KAWAN MAKAN KAWAN....
.
Zafran Omar
.Ahmad Faizal Azumu mengakui bahawa dia sebelum ini tidak menjangka akan digulingkan, dengan Umno memainkan peranan utama...
..Faizal menambah tumpuan utamanya adalah sama ada apa yang berlaku di Perak akan memberi kesan kepada perikatan Nasional-BN-PAS-GPS di peringkat nasional atau di negeri-negeri lain..
kiranya ini kes team makan team lakan..Nampak gaya team BERSATU bkrik² la nnti, team UMNO dPerak suda ambk langkah, lain² lokasi bila lagi. 😬
"JANGAN SAJA ADA TEAM YANG BUAT LUMPATAN MAUT GARA² INI ISU" 😁
Bha team Parti Warisan Sabah plus kasi On saja tu CCTV, tiguk² gaya durang macam mana.
#CCTVON
#UNITY✊🏾
#MadeInSabahan
⭐⭐⭐⭐⭐
Selepas MB Perak, mungkinkah Muhyiddin menjadi yang seterusnya?
KUALA LUMPUR
- Kekalahan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam undi
keyakinan pagi ini adalah manifestasi ketidakpuasan Umno dengan Bersatu, dan
mungkin menimbulkan malapetaka bagi pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ianya membawa maksud kekalahan Faizal di DUN pagi ini, dengan 48 dari 59 wakil mengundi terhadapnya.
Dalam Bersatu, Faizal adalah timbalan presiden Muhyiddin.
Kedudukan PM
‘sangat lemah’
Rakan kanan Majlis Profesor Negara Prof Jeniri Amir berkata, peristiwa hari ini menunjukkan bahawa masih ada keraguan dan kecurigaan yang kuat di kalangan pemimpin Umno terhadap Bersatu.
TERJEMAHAN WRLR
KAH....
W.FAUDZIN
Orang yang khianat akan dikhianati. Hikmahnya, kita semakin kenal.perangai lebai...Pagi tadi Adun lebai sokong MB dari Bersatu sebagai MB Perak, tapi kalah dan MB jatuh. Jika lepas ini MB itu dari Umno dilantik, jangan terperanjat jika lebai akan melutut pulak kat Umno. Itu memang perangai lebai, cari makan untuk buncitkan perut mereka. Maruah memang takde..
DAP PULA DI PERSALAHKAN..KAH....BILA HILANG KUASA..PADAN MUKA
HAMDAN TAHA
Peja tak dapat undi
yang cukup dari ahli dewan di Perak....tapi Pas dan Bersatu salahkan
Dap....berat berat....dah jatuh kerana sikap masa jadi MB tak dapat menarik
sokongan .......DAP pula salah.....
Ketentuan Allah swt belaka tu.....saya ingat lagi kata kata sahabat saya dari Perak ....Peja tu ada satu kerusi jer tapi jadi MB....itu namanya ketentuan Allah swt....kata dia pada saya....Umno ada 27 pun tak dapat kata dia juga pada saya...saya pun kata...tepat sekali...itu lah namanya telah di takdirkan begitu...kita kena terima....bukan kerana Peja tu hebat
....tapi kerana itu
lah ketentuan Allah..
Bila Peja pula kalah
di sidang dewan ayat lain pulak boleh keluar...dah salah Dap pula....dah ini
kerja Dap yang ada agenda jahat nak pecah belahkan orang Melayu....mudah
bebenor....pada hal bakalMB yang akan ganti Peja ini pun tentu orang Melayu
dan dah tentu dari Umno atau pas atau bersatu....tak mungkin dari Dap....atau
amanah....jadi di mana pula kisah Dap yang pecahkan melayu tu....
Kot melayu pecah
melayu tu saya bole terima juga....hahahaha
KEJATUHAN PEJA DAN PENGAJARANNYA BUAT MUHYIDDIN
Ahmad Faizal Azumu atau Peja gagal dalam usul undi percaya di DUN Perak dan dengan itu hilang jawatan Menteri Besarnya.
