Aduhhh..Bukan main lagi memuji dan memuja kononnya kersjaan terbaik bila keluarkan wang daripada kwsp..Kikikiki.. Pencarum keluarkan wang yang mereka sendiri simpan,last-last kerajaan yang dilambung-lambung seolah-olah wang kerajaan campak dari langit..🙂🙂😂
Ello tuan..itu bersasar untuk mreka yang hilang pekerjaan..Bijak permainan ayat..Tak ubah berterima kasih kepada mesin ATM bila keluar duit..🙂🙂🙂🙂
Idea untuk menetapkan hanya 80 orang MP berada di dalam dewan Parlimen pada petang tadi sewaktu Pembentangan Bajet datangnya dari Takiyuddin, MP dari Pas merangkap Menteri Undang-Undang. Saya tidak faham bagaimana seorang Menteri mewakili parti yang kononnya membawa suara Islam boleh menyuarakan idea sebodoh itu.
Alhamdulillah, sebelum pembentangan Bajet bermula, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim bangun untuk memohon kepada YDP Dewan agar membenarkan kesemua MP yang berada di luar dewan masuk untuk mendengar Pembentangan Bajet. Ini sesi yang penting di mana Bajet untuk negara dan rakyat dibentangkan maka wajarlah kesemua Wakil Rakyat dibenarkan masuk untuk mendengar dengan teliti sebelum dibahaskan.
Pada awalnya Speaker agak keberatan untuk meluluskan permohonan Ketua Pembangkang atas alasan ia telah diputuskan di dalam mesyuarat bersama Ketua-Ketua Whip. Takiyuddin pun turut bangun mempertahankan idea bengapnya itu. Namun, cadangan Dato Seri Anwar Ibrahim ini telah mendapat sokongan beberapa MP dari Umno seperti YB Noh Omar, YB Tajuddin, YB Shahidan Kassim, YB Bung Mokhtar dan beberapa yang lain termasuk tentuya dari MP mewakili PH.
Akhirnya, Speaker menerima cadangan Ketua Pembangkang sekaligus membakul sampahkan idea mengarut Takiyuddin itu. Maka, kesemua MP samada dari kerajaan pintu belakang mahu pun Pembangkang termasuk dari Bebas dibenarkan masuk dewan.
Tahniah, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mempamerkan kualiti seorang pemimpin yang telah membawa suara kesemua MP tidak kira apa parti sekalipun dan rakyat bawahan yang mahu agar institusi Parlimen benar-benar dimartabatkan bukan diperkudakan sesuka hati.
Wakil-wakil rakyat DAP terus menyantuni masyarakat setempat dengan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook antaranya, bersama seluruh kepimpinan DAP Negeri Sembilan telah turun ke Taman Happy, Pekan Rasah untuk melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Kawasan tersebut adalah antara yang paling teruk terjejas.
“Di atas solidariti bersama mangsa banjir, pejabat saya menyumbangkan 100 set tilam dan 50 unit periuk nasi kepada 50 buah keluarga di sini,” kata Anthony.
Dalam musibah banjir tersebut, tambah Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP, kebanyakan barangan dalam rumah mereka musnah termasuk tilam dan barangan elektrik.
Beliau berharap, sedikit sumbangan itu meringankan kesusahan mereka dan bantuan akan terus diedarkan kepada kawasan-kawasan terjejas yang lain.
Dalam pada itu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bangi mengedarkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk-penduduk kawasan Hentian Kajang.
Penduduk-penduduk kawasan itu kini dengan menjalani Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming menasihati penduduk kawasan tersebut untuk berada di rumah jika tiada sebarang urusan di luar.
“Sama-sama kita memutuskan rantaian jangkitan Covid–19,” ujarnya.
Jika trend lama juga diulangtayang, golongan tidak berkemampuan tetap tiada perubahan dan hanya menunggu mesin ATM bila bantuan dihulur.
MP patut debat soal ini kerana yang diperlukan ialah, dana untuk perniagaan kecil-kecilan kerana itu kemampuan orang kecil. BRIM atau BSH atau apa jenama pun akhirnya menjadikan orang kecil mandul tidak berkembang.
Kebetulan dengan perkembangan Covid19 seluruh dunia dan kebimbangan perniagaan yang terbantut, tahun 2021 bakal menampakkan lagi jurang perekonomian rakyat.
