MASALAH MAHATHIR BIN MOHAMAD
Oleh HASMI HASHIM
ADA yang tidak kena dengan manusia bernama Mahathir bin Mohamad. Kalau semua orang tidak betul, biasanya, dialah yang tidak betul.
Begitu kata orang tua-tua.
Najib Razak baginya tak betul. Semalam dia bilang, Anwar juga tidak betul — tidak boleh menjadi Perdana Menteri waktu krisis. Dulu, pengganti yang dia pilih sendiri, Abdullah Ahmad Badawi, juga tidak betul.
Belum pun lama, dalam tiga tahun lalu, Anwar dan partinya memaafkan apa yang sudah berlaku sejak 1998. Bukan mudah, sama ada bagi Anwar, keluarganya, anggota lama Keadilan bahkan ramai yang terlibat dengan Reformasi 1998 boleh menerima Mahathir kembali.
Alasannya adalah demi menyelamatkan Malaysia — ada skandal yang tidak boleh dibiarkan. Salah laku di dalam 1MDB, terlalu besar.
Kalau bukan sebab untuk menyelamatkan Malaysia ketika Anwar mendekam di penjara, Mahathir bukan sesiapa. Dia hanya bekas perdana menteri — yang di mukanya penuh arang hitam yang dicontengkannya sendiri.
“Arang hitam” sudah mencemar muka Mahathir cukup lama. Bukan sejak 1998 ketika dia memecat Anwar, tetapi jauh sebelum itu lagi.
Pendedahan mengenai salah laku Mahathir ketika dalam pentadbiran — khususnya ketika menjadi PM — sudah terdengar lama. Dia mencatat rekod buruk, satu demi satu.
Sebut sahaja skandal Bank Bumiputera, Perwaja, MAS, forex oleh Bank Negara sampailah kepada geran-geran yang diberikan kepada Proton seperti projek pembangunan kereta eletrik. Semuanya telungkup.
Syukur bila mana Proton yang setakat ini berjaya diselamatkan oleh Najib selepas penggabungan dengan syarikat dari China, Geely. Dan ketika Proton mencatat keuntungan semula, yang tetap untung juga adalah Mahathir — 50.9 saham Proton itu adalah adalah milik kawan akrabnya, Syed Mokhtar Albukhary melalui DRB-Hicom.
Kalau semua kerugian daripada siri skandal tadi dikumpulkan, mungkin jumlahnya lebih besar daripada kerugian yang dialami 1MDB. Itu belum lagi arahan untuk menggunakan wang KWSP, Tabung Haji, Petronas, Khazanah untuk menyelamatkan syarikat kroni dan anak-anaknya.
Najib dalam satu hantaran di Facebook kelmarin juga membangkitkan antara skandal terawal yang wujud pada zaman Mahathir. Ia melibatkan dana kerajaan yang disalurkan kepada sebuah syarikat pelombong bijih timah, Maminco.
Syarikat itu, seperti biasa, juga rugi.
Maminco ditubuhkan adalah untuk memanipulasi pasaran timah. Apabila gagal, maka diwujudkan satu lagi syarikat, Makuwasa untuk menyelamatkan pula Maminco. Begitulah caranya Mahathir ‘menarik’ duit. Berlapis-lapis.
Bukan sahaja Najib, bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang juga pernah mendedahkan skandal lebih 40 tahun lalu itu.
Kata Mahathir ketika berbahas soal Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat minggu lalu, hutang tidak boleh ditutup dengan hutang. Betul.
Tetapi tidak pula Mahathir membentangkan pandangan lebih baik, mahu pun menyuarakan hasrat rakyat. Misalnya tentang morotarium automatik sepertimana yang disuarakan ramai ahli-ahli parlimen.
Pandangan maha hebat Mahathir cuma potongan 10 peratus gaji menteri. Kalau keseluruhan gaji menteri kabinet ialah RM25 juta, sepuluh peratus baru RM2.5 juga. Entah ke mana lenyapnya Mahathir sebagai seorang mantan menteri kewangan dan PM yang kononnya menjadi simbol pembangunan ekonomi Malaysia.
Jumlah penjimatan ala Mahathir itu terlalu kecil sekiranya hendak dibandingkan dengan desakan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan peruntukan lebih RM85 juta untuk JASA, atau lebih RM8 juta untuk sebuah badan di bawah menteri Zuraida Kamaruddin.
