HENTIKAN PEMBAZIRAN LANJUTKAN MORATORIUM
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP merangkap ahli Parlimen Bagan, Saudara Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 1.8.2020
__________________________________________
Hentikan Pembaziran Wang Untuk Rampasan Kuasa Politik Menjatuhkan Kerajaan-Kerajaan Negeri PH/Warisan Dan Sebaliknya Tumpukan Perhatian Kepada Pelebaran Bantuan Kewangan Kepada Perniagaan-Perniagaan Kecil, Gaji Pekerja, dan Melanjutkan Moratorium Pinjaman Bank 6 Bulan Lagi Demi Menyelamatkan Perniagaan-Perniagaan Kecil Daripada Muflis dan Pemberhentian Pekerja.
__________________________________________
DAP berasa amat kecewa dengan keengganan Kerajaan PN untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank selama 6 bulan lagi apabila moratorium tersebut tamat pada 30 September 2020 meskipun langkah tersebut akan membantu 7.7 juta orang peminjam dan 245,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Tiada sebarang sebab diberikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengapa kerajaan tidak melanjutkan moratorium tersebut.
Kedegilan dan keengganan kerajaan amat dikesali kerana kos terlibat adalah kecil berbanding manfaat yang akan diperoleh. Pihak bank dilaporkan kerugian RM6.4 bilion sejak pelaksanaan moratorium 6 bulan tersebut. Namun, ini merupakan pengorbanan yang kecil di pihak industri perbankan memandangkan industri tersebut telah mendapat keuntungan selepas cukai berjumlah RM32 bilion pada tahun 2019 (rujuk lampiran).
Keuntungan selepas cukai RM32 bilion tersebut sepatutnya membolehkan pihak bank membiayai kos RM6.4 bilion sebagai tanggungjawab sosial korporat untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank selama 6 bulan tambahan bagi membantu pelanggan mereka mengharungi krisis ekonomi Covid-19. Jika pihak bank tidak rela membiayai kos RM6.4 bilion tersebut, kerajaan Persekutuan patut menanggung kos RM6.4 bilion demi membantu 7.7 juta orang peminjam dan 245,000 PKS.
Pihak bank sebenarnya berdepan golongan berpendapatan rendah dan berpendapatan sederhana. Ramai mereka tidak mempunyai wang simpanan. Hakikatnya sebelum Covid-19, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia, telah melaporkan bahawa 36% orang dewasa yang bekerja di Malaysia tidak mempunyai dana kecemasan walaupun setakat RM1,000, manakala 24% hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja dengan simpanan mereka jika mereka diberhentikan kerja. Keadaan kewangan golongan ini dijangka akan bertambah buruk dengan krisis ekonomi Covid-19.
Kos sebanyak RM6.4 bilion sebenarnya satu jumlah yang kecil berbanding puluhan bilion ringgit pinjaman tambahan oleh kerajaan di atas apa yang sudahpun diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 bagi membiayai pakej ransangan ekonomi Covid-19. Justeru, kegagalan kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman bank akan dilihat sebagai, pakej ransangan ekonomi PRIHATIN bernilai RM295 bilion tersebut sekadar indah khabar dari rupa, hanya memberi keuntungan kepada golongan tertentu sahaja dan bukan kepada rakyat biasa dan PKS.
Tambahan pula, tiada sebarang penambahan diberikan untuk Geran Khas Prihatin (GKP) RM2.1 bilion di mana RM3,000 telah diberikan kepada 700,000 PKS. Sekurang-kurangnya 155,000 PKS Mikro yang berkelayakan gagal memohon GKP dalam tempoh yang diperuntukkan. Oleh itu, kerajaan sepatutnya menambah RM1 bilion lagi untuk GKP.
Program Subsidi Upah juga tidak dilanjutkan sehingga Mac 2021 bagi membantu pekerja Malaysia. Dengan peningkatan mendadak kadar pengangguran sehingga 5.3%, di mana ada 830,000 pekerja menganggur, pelanjutan program ini perlu dilaksanakan sekarang juga untuk menyelamatkan pekerjaan bagi rakyat Malaysia. Kerajaan patut membantu mengekalkan pekerjaan rakyat dan bukan hanya membantu selepas rakyat kehilangan kerja.
DAP menyeru Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar berhenti membazir wang untuk rampasan kuasa politik menjatuhkan kerajaan-kerajaan negeri PH/Warisan dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelebaran bantuan kewangan kepada perniagaan-perniagaan kecil, gaji pekerja, dan melanjutkan moratorium pinjaman bank selama 6 bulan lagi demi menyelamatkan perniagaan-perniagaan kecil daripada muflis dan pemberhentian pekerja.
_
LIM GUAN ENG
NAJIB BUKAN MALAIKAT
Nizam Aka
Kalau dah balaci Najib,smpai bila-bila pun kekal balaci Najib..Tak perlulah nak beritahu yang Najib tu bukan malaikat maka perlu 2 saksi sebab semua orang tahu manusia itu bukan malaikat..Kamu minta 2 saksi,tapi mahkamah bagi kamu 57 saksi..tak puas hati lagi?
Tak ada orang yang nak mencuri dan merompak,akan panggil saksi-saksi untuk melihat dia mencuri dan merompak..Itu bongok namanya..
Jangan meletakkan Islam itu seolah-olah agama yang sukar dalam menentukan hukuman..Islam itu Indah dan Mudah..
UBAH MENTALITI PEMBANGKANG MESTI DIMUSNAHKAN
Ubah mentaliti pembangkang mesti dimusnahkan
Kemelut pilitik di Sabah yang berakhir dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) menjerumuskan Malaysia ke arah praktik politik yang amat memalukan.
Sistem politik negara ini seolah-olah pada peringkat awal kemerdekaan dan belum mengenal erti demokrasi yang matang. Pembangkang tidak dibenarkan mempunyai kerajaan negeri. Sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat wajib dihapuskan.
Bagi Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, Malaysia seharusnya bergerak ke arah demokrasi yang diiktiraf dunia bukan kekal pada sistem nilai yang tidak bertamadun.
“Adalah amat menyedihkan jika rakyat membuang yang jernih dan ambil yang keruh (mengutamakan kaum dalam politik).
“Sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu senario poilitik negara kita tidak pernah aman. Selalu sahaja ada ‘insiden’ yang bertujuan mengugat Pakatan Harapan (PH).
“Ini menunjukkan kita masih berada dalam takuk lama, politik zaman purba, kerana nilai politik semasa di mana-mana bahagian dunia parti kerajaan dan parti pembangkang di peringkat Persekutuan mesti bekerjasama untuk membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat. Tetapi di Malaysia, PH adalah musuh yang mesti dihapuskan oleh pihak lawan,” katanya dipetik.