Bajet 2021 mungkin boleh dicanai lebih baik jika MP punya wawasan dan ilmu baik pulih. Sepanjang sejarah Malaysia, untuk bangkit dari kejatuhan ekonomi sangat payah sehinggakan selepas kemelesetan ekonomi 1998, negara ini terus jatuh merudum dan merudum.
Yang kononnya dikatakan baik itu hanya dari mulut mantan menteri terdahulu padahal kebangkitan Malaysia hanya dari bantuan hutang sama ada IMF atau negara lain.
Untuk perdebatan minggu seterusnya, kita lihat bagaimana MP dan kepakaran masing-masing berhujah. Jika ada lontaran genius, aku rasa debat menjadi hangat.
Silap haribulan, undian bajet ditolak.
Bagi aku sendiri, kalaulah namanya kerajaan pengkhianat, kau bentang bajet bapa punya bagus pun tetap tiada keberkatan malah tunggu sahaja kemusnahan mereka!
Saya rasa daripada DUN Kelantan meluluskan kenaikan gaji wakil rakyat sehingga RM5,000 baik luluskan peruntukan untuk bagi bantuan kepada rakyat Kelantan dalam hadapi pandemik Covid ini.
Ada orang tersilap hitung bila kenaikan antara RM3,000 hingga RM5,000 menganggap gaji (elaun) wakil rakyat Kelantan dalam kadar itu, tetapi tidak. Hari ini wakil rakyat Kelantan telah menerima RM8,000 sebulan apabila semakan elaun dan saraan mereka dibuat pada tahun 2015, daripada RM4,600 kepada RM8,000.
Dengan kelulusan elaun dan saraan hidup baru itu dipercayai wakil rakyat Kelantan akan menerima hingga RM10,500 manakala Exco akan cecah ke RM20,500 sebulan.
Lumayan juga jadi wakil rakyat sebab itulah berebut untuk jadi wakil rakyat.
Anwar diperlukan pulih ekonomi, tarik pelaburan asing – Abdullah Sani
Kajian agensi penyelidikan Nusantara Academy For Strategic Research (NASR) bahawa 89% responden mahukan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Pedana Menteri (PM) Malaysia ke 9 memperlihatkan harapan rakyat yang mahu ekonomi negara segera dipulihkan.
Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, kajian yang turut menunjukkan 72% mahukan Pakatan Harapan kembali memerintah itu juga menunjukkan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu perlu dikembalikan segara kepada pemerintah yang berhak.
“Ini melihatkan kepercayaan dan harapan rakyat memilih kita pada PRU 14 lalu. Mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar diperlukan untuk memimpin negara.
“Apabila berlakunya kemelut Covid 19, ekonomi merudum dan dipercayai RM100 bilion wang hasil tidak berjaya dikutip, hanya 61% daripada 200 bilion, maka kita memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar kerana kecemerlangan beliau memimpin kewangan pada 1993 hingga 1998.
“Rakyat melihat Datuk Seri Anwar orang yang berkemampuan untuk menerajui kerajaan dalam proses kita membina semula negara.
“Saya beranggapan rakyat sudah sedar dengan apa yang berlaku hari ini. Manakala kepincangan 22 bulan yang lalu (era Tun Mahathir) bukan disebabkan oleh Datuk Seri Anwar tetapi PMnya orang lain dan tidak menghayati reformasi yang mahu dilakukan.
“Kita tidak boleh meletakkan hukuman orang ini layak atau tidak layak sehingga kita mendapat kepastian daripada kecemerlangan rekod yang telah beliau pamerkan kepada negara dan dunia,” katanya menjawab soalan moderator Mustaffa Kamil Ayub lewat hasil kajian NASR dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.
Menurut Abdullah lagi, beliau tidak melihat tokoh politik lain yang setanding Anwar dari segi karisma mahu pun kebolehan dalam ekonomi yang layak memimpin Malaysia keluar daripada keruntuhan akibat pandemik Covid 19.
Katanya, hanya Anwar yang mampu menarik pelaburan asing dan meningkatkan hasil negara setelah Keluaran Dalam Negara Kasar merosot -17% dan terburuk di Asia pada suku kedua 2020 lalu.
“Waktu ini kita tidak boleh berkisar dalam negara, kita kena pastikan percukaian datang dari pelaburan luar (FDI). Ini yang saya lihat kemampuan Datuk Seri Anwar. Ia (pertukaran kepimpinan) memang mendesak untuk diberi peluang sebagai PM 9. Tidak boleh dinafikan (keunggulan Anwar), saya tidak nampak sosok tubuh yang lain,” katanya lagi.
