Begitulah bila Allah sendiri yang menjawab...

Nozam Aka

Dulu puas Pas tuduh DAP besar kepala, nak jadi tuan. Padahal hubungan Pas-DAP adalah dalam bentuk kerjasama.

Sebagai ahli Pas ketika itu aku dapat merasakan rasa hormat DAP terhadap Pas. Dalam pilihanraya pun boleh nampak ahli dan pemimpin DAP sama-sama kibarkan bendera Pas.

Tapi Pas fitnah tuduh DAP nak jadi tuan. Akhirnya hari ini terbukti Umno/BN telah menjadi tuan Pas. Pemimpin Pas kehilangan suara, hanya patuh kepada segala suruhan Umno/BN.

Bendera Pas sendiri semakin menghilang. Tak terlihat ahli atau pemimpin Umno kibar bendera Pas. Yang ada ahli dan pemimpin Pas tergila-gila kibar bendera BN.

Pas juga dulu saban hari meratib Amanah khadam DAP. Sedangkan jelas DAP dan Amanah adalah bersahabat. Istilah khadam itu dicipta untuk timbulkan persepsi buruk terhadap Amanah.

Dan sekarang, nampaknya Amanah yang dikatakan khadam itu dapat juga bertanding di Sabah. Sebaliknya Pas yang terpaksa menelan aib kerana terhalang dari meletakkan calon.

Bayangkan, parti yang dah berusia lebih 60 tahun tak mampu meletakkan calon. Sedangkan parti nyamuk yang baru berusia 5 tahun pun mampu letakkan calon dan tampak lebih gagah.

Nyatalah Pas khadam kepada BN. Hingga tak berani bersuara untuk kepentingan parti sendiri.Tak malukah ahli Pas semua? Sekarang semua tohmahan dan fitnah jahat kamu telah terjawab.

Begitulah bila Allah sendiri yang menjawab...



DEWAN ULAMAK PAS BERSYUKUR DAPAT BANTU RAMPAS MANDAT RAKYAT?*

Merompak dan menyamun gunakan nama Allah ...pelampau ugama

Lawak tapi jijik sungguh bila dgr ucapan dari Ustaz Nik Zawawi di muktamar kat TV tadi. Dia boleh kata kita kena bersyukur kerana Allah telah tunaikan janji beri mereka kuasa jadi kerajaan.  

Jual nama Allah. Maha suci Allah tidak akan menghalalkan kerja khianat jauh sekali Allah ciptakan pengkhianatan itu. Apakah kamu patut bersyukur berada bawah kerajaan tanpa mandat rakyat yg menaikkan kembali puak kleptokrasi serta sekutunya?  

Jika itu adalah kerja Allah, mengapakah kamu melaknat kerajaan Zamri (UMNO) di Perak pada tahun 2009 yang merampas kuasa dari Nizar (PAS) dulu? Kenapa mengharamkan kerajaan rampasan kuasa waktu itu sehingga beberapa orang lebai berbaring di tgh jalan depan istana membantah pelantikan Zamri sebagai MB Perak? Apa beza rampasan itu dengan rampasan di Pusat sekarang?

Bezanya, rampasan di Perak itu kamu maki hamun kerana parti kamu hilang kuasa. Manakala rampasan kuasa di Pusat ini kamu dapat kuasa jadi Menteri. Bukan?

Kenapa kamu babitkan nama Allah di dalam kerja jahat dan kotor kamu? Tidak malukah kamu yg berserban besar dan berjubah labuh itu dilihat oleh orang2 bukan Islam betapa seolah2 Islam ini mudah menukar hukum ikut kepentingan perut masing2.


*WFAUZDIN NS*

Diantara penyelewengan di dalam memahami agama ialah:




