DAP ATAU MCA?

 

Ooo..dengan syarat tak libatkan kerjasama dengan DAP sebab DAP yang berjanji kepada pengundi-pengundi Melayu Islam untuk hantar mereka mengerjakan umrah semasa Prk Tanjung Piai..Sampai ke sudah pengundi-pengundi Melayu Islam tertipu..Teruk betullah Dap ni..

hissss..geram aku dengan DAP ni..


Terima sokongan Najib untuk bentuk kerajaan baharu tindakan gila


Tindakan untuk menerima sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membentuk kerajaan baharu disifatkan Tony Phua sebagai gila.
A
A

SHAH ALAM - Tindakan untuk menerima sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membentuk kerajaan baharu disifatkan sebagai gila.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, tindakan itu dilakukan oleh seseorang yang tidak berprinsip dan dahagakan kuasa sehingga sanggup menerima sokongan daripada Ahli Parlimen Pekan.

"Benar-benar gila. Ada orang yang mungkin tidak berprinsip dahagakan kuasa sanggup menerima sokongan Najib untuk membentuk kerajaan baru," katanya di Facebook hari ini.

Petang tadi, Najib dilaporkan memberikan sokongan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Damansara itu berkata, beliau tidak akan ikut serta dalam kerajaan tersebut.

"Fakta mudah ialah Najib penjahat terbesar di negara ini, memalukan rakyat Malaysia di seluruh dunia dan membebankan rakyat Malaysia dengan puluhan bilion hutang.

"Bagaimanapun, dia tidak menunjukkan penyesalan, tidak menyatakan rasa bersalah bahkan berani menyatakan wang itu adalah untuk anak yatim miskin.

"Kerajaan yang bergantung kepada sokongan Najib boleh pergi jahanam. Kita sudah melihat perkara itu berlaku kepada Perikatan Nasional," katanya.

RAJA BERPELEMBAGAAN

 1) Dalam tempoh 72 jam yang lalu, rakyat Malaysia melihat sendiri bagaimana sistem Raja Berperlembagaan berfungsi dalam negara kita.

2) Kuasa budi bicara Yang Di-Pertuan Agong telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membatasi keputusan dan tindakan pihak Ekskutif.

3) Keputusan Yang Di-Pertuan Agong untuk tidak memperkenankan pengisytiharan darurat disambut baik oleh rakyat Malaysia.

4) DAP menyokong sepenuhnya keputusan tersebut. Selama ini, musuh politik kami sentiasa melemparkan fitnah bahawa DAP ialah parti yang menentang sistem Raja Berperlembagaan dan ingin menghapuskan insititusi Diraja.

5) Ini adalah tohmahan yang langsung tidak berasas.

6) Dasar perjuangan DAP jelas mendukung sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dasar ini telah pun termaktub dalam satu dokumen penting DAP iaitu Deklarasi Shah Alam 2012 dengan kandungan seperti berikut:

i) Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

ii) Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

iii) Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

iv) Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa.

7) DAP akan terus berjuang di atas landasan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

8) Marilah kita sama-sama mempertahankan sistem demokrasi kita dan menolak sebarang usaha mengambil kuasa melalui perintah darurat.

Yang ikhlas,

Loke Siew Fook

Ahli Parlimen Seremban



SIAPA DOK KALUT SEKARANG NI?

 

Rina Hamzah


Siapa yang ganggu kerajaan bermandat tempohari? Para pelacur politik bercakap tidak pula mengunakan akal yang waras melainkan menguna tempurung lutut mereka!!!!




SIAPA YANG MASIH BERPOLITIK? JAWAPAN UNTUK MOKHTAR ANAK SENIK aka MOKTAR YOPI JERMAN


Apa yg mokhtar senik merapu ni?  Bukankah Pas juga sokong idea Muhyiddin utk buat darurat yg telah pun ditolak Agong?  


Kalau takde perasaan malu, tak kisahlah pasal kita org pun tahu lebai ni mana pernah malu terutamanya mokhtar senik.  Mokhtar senik tahu malu?  Haha...


