SELAMAT DATANG WARISAN KE SEMENANJUNG DAN PH TETAP BERSAMA ANWAR



Khabarnya, Warisan dari Sabah berhajat untuk ke Semenanjung.  Ini satu berita baik selepas Warisan tumbang di PRN Sabah, baru mereka sedar bahawa cogankata "Sabah untuk orang Sabah" itu tidak laku lagi di era moden sekarang.

Sewaktu PRN Sabah baru2 ini, begitu lantang Shafie Apdal melaungkan " jangan izinkan campurtangan Kuala Lumpur (Semenanjung) terhadap Sabah".  Akhirnya, parti berakar umbi di Semenajung juga tetap memerintah Sabah.  Mengapa?  Sebab, rakyat Sabah sudah bijak dan mereka tahu Shafie Apdal hipokrit.  Shafie Apdal pun dipandu oleh orang Semenanjung iaitu Tun Mahathir.  Sikit2 mengadu pada Mahathir.  Anwar minta kerusi lebih untuk Keadilan bertanding pun dia mengadu kepada Mahathir.  Najib landing kat Sabah pun dia mahu report kepada Mahathir.  

Orang Sabah tahu Shafie ini 'remote control" nya ada di tangan Mahathir.  Sebab itu Warisan tumbang di Sabah.  Maka, tidak pelik kalau Mahathir arahkan Warisan turun ke Semenanjung pula.  Kita mahu lihat Warisan hilang deposit di sini.  

Satu perkara lagi, saranan Shafie agar PH tukar ketua di mana Anwar perlu digantikan baru boleh PH menang dalam PRU akan datang, saya fikir Shafie tidak layak menentukan siapa pimpin PH.  Masuk akalkah Anwar yang di bawahnya ada puluhan MP Keadilan, Dap dan Amanah yang mengangkat beliau sebagai ketua mahu digantikan?  Siapa layak?  Mahathir yang di bawahnya ada 4 ketul MP atau Shafie sendiri yang hanya ada 11 orang MP?  Lagi pun, Shafie dan Warisan bukan rakan dalam PH.  Elok duduk diam-diam dan perkuatkan Warisan di Sabah dulu sebelum berangan untuk ke Semenanjung.

Rakyat majoritinya memilih PH pada PRU14 dahulu kerana ketokohan Anwar Ibrahim.  Bukan kerana Mahathir yang baru muncul setahun sebelum PRU, jauh sekali Shafie yang turut menumpang tuah semangat kebangkitan rakyat di Semenanjung ketika itu.  

Sekali lagi, kita alu-alukan kehadiran Warisan di Semenanjung.  InsyaAllah, PH terus istiqomah, susah dan senang bersama.  Anwar Ibrahim adalah pemimpin kami.  ANWAR FOR MALAYSIAN.  


WFAUZDIN NS



MAAF LA SYAFIE , PARTI KAMU BUKAN DALAM PH . KAMU JUGA GAGAL KERANA MENYOKONG ATOK 95 DI SABAH.


 1. Warisan bukan sebahagian dalam PH. Warisan boleh menyokong atau tidak PH.

2. Kamu adalah suruhan ATOK 95 dan kamu tidak menyokong Anwar sebagai PM dan begitulah sebaliknya

3. PH boleh masuk dan meletakkan calonnya di Sabah jika kamu tidak perlukan PH 

4. Kenapa orang uar dari PH mahu membentuk PH Kejayaan PH kerana rakyat mahukan perubahan dan mahukan penyerahan jawatan secara aman , tetapi Mahathir nak pegang sampai mampos dan bila didesak melepaskan jawatan

5. Tak perlu lah kamu nasihat PH sedangkan kamu juga kehilangan negeri kepada Umno dan PPBM. mana mungkin kamu mahu menasihati PH.