Di sebalik kata-kata hutang tidak boleh ditutup dengan hutang, jangan-Jangan ia membayangkan juga sifat Mahathir sendiri yang mahu dan gemar menutup dosa, dengan dosa.
Caranya bukan susah. Caranya ialah dengan memburukkan orang lain.
Kalau isu yang dibangkitkan betul, anggapkannya sebagai “bonus” atau kebetulan. Kalau yang diungkap Mahathir itu salah serta fitnah, apa yang mustahak, kebencian atau keburukan terhadap orang lain sudah ditebar.
Dan dia boleh terlepas. Lagi dan lagi.
Inilah satu bentuk sakit jiwa masyarakat yang rendah tamadun. Meski pun dia seorang yang bergelar “doktor”, dan lebih fasih bercakap orang putih berbanding cakap Melayu, belum tentu penyakit jiwa itu tidak ada padanya.
Penyakit jiwa berkenaan lebih rumit daripada hasad dan dengki. Ia bukan setakat hasad dan dengki — ia bersekali dengan apa yang disebut di atas tadi, yakni sebentuk ikhtiar yang mahu menutup kesalahannya sendiri dengan kononnya mendedahkan kesalahan dan kelemahan orang lain.
Penyakit berkenaan kita lihat juga ada pada Trump — yang minggu lalu kalah dalam pilihan raya Presiden Amerika.
Sepanjang kempen, modal dan strategi Trump mudah. Burukkan lawannya, Jeo Biden dan burukkan sekali bekas Presiden Barack Obama.
Cuma kali ini, “reality show” yang cuba dibuat Trump tidak selalu dipercayai orang. Dia kalah, termasuk di Georgia: sebuah belahan negeri di Amerika yang sudah puluhan tahun tidak dimenangi oleh Demokrat.
Lagi banyak Trump memburukkan orang yang tidak disukainya, semakin rakyat Amerika sedar rupa-rupanya Trump hanya mahu menutup skandalnya. Termasuklah kepentingan ekonomi dan perniagaan gelapnya dengan China dan Rusia.
Kita tahu, Amerika sering bermasalah dengan dua blok Komunis itu, tapi sejak era Trump, Komunis pun adalah seumpama kawannya. Apa yang mustahak, dia dapat buat duit di negara-negara Komunis dan diktator itu.
Kita tidak boleh membayangkan keadaannya apabila Trump sudah tidak lagi berkuasa. Dua anaknya yang selama ini menjadi penasihat Rumah Putih juga hilang kerja. Mungkin mereka akan kembali ke New York. Ke Menara Trump — sementara New York itu sendiri merupakan kubu kuat Demokrat.
Samalah halnya dengan Mahathir. Dia tidak duduk di Langkawi. Dia tinggal di Sri Kembangan, Selangor — negeri yang menjadi kubu kuat Keadilan. Bagaimanakan Mahathir boleh hidup selesa di negeri yang ditadbir oleh musuh nombor satunya?
Bukan orang tidak tahu, bahawa Mahathirlah yang menjadi dalang “Langkah Sheraton”. Cuma apa yang sesungguhnya terjadi, tidak seperti apa yang diinginkan oleh Mahathir. Dia tidak mahu Muhyiddin Yassin menjadi PM. Itu sahaja.
Dia hendak calon PM orang lain, yang dipilihnya. Orang yang boleh menutup dosanya.
Masalah yang timbul, menurut khabar-khabar angin, orang yang dipilih Mahathir itu tidak berani untuk bergerak sehingga memancung tengkuk Muhyiddin kerana dia belum lagi presiden parti.
Kalau-kalaulah Anwar berjaya menjadi PM entah esok entahkan lusa, dalam pilihan raya akan datang, kita akan dapat melihat Mahathir dan partinya akan menentang Anwar. Bersama calon PM Mahathir itu tadi. Mahathir akan kembali bersama PPBM, dan partinya, Pejuang gulung tikar. Tidak perlu lagi.
Semoga Mahathir panjang umur. Semoga dia dapat melihat dan merasakan, ertinya kekalahan. Apa ertinya, dosa tidak boleh ditutup dengan dosa?
*(Tulisan ini pertama kali diterbitkan di The Malaysian Insight pada 15 November 2020).
#SudahSudahlahMahathir
MUHYIDDIN SUDAH BOLEH BERKEMAS AWAL KECUALI....
Mengikuti perbahasan Belanjawan 2021 setakat ini, masih tidak ternampak ada ruang untuk ia diluluskan dengan mudah.