Takde perasaan malu takpe, tapi tak.perlulah tuding jari kpd PH bila idea kamu dicampak ke longkang.  Agong kata jgn sibuk berpolitik, maksudnya hentikanlah jual beli ahli parlimen bila dah rasa kuasa nak hilang.  Sebaik saja titah Agong semlm, siapa yg sibuk berpolitik?  Siapa yg berkumpul ramai2 sejak ptg semlm sampai ke tgh mlm tadi di rumah muhyiddin?  Tak cukup mlm tadi, hari ini pun masih bertemu dgn macam2 plan untuk kekal berkuasa.  Lebai hadi yg bkn ahli kabinet pun datang laju je.  Siapa skrg sibuk berpolitik?  Itu yg mokhtar senik kata PN dan MN tenang?  Haha...


Yg jelas tenang skrg ini adalah Anwar.  Cool and steady.  Sekali dia batuk, habis semua terkentut terkincit termasuk lebai.  


WFAUZDIN NS



Pecat Azmin, Hamzah jika Muhyiddin mahu betulkan keadaan – Chin Tong


Muhyiddin Yassin perlu bertindak cepat, sekiranya beliau mahu terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri dengan bekerjasama dengan semua pihak termasuk pembangkang dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Ahli Dewan Negara, Liew Chin Tong berkata, tindakan itu termasuk menggesa Mohamed Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin meletak jawatan kerana telah mengundang pelbagai ‘huru-hara’ politik di negara ini.

Jelasnya, dua pemimpin itu sebenarnya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kepada kerajaan Muhyiddin pada masa ini, malah tindak-tanduk serta nasihat mereka telah mengganggu proses demokrasi berparlimen.

“Saya sudah cakap sejak sesi Parlimen pada 18 Mei lepas, Muhyiddin sepatutnya berhenti berharap dan percaya bulat-bulat kepada Hamzah dan Azmin.

“Hamzah sendiri seperti tidak faham realiti politik hari ini yang tidak lagi seperti dulu yang hanya berasaskan satu parti politik sahaja,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Hamzah kini masih lagi cuba berusaha mengembalikan pemerintahan satu parti dengan anggapan Muhyiddin memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Antara Mac sehingga Mei pula, Hamzah cuba membeli Ahli Parlimen dari pembangkang.

“Tidak ramai pun yang menerima pelawaan menyeberang dengan majoriti tipis itu, jangkaan kononnya ramai akan lompat sebenarnya sangat kurang bijak.

“Malah selama lebih setengah tahun, pencapaiannya hanya sekadar Ahli Parlimen Lubok Antu sahaja yang melompat ke sana,” jelasnya yang juga Pengerusi DAP Johor.

Tambahnya lagi, keputusan menggantung Parlimen dan darurat ini bukanlah sesuatu yang baharu beberapa hari berlaku.

Sebaliknya, kata beliau, dia sudah tahu sejak beberapa minggu yang lepas.

“Tapi apa yang mengejutkan saya apabila Muhyiddin meneruskan juga ‘idea’ tersebut dan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat lepas.

“Beliau terus membuat kesilapan demi kesilapan dengan keputusan mengejutkan darinya, bermula daripada menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

“Hamzah juga merupakan arkitek rampasan kuasa yang gagal pada Oktober 2019 (yang berusaha memecat DAP dan Amanah dari PH) yang juga bersekongkol dengan Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein.

“Dia juga merupakan penggerak utama Langkah Sheraton, dibantu oleh Azmin,” ujarnya.

Tegas Chin Tong, kini sekiranya Muhyiddin berhasrat untuk terus ke hadapan, beliau perlu menerima hakikat dirinya bukanlah menerajui sebuah kerajaan dengan majoriti dua pertiga atau pemerintahan satu parti dominan sahaja.

Sebaliknya, tanggungjawab serta peranan Muhyiddin adalah mewujudkan permuafakatan antara sekutu dan meminta muhibah dengan pembangkang lagi-lagi dalam melawan pandemik ini.

“Henti aniaya pembangkang, beliau perlu menjadi Perdana Menteri untuk semua dan bukannya untuk parti Bersatu sahaja.

