BERDAMAILAH DENGAN SEJARAH, MENYEGARKAN PEMIKIRAN WASATI DALAM MENYOROT TRAGEDI BERDARAH MEMALI



Antara watak² rapat dalam peristiwa Memali dan masih hidup adalah ; Dato' Yusuf Husain (Pak Cup) dan Ustaz Abd Wahab Hasan (Us Awang Lanai), keduanya merupakan orang kanan Ust Ibrahim dan YDP Pas Baling ketika peristiwa itu berlaku. 

2. Tanpa perlu berbolak balik, peristiwa Memali berlaku kerana 'desakan' UMNO Baling melalui jurucakapnya dalam Perhimpunan Agung UMNO, Dato' Saroji Harun (alm) supaya Ustaz Ibrahim diambil tindakan . 

3. Tidak boleh dinafikan bahawa peristiwa Memali sememangnya tercetus berpunca dan bersebab dari pertembungan Pas dan UMNO, itulah faktanya!!! 

4. Namun, dengan perkembangan zaman, watak penting dalam peristiwa Memali ini, Pak Cop telah bersetuju untuk berdamai dengan sejarah (memaafkan UMNO walaupun pahit katanya) setelah 34 tahun peristiwa itu berlaku.

5. Bagus, dan itulah sepatutnya yang dilakukan, biarlah sejarah merekodkan dan biarlah mereka yang terlibat diadili di mahkamah Mahsyar kelak. 

6. Pendokog kuat kepada fatwa syahidnya penduduk Memali yang masih hidup antaranya adalah Ustaz Awang Lanai, saya tak pasti apakah beliau juga sudi berdamai dengan sejarah kerana partinya telah 'berdamai' dengan UMNO itu. 

7. Apapun, sebagai noktah permulaan atas perdamaian dengan sejarah itu, kita seharusnya perlu menyegarkan kembali pemikiran Wasati (pertengahan dan tidak taksub kepada kumpulan atau parti, tetapi setia kepada kebenaran). 

8. 2015, apabila Amanah ditubuhkan, Ustaz Awang antara orang yang mengeluarkan pandangan supaya 'puak² tu dibunuh' (boleh jadi yang dimaksudkan politik mereka) bersandarkan sepotong ayat Al Quran dan juga cuplikan dari kitab Ahkam As Sultaniah, berita ini dilaporkan oleh Harakah, pemberita yang melaporkan bernama Izwan Halim (tetapi telah di404kan). Ini bukan pemikiran Wasati. 

9. Berdamai dengan sejarah memerlukan kita berhati² dalam berinteraksi dengan pergolakan semasa. Jangan pula 'tala' hujah dan dalil sejarah kepada pihak yang tidak disenangi pada ketika ini. 

10. Amanah, sebuah parti yang lahir hasil dari krisis dan konflik, baja yang menyuburkannya adalah pemikiran 'ganas' takfiri yang sentiasa menjadikannya sebagai 'tempat lepas geram' akan sentiasa menyegarkan pemikiran Wasati dalam berpolitik. 

Kita sentiasa 'tengah', tidak melampau, InsyaAllah.


By Ustaz Ridzwan Abu Bakar

19 Nov 2020




Kembali seketika...coretan Gino Marvela panjang sikit bermaklumat.


Dalam ketidakpuasan hati antara barisan para penyokong Amanah & Keadilan ini, perlu di nyatakan bahawa telah ada caitrooper yang menyamar melaga-lagakan kepanasan hati 2 pihak penyokong ini. Dan malangnya penulis hat di katakan senior pihak PH pun hancur luluh hati termakan hasutan.

Punca masalah ini ada 3:

1. Mahathir yang kecewa parti Keadilan tidak mahu mencalunkan dirinya buat kali ke 3 yang akhirnya ambil jalan bertentangan di mana dirinya adalah juga individu yang merancang mengeluarkan PPBM dari PH di tambah pengkhianat dari kem Azmin yang dapat sentuhan dari besannya Hishamuddin.


2. Salah andaian kunun nak selamatkan Anwar dari Najib, hat yang di katakan menyokong Anwar dan reformasi tapi tidak mahu dengan perompak & pengkhianat (umno baru & bn) & halatuju ini yang di pegang Amanah.


3. Hat masih lagi nak bawa Mahathir ke dalam PH, bukan musuh...bukan lawan pada harapan akan bersama.

Hari ini kami akan jelaskan beberapa isu tersebut. Hat yang kata proposal di tolak, tekanan hilang jawatan setelah pentadbiran bertukar, perjanjian itu dan ini macam-muncul lagi.

Dah kami katakan, meja majlis presiden tu dah tersedia ada...tapi pimpinan kalian jarang/tak mahu guna. Buleh tanya dan bincang banyak hal, tanya secara berhadapan apakah perjumpaan Hamzah & Muhyiddin hingga ada yang menggelar perjanjian setan tu semua, kunun SD Najib menyokong maka Anwar akan di tipu dan lebih parah kepada andaian Anwar nak bagi Najib jawatan. 

Akhirnya masing-masing cuba berlagak nak jadi hero termasuk pemimpin itu sendiri & penyokong. Jadah apa yang hangpa buat? 

Sdra Md Sabu dalam ucapannya pada tarikh 23/9/2020 menyatakan 11 ahli parlimen Amanah menyokong Anwar membentuk kerajaan selepas mendakwa dapat majoriti kukuh. Kemudian...

Pada 18/10/2020 sdra Mujahid Yusuf Rawa menulis di FB dengan tajuk "Membuang Sial Langkah Sheraton", merayu rakan-rakan ahli parlimen rentas politik kepartian berganding bahu bina negara kembali waktu krisis dan mengajak umno untuk bersama Anwar membentuk kerajaan.

πŸ‘‰ Kami tak berapa ingat tarikh awal dalam kenyataan media AMANAH oleh Md Sabu antara bulan 3 rasanya mengatakan beri kepercayaan pada Anwar untuk berunding dengan mana-mana pihak bagi ambil kembali pentadbiran ini. Jika kalian ada kenyataan media & tarikhnya, sila beri dan ruangan perenggan ini akan di edit kembali. πŸ‘ˆ

Semua arahan, nasihat, perbincangan pimpinan kalian itu cuba sehabis baik untuk berganding bahu bersama Anwar ambil alih kembali pemerintahan yang caca marba kini. Itu yang Sdra Anwar itu lakukan... itu adalah agendanya!

Hari ini kenyataan siapa PM 9 di kalangan PH itu telah di nyatakan kepada Presiden PH secara kekal. Malah Salahudin Ayub dalam Parlimen sendiri kata kekal bersama Anwar & reformasinya...tetapi tidak kepada penyangak dalam nada yang buleh di jangka adalah Najib & Zahid Hamidi. Bagaimana pula hat Mahathir yang buat meeting tertutup Bersatu dengan nada suara kukuh & yakin berkata tidak suka DAP & Anwar serta bawa Bersatu keluar dari PH? Perlu untuk kalian tutup mata & telinga?

Hari ini kalian nak ambil semula @ tidak?

Sdra Anwar dah mulakan dengan SD. Cirit birit di IJN, tangguh...tunggu sembuh...dapat peluang serahkan SD...tangguh panggil ahli parlimen dengan alasan covid.... Muhyiddin jumpa untuk Darurat...tak dapat darurat, kenyataan demi kenyataan media dari istana, akhirnya dapat Darurat di Sabah... banyak halangannya.

Wahai Amanah, Keadilan & DAP... Sdra Anwar itu berjalan sendirian dengan kapasiti dirinya sendiri cari dan kumpulkan sokongan agar kalian buleh memerintah kembali. Selain SD tersehut, usul undi tidak percaya yang dibuat 11 pemimpin Amanah & kumpuln Mahathir itu sendiri dah cuba di desakkan percepatkan usul ka belum? 

Ini pun pelbagai acara ketua dewan cuba pelbagai helah. Nak pendekkan masa bersidang, sekat ahli parlimen bersidang, cuba guna provokasi dan menghalau ahli parlimen PH keluar yang kelak PH tidak cukup kuota. Itu belum lagi banyak hal lain nak di buat.