Baik melalui perbahasan oleh Anwar Ibrahim, Najib Razak dan lain-lain pemimpin sama ada daripada PH atau BN, rata-ratanya meletakkan syarat sebelum sedia memberi sokongan.
Sehingga ini, sekurang-kurangnya ada empat halangan atau tuntutan yang menyukarkan Belanjawan 2021 daripada diluluskan – pengeluaran RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP, lanjutan moratorium wajib selama enam bulan lagi, peruntukan propaganda Jasa sebanyak RM85.5 juga dan dana RM8.5 juta untuk NGO Penggerak Komuniti Negara.
Anwar selaku Ketua Pembangkang ketika berucap membahaskan Belanjawan 2021 berkata, jika tiada pindaan terhadap empat perkara tersebut, blok PH tidak akan menyokongnya.
Pemimpin PH daripada DAP dan Amanah juga melontarkan syarat yang sama, jika tidak, mereka turut tidak memberi sokongan.
Bagi BN pula, khususnya melalui ucapan Najib selaku Pengerusi BNBBC, penekanan khusus mereka adalah berkaitan kebenaran pengeluaran RM10 ribu KWSP dan lanjutan moratorium yang disifatkan dapat memberi kelegaan kepada rakyat meringankan beban kehidupan di musim Covid19 ini.
Tidak saja dalam ucapannya Najib menyatakan sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 adalah bersyarat, malah dalam posting di laman sosial sehingga hari ini juga bekas Perdana Menteri itu terus berkeras agar dua tuntutan itu dipenuhi jika kerajaan mahukan sokongan mereka.
Dengan sentimen penolakan di Parlimen itu, tanpa ragu-ragu kemungkinan Belanjawan 2021 tidak diluluskan adalah sekitar 60 peratus.
Tambah memburukkan keadaan, sementara Muhyiddin Yassin terus sejuk dan membisu, pihak KWSP, Bank Negara dan Kementerian Kewangan sendiri nampaknya kekal keberatan untuk bertolak ansur.
CEO KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, beliau lebih rela dibenci daripada menunaikan pengeluaran wang daripada Akaun 1 yang diminta itu.
Alasan beliau, KWSP mahu melindungi masa depan pencarum selepas mereka bersara nanti.
Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus pula menjelaskan, melanjutkan lagi moratorium selama enam bulan hanya akan merencatkan ekonomi negara.
Jelasnya, moratorium menyeluruh adalah tidak baik untuk ekonomi kerana ia hanya memberi lebihan wang jangka pendek kepada rakyat.
Melalui pendirian KWSP dan Bank Negara itu, ia menjadikan penolakan di pihak rakyat terhadap Belanjawan 2021 adalah antara 75 hingga 80 peratus.
Ini kerana, mereka yang hilang pendapatan, diberhentikan kerja dan tiada sumber pendapatan begitu memerlukan RM10 ribu untuk menyelesaikan urusan kehidupan atau bagi memulakan perniagaan baru secara kecil-kecilan.
Namun, dalam kenyataan terbarunya hari ini, KWSP mengumumkan kebenaran untuk kira-kira 2 juta pencarum yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan mengeluarkan wang daripada Akaun 1 tertakluk kepada baki simpanan masing-masing.
Bagi mereka yang mempunyai baki tidak lebih RM90 ribu dibenar mengeluarkan sehingga RM9000, sementara yang ada simpanan lebih daripada itu dibolehkan mengeluar sehingga RM60 ribu.
Di sebalik KWSP mula berlembut, walaupun kebenaran yang diberi tidak menyeluruh iaitu hanya untuk 2 juta pencarum berbanding kira-kira 4.7 juta pencarum di bawah Skim I-Lestari melalui tuntutan asal, tetapi Bank Negara dan Kementerian Kewangan belum lagi mengubah pendirian mereka berkaitan moratorium.
Bermakna, tuntutan yang diminta oleh PH dan BN belum lagi dipenuhi sepenuhnya.
Begitu pun, dalam cubaan untuk meraih simpati, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, gaji kakitangan awam dan petugas barisan hadapan Covid19 tidak akan mampu dibayar oleh kerajaan jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan.
Sementara ramai yang menyifatkan Tengku Zafrul cuba melakukan ugutan dengan hujah dangkalnya tersebut, kemudian hampir semua suara menolak kenyataan beliau itu.
Kata mereka, tiada kaitan penolakan
Belanjawan 2021 dengan bayaran gaji kakitangan awam kerana selepas belanjawan ditolak dan kerajaan yang ada jatuh, kerajaan yang baru terbentuk nanti boleh membentangkan semula atau mengemukakan usul Bajet Interim khusus untuk pembayaran gaji saja.