Dalam usul tersebut, Peja hanya mendapat 10 undi menyokong berbanding 48 menolaknya dan 1 undi berkecuali.
Maka, tumbanglah Peja yang sempat menjadi Menteri Besar Perak bersama PN selama 9 bulan dan sebelum itu selama 22 bulan bersama PH.
Dengan tumbangnya Peja ini, secara tepatnya juga beliau sebenarnya telah dijatuhkan oleh UMNO iaitu rakan kepada Bersatu dalam PN sendiri.
Yang menariknya lagi, kejatuhan Peja yang diusahakan oleh UMNO ini turut mendapat sokongan penuh daripada Adun-Adun PH yang merupakan pembangkang di DUN Perak.
Bermakna, secara tidak langsung, walaupun UMNO adalah rakan Bersatu dalam kerajaan PN, tetapi ia tidak menghalang mereka untuk bekerjasama dengan PH bagi mencapai tujuan yang terpendam.
Sedemikian itu, kejatuhan Peja ini sekurang-kurangnya memberi dua pengajaran buat Muhyiddin Yassin yang kedudukannya sebagai Perdana Menteri juga ibarat telur di hujung tanduk sekarang ini.
Pertama, jika ada usul percaya di benarkan di Parlimen, pastilah Muhyiddin juga akan jatuh tergolek sama seperti Peja.
Seperti UMNO mahu menjatuhkan Peja di Perak, parti itu juga mahu menumbangkan Muhyiddin di Pusat.
Cuma, nasib baik Speaker Parlimen sehingga ini masih menutup rapat kepada sebarang ruang sama ada usul percaya atau usul tidak percaya daripada dikemukakan terhadap Muhyiddin.
Jika tidak, pasti belayar malamlah dibuatnya.
Namun demikian, dengan terbentuknya kerjasama UMNO dan PH untuk menumbangkan Peja di Perak ini, tidak mustahil kerjasama dua pihak itu akan lebih mudah terjalin di peringkat Pusat bagi menumbangkan Muhyiddin.
Sebelum ini, sebagaimana diperkatakan bila mana Anwar Ibrahim mengadap Agong untuk mempersembahkan sokongan yang dimilikinya dengan antaranya daripada UMNO, apa yang terjadi di Perak ini mungkin memberi laluan mudah untuk perkara itu benar-benar dijadikan kenyataan.
Kalau tiada ruang di Parlimen, kerjasama UMNO dan PH bagi menumbangkan Muhyiddin boleh saja dilakukan bila-bila di luar Parlimen seperti yang pernah berlaku di Kedah sebelum ini misalnya.
Yang penting, kejatuhan Peja ini menandakan bahaya semakin dekat menghampiri Muhyiddin.
Kedua, jika Muhyiddin ada kesedaran, beliau haruslah insaf bahawa kejatuhan Peja di Perak merupakan suatu isyarat bahawa pengkhianatan akan tetap ada balasan pada akhirnya.
Sebagaimana Muhyiddin mengkhianati PH di Pusat, Peja pula sebenarnya telah mengkhianati PH di Perak dan hari ini Tuhan telah menunjukkan balasan untuk beliau.
Hanya selama 9 bulan berkuasa melalui PH, beliau akhirnya dijatuhkan oleh rakan sendiri iaitu daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar.
Dengan kejatuhan Peja hari ini, tiga jawatan Menteri Besar milik Bersatu sebelum ini iaitu di Perak, Johor dan Kedah telah habis melayang angkara pengkhianatan yang dilakukan oleh Muhyiddin yang semata-mata kerana mengejar jawatan Perdana Menteri.
Akhirnya siapa yang rugi sekarang ini?