Mengapa dengan siaran media Amanah dan kenyataan pimpinan itu sendiri beri sokongan, merayu kepada lawan tetapi setiap kali mula melangkah kehadapan tiba-tiba di pusing ke belakang teringat Mahathir?

Mahathir & Pejuang itu dah nyatakan mereka bukan PH. Ya benar, kami sendiri pun tidak membenci Mahathir malah rasa lebih kesian dengan dirinya yang di permainkan atas permainannya sendiri. Dia nak pi mana ? Halatujunya ke mana? 

Kita hanya ada PH untuk kehadapan, dalamnya ada Keadilan...Amanah...DAP!

Seharusnya kalian yang menulis ini dan termasuk pimpinan sendiri itu senyap & menasihati anak buah agar kekal dalam satu gabungan. Bukan pimpinannya sendiri turut palu gendang lawan dalam nada setuju tapi hatinya tak!

Jika Najib, Zahid & beberapa kalangan pimpinan umno cuba menyokong Anwar... itu juga yang di sentuh dalam rayuan Mujahid Yusuf Rawa pd 18/10/2020 dahulu... mengapa tidak ? Bukankah cara itu selangkah kalian kembali ke Putra Jaya ?

Dengan sokongan dari kem kleptokrasi itu, Anwar bukan nak lantik mereka dalam pentadbiran jadi menteri atau apa-apa jua jawatan. Benar jika mereka sokong pun bukan utk Anwar, tapi arahnya ke PRU15 segera. Ini adalah fakta yang ada. Mereka tidak peduli pun pada PH mahupun Anwar.

Jalan yang kami nampak pun memang ke PRU15 juga. Tetapi setidaknya jika pengambil alihan itu berlaku dengan sokongan SD @ usul tidak percaya, kalian buleh perbaiki terlebih dahulu di bahagian Judiciary & Legislative.

Najib, Zahid & ramai lagi telah ada kes di mahkamah. PH juga tidak buta untuk melantik sewenangnya penyangak duduk di kabinet. 

Di hadapan mata, PH perlu buat perubahan selamatkan ekonomi terdahulu dan perhalusi masalah Covid. Bukn kita biarkan pentadbiran atap ni buat sewenangnya duit cukai rakyat, perbelanjaan tidak di nyatakan, pinjam loan pun di masukkan sekali sebagai hasil keuntungan, guna Covid untuk agenda politik, sebelum Darurat yang terbaru di perolehi kes harian lebih 1000, dah dapat darurat tiba-tiba turun 2 angka, selang beberapa hari naik lagi lebih 1000. Apa niiii...

Selangkah kehadapan, terkenang wajah Mahathir...pusing balik. Lepaihtu jalan lagi ke hadapan, tengok balik dan patah balik. Tengok Najib & Zahid, terencat pasai depa penyangak, tengok Assmin hati marah tapi dok pi tunjuk pungkok genit kepadanya, tengok Muhyiddin hati sakit.

Abihtu nak buat apa? Serang menyerang sesama sendiri asalkan hati puas? Bila nak ambil balik Putra Jaya...apakah tengok wajah Anwar ternampak Shafie Afdal?

Kita dah tempuhi Pakatan Rakyat berpecah di sebabkan agenda Trojan Horse hadi & pasukannya untuk berselingkuh dengan umno dalam diam. Nik Abduh nafi akhirnya mengaku, kes 90j yang di tenggelamkan. Akhirnya hari ini agenda mereka betul-betul berlaku. 

Jadi nak buat apa... nak ambil kembali pentadbiran ini, atau kalian warga Melayu ini sememangnya suka berpolitik sambil tunggu wang turun dari langit? Apa jadahnya yang hampa lakukan!

Haduiii...!!! 

nota/bgku secara peribadi sangat sukar utk matsabu n beberapa pengikutnya berpatahbalik tanpa mahathir..Matsabu bukan seorang politikus yg berpandangan jauh apalagi kebijaksanaan.


MALAYSIA "TERLALU SOMBONG", LIHAT KOREA SELATAN



Penasihat penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Jomo Kwame Sundaram mempersoalkan apakah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Malaysia merupakan langkah terbaik dalam mengawal Covid-19 dan melindungi kebajikan rakyat.


Ini memandangkan ada negara-negara lain yang berjaya melawan wabak itu tanpa perlu melakukan langkah sama, kata Jomo.


“Kalau kita lihat situasi di negara lain, bukan semua negara laksanakan PKP atau seumpamanya, seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Vietnam, Laos, Kerala di India, bahkan China.


“Mereka semua tak laksanakan PKP atau seumpamanya, iaitu rakyat dipaksa untuk tinggal di rumah dan tidak keluar untuk tempoh masa tertentu,” katanya.


Pakar ekonomi itu berkata, orang awam cenderung melihat PKP sebagai satu-satunya cara mengawal wabak itu, tetapi negara-negara lain telah mengguna pakai pendekatan lain yang “jauh lebih efektif”.


Jomo berkata demikian dalam forum dalam talian malam tadi, berjudul “Belanjawan 2021: Bergerak ke arah pemulihan” yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ahli panel lain ialah Ahli Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad.


Kemerosotan ekonomi di Malaysia bukanlah semata-mata kesan daripada wabak itu, kata Jomo, tetapi disebabkan oleh langkah PKP yang dilaksanakan kerajaan.


Katanya, jika Malaysia melaksanakan pendekatan lain dengan efektif untuk mengawal penularan virus itu, maka PKP mungkin tidak pun diperlukan.


Dia percaya itulah sebabnya orang ramai mula mempersoalkan keberkesanan PKP dalam menghentikan penularan wabak berkenaan.


Ini juga menunjukkan ada defisit kepercayaan dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan, tambahnya lagi.


“Pada mulanya, sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah sangat kuat, tetapi sekarang kepercayaan dan keyakinan terhadapnya merosot teruk


“Kerana itulah, meskipun kerajaan ini mempunyai kabinet terbesar dalam sejarah Malaysia, dengan lebih 70 ahli kabinet, kita dapati, dalam kerajaan ini, seolah-olahnya tangan kiri tidak tahu apa yang sedang dilaksanakan oleh tangan kanan.


“Tak ada penyelarasan.”


Jomo merujuk Korea Selatan sebagai contoh, apabila beberapa agensi kerajaan di sana menyelaras rancangan tentang bagaimana rakyat boleh terus menggunakan pengangkutan awam tanpa bahaya.


Perkara sama boleh dilakukan untuk pendidikan di Malaysia, katanya, tetapi dia kesal kerana seluruh generasi terjejas memandangkan mereka sudah pun terlepas proses pembelajaran untuk tempoh lebih daripada setengah tahun.


Bukan itu sahaja, pendekatan meneruskan proses pembelajaran di Malaysia dalam musim wabak ini, sangat bergantung kepada akses pelajar kepada laptop dan internet.


Bagaimanapun, katanya, hanya 6 peratus pelajar sekolah di Malaysia mempunyai akses kepada komputer riba.


“Jadi kenapa tidak ada kaedah lain bagi memastikan pendidikan anak-anak tidak terlalu ketinggalan? Kenapa tak guna pakai TV atau siaran radio?


“Kami dapati langkah yang diambil ini, nampaknya tak melibatkan keseluruhan kerajaan, dan nampak seperti tiada usaha untuk meyakinkan dan mendapatkan kerjasama daripada rakyat.


“Jika kita tak dapat sokongan dan kerjasama rakyat, kita akan dapati ramai yang akan ketinggalan,” tambahnya lagi.


Dia mengambil contoh perintah kerja dari rumah baru-baru ini sebagai pendekatan yang mengelirukan yang diambil oleh kerajaan.


“Kerjasama di peringkat kerajaan negeri juga sangat penting.


“Saya dapati, bahkan kerajaan negeri Perikatan Nasional sendiri tidak terlibat dalam perbincangan atau rundingan, apatah lagi kerajaan negeri pembangkang, seperti yang terjadi di Selangor,” katanya lagi.




AYUH LAH PH...TERUS LAH KE DEPAN.NANGOI MEROYAN TU BIARKANLAH..


