APAKAH GAGALNYA USAHA MENAIKKAN MUSA AMAN ADALAH USAHA MUHYIDDIN MEMALUKAN UMNO?


Jika diperhati sejak awal, usaha menumbangkan kerajaan Sabah melalui gerakan yang dilakukan oleh Musa Aman untuk kembali memimpin negeri itu adalah suatu perkara yang dalam pengetahuan serta restu Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Ini berikutan ketika Musa Aman mengadakan sidang media memaklumkan beliau telah mempunyai sokongan majoriti mudah untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Shafie Apdal, turut disebutnya ialah Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Politik Muhyiddin, Mohd Nardin Awang telah pun melakukan kunjungan hormat kepada TYT Sabah bagi memaklumkan perkembangan tersebut.
Hamzah yang merupakan Menteri Dalam Negeri adalah juga Setiausaha Agung Bersatu dan kini dikenali sebagai orang kanan Muhyiddin.
Sebelum ini, Hamzah yang melompat daripada UMNO kepada Bersatu diketahui sebagai penyokong kuat Tun Mahathir Mohamad dan memainkan peranan utama untuk menghalang peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.
Selepas Langkah Sheraton yang menumbangkan PH, Hamzah telah menukar kiblat politiknya kepada Muhyiddin, sehingga kemudiannya diberikan jawatan kanan dalam kerajaan sebagai Menteri Dalam Negeri serta dilantik Setiausaha Agung Bersatu menggantikan Marzuki Yahya yang telah dipecat.
Kata Musa dalam sidang media itu, kunjungan hormat kedua-dua orang kanan Muhyiddin terhadap TYT Sabah itu adalah untuk memaklumkan bahawa kerajaan negeri baru yang bakal dibentuk nanti adalah menyokong kerajaan PN di peringkat pusat.
“Kami akan mengadap TYT selepas ini,” kata Musa Aman dalam sidang medianya.
Gambarannya seolah-olah selepas Hamzah dan Nardin melakukan kunjungan hormat terhadap TYT Sabah, ia adalah bagi memudahkan proses Musa Aman mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.
Tetapi, apa jadi kemudiannya?
Bukan saja Shafie diberi perkenan oleh TYT Sabah untuk membubarkan Dun negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan, bahkan hasrat Musa Aman mengadap TYT juga tidak dibenarkan.
Lebih daripada itu, rombongan Musa Aman untuk pergi ke Istana Negeri telah dihalang oleh pihak polis?
Bagaimana semua itu boleh berlaku?
Bukankah Hamzah dan Nardin telah mengadap TYT Sabah sebelum itu?
Tidakkah sepatutnya Musa Aman tiada masalah untuk mengadap TYT Sabah bagi proses angkat sumpahnya kerana Hamzah dan Nardin telah melakukan kunjung hormat lebih dulu?
Bukankah juga Hamzah adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis, tetapi mengapa Musa Aman sendiri dihalang memasuki Istana Negeri?
Apa sebenarnya permainan dalam kemelut politik Sabah ini?
Apakah ini merupakan misi Hamzah dan Nardin di Sabah yang dalam pengetahuan Muhyiddin telah mengalami kegagalan?
Atau mungkinkah Muhyiddin melalui Hamzah dan Nardin ada perancangan lain untuk memalukan UMNO, sekaligus menaikkan nama Bersatu dalam gerakan yang kononnya untuk menaikkan semula Musa Aman itu? (Shahbudindotcom 31/07/2020)

KINI NAMA KAMU SUDAH DILUPAI KERANA PERANAN KAMU MENJATUHKAN PH. HANYA MUHYIDDIN BOLEH AJAR KAMU...




Majoriti rakyat sokong kamu kerana mengandaikan kamu sudah bertaubat dan mahu betulkan keadaan. Rakyat berharap kamu tunaikan janji yang dibuat manifesto PH dan peralihan kuasa selama 2 tahun menunggu tapi rakyat terima hanya alasan yang tak masuk diakal. Kamu tahu rancangan kedeta parti dan kartel tapi kamu tidak buat apa apa malah perletakan jawatan kamu menyenangkan lagi proses ambil alih kerajaan PH.
Kamu langsung tidak mahu menyerahkan kuasa kepada DSAI sebenarnya dari awal lagi. Kerajaan negeri tumbang satu persatu disebabkan kamu sanggup melaga lagakan pimpinan dalaman PH. T
Kedah hanya wayang kamu berharap Boboi dapat tumpukan pada kerajaan persekutuan berharap PH dan DSAI akan ikut kemahuan kamu. Nyata perancangan kamu meleset, tapi masih berjaya menyakin sebahagian pemimpin amanah dan Dap bersama kamu. Kamu dapat menyakinkan Warisan bersama kamu sehingga nyaris tumbang disebabkan perancangan jelek kamu supaya kerajaan PN kekal berkuasa tanpa kehilangan sokongan Warisan.