Justeru itu, Lih Kang berpendapat semua pihak mesti mengamalkan etika politik yang bersih dan beramanah.
Katanya, dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak parti-parti yang bersaing harus memberi tumpuan kepada isu-isu harian rakyat bukannya isu perkauman semata-mata, sebagaimana yang sering diamalkan dalam kempen Umno/BN sebelum ini.
“Kita perlu merancang halatuju negara. Politik untuk mengurus-tadbir dan membantu rakyat. Politik bukan jalan mencari kekayaan. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menolak pemimpin-pemimpin politik yang hanya mementingkan diri sendiri. Kalau tidak, negara akan ketinggalan jauh di belakang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malim.
Sementara itu, seorang peniaga di Kuala Lumpur yang mahu dikenali sebagai Maimunah berpendapat kempen PRN Sabah akan amat menarik apabila Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan Shafie Apdal berganding bahu memusnahkan pertahanan Bersatu, Umno/Bn di sana.
“Gabungan PH-Warisan sebagai kerajaan negeri Sabah adalah gabungan yang terbaik untuk memajukan negeri Sabah tetapi nampaknya usaha yang murni ini akan digagalkan jika rakyat Sabah tidak membuat pilihan yang bijak di peti undi
“Walaupun pimpinan negeri Sabah belum lagi bertukar tangan, saya rasa amat hairan keadaan politik di Sabah sudah jadi sebegini. Apakah makna amalan politik seperti ini?” tanyanya
Beliau hairan bagaimana pemimpin-pemimpin yang tidak berwibawa seperti Musa Aman yang terpalit rasuah puluhan juta ringgit masih diberi sokongan yang padat dan kukuh oleh sebahagian masyarakat. Beliau mengharapkan rakyat Sabah akan membuat pilihan bijak dalam PRN kelak.
EZAM - SI KITOL, DUA MUSUH KETAT BERTEMBUNG DI P.PINANG HARI INI
Sepertimana yang dijanjikan, GERAK98 sedaya upaya akan terus 'memburu' si kitol dan kumpulan pengkhianat. Ini yang berlaku di P.Pinang hari ini.
Awat orang Penang dah kebulur ka apa ka? Ni Cot Ayaq pun ada..Masa jadi TKM dulu dok diam saja ka ..macamana ka jadi dulu dulu ni.
Manakala, GERAK98 tidak membawa apa-apa kecuali semangat yang membara untuk menentang para pengkhianat dan mempertahankan roh perjuangan reformasi. Kebetulan, Deklarasi Permatang Pauh dilaungkan di bumi P.Pinang, maka hari ini GERAK98 akan berpencak di pulau mutiara ini.
Bersama Sdr Ezam, Pengerusi GERAK98 sudah pastinya akan menjadikan si kitol sasarannya. Saki baki si kitol di negeri kelahiran tokoh reformasi, Anwar Ibrahim wajib dihapuskan.
Kepada semua penyokong reformasi diseru untuk bersama di dalam sebarang gerakan u tuk memperkuatkan perjuangan reformasi, menentang rasuah, tegakkan keadilan dan menentang pengkhianatan.
LAWAN TERUS LAWAN!!
WFAUZDIN NS
POLITIK MADU TIGA DALAM MUAFAKAT NATIONAL
Tidak kira sama ada Bersatu dijemput menyertai Muafakat Nasional atau Muhyiddin Yassin yang ingin membawa Bersatu menyertai gabungan itu, MN mungkin akhirnya akan mempunyai tiga parti di dalamnya.
Jika sebelum ini hanya ada UMNO dan Pas dalam MN, ternampak kemungkinan bertambah pula dengan kemasukan Bersatu selepas ini.
Dalam erti kata lain, jika sebelum ini UMNO dan Pas hanya bermadu dua untuk berkongsi kawasan pilihanraya yang sama, kini sudah bertambah seorang lagi madu untuk berkongsi kasih yang satu.
Sementara dengan UMNO dan Pas pun belum selesai soal pembahagian di kawasan Melayu, bertambah seorang lagi madu tentulah menambahkan lagi sulit perundingan itu.
Sekarang ini, belum pun Bersatu menjadi anggota rasmi MN, perbalahan sudah pun mula nampak tanda-tandanya.
Perbalahan pertama berkenaan siapa yang sebenarnya membawa masuk Bersatu ke dalam MN.
Presiden UMNO, Zahid Hamidi berkata, Muhyiddin Yassin yang memohon untuk membawa masuk Bersatu menyertai MN.
Untuk itu, katanya, Jawatankuasa Induk MN akan memperhalusi permohonan Bersatu itu sebelum meluluskannya.
Tetapi, seorang Ahli MPT Bersatu, Redzuan Mohd Yusof atau Pak Wan menolak kenyataan Zahid Hamidi itu, sebaliknya berkata, Bersatu tidak pernah memohon untuk menyertai MN.
“Muhyiddin tidak pernah memohon menyertai MN, tapi dijemput oleh MN.
“Kenyataan Zahid tidak tepat,” kata Menteri Tugas-Tugas Khas itu lagi.
Kemudian, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa turut mengesahkan bahawa Bersatu memang dijemput secara rasmi untuk menyertai MN.
Katanya, Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Hadi Awang serta Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu telah membincangkan perkara itu sejak berbulan lalu.
“Kira-kiranya kami sudah membuat pelawaan secara rasmi, namun kami tidak tergesa-gesa.
“Setiap parti ada prosedur tersendiri termasuk membawa cadangan itu ke Majlis Tertinggi parti masing-masing untuk dibincangkan,” jelas beliau.
Kemudian, soal pendirian UMNO tidak mahu menyertai Perikatan Nasional juga turut menjadi pertikaian antara parti itu dengan Pas.
Sementara Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, mereka tidak pernah dimaklumkan tentang pendirian UMNO itu, namun ia segera disangkal oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki.
Menurut beliau, pendirian UMNO enggan menyertai PN telah dinyatakan dalam dua mesyuarat terakhir MN sebelum ini.
Apa sudah jadi? Mana satu yang betul?
Yang nyata di sini, belum pun Bersatu menyertai MN, Pas terlihat lebih condong untuk bersama Muhyiddin dalam usaha mengekalkan PN sebagai kerajaan, mungkin antaranya kerana sayangkan kedudukan dalam kerajaan yang dipegang ketika ini.