 Sdra Md Sabu dalam ucapannya pada tarikh 23/9/2020 menyatakan 11 ahli parlimen Amanah menyokong Anwar membentuk kerajaan selepas mendakwa dapat majoriti kukuh. Kemudian...


Pada 18/10/2020 sdra Mujahid Yusuf Rawa menulis di fb dgn tajuk "Membuang Sial Langkah Sheraton", merayu rakan2 ahli parlimen rentas politik kepartian berganding bahu bina negara kembali waktu krisis dan mengajak umno utk bersama Anwar membentuk kerajaan.


πŸ‘‰ Kami tak berapa ingat tarikh awal dalam kenyataan media amanah oleh Md Sabu antara bulan 3 rasanya mengatakan beri kepercayaan pd Anwar utk berunding dgn mana2 pihak bagi ambil kembali pentadbiran ini. Jika kalian ada kenyataan media & tarikhnya, sila beri dan ruangan perenggan ini akan di edit kembali. πŸ‘ˆ


Semua arahan, nasihat, perbincangan pimpinan kalian itu cuba sehabis baik utk berganding bahu bersama Anwar ambil alih kembali pemerintahan yg caca marba kini. Itu yg sdra Anwar itu lakukan... itu adalah agendanya!


Hari ini kenyataan siapa PM 9 di kalangan PH itu telah di nyatakan kepada Presiden PH secara kekal. Malah Salahudin Ayub dalam Parlimen sendiri kata kekal bersama Anwar & reformasinya...tetapi tidak kepada penyangak dalam nada yg buleh di jangka adalah Najib & Zahid Hamidi. Bagaimana pula hat Mahathir yg buat meeting tertutup Bersatu dgn nada suara kukuh & yakin berkata tidak suka DAP & Anwar serta bawa Bersatu keluar dr PH? Perlu utk kalian tutup mata & telinga?


Hari ini kalian nak ambil semula @ tidak?


Sdra Anwar dh mulakan dgn SD. Cirit birit di IJN, tangguh...tunggu sembuh...dapat peluang serahkan SD...tangguh panggil ahli parlimen dgn alasan covid.... Muhyiddin jumpa utk Darurat...tak dapat darurat, kenyataan demi kenyataan media dr istana, akhirnya dapat Darurat di Sabah... banyak halangannya.


Wahai Amanah, Keadilan & DAP... sdra Anwar itu berjalan sendirian dgn kapasiti dirinya sendiri cari dan kumpulkan sokongan agar kalian buleh memerintah kembali. Selain SD tersehut, usul undi tidak percaya yg dibuat 11 pemimpin Amanah & kumpuln Mahathir itu sendiri dah cuba di desakkan percepatkan usul ka belum? 


Ini pun pelbagai acara ketua dewan cuba pelbagai helah. Nak pendekkan masa bersidang, sekat ahli parlimen bersidang, cuba guna provokasi dan menghalau ahli parlimen PH keluar yg kelak PH tidak cukup kuota. Itu belum lg banyak hal lain nak di buat.


Mengapa dgn siaran media Amanah dan kenyataan pimpinan itu sendiri beri sokongan, merayu kpd lawan tetapi setiap kali mula melangkah kehadapan tiba-tiba di pusing ke belakang teringat Mahathir?


Mahathir & Pejuang itu dah nyatakan mereka bukan PH. Ya benar, kami sendiri pun tidak membenci Mahathir malah rasa lebih kesian dgn dirinya yg di permainkan atas permainannya sendiri. Dia nak pi mana ? Halatujunya ke mana? 


Kita hanya ada PH utk kehadapan, dalamnya ada Keadilan...Amanah...DAP!


Seharusnya kalian yg menulis ini dan termasuk pimpinan sendiri itu senyap & menasihati anak buah agar kekal dlm satu gabungan. Bukan pimpinannya sendiri turut palu gendang lawan dalam nada setuju tapi hatinya tak!


Jika Najib, Zahid & beberapa kalangan pimpinan umno cuba menyokong Anwar... itu juga yg di sentuh dalam rayuan Mujahid Yusuf Rawa pd 18/10/2020 dahulu... mengapa tidak ? Bukankah cara itu selangkah kalian kembali ke Putra Jaya ?


Dgn sokongan dr kem kleptokrasi itu, Anwar bukan nak lantik mereka dalam pentadbiran jadi menteri atau apa2 jua jawatan. Benar jika mereka sokong pun bukan utk Anwar, tapi arahnya ke PRU15 segera. Ini adalah fakta yg ada. Mereka tidak peduli pun pd PH mahupun Anwar.


Jalan yg kami nampak pun mmg ke PRU15 juga. Tetapi setidaknya jika pengambil alihan itu berlaku dgn sokongan SD @ usul tidak percaya, kalian buleh perbaiki terlebih dahulu di bahagian Judiciary & Legislative.


Najib, Zahid & ramai lg telah ada kes di mahkamah. PH juga tidak buta utk melantik sewenangnya penyangak duduk di kabinet. 


Di hadapan mata, PH perlu buat perubahan selamatkan ekonomi terdahulu dan perhalusi masalah Covid. Bukn kita biarkan pentadbiran atap ni buat sewenangnya duit cukai rakyat, perbelanjaan tidak di nyatakan, pinjam loan pun di masukkan sekali sbg hasil keuntungan, guna Covid utk agenda politik, sebelum Darurat yg terbaru di perolehi kes harian lebih 1000, dah dapat darurat tiba2 turun 2 angka, selang beberapa hari naik lagi lebih 1000. Apa niiii...


Selangkah kehadapan, terkenang wajah Mahathir...pusing balik. Lepaihtu jalan lg ke hadapan, tengok balik dan patah balik. Tengok Najib & Zahid, terencat pasai depa penyangak, tengok Assmin hati marah tp dok pi tunjuk pungkok genit kepadanya, tengok Muhyiddin hati sakit.


Abihtu nak buat apa? Serang menyerang sesama sendiri asalkan hati puas? Bila nak ambil balik Putra Jaya...apakah tengok wajah Anwar ternampak Shafie Afdal?


Kita dh tempuhi Pakatan Rakyat berpecah di sebabkan agenda Trojan Horse hadi & pasukannya utk berselingkuh dgn umno dalam diam. Nik Abduh nafi akhirnya mengaku, kes 90j yg di tenggelamkan. Akhirnya hari ini agenda mereka betul2 berlaku. 


Jadi nak buat apa... nak ambil kembali pentadbiran ini, atau kalian warga Melayu ini sememangnya suka berpolitik sambil tunggu wang turun dari langit? Apa jadahnya yg hampa lakukan!


Haduiii...!!! 


Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel.

JARANG SAYA BERSETUJU DENGAN NOH OMAR, TAPI HARI INI SAYA SETUJU - HANIPA




Tadi semasa di Parlimen, saya sempat dengar YB Tg Karang ( Umno) berucap ttg bajet 2021.


Sempat dengar dia perli isu syarat “Puteri Gunung Ledang” yang MP parti ehem sebut sebelum ini. Untuk rekod Umno dan parti ehem dalam Muafakat Nasional.

Tg.Karang kata, bagi dia , isu moratorium dan pengeluaran wang KWSP dari akaun satu ibarat kita kena bagi pelampung untuk nak selamatkan orang yang sedang emas. Orang putih kata inevitable.

Saya dan Tg.Karang ni jarang bersetuju semasa berdebat dalam Parlimen.Tapi yng dia kata tu, saya setuju dengan Tg Karang.

Cuma tak dengar tadi sama ada dia ada sebut tak fasal JASA atau tidak.

Anyway, saya dok rasa PM Tebuk Atap mungkin bersedia untuk pinda bajet demi survival dan demi nak sedut oksigen sebentar.

Tapi tu lah nasib Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT ni . Hari ni lepas dari mulut rimau, esok berdepan mulut buaya, esok lepas dari mulut buaya, lusa berdepan mulut ular sawa, lusa lepas dari mulut ular sawa, tulat berdepan dengan mulut naga berapi.

Tak pernah aman sentosa dari hari pertama hingga sat ni. living in fear all the time!

Apalah seronok jadi gomen macam tu !..Tu tak kira lagi yang orang maki berlori -lori hari-hari….