Yang nyata perancangan kamu menggunakan drama Abah dan Azmin sabitkan Najib dan Zahid malah mengawal MP Umno nampaknya telah membuahkan hasil. Tahniah diucapkan tapi memecah belahkan PH nampaknya tidak berjayaTakziah tentang itu. So jangan buat wayang sedih sebab rakyat sudah tahu siapa kamu dari awal. Rakyat tahu kamu masih sayangkan Umno perjuangan kamu untuk tumbangkan Najb dan Zahid bukan untuk rakyat. Rakyat tahu dan sedar kamu belum insaf dan bertaubat.


Perlu ke? Sampai nak failkan ke Mahkamah...


Teuku Syafirullah



Perlu ke? Sampai nak failkan ke Mahkamah...

Mohon sahabat Farhan Haziq dan bangsa Melayu dalam DAP lainnya nasihat Adun ini dan yang bersependapat sepertinya.

Inilah salah satu punca yang menjadi barah buat sekian lamanya walhal kita sedar bahawa DAP sendiri sedang menuju perubahan yang ketara.

Kalau MCA atau MIC buat macam ni pun tetap akan berlaku perkara yang sama.

Selagi kelompok seperti ini ada, selagi itulah rasisme akan berkembang.

Melayu ‘tolenransi’ semakin kurang, Melayu ‘rasis’ yang bertambah.. ini punca-punca.

Please do something about it dan bersuara lah Melayu DAP. Kami tahu anda orang-orang yang berpendidikan lagi merdeka.

Andainya isu ini boleh dipertikaikan di Mahkamah pun hantar Adun DAP Melayu yang ada di Pahang tu. Jelaskan dengan penerangan yang jelas pada rakyat sebab apa tak boleh tulisan jawi. Apakah Kerajaan negeri di Pahang tak boleh bincang baik-baik mengenai kepentingan rakyat? Atau adakah Dong Zong memang sudah kuat dengan adanya wakil-wakil mereka dalam politik baik dari DAP, MCA, Gerakan dan lain-lain? Rakyat perlukan penjelasan yang tuntas.

Rakyat naik jelik dengan sajian isu-isu yang menimbulkan persepsi dan menjerumuskan negara dalam kancah ‘rasisme’. Kita pun ramai kawan-kawan bukan Melayu yang baik di Malaysia ini, yang menghormati dan faham perlembangaan negara.

Hamzah Zainudin porak perandakan demokrasi Malaysia?


Riduan Samsudin

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin mungkin akan diingat sejarah sebagai tokoh yang memporak-perandakan demokrasi Malaysia.

Peranan beliau agak besar dalam 6 bulan pergolakan politik negara. Bermula sebagai antara watak yang didakwa terlibat mengumpulkan Akuan Berkanun (SD) ahli politik Bersatu untuk khianat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehinggalah percubaannya meruntuhkan kerajaan Warisan di Sabah. Namanya disebut-sebut sebagai dalang.

Cuma ketika Langkah Sheraton, Hamzah dituduh oleh penyokong Anwar bertindak atas arahan Tun Mahathir untuk memastikan kerajaan tumbang dan Anwar tidak menjadi perdana menteri (PM). Namun selepas itu, watak ini bertindak pelik apabila kem Anwar mendakwa Hamzah menemui Pengerusi PH itu dan berunding bagi memberi sokongan kepada Anwar mengangkatnya sebagai PM.

Alasannya, Hamzah dan beberapa ahli parlimen Bersatu kecewa terhadap Umno yang tidak mahu memberi laluan kepada ‘katak-katak’ bekas Umno terus bertanding di kerusi parlimen asal. Hamzah dan kawan-kawan khuatir Umno akan beri mereka kerusi yang tidak boleh menang, sedangkan kerusi yang disandang ditandingi orang lain.