Dengan Bajet Interim itu, bayaran gaji kakitangan awam, pembelian vaksin Covid19 dan pemberian tunai kepada rakyat dapat diteruskan tanpa gangguan.
Yang penting, apabila Belanjawan 2021 ditolak kerana tuntutan yang diminta tidak dipenuhi, kerajaan PN dan Muhyiddin yang tidak peka terhadap keperluan rakyat akan jatuh dengan sendirinya.
Meskipun Muhyiddin masih ada ruang untuk memohon kepada Agong untuk pembubaran Parlimen selepas belanjawan ditolak, besar kemungkinan permintaan itu tidak ditunaikan kerana kes Covid19 yang masih meninggi setiap hari.
Jalan selamat ialah Agong harus membenarkan pembentukan kerajaan baru untuk menyelesaikan kekusutan politik yang melanda negara.
Oleh kerana, baik PH atau BN, asas mereka menolak Belanjawan 2021 adalah kerana kerajaan tidak sedia membenarkan pengeluaran KWSP, enggan melanjutkan moratorium enam bulan lagi dan berkaitan dana untuk Jasa dan NGO Penggerak Komuniti Negara, belanjawan baru yang akan dibentangkan selepas itu tentu saja akan mengambil kira perkara-perkara tersebut.
Dengan yang demikian, kerajaan baru yang terbentuk selepas itu adalah sebuah kerajaan yang disukai dan diterima rakyat kerana mengambil kira keperluan sebenar mereka.
Sentimen setakat ini, baik di Parlimen atau di kalangan rakyat, memperlihatkan Muhyiddin mungkin terpaksa berkemas awal daripada pejabatnya.
Satu-satunya cara untuk mengelakkan Muhyiddin berkemas awal ialah memenuhi semua tuntutan PH, BN dan blok pembangkang dalam Belanjawan 2021 yang mana ia juga bererti beliau harus mengalah untuk memberi suatu kemenangan buat Anwar dan Najib dalam perjuangan mereka demi rakyat. (Shahbudindotcom 16/11/2020)
WELCOME TO THE CLUB USTAZ...!!
0:00 / 11:47
Tahniah YB Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar. Saya sokong tindakan Ustaz. Keputusan Ustaz pasti datang dengan risikonya, macam-macam tohmahan akan terpaksa Ustaz hadapi. Jahat tak jahat puak tu DHM pun sering dihina bila menegur mereka yang terlalu lapaqkan Atuk sehingga memperjudikan Muafakat dalam PH malah mengenepikan rasa hormat pada DSAI.
Apapun...kalau ada Anai-anai PANtuk #K3 menyibuk mengutuk Ustaz, biar je kami balun PENGKHIANAT-PENGKHIANAT yang menjahanamkan Muafakat PH dgn beriya-riya mahukan ORG LUAR jadi calon PM. Macam nak ORG LUAR terajui PH je lagaknya? Ini serupa perangai Pak Aji Hadi cdgkan Ku Li (UMNO) jadi calon PM bagi PA$ / PR.
Masalah PH adalah berpunca dari puak yang main Dua Kolam, lapaq ke Atuk (PT95) yg bela Assmin untuk khianati DSAI dan Keadilan, maka PH jadi mcm ni. Lepas itu tanya apa salah Amanah? Memg BUKAN salah Amanah per se tapi salah K3 yang seret Amanah jadi macamni. Tiap hari mereka serang DSAI masih tega untuk bertanya apa salah mereka? Ciss..!!
Cuba buat pungutan suara? Akar umbi Amanah nak Atuk ke? Saya yakin MAJORITI ahli Amanah tetap bersama kita Ustaz, mempertahankan Muafakat PH dan Pengerusinya. Yang mahu memecahbelahkan PH adalah mereka yg asyik pertahankan Atuk sambil menyerang Pengerusi Pakatan Harapan. Logik semudah itu pun mereka mahu menafikannya?
Anai-anai PANtuk dan #K3 ni hanya MINORITI yg mahu paksa MAJORITI dlm PH ikut melampiaskan nafsu mereka lapaqkan Atuk. Lansung tidak berpijak di bumi nyata, Atuk punca Assmin dan Moo boleh berlaku khianat tapi puak tu tetap jilat tapak kaki Atuk. Hari-hari puak PENGKHIANAT itu persalahkan DSAI. Kemudian berpura2 tanya apa yg tak kena, kenapa penyokong Keadilan marahkan Amanah? Ciss..!!