Baru-baru ini NASR menerbitkan dapatan kaji selidik secara atas talian pada 27 Oktober – 3 November 2020 melibatkan 1,158 responden yang majoritinya bersetuju bahawa Anwar perlu diangkat sebagai PM ke 9 dan PH wajar kembali memimpin Kerajaan Persekutuan.
Azhar berkata SOP sedia ada iaitu had 80 orang Ahli Parlimen pada satu-satu masa, akan berjalan pada sesi seterusnya Isnin ini.
KUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 yang sepatutnya bermula 4 petang di Dewan Rakyat terhenti selama 15 minit apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) bangkit memohon agar dibenarkan kesemua Ahli-ahli Parlimen masuk ke dalam dewan.
Permohonan tersebut adalah susulan keputusan yang dibuat Speaker Datuk Azhar Azizan Harun semalam yang mengatakan jumlah Ahli-ahli Parlimen yang dibenarkan dalam Dewan Rakyat adalah 80 orang pada satu-satu masa.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, sepatutnya tiada masalah untuk membenarkan kesemua Ahli Parlimen bersama-sama mendengar pembentangan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memandangkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sudah mencukupi.
Antara yang bangkit menyokong usul beliau adalah Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (Bebas-Jerlun), Lim Guan Eng (PH-Bagan) dan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang).
Pada awalnya, Speaker berkata, keputusan tersebut telah dibuat berdasarkan persetujuan Ketua-ketua Whip Parti dan tidak perlu diubah kembali.
Namun, beberapa Ahli Parlimen mengatakan keputusan tetap terletak di tangan Azhar selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat, bukannya keputusan bersama Ketua-ketua Whip.
Azhar akhirnya membenarkan sidang ditangguh lima minit bagi membenarkan kesemua Ahli Parlimen memasuki dewan.
Beliau kemudian memberitahu dewan bahawa SOP sedia ada iaitu had 80 orang Ahli Parlimen pada satu-satu masa akan berjalan pada sesi seterusnya Isnin ini.
“Ingin saya tegaskan, keputusan tersebut dibuat secara konsesus bersama-sama Ketua-ketua Whip Parti. Saya akan patuhi keputusan tersebut secara ketat Isnin ini.
“Di masa hadapan, lebih baik saya diberi notis terlebih dahulu, saya tak suka buat keputusan secara bersendiri. Saya suka buat keputusan secara konsensus selepas ada libat urus dengan pihak yang berkaitan," kata beliau lagi.
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun terpaksa mengenepikan keputusan awal untuk mengehadkan jumlah ahli parlimen kepada 80 dalam sidang ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Anwar Ibrahim [PH-Port Dickson] memulakan desakan itu dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah pihak, termasuk Bung Mokhtar Radin [BN-Kinabatangan], Tajuddin Abdul Rahman [BN-Pasir Salak], Ahmad Jazlan Yaakub [BN-Machang ] dan Noh Omar [BN-Tanjung Karang].
Korang jangan dengki adun-adun Kelantan gaji. Lebai ni kata, itu rezeki Allah. Allah dah tetapkan rezeki Adun-adun naik gaji. Rezeki korang dapat air keruh atau berkarat, atau tiada kerja, korang kena redho ketentuan Allah.Tu namanya Takdirrrrr...
Selain topi cop capal yang harga asal RM300, kayu yang didakwa dari kapal Nabi Noh AS juga dijadikan bahan jualan puak ketayap masam. Bebas sungguh kapitalis agama!
Manifesto Pakatan Harapan (PH) berhubung usaha pengasingan peranan
pendakwa raya dari jabatan peguam negara bagi mengelakkan pendakwaan
bermotifkan politik akan diteruskan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),
Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jabatan peguam negara sedang menyiapkan
laporan inisiatif itu dan akan dibentangkan jemaah menteri pada hujung tahun
ini.
"Inisiatif untuk mengasingkan peranan pendakwa raya dari
peguam negara merupakan strategi kajian separuh penggal kerajaan PH dalam
Rancangan Malaysia Ke-11 dan pelan anti-rasuah negara ini diteruskan oleh
kerajaan ini.
"Jabatan peguam negara adalah agensi penyelaras dan pelaksana
dan sedangkan memuktamadkan laporan kajian pengasingan peranan pendakwa raya
dan peguam negara termasuk pindaan 145 perlembagaan persekutuan untuk
dibentangkan jemaah menteri dijangka hujung tahun ini," katanya di Dewan
Rakyat.