Bagi UMNO pula, menyertai PN bermakna parti itu kena tunduk kepada Muhyiddin selaku “abang besarnya” sementara di dalam MN pula, UMNO berasakan merekalah “abang besar”.
Selain itu, menjelang PRN Sabah yang masih di peringkat awal sekarang ini, perbalahan berkaitan perebutan kerusi turut mulai membahang antara UMNO dengan Bersatu.
Oleh kerana UMNO tidak mahu menyertai PN, parti itu mungkin berkeras dalam soal pembahagian kerusi untuk seterusnya cuba memastikan jawatan Ketua Menteri Sabah dapat diperolehi.
Begitu juga dengan Bersatu, walaupun masih baru bertapak di Sabah dan akar umbi tidak sekuat mana, tetapi bersandarkan Muhyiddin adalah Perdana Menteri, parti itu telah meletakkan sasaran mahu bertanding sebanyak 45 daripada 73 dalam PRN mendatang ini.
Makna kata, belum pun Bersatu berada di dalam MN dan UMNO dengan keputusan tidak mahu menyertai PN, kedua-dua parti yang bakal bermadu tiga itu sudah mula berkelahi secara terbuka.
Ramai yang bahagia dan mampu mengawal keadaan bila bermadu dua, tetapi jarang yang aman rumahtangga bila bermadu tiga.
Apa yang berlaku sekarang ini hanyalah permulaan, apabila tiba masa Bersatu diterima masuk dalam MN nanti dan ketiga-tiga parti mula berbincang berkenaan pembahagian kerusi yang hampir semuanya di kawasan yang sama, percayalah, porak peranda akan mula melanda gabungan itu
Berbahagi untuk dua pun belum tentu boleh selesai dengan baik, inikan pula setelah bertiga. (Shahbudindotcom 02/08/2020)
BELANJA PRN SEKALI GANDA, MENGAPA BODOH SALAHKAN WARISAN?
Belanja PRN sekali ganda, mengapa bodoh salahkan Warisan?
Oleh: Redzuan RF8 Media
ISMAILY BUNGSU
SIAPA sebenar memulakan mahu rampas kuasa?
Sejak memerintah ada saja gangguan. Kacau sana kacau sini gila kuasa.
TSMY berlagak baik peduli rakyat elak berpolitik atasi covid.
Tapi dalam diam ia hantar wakil urus pujuk yb2 untuk runtuhkan WARISAN. Memang binawi kamu. Hipokrit!
Semua yb2 warisan upko dap kamu datangi niat beli berjuta untuk tinggalkan kerajaan pimpinan DSSA. Gila dan jahat.
Bertan2 duit kamu usung bawa offer yb2 warisan tapi warisan asal nilainya tidak SEPOSEN,
Yang lain gila duit miskin mungkin terima offer dan baguslah untuk makan anak bini 7 keturunan. Tahniah kamu minta undi rakyat dan kemudian kamu jual rakyat.
Nama saja yb tapi bikin malu anak bini cucu makan duit haram rasuah bala datang menimpa kamu dan keturunan makan duit haram.
Memang bikin malu sabah banyak katak cari kesempatan tak tahu malu sanggup jual diri sanggup dikutuk hina bukan kerana perjuangkan rakyat tapi jaguh rasuah ambil wang rasuah untuk kasih makan anak bini.
Sekarang dssa pula disalahkan. Memang binawi kamu.
Rakyat sibuk takut covid tapi kamu sibuk pakat curi wakil rakyat mahu tumbangkan kerajaan warisan.
Kerja gila tak habis2 menyusahkan rakyat.
Di tv tadi belanja PRN konon loncat sekali ganda dan ini terus dikatakan salah dssa.
Dssa salah tak serah jawatan? Ingat dssa bodoh sangat mahu serahkan dengan mudah. Kami lawan kamu secara bermaruah. Kalah menang soal lain.
Memang kamu gila kuasa.
RATUSAN JUTA RINGGIT TIDAK BERJAYA BELI MARUAH SABAH
Ratusan juta ringgit tidak berjaya beli maruah Sabah
Oleh: Redzuan RF8 Media
Via WhatsApp
Sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8, beliau telah menghabiskan banyak masa berpolitik.
Hanya orang gila sahaja yang termakan umpan kononnya beliau sibuk melawan Covid-19.
Cuba fikir sejenak. Bagaimanakah Muhyiddin boleh duduk diam sedangkan Kerajaan Pintu Belakang pimpinannya boleh tumbang pada bila-bila masa sahaja?
Persidangan Parlimen ditangguh untuk menghalang usul undi tidak percaya.
Jawatan-jawatan GLC diagih kiri kanan untuk kekalkan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO, PAS dan Bersatu.
Kesemua 46 kes rasuah Tan Sri Musa Aman digugur agar wang yang dibekukan boleh digunapakai untuk membeli katak.
Dalam usaha menyelamatkan diri, Perdana Menteri Pintu Belakang ini telah sibuk menggerakkan segala percaturan politik. Sudah pasti, beliau tidak mahu mencatat nama sebagai Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah politik Malaysia.
Musa Aman, sosok di sebalik kartel mafia balak yang terbesar di Sabah telah dibebaskan begitu sahaja.
Bagaimanakah kesemua 46 kes jenayah rasuah, penyelewengan dana, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan sebagainya boleh digugurkan oleh Peguam Negara lantikan Muhyiddin begitu sahaja?
Di manakah keadilan untuk penduduk asal Sabah yang dirampas tanah dan sebagainya?
Tujuan dan hasrat Kerajaan Pintu Belakang Semenanjung Malaysia amat nyata.
Muhyiddin nak menggunakan Musa – orang yang terkaya di Sabah menggulingkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.
Jika Shafie tumbang, blok Ahli Parlimen Warisan akan berpecah, secara langsung memberi semangat dan keyakinan kepada Kerajaan Pintu Belakang Semenanjung Malaysia. Majoriti tipis mereka akan bertambah dan kedudukan mereka akan semakin selesa.
Sabah mungkin satu-satunya negeri di Malaysia yang mampu tumbang meski pun selesa dengan majoriti dua pertiga. Ini Sabahans tahu berdasarkan sejarah politik Sabah yang mempunyai ramai katak.
Akan tetapi, kredit harus diberi kepada Shafie kerana berjaya melahirkan generasi dan lapisan pemimpin yang berintegriti dan bermaruah.
Tidak ada satu pun pejuang asal atau pengasas Warisan yang membelot. Kesemua YB yang mengasas Warisan telah kekal setia kepada parti dan perjuangan untuk Sabah.
Satu-satunya pejuang yang lahir dalam pangkuan pembangkang tetapi membelot adalah Kenny Chua Teck Ho, Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam. Itu pun partinya PKR yang diasaskan di Semenanjung Malaysia.