“Bukan pembangkang sahaja yang gusar, malah sekutunya UMNO sendiri juga gusar.

“Untuk ini, Muhyiddin perlu meminta Hamzah dan Azmin meletak jawatan dari Kabinet, dan bertanggungjawab terhadap semua keputusan serta nasihat yang telah mereka lakukan termasuklah menasihati YDPA dan menyebabkan keadaan politik yang huru hara.” 

PESANAN UNTUK MUHYIDDIN.HARGA DIRI ADALAH HARGA MATI. TUNGGU APA LAGI?


 Penolakan cadangan darurat oleh Yang Dipertuan Agong, selain suatu sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ia juga merupakan suatu detik yang menjadikan moral Muhyiddin selaku Perdana Menteri dan kabinet sudah hancur berkecai.

Atas kapasiti Perdana Menteri selaku penasihat kepada Agong dalam amalan Raja Berperlembagaan, kebiasaannya nasihat daripada Perdana Menteri tidak pernah tidak diterima.

Tambahan lagi, nasihat itu adalah berkaitan perkara besar iaitu untuk mengisytiharkan darurat dalam negara dan bukannya untuk memohon perkara kecilan seperti membina jambatan atau menghias taman.

Tetapi, dengan ianya ditolak oleh Agong jelas memperlihatkan keputusan kabinet berkaitan darurat itu tidak relevan dan seperti pihak Istana dapat menyelami ada maksud lain terselindung di sebaliknya.

Oleh kerana ini merupakan sejarah dan tidak pernah keputusan kabinet ditolak oleh Agong sebelum ini, mudah kata, Perdana Menteri dan seluruh anggota kabinet sudah tiada maruah lagi sekarang ini jika tidak segera meletakkan jawatan.

Maruah itu sepatutnya ditebus dengan Muhyiddin dan semua anggota kabinetnya mesti meletak jawatan tanpa perlu menarik nafas lebih daripada sekali.

Meski dilaporkan Muhyiddin memang berhasrat untuk meletakkan jawatan dalam perbincangan di rumahnya malam tadi, tetapi dikatakan dibantah oleh beberapa menteri yang bimbang nyawa politik mereka akan putus di tengah jalan, tetapi kekalnya beliau menerajui kerajaan hanya membuatkan harga dirinya semakin melayang ke udara.

Kata orang tua-tua dulu, harga diri adalah harga mati dan ia tidak boleh sama sekali untuk dikompromi.

Sebab itu, orang yang ada maruah dan harga diri, jawatan hanya picisan bagi mereka dan bukan segala-galanya dalam kehidupan.

Lagi pula, dengan terus menerajui kerajaan yang dilihat rakyat sebagai tiada lagi maruah dan harga dirinya, tiada apa-apa lagi yang dimampu dilakukannya selepas ini?

Apabila Agong menolak cadangan darurat yang diluluskan kabinet, bahkan ketika mengadap di Kuantan Jumaat lalu, Muhyiddin turut membawa beberapa menteri kanannya, ia adalah gambaran bahawa kabinet ini tidak lagi diyakini serta dipercayai mampu membuat keputusan yang baik untuk negara.

Bagaimana selepas ini Muhyiddin mampu mengangkat muka di hadapan Agong untuk mempersembahkan sesuatu perkara?

Kalau isteri hilang kepercayaan serta keyakinan pun seseorang suami itu boleh susah hati dibuatnya, apakah Muhyiddin tidak berasa apa-apa apabila Agong selaku ketua negara dilihat tiada lagi kepercayaan dan keyakinan terhadap kabinetnya?

Lebih daripada itu, dengan titah Agong, selain menolak darurat, turut menyarankan agar Belanjawan 2021 diteruskan seperti dijadualkan, ia juga petanda bahawa baginda mahu kemelut politik tidak diselesailan melalui perisytiharan darurat, sebaliknya oleh Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat itu sendiri.

Meskipun Agong mengakui Belanjawan 2021 adalah penting, khususnya untuk melawan Covid19 dan memulihkan ekonomi negara, baginda tidak pula menyentuh mengenai penolakan atau usul tidak percaya terhadapnya.