JIKA belanjawan 2021 lulus bererti :-



1) JASA dapat 80 juta, hiduplah dengan megahnya macai2 cyber perikatan nasional.


2) Program Penggerak dibawah kementerian Zuraida dapat 8 Juta. Berkepaklah ayam2 semua.


3) Peruntukan 1 billion untuk projek khas. Ntah apa yang khas nya.


4) lebih 160 juta peruntukan renovation dan bangunan baru dibawah kementerian Azmin.


5) Macam2 lagi peruntukan tak masuk akal yang aku tak sempat tulis.


Apa yang korang dapat......... KWSP duit korang sendiri ambillah sikit2 kemudian bayarlah balik.... Haha....


Seperti mana kehendak mereka, adakah anda berharap belanjawan ini LULUS? Fikir2 kan lah...


Syed Shah Syed Osman



MENTERI PATUT TAHU KISAH KEPERITAN UPAH PENOREH GETAH

 Aku x tahu siapa penulis artikel di bawah ini..aku dpt dr perkongsian srg shbt dlm salah satu grp wsp. 


Abaikan satu dua elemen politik dlm artikel tu kalau ianya membuatkan korang rasa jengkel bila membacanya.


Aku x pernah menoreh getah dan x pasti setepat mana coretan di bawah ini. Org yg ada pengalaman mgkn blh Komen...


Apapun....walau mgkn tidak semua fakta Itu tpt sekalipun, kisah ini amat memberi keinsafan kpd aku.

Harap kisah ini sampai kpd pihak yg selayaknya agar tindakan sewajarnya dpt diambil...


Atau....

Nak cpt forward jer kpd UEL..dlm sehari dua insyaAllah menyusullah dia bersama teamnya.


Selamat membaca...!!!


#######################


Dalam musim hujan ni, orang motong terpaksa memerah kudrat dua kali ganda. Hilanglah semua waktu bergembira bersama keluarga. Selepas motong selesai jam 12- 1 tengahari mereka laki bini akan balik ke rumah memasak untuk keluarga, makan apa saja yang ada di dapur. Suami pula menjemput- mengantar anak ke sekolah.


Selesai solat zohor, mereka ke kebun lagi, menjinjing baldi meletakkan ubat 'garam' ke setiap pot, supaya susu segera beku menjadi sekerap. Zaman dulu guna cuka, sekarang tidak lagi. Jika hujan turun sekitar jam 3 seperti hari ini, mereka akan basah lokoih (kuyup) dalam kebun, kerja membekukan getah perlu diteruskan juga. Jika tidak, susu bercampur air hujan akan memutih di permukaan tanah, kalau tidak hanyut lenyap bersama aliran air ke parit. Punah ranahlah kerja keras sejak subuh tadi.


Kalau kebun jauh dari rumah, mereka tidak balik lagi sehingga petang. Minyak motor perlu dijimatkan, untuk esok dan lusa. Berlabuhlah laki bini di perdu getah sambil mengibas nyamuk, hingga titisan susu di pancuran berhenti, sebelum ubat beku dititipkan. 


Anak-anak sekolah dikirimkan saja kepada jiran atau kawan. Di rumah, anak-anak yang belum mengerti itu diserahkan saja pada diri mereka sendiri, makanlah sisa nasi dan ikan masin semalam di bawah saji. Uruslah diri sementara  ibu ayah pulang menjelang petang. Jika tiada sisa semalam, menyanyilah perut anak-anak menunggu nasi mendidih malam nanti untuk mengalas perut dengan ikan tamban masin, cabai dan ulam dipetik dari semak di kebun.


Motong di kebun seluas 6 relong milik orang, dengan harga yang kian parah -RM1.70 sekilo, dapatlah habuan mereka sekeluarga RM213.55 sebulan! Saya ulangi kedaifan orang motong waktu ini...RM213.55 SEBULAN!!! Ada pemilik kebun yang pemurah, dicabut sedikit bahagiannya bersedekah kepada orang motong. Itupun jika dia punya sumber lain-  jika tidak, memiliki harta seluas itu tidak punya makna, apatah lagi yang tidak memiliki apa-apa.


Kak Na yang berhujan lokoih beberapa kali di kebun, demam sudah beberapa hari. Sejak itu, Abg Li seorang saja ke kebun, Kak Na tak dapat keluar rumah. Ke klinik berubat pun tidak mampu, hanya menelan panadol dan ubat 'cap tiga kaki' menunggu kebah! Demikian rutin orang motong menjalani hidup, menunggu fajar esok untuk ke kebun lagi.


Menteri mana, pegawai tinggi dari agensi apa, yang memahami situasi kedaifan ini? Menteri mana, pegawai tinggi agensi apa yang pernah melalui semua ini untuk dapat menjiwai peritnya hidup orang motong ketika ini. 


Masih bersisakah  titisan air mata mereka untuk bergenang, atau sisa air liur bercampur menu lazat di hotel untuk tersangkut di kerongkong mereka,  merenung ke lubuk hidup orang motong nun jauh terperosok di pinggir rimba! 


Tolong jangan ungkit waktu harga sekerap RM7 sekilo, kerana kami tidak pernah kaya sedikitpun dengan harga itu, kami tidak pernah sekalipun pergi melancong atau menjejak kaki ke Suria KLCC dengan duit sekerap waktu itu. Kami hanya pernah menikmati tomyam dengan ikan siakap masak 3 rasa, di restoren orang Pattani di Pekan Jeniang dua tahun lalu. Tidak lebih daripada itu! Hanya waktu itulah anak-anak kami bertukar baju seluar dari pasar malam. Kini semuanya lusuh semula.


Demikian kehidupan orang motong ketika ini, sekerap sekilo RM1.70, ikan temenung sekilo RM15. Anak-anak orang motong, waktu rehat di sekolah, mereka berlari ke sana ke mari, hingga loceng berbunyi... keletihan lebih mudah dilalui daripada perit menelan air liur kosong pahit kalau menjengok anak orang berduit di kantin.... 


..Sekerap aku pun tidak sempat beku hari ini....



APA ADA DENGAN FAKHRULRAZI MOKHTAR?



Heboh berita akan kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Klang, dari Parti Amanah Negara, YB Mohd Fakhrulrazi Mokhtar ke Parti Keadilan Rakyat. Jujurnya, saya tidaklah sangat memberatkan kepala untuk memikirkan wadah mana yang dia pilih untuk melawan musuh yang sama-sama kami lawan.


Anuar Tahir merupakan mantan Setiausaha Agung Keadilan yang kemudiannya masuk PAS dan kini bersama Amanah. Begitu juga dengan Pak Abu Urwah, Saari Sungib, dari Keadilan, berhijrah ke PAS, kini dalam Amanah. Rata-rata pendokong reformasi dan Keadilan sampai hari ini masih punya hormat yang tinggi terhadap mereka berdua. Tidak pernah ada apa-apa kenyataan dari pimpinan Keadilan dari kepresidenan Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Anwar Ibrahim yang mengatakan parti telah tersalah pilih mereka berdua sebagaimana kenyataan Khalid Samad terhadap Fakhrulrazi.


Bagi saya, yang mesti tetap adalah perjuangannya, wadah ini, kalau ia berubah pun, selagimana ia dalam lingkungan pembawa panji-panji perjuangan yang serupa, ia tidak mengapa. Lebih teruk orang yang tetap wadahnya, tetapi perjuangannya tidak tahu di mana dan ke mana, yillek puchik, ini orang panggil munafik haraki. Dalam Keadilan sendiri ada orang yang tetap wadahnya sampai 20 tahun tetapi akhirnya keadaan membuka pekung mereka, bahawa yang mereka pegang adalah jalan mencari keuntungan persendirian, bukan jalan perjuangan.