YB-YB Warisan yang membelot pula, mereka asalnya dari BN tetapi menukar baju pasca Mei 2018. Mungkin sebab tunggu lagi tunggu, selepas dua tahun masih tidak diberi jawatan atau ganjaran, maka mereka berasa tidak puas hati dan berpaling tadah untuk menagih habuan yabg ditawar pihak lain.
Semalam, Ketua Menteri, Shafie Apdal mengumum bahawa Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin telah perkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah, sekaligus membuka jalan kepada Pilihan Raya Negeri dalam masa 60 hari.
Menariknya, Musa cuba meyakinkan TYT bahawa beliau mempunyai majoriti untuk diangkat sebagai Ketua Menteri.
Menggunakan alasan bahayanya wabak Covid-19, Musa yang juga dikenali sebagai Encik 30 Peratus berhujah bahawa nyawa orang ramai berada dalam bahaya.
Encik 30 Peratus turut mengatakan Pilihan Raya adalah membazir wang dan masa.
Peliknya, tidakkah Encik 30 Peratus memikirkan perkara-perkara ini sebelum cubaan merampas kuasa?
Nampaknya Musa dan Muhyiddin tidak yakin memenangi kuasa melalui undian rakyat. Mereka lebih gemar mengguna cara Pintu Belakang.
Jika rampasan di Sabah berjaya, ini akan menjadi kudeta kedua yang dijayakan oleh Muhyiddin.
Muhyiddin telah berjaya di peringkat Putrajaya melalui pakatan sulit bersama UMNO dan PAS. Tetapi di Sabah, Ketua Menteri Shafie telah bersiap sedia sejak awal.
Selepas pengumuman Musa, Shafie telah serta merta menggerakkan percaturan taktikal beliau. Shafie telah berjumpa dengan TYT untuk mendapatkan perkenaan membubar DUN Sabah. Perkenaan tersebut dipersetujui pagi seterusnya.
Jika Shafie berdolak dalih dua selepas pengumuman Musa dengan retorik-retorik kosong, mungkin Kerajaan Sabah pimpinan beliau akan berjaya ditumbangkan.
Kerajaan Sabah tidak tumbang kerana keputusan dan tindakan pantas Shafie.
Melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah, usaha-usaha merampas kuasa dan membelakangkan mandat rakyat telah gagal.
Kini, mandat berjaya dikembalikan kepada rakyat Sabah. Rakyat Sabah akan memilih Kerajaan Sabah yang diinginkan.
Apa yang lebih menarik adalah kepantasan pasukan Shafie menyebar surat perkenaan TYT yang melaksanakan kuasanya di bawah Perkara 1(2) Perlembagaan Sabah.
Pembubaran Dewan turut digazet serta merta dan pemakluman dihantar ke pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.
Langkah-langkah ini sekaligus membantutkan Musa dan pasukan katak-kataknya. Ianya juga mematikan segala keraguan dan ketidaktentuan yang cuba dibangkitkan oleh Encik 30 Peratus.
Bersenjatakan berpuluh-puluh buah kereta mewah, Encik 30 Peratus telah bergerak ke Istana. Namun, rombongan mereka dihentikan oleh sekatan yang dinaikkan PDRM.
Nampak jelas TYT tak nak jumpa Musa. Malah “mesej” daripada Muhyiddin turut ditolak bulat-bulat.
Masihkah Sabahans ingat, Musa adalah Drama Queen yang sama yang menghilangkan diri sejurus selepas BN tumbang dalam PRU ke-14?
Encik 30 Peratus ini telah ghaib dari bumi Sabah untuk beberapa bulan. Alasannya? Sakit tenat.
Namun selepas kes-kes rasuah digugurkan, tiba-tiba Encik 30 Peratus menjadi sihat balik.
Kerana keterdesakan, YB-YB Sabah dikhabarkan ditawar sehingga RM 60 juta untuk berpaling tadah.
Ratusan juta wang tunai yang diusung sini sana untuk membeli katak sudah pastinya mengejutkan Sabahans. Dalam pengiraan Musa dan Muhyiddin, beratus-ratus juta adalah lebih berbaloi dibelanjakan kerana mereka tidak yakin memenangi Pilihan Raya.
Tidak pasti sama ada 13 pengkhianat yang berpaling tadah telah menerima habuan mereka atau tidak. Namun logik memberitahu bahawa lazimnya wang akan tiba selepas kerja disiapkan.
Dengan kegagalan sebegini, apakah pula nasib 13 pengkhianat tersebut? Adakah mereka telah menerima deposit sebelum melompat?
Jika tidak, sia-sialah lompatan mereka kerana orang Sabah sudah pastinya akan menghukum mereka dalam 60 hari ini.
RUU 355: BERAPI-API DAN KEMUDIAN JADI MUNAFIK
RUU 355: Berapi-api dan kemudian jadi munafik
Oleh: Redzuan RF8 Media
Zaidi Zakaria
Kehadapan Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
YB Dato’,
RUU 355 : TIADA MASALAH BERAPI-RAPI
1. Jadilah pembangkang yg rasional dan bertanggungjawab. Bukan semata-mata mendesak atau membangkang tanpa peduli kepada segala prosedur berkaitan.
Silap besar bila YB Dato’ mengatakan pembangkang tak perlu fikir kaedah, sistem dan peraturan.
Pembangkang perlu / mesti setaraf dengan kerajaan soal-soal asas perundangan, Parlimen dan kenegaraan.
Bermaksud, pembangkang mesti / perlu arif tentang kaedah, sistem, dan peraturan.
“Dalam isu RUU 355, menjadi pembangkang mudah. Dalam Parlimen mendesak usul gubal peraturan agar RUU 355 dilaksanakan sebab kita pembangkang.
“Pembangkang tak perlu fikir perkara-perkara kaedah, sistem, peraturan-peraturan itu bukan kerja kita, itu kerja kerajaan.
2. Antara punca perpecahan berlaku dalam PAS, adalah kerana Cadangan untuk membawa usul persendirian RUU 355.
Bukanlah content atau isi yg utama diperdebatkan, tetapi tentang prosedur, kaedah, sistem dan peraturan.
Satu pihak mengatakan ‘mustahil’ berjaya usul persendirian RUU 355 dari pembangkang, kerana ianya melibatkan Majlis Raja-Raja dan prosedur lain.
Apakah hujah balas Pemimpin Agamawan / Ulama pada masa itu?
Munafik Haraki!