Mahu tidak mahu, selain kedudukan Muhyiddin terus jadi tidak menentu dan lebih disasar untuk dijatuhkan, yang pasti selepas ini hubungan Bersatu dengan UMNO juga akan tambah bermasalah lagi.
Sudahnya, Bersatu lebih mungkin menjadi parti yang wujud hanya sepenggal saja. (Shahbudondotcom 04/12/2020)
KENAPA NAK SOROK
Ini satu lagi yang pelik, kenapa mesti disembunyikan syarikat yang diberi kelulusan mengeluarkan nadir bumi di Sik, Kedah itu?
RM43 trilion tu...takkan rakyat Kedah tak boleh tau nama syarikatnya?
PERSIAPAN MENGADAP SULTAN
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguhkan sehingga Rabu depan (9 Disember).
Speaker berkata ia dibuat bagi urusan memaklumkan keputusan usul percaya, yang menyaksikan menteri besar gagal mendapat sokongan, kepada sultan.
Katanya, dia akan menyembah maklum keputusan hari ini dan percaya menteri besar juga akan memohon mengadap susulan perkara sama.
TIMBALAN PRESIDEN BERSATU YANG JUGA MB PERAK KECUNDANG, PRESIDEN BERSATU SEBAGAI PM JUGA DIMINTA BERANI BAWA USUL PERCAYA TERHADAPNYA
MB Perak, Peja yg juga Timbalan Presiden Bersatu tumbang. Di Dun Perak tadi, undi terhadap beliau hanya disokong oleh 10 Adun saja, termasuk Adun lebai. 48 lagi Adun tolak Peja. Satu berkecuali. PH perak dan Umno sepakat tolak Peja.
Sekali lagi Muhyiddin dimalukan.
Presiden Bersatu sebagai PM pun masih belum disahihkan sokongan majoriti terhadap beliau di Parlimen. Setakat ini, semua undian terhadap bajet di peringkat kementerian pun kerajaan Muhyiddin tidak pernah dapat separuh sokongan.
Muhyiddin seharusnya berani melakukan seperti di Perak, benarkan usul percaya terhadap beliau di Parlimen. Ada berani?
WFAUZDIN NS
LEBAI PENYAMUN ALI BABA BALAK ATAU MINERAL 43 TRILLION.. ?
Baca berita kat portal Harakah tadi, Kononnya ada hasil mineral bernilai 43 Trillion.. Bila MB umum macam tu.. tak tahu tahap apa IQ MB depa ni.. boleh jadi setanding bani Melayu yang ditipu Scammer diluar sana..
Depa tahu tak, Perolehan Petronas hat depa teroka laut dalam, Gerudi Minyak Seluruh Dunia pun Setahun baru RM 260 Billion.. tapi Kedah tiba tiba ada hasil 43 Triliion.. I Trillion tu bersamaan 1000 Billion iaitu paras hutang negara..maksudnya bersamaan hasil Petronas dekat 200 tahun lah kut.. kalah kekayaan emir dan Negara Qatar..
Bila MB dia kata, Hasil ni banyak terletak dibawah kawasan yang dah dibangunkan.. Yang boleh diteroka hanya kawasan bukit dan Hutan.. Bila dia cakap bukit ngan hutan..faham faham lah..
Taktik macam ni bukan lah baru..Di Kelantan pengumuman macam ni dah dibuat lama dah.. Depa ada jumpa Emas.. ada cuma Gas dan minyak atas darat.. ada jumpa batu kapur..Karbon Kredit.. last last apa jadi, Projek entah kemana, Yang hilang Hutan dan balak... itu jer depa mampu fikir.. dah tebang balak, Syarikat Perkayuan Kelantan depa pun gulung tikar.. begitu juga PBMK Sawit..