Bermakna, urusan Parlimen dan belanjawan adalah urusan Ahli-Ahli Parlimen memikir serta memutuskannya dan pihak Istana tidak mahu campurtangan mengenainya.

Ini adalah kebijaksanaan Agong yang mahu politik dan Istana dipisahkan, jauh sekali untuk membenarkan pihak Istana dipergunakan bagi kepentingan politik pihak eksekutif.

Sedemikian itu, Sidang Parlimen bermula 2 November yang disusuli dengan pembentangan belanjawan pada 6 November adalah titian genting untuk hayat politik Muhyiddin seterusnya.

Memang tidak salah untuk terus memilih jalan hidup tidak bermaruah, malah tiada yuran pun akan dikenakan terhadapnya, tetapi jika dalam pengundian belanjawan pun dikalahkan juga, kehinaan akan bertempek sekali lagi menimpanya.

Ia bukan saja menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pertama dalam sejarah yang cadangan kabinetnya ditolak Agong, kemudian akan menjadi yang pertama juga dalam sejarah belanjawan negara tidak berjaya diluluskan.

Apakah kehinaan seperti itu yang ditunggu oleh Muhyiddin sehingga susah benar hendak meletak jawatan? (Shahbudindotcom 26/10/2020)



Mesyuarat MP BN: Ada MP UMNO syor sokong Anwar, tolak DAP - Sumber

 

Firdaus Azil
Mesyuarat MP BN: Ada MP UMNO syor sokong Anwar, tolak DAP - Sumber
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin antara yang menghadiri mesyuarat di Menara Dato Onn pada Isnin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR : Ada antara kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang membangkitkan cadangan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong sebagai Perdana Menteri, dedah seorang daripada mereka yang menyertai perjumpaan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.
Bagaimanapun, sumber berkenaan berkata, jika ada sebarang perbincangan dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu, ia sama sekali tidak boleh melibatkan penyertaan DAP.
Kata sumber itu lagi, UMNO dan BN tetap berpegang pada prinsip “No DAP” jika ingin mencari jalan keluar dari kemelut politik sedang melanda negara ketika ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula memaklumkan kepada wartawan bahawa prinsip “No Anwar, No DAP” yang dipegang selama ini selari dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini.
“Apa yang kita bincang, rata-ratanya bertegas kita tidak akan bekerjasama dengan parti yang terdahulu, itu sahaja keputusan… contohnya pandangan ramai di kalangan Ahli Parlimen BN adalah “No Anwar, NO DAP”.
“Kita akan kekalkan keputusan itu sehingga Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO buat keputusan sebaliknya, maksudnya ubah yang membolehkan keputusan itu diuubah adalah kuasa MKT,” kata Zahidi lagi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan antara agenda perbincangan ialah peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, susulan titah Yang di-Pertuan Agong semalam berhubung penolakan Pengisytiharan Darurat.
Sementara itu, sumber turut memaklumkan bahawa separuh daripada Ahli Parlimen BN yang hadir menyokong sekiranya Ahli Parlimen Pagoh itu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, terdapat juga pandangan agar BN menarik semula sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin.
“Tarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin ini, ada juga pandangan itu. Macam-macamlah pandangan yang diberikan, tetapi majoriti pandangan adalah “No Anwar, No DAP”.
“Dalam keadaan sekarang kita tengah berbincang. Ada juga pandangan supaya kita dapat berbincang dengan Perdana Menteri. Contohnya kebanyakan menteri kanan dan menteri penting dipegang oleh (wakil) Bersatu dan UMNO hanya menumpang.
“Begitu juga Ahli Lembaga Pengarah beberapa kementerian tidak ada (dari) UMNO dan Pas dilantik,” katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula ketika ditanya media, enggan mengulas lanjut perkara itu, sebaliknya, berkata, segala keputusan akan dibuat secara en-bloc.
“Semuanya akan dibincangkan malam ini (Mesyuarat MT UMNO). Biasanya tindakan kita (UMNO) secara en-bloc,” katanya ringkas.

