Asmaaliff Abdul Adam dan Ketua DAPSY Wilayah Persekutuan Lee Bing Hong.

 

Tunggu laporan sahih isu hina Anwar - Fahmi Fadzil

 



Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang laporan atau aduan rasmi berhubung Akmal Nasir dan sedang menunggu laporan sahih mengenai isu tersebut.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan sebaik sahaja mendapat laporan penuh.

"Setakat ini belum terima apa-apa jadi sukar untuk komen kerana belum ada kesahihan sama ada benar atau tidak benar, atau ada orang buat suntingan atau bagaimana.

"Jadi, setakat ini belum dibincangkan tapi saya percaya dengan mana-mana isu yang di bawa ke perhatian, kami adakan mesyuarat.

"Perkara ini mungkin akan dibincangkan sekiranya ada laporan dibuat tapi waktu ini saya belum terima apa-apa maklumat daripada pihak ibu pejabat tentang isu ini, setakat ini," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau mengulas tangkapan layar perbualan dalam satu kumpulan Whatsapp bernama AMK Bersih yang mendedahkan bahawa Akmal dan ahli-ahli AMK dilihat menghina presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbualan itu menjurus kepada rasa tidak puas hati terhadap Anwar yang masih belum dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Bagaimanapun, dari satu sudut ia dilihat seolah-olah satu cubaan untuk memecahbelahkan ahli-ahli dan penyokong KEADILAN malah pembangkang secara keseluruhan.

Ia bukan masa untuk ahli KEADILAN berbalah di kala kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih lemah dan tidak stabil serta gagal untuk membantu rakyat dengan sewajarnya.

KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) perlu kembali bersatu padu.

 

MEREKA HANYA PENTINGKAN AGENDA PERIBADI


Warisan, Pejuang lemahkan pembangkang, kata Pemuda PKR

freemalaysiatoday.com

ZUBAIDI SUDIN

BUKANKAH AKU DAH KATA SEMALAM? WARISAN MEMANGG PENTINGKAN AGENDA PERIBADI BERBANDING RAKYAT.

Ketua Pemuda PKR Sabah, Raymond Ahuar berkata, Warisan dan Pejuang yang dipimpin bekas pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad cuba melemahkan pembangkang dan tidak mahu bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai satu gabungan.

“Pembangkang yang ada hari ini yang diketuai PH merupakan barisan pembangkang yang kukuh.

“Malah lebih teruk, Warisan dan Pejuang tidak menyokong beberapa usaha pembangkang di Parlimen hanya kerana masalah peribadi bersama beberapa pemimpin PH,” katanya dalam satu kenyataan.

 


PEJABAT ANWAR NAFI LAPORAN ASTRO, ANNUAR MUSA GELABAH BEWOK.

 

ANUAR MUSA MELATAH, MENGAPA?


Image may contain: one or more people and text

 

Apabila Astro Awani pasang serkap jarang, tiba-tiba  Anuar Musa melatah. Pejabat Ketua Pembangkang pun telah nafikan laporan serkap jarang oleh Astro Awani itu, tetapi Anuar Musa masih fobia.

 

Mengapa? Sebabnya Anuar bimbang kerajaan pintu belakang ini akan tumbang bila-bila  masa. Ibarat rumah yang dibina tak kukuh tiang serinya, bila terdengar guruh dilangit maka kelam kabut bimbang rumah itu roboh.

 

Jelas di sini, kerajaan yang ada memang tidak kukuh dan amat lemah. Anwar Ibrahim batuk saja, pakat menggelabah belaka.

 

Anuar Musa pun sudah ragu-ragu  dengan pemimpin Umno. Dia cuba mempertahankan Muhyiddin sekuat-kuat nya kerana dia tahu jatuhnya Muhyiddin maka hilanglah nikmat beliau sebagai menteri.

