REFORMASI TIDAK MATI, BERGERAK KE ARAH REFORMIS BERJASA

KEADAAN EKONOMI TENAT, MANA PELAN RANSANGAN JANGKA PANJANG? – NIZAR

Mesej yang di sampaikan YB Keny Chua....



Daripada orang warisan sibuk mencaci beliau.ada lebih baik kamu ber-istifar 1000 kali.

Bila kita selalu jaga diri kita.lupa pihak lain.akibat nya terjadi ketidak puashati dari pihak kawan.

kami tidak lupa keputusan pru14.BN adalah parti yang menang di negeri sabah.sebab adanya kerusi PH.keputusan menjadi seri.

Siapa yang lompat masa itu...?
Mungkin orang² warisan sudah lupa.sehingga mereka beranggapan.warisan DSSA parti pemenang ketika pru14.

Ampu² lah ni kaam saga sehek² min warisan.pesanku,sebelum mengata orang YB Inanam pengkhianat.tanya bos kamu.kenapa dia menolak Anwar sebagai PM ke8

MUNG JANGAN NGATE KE AKU..PANAH MUNG KANG..

Ahmad Shahril

Patut la walaun-walaun bodo bila ketua sendiri pun tak cerdik....tak cukup ke lgi 57 orang saksi yang di panggil beri keterangan di mahkamah oooiii....

DALIL LEBAI KES NAJIB



SEBELUM - kalau betul salah kenapa tak tangkap Najib? Tak bawak ke Mahkamah?

SEMASA - kan tengah bicara lagi, tak dibuktikan bersalah. PH menang atas fitnah!

SELEPAS - Hakim tak adil!!! Hakim cucu sedara atok!!! Kami kagum perjuangan Najib. Kami merangkak cari Najib lewat malam.

Barua2 najibpigs ni berapa kilo makan tahi sehari? 🤣🤣🤣


Bubar DUN Sabah, duluan untuk semua



1. Aidiladha kali ini ada sejarahnya sendiri. Selain melaksanakan ibadahnya dengan SOP yang terkawal, terpahat insiden kudeta yang gagal.

2. Ia digagalkan selepas langkah pantas Ketua Menterinya, Shafe Adpal membubarkan DUN untuk diserah kuasa kepada rakyat.

3. Sesetngahnya menganggap ini langkah luar biasa kerana dengan keadaan ekonomi yang menekan dan kes covid-19 yang masih belum sepenuhnya pulih, Shefie Apdal memutuskan Pilihan Raya Negeri adalah jalan terbaik menstabilkan keadaan poiitik Sabah.

4. Sudah pastinya ‘game’ ini tidak dijangka Musa Aman yang lantas mengeluarkan kenyataan tidak patut PRN diadakan. Tapi dia lupa kerja membeli dan menyogok ADUN-ADUN untuk menyokong dia sehingga nilai 32 juta ringgit itu jauh lebih keji dan terkutuk.

5. Sekarang, SPR sudah terima notis. Sudah nyatakan akan bermesyuarat untuk membincangkannya. Harapnya SPR boleh jalankan tanggungjawab mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari daripada mencari jalan untuk mengelak PRN dengan mengatakan pembubaran DUN tidak sah pula.

6. Kecaman dan kejian harus dihala kepada team Musa Aman. Mereka memang dahagakan darah balak dan segala isi bumi Sabah. Mereka mahu kembali mengumpul apa yang sempat sebelum PRU 15.

7. Untuk Warisan dan sekutunya, carilah calon yang tulen dan teguh pendiriannya, jangan lagi diambil individu yang dipertikai kesetiaan mereka.

8. Jangan ada yang memanggil Sabah ini sebagai negeri yang biasa dengan acara lompat-melompat. Itu label yang keji. Sabah bukan begitu.

9. Apapun, tindakan memulangkan kuasa kepada rakyat ini harus menjadi duluan (precedent) untuk semua termasuk di persekutuan. Serah mandat pada rakyat semula.

10. Semoga rakyat Sabah bijak memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib mereka.

Sabah mengajar kita!

Dr Razam Ramli.

KISAH SOSIAL LUAR NEGARA..OFF POLITIK..