Saya ulang BUKAN salah Amanah per se, tapi K3 - KELOMPOK KEMARUK KUASA dlm Amanah yg jadi PENJILAT Atuk. Tuduhan sebegitu terhadap penyokong Keadilan / PKR hanya utk menutup kejahatan mereka semata-mata. Mereka enggan menerima hakikat bahawa era Atuk sudah berlalu, kita perlu move forward tanpa org tua tu.
Naratif PENGKHIANAT-PENGKHIANAT ini mainkan adalah bagi MENYALAHKAN DSAI kerana mereka kehilangan kuasa walau apapun kesalahan Assmin, Moo dan Atuk. Bagi mereka DSAI mesti dipersalahkan dan abaikan kesalahan PNkhianat sebenar.
Apa yang mereka nak sebenarnya? Kita pun tahu. Oleh itu keputusan Ustaz meninggalkan puak-puak yang tidak akan menghargai pemikiran Ustaz adalah sangat tepat. Solute..!!! Welcome to the club. Teruskan berjuang..!! Insya Allah.
- Zus Din
15 November 2020
APA PENDAPAT SAHABAT SEMUA TENTANG MENTERI MAKAN GAJI BUTA INI,
AMEER ANUAR
1.POTONG GAJI MEREKA
2.BERHENTIKAN MEREKA DARI JABATAN
3.HUMBAN DALAM KUMBAHAN NAJIS
INGAT HEBAT SANGAT MENTERI KEWANGAN
RINA HAMZAH
Akan muncul banyak lagi berita dan tulisan² seperti ini bila
peruntukan lebih RM85.5 juta untuk JASA diluluskan di Dewan Rakyat.
Rakyat mahu wang mereka dibazirkan begitu saja? Kerja mereka ini
kebanyakannya ditumpukan untuk menjilat, membodek dan menaikkan imej Perikatan
Nasional hingga kepentingan rakyat sendiri diabaikan.
SR
Mana 800 siaran TV RM2 juta untuk murid? soal Maszlee kepada kerajaan
PETALING JAYA: Bekas menteri pendidikan
Maszlee Malik meminta penjelasan Putrajaya berhubung status 800 rancangan pendidikan
bernilai RM2 juta yang diberi secara rundingan terus kepada sebuah syarikat.
Maszlee (Bebas-Simpang Renggam) berkata, syarikat berkenaan sepatutnya
menyiapkan semua program itu pada Oktober lalu untuk diserahkan kepada
Kementerian Pendidikan.
“Rakyat tahu KPM ada berikan projek, melalui tender terus berharga RM2
juta sejak beberapa bulan lalu untuk hasilkan 800 kandungan yang sepatutnya
diselesaikan pada Oktober lalu.
“Dewan ingin penjelasan, apakah status pembekalan kandungan yang KPM
(Kementerian Pendidikan) berikan pada syarikat berkenaan, di manakah 800
kandungan dijanjikan itu. Pendidik dan anak-anak sekolah sedang menantikannya,”
katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Lapan ratus rancangan pendidikan untuk siaran TV itu dilihat penting
berikutan pengajaran dan pembelajaran beralih ke atas tallan ataú menerusi
televisen setelah semua sekolah dan kolej vokasional awam ditutup sejak 9 Nov
lalu kerana Covid-19.
Maszlee berkata, tempoh masa 2 jam siaran pendidikan menerusi stesen televisyen
arus perdana tidak memadai, jika dibandingkan dengan negara jiran lain.
“Setakat ini TV pendidikan percuma di Malaysia hanya boleh diakses di
TV Okay selama 2 jam sehari sahaja. Ini amat memalukan. Di Indonesia,
mereka (pemerintah) memperuntukkan 6 jam sehari di stesen televisyen arus
perdana. Di Thailand pula mereka sediakan 15 saluran untuk pendidikan.
“Manakala, di Turki, siaran televisyen pendidikan disediakan bagi
setiap kelas berbeza dari pra sekolah hingga peringkat universiti. Di Malaysia
hanya 2 jam sehari,” katanya.
Sementara itu, bekas timbalan menteri pendidikan Teo
Nie Ching turut berkata tempoh siaran pendidikan di Malaysia terlampau pendek
dan tidak boleh menampung keperluan pelajar.