3. Berapi-rapi mengecam menghentam sesama Muslim, sesiapa sahaja yg tidak setuju usul persendirian RUU 355 dibawa oleh PAS.
Tiada masalah berapi-api JIKA KENA pada tempatnya. Tapi yg salah adalah MENGHUKUM orang lain BERAPI-API sebagai MUNAFIK.
Lebih mendukacitakan Pemimpin Agamawan / Ulama sendiri yg mengatakan demikian, dan langsung TIDAK MENEGUR ahli bawahan yg melampaui batas!
4. Sebenarnya, itu punca UTAMA saya keluar dari PAS. Kerana PAS berapi-api secara melampaui batas menghukum orang lain sebagai MUNAFIK!
Saya bukan keluar PAS sebab G18 gugur setandan, tapi kerana sikap pemimpin agamawan dan ulama seperti di atas.
5. “Sekarang apabila kita jadi kerajaan, kita nak buat RUU 355, kita kena buat mesyuarat dengan mufti-mufti, mesyuarat dengan Majlis Raja-Raja, kena bentang satu persatu kepada Raja-raja Melayu sebab urusan agama di bawah Raja-Raja.
“Kemudian kena pergi kepada majlis jawatankuasa agama Islam peringkat kebangsaan, (ada) prosedur-prosedur, kena jumpa Peguam Negara, kena bincang mekanisme perundangan, kena tengok perlembagaan, kena tengok undang-undang sedia ada, banyak kerjalah”.
BUKANKAH itu yg diperkatakan, dihujahkan oleh kami dahulu? Tapi agamawan / ulama menuduh kami sebagai “munafik yg beralasan”.
6. “Tapi kalau (sebagai) kerajaan kita berapi juga, berapi kepada siapa?
Berapi kepada diri sendiri! Diri sendiri WAJIB berusaha bersungguh2 menjaya dan melaksanakannya.
YB Dato,
Dah berapa kali jumpa PM bincang untuk bawa RUU 355?
TAK ADA KAN?
7. “Dulu kita bergaduh dengan pak cik itu sebab pak cik itu tak jadi bapa mertua kita. Tiba-tiba jadi pak mertua, lainlah caranya,”
BAB RUU 355 tak perlu lah ambil analogi sketsa keluarga! Ia perkara amat serious, yg PAS begitu luar biasa berkobar2 menentang yg tidak setuju dgnnya!
Dr Zaidi Zakaria
KISAH DISAMAN TAK PAKAI MASK
Maz Nah
Kisah benar bukti PN zalimi rakyat. Kenapa zalimi rakyat kamu sendiri... Yiddin? Buktikan mereka di bawah ini bersalah. Mengapa rakyat dijadikan mangsa kerajaan PN yang rakus sakau duit rakyat dengan cara bangsat ini? Patut menteri tebuk atap Jemin perah otak ada 1001 cara lain utk tingkatkan ekonomi negara, bukannya kenakan rakyat dengan saman, denda, kompaun, cukai. Ini mengarut merompak wang rakyat secara JIJIK!
Kisahnya....
Ko dalam perjalanan balik kampung. Singgah sekejap kat tepi pantai sebab anak-anak dah lapar.
Ko pulak pi mandi laut, pastu time ko naik ja ke pantai ko nampak Polis tengah saman anak dan bini ko yang sedang makan.
Ko baru nak bercakap terus Polis saman ko sekeluarga pasai tak pakai pelitup muka dan tak buat penjarakkan sosial.
Walhal ko baru ja naik dari mandi laut. Anak-anak dan bini ko masa tu tengah makan.
Langsung takder budi bicara atau guna otak.
That’s what happen kat Kota Tinggi semalam.
Saman dan Kompaun kena RM7 ribu. Anak-anak ko semuanya sekolah rendah lagi.
NOH OMAR YANG TIDAK BERPIJAK DIBUMI NYATA
Mohd Shah Rim
Noh Omar melawak..
Jika campur undi UMNO dan PAS sekali pun, tak mungkin dapat rampas Selangor, PRU lepas, sokongan Selangorian pada PH adalah 65%, UMNO 19% sementara PAS tercorot, 16% saja.. Jumlah undi PH - 1,303,102 juta, UMNO 450,742 dan PAS 296,250. UMNO menang 4 DUN, 1 1 DUN.
11 calon DUN dan 4 calon Parlimen PAS hilang wang pertaruhan..
Perangai sebenar Azmin
1. Video penuh ini dirakam semasa Tun selesai mengerjakan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Putra.
2. Seperti biasa usai solat, beliau berjalan keluar. Ramailah jemaah yang berada di sekeliling.
3. Entah bagaimana Azmin juga berada di masjid yang sama. Dari tepi beliau bergegas untuk menyapa Tun dan meletakkan tangan di dada sebagai tanda salam.
4. Memang tujuannya satu. Ada gambar yang boleh diambil dan diletakkan dalam media sosial untuk membawa persepsi seolah-olah beliau berada bersama Tun di masjid itu.
5. Turut serta adalah bekas calon PPBM yang tewas di Ketereh pada PRU lepas, Radzi Jidin. Undinya hanya 6799 berbanding 25 467 untuk Annuar Musa.
6. Apa yang menarik, sepanjang perjalanan Tun menuju ke keretanya, Tun tidak melayan Azmin seperti mana yang diharapkan.
7. Mungkin Azmin berharap beliau dapat memberhentikan Tun seketika untuk bersembang sekejap dan para wartawan mengambil gambar. Lagi cantik kalau dapat memeluk sesaat dua. Bolehlah dia melabun lebih sikit dalam twitter atau facebooknya.
8. Malangnya tak berlaku. Tun tidak melayan. Tun biarkan dia begitu. Sama ada Tun memang malas nak layan, atau dapat menjangkakan Azmin akan ambil kesempatan kalau layan. Itu Tun sahaja yang tahu.
9. Yang kita perlu tahu adalah inilah perangai Azmin. Perangai seorang poitikus cari makan. Di mana-mana pun dia akan berfikir untuk dapatkan keuntungan politik.
10. Walaupun khianat dan mengenepikan janji semasa dalam PH, semasa bersama Tun, dia boleh buat selamba badak macam tak ada apa-apa yang berlaku.
11. Kita juga mungkin ingat, semasa Tun angkat sumpah sebagai PM di Istana Negara, dia kunjungi Anwar untuk nyatakan seolah-olah bersama Anwar. Kemudian dia tikam untuk lepaskan diri dan konco-konconya dapatkan kedudukan.
12. Perangai ini perangai Azmin. Perangai seorang yang akan gunakan apa sahaja kesempatan untuk kepentingan diri.
13. Semoga kita dijauhkan. Semoga negara ini diselamatkan dari dipimpin orang sebegini.
Amiin..