(Video) Baru Pindah Rumah, Rakaman Dipercayai Entiti ‘Jenguk’ Guru Ketika ‘Online Class’ Bikin Seram

Satu lembaga yang dipercayai menyerupai seorang kanak-kanak perempuan secara tidak dijangka muncul di belakang seorang guru ketika dia sedang menjalankan aktiviti kelas dalam talian bersama dengan murid-muridnya.
Insiden yang difahamkan berlaku di rumah guru tersebut yang terletak di Monterrey, Mexico itu telah membuatkan murid-muridnya ketakutan.
Ketika kejadian, guru berkenaan dilihat sedang bercakap-cakap bersama dengan muridnya melalui komputer ribanya. Namun secara tiba-tiba satu sosok tubuh yang kelihatan seakan perempuan dengan muka pucat dan berambut panjang telah ‘mengintai’ dari bahagian belakangnya sebelum hilang untuk beberapa saat.
Tidak lama kemudian, sosok lembaga itu dipercayai muncul kembali namun kali ini ia dilihat merangkak melepasi sisi rakaman kamera berkenaan.
Menurut Daily Star, selepas murid-muridnya memaklumkan bahawa ada sesuatu di belakangnya, guru tersebut telah bertindak menoleh ke arah sosok tubuh tersebut dilihat namun dia menyatakan bahawa tiada apa-apa disana.
Malahan dia turut menghalakan komputer ribanya ke arah lembaga itu dilihat untuk menunjukkan kawasan tersebut.
Guru tersebut kemudiannya mendakwa bahawa dia ada membela seekor anjing untuk menemaninya tinggal di rumah barunya itu. Guru itu juga mendakwa bahawa tiada orang lain di rumahnya kecuali seekor anjing.
Difahamkan, guru tersebut baru sahaja berpisah dengan pasangannya lalu kini tinggal berseorangan dan baru sahaja pindah masuk ke rumah berkenaan.
Sumber: Daily Star

AZMIN KEJAR TUN M NAK MASUK PARTI POLITIK BAHARU?

ADUN-ADUN WARISAN YANG SOKONG TAN SRI MUSA AMAN PERLU DIPUJI BUKAN DIKEJI


Abuya Hamka

Saya tidak faham mengapa ADUN-ADUN WARISAN yang membuat keputusan menyokong Tan Sri Musa Aman perlu dihadapkan dengan kejian oleh pihak-pihak tertentu, termasuk oleh pemimpin WARISAN sendiri, bila hakikatnya keputusan yang mereka ambil itu adalah satu keputusan tepat yang perlu dipuji.

Empat daripada ADUN-ADUN WARISAN ini, iaitu Jamawi Ja'afar, ADUN N36 Kemabong, Osman Jamal @ Jamar, ADUN N55 Balung, Hamisa Samat, ADUN N59 Tanjong Batu, dan Abd Muis Picho, ADUN N60 Sebatik, sebenarnya bukanlah ADUN-ADUN WARISAN asal pun tetapi adalah ADUN-ADUN yang menang atas tiket UMNO tetapi menyertai WARISAN pada 11 Mei 2018. Lihat di sini: https://www.malaysiakini.com/news/424351

Tiga daripada ADUN-ADUN WARISAN ini, iaitu Bolkiah Ismail, ADUN N3 Pitas, Saddi Abdu Rahman, ADUN Sukau, dan Musbah Jamli, ADUN N6 Tempasuk, juga sebenarnya bukanlah ADUN WARISAN asal pun tetapi adalah ADUN yang menang atas tiket UMNO tetapi menyertai WARISAN pada 13 Mei 2018, pada 10 Disember 2018 dan pada 25 Januari 2019. Lihat di sini: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/425292/4-lagi-adun-bn-sokong-shafie lihat di sini: http://www.astroawani.com/berita-politik/adun-sukau-umum-sertai-warisan-193214 dan lihat di sini: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/01/524018/adun-tempasuk-masuk-warisan

Dua daripada ADUN-ADUN WARISAN ini, iaitu Lasiah Baranting @ Anita, ADUN N5 Tandek, dan Abdul Rahman Kongkawang, ADUN N40 Labuk, juga sebenarnya bukanlah ADUN WARISAN asal pun tetapi adalah ADUN yang menang atas tiket PBS tetapi menyertai WARISAN pada 6 Mac 2019 dan pada 27 September 2019. Lihat di sini: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/03/537972/adun-tandek-keluar-pbs-masuk-warisan dan lihat di sini: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/09/611503/adun-labuk-masuk-warisan

Seorang lagi daripada ADUN-ADUN WARISAN ini, iaitu Masiung Banah, ADUN N47 Kuamut, juga sebenarnya bukanlah ADUN WARISAN asal pun tetapi adalah ADUN yang menang atas tiket UPKO tetapi menyertai WARISAN pada 18 Disember 2018. Lihat di sini: https://www.sabahpost.net/2018/12/18/adun-kuamut-datuk-masiung-banah-sertai-warisan/

Oleh itu, tidak wajarlah mereka dikeji kerana kononnya mengkhianati mandat rakyat, malah apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka balik ke asal untuk mengembalikan mandat rakyat yang mereka terima selaku ADUN-ADUN UMNO, PBS dan UPKO setelah mereka menyedari kesilapan awal mereka mengkhianati mandat rakyat dengan meninggalkan UMNO, PBS dan UPKO untuk menyertai WARISAN sebelum ini.