Jangan sekali-kali menjadi seperti Kamarudin Jaffar. Semasa dalam Umno, dia dikenal orang kuat Anwar Ibrahim. Apabila Anwar dizalimi oleh aparat pemerintah yang diketuai Dr. Mahathir bin Mohamad ketika itu, dan Parti Keadilan Nasional ditubuhkan pada tahun 1999 untuk menyambung perjuangan Anwar, Kamarudin Jaffar yang tahu dia sudah tiada masa depan dengan Umno, mengambil keputusan balik ke Kelantan dan menyertai PAS. Kenapa bukan Keadilan? Jelas, niat Kamarudin bukan kerana "lingkungan perjuangan yang sama" tetapi kerana kepentingan diri-sendiri. Keadilan ketika itu kecil, merangkak, buat apa mahu susah-susah, sekurang-kurangnya PAS di Kelantan ketika itu adalah kerajaan. Dia bersama dengan PAS sehingga diangkat menjadi Setiausaha Agung. Apabila Keadilan sudah kuat, Anwar juga kelihatan kuat, dalam masa yang sama PAS berantakan, hingga melahirkan GHB kemudiannya Amanah, Kamarudin mengambil keputusan menyertai Keadilan. Mengapa bukan GHB atau kemudiannya Amanah? Sebab sama macam Keadilan 1999, buat apa mahu susah-susah?


Apabila melihat Anwar tiada apa-apa, tidak mampu memberi apa-apa kepadanya yang bersifat keuntungan materi, apalagi dalam keadaan wujudnya pergeseran dalaman ketika itu dengan kumpulan Azmin Ali, Kamarudin mengambil jalan membelakangkan sahabat lamanya, Anwar Ibrahim dan mengikut Azmin. Kerana kebenarankah? Kerana perjuangankah? Tidak sama sekali, kerana di mata Kamarudin, Azmin sekurang-kurangnya ada Selangor ketika itu, ada kementerian, anak emas Mahathir, ada lubuk yang boleh dijala, ada lombong yang boleh digali. Kamarudin akhirnya mengikut Azmin bersama-sama terjun ke lubang pengkhianatan, atas sebab yang sama juga, laba peribadi, buat apa susah-susah!


Saya yakin yang Fakhrulrazi bukan seperti Kamarudin Jaffar, sebabnya di Selangor Pakatan Harapan adalah kerajaan. Kalau setakat mahu menjadi Exco Kerajaan Negeri, Fakhrulrazi tidak perlu bertukar parti, Amanah dan Keadilan itu sama-sama PH, kalau sampai rezeki Fakhrulrazi, jadilah dia Exco! Takkanlah kerana mengubah wadah "dalam lingkungan perjuangan yang sama" Sheikh Miqdad Zakaria boleh tuduh dia lobi kerabat nak jadi Exco! Takkan macam tu sheikh, tidak rapat pun kita saling mengenal, macam mana kalau dahulu orang kata sheikh masuk Amanah semata-mata untuk lawan Ayah Chik di Marang, tak menang tak apa, asal popularkan! Tanpa niat apa-apa, saya lampirkan gambar kedua di bawah, gambar saya bersama Yang Hormat Dato' Setia Jaya Pahang, Yang Mulia Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail, di malam perkahwinan adindanya. Tunku Dato' Iskandar Dzulkarnain adalah Orang Besar Raja Pahang dan sepupu kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong. Takkanlah kerana ini contohnya, sheikh boleh dakwa saya lobi kerabat Agong untuk jadi menteri. Jauh tu sheikh... jangan pergi terlalu jauh hingga boleh merenggangkan silaturrahim kita yang sedia terbina.


Zukri Aksah

Ketua Komunikasi Nasional

Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98


p/s: Kepada YM Tengku Nain, saya mohon maaf terlebih dahulu kerana memasukkan gambar kita dalam tulisan ini, kalau-kalau konteks penggunaannya tidak molek pada pada pandangan Ku. Ku jangan marah ya! 😁


#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #lawantetaplawan #keadilan21tahun #dsai4pm #reformasi98 #gerakanreformasi98 #gerak98

Mohamad Ezam Nor Gerakan Reformasi Nasional



ASAL MELAYU BUAT APA PUN TAK APA


Jamzuri Ardani

 Kerajaan Bani Melayu ni macam restoran milik orang Melayu laa. Jual makanan tak payah ada sijil halal.  Orang Melayu laaa kata ... tak kan nak jual makanan tak halal. Bila tak ada sijil halal, tak perlulah ada audit bagai. Kalau tauke restoran tak jujur, daging lembu mati kena langgar pun kita makan je ... tak kan orang Melayu nak jual makanan tak halal ... itu yang semua orang fikir. 


Sebab itu bila kerajaan Bani Melayu ni jual aset KWSP pada orang Cina pun orang Melayu tak kisah. Depa terminate kontrak syarikat Melayu bagi pada Cina pun orang Melayu tak kisah.  Tabung Haji rugi berbilion pun tak apa. Masjid tutup pun tak kisah. Rasuah pun tak apa.  Tak kan pemimpin Melayu nak khianati Islam dan Melayu. Itu fikir kebanyakan orang Melayu.


Kita dilatih begitu sejak dulu. Kita dilatih membuat keputusan berdasarkan rasa hati. Berdasarkan sentimen. Berdasarkan andaian. Kita percaya ustaz dan lebai mesti orang baik dan jujur.  Itu andaian kita. Sukar untuk kita percaya agamawan menipu.  Akhirnya orang yang suka menipu akan menampilkan imej agama.  Bersembunyi disebalik jubah agama adalah cara senang untuk melakukan pelbagai kecurangan. Tak kan lebai nak menipu ... kata P Ramlee dulu. 


Hakikatnya, yang menjahanamkan negara kita selama ini adalah pemimpin-pemimpin politik Melayu dan beragama Islam. Mereka yang gadai tanah orang Melayu.  Mereka yang songlap duit MARA dan FELDA. Mereka yang songlap duit Tabung Haji. Mereka yang biarkan bangsa Melayu mundur.


Dulu yang buat tu Melayu yang pakai kot dan tali leher. Hari ini Melayu yang pakai jubah dan ketayap pun perangai serupa.  Lagi senang nak menipu orang dengan berpakaian jubah agama.

JIKA JUMLAH INI..MUHYIDDIN HARUS RISAU

 

Horas

Adakah Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia pada hari Khamis hadapan, 26 November ini, atau adakah beliau akan menjadi perdana menteri dengan penggal terpendek dalam sejarah negara?

Dia tidak akan menjadi perdana menteri pada hari Khamis hadapan jika Belanjawan 2021 ini dikalahkan dalam bacaan kedua di Parlimen, yang dijangkakan akan diundi pada 25 November.

Namun, dia kelihatan seperti tidak melakukan apa-apa untuk memastikan Belanjawan 2021 ini akan diluluskan, walaupun para ahli p arlimen pembangkang sentiasa beringat kepada nasihat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang menggesa supaya semua rakyat Malaysia menunjukkan perpaduan untuk memastikan Belanjawan 2021 ini dapat diluluskan dalam semasa negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19 ini.

Tak sedap duduk sungguh Muhyiddin nak hadap hari pengundian Belanjawan 2021 pada 26 November nanti, 10 hari sahaja lagi..


Komposisi terkini :


Kerajaan PN :


1. PPBM : 31 kerusi

2. PAS : 18 kerusi

3. PBB (GPS) : 13 kerusi

4. PDP (GPS) : 2 kerusi

5. PRS (GPS) : 2 kerusi

6. SUPP (GPS) : 1 kerusi

7. STAR : 1 kerusi

8. PBS : 1 kerusi

9. PBRS : 1 kerusi


Jumlah : 70 kerusi


10. UMNO : 38 kerusi

11. MCA : 2 kerusi

12. MIC : 1 kerusi


Jumlah : 111 kerusi


13. Bebas : 1 kerusi


Jumlah : 112 kerusi (maksima jika tiada pembelotan)


Ahli parlimen tinggal 220 setelah tolak dua yang meninggal dunia.



INGAT SIKAP MENTERI PH DULU ?

 Salam Jumaat semua.


Nak cakap sikit ni dari pandangan peribadi saya. 

Dalam kita duk menghentam Menteri-menteri babun PN...kita jangan pulak buat-buat lupa bagaimana sikap Menteri-menteri PH dulu.