Dr Razam Ramli.
Kredit video : MalaysiaGazette
Siapa tamak, siapa rugi
Di Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan dan pembangkang lain, kini wujudnya sekumpulan ahli politik yang tamak dan tergesa-gesa yang boleh merugikan gabungan masing-masing.
Di sebelah PN, segelintir ahli Umno mula bersikap keras terhadap PPBM dan mendesak pilihan raya umum diadakan segera. Mengikut sifir politik mereka, PPBM tidak berhak mendapat kerusi pilihan raya kerana semuanya kerusi tradisi Umno.
Jika begitu, apakah Umno yakin menang jika PN berpecah dan pertandingan 3 penjuru berlaku serentak di semua kerusi Umno? Apa faedahnya untuk Umno jika PN berpecah? Sesungguhnya, tanpa PPBM, Umno masih akan berada di kerusi pembangkang. Hakikatnya, PPBM ada jasanya kepada Umno, meskipun ia lahir daripada pemecatan ketika zaman Najib Razak.
Pengalaman perit menjadi pembangkang selama 22 bulan sepatutnya menginsafkan Umno. Formula kalah pilihan raya ini banyak – antaranya ialah sikap tamak, angkuh, enggan berkompromi, menganggap diri kuat serta mengharapkan rakyat lebih membenci lawan daripada menguatkan diri sendiri.
Keengganan bekerjasama dengan PPBM yang mempunyai perdana menteri yang amat disukai rakyat adalah jalan mencari nahas.
Bagaimana pula keadaannya di PH Plus dan rakan-rakannya? Perebutan jawatan perdana menteri yang menjadi punca utama kejatuhan kerajaan PH kembali menjadi punca retaknya kerjasama pembangkang.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kini tidak lagi boleh menerima Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM. Sikap yang sama turut dipamerkan Mahathir terhadap Anwar, di mana sebaliknya Mahathir bersetuju untuk menyokong Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon PM berbanding Anwar.
Kenyataan bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng yang mengesahkan kenyataan Mahathir bahawa idea mencalonkan Shafie sebagai calon PM datangnya daripada Lim adalah tamparan hebat kepada Anwar sebagai ketua Pakatan Harapan.
Ini bererti 2 komponen parti PH tidak yakin Anwar mampu mendapat majoriti di Parlimen berbanding Shafie. Peliknya bagaimana pula Amanah dan DAP dapat yakin Shafie mampu mendapat majoriti di Parlimen tanpa sokongan Anwar dan PKR.
Sifirnya mudah bagi PKR dan Anwar. Sebagai parti yang memenangi paling banyak kerusi Parlimen, sepatutnya jawatan PM datangnya daripada individu daripada parti itu.
Tapi, masalahnya ialah ketaksuban terhadap jawatan calon PM menyebabkan ia seolah-olah milik hak peribadi seorang individu dan parti selepas jatuhnya Mahathir. Inilah menjadi titik kebuntuan untuk menyelesaikan masalah tamak dan ego berlebihan dalam kalangan pembangkang untuk mencapai satu kata sepakat.
Kedua-dua gabungan politik nampaknya tidak stabil kerana sikap kedua-dua parti terbesar dalam gabungan itu. Siapa yang tidak dapat mengawal tamak di hati akan menyebabkan gabungan politik itu terlerai lalu merugikan diri sendiri pada pilihan raya umum ke 15 nanti.
Apakah Umno ataupun PKR yang akan rugi besar pada akhirnya?
Bahagi kerusi secara saksama, tiada parti dominan di Sabah, kata Pemuda PKR
PETALING JAYA: Pembahagian kerusi perlu dibuat secara saksama antara gabungan pembangkang membabitkan Pakatan Harapan (PH) dan parti di Sabah, termasuk Warisan, bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan.
Setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, mana-mana parti tidak boleh menganggap diri mereka dominan di Sabah kerana ia memberi kesan kepada gabungan itu untuk terus kekal menerajui pentadbiran negeri.
“Agihan kerusi sesama komponen pembangkang perlu dibuat secara saksama dengan mengutamakan semangat setiakawan.
“Sewajarnya tiada parti yang boleh dianggap dominan untuk menguasai lebih banyak kerusi,” katanya kepada FMT, dipercayai merujuk Warisan yang disebut-sebut sebagai parti dominan di Sabah berbanding parti lain.
Syukri turut mengakui PKR berdepan laluan sukar memulakan proses perbincangan adil, jika ada parti yang menganggap diri lebih dominan dan perlu diberikan lebih banyak kerusi.
“Jika ada parti yang akan mendapat lebih banyak kerusi, ia mesti diputuskan atas semangat setiakawan dan secara praktikal bagi menjamin kemenangan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Syukri berkata, Pemuda PKR menyambut baik keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebagai langkah terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
“Pemuda PKR akan mempersiapkan calon muda untuk diketengahkan dalam PRN ini.
“Paling penting, Pemuda PKR akan mengetengahkan calon berkualiti dan berprinsip bagi mengelakkan berulangnya pengkhianatan mandat rakyat,” katanya.
Khamis lalu, Ketua Menteri, Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada PRN yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Situasi politik di Sabah yang sedia panas memuncak apabila bekas ketua menteri, Musa Aman mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, PKR memenangi 2 daripada 8 kerusi DUN yang ditandinginya di Sabah, iaitu Inanam dan Api-api.
Sebanyak 73 kerusi DUN bakal dipertandingkan dalam PRN Sabah kali ini berbanding 60 kerusi pada PRU14.
PRN Sabah: Bersatu umum tanding 45 kerusi, Umno kata jangan mimpi!
Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak.
Dua perkataan: Jangan Mimpi.
Cadangan kepada PPBM Sabah: Kalau nak bersahabat dengan UMNO, buat cara bersahabat. Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding. UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun PPBM sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45/73 kerusi, itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan.
Bandingkan dengan kenyataan SUA BN, Tan Sri Annuar Musa (lampiran). Sudah tentu UMNO ada cita-citanya berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah, tetapi cita-cita itu disulami kebijaksanaan dengan mengambil langkah menghormati proses perundingan.Saya yakin Dato’ Sri Bung Moktar dan pasukan UMNO Sabah bijak mengurus lanskap terbaru ini. Keutamaan pertama adalah memperkasa agenda rakyat di Sabah disamping memperjuang maruah UMNO Sabah yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia, tatkala ramai lain memilih jalan mudah dahulu.Untuk PPBM Sabah: dalam senario politik mutakhir, berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak kerana setiap tindakan itu akan memberi kesan sampai ke akar umbi, dan tidak terhad ke Sabah sahaja.