Di Kelantan, Syarikat Perlombongan Emas KelGold Mining yg danugerahkan tanah seluas mata memandang.. depa jual 100% kepentingan dengan nilai hanya RM 2.5 juta pada CNMC Goldmine syarikat dari Singapura dan China.. bayangkan syarikat Perlombongan emas dia jual RM 2.5 juta.. last last berkibar bendera China di Kelantan dapat kawasan Emas.. Kelantan dapat apa ?
Kalau kat Kelantan tu Syarikat dan hak perlombonga Emas pun depa gadai mcm tu.. apalah sangat hasil mineral lain.. dulu macam tu juga, Umum nak bina Lebuhraya Rakyat..derma mintak, Lebuh raya tak nampak..tapi abis cerah kawasan Balak.. hat Karbon Kredit tu jangan kata lah dia punya bohong..
Di Taiping tu.. ada satu kawasan tadahan tempat air mineral.. Ada satu Syarikat.. Nama dia Spritzer.. Dia uruskan air mineral jer.. tapi perolehan setahun depa lebih RM 350 Juta.. Bayangkan Urus air mineral perolehan depa beratus juta.. Sebab apa ? ini orang pangil Al Qawwi Al Amin.. sebab depa pandai..
Tak payah banding Singapore.. Di Pulau Pinang tu satu tadahan air pun takda.. tapi pengurusan dan air depa paling murah dan bersih di Malaysia.. Hat Penang ambil air dari kawasan tadahan Kedah..masalah air kat kedah jauh lebih teruk.. di penang kawasan Balak pun takda.. tapi hasil dan Rezab simpanan depa antara paling Tinggi..
Lebai PAS ni jangan kata urus bahan Mineral.. Urus Balak dan hasil mahsul pun Fail... urus Sawit pun bankrap.. Air pun kotor.. Jadi tak payah sembang lah nak urus hasil mineral hat bawah Tanah tu..
Sembang jer lah..cakap jer nak tibai balak.. 🙂
Ipohmali
kincingtalakbunyi
TAHNIAH MB KEDAH...
Hamdan Taha
Tahniah kerajaan Negeri Kedah di atas penemuan baru harta karun bernilai 43 trilion...
Cuma bagi saya kajian tu bukan lah baru di buat di zaman dia jadi MB...kajian tu telah di buat lama...
Cuma MB sekarang ambil kesempatan dan buat pengumuman supaya dia dan kerajaannya di lihat hebat....
Sebenarnya semua negeri di malaysia ni ada harta harta karun ini termasuk di perak...saya ingat lagi kes kes di perak jika di kira harta karun ini termasuk bijih timah dan macam macam lagi jika di kira bertrilion juga....tapi kerajaan negeri tak buat pengumuman macam MB kedah buat....
Manakan tidak contoh ada satu bilion nilai bijih tapi di bawah kem tentera di tengah bandar ipoh....ini contoh....apa yang patut di buat....robohkan satu bandar untuk ambil hasil timah...atau hanya sekadar kajian sahaja...dari satu mb ke mb yang lain...
Begitu juga kedah saya baca sikit maklumat tu melibatkan ratusan ribu ekar yang akan terlibat...apakah kesan kepada tanah tanah itu jika hasil harta karun itu di ambil....kesan kepada alam kejadian Allah akan jadi apa....dan macam macam persoalan lagi....jadi kisah ni masih panjang lagi....
Itu belum pahang lagi....ada emas....ada tanah boksit....ada bijik besi....jika di kira saya fikir sudah tentu trilion juga nilai hasilnya.....
Di perak hasil pasir...selica...kuari...kualin tanah liat....jika ini pun kira atas kertas berbilion.....tapi hakikatnya....pengusaha cina sahaja yg kaya....negeri dan melayu dapat lah 000. 1 persen
KOALISI atau GABUNGAN POLITIK - APA REALITI DI MALAYSIA?
Kerajaan Perak pimpinan Ahmad Faizal Azumu tumbang, MB tewas undi percaya
IPOH: Pentadbiran Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, tumbang apabila gagal memperoleh sokongan majoriti wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri, apabila usul percaya terhadapnya undi secara belah bahagi pagi tadi.