6. Kamu adalah ikon ikut arahan ATOK  95 dan kegagalan kamu juga adalah kegagalan untuk menyatakan sokongan kepada PH.

7. Lebih baik kamu kukuhkan pentadbiran kamu seblum PH juga meletakkan calon di Sabah.


WRLR


Tukar kepemimpinan atau PH akan gagal pada PRU15, kata Shafie


Shafie Apdal berucap di perhimpunan agung tahunan Warisan di Kota 
Kinabalu. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Presiden Warisan Shafie Apdal berkata pembangkang akan gagal pada pilihan raya akan datang jika masih diketuai kepemimpinan sama.

Beliau berkata, perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh terhadap kepemimpinan yang ketika ini tidak menyatukan dan tiada arah.

Anwar Ibrahim perlu terus pimpin PH.Pengganti dikenalpasti sekarang.



1.GERAK98 menolak sebarang usaha menggantikan Dato Seri Anwar sebagai Ketua PH.


2.GERAK98 percaya usaha ini dilakukan oleh musuh2 reformasi  yang mahu melemahkan agenda reformasi dinegara  ini.


3.GERAK98 menyeru pimpinan dan ahli2 parti2 PH tidak terjerumus menjadi alat kepada musuh2 reformasi ini.


4.Rekod dan fakta jelas menampilkan Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang paling komited dan berkeupayaan membawa agenda reformasi dan mampu melakukannya berbanding dengan pemimpin2 lain samada didalam atau diluar PH.


5.Dalam masa yang sama, GERAK98 menggesa PH khususnya PKR mengambil langkah proaktif mengangkat tokoh muda reformis untuk menjadi pelapis dan pengganti kepada kepimpinan sediaada.


6.GERAK98 mencadangkan Naib Presiden parti, YB Nurul Izzah Anwar diangkat sekarang menjadi Timbalan Presiden parti dan memainkan peranan utama didalam PH.


7.Nurul Izzah Anwar adalah Naib Presiden paling kanan parti yang dipilih oleh ahli2 parti.Beliau bukan dilantik oleh Presiden Parti.Makanya tidak timbul samasekali soal nepotisma.


8.Dalam menghadapai PRU15 yang boleh berlaku bila2 masa, sbg Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah wajar mengetuai jentera praya parti dan PH.Beliau mempunyai cukup pengalaman menggalas tugas penting dan menentukan ini.


9.Tentunya Nurul Izzah akan diperkuat dengan tenaga2 muda lain spt Rafizi Ramli(sekiranya beliau kembali aktif) Shamsul Iskandar Mat Akin, Farhash Salvador dan ramai lagi pemimpin2 muda didalam PKR dan PH.


10.GERAK98 yakin penonjolan pemimpin2 muda faktor penting dalam PRU15 dan kehadiran Anwar Ibrahim mengepalai PH sebagai calon PM masih merupakan faktor utama kemenangan reformasi yang sebenar dan  mutlak dalam PRU15 nanti.


11.Sekali lagi GERAK98 ingatkan agar setiap pejuang reformasi dalam dan luar parti dan PH tidak terperangkap dengan agenda musuh reformasi yang mahu melemahkan gerakan reformasi dengan menidakkan peranan Anwar Ibrahim buat kesekian kalinya.


Sekretariat GERAK98

12.12.20 / 27 Rabiulakhir 1442H



1,937 kes dalam tempoh 24 jam, 9 kematian

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 1,937 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan Selangor melaporkan 823 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 86.8% kes di Selangor daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif yang giat dijalankan di lapangan.

Sabah melaporkan bilangan kes kedua tertinggi, iaitu 429 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 238 kes.

“Perlis dan Putrajaya tidak merekodkan sebarang kes baru hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Daripada keseluruhan kes harian, sebanyak 1,935 kes penularan tempatan manakala bakinya kes import.

Ketika ini sebanyak 13,751 orang sedang dirawat, dengan 121 berada di ICU dan 66 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan kes kematian,” katanya, dan menambah mangsa berusia antara 33 hingga 84 tahun, dengan seorang perempuan.

Kes kematian dilaporkan di Sabah (4 kes); Johor (3 kes); Selangor (1 kes) dan Pulau Pinang (1 kes).

Sementara itu, 911 pesakit dilaporkan sembuh.

INI KES APA PULAK BUDAK BUDAK AMK NIH...