Korang masih ingat lagi ker?...apabila kita para cybertroopers dan cytro PH DI LUPAKAN dengan sekelip mata (apabila PH menang dan berkuasa)?. Mereka pilih pulak Pegawai-pegawai Khas dan Setiausaha sulit yang di ambil di kalangan mereka-mereka yang SOMBONG, BONGKAK, EGO, BERLAGAK dan kemudiannya kita tahu...bahawa mereka semua tu turut di kutip dari cebisan-cebisan atau sisa-sisa sampah UMNO dan PAS. Bukan pejuang atau penyokong PH pun. Korang tahu, kan?.

Malah, sehingga hari ini...tiada seorang pun bekas- bekas Menteri tersebut mengambil berat atau teringin untuk bertanya khabar tentang cytro-cytro PH. Padahalnya, kita semua ini sudah berjuang dengan keringat dan wang kita sendiri demi menolak pasukan jahanam kleptokrat. Tak pernah mintak satu sen daripada mereka (pemimpin-peminpin PH).

Masih ingat tak lagi...betapa sombong dan angkuhnya Menteri-menteri  PHk itu. Kita wat surat nak jumpa pun...akan di balas "Kami sibuk menguruskan hal ehwal negara, sila berjumpa dengan SUSK saya". Sekejap pun tak boleh?. Bukannya nak minta projek,,,bukannya nak mintak duit korang. Kami nak jemput untuk bertemu muka dengan cytro-cytro  dan facebooker- facebooker PH jer. Makanan/minuman dan  tempat perjumpaan itu pun kami sewa dan bayar sendiri. Nak suh korang datang jerk!, Itu pun tak boleh?

Masih ingat tak?....tanpa pertimbangan sewajarnya, Menteri KKM telah mengambil tindakan yang amat drastik dengan mengharamkan penghisap rokok dari MEROKOK di Kawasan atau restoran yang terbuka?. Tak sempat-sempat dia nak mencipta kemarahan kami. 

Masih ingat tak?...bila MP dan ADUN bukan Melayu dari DAP/PKR..duk memperlekehkan orang-orang  Melayu dan mempersoalkan tentang HAK MUTLAK ORANG-ORANG  MELAYU DI MALAYSIA?. Teruk PH di serang...dan kami lah yang terpaksa menghadap dan menjawabnya. Menteri-Menteri  PH masa tu...pergi ke mana?

Mungkin ada kebaikan di atas KECURANGAN YIDDIN AND THE GANG dan di atas KELEMAHAN-KELEMAHAN  PH TERSEBUT demi untuk mengajar para Menteri, MP-MP dan Adun- Adun  PH...agar faham dengan maksud dan erti "TERIMA KASIH". Kenapa, susah sangat ker nak ucapkan TK?

Takpe la....kerana sang pengkhianat itu semua ni, kami tetaplah bersatu serta terus berjuang agar KERAjaan PN jatuh dan pemimpin-pemimpin PH mengambil iktibar di atas kelalaian dan kekhilafan mereka semasa berkuasa. Belajarlah dari kesilapan itu atau...PH tidak akan di terima lagi oleh seluruh warga Malaysia termasuk dari penyokong-penyokong  mereka.


Terima kasih.


Ikhlas tapi benar,


Mohd Asri Bakar.



SIAPA PM SEKARANG ???

MAN TOBA

Pakar ekonomi & kewangan DSAI dikunjungi oleh Prof Klaus Schwab Pengerusi Eksekutif World Ekonomic.

Ini dikatakan pakar bertemu pakar ekonomi terbaik Asia DSAI.
Kenapa tak jumpa abahcow & jemin.? Jawapanya ada dalam diri rakyat yang berfikir diluar kotak minda.

Jadi tanda tanya siapa PM Malaysia sekarang?


 

SHAHRIR MUSYKIL – BAGAIMANA SHAHIDAN, AHLI PARLIMEN BN BOLEH JADI PENGERUSI PNBBC?

 Aggresif betul Pengerusi PNBBC mempertahankan Bajet 2021.

Tidak pernah dikecam begini bila ada yang tidak setuju dengan Bajet parti pemerintah.

Betul-betul terdesak sangat Datuk Shahidan Kassim sehingga tak sokong Bajet 2021 dah boleh jadi pengkhianat.

Dan dia pula MP BN. BN bukan dalam PN pun. Jadi macam mana dia boleh jadi pengerusi ‘backbenchers’ Perikatan Nasional.

PPBM pula semua berjawatan kerajaan ke?

Semua tahu ahli-ahli parlimen PPBM semuanya biasa mengkhianati kawan-kawan dan perjuangan asal mereka.

TS Muhyiddin ‘mengkhianati’ Tun Mahathir.

Azmin ‘khianati’ PKR, Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir.

Hamzah, Dr Latif, Mustapha Mohamed dan lain-lain ‘khianati’ UMNO dan Tun Mahathir.

Jadi PPBM sebagai pendokong utama PN penuh sarat dengan ‘pengkhianat’.

Sekarang Shahidan pula guna istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang tidak sokong Bajet 2021.

Betul-betul terdesak mempertahankan Bajet 2021!

SHAHRIR SAMAD/Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru.

BANYAK MANA KAH PELABURAN DARI TIMUR TENGAH?

 Image may contain: 1 person, glasses, text that says "DAH 8 BULAN jadi Duta Khas Bertaraf Menteri ke Timur Tengah.. Apa kerja & sumbangan Hadi dah buat selama ini untuk negara? Ka makan gaji buta?"

Sejak pelantikan sebagai Menteri Khas PM ke Timur Tengah lapan bulan..

Apa yg Hadi Al Kazzab telah buat untuk mencari peluang bagi Malaysia mendapat keuntungan dari hubungan diplomatik dgn negara-negara Timur Tengah ?

Boleh tolong tunjukkan rekod kemajuan ?

#BazirWangRakyat

#BazirItuKawanSetan

SR


Tidak mustahil gabungan Umno - Pas akan berpecah - Azan

 


Peringatan Pengerusi Lembaga Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah agar menilai semula kerjasama antara parti itu dengan Bersatu dan Pas memberi isyarat jelas wujud masalah dalam gabungan pemerintah yang wujud sejak 9 bulan lalu itu.

Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail hubungan Umno, Bersatu dan Pas kelihatan indah di peringkat pimpinan tertinggi tetapi tidak lancar pada peringkat akar umbi.

Malah katanya, di Kelantan dan Terenggganu hubungan dalam Muafakat Nasional yang lebih awal ditubuhkan pun sedang masuk ke fasa bermasalah.

Menurut Azan, tidak mustahil retak tersebut akan melebar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 apabila kerusi-kerusi mula dibahagikan antara Umno, Bersatu dan Pas yang mana ketiga-tiganya berebut di kawasan Melayu.

"Untuk Kelantan dan Terengganu sangat jelas Muafakat Nasional akan berpecah. Pimpinan Umno kini melihat bagaimana Pas jadi terlalu sombong dengan kedudukan mereka, kegilaan mereka berbelanja mewah dan berlumba-lumba nak rebut jawatan.

"Perkara ini dibantah secara terbuka. Sebab itu saya kata bukan sahaja orang ramai yang lihat (hubungan bermasalah) tetapi Umno sendiri melihat Pas lari daripada landasan sebenar (perjuangan).

"Dan saya rasa ramai ahli-ahli bawah (Umno) akan curiga. Pimpinan Pas (Kelantan) cakap jangan pertikai atau cemburu dengan apa yang dimiliki mereka. Mereka gunakan dalil (agama) untuk kaburi mata pengikut mereka (tetapi bukan Umno)," katanya.

Sebelum ini, pemimpin Pas Kelantan yang dibuai kemewahan menempelak pihak yang mempertikaikan pembelian kereta Mercedes untuk kegunaan Menteri Besar dan Exco sebagai cemburu kepada nikmat diperolehi wakil rakyat Pas.

Begitu juga berhubung isu kenaikan gaji ADUN sehingga setaraf Ahli Dewan Negeri Selangor RM12,000 - RM15,000 sebulan.

Isu itu dilihat ahli Umno sebagai memakan diri kerajaan Pas ketika menghadapi rakyat dalam PRU depan sewaktu ekonomi Kelantan masih lemah dan masalah air bersih belum diselesaikan.