PAS CELARU, MANA RUU355?



Kini setelah Najib disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi, berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, tiba-tiba PAS menegaskan komitmennya terhadap kerjasama dengan UMNO. "Walau dalam apa keadaan sekalipun, PAS menzahirkan komitmen bersama UMNO dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuh kerajaan Perikatan Nasional (PN)," kata Presiden PAS Dato' Seri Hadi Awang dalam satu kenyataan, seperti dipetik Malaysiakini.



TERJAWAB - SIAPA GOLONGAN RUWAIBIDHAH ITU


Menurut beliau penghakiman itu membuktikan Najib telah menyalahgunakan kuasa untuk merompak harta kekayaan negara. "Jika PAKATAN HARAPAN tidak mengambil alih pentadbiran negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, perompak tersohor ini mungkin masih memimpin negara."





BATALKAN KEAHLIAN MEREKA YANG MELOMPAT PARTI-IBRAHIM ALI


PENGASAS LOMPAT KATAK BERPESAN KEPADA KATAK KATAK
PUTRA mengusul dan mencadangkan pindaan kepada Akta Pilihan Raya bagi mencegah budaya lompat tukar parti yang menjadi-jadi di mana memudaratkan beban kewangan negara serta boleh mengancam keselamatan rakyat dan kestabilan politik.
Dulu bertukar parti tidak seburuk sekarang hingga boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan. Saya pernah bertukar parti atas sebab-sebab peribadi dan disingkir tetapi secara individu yang langsung tidak menggugat kerajaan yang dipilih rakyat. 
Saya digelar ‘katak’ dan dicemuh, kini bukan lagi ‘lompat katak’ tetapi ‘lompat beruk cari buah dari pokok ke pokok’. Pelik tapi benar.
Mereka yang pernah mengecam saya melompat parti mutakhir ini bertukar parti atau melompat lebih dua tiga parti tanpa segan silu ibarat kata dulang paku serpih. ‘Tahta Raja Katak’ kini menjadi rebutan begitu hebat sekali.
Terkini lompat parti berlaku ‘secara berjemaah’ yang meruntuhkan kerajaan dipilih rakyat melalui pilihan raya. Ia berlaku di Semenajung dan terbaru di Sabah.
Budaya ‘lompat berjemaah’ ini amat bahaya kepada sistem demokrasi kerana ia melibatkan perubahan kerajaan. Pasti majoriti rakyat tidak senang dengan perkembangan ini. Ia bukan setakat bertukar kerajaan tetapi DUN dan Dewan Rakyat boleh dibubar untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU).
Jika kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya belum pun cukup tiga tahun, terpaksa dibubar atas mainan politik lompat, cuba bayangkan kos kewangan yang terlibat bila PRN atau PRU diadakan secara tiba-tiba dan jarak PRN dan PRU dulu belum matang. Ia pembaziran dan boleh menimbulkan ketegangan antara rakyat.
Bagi mengatasi ‘budaya gila’ lompat parti yg menjadi-jadi malah secara berjemaah, PUTRA mengusul dan mencadangkan Akta Pilihan Raya dipinda dimana setiap wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya tidak boleh melompat atau berpindah parti.
Jika mana-mana wakil rakyat bertukar parti dari parti yang asalnya dipilih, mereka secara automatik lucut hak sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan dan parti berkenaan boleh menamakan wakil baru tanpa diadakan pilihan raya kecil.
Peraturan ini bagi wakil rakyat yang sudah dipilih melalui PRU dan tidak terlibat dengan ahli ahli biasa yang mahu bertukar parti. Inilah sahaja cara supaya tidak akan berlaku beli membeli wakil rakyat setelah dipilih.
Perlu ditegaskan landskap politik negara sudah berubah dan tidak ada lagi parti dominan yang akan menang majoriti selesa. Maka perbezaan kecil atau marginal akan menjuruskan kepada lobi-melobi atau beli membeli wakil rakyat.
Ia sudah menodai amalan demokrasi, membazir wang negara dan mewujudkan ketidakstabilan politik negara serta boleh mengancam pembangunan ekonomi rakyat.
PUTRA menyeru semua pihak terutama NGO-NGO supaya menyokong cadangan Pindaan Akta Pilihan Raya bagi menamatkan budaya lompat parti yang boleh meruntuhkan sesebuah kerajaan yang dipilih rakyat.
Sebelum ini ada berbagai cadangan seperti mewujudkan Anti Lompat Parti dan sebagainya, tetapi cadangan PUTRA ini bagi membatalkan keahlian mana-mana wakil rakyat secara automatik yang bertukar parti dan diganti dengan wakil parti yang menang.
Ia adalah terbaik demi membendung berlakunya rasuah politik dan diharap mendapat sokongan semua pihak bagi menjamin kelangsungan sistem demokrasi yang bermaruah.
Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali
Presiden PUTRA
1hb Ogos 2020.