UMNO DIJANGKA TOLAK MUHYIDDIN

 

Zahid Hamidi Presiden UMNO pagi tadi tak datang jumpa Muhyiddin, rupanya dia pergi mesyuarat BN yang dijangka akan tolak Muhyiddin.Image may contain: one or more people and basketball court, text that says "Sinar Harian BERITA Politik 'Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin' 26 Oct 2020 MOHD AZLIM ZAINURY เสีม minigames! Pasang Fishdom 4.5 PERCUMA Google Play KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tidak akan mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), kata sumber dalaman parti itu hari ini."

16 POSTING SEHUNGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL.

 



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR. LAGI BERITA HANGAT AKAN MENYUSUL.

Muhyiddin hilang kredibiliti, wajar letak jawatan

untitled image




Gesaan peletakan jawatan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja dibuat oleh ahli politik pembangkang dan rakyat, malah menerima gesaan daripada Umno.

 

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata gesaan itu dibuat kerana Muhyiddin mahu melaksanakan perintah darurat tanpa persetujuan rakyat, malah tidak mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

 

Bagi Puad, tindakan Muhyiddin itu adalah satu muslihat politik yang dipelopori oleh dua orang menteri kanannya iaitu Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin yang kedua-duanya juga merupakan pemimpin Bersatu.

 

"PPBM sedang tuduh menuduh. Semua menuding jari ke arah Azmin dan Hamzah. Benarkah “ill advise” kepada Muhyiddin itu adalah mereka.

 

"Ada dua kesan besar apabila Agong menolak permohonan Muhyiddin. Pertama, Agong menyedari “langkah Muhyiddin” itu hanyalah muslihat politik bukan untuk memerangi Covid-19.

 

"Di para tiga kenyataan media Istana Negara, dinyatakan....”Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan”.

 

"Kalau Agong yakin, kenapa perdana menteri tidak yakin. Apakah perdana menteri cuba membohongi Agong? Alhamdulillah, Agong dan Majlis Raja-Raja amat teliti dan bijaksana," katanya dipetik.

 

Puad juga berpandangan bahawa Muhyiddin sudah hilang kredibiliti sebagai perdana menteri apabila permohonannya sendiri tidak diterima oleh Agong.

 

"Ramai pakar perundangan mengatakan Agong harus mendengar nasihat Perdana Menteri seperti termaktub dalam Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan.

 

"Tapi nampaknya nasihat Memanda Menteri tidak diterima. Maka di mana kredibiliti seorang Perdana Menteri.

 

"Syukur, Agong tidak dipengaruhi oleh game politik yang boleh mengheret negara ke kancah lebih parah. Kesejahteraan rakyat lebih utama.

 

"Sewajarnya Muhyiddin berundur," katanya lagi.

 


'Nasihat dari kerajaan diragui majoriti wajar ditolak'

 





Pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari berpendapat salah satu punca Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytihar darurat mungkin disebabkan kerajaan Perikatan Nasional diragui majoritinya.

 

Menurut Dr Aziz, sebelum ini Yang di-Pertuan Agong tidak menolak nasihat dan biasanya menuruti Perkara 40, Perlembagaan Persekutuan serta melaksanakan nasihat PM.

 

Bagaimanapun, katanya apa yang berlaku pada Ahad lalu sesuatu yang baharu dan berbeza daripada ulasan ahli-ahli akademik berdasarkan amalan sebelum ini.

 

"Biasanya perkara 40 Perlembagaan (diikuti) mengatakan Agong mesti bertindak mengikut nasihat. Tetapi apa yang kita perhatikan ada sudut yang mereka (ahli akademik) tidak faham.

 

Bagi mereka yang naif dari segi politik, mungkin suka berpandangan sedemikian. Bagi mereka yang faham, kalau nasihat itu datang dari seorang (PM) yang kedudukannya belum pasti (dari segi majoriti), kita yang prihatin kepada Perlembagaan harus memberikan ruang kepada keadaan di mana nasihat daripada kerajaan yang kukuh dan tidak ada masalah dari segi mandat, maka agak kuat.