1. Mengambil nas tentang perang dan mengaplikasikannya dalam suasana aman.

2. Mengambil nas tentang aqidah dan ibadah, lalu mengaplikasikannya dalam urusan muamalah. 

3. Mengambil sesuatu nas dan menafsirkannya secara eksklusif berpihak kepada kelompok mereka dan mencemuh kelompok lain.

4. Mengambil sesuatu nas tetapi applikasinya tidak relevan dengan realiti sebenar. 

5. Mereka-reka dalil agama untuk menutup keburukan dan kesalahan sendiri.

6. Menggunakan dalil agama untuk memanipulasikan manusia lain untuk kepentingan diri dan kelompok sendiri.

7.  Membawa dalil agama untuk menyebarkan kebencian, permusuhan, dan perbalahan di kalangan manusia.


HUSAM SAH LETAK JAWATAN


Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) yang diadakan pada 6hb September lepas telah meluluskan permohonan Datuk Husam Musa untuk melepaskan jawatan Naib Presiden AMANAH.
Permohonan perletakan jawatan ini adalah untuk membolehkan beliau memberikan tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi untuk AMANAH di Kelantan, khasnya di kawasan Parlimen Kota Bharu yang beliau ketuai.
Memandangkan kebolehan dan kemampuan beliau masih diperlukan di peringkat nasional, JK Nasional AMANAH telah mengambil keputusan untuk meminta beliau berperanan memantau dan bertindak sebagai penasihat kepada tiga biro AMANAH dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke15.
Tiga Biro ini adalah Biro Pilihanraya, Biro Komunikasi dan Biro Strategi. Kertas cadangan berhubung peranan baharunya sedang disediakan untuk persetujuannya.
Apa jua gambaran bahawa beliau meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan Presiden atau mana-mana pimpinan AMANAH adalah tidak berasas. Sebaliknya ianya dilakukan demi melonjak dan mengukuhkan lagi kedudukan AMANAH di Kelantan, khususnya di Kota Bharu.
Sekian, terima kasih.
KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi AMANAH
14 September 2020

ULAMA PAS KETERLALUAN



Saya menonton klip video ucapan seorang perwakilan Pas (Hassan Muhammad) dalam muktamar Pas yang berkata:

"… bila kita di Sabah, kita tidak bertanding. Untuk melahirkan rasa kecewa, boleh. Tapi rasa untuk menentang, tidak boleh. Nabi SAW sebut, sapa-sapa (sesiapa) yang cuba-cuba nak memecahbelahkan perpaduan kita, Nabi SAW sebut, faqtuluh, bunuh dia…"

Saya sempat meninjau hadith Nabi SAW yang ada ungkapan "faqtuluh (bunuh dia)". Ada banyak hadith yang ada ungkapan itu termasuk hadith bunuh orang murtad.

Saya berjumpa sebuah hadith riwayat Muslim yang mungkin dirujuk oleh pembahas berkenaan.
Nabi SAW sebut, "Akan berlaku bencana besar. Sesiapa yang mahu memecahbelahkan urusan umat ini dalam keadaan mereka bersatu-padu, maka pukullah (bunuhlah) dia dengan pedang, biar siapa sekalipun dia." (Muslim: 3442).

Memang ada riwayat yang lain yang menggunakan lafaz "faqtuluh (bunuhlah dia)", ganti kepada "pukullah dia dengan pedang", juga riwayat Muslim tetapi melalui jalur sanad yang lain.

Allah lebih tahu. Bagi saya, menggunakan hadith ini untuk menjustifikasikan kewajipan taat kepada pemimpin Pas dalam isu PRN Sabah agak keterlaluan dan janggal.

Apatah lagi, mewajarkan bunuh kepada mana-mana ahli Pas yang menentang keputusan pemimpin Pas dalam kes berkenaan. Ini sudut pandang saya:

1. Nabi SAW sebut, "memecah belahkan urusan umat ini" merujuk kepada umat Islam yang berada di bawah satu kepimpinan, bukan merujuk kepada Pas. Ungkapan "umat ini" tidak merujuk kepada Pas dan kepada mana-mana parti politik.

2. Lawan keputusan pemimpin dalam isu PRN Sabah adalah persoalan politik bukan persoalan aqidah (murtad), atau jenayah nyawa (bunuh), atau jenayah maruah (penzina sudah berkahwin) yang layak ditumpahkan darah.

3. Kedudukan pemimpin Pas tidaklah setaraf khalifah yang dibai'ah seperti Khulafa' Rasyidin sehingga layak dibunuh jika ditentang. Para Khulafa' Rasyidin sendiri tidak sewenang-wenang menghukum bunuh kepada penentang mereka.

4. Menentang pemimpin Pas tak sama dengan menentang kepimpinan umat kerana Pas hanya sebuah parti politik sama seperti parti politik yang lain. Kedudukan seseorang sebagai ahli parti politik tak sama dengan kedudukan seseorang di bawah kepimpinan umat.