 

WFAUZDIN NS

 

EH..MEREKA INI SIAPA NAK TENTUKAN HALA TUJU PH.MEREKA BUKAN PUN ANGGOTA KOMPONEN PH. CERMIN DULU PARTI MASING MASING.


 Selain mengumumkan Warisan akan menjadi parti nasional, tidak lagi semata-mata bertapak di Sabah, Shafie Apdal yang baru-baru ini melayang jawatan Ketua Menterinya tampil menyarankan agar PH menukar kepimpinannya.

Beliau berkata, PH sebagai pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika masih diketuai kepemimpinan sama.

Sehubungan itu, katanya, perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh terhadap kepemimpinan yang ketika ini tidak menyatukan dan tiada arah tuju.

“Kita berjaya memenangi pilihan raya lalu, dan kemudian hilang kuasa. Kenapa? Ia kerana berlakunya pertelingkahan dalaman.

“Kita cuba menyatukan rakyat tetapi ia tidak akan ke mana-mana kerana tiada arah yang jelas daripada pemimpin,” katanya selepas perhimpunan agung tahunan Warisan, semalam.

Seterusnya, tegas Shafie lagi, tanpa mahu merujuk kepada sesiapa, tetapi sudah tiba masanya untuk perubahan dalam kepemimpinan PH yang menerajui pembangkang sekarang.

Sebelum ini atau lebih tepat tiga hari lalu, Timbalan Presiden Parti Pejuang yang belum diluluskan, Marzuki Yahya menyarankan perlunya pembentukan satu gabungan baru untuk menentang pentadbiran kleptokrat yang sedang menerajui negara.

Beliau berkata, gabungan baharu itu tidak harus terhad kepada parti politik semata-mata, tetapi mesti turut merangkumi Ahli Parlimen dan Adun lain yang tidak boleh menerima amalan tersebut.

Marzuki berkata, kredibilti Anwar Ibrahim dan beberapa Ahli Parlimen PH telah tercalar teruk apabila tidak meminta undi belah bahagi untuk peringkat dasar Belanjawan 2021.

Katanya, tindakan Anwar dan beberapa Ahli Parlimen dari PH dan Bebas begitu menghampakan penyokong mereka dan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan PN dan kepimpinan Muhyiddin Yassin.

“Berlatarbelakangkan kesemua itu, kami berasa sudah sampai masa kita perlu berusaha membawa rakyat keluar dari kecelaruan akibat daripada gabungan dan perikatan antara parti-parti yang wujud semata-mata untuk mendapat kuasa, tetapi berselindung di belakang slogan agama, bangsa dan tanah air.

“Kita perlu menubuhkan gabungan baharu yang berpegang kepada perjuangan iaitu untuk menyekat kleptokrat dan sekutu-sekutu baru mereka yang bersedia melakukan rasuah untuk berkuasa,” katanya lagi.

Ternampak bahawa nada kata-kata Shafie adalah selari dengan apa yang dilontarkan Marzuki tiga hari sebelum itu.

Dengan kedudukan Marzuki selaku Timbalan Presiden Pejuang di mana Tun Mahathir Mohamad adalah pengerusinya, maka tidaklah sukar untuk kita menelah bahawa kenyataan beliau yang senada dengan Shafie itu adalah sesuatu yang memang dirancang.

Ia tidak lain adalah untuk mengangkat balik idea lama iaitu sama ada Tun Mahathir atau Shafie haruslah dipilih untuk menerajui gabungan pembangkang atau PH, seterusnya sebagai calon Perdana Menteri.

Jika tidak, untuk apa Warisan tiba-tiba mahu melebarkan sayapnya menjadi parti nasional?

Soalnya, siapa Pejuang dan Warisan dan siapa Marzuki serta Shafie di sisi PH?

Adakah mereka merupakan komponen PH?

Sesungguhnya, dalam keadaan Pejuang masih belum diluluskan dan kedudukan Warisan bukan komponen PH, mereka tidak berhak sama sekali untuk campurtangan atau menentukan hala tuju PH.