 

"Tetapi nasihat dari sebuah kerajaan yang Perdana Menterinya mempunyai majoriti diragui, itu sesuatu yang lain (lemah)," katanya menerusi siaran langsung Facebook, malam tadi.

 

Keraguan memilikki majoriti, kata Ketua Pembangkang DUN Perak itu, wujud sejak Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau mempunyai cukup sokongan daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengambilalih pentadbiran dari PM Muhyiddin.

 

Oleh yang demikian, kata Dr Aziz, darurat dilihat menjadi jalan keluar bagi pentadbiran Muhyiddin yang tidak mempunyai sokongan untuk meluluskan Belanjawan 2021 di Parlimen agar terus bertahan dan memerintah.

 

Sementara mengulas nasihat Agong agar ahli-ahli politik tidak terlalu berpoliticking pula, Dr Aziz berkata politik secara demokrasi yang wajar tidak menjadi kesalahan.

 

"(Namun) politicking yang bagaimana? Saya fikir politicking yang sah, yang mengizinkan proses Perlembagan berjalan dan berlaku, ini bukan proses yang salah.

 

"Kita hendak supaya rakyat diperkasakan. Itu bukan politicking sebenarnya. Bahkan ia proses biasa. Di negara lain yang lebih maju demokrasinya, ia tidak disekat," katanya.

 

Bagaimanapun, menurut ADUN Tebing Tinggi itu, politicking juga mungkin membawa maksud Agong tidak mahu ahli-ahli politik terus berteka-teki pihak manakah yang mereka sokong untuk menjadi kerajaan, sama ada Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan Plus.

 

"Cadagan saya kepada Ahli-ahli Parlimen agar mengutamakan kepentingan negara dan mereka jangan bersembunyi lagi.

 

"Kita akur dengan Datuk Seri Anwar, kita akur dengan Agong. Mereka tidak boleh mendedahkan berapa orang dan siapa (yang menyokong kerajaan baharu).

 

"Saya fikir Malaysia selamat, bukan negara koboi. Jadi Ahli Parlimen yang mahu Datuk Seri Anwar jadi PM ke depanlah, itu saja.

 

"Kita dapat menyelesaikan masalah dengan segera. Kalau sudah melepasi 112, saya yakin Tan Sri Muhyiddin seorang yang bermaruah tak akan tunggu lama. Masalah akan selesai," katanya.

 

Menurut Dr Aziz lagi, masa untuk bersembunyi sudah habis dan negara dalam keadaan kecemasan. Ahli-ahli politik perlu mengutamakan perang melawan Covid 19, membaiki ekonomi dan mengurangkan penderitaan rakyat.

 

MUHYIDDIN PERLU PECAT HAMZAH, AZMIN ALI


AHLI PARLIMEN PERLU NYATAKAN SOKONGAN TERBUKA ANWAR PM 9


AZMIN ALI SANGAT LICIK


Norman Radzuan

AZMIN ALI SGT LICIK


Pagi ni rata2 penyokong PH atau Anwar sgt gembira. Mereka menganggap ini kemenangan pertama. Muhyiddin mungkin ada rasa sedikit maruah dan bertindak mahu berhenti tetapi ' Tuan Penasihat' nya berbeza malah mahu Muhyiddin terus kekal menjadi PM walaupun moral Muhyiddin telah jatuh dan tidak mempunyai majoriti lagi.


Kalau ada yg kata 'game over' maknanya mereka tidak kenali Azmin Ali. Kenali dulu siapa Azmin Ali sebelum bertepuk tangan. Azmin sgt licik dan jahat dlm berpolitik. Ingat bagaimana di kala kekalutan kerusi MB Selangor, Azmin membelakangkan parti utk dirinya dilantik menjadi MB Selangor. Di kala PAS bertindak meninggalkan Pakatan Rakyat dia masih kekalkan Exco PAS utk dirinya terus kekal menjadi MB.


Selepas itu dlm perlantikkan MB Selangor yg baru utk menggantikkan dirinya, dia membelakangkan parti utk melantik MB sekarang. Malah khabarnya calon2 ADUN Selangor dari PKR pada PRU lalu, dikatakan adalah pilihannya. Sekali lagi dia membelakangkan parti.


