MAHATHIR TERBUKTI SEMAKIN 'SAKIT'


Walaupun Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad minggu lalu menegaskan, serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak perlu dan tidak membantu kepada apa jua usaha menjernihkan politik negara kerana musuh sebenar semua pihak ketika ini adalah Muhyiddin Yassin, tetapi bekas Perdana Menteri itu tetap dengan kedegilan tahap gabannya.

Ternampak Tun Mahathir kini seperti seorang tua degil lagi keras kepala yang tidak lagi mahu memperdulikan nasihat daripada sesiapa.

Lebih-lebih lagi dengan membaca tulisan terbaru Tun Mahathir yang masih cuba menyalahkan Anwar, sambil meletakkan dirinya betul belaka dalam semua perkara dalam kemelut politik berkaitan dirinya, jelas beliau kini sedang mengalami “sakit” yang tiada ubatnya lagi di dunia ini.

“Sakit” itu ialah dendam dan dengki kepada Anwar dan ketakutan Presiden PKR itu sampai jua akhirnya ke kerusi Perdana Menteri.

Sebagaimana beliau memecat Anwar pada 1998 sehingga kemudian sanggup menapak ke mahkamah untuk berbaik dan menghantar Tun Daim Zainuddin ke Penjara Sungai Buloh, semuanya adalah rencana untuk menghalang bekas musuhnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Sakitnya itu pula tidak mustahil tambah menjadi-jadi, mungkin telah mula menggangu tidur Tun Siti Hasmah Ali, lantaran melihat Anwar semakin hampir ke puncak kuasa berdasarkan perkembangan politik semasa kebelakangan ini.

Kiranya Belanjawan 2021 ditolak dan cadangan mengadakan PRU pula tidak diterima berikutan ancaman Covid19 masih melanda, tentulah pertukaran kerajaan merupakan satu-satunya pilihan yang wajar yang akan dipertimbangkan oleh Yang Dipertuan Agong.

Tidak mungkin juga usul darurat dapat dikemukakan semula oleh Muhyiddin kerana ia sudah pun ditolak Agong sebelum ini.

Lebih sakit lagi derita Tun Mahathir kerana usaha menolak Belanjawan 2021 yang boleh membawa kepada pertukaran kerajaan itu berlaku berikutan adanya persamaan perjuangan antara Anwar dengan Najib Razak, kini Pengerusi BNBBC.

Kedua-dua Anwar dan Najib dilihat senada tidak akan menyokong Belanjawan 2021 jika isu pengeluaran KWSP tidak diberi kebenaran dan moratorium pinjaman bank tidak dilanjutkan.

Dalam seluruh pembuluh darah Tun Mahathir sekarang, selain Anwar adalah musuhnya sampai mati, Najib juga sudah termasuk dalam kategori yang sama.

Sebab itu, dalam perbahasan Belanjawan, yang diserang Tun Mahathir adalah Najib, bukannya Muhyiddin yang selalu disebutnya sebelum ini telah mengkhianatinya.

Di ketika orang lain, semakin menginjak tua menjadi semakin pemaaf dan mengurangkan musuh, Tun Mahathir sebaliknya kian menambah koleksi musuhnya.

Maka, terus menyalahkan Anwar dan menghujahkan dirinya betul belaka adalah cara Tun Mahathir untuk menagih simpati bagi dirinya, sambil mengharapkan Presiden PKR sentiasa terhalang menjadi Perdana Menteri.

Tujuan menghalang Anwar itu pula tentulah dengan maksud mahu mempromosi dirinya sekali lagi, buat kali ketiga, untuk jadi Perdana Menteri.

Barangkali, boleh “gila” dibuatnya Tun Mahathir kali ini kiranya tertakdir panjang usianya dapat melihat Anwar menjadi Perdana Menteri, sambil diberi ucapan tahniah oleh Najib dan juga Zahid Hamidi kemudiannya.

Sementara Tun Mahathir semakin dimanah usia semakin sakit derita hatinya, Anwar pula tergambar bertambah tenang, ceria dan gembira dengan aktiviti harian seperti bersenam, membersihkan kawasan rumah, bermain dengan cucu, sambil tidak mengabaikan sama sekali tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan pemimpin politik yang aktif sepanjang masa.

Kuncinya ialah Anwar tidak pernah berdendam, sentiasa berlapang dada, redha dengan ketentuan Tuhan serta tiada dengki, iri hati, jauh sekali ada melakukan khianat sesama rakan sendiri.

Sebab itu, yang meroyan dan bertambah sakit hari demi hari hanyalah Tun Mahathir, manakala Anwar – lihat saja wajahnya – sentiasa saja ceria dan gembira.

Dan akhirnya, pastilah Tun Mahathir akan bertambah-tambah sakit lagi apabila segala serangan dan kata-katanya terhadap Anwar tidak disambut walau sepatah pun oleh Ketua Pembangkang itu.

Kata-katanya tak ubah seperti “angin perut” yang busuk dan memualkan.

Kesiannya…sedih tak terhingga kalau kita ada bapa atau atuk seperti itu.


 (Shahbudindotcom 21/11/2020)



Realiti pahit di sebalik Belanjawan 2021

 



Oleh: Redzuan Shamsudin



Rakyat Malaysia mungkin melihat isu Belanjawan 2021 di sekitar lulus atau tidak belanjawan itu dalam sesi pengundian pada 26 November 2020. Sekiranya lulus maka bertahanlah pentadbiran Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin untuk beberapa bulan akan datang. Andainya gagal maka Muhyiddin dan jemaah menterinya perlu mengemaskan barang-barang meninggalkan Putrajaya.

Namun realiti sebenar di belakang Belanjawan 2021 jauh lebih mencabar daripada survival politik Muhyiddin, Azmin Ali atau Hamzah Zainuddin semata-mata. Di sebalik belanjawan adalah kehidupan pahit rakyat Malaysia, khususnya warga marhaen. Adakah mereka mampu meneruskan hidup dengan kebiasaan sebelum ini; cukup makan, punya pekerjaan, mampu membayar pinjaman rumah dan kereta atau pun tidak?