Dua perkataan: Jangan Mimpi.
Cadangan kepada PPBM Sabah: Kalau nak bersahabat dengan UMNO, buat cara bersahabat. Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding. UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun PPBM sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45/73 kerusi, itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan.
Bandingkan dengan kenyataan SUA BN, Tan Sri Annuar Musa (lampiran). Sudah tentu UMNO ada cita-citanya berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah, tetapi cita-cita itu disulami kebijaksanaan dengan mengambil langkah menghormati proses perundingan.Saya yakin Dato’ Sri Bung Moktar dan pasukan UMNO Sabah bijak mengurus lanskap terbaru ini. Keutamaan pertama adalah memperkasa agenda rakyat di Sabah disamping memperjuang maruah UMNO Sabah yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia, tatkala ramai lain memilih jalan mudah dahulu.Untuk PPBM Sabah: dalam senario politik mutakhir, berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak kerana setiap tindakan itu akan memberi kesan sampai ke akar umbi, dan tidak terhad ke Sabah sahaja.
SHAHRIL HAMDANKetua Penerangan Umno
Rancangan sulit TS Muhyiddin
1. Tan Sri Muhyiddin telah dipecat oleh Datuk Seri Najib pada 28hb Julai, 2016.
2. Waktu itu dia dihina, dipijak oleh Umno macam anjing kurap sehingga tiada parti berani terima dia kecuali Bersatu yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir.
3. Demi kuasa, TS Muhyddin telah bersubahat secara sulit dengan Datuk Seri Azmin Ali mengkhianati Tun Dr Mahathit sehingga kerajaan pilihan rakyat iaitu PH ditumbangkan dan Muhyddin telah berjaya menjadi PM 8 pada Februari, 2020.
4. Bagaimana pun, kedudukan Muhyiddin umpama telur dihujung tanduk kerana parti Bersatu adalah parti kerdil dan tanpa aura Tun M, Bersatu tidak mampu menarik sokongan orang Melayu.
5. Oleh itu, rancangan Muhyiddin adalah kembali semula & menjadi Presiden Umno.
6. Tapi Najib & Datuk Seri Zahid Hamidi jelas tidak bersetuju.
7. Oleh itu, pada 28/7/2020, tarikh yang sama dengan tarikh TS Muhyddin dipecat oleh Najib, Najib telah dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta.
8. Muhyiddin telah berjaya balas dendam dan kareer politik Najib telah habis. Sebagai orang bersalah, Najib juga telah hilang kelayakan untuk bertanding pada PRU ke 15.
9. Bagaimanapun, untuk Muhyiddin kembali menjadi Presiden Umno, Ahmad Zahid kini masih menjadi baru penghalang.
10. Oleh demikian, adalah dijangka tak lama lagi Zahid akan juga disabit kesalahan kerana kes rasuah dan seterusnya hilang kelayakan sebagai Presiden Umno.
11. Kini Khairy Jamaluddin & Datuk Seri Hishamuddin Hussein sedang berpakat untuk mengangkat Muhyddin sebagai Presiden Umno yang baru. Mereka hanya menunggu masa untuk Zahid didapati bersalah oleh Mahkamah sebelum bertindak.
12. Oleh itu, jika Najib dan Zahid gagal menumbangkan Muhyiddin dalam masa terdekat, bukan saja kedua-dua mereka ini pasti akan masuk penjara, jawatan Presiden Umno juga akan jadi milik Muhyiddin.
13. Samada rancangan sulit membuahkan hasil, ia sedang menuju ke arah tersebut.
———————
RAGAM PENYOKONG NAJIB..
Nik Hua
Mula-mula kata fitnah, di suruh tunjukkan bukti.
Bila dah tunjuk bukti, suruh dakwa di mahkamah.
Bila dah didakwa, suruh buktikan kesalahan.
Bila dah terbukti bersalah, dia suruh tunggu rayuan.🤦🏻♂️
Dulu
Bosskur tidak bersalah selagi tidak di buktikan bersalah
Hari ini
Bosskur tidak bersalah selagi rayuan tidak di tolak 🤭
Penat Rafizi melayan orang UMNO, melayan orang PAS..sampai kna sabit kes pecah kerahsiaan lah mcm2.. gugur ahli parlimen lagi...
Ginilah
Bossku telah didapati bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah..🤣OK tak bosskorang?
Then nanti dah rayu, kalau rayuan diterima dan Najib TAK bersalah korang bersorak maki2 orang yg x sehaluan.. Kalau rayuan ditolak dan Najib BERSALAH korang akn cakap dgn aku jangan sebar aib orang. ini TAIK tuan-tuan..najis!
Najib ni dituduh dan sudah pon disabit kes pecah amanah, khianat wang negara, seluruh dunia sabit kes di mahkamah terhadap bank, syarikat dan perseorangan di negara mereka berkenaan kes 1MDB ni. Its nothing tentang aib. Ini dah jadi wajib untuk rakyat faham dan tahu duduk perkara.
Kalau keputusan ni dibuat zaman PH memerintah habis segala dalam hutan dalam bukit kau maki Anwar barua Cina DAP babi lah macam2.. Sekarang ni PN memerintah, nampak pemimpin PN yg dulu buat modal pilihanraya tentang kemewahan dan aurat Najib serta Rosmah kini org sama meroyan tak boleh tgk org kritik tentang Najib. Apa hal???
Rayu lah di mahkamah..dan terimalah keputusan mahkamah nanti. Sekarang bagi chance la member nak troll Najib jugak.. Ewah kena batang hidung gamaknya.. 🤪🤪
S I K A P T E R P U J I A Z M I N
BOB KELANANG
S I K A P T E R P U J I A Z M I N
# Mendekati Tun adalah langkah terpuji...
Azmin kejar Tun M nak masuk parti politik baharu?
1. Hari ini tersebar rakaman video pendek Azmin Ali bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Putrajaya. Video berkenaan menunjukan Azmin mengejar Tun dari belakang sebelum menegur dan mengucapkan ucapan Hari Raya Aidil Adha kepada Tun.
2. Di twit Azmin, beliau tidak meletakkan video berkenaan. Beliau hanya meletakkan foto yang menunjukkan kononnya beliau berjalan beriringan bersama Tun. Gambar itu adalah usaha Azmin bagi mengaburi dan membohongi kita yang konon beliau dekat atau masih rapat dengan Tun.