Namun Takiyuddin berkata, walaupun pindaan perlembagaan perlu
dibuat, ia tidak memerlukan majoriti dua pertiga seperti yang dinyatakan oleh
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
"Sememangnya dalam Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan,
dewan memerlukan undian dua pertiga bagi membuka laluan pemisahan peranan itu
dan membolehkan dua individu dilantik menjalankan fungsi ini.
"Namun demikian, perkara yang baik seumpama ini tidak
semestinya memerlukan majoriti di pihak kerajaan sahaja.
"Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman misalnya telah
mengambil inisiatif baik walaupun masa itu kerajaan PH tidak mempunyai dua per
tiga majoriti tetapi dengan libat urus dibuat dengan pembangkang, undi 18 dapat
diteruskan.
"Saya percaya perkara ini akan disokong rakan pembangkang dan
kita boleh meminda perlembagaan," katanya.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tampil
mempertahankan pendirian PH dan mengapa pentingnya undian majoriti dua per tiga
di Parlimen.
"Ini perkara yang ada dalam manifesto PH, persoalan majoriti
memang diperlukan bagi pihak PH, sebab kami beri jaminan sekiranya dibawa usul
ini kita akan menyokong sepenuhnya, kerana ini akan memberikan kebebasan dan
untuk menentukan bahawa tidak ada pendakwaan yang bermotifkan politik.
"Isu ini amat mencemarkan suasana negara kita ketika ini di
mana baru-baru ini berbagai dakwaan ataupun tindakan pendakwaan yang ramai
mentafsirkan bermotifkan politik dan kita harap dengan pindaan ianya akan
dihentikan," katanya.
DULU HANG CAKAP PANDAI. BAGI JAWATAN HANG LENA....
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menggesa Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad membantu ratusan mahasiswa Malaysia yang
sedang terkandas di Indonesia.
Beliau berkata majoriti mahasiswa meminta untuk kembali ke
Malaysia bagi melanjutkan pengajian mereka di negara ini, dan perkara ini boleh
dibuktikan menerusi pertemuannya dengan seorang mahasiswa di kawasan
Parlimennya.
"Salah seorang mahasiswa tersebut telah bertemu dengan saya
di Pusat Khidmat Rakyat #ParlimenJB tempoh hari.
"Ratusan Mahasiswa Malaysia terkandas di Indonesia. Itu angka
yang saya terima beserta nama, dan jumlah sebenar yang memerlukan bantuan
mungkin lebih daripada itu," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.
Akmal kemudian membawa isu tersebut kepada Menteri Noraini yang
turut hadir dalam sidang Parlimen minggu ini.
"Saya telah mengadakan pertemuan bersama YB Datuk Seri
Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi semalam bagi membincangkan beberapa
perkara yang melibatkan kepentingan mahasiswa.
"Antara isu yang sangat mendesak adalah permohonan ratusan
mahasiswa kita yang menuntut di Indonesia, ingin mengemukakan rayuan untuk
menyambung pengajian di Malaysia," katanya.
Akmal juga bimbang dengan keselamatan mahasiswa yang terdedah
dengan wabak COVID-19, memandangkan Indonesia merupakan negara Asia Tenggara
yang paling banyak mencatatkan kes ketika ini.
"Ini susulan keadaan penularan Covid-19 di negara jiran yang
hampir mencecah 500,000 jangkitan dan hampir 15,000 kematian yang dilaporkan
secara rasmi.
"Saya terima komitmen YB Menteri untuk melihat perkara ini
dan pegawai yang bertanggungjawab untuk urusan mahasiswa turut hadir dalam
perbincangan," katanya.
Sekarang heboh memperkatakan akan hasil sidang Dewan Negeri serambi Mekah akan perihal kenaikan gaji orang politik yang berjawatan Ahli Dewan Negeri.
Saya ambil pendekatan mudah. Negeri yang diperintah oleh alim ulama dan disokong oleh Pak Lebai tentulah tidak semberono membuat keputusan dan kenyataan yang setengah kalangan rakyat terguris hatinya.
Dalam saat rakyat kena bertempur menghadapi virus C19. Menghadapi kesusahan meneruskan kehidupan para pemimpin Parti pemerintah mendapat kenaikan gaji dan mungkin juga elaun.
Percayalah mungkin pemimpin Kerajaan sudah menilik (ayat P Ramlee) akan semua kitab, termasuk al-Quran, mencari hadis yang membolehkan dan mungkin ada sirah Nabi yang menjadi sunnah membolehkan pemimpin umat kena didahulukan kebajikannya termasuk gaji dan upah dari rakyat yang dipimpinnya kerana ada nas di bolehkan dalam Islam.