Bina semula ekonomi

Pakar-pakar ekonomi memberi amaran Belanjawan 2021 gagal memberi fokus jelas terhadap usaha membina semula ekonomi yang tergugat akibat kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Mac hingga Mei lalu. Lockdown atau perintah berkurung tersebut sesuatu yang tidak wajar dilakukan di Malaysia pada waktu jangkitan Covid 19 di bawah 800 kes. Sedangkan pada ketika ini jangkitan melebihi 1,000 kes sehari tetapi kerajaan tidak mahu menutup ekonomi.

Ironinya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipuji rakyat kerana berjaya mengawal wabak Covid 19 pada Jun hingga Ogos lalu, hari ini tampil dengan kegagalan menyolok mata mengelakkan jangkitan besar-besaran ke atas rakyat Malaysia. Kerajaan yang dianggap berjaya itu juga merupakan punca tercetusnya gelombang ketiga jangkitan apabila cuba menjatuhkan pentadbiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal pada Julai lalu yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala keengganan parti-parti pemerintah mengamalkan prosedur yang tegas semasa berkempen menjadi katalis situasi Covid yang tidak terkawal di Sabah. Kelemahan peraturan kuarantin wajib kepada jentera kempen parti-parti dari Semenanjung melengkapkan malapetaka dan memusnahkan pertahanan ‘pemutus rangkaian’ Covid di Malaysia Barat.

Natijahnya, ekonomi seluruh negara goyah sekali lagi apabila PKP Bersyarat dikuatkuasakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan pada Oktober, seterusnya ke hampir sebahagian besar Semenanjung pada November.

Kesan buruk kepada rakyat

Apakah kesan buruk wabak Covid kali ini kepada rakyat? Berbeza dengan gelombang pertama dan kedua yang mana rakyat kurang dijangkiti dan rantaiannya lebih mudah diputuskan, para pemerhati ekonomi melihat PKPB kali ini tidak akan membawa hasil serupa.

Menurut mereka, rakyat semakin terdesak akan semakin kurang memikirkan risiko Covid. Mereka melakukan apa sahaja usaha untuk mencari wang. Di pihak kerajaan PN tidak sebagaimana pada Mac lalu, kerajaan membayar RM1,000 hingga RM1,600 kepada rakyat, kali ini tiada lagi keupayaan berbuat sedemikian.

Rakyat yang menyedari kekurangan itu meminimumkan kepekaan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid demi pekerjaan. Menyebabkan lebih banyak berlaku jangkitan. Rakyat pasrah dan hanya mempertimbangkan ongkos membeli makanan diri sendiri atau keluarga.

Keadaan menjadi lebih sukar apabila para pekerja tidak pula mudah untuk melakukan proses saringan Covid. Ujian di hospital awam terbatas berikutan kekurangan kakitangan. Alternatif adalah ujian di hospital swasta. Bagaimanapun kos untuk melakukannya lebih RM200 dan di luar kemampuan kebanyakan pekerja kolar biru.

Bagi pekerja yang degil maka mereka lebih mudah menelan ubat paracetamol sekiranya menunjukkan gejala demam dan bekerja seperti biasa sehingga keadaan lebih parah berlaku. Hal ini menyebabkan strategi membendung Covid kelihatan kurang berkesan pada gelombang ketiga ini.

Pembuangan pekerja berleluasa

Pembuangan pekerja oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan satu lagi isu besar yang harus difikirkan secara mendalam. Kilang-kilang PKS yang biasanya kurang mengeksport dan tidak mendapat permintaan baik barangan domestik mengambil jalan mudah membuang pekerja sejak Mac lalu.

Tanpa mereka sedar apabila membuang pekerja yang sekian lama berkhidmat dan memiliki skil tertentu maka barisan produksi (production line) sesebuah syarikat tidak lagi akan mampu mengeluarkan produk secara efisyen kos dan berkualiti seperti sebelumnya.

Dalam hal ini, kerajaan wajar membantu PKS mengelakkan mereka daripada terus membuang pekerja. Selain mengekalkan bakat sedia ada dalam pekerjaan, kerajaan juga boleh membekalkan wang yang cukup kepada para pekerja untuk berbelanja dan kekal mengatifkan pusingan modal dalam negara.

Selain itu, terdapat isu yang kurang diberi tumpuan berkaitan PKS sebelum ini. Banyak tidak menyedari kurangnya syarikat bumiputera yang mendaftar dalam pengkalan data PKS negara. Sekiranya bantuan mahu disalurkan maka kerajaan mungkin gagal mengesan sebahagian besar majikan PKS dalam kalangan Bumiputera yang hanya 5% daripada jumlah keseluruhan berdaftar.

Bagi PKS yang berurusan dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), kerajaan PN perlu melihat beberapa pilihan untuk menyelamatkan mereka daripada kerugian besar. Terdapat laporan menyatakan bahawa GLC mempunyai terma-terma tertentu di mana mereka tidak perlu mengambil stok yang ditempah daripada PKS dalam keadaan malapetaka seperti pandemik Covid. Sekiranya syarikat PKS membawa hal itu ke mahkamah maka mereka akan disenarai hitam daripada menjadi pembekal.

Namun kepada syarikat PKS, sekiranya stok tidak diambil oleh GLC maka mereka akan mengalami kerugian dan terpaksa menutup operasi. Dalam hal ini kerajaan harus mengarahkan GLC agar mendapatkan situasi menang-menang antara mereka dan PKS.

Tanpa pelancong ekonomi terhenti

Selain itu, pemerhati ekonomi turut bimbang dengan tindakan kerajaan PN yang terus menutup pintu kepada kemasukan pelancong asing. Terdapat negara-negara yang tidak teruk dilanda Covid 19 dan para pelancong boleh dibenarkan masuk jika syarat dilonggarkan.

Menutup Malaysia daripada pelancong asing menyebabkan industri penerbangan terjejas teruk. Sektor penerbangan mempunyai kesan domino dalam ekonomi. Apabila pelancong tidak masuk maka pemandu teksi, hotel, pemandu pelancong, kedai cenderahati, restoran dan pelbagai cabang perniagaan akan terjejas.

Maka tidak hairan apabila CEO Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes turun padang melakukan gimik menghantar makanan melalui syarikat baharunya, Air Asia Food yang beroperasi seperti operator Grab Food atau Food Panda sebelum ini.