MUHD HUSIN 

 Pimpinan Keadilan perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap si kitol Akmal KP dan Syukri Rajab SU AMK jika betul kenyataan ini dibuat oleh mereka.

No photo description available.


Image may contain: text that says "AMK bersh AMK Bersih Aizudin, Akmal, AMK, Arshad, Bry... Akmal Nasir Anwar akan buat taktik sama- tak jadi 3 corner 4:54 PM Mcm mana dia kenakan kita waktu kongres amk, dia akan buat lagi 4:55 PM Kesian org yg percaya yg kita akan bertanding 14 kerusi 4:55 PM"Image may contain: text that says "AMK bersh AMK Bersih Aizudin, Akmal, AMK, Arshad, Bry... Faris SUKAMK Shukri Razab Haipp.. pp.. cepat benar jilatnya. AMK pun kalah 2:30 PM Su kena cepat draf statemen jilat sampai licin la..haaha 2:31 PM Shukri Razab Faris SUKAMK Su kena cepat draf statemen jilat sampa licin la..haaha Boleh. Anwar pemimpin kami. Kami percaya Anwar ialah imam mahdi 2:33 PM"Image may contain: text that says "berkh AMK Bersih Aizudin, Akmal, AMK, Arshad, Bry... Shukri Razab Kalau saya, saya nak keluar statement, "Stop Heret Politik Negara Ke Dalam Ketidak Tentuan. Fokus Covid. Anwar sila ke Turki, duduk diam" 7:52 PM"Image may contain: text that says "AMK bersh AMK Bersih Aizudin, Akmal, AMK, Arshad, Bry.. Shukri Razab Ada dua ketidak tentuan yang ajaib dalam dunia ni: 1. Bila Anwar nak jadi PM 2. Bila bateri jantung madey nak habis Akmal Nasir 7:55 PM Shukri Razab Ada dua ketidak tentuan yang ajaib dalam dunia ni: Ha3 betul 7:55 PM"

Image may contain: text that says "AMK bersh AMK Bersih Aizudin, Akmal, AMK, Arshad, Bry... Akmal Nasir Shukri Razab Scenario 5 bulan before PRU15: "Yes Yes, know know. AMK should... Kita kena buat style Sook & Inanam 9:31 PM Insyallah boleh dapat, tapi bukan dengan percaya kpd dsai Kena kepung dari banyak sudut 9:32 PM 9:32 PM Kalau kita percaya kpd anwar nk angkat org muda, mmg kena game lagi haha 9:32 PM"



BERSEDIAKAH PH MENJELANG PRU 15 ?

 

MD ZULAIMI KAZIN

Hari-hari  kita dok ratib "tebuk atap" last-last tinggal tak sampai 4 bulan lagi dijangka PRU.

Jentera dah digerakkan? Berapa ramai pengundi baru? Pasukan media sosial dah ada ke belum dan sudah diberi kursus?

Walaupun depa "tebuk atap" sekarang kuasa ditangan mereka. Media propaganda kerajaan bawah kawalan mereka 100%.

Kalau guru dan pelajar sibuk dengan kelas online, saya tak jumpa lagi kalangan jentera sedang giat diberi kursus secara atas talian, yang ada kerja dok tanya berapa nombor Anwar ada?

Sudah-sudah  la dok fokus hentam dan sindir Pas dan PPBM... kena tukar mood kepada persiapan PRU15.

 

PH AKAN BERTANDING DI SELURUH 222 KERUSI PARLIMEN

SKY REFORMIS

 *PRU ke15.*

PH akan bertanding diseluruh 222 kerusi Parlimen seluruh negara dengan lambang PKR.

PKR akan meletakkan calunnya dimana sahaja UMNO, PPBM dan Pejuang meletakkan calunnya dan dimana mana pengundinya terdiri dari 50% pengundi melayu.

DAP pula akan meletakkan culunnya dimana sahaja pengundinya yang majoritinya terdiri daripada bukan melayu dan berentap dengan calun BN dari MCA MIC.