5. Kegagalan Pas menyertai PRN Sabah kerana disailang oleh rakan politik parti itu. Namun pemimpin Pas tak membantahnya kerana menjaga beberapa kepentingan politik parti berkenaan. Wajarkah ahli yang membantah dibunuh?

Saya fikir pemimpin Pas perlu lebih berhati-hati dalam menggunakan hadith untuk menjustifikasikan kekecewaan mereka dalam politik. Jangan sampai dilabel penjual hadith pula selepas beberapa kali menjual ayat al-Quran.

ZOLA
Perak Darul Ridzuan
13 Sept 2020

KEADILAN CABAR MUHYIDDIN TUNJUK PN SUDAH DIDAFTAR


Saya merujuk kepada kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Saudara Syed Badlishah Syed Osman berhubung ketiadaan maklumat pendaftaran Perikatan Nasional di dalam rekod di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Sehubungan itu, saya mencabar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menunjukkan bukti kelulusan pendaftaran Perikatan Nasional yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kepada umum.
Seandainya Perikatan Nasional masih belum didaftarkan secara rasmi, saya mendesak agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan serta merta dengan membatalkan pencalonan semua calon-calon yang bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional.
Pilihan raya adalah platform penting buat rakyat untuk menggunakan hak mereka sebagai warganegara. Mereka berhak untuk memilih calon dari parti yang sah disisi undang-undang untuk menjadi wakil seterusnya membentuk kerajaan negeri.
Sekiranya calon-calon yang mewakili sebuah pertubuhan haram dibenarkan untuk bertanding, ini merupakan satu penghinaan kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan juga buat rakyat khususnya warga Sabah.
YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
14 SEPTEMBER 2020.

PRN Sabah: Calon DUN Tamparuli 'underdog', tapi yakin boleh ambil hati pengundi

 

KEADILAN berdepan dengan pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020.

 Calon DUN Tamparuli, Alijus Sipil mendapat tentangan sengit dari tiga calon lain iaitu penyandang kerusi, Jahid Jahim yang bertanding sebagai calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Denis George Kian Fah @ Denis Gimpah selaku calon Parti Cinta Sabah (PCS) dan Dr Raymond Alfred @ Jenry sebagai calon Parti Liberal Demokratik (LDP).

 Malah, Alijus merupakan salah satu calon yang baru pertama kali bertanding dalam pilihan raya berbanding Jahid yang sudah mempertahankan kerusi itu selama empat penggal.

Namun, di sebalik statusnya selaku calon underdog, Alijus yakin beliau mempunyai tarikan tersendiri untuk mendapatkan sokongan pengundi di Tamparuli.

 “Orang kata calon baru ini sekilas pandang adalah underdog, tapi dalam hati ini, saya yakin saya boleh ambil hati pengundi.

 “Penyandang kerusi sudah menjadi Yang Berhormat Tamparuli sebanyak empat kali dan sudah membuat pelbagai perkara tetapi saya rasa saya boleh buat lebih banyak dan lebih baik daripadanya.

 “Saya tidak mahu cakap negatif kepada calon lain, Cuma kalau dipilih, insya-Allah saya akan buat lebih baik,” katanya kepada Suara KEADILAN.

Kempen Alijus pada hari pertama di Tamparuli diperkasakan dengan kehadiran Nurul Izzah Anwar yang turut serta menyantuni rakyat dan berkempen di sekitar pekan, kedai-kedai dan pasaraya bagi memastikan penduduk kawasan itu mengundi KEADILAN pada hari mengundi nanti.

 “Rata-rata penduduk mengenali saya, mereka bersikap positif dan gembira apabila berjumpa saya.

 “Saya membesar di Tamparuli dan ibu saya merupakan penjaja di pasar dulu menjual beras. Jadi sebab itu apabila saya memperkenalkan diri sebagai anak kepada penjaja, mereka positif dan ini memberikan saya semangat untuk meneruskan kempen.

 “Banyak juga yang mahu mengundi dan saya mendapat sambutan yang baik. Ada dari golongan berumur ada juga belia.

 “Ini menunjukkan mereka perlukan pemimpin yang mereka kenal dan mereka beri sokongan dan mahukan pimpinan baru di Tamparuli,” katanya.