“Untuk tingkatan 6 hanya 3 subjek yang diajar iaitu
fizik yang diajar selama 55 minit, subjek ekonomi pula selama 27.5 minit dan
sejarah 27.5 minit. Itu sahaja untuk tingkatan 6. Lagi teruk untuk tingkatan 2,
bagi tempoh 5 November hingga 12 November, tidak ada mata pelajaran yang diajar
dalam saluran ini.
KKM beri maklumat kurang jelas kes Covid 19 di Kuala Lumpur - Fahmi
Ahli
Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menegur kualiti maklumat yang diterbitkan
oleh Majlis Keselamatan Negara dan Crisis Preparedness and Response Centre
(CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kurang memperincikan
jangkitan Covid 19 di Kuala Lumpur.
Graf jangkitan Covid 19 kurang
lengkap
"Saya teliti kualiti maklumat yang diterbit Majlis Keselamatan Negara dan CPRC KKM berkenaan kes Covid-19 mengikut negeri dan dapati ada ruang untuk ditambah baik.
"Jika dibandingkan perincian maklumat taburan dan status kes mengikut daerah dan mukim, jelas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tiada maklumat terperinci yang diterbit sama seperti negeri-negeri lain.
"Ini satu keadaan yang boleh ditambahbaik kerana Kuala Lumpur dengan penduduk melebihi 1.8 juta dan penyumbang 16% Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia wajar diberi maklumat dengan kualiti sekurang-kurangnya setaraf negeri-negeri lain," katanya.
Fahmi
berharap KKM akan memberi maklumat yang lebih baik berhubung kes jangkitan
Covid selepas ini.
Dahulukan rakyat, bukan Jasa atau ‘projek khas’, kata Santiago
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Putrajaya supaya mengutamakan rakyat, terutama golongan pekerja, sekali gus meminta peruntukan tidak perlu dan “projek khas” dikeluarkan daripada Belanjawan 2021.
Beliau merujuk kepada peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal-Ehwal Khas (Jasa), RM8.6 juta kepada Penggerak Komuniti Tempatan, RM1 bilion untuk “projek khas” di bawah Jabatan Perdana Menteri dan RM13.61 bilion di bawah Kementerian Kewangan untuk “pelbagai suntikan modal” dalam belanjawan tersebut dengan berkata, jumlah dana sebanyak RM14 bilion itu sangat membantu golongan yang paling memerlukan.
Santiago berkata, dengan menyalurkan dana tersebut kepada rakyat, orang ramai tidak perlu mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang merupakan simpanan persaraan mereka.
“Bolehkah kerajaan ubah suai belanjawan ini? Sebagai langkah awal, ia boleh memindahkan dana bagi membantu pekerja dengan membatalkan atau menilai semula cadangan belanjawan berkenaan.
“Kerajaan ada dana. Tetapi adakah ia mempunyai keazaman politik untuk membantu golongan yang paling memerlukan?
“Apakah pentadbiran Muhyiddin Yassin mengambil jalan mudah dengan menjadikan simpanan KWSP, yang merupakan dana persaraan, sebagai tabung kecemasan?”, soalnya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan bahawa 32% daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM5,000 dalam Akaun 1, sementara 10% lagi mempunyai antara RM6,000 hingga RM10,000.
KWSP sendiri memaklumkan kira-kira 65% pencarum di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM50,000, sementara 60% pesara menggunakan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 3 tahun selepas bersara.
Santiago berkata, angka ini menunjukkan bahawa sebilangan besar pekerja hidup dalam kemiskinan, sementara pengeluaran lebih banyak simpanan mereka akan menghilangkan terus jaminan keselamatan kewangan selepas persaraan.
“Pengeluaran terkumpul akan memberi kesan ke atas kapasiti perolehan masa depan pekerja melalui kehilangan dividen dan faedah kompaun simpanan yang dikeluarkan.
“Ia juga akan menghapuskan keselamatan kewangan pada masa tua,” katanya.
Kerajaan merancang untuk membenarkan individu yang kehilangan pekerjaan mengeluarkan maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 1 KWSP di bawah kemudahan i-Lestari yang dilaksanakan pada April.
Belanjawan 2021 tidak adil bagi Sabah dan Sarawak
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng menyifatkan peruntukan yang
ditetapkan dalam Belanjawan 2021 adalah tidak adil untuk Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, peruntukan untuk Sabah dan Sarawak telah dikurangkan meskipun kedua-dua negeri ini ketinggalan dari pelbagai segi dan memerlukan tambahan peruntukan untuk pembangunan negeri.