AMANAH akan meletakkan calunnya dimana sahaja PAS akan meletakkan calunnya dan dimana mana yang AMANAH telah sedia ada memenanginya.

Tiada perebutan kerusi diantara gabungan PH.

Mantap

dan padu.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden Parti Keadilan Rakyat

(KEADILAN/PKR)

(ڤرتي كعاديلن رعيت )

YB Mohammad Sabu

Presiden Parti Amanah Negara

(AMANAH)

YB Lim Guan Eng

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik

(DAP)

 

 








Image may contain: text that says "PRU15 Mantap!! #LTL #DemiRakyat Amang"

PEMIMPIN BIADAP,AKHBAR PULA KURANG HAJAR !!!!!....

 


NIZAM AKA 

Pemimpin Biadap,Akhbar Milik Parti Pulak Kurang Ajar.. Langsung tak sekolah dalam hal-hal yang berkaitan dengan protokol bila melibat Sultan dan Istana..Apa,kamu ingat si Razman bongok yang engkar titah Sultan Perak tu,sama level dengan Sultan Perak?Kira main sumbat aje dalam akhbar tanpa fikirkan protokol dan kedudukan Sultan..

Dahlah tak reti nak hormat titah Sultan,akhbar pula bangang tak reti tentang protokol bila melibatkan Sultan.. Yang mereka reti fikir hanyalah nak jadi menteri,tim menteri,duta khas bertaraf menteri,jawatan dalam GLC,kereta mercedez,elaun RM50K,naik gaji sendiri Rm3000-Rm5000 dan merayu jawatan exco..Parti yang punah rosak macam ni,dah layak untuk diharamkan di Malaysia..Setuju?

 Image may contain: 4 people, including Gee Gee, text



Lanjutan automatik moratorium pinjaman B40, M40 penting, kata Guan Eng

 

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, lanjutan moratorium pinjaman bank secara selepas 30 Sept hanya membantu 645,000 peminjam atau 8% daripada 8 juta peminjam.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencadangkan lanjutan secara automatik moratorium pembayaran pinjaman bank kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) selama 6 bulan selepas 30 Sept.

Beliau berkata, langkah itu hanya akan menelan belanja RM6.4 bilion dan dapat membantu 8 juta individu dan syarikat Malaysia.

“Ini berbanding dengan pelanjutan secara bersasar moratorium pinjaman bank dan bantuan bank sekarang selepas 30 Sept yang hanya membantu 645,000 peminjam, bersamaan dengan hanya 8% daripada 8 juta peminjam sebelum ini.

“Ini hanya menguntungkan institusi kewangan yang memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman, seterusnya menyebabkan peminjam perlu membayar jumlah bayaran faedah yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng rubbishes claims he is selling national assets

Lim berkata industri perbankan mencatatkan keuntungan sebanyak RM32 bilion pada tahun 2019 walaupun dilandai krisis Covid-19.

Katanya, pada tahun ini bank terus mencatatkan keuntungan tanpa sebuah pun yang mengalami kerugian.

Dalam pada itu, Lim berkata pakej rangsangan ekonomi tambahan sebanyak RM45 bilion dalam Belanjawan 2021 amat diperlukan bagi menyelamatkan pekerjaan berikutan kenaikan kadar pengangguran yang tidak dijangka kepada 4.7% dan penguncupan Indeks Pengeluaran Industri (IPI) sebanyak 0.5% pada Okt lalu.

Katanya, penguncupan IPI tahun ke tahun pada Okt sebanyak 0.5% adalah satu kejutan berikutan pertumbuhan 3 bulan berturut-turut pada Julai, Ogos dan September ketika negara menghadapi kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Jelas bahawa pemulihan ekonomi yang diharapkan daripada peningkatan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global terbantut di Malaysia dan semakin kurang kesannya.

“Bukan sahaja IPI menguncup, tetapi terdapat penurunan mendadak dalam pembentukan modal tetap kasar Malaysia sebanyak 11.6% pada suku ketiga tahun ini.