BIAR DILIHAT ADIL...


ZUBAIDI SUDIN

Image may contain: 1 person, text
Dekat kartel si Tian Chua tu bukan main berlembut siap bg surat, bg masa bela diri tak pecat walau jelas memg dia sokong kartel. Siap buat NGO jemput kartel lagi. Tak khianat ke? Hanya sbb dia pernah duduk depan FRU, khianat pun takpe? Kawtim?
Tapi Kenny Chua tak diberi tunjuk sbb, tak diberi peluang bela diri pun. Bukan tak boleh pecat sbb dia berkomplot, tapi at least dgr dulu, dia tak lompat parti tapi dah tak sokong Piee Bedal yg tolak DSAI sbgai calon PM dan lebih rela jd blok bebas dgn Atuk berbanding dgn kerjasama dgn Keadilan.
Tak hina ke kerana sekoq jd Timb. KM dlm tu seluruh maruah parti digadai kpd Warisan dan Piee yg tak sokong DSAI dan Keadilan pun.
Kerjasama yg tiada timbal balik. Non Reciprocal. No wonder Kenny Chua tak sokong Piee. Silap dia, dia pi sokong Musa Aman. Itu nampak janggal. Report SPRM la klau dia terima duit.
Wallahualam
- Zus Din
1 Ogos 2020
******************
KEADILAN tidak bertolak ansur dengan unsur-unsur yang membelakangkan kerajaan mandat rakyat serta meruntuhkan setiakawan Pakatan Harapan dan Warisan yang terjalin sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke 14.
Sehubungan itu, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN Datuk Ahmad Kasim dalam satu kenyataan menegaskan parti telah mengambil keputusan memecat ADUN Inanam, Kenny Chua kerana didapati turut serta bersama kumpulan Musa Aman yang cuba menggulingkan Ketua Menteri Shafie Apdal semalam.
"Lembaga Disiplin mengambil maklum keadaan politik di Sabah di mana semalam pihak media merakam gambar kehadiran Kenny Chua Teck Ho bersama kumpulan Musa Aman yang berniat menjatuhkan Kerajaan Negeri Sabah.
"Setelah menerima pengesahan dari Majlis Pimpinan Negeri Sabah tentang keberadaan beliau di dalam blok yang berusaha menjatuhkan Kerajaan Negeri Sabah, dan mengambil kira pendirian KEADILAN bahawa pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak boleh dibenarkan maka Lembaga Disiplin mengumumkan bahawa Kenny Chua Teck Ho dipecat dari KEADILAN berkuatkuasa serta-merta," katanya.
Untuk rekod, Kenny Chua merupakan pembantu Menteri Kewangan Sabah di bawah kabinet Shafie Apdal. Dalam KEADILAN Sabah beliau merupakan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.



Fitnah hakim ‘saudara’ Tun M: Polis sudah kenal pasti pemilik akaun Twitter

Fitnah hakim ‘saudara’ Tun M: Polis sudah kenal pasti pemilik akaun Twitter
Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter yang mendakwa hakim kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak, kononnya ada pertalian persaudaraan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata individu itu akan dipanggil minggu depan bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.
“Kita sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter itu dan akan panggil minggu depan untuk rakam percakapan,” katanya kepada Bernama.


Beliau berkata siasatan dijalankan selepas satu laporan polis diterima di Taiping, Perak semalam dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, media melaporkan bahawa seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd Afzanizam Abdul Rahman membuat laporan polis di Taiping berhubung satu ciapan oleh Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao di akaun Twitter.
Pada Selasa lepas, Ramesh mendakwa Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan Najib dengan tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram adalah cucu saudara Mahathir.