"Belanjawan kali ini memperuntukkan RM5.1 bilion untuk Sabah dan RM4.5 bilion untuk Sarawak.
"Namun peruntukan perbelanjaan pembangunan khusus untuk Sarawak telah menurun dari 7.8 peratus pada 2020 kepada 6.5 peratus pada 2021. Sabah juga menurun dari 9.3 peratus kepada 7.4 peratus.
"Adakah peruntukan ini mencukupi untuk merapatkan jurang antara wilayah yang makin melebar?" soalnya ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
Larry turut mendedahkan bahawa Sabah dan Sarawak ketika menghadapi masalah jurang kemiskinan yang tinggi dan kekurangan kemudahan klinik dan pusat kesihatan.
"Mengikut Indeks Kemiskinan 2019, Sabah di tempat pertama iaitu 19.5 peratus manakala Sarawak di tempat ketiga dengan 9 peratus.
"Dari sudut kesihatan, nisbah klinik kesihatan berbanding penduduk pada 2018 adalah 1: 13,129 untuk Sabah 1:11,682 untuk Sarawak.
"Ini bermakna nisbah Sabah dan Sarawak lebih dari dua kali ganda tinggi berbanding Pahang yang mempunyai nisbah terbaik negara iaitu 1:5,048 penduduk.
"Pada 2019, sebanyak 15.5 peratus isi rumah Sabah dan 8.4 peratus isi rumah Sarawak berada lebih dari 9 kilometer dari pusat kesihatan awam dan swasta, ini peratusan tertinggi di Malaysia," katanya.
Larry juga memberi contoh bahawa kawasannya Julau tidak mempunyai stesen minyak dan balai bomba.
"Dari segi infrastruktur asas, Sabah dan sarawak serba ketinggalan, sebagai contoh kawasan saya Julau yang sebesar gabungan Perlis dan Melaka tidak mempunyai sebuah stesen minyak dan balai bomba.
"Sepanjang 2018 hingga 2020, sudah 4 kebakaran berlaku iaitu 3 rumah panjang dan sebuah asrama sekolah, jadi saya memohon supaya pembinaan balai bomba kategori E diberi keutamaan dan dimasukkan dalam senarai untuk 2021," katanya.
Telekomunikasi di Sarawak
Larry menggesa kerajaan supaya menaik taraf infrastruktur telekomunikasi di Sarawak dengan segera yang menjadi antara masalah utama di negeri itu untuk sekian lama.
"Kerajaan merancang untuk merapatkan jurang digital dan infrastruktur telekomunikasi menerusi program Jaringan Prihatin dan inisiatif Jaringan Negara dan saya sokong penuh perkara ini namun ianya harus disegerakan.
"Di kawasan saya ada 6 menara telekomunikasi tetapi hanya ada 2G dan 3G, tiada liputan 4G. Saya pernah lihat bagaimana seorang penduduk di rumah panjang mengangkat telefonnya dan menarik ke atas siling hanya untuk dapatkan liputan internet, ada perkhidmatan telefon tetapi tiada liputan internet, ada perkhidmatan internet tetapi tiada liputan di rumah pula.
"Inilah sebabnya penduduk di kawasan saya terpaksa mendaki bukit, masuk dalam hutan, dan duduk ditepi jalan hanya untuk dapatkan liputan internet.
"Kerajaan sebelum ini melaporkan bahawa sebanyak 2,041 menara telekomunikasi sedia di naik taraf kepada 4G, jadi saya memohon usaha ini diberikan keutamaan dan disegerakan.
"Liputan internet teramatlah penting ketika kita semua hadapi norma baharu, saya harap kerajaan merapatkan jurang digital dan isu infrastruktur telekomunikasi diberi perhatian khusus dan disegerakan terutama sekali di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya.
Larry juga enggan memberi jaminan bahawa beliau akan memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021 selagi kerajaan tidak membuat pindaan yang sewajarnya.
"Tanpa peruntukan mencukupi, kami tidak akan dapat membantu rakyat.
"Menghadapi 'unprecedented crisis' memerlukan 'unprecedented response' dan 'extraordinary measures'.
"Pendekatan 'business as usual' Belanjawan 2021 ini tidak mencerminkan ianya Belanjawan Covid-19 dan negara sedang berhadapan 'unprecedented crisis'.
"Janganlah kita mensia-siakan pengorbanan 'frontliners' negara dengan mengambil pendekatan sebegini.
"Saya hanya akan menyokong Belanjawan ini jika semua cadangan
diberikan perhatian dan diberi pertimbangan serius," katanya.