“Penurunan mendadak ini akan memberi kesan buruk kepada keyakinan ekonomi terhadap pertumbuhan masa depan dan merosakkan daya saing Malaysia kerana negara lain di Asia tidak mengalami fenomena yang sama,” katanya.

Lim berkata tambahan RM45 bilion dalam Belanjawan 2021 diperlukan bagi mewujudkan sumber baru pertumbuhan ekonomi dan memperlahankan pemberhentian pekerjaan, kehilangan pekerjaan dan penutupan perniagaan.

“Perlu ada pelaksanaan segera kenaikan bantuan bulanan kebajikan masyarakat daripada RM200-300 menjadi RM1,000, termasuk kepada golongan penganggur yang dijangka mencecah 1 juta rakyat, yang akan menelan belanja RM12 bilion setahun.

“Ini akan menyediakan jaringan keselamatan segera kepada pekerja yang menganggur sepanjang tempoh krisis Covid-19,” katanya.

Lim juga berkata, insentif pengambilan pekerja untuk jangka masa 2 tahun di bawah skim Malaysia@Kerja dengan bayaran RM500 sebulan kepada pekerja dan RM300 kepada majikan bagi mendorong majikan mengambil pekerja tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan (PH) dalam Belanjawan 2020.

Beliau berkata, langkah memperluaskan skim itu untuk merangkumi 600,000 pekerja dan majikan akan menelan belanja RM13 bilion.

“Ini juga dapat membantu lebih daripada 500,000 belia yang menganggur.

“Baki RM4 bilion harus dibelanjakan untuk mendigitalisasikan pendidikan, termasuk membeli komputer riba bagi menyediakan pembelajaran atas talian bagi pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah.

“Bantuan kewangan berjumlah RM10 bilion harus diberikan untuk memberi talian hayat kepada perniagaan baru dan sedia ada, lanjutan pinjaman dan kredit, terutamanya untuk industri pelancongan yang sedang lumpuh,” katanya.

Tiada tanda hilang majoriti atau tiada tanda ada majoriti? SEMBANG Bersama MOHAMED HANIPA MAIDIN

 Tiada tanda hilang majoriti atau tiada tanda ada majoriti?

1. Pelik juga cara Menteri Undang-Undang tafsir makna majoriti. Saya rasa pelajar tahun satu undang-undang pun pening dengan tafsiran beliau. Saya tak pasti adakah YB ini keliru atau memang beliau tak tahu atau beliau tahu tapi tak mahu berkata benar?

2. “Majoriti” sudah tentu merujuk kepada majoriti ahli Dewan keseluruhannya. I think this is too elementary. This is definitely the true meaning of majority duly envisaged in our supreme law i.e the Federal Constitution. Maknanya majoriti dari 222 ahli dewan rakyat bersamaan 112 orang ahli parlimen. Titik.

3. Majoriti dapat undi masa belah bahagian itu lain lah YB. Jika dalam pengundian bajet misalnya Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT dapat 107 undi manakala pembangkang dapat 100 undi, ya itu majoriti tapi ia BUKAN undi majoriti keyakinan ahli dewan seperti yang digambarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Itu hanyalah undi majoriti menang undi ketika proses undian. Ia berbeza sama sekali dengan ” votes of confidence” ahli dewan. Come on YB.This is too elementary ! Do i have to educate you this rudimentary lesson of constitutional law ? Do i have to give you a book ” a constitutional law for dummy?”

4. Sedarkan YB jika ikut tafsiran pelik YB itu, andaikata semasa pengundian, hanya ada 30 orang ahli parlimen di dalam dewan dan Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT dapat 16 undi manakala pembangkang pula dapat 14 undi, adakah YB ingin katakan 16 undi itu menggambarkan kepercayaan majoriti ke atas PM tebuk atap dari 222 keseluruhan ahli Dewan?

May sanity prevail !