3. Politik persepsi Azmin telah sampai ke tahap paling rendah dan terdesak.
4. Video pendek yang tular itu menunjukkan bahawa Tun tidak melayan pun ucapan dari Azmin. Tun bukan bodoh. Tun tentu tahu bahawa Azmin adalah si Kitol yang dimaksudkan orang ramai selama ini. Si Kitol itulah yang merampas kerajaan dalam Langkah Sheraton selain membuatkan kerajaan PH Kedah tumbang.
5. Sekarang si Kitol itu hendak memperbaiki imejnya. Di dalam Perikatan Nasional (PN) tidak ada sesiapa yang menerimanya. Bahkan PM Muhyiddin Yassin juga tahu bahawa Azmin sedang berusaha untuk menggulingkan beliau dari dalam.
6. Umno, Bersatu, Pas sudah tidak menerima Azmin lagi. Si Kitol itu hendak bertanding pun tidak ada parti yang mahu menawarkan beliau. Kumpulan Kitol yang dikenali sebagai “G10” tidak akan mendapat tempat di kalangan mana-mana parti politik. Kalau geng si Kitol itu bertanding sendiri, mereka pasti ditolak rakyat di dalam pilihan raya umum akan datang!
7. Sekarang harapan si Kitol itu kembali kepada Tun. Kalau Tun menubuhkan parti baru, si Kitol bersama G10 mahu menyertai parti itu. Namun apakah Tun menerima mereka dengan nama busuk Azmin dalam skandal “Video Sandakan” serta menjadi dalang utama Langkah Sheraton?
8. Tidak ada sesiapa sebenarnya yang membunuh masa depan Azmin. Dia sendirilah yang mengorbankan dirinya kerana kekejian yang beliau lakukan sendiri.
9. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga Allah SWT menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada sifat-sifat orang yang munafik.
Rujukan: http://suarapakatandaily.com/archives/29023
KISAH UMNO DAN PN
Cerita dia mcm ni. UMNO sokong PN dgn harapan penyamun² dibebaskan. Mula² perjalanan nampak cantik dah. Riza Aziz lepas, Musa Aman lepas, Isa Samad lepas. Cantik dah tu. Sekali Najib tak lepas. Siap kena 12 tahun dgn bonus RM210juta lagi. Mau tak takut bagi yg ada kes mcm Zahid. Maka UMNO pun umum keluar PN hari ni sebagai amaran.
Kita ingatkan UMNO tarik sokongan, rupanya UMNO masih sokong PN dan takut jika PN berkubur sebab UMNO & PAS tak settle lagi banyak benda. Antara yg belum settle ialah pembahagian kerusi Melayu & calon PM. Kelantan & Terengganu pun tak tau siapa nak pegang. MN pun tak berdaftar ROS. Bendera apa akan digunakan? Apa matlamat perjuangan? Semuanya kabur.
Jadi, yang pening skrg ialah Muhyiddin. Kalau Muhyiddin tak ikut kehendak UMNO, UMNO akan terus tekan dia. Hari ni UMNO keluar PN tp masih sokong PN. Esok lusa jika Zahid pun ke dalam, kita tak tau apa akan jadi kat PN. Terkini Bersatu nak masuk MN pulak. Eh? Kalau dah masuk rumah orang, kena buat mcm rumah orang laa kan? Muhyiddin akan kelemasan. Kena dengar cakap tuan tanah. Haha.
Kalau Muhyiddin ikut kehendak UMNO, PRU15 rakyat akan angkat PH dengan lebih besar, habis semua penyamun kena balik. Jadi, situasi skrg memang pening sebab matlamat mereka bukan untuk membela kita rakyat biasa. 5 bulan berkuasa, apa orang Melayu dapat? Yg Melayu dapat hanyalah menonton pemimpin Melayu UMNO & PAS berebut jawatan GLC. Subsidi petrol utk majoriti org Melayu pun dah ditarik.
Matlamat mereka hanyalah utk selamatkan tengkuk perompak & penyamun dgn memperbodohkan walaun. Tu aje. Itulah natijah sebuah kerajaan yg mengkhianati mandat rakyat. Allah bolak balikkan hati mereka.
Dr Ariff Kadir Al-Katami
Kuala Lumpur
RISIKO DAN BELANJA PRN SABAH.
ROHAYUDIN YAACOP
Rakyat bakal mengambil risiko terhadap jangkitan Covid 19 disamping perbelanjaan yang tinggi untuk pilihanraya. Apa jaminan wakil-wakil rakyat tidak akan melompat ke sana-sini lagi??? Rakyat yg rugi... Norma baru dalam sistem politik.... demokrasi beruk @ demokrasi katak!
----
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka akan menelan kos lebih besar berikutan pandemik Covid-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata peruntukan bertambah berikutan proses PRN diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Pilihan raya ketika Covid-19 ini, semestinya babitkan peruntukan lebih tinggi. Salah satu contoh dakwat celup tidak boleh digunakan seperti biasa dan perlu disediakan dengan jumlah banyak.
“Pada masa sama, proses sanitasi, menyediakan tempat penjarakan dan semestinya proses mengambil masa lama yang sekali gus membabitkan elaun turut bertambah.
"Jika dulu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), membabitkan kos RM500 juta, sekiranya PRU dilakukan sekarang, ia akan menelan kos lebih RM1 bilion. Itu gambaran yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengagihan daging korban di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas, di Kota Bharu hari ini, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, Rohani Ibrahim.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, PRN di Sabah akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN dimaklumkan kepada SPR.
Menurutnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan pilihan raya di Sabah dapat diadakan mengikut SOP.
Katanya, walaupun SPR ada sedikit pengalaman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, bulan lalu, namun ia tidak boleh disamakan dengan PRN Sabah dan SOP perlu dilaksanakan dengan betul di semua DUN di Sabah bagi mengelak wujud kluster baharu Covid-19.
Semalam, SPR memaklumkan sudah menerima makluman rasmi daripada DUN Sabah berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15.
PRN Sabah diadakan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN, Khamis lalu, beberapa jam selepas bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa blok pembangkang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru.
AWAS SYAITAN GUNA MEDIA SOSIAL
Shah Nazli Ishak
Presiden PAS, Tok Guru menegaskan umat Islam perlu berwaspada pada zamang ini kerana wujudnya golongan syaitangg yang menggunakan media, tentera upahan dang sukarelawan bagi menyebarkan maklumat dang tulisan menarik.
Tetapi kata beliau, ia menyesatkan akal sehingga menghilangkan jati diri umat Islam.
Mengambil rujukan TOK PETI di bwh
Gambar sesaja buat kenang - kenangan 😝🤭