KAMU NAK BERTANDING DI MANA AGAK AGAK?
Masa dipilih atas mandat rakyat, ajak rakyat TOLAK BAJET.
Tapi lepas khianat mandat rakyat, tahu pulak gesa MP BAJET KARUT 2021 utk diluluskan !!
INGATLAH wahai rakyat di parlimen P.082 INDERA MAHKOTA.. Anda masih nak undi SAIFUDDIN pada PRU15 nnti setelah beliau khianat undi anda?
#MuhyiddinOUT
#TolakPengkhianat
SR
DIA MEMANG KHIANAT
Kerajaan PH tumbang sebab OT95 letak jawatan! Kau tengok Muhyiddin, orang kata macam-macam kat dia, hilang majoriti ke, tak ada sokongan ke, muka tebal ke, dia masih kekal PM kat situ. Ada dia letak jawatan? Dia tak letak jawatan maka kabinet dia pun kekal dan kerajaan PN kekal sehingga hari ni. Dia buat macam-macam nak bagi PN kekal.
Sebenarnya waktu langkah sheraton (baca: syaiton) sedang berlangsung, jika benar OT95 tak terlibat, sepatutnya OT95 panggil mesyuarat tergempar majlis presiden bincang dengan rakan-rakan PH tentang langkah dan cara macam mana nak bagi PH kekal sebagai kerajaan.
Tapi apa dia buat? OT95 letak jawatan. Letak jawatan pun tak bincang dengan PH.
Letak jawatan PM sebab prinsip? Jangan buat kelakar boleh? Pertama, kalau OT95 ada prinsip dia akan tunaikan janji serah jawatan PM kepada Anwar sebab dah termaktub dalam manifesto, kedua, kalau OT95 ada prinsip, OT95 tak akan mudah-mudah letak jawatan macam tu saja dan akan buat apa saja untuk pertahankan mandat rakyat kekalkan PH sebagai kerajaan!
Simple kan?
Khalas!
Cc: MD ZaKi
22 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL SESSI PETANG
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR. LAGI
BERITA AKAN MENYUSUL SEBELAH PETANG. SILA
TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI.
TERIMA KASIH.
AHLI POLITIK PAS HILANG SEMANGAT BANGUNKAN KELANTAN
Ahli politik Pas hilang semangat bangunkan Kelantan
Pemimpin dan Ahli Parlimen Pas dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021 kelihatan hanya mempertahankan polisi kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan tidak ada yang berani menegur peruntukan membazir atau kekurangan pengagihan pembangunan ke Kelantan.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, sikap para pemimpin Pas tersebut amat bertentangan dengan perjuangan mereka sejak era kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sering menegur perbelanjaan tidak munasabah Kerajaan Persekutuan dan memperjuangkan pembangunan untuk negeri Kelantan.
Kata Azan, pimpinan Pas kini seolah-olah telah ‘digula-gulakan’ oleh pemimpin PN sehingga mereka gagal menyuarakan keutamaan pembangunan di Kelantan yang telah 30 tahun ditindas kerajaan BN sebelum ini.
“Pimpinan Pas ini macam telah “digula-gulakan” dengan kenaikkan gaji, elaun, persetujuan beli kereta mewah dan sebagainya. Jadi mereka sekarang ikut rentak Umno yang dulu, suka membazir dalam berbelanja. Sekarang Pas, Umno, PN ke semua mereka berperangai suka bermewah-mewah.
“Bagi saya, ia agak logik (dengan sikap bermewah) apabila mereka (Pas) tidak membantah langsung belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini.
“Tidak ada seorang pun yang bangun bantah (seperti Ahli Parlimen era Nik Aziz), sebab itu saya kata Pas yang asal di bawah Allahyarham Nik Aziz sudah tiada dan sekarang Pas hanya tinggal nama. Sedangkan pentadbiran dan misi mereka sama seperti kaedah Umno dan PN,” katanya kepada Suara Keadilan.
Untuk rekod, Belanjawan 2021 tidak menyenaraikan peruntukan pembangunan khusus buat Kelantan sebagaimana diharapkan rakyat. Terutama dalam peruntukan besar-besaran membaikpulih bekalan air bersih yang menjadi kontroversi sejak bertahun-tahun lalu.
Sebaliknya, peruntukan pembangunan buat negeri itu hanya dibentangkan dalam senarai projek pembangunan biasa seperti pembinaan jalan, jambatan dan sebagainya.