Ketika Anwar di mahkamah dialah yg membawa Tun ke utk bersama PH. Ketika itu ramai berpendapat PH pasti akn memenangi PRU 14. Selepas kemenangan dia berpakat dgn Tun pula sehingga sanggup menjatuhkan PH.


Dia menjadi dalang atau org tengah memecah belahkan PKR dan PH hingga beliau dilantik menjadi org nombor dua terpenting di dlm negara selepas Muhyiddin. Tidak cukup dgn itu, Azmin yg dianggap 'mastermind' PN dan Muhyiddin hanyalah PM boneka, melancarkan serangan merampas satu persatu negeri di bawah kerajaan PH.


Diwujudkan 70 Menteri Kabinet, MP2 diberi jawatan dlm GLC dgn gaji puluhan ribu malah ada yg ratusan ribu. Malah kelicikan Azmin dan Hishamuddin telah memecah belahkan UMNO hingga terpecah 3. PKR pula terpecah dua. 


Liciknya Azmin selepas berjaya memujuk MP PKR utk bersamanya... tiba2 dia meninggalkan mereka begitu saja. Hingga ada yg mahu kembali kpd PKR kerana rasa tertipu kononnya Azmin akn membuat parti baru. 


Kelicikannya tidak berhenti di situ, Azmin dan berjaya memecah belahkan Muafakat Nasional. Sehingga PAS tanpa berunding dgn rakan sekutunya UMNO sanggup menjadi parti yg menyokong kerajaan PN. Siapa sangka PAS boleh membelakangi UMNO hanya baru 6 bulan bersama team Azmin Ali.


Ketika Anwar mengatakan sudah cukup majoriti khabarnya dia mencadangkan diadakan darurat. Sedangkan sehari sebelum itu baru berunding dgn UMNO. Rasanya UMNO sendiri rasa tertipu dgn rundingan tersebut apabila PN mengambil keputusan utk istihar darurat.Suatu niat yg sungguh kotor dan bersifat ditaktor. Bersyukurlah kali ini perancangannya ditolak oleh YPDA.


Ingat Azmin Ali telah memberi amaran Plan B akan dimulakan. Apa itu Plan B? Jangkaan saya, sehari dua ini dia akn menyuruh Muhyiddin melantik TPM dan KDN dari UMNO seperti yg dimahukan oleh parti tersebut dgn kadar segera. Azmin tahu walaupun KDN menjadi milik UMNO tapi kuasa Eksekutif PM itu mengatasi kuasa yg ada pada Menteri KDN.


Menteri dari UMNO seperti KJ, Dr Adham Baba antara yg pasti dibuang. Saya yakin nama2 seperti Zahid Hamidi, Mat Hassan, Tajuddin Abdul Rahman, Noh Omar antara yg diambil utk mengunci UMNO utk bersama PN hingga PRU 15.


Kisah pembahagian kerusi PRU 15 belakang kira asal bertahan dirinya dan Muhyiddin sehingga PRU 15. Azmin Ali akn gadaikan apa sahaja seperti yg dilakukan dgn Muhyuddin sebelum ini. 


Jika KLCC itu boleh ditukar hak pemilik dan diberikan kpd Zahid Hamidi dia akn lakukan demi kelangsungan karier politik dan kedudukannya skg. Masa terlalu singkat utk Azmin memperhalusi jual beli tawaran UMNO... buat masa ini sebelum menjelang Sidang Parlimen serah sahaja kemahuan UMNO.


Zahid pula dianggap menggunakan UMNO utk kepentingan peribadi. Boleh dianggap berjual beli parti utk dirinya yg menghadapi berpuluh kes mahkamah. Sebab itu mudah utk Azmin berunding dgn Zahid atau UMNO.


Dlm tempoh 2 tahun 6 bulan yg masih ada... Azmin dan Hishamuddin akn memikirkan Plan C bagaimana mereka berdua masih relevan dlm PRU 15. So the game is not over yet...