Kepada Pejuang, selesaikan isu pendaftaran sendiri terlebih dahulu sebelum mahu sibuk-sibuk menentukan hala tuju PH.

Bak kata orang utara, hala tuju sendiri pun tak ketahuan, macam mana nak menentukan hala tuju orang lain.

Bagi Warisan pula, lebih tidak wajar untuk parti itu bercakap soal siapa yang harus menerajui PH kerana ia sendiri tidak pernah berada dalam PH dan sentiasa tidak menyokong Anwar selaku Pengerusi PH untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Jika dia sendiri tidak pernah menyokong Anwar, bagaimana dia mahu mengharapkan sokongan PH untuk dirinya atau atau Tun Mahathir menerajui PH?

Lagi pula, Tun Mahathir mempunyai rekod buruk mengkhianati PH dan Anwar sehingga kemelut yang berlaku dalam negara yang berlarutan sampai sekarang adalah berpunca daripada karenahnya belaka.

Untuk itu, tidak munasabah sama sekali, dengan rekod buruknya itu, beliau mahu diangkat kembali menerajui PH.

Shafie pula adalah pemimpin yang gagal di Sabah dan telah ditolak dalam PRN negeri itu baru-baru ini.

Bagaimana seorang yang gagal dan ditolak di negeri tiba-tiba ada cita-cita untuk jadi Perdana Menteri?

Berbanding Anwar, walaupun usahanya menjadi Perdana Menteri belum berjaya setakat ini, beliau tiada rekod gagal seperti Shafie atau rekod khianat seperti seumpama Tun Mahathir.

Beliau sebaliknya dipecat kerana takutkan kemaraan serta pengaruhnya dan sentiasa ingin dihalang daripada menjadi Perdana  Menteri disebabkan ada yang sentiasa tidak senang dengan kewibawaannya.

Maka itu, selain Anwar paling layak menerajui PH, biar parti-parti komponennya sendiri yang menyelesaikan masalah, menentukan hala tuju atau memilih siapa pemimpin yang harus menerajui gabungan itu.

Orang luar dan mereka yang tidak berkenaan harap duduk diam-diam di tepi saja.

Kalau gatal juga mahu berkuasa, Pejuang dan Warisan bolehlah menubuhkan gabungan pembangkang kedua tanpa melibatkan PH atau parti komponennya.

Kalau hebat sangat, kenapa masih berharap kepada PH yang sudah sedia ada pemimpinnya? 


(Shahbudindotcom 23/12/2020)



Hasnul pengkhianat parti, wajar dipecat, kata Bersatu Parit Buntar

 

Hasnul pengkhianat parti, wajar dipecat, kata Bersatu Parit Buntar


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Parit Buntar menyelar tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti tersebut yang tidak menyokong undi percaya terhadap Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada minggu lalu.

Ketua BERSATU Parit Buntar, Md Nayan Salleh, berkata tindakan ADUN yang juga ahli di kawasan itu, amat memalukan.

Malah katanya kepimpinan BERSATU Parit Buntar turut menyifatkan tindakan ADUN itu seolah-olah sebagai pengkhianat terhadap parti sendiri.

“Tindakan ADUN berkenaan kita anggap seperti ‘menjaringkan gol kedalam gawang sendiri’ sehingga menyebabkan Ahmad Faizal hilang jawatan Menteri Besar Perak,” katanya.

Tambahnya lagi BERSATU Parit Buntar juga menyifatkan tindakan ADUN tersebut seolah-olah ‘membunuh’ parti sendiri selain menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan tindakan selanjutnya.

“Jika pucuk pimpinan mahukan beliau dilucutkan keahliannya, kami tidak membangkang kerana kami yakin apa yang dilakukan adalah untuk masa depan BERSATU,”katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program sarapan pagi bersama penduduk kawasan penduduk di Kuala Kurau, dekat sini, hari ini

Dalam program itu juga Md Nayan turut berkesempatan menyampaikan 2,000 keping pelitup muka kepada peniaga dan pengunjung pasar awam.