Pinda belanjawan demi rakyat

Dengan peruntukan untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang tidak begitu besar maka Belanjawan 2021 seharusnya dipinda dan ditambah baik.

Juga, kerajaan PN perlu memasukkan 6 cadangan yang utarakan oleh Pakatan Harapan pada 5 november lalu. Iaitu menambah peruntukan Kementerian Kesihatan untuk Covid 19 serta penyakit tidak berjangkit. Malangnya, hanya peruntukan untuk Covid sahaja ditambah tetapi bagi penyakit tidak berjangkit dipotong.

Kedua, memperkasa perlindungan sosial, jaringan keselamatan dan bayaran kebajikan kepada golongan berisiko dan penganggur dengan meningkatkan bantuan kebajikan kepada RM1,000.

Ketiga, mencadangkan perlanjutan moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021. Keempat, meneruskan program subsidi upah sehingga 31 Mac 2021 dan mewujudkan 600,000 pekerjaan melalui pelbagai program insentif untuk tempoh dua tahun kepada majikan dan pekerja dengan kos RM13 bilion.

Kelima, meningkatan perbelanjaan pendidikan. Keenam, perbelanjaan pembangunan untuk dua projek utama iaitu Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) serta menaik taraf infrastruktur air yang kritikal untuk Selangor, Kelantan dan Pahang.

Kebanyakan cadangan itu tidak dimasukkan oleh Menteri Kewangan dalam belanjawan yang dibentangkan pada 6 November lalu. Oleh itu, dengan mudah boleh diramal bahawa rakyat marhaen tidak akan beroleh banyak manfaat daripada belanjawan kali ini.

Ekonomi Negara juga sukar dijana tanpa projek awam berskala besar ketika enjin kedua, pelaburan swasta merosot dan tidak banyak syarikat besar yang mampu menyediakan projek menjana peluang pekerjaan.

Oleh itu, sekiranya Belanjawan 2021 enggan diluluskan oleh pembangkang maka rakyat harus sedar belanjawan itu perlu digubal semula untuk memperolehi nikmat yang lebih buat warga marhaen yang tidak terbela.

 


Kerajaan negeri batal projek Melaka Gateway tanpa sebab

 




Pemaju projek Melaka Gateway, KAJ Development Sdn Bhd (KAJD) menggesa kerajaan negeri Melaka supaya memberikan penjelasan terhadap arahan untuk membatalkan projek mega tersebut pada 16 November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas KAJD, Datuk Michelle Ong berkata kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) menyerahkan surat penamatan bagi Perjanjian Tebus Guna Tanah, namun tidak memberikan sebarang sebab kukuh.

Malah katanya, pegawai UPEN turut bertindak melekatkan notis penamatan di tapak pembinaan projek Melaka Gateway dan mengarahkan untuk mengosongkan kawasan itu dalam tempoh 14 hari.

“Kami mahu meneruskan projek ini kerana sudah berbelanja ratusan juta ringgit, menjalankan kajian secara terperinci dan melibatkan ramai pelabur asing. Malangnya, tiada sebab kukuh diberikan dan kami juga sudah cuba untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri tetapi gagal.

“Kami meminta tempoh lanjutan namun kerajaan negeri tetap dengan keputusannya tanpa apa-apa sebab diberikan. Ini adalah projek yang penting dan kami mahu menyelesaikan isu ini tetapi jika ia akan melibatkan tindakan undang-undang, kami bersedia untuk berdepan dengannya,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada masa sama, Michelle menafikan dakwaan bahawa pihak KAJD tidak membalas surat dari kerajaan negeri pada 12 Okt, sebaliknya menjelaskan bahawa mereka membalas surat pada 16 Okt.

“Ini adalah projek nasional, jika ia dibatalkan, ia bukan sahaja akan merosakkan perancangan projek tetapi juga memberikan persepsi negatif kepada pelabur asing terhadap Malaysia.

“Kami berharap kerajaan negeri Melaka dan kerajaan persekutuan memberikan pertimbangan terhadap segala faktor dikemukakan kami dan mengambil tindakan terbaik untuk negara,” katanya.

Projek Melaka Gateway merupakan projek mega berstatus projek nasional yang dilaksanakan oleh KAJD atas konsesi tebus guna tanah yang diberikan dan ditandatangani oleh kerajaan negeri pada 4 Oktober 2017.

Projek itu akan membangunkan tiga buah pulau buatan manusia seluas 609 ekar tanah yang terletak secara strategik di Selat Melaka dan memakan kos sehingga RM700 juta.

Pulau pertama akan dijadikan pusat pelancongan, pulau kedua akan menjadi sebuah pusat teknologi atau ‘Smart City’ dan pulau ketiga akan menjadi sebuah pelabuhan laut dalam di negeri itu.

Projek yang sudah lengkap 40 peratus ketika ini dijangka akan mencipta lebih 40,000 peluang pekerjaan dan menyumbang sehingga RM125 bilion untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Projek ini dibina dalam tempoh 10 tahun dan dijangka siap pada 2028.

 

APA BARANG JUAL DI WILAYAH SAHAJA...BUKAN LEBAI KATA NAK TUTUP KILANG ARAK KAH DULU DULU..KAH....KENCING JUGA

 

Larangan jual arak di KL tiada kaitan isu agama dan kaum, kata menteri

Annuar Musa berkata, garis panduan baru lesen minuman keras bertujuan mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas di KL, selepas menerima pelbagai aduan daripada orang awam mengenai masalah yang timbul.

KUALA LUMPUR: Garis panduan baru lesen minuman keras (LMK) yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan perkara baru kerana peraturan itu sudah diperkenalkan di negara lain, termasuk Eropah, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Beliau berkata, DBKL melakukan tinjauan ke atas negara lain, di samping mengkaji sistem yang diguna pakai Singapura sebelum memperkenalkan garis panduan baru itu di ibu negara.

“Kita juga lihat peraturan yang dipakai di negara lain, termasuk Eropah, di mana pembelian minuman keras memang sangat dikawal dari segi waktu dan lesen tempat yang boleh dijual. Oleh itu, isu ini tiada kena-mengena dengan isu agama mahupun perkauman,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada persatuan penduduk Kuala Lumpur di bawah program Wilayah Cakna 3.0 yang turut dihadiri Timbalannya, Santhara Kumar.