Dalam pada itu, Alijus mengingatkan kepada semua calon KEADILAN bahawa mereka perlu bekerja sebagai satu pasukan bagi membantu Warisan Plus memenangi PRN Sabah.

 “Sebagai satu pasukan, kita mempunyai keyakinan untuk memenangi semua kawasan, PRN kali inilah kita boleh perbaiki keputusan yang diperoleh sebelum ini dan insya-Allah KEADILAN boleh ambil semua kawasan.

 “Kita bukan hanya ketengahkan calon lama dan berpengalaman tetapi juga calon baru seperti saya dan calon DUN Inanam, Peto Galim yang datang dari golongan profesional.

 “Jadi saya yakin calon yang diketengahkan boleh mendapat kemenangan di seluruh kawasan. Apa jua kemenangan akan membawa impak kepada gabungan Warisan Plus,” katanya.

Pada masa sama, Alijus berpandangan KEADILAN tetap perlu membuktikan keupayaan untuk memenangi kerusi DUN di PRN Sabah.

 “Apa yang penting, kalau mahu beri sumbanagn, kita kena menangkan parti dulu, kalau 7 kerusi menang semua besarlah sumbangan kepada Warisan Plus, tapi kalau kurang makin kuranglah sumbangan.

 “Apabila ramai calon KEADILAN menang, bolehlah kita dapat jawatan penting dalam cabinet dan boleh buat keputusan di peringkat negeri, bukan hanya mendengar tetapi kita juga boleh membantu rakyat secara langsung.

 “Dalam soal pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT), saya cukup arif selaku bekas presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), jadi portfolio kerajaan tempatan ini satu perkara yang saya boleh bantu rakyat Sabah,” katanya.

 

63 tahun mundur, mana agenda bela Melayu PN?

 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbangga kononnya telah menyelamatkan Melayu dari DAP dan berjanji untuk memajukan kaum itu lebih daripada mana-mana kerajaan yang pernah memerintah Malaysia.

 Bagi Koordinator Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Mustaffa Kamil Ayub, PN tidak harus beretorik tetapi perlu segera membuktikan pembelaan mereka ke atas Melayu dengan mewujudkan beberapa skim atau program khas untuk membantu kaum tersebut.

 "Setelah lebih 63 tahun merdeka, kelihatannya kedudukan orang Melayu masih ketinggalan dalam pelbagai sektor, walaupun adanya hak istimewa Melayu, tanah rizab Melayu, kuota Bumiputra serta Dasar Ekonomi Baru (DEB). Di mana silapnya? Siapa yang harus dipersalahkan? Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini?

 "Justeru, GRM menyeru agar Kerajaan Persekutuan di bawah PN yang melaungkan slogan membela Melayu mesti segera mengemukakan pelan-pelan konkrit serta agenda-agenda sistematik dalam perkara ini," kata Mustaffa dalam satu kenyataan.

 Menurut beliau lagi, agenda Melayu tidak sewajarnya dijadikan mainan politik atau propaganda menyokong sesuatu pemerintahan. Sedangkan majoriti kaum itu kesempitan hidup sejak era BN.

 Katanya, PN mesti membuktikan perjuangan 'menaikkan martabat Melayu' bukan untuk agenda politik perkauman seperti yang dilakukan BN sebelum ini

 "Orang Melayu majoriti atau lebih 60% serta merupakan penduduk asal negara ini. Kestabilan sosio-ekonomi-politik kelompok ini akan menjamin kestabilan keseluruhan rakyat Malaysia.

 "GRM dalam hal ini berpandangan proses (memartabatkan Melayu) ini mestilah tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak atau diekploitasi menjadi isu perkauman sama ada dalam kalangan orang Melayu atau bukan Melayu," katanya lagi.

 Namun menurut Mustaffa, sekiranya agenda membela Melayu mahu dipolitikkan atau menemui kegagalan sebagaimana DEB yang diperkenalkan pada era 1970an lalu maka lebih baik dilaksanakan dasar yang lebih menyeluruh.

 Katanya, agenda ekonomi untuk semua tetapi tidak meminggirkan Melayu sebagaimana yang dicadangkan oleh KEADILAN adalah lebih sesuai diamalkan dalam era globalisasi bagi menjadikan Melayu kaum yang ampuh bersaing di pentas dunia.