Menerusi akaun Twitter, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga anak Ahli Parlimen Langkawi itu menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai tidak berasas serta meminta Peguam Negara menyiasat tohmahan berkenaan.
Dalam perkembangan lain, polis akan menghantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara berhubung siasatan terhadap warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang terbabit dengan penyiaran dokumentari terbitan Al Jazeera yang disyaki berniat memburukkan Malaysia.

Mior Faridalathrash berkata tindakan selanjutnya akan ditentukan Pejabat Peguam Negara selepas polis mengambil keterangan Md Rayhan sejak 28 Julai lepas.

“Proses keterangan daripada lelaki itu sudah selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu itu yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan mengenai layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Pada 25 Julai, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata lelaki itu akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

— BERNAMA


Mahkamah Swiss sabitkan pegawai bank bersalah ‘tutup mata’ dana 1MDB

Mahkamah Swiss sabitkan pegawai bank bersalah ‘tutup mata’ dana 1MDB


Mahkamah Switzerland telah mensabitkan kesalahan terhadap seorang pegawai bank kerana gagal untuk memberikan amaran mengenai wang jutaan dolar berkaitan dengan syarikat pelaburan negara 1MDB yang terpalit dengan skandal itu.

Mahkamah Jenayah Persekutuan pada Jumaat berkata pihaknya telah mendapati bank tersebut bersalah kerana melanggar syarat untuk melaporkan transaksi yang mencurigakan dan mengenakan hukuman denda sebanyak $50,000 Swiss franc (AS$55,000) ditambah dengan kos mahkamah.

Keputusan mahkamah itu masih boleh dirayu.

Bekas eksekutif anti pengubahan wang haram di bank swasta Coutts & Co Ltd telah menafikan melakukan kesalahan. Reuters tidak menamakan pesalah itu kerana undang-undang Switzerland mengenai privasi dalam proses mahkamah.

Pihak berkuasa kewangan Swiss, Finma pada tahun 2017 memerintahkan Coutts untuk membayar $6.5 juta Swiss franc kerana melanggar peraturan pengubahan wang haram dalam perniagaannya yang berkaitan dengan 1MDB tetapi menghentikan prosidingnya sendiri terhadap eksekutif itu.
Siasatan Finma mendapati antara tahun 2009 dan 2015, aset bernilai AS$2.4 bilion dipindahkan melalui akaun di Coutts, yang ditubuhkan pada abad ke-18 dan terkenal sebagai bank kepada Ratu Elizabeth dari Britain.

Pendakwaan Switzerland itu memberi amaran terperinci daripada rakan sekerja eksekutif bank Coutts mengenai transaksi oleh Low Taek Jho, atau Jho Low, ahli perniagaan Malaysia yang berkait dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh kerajaan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Di Malaysia, pada Selasa lalu, Najib didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun pada hari Selasa dalam perbicaraan pertama berhubung skandal 1MDB bernilai berbilion dolar yang luas rangkaiannya hingga ke negara-negara Teluk dan Hollywood.
Low menafikan sebarang salah laku, pada Januari lalu dia berkata dirinya hanya bertindak sebagai perantara untuk perjanjian yang melibatkan 1MDB.

Pegawai Jabatan Keadilan AS (DOJ) menganggarkan AS$4.5 bilion diselewengkan dari Malaysia oleh pegawai dan sekutu peringkat tinggi 1MDB antara 2009 dan 2014 dan kemudian wang itu diubah secara haram melalui negara-negara termasuk AS, Switzerland, Singapura dan Luxembourg.

– Reuters


JANGAN BIARKAN WARGA ASING BERMAHARAJALELA


Suhelmi Abdul Majek

Itu sebab kenapa bila Sabah Sarawak memiliki keistimewaan imigresen sesuai Akta imigresen 1959/63 di mana antaranya warganegara Malaysia yang bukan berasal dari kedua buah negeri ini harus lah memiliki "passport" atau pas kebenaran masuk yang dihadkan selama 90 hari, ramai yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan pula.

Tapi terbukti hari ini bila timbul isu berkaitan Sabah Sarawak terutamanya Sabah semenjak dua tiga hari ini dengan Filipina bila kita bawa hujah akta imigresen di atas ramai terkedu dan "check mate" dengan sendirinya.