Beliau menegaskan garis panduan itu bertujuan mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas di ibu negara, selepas menerima pelbagai aduan daripada orang awam mengenai masalah yang timbul, termasuk penjualan arak kepada golongan bawah umur dan pelajar sekolah.

Pada 16 Nov lalu, DBKL memperkenalkan garis panduan baru lesen minuman keras yang antara lain menetapkan kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual minuman keras mulai 1 Okt tahun depan.

Sementara itu, Annuar berkata, kementeriannya memperuntukkan RM39.75 juta bagi melaksanakan inisiatif Wilayah Cakna 3.0 untuk warga kota yang terjejas dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).



DARI MUDA SAMPAI TUA KHIANAT ORANG..APA PUNYA TAK GUNA

 

Dari muda sampai tua sampai dah kubur kata mari dan rumah kata pergi atok ni kerja dia mengkhianati orang jerrrrr!!!! Siapa yang masih bergayut dengan orang tua ni malulahhhh sejarah dia buruk tiada yang membanggakan pun.


Image may contain: 1 person, text that says "'Mahathir khianati saya' MUKADIMAH ERIKUT luahan hati Perdana Menteri pertarma yang juga Bapa Kemerdekaan negara, Allahyarham Tunku Abdul Rahman terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang boleh diikuti menerusi video di https://www.youtube.com/ watch2v-BnSgROWFDBQ Krisis hubunga antara Tunku dan Dr Mahathir yang sebelum itu adalah rahsia, terdedah apabila ditulis oleh Dr. Mahathir kepada Tunkusekitar pertengahan 1969 tersebar luas dalam kalangan rakyat. Bagi Tunku sendiri. surat Dr Mahathir kepadanya itu telah memusnahkan seluruh pengorbanannya terhadap bangsa dan negara selama 17 tahun. TUNKU ABDUL RAHMAN "SEORANG daripada itu ialah Mahathir Itu tujuan saya yang. berjuang.ini. Dia"

KALAULAH JADI PERINTAH DARURAT ITU...



“Saya ulangi gesaan untuk kerajaan teliti semula Belanjawan 2021. Pembangkang hanya mendukung sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi COVID-19,” tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru, tidak timbul soal menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, jika menolak Belanjawan 2021 yang tidak mengutamakan agenda melawan COVID-19.



HEBAT NEGERI MELAYU ISLE NIH...

 

Rina Hamzah

Sejak April 2020 lagi k'jaan P. Pinang telah membuat pemotongan sebulan gaji Exco untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19 negeri bagi meringankan beban rakyat yang terkesan.

Tetapi negeri yang kononnya gah mengaku kerajaan Isley terdesak naikkan gaji Exco & Adun siap 'backdated' lagi walaupun rakyatnya ramai hilang pekerjaan & kesempitan hidup.

SR


Image may contain: one or more people, text that says "Dituduh PAS pentadbiran ala a-Komunis.. Berbangga dengan Negeri Serambi Mekah SR kyat PULAU PINANG MAHU POTONG GAJI ADUN, EXCO bagi membantu golongan terjejas semasa pandemik Covid-19 KELANTAN SIBUK NAIK GAJI ADUN, EXCO jauhisifatdengkikerana.rezeki dengki jauhi rezeki -masing masing-masingAllahtentukan Allaheua"


Amanah nafi berbelah bahagi, tetap sokong Anwar sebagai PM

 


Amanah menafikan sama sekali laporan yang mengatakan bahawa parti itu bergelora dan berbelah bahagi, sebaliknya ahli parlimennya sebulat suara menyokong Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata ahli parlimen partinya tidak pernah bersengketa soal calon Perdana Menteri, memandangkan mereka sudah pun membuat keputusan sebelum ini.

"Semua ahli parlimen Amanah telah pun menandatangani SD menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, maka laporan FMT yang mengatakan seolah-olah pimpinan Amanah berbelah bahagi adalah tidak tepat dan perlu diperbetulkan.

"Parti Amanah hanya tidak bersetuju untuk menyerang dan mengutuk Dr Mahathir kerana kita menganggap pembangkang adalah dalam satu kumpulan dan kesatuan pembangkang perlu diusahakan untuk menjatuhkan kerajaan PN," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen.

Khalid juga menganggap terdapat pihak tertentu yang cuba memecahbelahkan pembangkang.

“Kami sokong Anwar tetapi kami berbeza dengan sesetengah pihak. Kita tak serang Dr Mahathir, tak serang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Warisan.

“Ada orang luar dari parti Amanah yang berusaha untuk laga-lagakan kami dengan harapan bahawa pembangkang akan berpecah belah. Ini satu tindakan yang tak bijak dan tak wajar.

Hubungan antara kami sebagai pembangkang perlu diperkukuhkan lebih lebih lagi dalam suasana untuk hadapi undi belanjawan, amanah berusaha dapatkan sokongan Mahathir, Shafie Apdal, supaya kita bergerak dengan satu suara.

"Jadi dakwaan bahawa kita belah bahagi itu adalah tidak benar, saya merasakan parti Amanah adalah yang paling bersatu dan paling padu, wallahualam," katanya.

 


Sokong Belanjawan 2021 tanpa akal ialah khianat, pemimpin Umno beritahu ahli Parlimen

 



Khaled Nordin berkata, setiap ahli Parlimen perlu diberikan kebebasan dan ruang untuk membuat pilihan serta mengundi secara peribadi berdasarkan ‘conscience’ untuk menyokong, berkecuali atau menolak Belanjawan 2021.

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin membantah tindakan melabelkan ahli Parlimen tidak menyokong Belanjawan 2021 sebagai “pengkhianat”, sebaliknya beliau menyifatkan sokongan terhadap belanjawan persekutuan itu tanpa menggunakan akal ialah “sebesar-besar khianat”.

Katanya, rakyat tidak memilih ahli Parlimen untuk menjadi wakil yang terpisah daripada denyut nadi mereka, sebaliknya wakil rakyat perlu mengambil keputusan yang dirasakan terbaik demi kepentingan negara, bukannya parti semata-mata.