Bagaimanapun Hamzah gagal menyempurnakan rancangan membentuk kerajaan baharu antara Bersatu dan PH.

Musa kaitkan Hamzah

Namun Hamzah dikaitkan sekali lagi dalam rampasan kuasa lewat kenyataan media Musa Aman. Musa menamakan Hamzah sebagai pemimpin utama kerajaan Perikatan Nasional yang menyokong usaha menumbangkan Shafie.

Malangnya kali ini nama Hamzah digandingkan dengan dakwaan puluhan juta ringgit wang rasuah  ditabur untuk membeli ADUN-ADUN Sabah. Malah terdapat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung langkah membeli sokongan itu. Maka rekod Hamzah menjadi lebih tercalar dalam gerak kerjanya menterbalikkan demokrasi dan mandat rakyat Malaysia. Cuma kali ini Hamzah didakwa menjadi agen Muhyiddin pula, bukan lagi Tun Mahathir.

Gagal Sabah, PN hancur

Mujurlah usaha di Sabah gagal. Malah sejarah akan mengingati Sabah satu-satunya negeri yang berani mengatakan ‘tidak’ kepada arahan Persekutuan untuk membentuk kerajaan baharu. Dewan Undangan Negeri segera dibubarkan bagi mendapatkan mandat. Sekiranya strategi Shafie berjaya dan Warisan menang, perasaan anti-Semenanjung dan tekad mahu membalas pembulian Semenanjung akan melanda Sarawak yang dijangka menyukarkan GPS bertahan dalam Pilihan Raya Negeri pada 2021.

Sekiranya hal itu terjadi maka Hamzah akan dicatat sejarah sebagai ahli politik ‘terjun gaung’ tersalah langkah membantu cubaan rampasan kuasa yang akhirnya menyebabkan GPS hilang negeri atau mungkin menyeberang lebih awal menyokong PH mengambil alih Putrajaya.

Apa pun dalam kemelut politik terbaharu, rakyat Sabah dianggap paling berprinsip. Yang Dipertua Negeri pula akan dikenang sebagai hero yang tidak tunduk kepada ugutan Persekutuan membuli negeri-negeri yang berlainan haluan politik. Kehebatan muslihat PN akhirnya dipatahkan di Sabah. Setelah ketua-ketua negeri di Semenanjung  akur kepada arahan Putrajaya menukar kerajaan.

Kejutan di Sabah boleh disamakan dengan kegagalan serangan Nazi Jerman ke atas Rusia pada 1941. Kekalahan Jerman di Rusia menyebabkan seluruh ketenteraan Nazi runtuh dan penyudahnya Jerman sendiri kalah dalam Perang Dunia Kedua. Sejarah akan berulang dan kerajaan PN hanya menunggu masa untuk mengisi nama dalam daftar kekalahan.

Esok Dah 1 Ogos, Wajib Pakai Face Mask Atau Denda RM1,000

Tengku Kudin Que

Mulai esok, 1 Ogos 2020, orang ramai adalah diwajibkan untuk memakai pelitup muka ditempat awam dan semua lokasi pengangkutan awam yang sesak, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Sesiapa yang gagal untuk mematuhi peraturan itu boleh dikompaun RM1,000 dibawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Keputusan mewajibkan penggunaan pelitup muka itu adalah selepas mengambil kira penambahan beberapa kluster baru dan mendapat saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadi, jangan lupa pakai face mask ya!

#ulang siaran
#kita jaga kita


ASAL ADA KUASA..


Amar Amaroso

Aku nak tahu gak masjid mana ni yea yang boleh izinkan budak masuk. Budak kecik plak tu.
Ohhhhh sebab ada MB kunci syurga yea.


DSAI DAKWA 2011.KEBENARAN MUNCUL 9 TAHUN KEMUDIAN

Pada 2011, Anwar Ibrahim bangkitkan isu 1MDB.

RM2.6 bilion masuk ke akaun Najib Razak sebelum PRU 2013.

Rafizi Ramli juga kena hukuman 18 bulan kerana memiliki Laporan Audit 2018 1MDB yang dikategorikan sulit.

Kesannya Rafizi tak dapat bertanding PRU14. Tetapi beliau korbankan ratusan ribu duitnya, kempen di atas lori kecil satu negara untuk menangkan PH.

Hari ini kebenaran terbukti.

Moga Allah merahmati anda Rafizi Ramli dan moga anda terus berada diatas landasan perjuangan.