Sama ada dia akan komen tak mahu meneruskan "debat" atau memaki la, itu saja 😁

Jangan tak tahu, diorang ingat negara kita ni orang Kelantan atau Selangor misalnya bebas membuka penempatan atau kampung beramai-ramai di daerah Papar sehingga membentuk majoriti melebihi penduduk asal. Walhal hakikat sebenar tidak begitu.

Ketaksuban segelintir penduduk di sana terhadap Sabah boleh lah kita kategorikan sebagai obses yang keterlaluan.

Mereka memang telah di doktrin bahawa Sabah adalah kepunyaan mereka, ibarat sejak dari terbentuknya dunia ini Filipina memang sedia wujud termasuk la Sabah sebagai sebahagian wilayah mereka 😌

Bahkan istilah penduduk asal Sabah tidak ada bagi mereka. Asal kau pemegang kad pengenalan Malaysia kau akan di cop sebagai "Malaysian" dan perlu meninggalkan Sabah atau gabung dengan Filipina (pastinya tanpa keistimewaan Bumiputera sebab kau dianggap bukan pemilik Sabah tapi mereka. Tiba-tiba kau jadi orang asing di tanah sendiri) sekiranya Sabah benar-benar jatuh ke tangan mereka.

Bagi diorang yang taksub ini, kau Kadazan ka, Sungai ka, Murut ka, kau bukannya penduduk asal Sabah walaupun kau ada bukti sejarah silam yang cukup panjang di tanah ini serta status kau sebagai Anak Negeri dijamin dalam Perlembagaan tubuh negeri juga di bawah payung Persekutuan.

Nampak kan betapa mengarutnya bentuk pemikiran mereka? Lihat lah betapa celaka dan dangkalnya pemikiran para pentaksub ini. Belum apa-apa sudah mahu menghalau keluar rakyat Sabah dari tanah tumpah darah mereka sekiranya tidak menurut kehendak para pentaksub bodoh ini.

Itu sebab kenapa kebanyakan mereka mudah dimanipulasi oleh ahli politik di sana walhal kini mereka sedang berhadapan ancaman lebih besar dari China selain pandemik Covid-19 sendiri.

Sedangkan Sabah menyertai Malaysia atas prinsip demokrasi, atas faktor suara anak-anak Sabah sendiri, bukan tiba-tiba diserap macam tu saja tanpa sebarang rundingan dan musyawarah.

Sabah bukan Filipina!!!

JANGAN SERONOK SANGAT KAHWIN DENGAN SELEBRITI AGAMA

Jamzuri Ardani

Jangan seronok sangat dapat kahwin dengan 'selebriti agama' nie. Sisi gelap yang mereka sembunyikan adakalanya sangat brutal. Sembang mereka macam bagus, hakikatnya Allah sahaja yang tahu.

Manusia memang mudah terpedaya dengan topeng agama. Apatah lagi di kalangan mereka yang ada semangat dan kesedaran yang tinggi, tapi tiada asas ilmu yang kukuh.

Maka itu Umar Ibn Al Khattab RA pernah berpesan, "Janganlah kamu menilai seorang lelaki itu dari banyak solat dan puasanya, tetapi nilailah seorang lelaki itu dari keupayaan akalnya dan sifat benarnya (aqlihi wa sidqihi)".

Apakah Umar RA tidak suka dengan lelaki yang kuat beragama? Tentulah tidak. Sedangkan Umar RA sendiri seorang yang banyak solat dan puasanya. Tetapi Umar RA sedar bahawa 'wajah agama' itu mudah dilakonkan. Adapun kebijaksanaan dan kejujuran itu amat sukar untuk dilakonkan.

ORANG JOHOR TAK SUKA MUHYIDDIN


Shahbudin

Dengan kata lain, maksud pemimpin UMNO ini ialah orang Johor tak suka Muhyiddin sebab dalam MN hanya ada UMNO dan Pas saja....😜😜