Jika bukan kerana diperintah oleh mereka yang syumul, saya pasti menulis mengecam kenaikan gaji dan elaun itu.
Tetapi apa nikmat mereka yang 18 orang Ahli Parlimen sudah dapat kerana menyertai Kerajaan PN. Mereka di negeri Serambi Mekah mahu juga merasa.
Sekurang sekarang sudah menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan isu wang Royalti Minyak bukan isu lagi. Akan melimpah ruah banyaknya, di samping bantuan kepala, datang lagi berbagai bantuan. Maka Kerajaan tidak lagi miskin wang, yang miskin negeri dan rakyatnya.
Apa pun tidak boleh disalahkan keputusan gaji itu kepada pemerintah. Kerana mereka berada di jawatan politik kerana rakyat yang memilih.
Jika berlaku pilihanraya.. Rakyat yang kununnya miskin, sebahagian mandi air berwarna. tea o, kadang-kadang warna tea tarik. Maka lebih jangan di sanggah apa-apa.
Sebabnya mereka tetap mengundi bulan. Walau pun bulan tidak pernah merindukan mereka, tetapi rakyat di Serambi Mekah tetap merindukan bulan kerana mereka sebahagiannya saperti burung pungguk yang keluar malam, waktu siang mereka tidur.
Kesimpulannya apa salahnya naik gaji. Itu semua dengan restu rakyat yang kununnya miskin?
Dengan bangga keluarkan dalil untuk menunjukkan sikap bertanggungjawab menaikkan gaji ketika rakyat negeri paling miskin di Semenanjung Malaysia ini yang menghadapi perbelanjaan negetif .
Berpuluh tahun memerintah, sampai air pun tak dapat sediakan untuk rakyat, wakil rakyat hidup mewah dengan menggunakan semahunya duit kerajaan negeri yang sepatutnya mengutamakan rakayat.
Kah....Dalil dah keluar ni, maka jangan dengki mereka yang dapat naik gaji. Nanti tak dapat cium bau syurga sama sekali....
Wabak Covid19 rupa-rupanya ada rahmat yang berganda bersama derita yang dibawanya.
Di sebalik Covid19 menjadi alasan untuk Muhyiddin Yassin mencipta pelbagai helah untuk melanjutkan hayat politiknya, pihak lain pun turut mengaut nikmat daripadanya.
Jika Muhyiddin boleh menggunakan Covid untuk menunda-nunda Sidang Parlimen, menjadikan sidang hanya sehari, tempoh sidang dipendekkan hingga jam 2 dan terakhir menghadkan cuma 80 orang menghadirinya bagi mengelak undi tak percaya, Pas pula dapat nikmat naik gaji di ketika ramai orang lain jadi penganggur dan hilang kerja.
Alasan naik gaji pula konon untuk merapatkan jurang dengan rakan-rakan sejawatan di negeri-negeri lain yang lebih kaya.
Nampak lagak ini tak ubah macam anak orang miskin yang tak pernah papa jiwanya untuk ada wang belanja yang sama seperti anak-anak orang kaya.
Dunia…dunia…
Walau negeri defisit dan pendapatan kurang daripada belanja, sebelum ini Mercedes juga telah dibeli untuk kebanggaan jiwa untuk menunjukkan mereka berbeza daripada rakyat marhaen biasa.
Alhamdulillah…inilah agaknya bentuk kepimpinan Melayu dan Islam yang boleh menjadi kebanggaan semua, walau rakyatnya sendiri lebih banyak menangis daripada ketawa.
Belanjawan 2021: Tunggu keputusan gembira - Tok Pa
Kerajaan bakal membuat keputusan terbaik mengenai tuntutan mengeluarkan akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan mengambil kira semua aspek, sebelum pembentangan Belanjawan 2021 esok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Perdana Menteri sudah memberikan gambaran menggembirakan untuk rakyat dalam pembentangan belanjawan.
CUMA SATU PANDANGAN
1. JIKA MORATORIUM KAKITANGAN KERAJAAN/SWASTA TIDAK DILANJUTKAN..BAGAIMANA PULA PENIAGA LAIN NAK MENJANA PERNIAGAAAN SEDANGKAN MEREKA BERGANTUNG KEPADA KUASA BELI DARI PEKERJA.