Pada 2011, Anwar Ibrahim bangkitkan isu 1MDB. 

RM2.6 bilion masuk ke akaun Najib Razak sebelum PRU 2013.

Rafizi Ramli juga kena hukuman 18 bulan kerana memiliki Laporan Audit 2018 1MDB yang dikategorikan sulit. 

Kesannya Rafizi tak dapat bertanding PRU14. Tetapi beliau korbankan ratusan ribu duitnya, kempen di atas lori kecil satu negara untuk menangkan PH.

Hari ini kebenaran terbukti.


MANA SATU YANG BETUL


Shahbudin Husin

Dalam kenyataan medianya hari ini, Zahid Hamidi menyebut bahawa Muhyiddin yang menyatakan hasrat untuk Bersatu menyertai MN.

Annuar Musa pula kata Bersatu dijemput untuk menyertai MN.

Mana satu betul atau dua2nya tak betul?

KAMI SEDIA MENANTI KEMUNCULAN RAFIZI



Selamat Hari Raya Korban.  Dia telah berkorban segala2nya.  Tenaga, idea, wang ringgit bahkan  mengorbankan kesenangan keluarganya demi untuk kita semua.  Usahanya berbaloi apabila PH akhirnya berjaya menjatuhkan rejim Najib, Umno/Bn.

Apabila kerajaan PH yang terbentuk bermula Mei 2018 hanya bertahan selama 22 bulan dek angkara pengkhianat dan disokong pula oleh Umno dan Pas, maka hutang Sdr Rafizi Ramli kepada kita selesai.  Dia telah tunaikan janjinya untuk membina negara, tapi bukan tugasnya untuk menentukan tiada iblis dan syaitan di dalam kerajaan PH. 

Beliau pernah membayangkan akan ada pengkhianatan terutamanya di dalam partinya sendiri, ramai yang tidak meyakininya.  Sebab itu, beliau tawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden Keadilan pada pemilihan yang lalu.  Beliau mahu elak pengkhianatan berlaku terutamanya di dalam parti.  Malangnya, berapa ramai yang percaya dengan beliau? 



Sekarang kita lihat sendiri apa yang berlaku.  Tidak guna menyesal sekarang.  Biarkan Rafizi menarik nafas dan berehat dulu.  Biarkan dia menunaikan hutangnya kepada keluarganya yang banyak terabai sebelum ini.  Biarkan dia mencari rezeki sekarang setelah banyak dia berhabis untuk kita.  Setelah semuanya berjalan baik untuk diri dan keluarganya, percayalah, anak muda ini akan kembali mengatur langkah pencaknya di gelanggang politik yang semakin menggila ini.

Mengisi ruang yang ada, akan ada golongan atau kumpulan yang akan terus bergerak.  Golongan atau kumpulan ini menjadikan perjuangan Rafizi sebagai inspirasi wajar kita sokong dan bantu. 

SELAMAT HARI RAYA RAFIZI DAN KELUARGA!!

WFAUZDIN NS

POLITIK TUN SUDAH BOLEH DIBACA


Norman Razuan

Malas sebenarnya hari raya ni nak tulis politik. Org UMNO dah bagitahu apatah lagi orang PKR. Patut Tun call Abg Mat ajak solat sekali di Masjid Putrajaya. Bukan membiarkan 'musuh politik' yang menjatuhkan kariernya sebagai PM berbuat demikian.



Lakonan Tun yang bijak semua kita dah kesan. Skrip ini saya telah tulis pada Oktober 2018 lagi. Kemudian dijelmakan Feb 2020 oleh Tun.

Bila Tun tarik Azmin dari jawatan MB ke Menteri Ekonomi yg diwujudkan utk mengawal wang negara dgn mengenepikan senarai Menteri PKR serahkan... buatkan Nurul Izzah mengundurkan diri. Sejak awal lagi Nurul tidak mahu ayahnya bekerjsama dgn Tun. Sejak awal lagi Tun memang nak hancurkan PH dengan berniat menubuhkan kerajaan PN ni.

Pada Oktober 2018 ada 9 nama yg diberikan antara yg saya masih ingat ditulis Najib, Zahid, Ku Nan, Azeez, Shahidan, Noh Omar dan beberapa nama lagi yg saya tidak ingat. Ia terbukti...