BERSATU UNTUK LAWAN KLEPTOKRASI, BUKAN SELAMATKAN PENJENAYAH

CALON LAMA WARISAN YANG SETIA HARUS DIKEKALKAN


Nazib

AMT Warisan tidak salah pilih calon dulu, semua calon Warisan yang asli kekal setia kpd parti. Mereka ini boleh dipercayai dan tidak akan khianati mandat yang tuan-tuan  dan puan-puan bakal berikan kelak...jika anda memilih Warisan atas sebab-sebab tertentu, anda melakukan pilihan yg tepat utk meletakkan kepercayaan anda bagi idea yang anda sokong kepada mereka. Tidak ada paksaan, tetapi jika anda memikirkan untuk berikan mandat anda kepada calon yang tidak mengubah pendiriannya, pilihlah calon-calon Warisan yang terbukti tidak berubah haluan atas dasar tamak kpd jawatan dan wang ringgit. Kita akui, kewangan itu satu keperluan, tetapi kepercayaan rakyat kpd calon pilihannya adalah sesuatu yang lebih besar nilainya bagi mereka....beri Warisan peluang untuk mengembalikan harapan rakyat agat kerajaan mengubah nasib dan kehidupan rakyat (kecuali rakyat yg tidak mahu mengubah kehidupannya sendiri, atu payah dikit...😅.) ....keep calm and vote for Warisan.
Together we are strong...

#contoh ayat kempen nanti, ok kah?😅


POLITIK SABAH: SHAFIE MILIKI KELEBIHAN



Awang bin Ahmad Awang

Ada yg terkejut saya gunakan ayat ‘kebabian’…ia sekadar tanda marah saya sebagai rakyat kpd politikus yg hanya menggunakan rakyat utk kepentingan peribadi.
Jika benar ada tawar menawar dgn jutaan ringgit dan kedudukan…. dari mana dtg wang tersebut? Tentulah wang itu yg dicuri dari rakyat dan ditaburkan kpd pemimpin utk membeli maruah.
Itulah senario yg berlaku di Malaysia ketika ini. Satu² negara yg pemimpin² mudah dibeli macam beli barang di pasar malam. Harga paling mahal di negara ini bukan bangunan KLCC tetapi maruah ahli politik. Mereka mendapat keuntungan laba politik berpuluh² juta tapi yg merana rakyat.
Ada ahli akademik atau org politik mengatakan jalan terbaik kpd konflik politik negara adalah membubarkan parlimen. Pandangan saya sedikit berbeza.
Sabah adalah mangsa ‘kebabian’ angkara pelacur² politik yg bermula di Semenanjung. Jadi sampai bila jual beli maruah ahli politik ini berlaku malah semakin serius. Masyarakat kita suka melihat pemasalahan itu di hujung bukan di pangkal.
Contoh jika demam… org kita senang saja pergi klinik ambil ubat atau pergi Seven E telan panadol. Tapi punca demam itu tidak mahu dicari.
Begitulah juga suasana politik negara. Apa punca ahli politik melompat? Demi rakyat…kalau anda percaya kata² org politik baik pergi tingkat 10 terjun bangunan.
Tentulah kerana ada tawar menawar utk membeli maruah. Hidup ‘tak bermaruah’ budaya rakyat Malaysia yg dididik oleh org politik. Rasuah membeli maruah adalah prinsip dan budaya hidup popular kita masa kini.
Dgn rakyat bagaimana pandangan org politik?… Saya suka dgn ayat sinis George Orwell..’Political language is designed to make lies sound truthful and murder respectable.’
Bagi saya ubat ‘kebabian’ politik ini, sistem Westminster iaitu sistem parlimen kerajaan demokratik dimodelkan mengikut acuan kerajaan British perlu dipinda dgn tidak menamakan individu sebagai calon parti, sebaliknya menampilkan lambang parti pada kerusi dipertandingkan