 "GRM berpandangan membela kelompok tertinggal sama ada orang Melayu, Kadazan, Dayak, Cina, India dan seumpamanya mesti dibuat secara adil tanpa ketirisan, tiada penyelewengan, rasuah, pembaziran atau pembolotan.

 "Untuk itu GRM menyeru kepada pembinaan Malaysia Baharu tanpa mencabut akar dan asas yang ada. Malaysia Baharu juga sewajarnya terbina sebagaimana asas dalam pembinaan Masyarakat Madani Madinah iaitu aqidah, ilmu, akhlak, adab, kerohanian dan dakwah.

 "Membina Malaysia Baharu juga serentak memakmurkan serantau serta model globalisasi manusiawi yang pernah dilakukan dalam pengalaman pembinaan insan dalam tamadun Islam," katanya.

 GRM merupakan gabungan 10 pertubuhan reformasi untuk menggerakkan perubahan total ke atas masyarakat Malaysia.

 

KEADILAN cabar Muhyididn buktikan pendaftaran PN



KEADILAN mencabar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan gabungan Perikatan Nasional (PN) telah didaftarkan sebelum proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 12 September lalu.

 Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, hal itu sangat penting kerana tanpa pendaftaran yang sah maka pencalonan calon-calon PN adalah terbatal dan tidak layak bertanding sama sekali.

 "Saya merujuk kepada kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Saudara Syed Badli Shah Syed Osman berhubung ketiadaan maklumat pendaftaran Perikatan Nasional di dalam rekod di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

 "Sehubungan itu, saya mencabar Tan Sri Muhyiddin untuk menunjukkan bukti kelulusan pendaftaran PN yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kepada umum.

 "Seandainya PN masih belum didaftarkan secara rasmi, saya mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan serta merta membatalkan pencalonan semua calon-calon yang bertanding di bawah tiket PN," kata Shamsul dalam satu kenyataan.

 Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu lagi, sekiranya calon-calon PN dibenarkan bertanding tanpa pendaftaran yang sah maka sistem demokrasi berparlimen Malaysia akan ditertawakan di seluruh dunia.

 Rakyat Sabah juga, katanya, tidak lagi akan memandang tinggi wakil-wakil rakyat di dalam Kerajaan Negeri dan kerajaan Malaysia.

 "Pilihan raya adalah platform penting buat rakyat menggunakan hak mereka sebagai warganegara. Mereka berhak memilih calon dari parti yang sah di sisi undang-undang untuk menjadi wakil, seterusnya membentuk Kerajaan Negeri.

 "Sekiranya calon-calon yang mewakili sebuah pertubuhan haram dibenarkan bertanding, ini merupakan satu penghinaan kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan juga buat rakyat, khususnya warga Sabah," katanya lagi.

 Sebelum ini, Syed Badli telah melakukan semakan di pangkalan data ROS dan tidak menemui nama PN dalam senarai pertubuhan politik yang telah didaftarakan.

 

PAS BOLEH JADI MANGSA PENGAGIHAN KERUSI PRU 15?


DULU TOLAK HUDUD KE NERAKA, SEKARANG HUDUD TAK BOLEH TANYA?

KESIAN, YB MELOMPAT JADI CALON BEBAS


HUSAM LETAK JAWATAN..DESAS DESUS SERTAI KEADILAN..

 Image may contain: 2 people, text that says "12:34 freemalaysiatoday.com The FMT News App An app designed for readers. OPEN APP F T HOME SABAH POLLS NEWS BERITA Husam sah letak jawatan, kata Khalid FMT Reporters September 14, 2020 12:21 PM Ketua Penerangan Amanah Khalid Samad mengesahkan hari bahawa naib presiden parti itu Husam Musa meletak jawatan. PETALING JAYA: Amanah mengesahkan naib presidennya, Husam Musa melepaskan jawatan."

Husam letak jawatan, bukan tak puas hati dengan Presiden

Perletakan jawatan Datuk Husam Musa sebagai Naib Presiden AMANAH adalah bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi parti itu di Kelantan khasnya di kawasan Parlimen Kota Bharu yang diketuainya.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad menegaskan, segala dakwaan yang mengatakan perletakan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan Presiden atau mana-mana pimpinan AMANAH sama sekali tidak berasas.