TAWARAN KERJA UNTUK ORANG KAMPUNG

 

TAWARAN KERJA KOSONG ALIH SUNGAI MUDA DARI KEDAH KE KEDAH


Image may contain: 1 person, text that says "mk malaysiakini Malaysiakini (BM) @mkini_bm Saya boleh kerah orang kampung sekat Sungai Muda, seloroh MB Kedah Translate Tweet Saya boleh kerah orang kampung sekat Sungai Muda, seloroh MB Kedah malaysiakini.com"

 

KELULUSAN : SRP DAN SPM.SIJIL SEKOLAH AGAMA ASAL RAJIN

1.     SIHAT TUBUH BADAN DAN SELESAI JALANI

UJIAN COVID

UJIAN BEBAS DADAH

TIADA CACAT CELA.

 

2.      BIDANG BIDANG  PERJAWATAN YANG DITAWARKAN

 

1.     TUKANG ISI PASIAQ (2000 KEKOSONGAN)

2.     PEMANDU LORI( 300 KEKOSONGAN)

3.     PEMANDU JENGKAUT(100 KEKOSONGAN)

4.     TUKANG CANGKUL(2000 KEKOSONGAN)

5.     TUKANG ALIH SUNGAI( 500 KEKOSONGAN)

6.     BOMO HALAU JEBON, HANTU AYAQ,LANGSIAQ ( 50 KEKOSONGAN)

7.      PERINGKAT ATASAN (KELULUSAN GEOLOGIST,JURUTERA)

 

3.     BERHUBUNG TERUS DENGAN PEJABAT MB....KEH..KEH..KEHHH.....






TELAH SELAMAT DIKEBUMIKAN

 

RINA HAMZAH

Tak dapat jadi exco pakcik suib meracau racau sehingga terpaksa diazankan beberapa kali. Setelah diazankan arwah pergi dengan tenang selepas asar petang semlm, salah satu plot cerita didalam majalah MESTIKENA untuk bulan ini. Gambar dibawah tiada kena mengena dengan posting ini, ianya sekadar hiasan semata mata


Image may contain: 2 people, glasses and hat, text that says "15:44 Hadi minta mengadap? Sultan tolak lantikan exco Pas punca Hadi minta mengadap? by Cinca on 12/11/2020 03:34:00 Pm @ mengadap cinca Teka teki mengapa tidak ada ADUN PAS di dalam barisan Exco Negeri Perak terjawab! MB Perak ketika ditanya mengapa tiada Exco PAS di kalangan Exco yang dilantik semalam berkata, beliau hanya boleh mencadangkan nama tetapi adalah merupakan hak mutlak Sultan Perak untuk melantik siapa yang baginda mahu. Semalam, 5 Exco telah mengangkat sumpah di^ depan Sultan Perak selepas MB Datuk Saarani"




25 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

 


TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG 


WRLR.


SILA TEKAN UNTUK BERITA AWAL.




TIDAKPERNAH LAGI AKHBAR DITEGUR OLEH KETUA NEGERI ATAU NEGARA  BERKAITAN LAPORAN TENTANG ISTANA...IANYA AMAT MEMALUKAN SEBAGAI SEBUAH AKHBAR PARTI YANG MENGGELARKAN PARTI ISLAM....





Panas! Istana tegur Harakah, minta beradab dan junjung adat


 PERAK INSIGHT


Panas! Istana tegur Harakah, minta beradab dan junjung adat

Panas! Istana tegur Harakah, minta beradab dan junjung adat

Jurucakap Istana Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menasihatkan Harakahdaily agar belajar lebih beradab dan menjunjung adat Negeri Beraja – Rakyat Bersultan.

Ini susulan tindakan portal milik Pas itu tidak menghormati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam penyiaran gambar di portal tersebut.

Portal itu telah memuatnaik gambar Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria setanding dengan Sultan Nazrin.

Tegas Annuar Zaini, jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang Adun dengan darjat seorang Raja Pemerintah.

“Nasihat saya kepada Ketua Pengarang HARAKAH DAILY, belajarlah lebih beradab dalam menjunjung adat NEGERI BERAJA – RAKYAT BERSULTAN.

“Bila meletakkan gambar; jangan sampai disama tarafkan kedudukan seorang ADUN dengan darjat seorang Raja Pemerintah,” katanya yang juga Ahli Dewan Negara Negeri Perak di laman Facebooknya.