KUNJUNGAN TYT DUTA BESAR US KE PEJABAT ANWAR

 

Menerima kunjungan hormat TYT Kamala Shirin Lakhdhir, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia hari ini.

Perbincangan kami menyentuh pelbagai perkara termasuk perkembangan pasca Pilihan Raya Presiden yang dimenangi Joe Biden.

Malaysia-Amerika Syarikat mempunyai sejarah panjang dalam perdagangan dan hubungan antara dua hala. Saya mengharapkan hubungan kedua-dua negara akan terus stabil dan kukuh.

U.S. Embassy Kuala Lumpur




ANUAR MUSA SELAMBA HENTAM UMNO KERANA PERTAHANKAN KERAJAAN PINTU BELAKANG MUHYIDDIN




Hebat Anuar Musa.  Selamba je dia sound parti dia sendiri untuk membela Muhyiddin.  Dia minta umno sedar diri, jangan minta lebih-lebih kerana Umno parti kalah, tak berhak tuntut bukan-bukan dari kerajaan pintu belakang Muhyiddin. 

Eh, Anuar Musa lupa kot bahawa dalam kerajaan PN pintu belakang ini, mana satu parti yang menang?  Cuba tunjuk.  Parti Bersatu?  Bila masa parti Bersatu menang dlm Praya untuk jadi kerajaan? Sewaktu PRU14, parti yang menang dapat majoriti untuk bentuk kerajaan adalah parti Keadilan kerana parti ini lah yang didaftarkan untuk bertanding di mana semua parti di dalam PH guna logo ini.

Bersatu yang turut guna logo Keadilan hanya menang 13 kerusi Parlimen saja.  13 kerusi ini saja modal Bersatu, kemudian mereka membeli beberapa MP dari Umno untuk sertai Bersatu dan berada di dalam PH.  Daripada jumlah tersebut, kumpulan Mahathir pula kena campak keluar apabila Muhyiddin mula bersama semburit untuk khianat dan belot kepada kerajaan PH.  Soalannya, bila masa Bersatu menang praya dan berhak tubuh kerajaan?

Anuar Musa orang lama dalam.politik, takkan sebodoh itu fikirannya demi untuk membodek Muhyiddin dan kutuk Umno, partinya sendiri?  Dia lupa jasa Zahid Hamidi yang angkat semula dia walaupun dia tewas bertanding dalam.pemilihan Umno dulu.  Kalah teruk Anuar Musa ketika itu.  Sekarang, bila dapat jawatan dari Muhyiddin dan takut kerajaan khianat ini tumbang, beliau sanggup rendahkan martabat partinya sendiri.  Takut skandal jual aset di Wilayah Persekutuan terbongkar jika kerajaan khianat ini tumbang?

Umno harus berani bertindak.  Jika PH tidak bekerjasama dengan Umno secara 'enbloc', Umno juga tidak akan bekerjasama dengan PH jika ada Dap, namun PH berani menentang kerajaan pengkhianat ini secara terbuka.  Umno berani berbuat demikian?  Atau sekadar wayang kulit di hadapan ahli-ahli Umno sahaja?

Mana parti yang kononnya dikatakan parti keramat itu?   


#TolakBajet

#MuhyiddinOut 


WFAUZDIN NS



IN MAT JARGON WE TRUST...



Papa Bob: Mat Jargon ni dari PASTI mana kah..?? Pandai xbole diikut, bodo xbole diajar...


KOH KOH KOH...


Dalam setiap Kabinet dan setiap Kerajaan mesti ada Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dsbnya yang membuat kenyataan yang dunggu dan tidak masuk akal.Kekadang Menteri atau YB hanya tersilap cakap atau kurang faham satu atau dua perkara saja.  Menteri atau YB dalam kategori 'dunggu setahun sekali' ini adalah sangat rare atau jarang dijumpai. Contohnya Menteri Kereta Terbang. Sejak isu kereta terbang sudah reda, menteri itu pun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dungu yang baru (kuda terbang ke)?  

Sewaktu pemerintahan BN dulu jaguh-jaguh dungu jenis repeat offender ini termasuk Mat Maslan IQ 3.85, YB Kebinatangan, Stupid Nazri dan adalah satu dua karakter lagi. 

Dalam Kabinet PN pula terdapat juga beberapa Menteri, Timbalan dan YB yang sering membuat kenyataan atau ambil tindakan tanpa fikiran akal logik yang akibatnya lebih memalukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Antara mereka ialah Menteri Kesihatan, Menteri Tik Tok, Menteri Wanita, Menteri Air dan Timbalan Menteri Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal aka Mat Jargon.

Timbalan Menteri Sukan aka Mat Jargon ni pula sering membuat kenyataan serong di luar bidang kuasa dan tanggungjawabnya. Yang latest ialah cadangan beliau suruh kerajaan cap duit kertas dan duit itu dibagi percuma kepada orang. Sebelum ini, Mat Jargon mengundang kegemparan awam apabila menyatakan dia boleh membantu ahli Armada dengan memberikan surat sokongan apabila mempunyai jawatan dalam parti dan kerajaan.

Cap Duit ini pernah dibuat oleh beberapa negara lain dalam dunia ini.  Contohnya Banana Money atau Duit Pisang yang dicetak oleh Jepun sewaktu mereka menduduki Malaya sewaktu Perang Dunia Kedua. Bila nilai matawang jatuh kita terpaksa beli sesuatu dengan harga yang mahal sebab nilai ringgit tidak lagi berharga..

Zimbabwe yang mencetak duit kertas yang berlebihan. Kerajaan Weimar di Jerman yang cetak duit kertas dengan banyak pasca Perang Dunia Pertama. Akibatnya nilai matawang mereka semua jatuh dengan begitu teruk  dan hyper inflation pula berlaku. Hyper inflation maksudnya kena bawa satu bakul wang kertas untuk membeli sedikit garam. dan ini bakal berlaku di Malaysia kalau cadangan T. Menteri Mat Jargon diterima.

Mat Jargon harus baca soal jawab antara laman Web "The Conversation" dengan seorang kanak 12 tahun bernama Clementine dari London, United Kingdom berjudul "Curious Kids: why don’t poorer countries just print more money?"  Clementine nak tahu kenapa negara-negara miskin tidak cetak lebih banyak duit? Nampaknya Clementine cerdik sikit dari menteri-menteri kita...



USUL PERCAYA ZAHID HAMIDI MEMBAWA MAKSUD MUHYIDDIN SUDAH BOLEH DIGANTI.


 

Ucapan perbahasan Belanjawan 2021 di Parlimen oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk, Zahid Hamidi yang turut menyentuh tentang perlunya PN sendiri membawa usul percaya terhadap Perdana Menteri bagi mengelakkan kedudukan Muhyiddin Yassin terus dipertikaikan, jika diperhalusi adalah ibarat hentakan ke kepala terhadap jawatan Perdana Menteri itu sendiri.

Ini kerana usul percaya adalah sama maksudnya dengan usul undi tak percaya jika sokongan yang diperolehi kurang daripada 112 iaitu bermakna Perdana Menteri telah tidak mendapat kepercayaan atau sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen.

Apabila gagal mendapat kepercayaan majoriti bermakna Muhyiddin harus meletakkan jawatannya.

Menurut Zahid Hamidi yang merupakan Presiden UMNO, sama ada terdapat usul percaya atau sebaliknya, ia hendaklah diuji di dewan yang mulia ini.

“Jika ia tidak dapat dilakukan kerana kekangan peraturan mesyuarat, sesuatu mesti dipersesuaikan dengan urusan kerajaan perlu diutamakan.

“Biarlah kerajaan yang menjadikannya sebagai urusan kerajaan diutamakan menjadi usul undi percaya dibawa ke dewan yang mulia ini,” katanya.

Gesaan Zahid Hamidi itu mendapat sokongan sebilangan Ahli Parlimen blok kerajaan dan juga pembangkang yang merasakan ia memang sesuatu yang wajar dilakukan.