“Jika seseorang ahli Parlimen itu yakin peruntukan dan inisiatif dalam Belanjawan 2021 memerlukan pembaikan atau tidak menepati kepentingan golongan sasaran, mereka wajar menyatakan pendirian tersebut, sekalipun pendirian itu berbeza dengan pendirian parti atau pendirian bersifat ‘en block’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim di Dewan Rakyat menyifatkan tindakan mana-mana ahli Parlimen yang menolak Belanjawan 2021 sebagai tindakan khianat terhadap rakyat.

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa turut memberi peringatan kepada ahli Parlimen yang cuba memikirkan untuk menentang Rang Undang-undang Perbekalan. Katanya, undian belanjawan perlu mengikut arahan parti, bukan ketetapan sendiri.

Ia menyusul Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dilaporkan berkata, ahli Parlimen dipilih untuk bertanggungjawab kepada pengundi kawasan diwakili mereka dan tidak boleh hanya menuruti arahan parti ketika memutuskan belanjawan.

Hari ini, Khaled berkata, setiap ahli Parlimen perlu diberikan kebebasan dan ruang untuk membuat pilihan serta mengundi secara peribadi berdasarkan “conscience” untuk menyokong, berkecuali atau menolak Belanjawan 2021.

Baginya, Malaysia harus mula bergerak ke arah penyuburan amalan politik bi-partisan, yang lebih memfokuskan pembentukan konsensus nasional, merentasi ideologi dan fahaman politik demi penyelesaian kemaslahatan kepentingan nasional.

“Rakyat harapkan ahli Parlimen untuk berikan yang terbaik, justeru idea baik akan sentiasa disokong, sekalipun oleh pihak lawan dan idea yang dangkal akan ditolak, sekalipun oleh rakan dari parti sendiri.

“Sokongan bersifat ‘en bloc’ ke atas sesuatu usul Parlimen pula tidak semestinya mencerminkan kekuatan parti, sebaliknya parti akan dianggap tidak mempunyai kepelbagaian idea, pendirian dan kebebasan untuk menyatakan pendirian demokratik.

27 POSTING HINGGA KINI.LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 

TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR. LAGI 


BERITA AKAN MUNCUL.


SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL .


Image may contain: 1 person, text that says "BELANJAWAN 2921 BELANJAWAN ANGGOTA KESELAMATAN DIKURANGKAN UNTUK TUBUHKAN UNIT CYBERTROOPER Peruntukan Kepolisan, Pertahanan Darat, Pertahanan Udara Dan Pertahanan Laut RM 42.3 juta Peruntukan kawalan sempadan & ESSZONE RM 92 juta JASA AMMIALDWE.IA Projek khas RM1 bilion Tentera +RM Siber JASA 85 juta #PNjagaPM Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021, Kementerian Kewangan Malaysia m/s 428, 451, 459"

SATIRA POLITIK SEMASA – SIAPA VICE CAPTAIN?


 Oleh: C. Nicholl (Bahagian III)

Lelaki berbadan gempal menarik kerusi berhadapan Najib untuk Muhyudin duduk. Najib, disebelah kirinya Zahid dan disebelah kanannya Maslan, turut bangun sebagai tanda hormat kepada pm yang datang duduk di meja mereka bertiga.

Lelaki berbadan gempal menarik kerusi di kanan Muhyudin dan terus duduk, lagaknya seperti kerusi itu yang sedari tadi adalah milik dia.

Di belakang Najib kelihatan Hadi datang berdiri dan Maslan yang ketika itu masih juga berdiri dan belum kembali duduk, memberi ruang kepada Hadi.

‘Silakan Haji..ambil tempat saya sebelah bossku.’ Kata Maslan jelas.

Di belakang Hadi, Tuan Man menyempil dan terus duduk dikerusi disebelah kanan Hadi, kerusi paling hujung di meja untuk lapan orang itu.

Maslan terus berpindah tempat duduk ke sebelah kiri Muhyudin yang masih lagi kosong berhadapan Hadi.

Redzuan, Takiyudin, Annuar dan Ismail memenuhi meja bersebelahan yang memuat lapan orang juga. Kelihatan pemain dari Sarawak, Abang Openg, Junaidi dan Fadilah juga bersama di meja mereka berempat. Satu lagi kerusi masih kosong.

Kelihatan semakin ramai pemain-pemain pasukan mereka datang dan memenuhi setiap meja dan kerusi-kerusi yang masih kosong. Begitu ramai dan meriah sekali.

Sebentar kemudian para pelayan kedai membawa dan menghidangkan berdulang-dulang satay ke semua meja. Ada ayam, daging, bebiri, kambing dan juga rusa. Ini di ikuti dengan air sirap bandung di dalam jag yang besar-besar.

Seperti biasa, Muhyudin yang tidak gemar dengan sirap manis, berbisik kepada lelaki gempal disebelahnya.

‘Saya ndak milo suam, kurang manis.’ Katanya perlahan.

Semasa menikmati satay, mereka semua tidak banyak bercakap. Mungkin begitu kelaparan selepas menghadapi tayar bas pancit dan menunggu tanpa sebarang minuman, kehausan.

Selepas lebih kurang 15 minit berlalu dan sedang ramai dari pemain-pemain itu yang kelihatan hampir menyapu bersih hidangan di depan mereka, termasuk ketupat, timun dan bawang, tiba-tiba kelihatan Assmin, bersorangan di pintu masuk.

Dia yang selama ini tidak ikut bersama mereka didalam bas, tetiba muncul dengan tidak disedari ramai pemain.  Dia terus berjalan manghala ke arah meja Muhyudin.

Assmin adalah diantara beberapa pemain yang tidak ikut serta dalam bas kerana alasan yang diberi ialah mereka ini mabuk bas. Tiga pemain bergelar Tengku-tengku,  juga adalah antara mereka yang tidak pernah menaiki bas.

Assmin, yang tersenyum simpul sambil mengangkat tangan kanannya ketika melewati pemain-pemain lain semasa berjalan ke arah meja Muhyudin. Ternyata dia tidak popular dikalangan ramai pemain kerana tiada seorang pun yang membalas lambaiannya.

Dari satu meja kedengaran seseorang menyebutnya sebagai Assman dan diikuti dengan hilai ketawa yang agak kuat dari pemain-pemain yang semeja dengan suara sumbang itu.