Kita pertandingkan lambang parti, ia akan banyak selesaikan masalah. Bukan setakat boleh halang drp runtuhnya parti tapi boleh banteras rasuah seperti disarankan Nazri Aziz.
Ingat serahkan kembali kpd mandat rakyat ( pilihanraya semula) dan mencari calon yg bersih ( jgn mimpi lebai pun kaki penipu ) bukan ubat mujarat ia sekadar idea kurang bijak utk jangka pendek. SPR kena buat undang baru² dgn segera!
Jika tidak wang rakyat berbillion hilang dan amalan rasuah ini akan berleluasa. Pemimpin kena lakukan skg demi masa depan jenerasi akn dtg. Jika tidak ‘kebabian’ ini tidak akan selesai malah semakin parah. Sabah adalah mangsa terbaru isu beli membeli maruah ahli politik.
Contoh kes antara Syafie Apdal dan Musa Aman. Kedua pendapat mereka betul tapi keduanya tidak pergi ke isu pokok. Syafie bubarkan Parlimen dan serahkan kembali mandat kpd rakyat itu betul… Musa Aman kata menyusahkan rakyat dan ketika musim Covid ini pun betul…
Kalau saya hakimnya… jika kamu berdua tidak mengamalkan saling pancing memancing dan beli membeli tidak jadi semua ini. Tunggu sahaja 5 tahun sekali. Lawan dgn isu masa itu bukan lawan dgn duit atau jawatan²…
DUN Sabah sudah terbubar… what’s next. Apa peluang Syafie dan Musa Aman. Keduanya ada peluang tetapi Syafie Apdal mempunyai byk kelebihan  berbanding Musa Aman.
Syafie ada kelebihan atas 2 faktor utama. Apapun ia mesti didahului dgn sokongan PH. Syafie kena ambil ikhtibar dari kejadian ini, beliau kena bijak bermuafakat. Jgn sombong dgn mengenepikan kekuatan PKR, Amanah dan DAP.
Pertama Syafie ada kelebihan kerana dia mempunyai masa 60 hari atas kapasiti KM utk bertemu rakyat di seluruh Sabah dgn memberi byk projek kpd kawasan² tertentu.
Kedua Syafie boleh menggunakan perpecahan PN antara UMNO, Bersatu dan parti tempatan yg mereka menyokong Musa Aman kerana merasakan Musa Aman mampu menjadi KM… apabila kuasa tiada politikus ini akan menyusuk jalan tikus kembali mencari makanan baru.
Dua faktor utama ini saya melihat berikan kelebihan kpd Syafie. Kelebihan Musa Aman pula dia akn mendapatkan kelebihan sokongan PN dan tentulah media akan menberikan lebih publisiti kpd beliau.
Pentingnya Pilihanraya DUN Sabah ini utk menentukan nasib PN atau BN. Adakah boleh mereka bersatu dan adakah rakyat kini menyokong mereka.
Berita Muhyiddin memohon utk bersama Muafakat Nasional bagi saya satu yg akn memalukan apabila seorang PM memohon utk diterima menyertai parti lawan utk kekal menjadi PM… bab ini kita bincang isu yg lain…
Pendek je punca segala punca ini adalah bermula dari Tun, Muhyiddin dan Azmin hingga dlm tempoh 22 bulan ini tak aman politik negara… Mereka bertiga ini patut bertanggungjawab akn pemasalahan ini…. nak percaya boleh tak mahu percaya boleh… tiada paksaan dan tak salah berbeza pandangan.


KAMI LEBIH KAGUM DENGAN KAMU KERANA KAMU ADALAH EJEN CIA MALAYSIA


Nizam Aka

Kami lebih kagum dengan kamu..Rasa-rasanya dalam Malaysia ini,hanya kamu seorang yang menjadi agen CIA?Kami kagum dan bangga sangat-sangat hingga kembang lubang hidung sampai ke telinga..
Satu lagi,kami kagum dengan perjuangan ayahanda kamu,Atgna yang konsisten dan berterusan menentang umno hingga ke akhir hayat Allahyarham..Tidak seperti kamu..hati tisu..
Satu lagi yang aku amat-amat kagum ialah bila yang berstatus anak kepada Atgna dan berstatus seorang faham agama tapi menyokong dan kagum dengan seorang telah dibuktikan oleh mahkamah merompak dan menyamun wang negara..Itu paling aku kagum..Bravo Nik Beduh..👍👍👍


BILA KES NAJIB AKAN KE MAHKAMAH RAYUAN.



Mohd Shah Rim

Kes Najib Razak yang didapati bersalah ke atas 7 pertuduhan akan  didengar dimahkamah Rayuan pula selepas ini.

Ada tiga hakim Mahkamah Rayuan yang akan memutuskan mengekalkan hukuman bersalah atau membebaskan Najib Razak. Peluang  Najib Razak untuk dibebaskan sebenarnya almost ZERO, walaupun mengupah peguambela terbaik didunia. Semua pertuduhan terhadap Najib telah berjaya dibuktikan dan tidak dinafikan oleh pasukan peguambela Najib dimahkamah Tinggi.

Tapi, bagaimana jika Panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Najib dibebaskan.?? Adakah Najib akan terselamat dari Penjara Sg. Buluh..??  TIDAK, kerana pihak pendakwaan mempunyai satu lagi option iatu membawa kes ke Mahkamah Persekutuan, dimana ada lima panel hakim yang akan bersidang.

Ni proses yang panjang dan memakan masa bertahun tahun,  system kehakiman di Malaysia dan juga dinegara lain, memberi peluang kepada pesalah khasnya mereka yang kaya raya melambatkan proses keadilan kerana mereka mampu, ' access to justice is based on how much a person can pay.' sementara marhaen pula tidak dapat lari dari undang undang yang ada kerana mereka tidak mempunyai harta..