Dalam hal ini, sementara sama ada PN punya keberanian atau tidak menyahut gesaan Zahid Hamidi itu, persoalan yang lebih penting ialah ia juga menunjukkan ketidakyakinan BN terhadap keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Sesungguhnya, selagi keabsahan itu tidak dirungkai, selagi itulah kedudukan Muhyiddin jadi tidak menentu dan dipertikaikan di setiap sudut.

Dalam kehidupan, soal keabsahan adalah sesuatu yang amat penting, bahkan dalam nikah kahwin atau halalnya makan minum sekali pun, ia tidak pernah dikompromi dan perkara paling utama.

Maka, sudah tentu dalam soal jawatan Perdana Menteri, keabsahan itu jauh lebih penting lagi untuk ditentukan kesahihannya.

Dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri, selagi keabsahan itu tidak dirungkai, ia turut meletakkan Muhyiddin sebagai seorang Perdana Menteri yang lemah dan sentiasa dipertikai.

Apatah lagi, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Muhyiddin sendiri, beliau sentiasa cuba lari-lari daripada berdepan sebarang bentuk pengundian berkenaan kedudukannya di Parlimen.

Soalnya, sampai bila beliau mahu melarikan diri daripada berdepan realiti?

Walaupun gesaan Zahid Hamidi berkenaan usul percaya adalah sesuatu yang wajar dan relevan demi menzahirkan kepimpinan negara yang boleh diterima majoriti serta mengelakkan pertikaian yang berterusan, tapi belum tentu ia diterima dengan baik oleh PN, lebih-lebih lagi oleh Muhyiddin sendiri.

Maksudnya, jika gesaan Zahid Hamidi ini tidak dipedulikan oleh PN, kita akan terus mempunyai Perdana Menteri yang lemah, diragui dan tidak membawa kestabilan kepada negara sepanjang masa.

Apakah kita sanggup melihat negara ini tidak stabil, tiada ketentuan dan berkecamuk sepanjang masa?

Untuk itu, kalau gesaan Zahid Hamidi terus tidak dipedulikan oleh PN sebagai kerajaan, Ahli-Ahli Parlimen BN sebagai blok terbesar dalam kerajaan seharusnya terus berusaha mencari jalan bagi melahirkan seorang pemimpin yang benar-benar stabil yang dapat memimpin negara ini dengan lebih baik lagi.

Yang pasti, gesaan Zahid Hamidi berkaitan usul percaya ini adalah isyarat Perdana Menteri yang lemah dan terus dipertikaikan tidak diperlukan lagi untuk terus memimpin negara ini.

Ia sudah wajib diganti dan tempoh lapan bulan tanpa kestabilan adalah pembaziran masa yang sia-sia yang hanya menambah azab serta derita rakyat menanggungnya.

Jika bukan bermaksud perlunya diganti, untuk apa Zahid Hamidi menyarankan usul undi percaya, sedangkan risiko Muhyiddin tidak mendapat kepercayaan adalah juga tinggi?

Fahamkah Muhyiddin maksud sebenar Zahid Hamidi dan BN di sebalik gesaannya ini?


 (Shahbudindotcom 20/11/2020



HUBUNGAN UMNO – PAS MULA BERMASALAH?


KISAH BENAR DI BANDARAYA ISLAM KOTA BHARU.



Md Zulaimi Kazim


Kawan saya Pickiry Hussein bersama team beliau membuat kerja kebajikan malam semalam sekitar Kota Bharu.


Allhuakbar... apa yang Pickrey jumpa? Ada lagi rakyat tidur dalam beca roda 3 di Bandaraya Islam Kota Bharu. Islam adalah agama bekebajikan. Kerajaan Islam adalah kerajaan yang utamakan kebajikan. 


Pikrey dan team bukan orang politik, beliau pencen sebagai tenaga pengajar di ILP Penggkalan Chepa. Mereka bagi bantuan pada pakcik beca termasuk tukar rodak basikalnya dengan yang baru.


Bila Pickrey masukkan dalam group wasap, saya amat tersentuh tatkala YB dan Exco sibuk memperkukuhkan pendapatan masing-masing rakyat terus terbiar dalam keadaan yang boleh mengaibkan sebuah kerajaan Islam dan sebuah bandaraya yang bergelar bandaraya Islam. 


Saya tak fikir Wakil-wakil Rakyat dan Exco Kelantan akan berasa malu dgan keadaan ini sebab ini bukan perkara baru... lama dah tapi tiada usaha untuk bantu rakyat. Saya yakin bila ada pilihanraya, pakcik miskin ini akan diberi perhatian bukan setakat duit saku malah ada calon yg sanggup tlg basuh beca buruk ini. Manusia politik ini nampak bagus bila ada pilihanraya je lepas tuh cari harta.





PANDAI DAN OTAK PENIPU


Lebai pandai main isu,..sedangkan isu air kat Kelantan depa buat bodo saja,siap bagi tempoh lagi, supaya rakyat xbising...

 Image may contain: 3 people

SELAMAT DATANG KE KEADILAN

 


Alhamdulillah. Kita tidak taksub kepada parti sebagaimana lebai beriman dengan parti mereka. Di dalam Keadilan, ada yang keluar parti dan menyertai parti rakan, bukan parti musuh. Contohnya, Prof Aziz Bari yang menyertai Dap. No problem dan kita raikan. Di peringkat bawahan pun ramai yang bertukar parti sesama parti rakan sekutu. Asalkan tidak bersama parti musuh dianggap sudah baik.

 Satu Adun di Selangor dari Amanah telah menyertai Keadilan. Khabarnya lagi, tiga Adun di Johor pun sama. Wallahu Aklam. Di Pahang, bertiup kencang khabar menyatakan mantan Pengerusi Amanah Pahang juga telah menghantar borang menyertai Keadilan. Saya tidak dapat sahkan samada benar atau tidak. Itulah demokrasi bukannya mati dan jumud.

Berhijrahlah di kalangan kita jika merasa tidak serasi, asalkan dapat mengelakkan diri dari berhijrah kepada parti musuh kita. Kepada yang telah menyertai Keadilan, saya ucapkan selamat datang dan selamat berjuang. Perjalanan kita masih jauh. Itu juga ucapan yang saya sampaikan kepada rakan-rakan saya yang dulunya Keadilan apabila mereka berhijrah kepada Amanah. Kita satu perjuangan.Image may contain: 1 person, text

WFAUZDIN NS


 

Shahidan terdesak pertahan belanjawan, kata Shahrir

 

Shahidan terdesak pertahan belanjawan, kata Shahrir


Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menganggap Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai amat terdesak mempertahankan Belanjawan 2021.

Menurutnya, panggilan pengkhianat oleh Shahidan di Dewan Rakyat, hari ini berlaku ketika Bersatu sebagai pendukung utama PN penuh sarat dengan ‘pengkhianat’.

Terdahulu, Shahidan pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 siang tadi menganggap Ahli Parlimen yang menolak Belanjawan 2021 sebagai mengkhianati rakyat.

“Betul-betul terdesak sangat Datuk Shahidan Kassim sehingga tak sokong Belanjawan 2021 dah boleh jadi pengkhianat.

“Dan dia pula MP (Ahli Parlimen) BN. BN bukan dalam PN pun. Jadi, macam mana dia boleh jadi pengerusi ‘backbenchers’ Perikatan Nasional,” tempelak Shahrir di Facebook beliau tadi.

Bekas Pengerusi Felda itu juga menegaskan kesemua ahli Parlimen Bersatu sudah lazim mengkhianati rakan-rakan dan perjuangan asal mereka.

“Sekarang Shahidan pula guna istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang tidak sokong Belanjawan 2021,” tempelak bekas Ahli Parlimen Johor Bahru tersebut.

Abang kepada pemimpin AMANAH, Khalid Samad itu juga menyertakan tagar (tanda pagar) “BN berjaya bina negara” dan “muafakat lebih baik dari terikat”.

Belanjawan 2021 dijangka diundi di Dewan Rakyat minggu depan dengan sokongan 43 ahli Parlimen BN diperlukan Muhyiddin untuk Belanjawan 2021 diluluskan.

Pada masa ini kerajaan PN atau kerajaan tebuk atap seperti disebut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya mempunyai majoriti dua kerusi di Dewan Rakyat.