Setiba dia di meja Muhyudin, dia berdiri di belakang Maslan dan sebelum dia sempat berkata, Hadi menegurnya terlebih dahulu.

‘Hai Assmin..naik kereta ke sini tak mabuk ke.. atau mabuk lain pula.?’. Ketujuh-tujuh pemain itu lantas mengalih pandangan mereka ke arah Assmin yang berdiri tegap dengan rambutnya terbelah dua. Kelihatan seperti sebotol gel rambut digunakan sebelum ke sini tadi.

‘Tak..’ jawabnya pendek.

‘You naik kereta apa?’ Tanya Zahid.

‘Oh..kereta dia sama macam yang di beli pemain-pemain Kelantan baru ni.’ Celah Maslan dengan cepat sebelum sempat Assmin menjawab.

Sambil menepuk bahu Maslan yang jelas memperlinya, dia bersuara dengan tegas.

‘Lan, you duduk di kerusi vice captain ni. Sila bangun, pindah cepat.. vice captain nak duduk ni.’

‘Sapa kata, tu kerusi vice captain..? ‘ Najib bertanya dengan nada yang agak tinggi dan keras.

Mendengar perlindungan dari Najib, Maslan tak bergerak.

‘Team kita dah ada vice captain ke captain..?’ Tanya Zahid kepada Muhyudin, separuh sarkastik.

‘Ya, sapa yang lantik vice captaing ni..?’ Tanya Hadi dengan loghat Terengganu.

‘Eh, haji ni. Semua pasukan ada captain dan vice captain la..semangat berpasukan.. tu la haji ni tak tahu..baru join team kita..tak tahu semua ni…’ kata Assmin yang jelas telinganya seperti kepanasan.

‘Ya la..tu semua kami faham..’ kata Najib. ‘Waktu saya captain dulu pun saya ada vice captain..ni sebelah saya ni..’ sambil melihat ke arah Zahid. ‘.. tapi saya sendiri yang lantik..

Soalnya sekarang Captain tak pernah lantik you jadi vice captain..tak kan you lantik diri you sendiri..?’

Jawapan Najib disambut dengan hilai ketawa yang kuat dari semua di meja itu termasuk Hadi dan Tuan Man yang paling kuat ketawa.

Ini menarik perhatian dari meja berdekatan terutama sekali dari meja Redzuan dan Annuar.

Setelah ketawa mereka reda, Zahid mencelah.

‘Betul kata bossku tadi tu. Vice captain ni mesti lah diberi kepada pemain yang handal dan pandai bermain.. I tak nampak you pandai..berapa score you berbanding dengan pemain lain.?’

Tuan Man yang dari tadi asyik ketawa terus menyambung dengan agak lantang. ‘Cuba tanya orang dari meja sebelah..’

‘Tanya apa.. ?’ Imbas Redzuan berpura-pura, yang rupanya dari tadi asyik mengintip perbualan di meja sebelah bersama Annuar.

‘Nuar, mung pernoh maing ngang Assming ni?’ Tanya Hadi. ‘…berapa score dia ..?’

Annuar dan Redzuan yang sekarang juga bangun berdiri dan menghampiri meja Muhyudin, masing-masing berdiri di belakang Tuan Man dan Hadi.

‘Eh..tak pernah main, Haji..Tak pernah..jangan buat fitnah, haji.. orang lain tu..’ jawab Annuar disambut dengan ketawa yang semakin kuat dari kedua-dua meja.

‘Maksud saya maing bola Lisut lah..’ terang Hadi, sedang yang lain masih ketawa terbahak-bahak, sepertinya satay akan terkeluar semula.

Setelah suasana reda, Redzuan mencelah.

‘Mana dia boleh main..pegang bat pun tak betul.. kalah team kita nanti, kalau kasi dia main, captain.’ Tegas Redzuan sambil memandang captain ataupun pm Muhyudin. Muhyudin cuma membisu tapi ternyata turut terhibur dengan perbualan dan tawa.

‘Betul sangat tu, wan..aku pernah tengok dia main..macam pondan.. ha ha ha.’ Kata Najib sambil ketawa dan disambut dengan lebih kuatnya tawa dari semua pemain di kedua-dua meja.

‘Itu engkaulah..masa kau main golf. Terkepit-kepit masa pukul bola..macam pondan tua..’  kata Assmin membalas tapi jawapannya tenggelam ditengah-tengah tawa yang memanjang terutamanya dari Hadi, Tuan Man dan Maslan yang menepuk-nepuk meja. Juga ketawa dari pm mereka sendiri yang tidak banyak menolong untuk meredakan keadaan.

Soalnya, siapa bakal vice-captain pasukan mereka masih belum terjawab.

Bersambung ke Bahagian IV…



MUNGKINKAH HANYA GABUNGAN UMNO – PAS HADAPI PRU 15?



Mungkinkah hanya gabungan Umno - Pas hadapi PRU 15?

Umno kini tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu, menurut Setiausaha Agung BN Annuar Musa.

Katanya, ini memandangkan PAS bertegas bahawa Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu.

“Dalam kajian kita, Umno dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).

“Tapi tanya PAS, adakah PAS boleh menerima idea hanya Umno dan PAS dan tinggalkan Bersatu?

“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dipetik.

Annuar mendakwa PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) Rabu lalu.

Selepas kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan kemenangan di beberapa PRK selepas PRU 2018, kedua-dua parti itu memeterai kerjasama Muafakat Nasional pada September 2019.

Penganalisis politik malah berpandangan jika Umno dan PAS berganding bahu dalam PRU akan datang, mereka mampu menyingkirkan Bersatu yang diketuai Muhyiddin Yassin dan merampas Putrajaya.

Bagaimanapun, PAS kini merupakan antara ahli Perikatan Nasional gagasan Bersatu. Usaha turut dilakukan untuk membawa Bersatu dalam Muafakat Nasional secara rasmi

Umno bagaimanapun dilihat berselisih dengan Bersatu apabila parti itu mendakwa tidak mendapat layanan dan penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam gabungan PN yang membentuk kerajaan Persekutuan.