Sebaliknya katanya, ianya dilakukan demi melonjak dan mengukuhkan lagi kedudukan AMANAH di Kelantan, khususnya di Kota Bharu.

“Memandangkan kebolehan dan kemampuan beliau masih diperlukan di peringkat nasional, Jawatankuasa Nasional AMANAH mengambil keputusan untuk meminta beliau berperanan memantau dan bertindak sebagai penasihat kepada tiga biro AMANAH dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)

“Tiga biro ini adalah Biro Pilihanraya, Biro Komunikasi dan Biro Strategi. Kertas cadangan berhubung peranan baharunya juga sedang disediakan untuk persetujuannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam pada minggu lalu dilapor telah menyerahkan peletakan jawatan kepada kepimpinan AMANAH selepas menyertai parti itu sejak Ogos 2016.


KISAH BUNUH

 

Image may contain: 5 people, text


Ada kisah bunoh juga dimalam Jumaat , orang kata kisah bunuh Yahudi, ada panggil bunuh setan..tapi yahudi setan semua ini orang dah faham pun. Tapi kali ini lebih dasyat iaitu bunuh kalau pecoh set set kito


NIZAN AKA

Wahhhh..hebatlah muslimat-muslimat Pas ku..Setelah berkempen membantu kekanda MCA dengan meminta orang-orang islam Tanjung Piai mnyokong kekanda MCA dan menolak calun seorang imam masjid di Tanjung Piai,sekarang mereka berkempen pula membantu calun kekanda MCA di Dun Karamunting,Sabah..

 Nampknya muslimat-muslimat Pas ku dan kekanda-kekanda MCA tak boleh dipisahkan..Serasi gitu..

 Yang penting,ingat pesanan pesanan perwakilan Kelantan,Hassan Mahmood "Jangan cuba-cuba pecahkan kesatuan ini,sebab Nabi pesan "bunuh"??

 

‘Kerajaan PN bukan model yang baik untuk Sabah’ – Guan Eng

 

Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP)

Pilihan raya negeri Sabah telah membuktikan dengan jelas bahawa Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN), atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menentang Warisan Plus yang diketuai oleh Ketua Menteri Sementara Sabah Datuk Seri Shafie Apdal, adalah sebuah kerajaan yang tidak stabil, lemah, keliru, bercanggah sesama sendiri dan melanggar undang-undang.

GRS gagal untuk bersatu di bawah seorang calon Ketua Menteri. GRS juga gagal bersetuju untuk tidak bertanding antara satu sama lain dalam17 kerusi DUN. Sebaliknya Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, DAP, UPKO, PKR dan Amanah tidak melawan satu sama lain di mana-mana kerusi dan bersetuju untuk mengekalkan Shafie sebagai calon Ketua Menteri.

Sama seperti dua Timbalan Menteri yang tidak menunjukkan sebarang rasa hormat kepada Veveonah Mosibin, Muhyiddin tidak menunjukkan rasa hormat kepada pengundi Sabah, kerana dia atau Putrajaya cuba memutuskan siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah berikutnya. Wajarkah Sabah tunduk kepada GRS atau Muhyiddin? 

Ketika Tan Sri Muhyiddin mempunyai hanya majoriti 2 kerusi di Parlimen, rakyat tidak menyangka Menteri-menteri PN akan bercanggah sesama sendiri, tidak mengikut dan mematuhi undang-undang, membangkitkan sentimen perkauman dan agama atau menyebarkan berita palsu. Beberapa contoh utama:

  • Sokongan PAS kepada Ahli Parlimennya, yang enggan meminta maaf kerana menghina penganut Kristian dengan ucapannya yang penuh dengan hasutan bahawa kitab Bible terpesong;
  • Dua Timbalan Menteri menyebarkan berita palsu dan bukannya mengamalkan slogan kerajaan PN sendiri, yakni “Tidak Pasti, Jangan Kongsi”, dan telah melakukan buli siber terhadap seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sabah berusia 18 tahun, hanya kerana dia mendedahkan bahawa dia terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang lebih baik di Pitas, Sabah;
  • Ketua Pemuda Bersatu dan Timbalan Menteri mendesak sekolah vernakular dihapuskan sungguhpun sudah wujud sejak sebelum Merdeka;
  • Kompaun “manja” RM1,000 terhadap seorang Menteri PAS kerana melanggar protokol keselamatan Covid-19 untuk kuarantin rumah 14 hari sekembalinya dari Turki, sedangkan seorang wanita Melayu berusia 72 tahun telah didakwa di mahkamah dan dihukum dengan denda RM8,000 serta dipenjarakan selama sehari.
  • Membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan peraturan “antara dua darjat”(double-standard) dengan gagal bertindak terhadap Timbalan Menteri Pertahanan kerana mencadangkan anaknya dilantik ke Lembaga Pengarah Pharmaniaga, yang berada di bawah naungan Kementerian Pertahanan.
  • Menteri Kewangan berbohong bahawa kontrak rundingan terus sebanyak RM6.61 bilion telah dianugerahkan oleh PH, sedangkan hanya RM352 juta berasal daripada kerajaan PH, manakala baki RM6.3 bilion merupakan projek zaman kerajaan BN sebelumnya.
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) berbohong bahawa saya sendiri telah merundingkan sebuah projek kilang sisa pepejal bernilai RM170 juta dengan pengurangan 10%, sedangkan surat-surat membuktikan bahawa permohonan rundingan terus dibuat oleh KPKT sendiri.

Sabtu semalam, rakyat Malaysia telah melihat Menteri Pertahanan Ismail Sabri secara terbuka menyangkal kenyataan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengenai kemungkinan mengenakan kuarantin wajib kepada mereka dari Semenanjung yang telah pergi ke Sabah untuk pilihan raya negeri, sebaik sahaja mereka pulang ke Semenanjung. Kerajaan Persekutuan PN yang tidak stabil, lemah, keliru, bercanggah sesama sendiri dan melanggar undang-undang bukanlah model yang baik untuk Sabah. 



PUTRAJAYA TAJA PARTI KECIL UNTUK PECAH UNDI DI SABAH?


PAS BANGKIT BALAS DENDAM. TUNTUT KERUSI PERLIS KEDAH KELANTAN TERENGGANU


Kecewa kerana tidak diberikan kerusi untuk bertanding dalam PRN Sabah, Pas nampaknya mula mengorak langkah untuk menuntut hak mereka yang sewajarnya dalam PRU15 datang.
Sehubungan itu, Presiden Pas, Hadi Awang berkata, Pas bakal mendominasi kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah selepas ini.
Katanya, walaupun pembahagian kerusi, baik melalui MN atau PN belum lagi dimuktamadkan sehingga ini, tetapi Pas akan mendominasi sejumlah kerusi di negeri-negeri tersebut.
Selain itu, Muktamar Pas di Kelantan yang berakhir semalam juga turut meluluskan usul agar Pas diperuntukklan 50 kerusi Parlimen dalam PRU akan datang nanti.
Tuntutan itu susulan Pas tidak diperuntukkan sebarang kerusi dalam PRN Sabah di mana baik UMNO atau Bersatu, kedua-duanya enggan bertolak ansur memberi walau satu kerusi kepada parti Islam itu.
Sehubungan yang sama, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari tampil dengan butiran antara kerusi-kerusi yang patut diberikan kepada Pas dalam PRU15 akan datang.
Katanya, kerusi-kerusi tersebut ialah 14 di Kelantan, 8 di Terengganu, 15 di Kedah, 3 di Perlis dan selebihnya boleh cari di negeri-negeri lain.
Tambah beliau, kalau Pas boleh berkorban di Sabah, apa salahnya dalam PRU15 nanti parti-parti lain pula yang berkorban.
Apa agaknya reaksi pemimpin UMNO dan Bersatu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berhubung permintaan Ahli Parlimen Pasir Mas itu?
Nampaknya Tok Pa, Annuar Musa, Mahadzir Khalid dan Shahidan Kassim boleh bersara sajalah selepas ini.
Kalau tidak ditunaikan pula, tak mustahil Pas akan merajuk dan keluar daripada PN dan MN sebagaimana mereka keluar PH sebelum ini.
Kalau Pas keluar PN dan MN, bukankah semua rugi juga akhirnya nanti? (Shahbudindotcom 14/09/2020)

PAS SERAH KERUSI TRADISI DI SABAH KEPADA MCA?