2. ADAKAH BANK AKAN BEGITU RUGI SEKIRANYA MORATORIUM DILANJUTKAN SEBAGAIMANA SARANAN PEMBANGKANG.
3. JIKA BERSASAR. ADAKAH JAMINAN KAUM PENIAGA MAKANAN, RESTORAN, AKAN TERUS HIDUP JIKA GOLONGAN PEKERJA MULA BERJIMAT.
4. BAGAIMANA PENGANGGURAN YANG MENCECAH SEHINGGA 1 JUTA INI MAHU BERBELANJA SEDANGKAN MEREKA TIDAK PUNYA PENDAPATAN TETAP ATAU MEMILIH MELAKUKAN PERNIAGAAN KECIL KECILAN TADI UNTUK SEVIVAL HIDUP.
PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi mengingatkan tentang bahaya kepada ekonomi Malaysia sekiranya kerajaan menerima gesaan Pemuda PKR supaya melaksanakan dasar jaminan pekerjaan.
Geoffrey Williams dari Universiti HELP berkata, dasar sedemikian tidak boleh dilaksanakan kerana ramai rakyat Malaysia yang menganggur.
Beliau menganggarkan pandemik Covid-19 menyebabkan 2 juta orang di negara ini sama ada hilang pekerjaan atau termasuk dalam kategori guna tenaga tidak penuh.
Ketika mencadangkan dasar tersebut pada Rabu, ketua komunikasi Pemuda PKR Chan Chun Kuang menganggarkan lebih 741,600 rakyat Malaysia menganggur pada masa ini dengan memetik laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Pada Julai lalu, Pemuda Umno menggesa dasar yang sama disasarkan kepada golongan muda.
Williams memberitahu FMT bahawa beliau memahami gesaan PKR supaya rakyat ditawarkan pekerjaan dengan gaji tetap dalam sektor awam dan syarikat swasta digalakkan menawarkan pekerjaan melalui insentif subsidi upah dan pengambilan pekerja lain.
Beliau berkata dasar yang sama dilaksanakan di bekas Kesatuan Soviet dari 1928 hingga 1991, di China dari 1949 hingga 1997 dan di Australia pada pertengahan 1990-an.
Katanya, hasil dasar berkenaan kurang memuaskan kerana mereka mewujudkan pekerjaan palsu dan ini menyebabkan ketidaklenturan dalam pasaran buruh.
Beliau turut menambah bahawa kesan jangka panjangnya ke atas ekonomi negara terbabit adalah negatif.
Katanya, beliau bimbang pelaksanaan dasar sebegini di Malaysia akan menyebabkan firma mengupah orang semata-mata untuk mendapatkan yuran pengambilan daripada kerajaan atau akan memecat pekerja jika subsidi tidak diberikan.
“Ia terlalu mentah untuk dijadikan solusi berguna sebagai respons kepada krisis,” katanya.
“Ia hanya boleh diperkenalkan sebagai sebahagian daripada sistem kebajikan sosial dan pembaharuan pekerjaan yang lebih menyeluruh.
“Terdapat banyak kos pemantauan dan kesan buruk yang menjadikannya sukar untuk dilaksanakan.
“Bukan tugas kerajaan untuk mewujudkan pekerjaan palsu. Sebaliknya kerajaan bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi membolehkan pasaran mewujudkan pekerjaan sebenar, gaji yang tinggi dan lestari.”
Williams berkata, cara terbaik untuk menangani masalah pengangguran ialah dengan kerajaan memacu permintaan pengguna dengan memberikan wang kepada rakyat dan menggalakkan mereka berbelanja.
Timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kerajaan harus fokus untuk menambah sumber kepada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), bukannya merangka dasar jaminan pekerjaan.
“Kerajaan perlu memperbaiki SIP,” katanya. “Kita perlu menggalakkan lebih ramai pekerja mendaftar.”
Beliau berkata ramai masih tidak menyedari tentang SIP dan kebaikannya seperti peruntukan penggantian pendapatan bagi orang yang menganggur selepas menerima elaun mencari kerja selama 6 bulan.
Pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, kerajaan boleh menawarkan hanya beberapa pekerjaan di bawah dasar yang dicadangkan itu kerana bilangan penjawat awam sudah mencukupi.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia boleh dijadikan langkah sementara yang baik yang membolehkan rakyat menerima pendapatan tertentu sehingga ekonomi pulih dan pasaran buruh bergerak semula.
Beliau berkata ia boleh dilaksanakan dengan cara yang sama dengan “Ops Isi Penuh”, iaitu program pengambilan pekerja perkhidmatan awam kerajaan pada 1980.