WALAUPUN TELAH DITEGUR OLEH KHALID SAMAD, MAHATHIR TERUS SERANG ANWAR. ANWAR TERUS BERTAHAN

."haaaa..apanama"


Walaupun ditegur oleh Khalid Samad, Mahathir tidak peduli. serangan Mahathir terhadap Anwar semakin kuat dan terbuka.  Anwar masih bertahan.  Mengapa?  Menjelang penentuan nasib Muhyiddin di Parlimen, Mahathir terpaksa menyerang Anwar bertalu-bertalu agar Muhyiddin dapat diselamatkan.  


No problem.  Biarkan Anwar terus bertahan, tapi kita tidak mampu melihat orang tua nyanyuk ini terus melakukan seperti ini kepada Anwar.  Kita akan londeh orang tua ini habis-habisan jika itu yang beliau mahukan sebelum dia dimakan tanah.  


WFAUZDIN NS


OT95 tulis hikayat membela diri


SUSUN PAGI

OT95 telah mengarang hikayat menafikan bahawa dia bukan penghalang kepada Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri. Hikayat itu ada diposkan dalam Facebooknya mungkin ditulis sepanjang malam tadi. Beliau menulis apabila mengenangkan janjinya untuk berundur sebagai perdana menteri selepas Apec.

Semalam sidang Apec sudah berlalu. Mungkin dia ingat dia masih perdana menteri dan hari ini dia perlu berundur demi menunaikan janjinya. OT95 terlupa bahawa sejak 25 Februari dia tidak lagi perdana menteri. Begitulah kalau sudah tua, segala-gala jadi lupa tetapi kita tetap mengagahi kita yang benar. Itu sifat lumrah seorang tua.

Dalamn hikayat itu OT95 menyusun madah dan gurindam cerita kononnya dia bukan penghalang Anwar jadi perdana menteri. Dia cuba membayangkan yang bersalah adalah Anwar sendiri. Saya tidak tahu kenapa beliau perlu membuat apologetik yang bersifat antogonis itu.

Hikayat itu sia-sia sahaja. Orang baca tetapi orang tidak mempercayai OT95 lagi. Hatta bersumpah dengan nama Allah sekali pun kisah-kisah dan kejelekan kita (OT95) yang lampau akan mendawaskannya.

Ringkas kata, elok OT95 berhenti daripada menulis hikayat apa lagi hikayat yang di dalamnya ada watak bernama Anwar Ibrahim. Dari sudut apa sekali pun watak Anwar dalam hikayat OT95 sudah tidak sesuai dan relevan lagi. OT95 akan ada sisa-sisa kebaikan apabila beliau tidak menyebut langsung nama Anwar bin Ibrahim. Selagi dia menyebut mengenang Anwar orang akan mengingati kejahatannya.

Kepada teman-teman budiman jangan lupa untuk mengenali siapa OT95 bacalah buku terbaru saya; KEMENANGAN YANG DIKHIANATI, POLITIK BIPOLAR OTR95. Trims. [wm.kl.10:47 am 21/11/2020]




SUDAH LAH MAHATHIR..ANDA KINI KESEORANGAN KERANA ORANG BENCI KAMU

 TAK HALANG??? 🤔




Ada benarnya kisah hang cerita ni, tapi tak semuanya betul PT95 ooi... Mai mana 66 MP tu? Oic....so betul lah apa kami kata dulu..Sekarang, Allah munculkan KEBENARAN. Hang nak 92 sokong 66 tapi tak boleh nak bagi 66 sokong 92? Tu pun hang dan balaci-balaci hang dok kata hang ada majoriti? Majoriti apa ni? This is kepala bana...!!


Yang hang dok tuduh macam-macam..... KUNUNnya...

- DSAI gila-gila nak jadi PM, DSAI liberal, 

- Tidak disokong oleh Melayu, - Tak boleh jadi PM sebab tak ketuai Parti Melayu,

- Tak mampu jadi PM dalam keadaan krisis Ekonomi...


tu BUKAN cuba halang ke namanya? Tu cuba sokong ke?? Kalau hang taknak halang, atleast mulut PUNGKOQ AYAM hang tu tutup la. DSAI boleh kata macam-macam kat hang tapi dia diam. Bukankah diam itu lebih bagus bila hang tak boleh nak berkata sesuatu yang baik pun berkenaan DSAI?


Tak mengaku jugak hang khianat??? Hadoii....Kalau betul hang sokong DSAI, LET IT GO....!!! Apahal kelapaq sangat nak jadi PM BERALASANKAN penyokong hang taknak ikut serta kalau hang tak jadi PM??? Memang TERBAIKLAH bila DSAI tak percaya. Apa barang hang nak jadi PM 6 bulan dalam 6 bulan tu hang nak buat apa? SAILANG DSAI lagi? Eh....kalau 22 bulan hang buktikan TIADA USAHA pun nak beri sokong pada DSAI, takkan kami nak kena percaya lagi 6 bulan? 


Cadangkan pada penyokong tu suruh sokong DSAI. Klau depa taknak takpelah. Maka DSAI tak jadi PM. Belum ada rezeki. Yang hang dok serang DSAI untuk apa? Dok diam-diamlah. Kata DSAI tak cukup sokongan nak jadi PM, tunggu je lah undian B2021 tu atau PRU15. 


Hang khianat dan kata "saya pun tak suka DAP...tak suka Anwar" kami tak lupa woo...so berhentilah SEMBANG KARI MAMAK KUTTY, TEMBERANG BERKATI-KATI KERALA MARI...😁


Manusia jenis apa bila diberikan peluang KEDUA, TETAP KHIANAT?? Sesuai tak lalau kita kata MUNAFIK..!! APANAMA?? TaK HALANG?? Tak halang kepala hangguk..!!


- Zus Din 

21 Novmber 2020

*********************************

APA DIA TULIS BOLEH BACA...JANGAN PERCAYA SEMUA SBB KOT MANA PUN DIA NAK BAGITAHU DIA LAH BETOI, DIA LAH SUCI GITU....


PERDANA MENTERI


1. Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang.


2. Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi apabila Najib menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib. Saya tidak menentang cadangan Pakatan Harapan (PH) bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan. Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan.


3. Pada 21hb Februari, 2020, saya diberitahu oleh Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu bahawa pada malam itu Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mendesak supaya saya letak jawatan untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya akan dipaksa lantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan segera.