Dalam undian yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid, hanya 10 ADUN menyokong kepimpinan Faizal, berbanding 48 yang membantah dan 1 undi rosak.
Usul undi percaya terhadapnya dibawa Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim, dari Umno.
DUN Perak terdiri daripada 24 ADUN Umno, empat PPBM, dan tiga PAS.
Anwar Ibrahim: Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bagi Kementerian Pertan...
Apa kaitan pembinaan mahligai korporat FAMA bernilai ratusan juta di Kelana Jaya dengan derita pesawah dan petani miskin?
Warisan kambing hitam PH, kata ahli akademik
KOTA KINABALU: Seorang ahli akademik menuduh Pakatan Harapan (PH) menjadikan Warisan kambing hitam atas kegagalannya dalam undi belah bahagi terhadap Belanjawan 2021.
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, Warisan bukanlah satu-satunya parti yang berbeza sikap dengan pembangkang berhubung belanjawan.
Beliau mengulas kritikan terhadap Warisan kerana ketidakhadiran Ahli Parlimennya Isnin lepas apabila anggaran belanjawan bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan diluluskan.
Lee bersetuju dengan Bendahari Agung Warisan Terrence Siambun bahawa tiada gunanya parti itu mengundi kerana lapan Ahli Parlimennya tidak akan mengubah keputusan pengundian di Dewan Rakyat.
“Bilangan undi biasanya sebanyak 106, 107 atau 108 di pihak kerajaan dan 95 pembangkang,” katanya kepada FMT.
“Dengan majoriti tipis dua kerusi di pihak Perikatan Nasional (PN), semua undi penting, tetapi insiden lepas menunjukkan terdapat Ahli Parlimen pembangkang, selain Warisan, yang juga tidak mengundi.
“DAP misalnya tidak berdiri untuk menolak belanjawan di peringkat dasar Khamis lepas.
“Jadi saya fikir mereka mahu menjadikan Warisan kambing hitam.”
Whip Warisan, Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli baru-baru ini mengakui ketidakhadiran wakil parti itu dalam beberapa pengundian belanjawan merupakan langkah yang disengajakan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin PH Anwar Ibrahim.
Ini menyebabkan Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin membidas Rozman yang disifatkan memberi alasan kebudak-budakan.
Bekas pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata, Ahli Parlimen Warisan mengecewakan pembayar cukai.
Bagaimanapun DAP Sabah mempertahankan Warisan dengan ketua publisitinya Phoong Jin Zhe mengkritik Boo kerana merosakkan hubungan antara dua parti itu di Sabah.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Warisan supaya menyediakan penjelasan sekiranya orang ramai bertanya sama ada ia membantu Perikatan Nasional supaya kekal berkuasa.
Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking menafikan parti itu bekerjasama dengan PN atau Barisan Nasional (BN).
Mengulas pertikaian itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, perbezaan pandangan dalam mana-mana parti politik merupakan gambaran demokrasi.
“Kepelbagaian suara harus diraikan bagi menghalang kemunculan diktator atau sistem kepimpinan autokratik,” katanya selain menambah bahawa wujud juga perbalahan dalam PN.
Bagaimanapun Bridget Welsh dari Universiti Nottingham (Malaysia) berkata, pembangkang tidak seharusnya mendedahkan masalah mereka secara terbuka.
“PH Plus perlu belajar bagaimana untuk menyembunyikan perbezaan mereka di dalam, bukannya mendedahkannya kepada umum,” katanya.
“Ia nampak kebudak-budakan dan menghakis kepercayaan orang ramai. Ia perbuatan merosakkan diri sendiri.”
Lee bersetuju dengan Welsh dengan berkata, tiada keperluan bagi DAP atau PKR meluahkan rasa tidak puas hati mereka melalui media.