Terdahulu sebuah portal berita melaporkan BERSATU sedang mempertimbangkan bagi mengambil tindakan terhadap ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Laporan yang memetik sumber dalaman parti itu berkata ia selepas Hasnul didakwa tidak mengundi usul percaya terhadap Ahmad Faizal pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat minggu lalu.

Menurut sumber dalaman parti itu lagi, mereka kini turut sedang mempertimbangkan kedudukan Hasnul dalam BERSATU.

Sumber: Perak Today

Terkini! Hadi tidak diperkenankan lagi menghadap Sultan Perak

 


Terkini! Hadi tidak diperkenankan lagi menghadap Sultan Perak


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Perkara itu disahkan Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini kepada Utusan Malaysia hari ini.

“Sehingga ini belum lagi,” katanya menerusi aplikasi pesanan ringkas WhatsApp.

Sebelum ini, Abdul Hadi mengemukakan permohonan menghadap Sultan Perak berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu tidak menghadap sebagaimana dititahkan baginda Selasa lalu ketika kemelut politik Perak.

Tiga ADUN Pas itu ialah ADUN Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria; ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamarudin dan ADUN Kubu Gajah, Mohd. Khalil Yahaya.

Razman yang mengulas tindakan mereka berkata, keputusan berkenaan diambil atas arahan pucuk kepemimpinan parti.

Berikutan itu, tiga ADUN Pas itu menzahirkan permohonan maaf kepada Sultan Perak atas kekhilafan mereka semalam kerana tidak menghadap sebagaimana dititahkan baginda.

Sementara itu, Mohd. Annuar menegur lidah rasmi Pas, Harakah yang didakwa tidak menghormati Sultan Nazrin dalam penyiaran gambar di portal tersebut.

Portal itu telah memuat naik gambar Razman setanding dengan Sultan Nazrin.

Dalam hantaran dalam laman Facebooknya hari ini, Mohd. Annuar menasihatkan akhbar itu agar belajar beradab.

“Nasihat saya kepada Ketua Pengarang Harakah Daily, belajarlah lebih beradab dalam menjunjung adat negeri beraja, rakyat bersultan.

“Bila meletakkan gambar, jangan sampai disamatarafkan kedudukan seorang ADUN dengan darjat seorang raja pemerintah,” katanya dalam hantaran dalam Facebook beliau hari ini.

Berikutan itu, Harakah telah menyembahkan permohonan ampun kepada Sultan Nazrin di atas kekhilafan menyiarkan gambar ahli politik parti itu setanding dengan baginda menerusi satu kenyataan ralat hari ini.

 

Pendakwah tegur Pas jangan samakan minta maaf Pas dengan istighfar


Pendakwah tegur Pas jangan samakan minta maaf Pas dengan istighfar



Pendakwah terkenal, Ustaz Dr Rozaimi Ramle menegur Setiausaha Politik Pesuruhjaya Pas Perak, Fairuz Hafiizh Othman tentang satu muatnaik di laman Facebook pemimpin Pas itu.

Rozaimi berkata, meminta maaf kepada manusia tidak sama dengan istighfar.

“Istighfar ialah meminta ampun kepada Allah. Meminta maaf kepada manusia ialah kepada makhluk.

“Memperbanyakkan istighfar dituntut dalam agama. Meminta maaf kepada makhluk jika tidak bersalah tidak dituntut walaupun mungkin baik jika ingin memperbaiki ukhuwwah sesama manusia.

“Menjadi pelik pula jika memperbanyakkan minta maaf kepada makhluk sedangkan dia tidak bersalah,” katanya di laman Facebook.

Rozaimi dengan sinis berkata, kelebihan memperbanyakkan istighfar meluaskan rezeki manakala memperbanyakkan minta maaf kepada orang lain belum tentu menjadi exco.

“Moga netizen jelas perbezaan ini. Terima kasih,” katanya di akhir penulisan.