4. Tujuan Muhyiddin ialah supaya saya setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk jatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan. Muhyiddin, Azmin dan Hamzah sudah rancang untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional untuk tubuh Kerajaan baru mengganti PH.


5. Azmin Ali pula telah sahkan bahawa apabila cadangan yang tersebut di atas dibuat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau akan walk out.


6. Tetapi pada malam itu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, setelah berbincang dengan panjang lebar, bersetuju supaya saya diberi kuasa untuk letak jawatan bila-bila masa yang saya pilih. Ini bermakna Pakatan Harapan masih sokong saya. Pakatan jahat untuk tolak saya tidak menjadi kenyataan seperti yang didakwa oleh Muhyiddin dan konco-konconya. Saya berpendapat tidak ada sebab kenapa saya perlu bersetuju untuk Bersatu keluar dari PH.


7. Pada 23hb Februari saya telah beritahu kepada Muhyiddin bahawa perancangannya untuk Bersatu keluar dari Pakatan Harapan perlu ditangguh kerana PH masih sokong saya sebagai Perdana Menteri.


8. Apabila Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersidang selepas pertemuan saya dengan Muhyiddin dan rakan-rakannya, saya merayu supaya ditangguh cadangan Bersatu untuk keluar dari PH. Saya syor supaya Bersatu tunggu dan lihat akan perlakuan PH.


9. Pendek cerita Majlis tolak syor saya dan setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dengan serta-merta. Ada yang tumbuk meja dan dengan lantang sokong Muhyiddin untuk keluar dari PH.


10. Bagi saya ini adalah keputusan muktamad. Ia merupakan kepercayaan kepada saya sebagai Pengerusi parti sudah tidak ada. Keputusan itu juga bermakna Bersatu sudah keluar dari Pakatan Harapan dan Kerajaan PH sudah jatuh.


11. Sepanjang malam itu saya memikir akan kedudukan saya. Kehilangan kepercayaan kepada saya bermakna saya tidak lagi boleh menjadi Pengerusi Bersatu. Jika saya tidak lagi Pengerusi Bersatu dan PH tidak lagi Kerajaan, saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.


12. Pada malam itu Muhyiddin Yasin bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS telah berada di Hotel Sheraton. Kesanggupan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu berada bersama dengan musuh Pakatan Harapan bermakna bahawa rancangan menubuh Kerajaan Perikatan Nasional sudah jadi kenyataan.


13. Saya buat keputusan untuk isytihar bahawa saya sudah letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri. Walaupun ada ura-ura bahawa saya akan diterima oleh gabungan Muafakat dan Bersatu sebagai Perdana Menteri, saya tidak dapat terima kerana penjenayah-penjenayah UMNO akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan yang saya akan pimpin.


14. Peletakan jawatan Perdana Menteri oleh saya tidak ada kena mengena dengan cadangan Pakatan Harapan supaya Anwar ambil alih jawatan Perdana Menteri selepas saya letak jawatan. Dengan Bersatu dan puak Azmin Ali keluar dari Pakatan Harapan, Pakatan Harapan sudah tidak lagi jadi Kerajaan dan saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.


15. Yang akan jadi Perdana Menteri ialah orang yang dapat majoriti apabila pengakuan oleh ahli Yang Berhormat dihadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan.


16. Apabila pengakuan ini dibuat 92 ahli dari Keadilan, Amanah dan DAP menamakan Anwar sebagai pilihan mereka. PH sudah tolak saya sebagai Perdana Menteri.


17. Saya hanya dapat 66 ahli.


18. Jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.


19. Jika saya dapat 92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.


20. Setelah pencalonan Anwar gagal, Pakatan Harapan ingin kembali sokong saya sebagai calon Perdana Menteri. Anwar juga bersetuju tetapi dengan syarat dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.


21. Saya tidak bersetuju kerana ingin kekal kabinet lama.


22. Akhirnya Anwar bersetuju dan usaha dibuat untuk dapat jumlah yang cukup untuk Pakatan Harapan kembali jadi Kerajaan. Dengan sokongan dari ahli parti Sabah, jumlah meningkat kepada 114.


23. Malangnya Muhyiddin sudah berjaya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk dia dilantik sebagai Perdana Menteri.


24. Tetapi usaha untuk tumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional diteruskan oleh Pakatan Harapan. Pihak saya dan penyokong saya bersetuju untuk menyertai usaha ini.


25. Tetapi Anwar tolak sama sekali penyertaan saya. Jika saya ditolak, penyokong saya tidak akan menyertai cadangan ini. Dan kita tidak akan dapat tiga orang ahli Dewan Rakyat (DR) untuk mencukupi bilangan.


26. Telah dicadangkan supaya saya akan pegang jawatan Perdana Menteri selama 6 bulan sebelum menyerah kepada Anwar. Amanah dan beberapa ahli DAP bersetuju.


27. Tetapi Anwar tolak. Anwar tidak mahu saya terlibat sama sekali. Tetapi jika saya tidak diberi tempat, penyokong saya tidak akan sokong cadangan Pakatan Harapan. Lagi pun agak sukar mencari tiga orang lagi untuk mendapat majoriti.


28. Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas 6 bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar.


29. Rancangan yang munasabah ialah apabila Dewan bersidang, jika Pakatan Harapan mempunyai cukup bilang, Muhyiddin boleh dikalahkan semasa belah bahagi dengan pembangkang mempunyai 114.


30. Apa yang berlaku ialah Muhyiddin masih dapat 112 dan tidak dapat dijatuhkan semasa perbahasan berkenaan perlucutan jawatan Yang di-Pertua Dewan. Ini bermakna Muhyiddin menang dan kekal sebagai PM. Anwar kalah dan tidak jadi PM.


31. Kemudian Anwar isytihar dia sudah dapat cukup bilang dan Muhyiddin sudah tidak jadi Perdana Menteri.


32. Saya dan kumpulan saya ditolak oleh Anwar kerana dia sudah dapat jumlah sokongan yang mencukupi.


33. Tetapi kita semua tahu bahawa Anwar masih tidak dapat jadi Perdana Menteri. Kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup bilang didapati tidak benar. Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang.


34. Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar.

http://chedet.cc/?p=3260