Cuma skrip ada terlari sedikit... itu saja. Tapi kejayaannya bila Tun jatuhkan kerajaan PH dan negeri2 seperti Melaka, Johor, Kedah, Perak dan kini Sabah... ada siapa serang Tun. Tidak sebab Mat Sabu dan LGE pun tertipu.

Itu saja maaf la hari raya ini menulis politik. Geram punya pasal dkt Abg Mat... patut YB Adly tu ambil alih Presiden Amanah. Apa low class punya Presiden troll super ring.



KISAH KERAJAAN TEBUK ATAP.


Mohd Firdaus


Cerita dia mcm ni. UMNO sokong PN dgn harapan penyamun² dibebaskan. Mula² perjalanan nampak cantik dah. Riza Aziz lepas, Musa Aman lepas, Isa Samad lepas. Cantik dah tu. Sekali Najib tak lepas. Siap kena 12 tahun dgn bonus RM210juta lagi. Mau tak takut bagi yg ada kes mcm Zahid. Maka UMNO pun umum keluar PN hari ni sebagai amaran.

Kita ingatkan UMNO tarik sokongan, rupanya UMNO masih sokong PN dan takut jika PN berkubur sebab UMNO & PAS tak settle lagi banyak benda.  Antara yg belum settle ialah pembahagian kerusi Melayu & calon PM. Kelantan & Terengganu pun tak tau siapa nak pegang. MN pun tak berdaftar ROS. Bendera apa akan digunakan? Apa matlamat perjuangan? Semuanya kabur.

Jadi, yang pening skrg ialah Muhyiddin. Kalau Muhyiddin tak ikut kehendak UMNO, UMNO akan terus tekan dia. Hari ni UMNO keluar PN tp masih sokong PN. Esok lusa jika Zahid pun ke dalam, kita tak tau apa akan jadi kat PN. Terkini Bersatu nak masuk MN pulak. Eh? Kalau dah masuk rumah orang, kena buat mcm rumah orang laa kan? Muhyiddin akan kelemasan. Kena dengar cakap tuan tanah. Haha.

Kalau Muhyiddin ikut kehendak UMNO, PRU15 rakyat akan angkat PH dengan lebih besar, habis semua penyamun kena balik. Jadi, situasi skrg memang pening sebab matlamat mereka bukan untuk membela kita rakyat biasa. 5 bulan berkuasa, apa orang Melayu dapat? Yg Melayu dapat hanyalah menonton pemimpin Melayu UMNO & PAS berebut jawatan GLC. Subsidi petrol utk majoriti org Melayu pun dah ditarik.

Matlamat mereka hanyalah untuk selamatkan tengkuk perompak & penyamun dgn memperbodohkan walaun. Tu aje. Itulah natijah sebuah kerajaan yg mengkhianati mandat rakyat. Allah bolak balikkan hati mereka.



PKR HARUS LANGGAR SEMUA KERUSI DUN SABAH?

ZUBAIDI SUDIN

JIKA TIDAK WUJUD KERJASAMA DENGAN PH, PKR HARUS LANGGAR KERUSI WARISAN KERANA PKR MEMANG BERPOTENSI DI SABAH. Cumanya, PKR pernah disekat oleh Warisan dengan beri bertanding di sejumlah kerusi yang sedikit ketika PRU14.
*******************
Berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari.


"BOSSKU" PUN ADA MASAALAH, MACAMANA NAK JENGUK MASAALAH HANGPA...

W.Faudzin

Sambut raya haji dengan sambut tong air di Chini ? Nasib korang la orang Chini. Bossku nak tolong pun dia sendiri ada masalah besar. Carilah Jemin semburit yang datang ceramah kat Chini dalam PRK baru-baru ni...

Image may contain: outdoor

YIDIN IKUT UMNO, RAKYAT BAGI UNDI PADA PH

CERMINLAH DIRI SENDIRI


Ahmad Shahril

Macamni gaya rupa nya orang yang di katakan pejuang agama.....kamu pandang rendah,hina banduan-banduan...ustaz eEit Lew siap ziarah banduan dan santuni mereka....
Kebetulan pulak aku tengah dengar lagu AMUK ni yang liriknya amat kena dengan statement ni...

AKU MANUSIA PELAKON CERITA
DI PEMENTASAN ALAM CIPTAANNYA
BUKAN SENGAJA MELANGGAR ARAHAN
KADANG TERLUPA WATAK DAN PERANAN
AKU MANUSIA......

Dalam politik ni kalau tak rasuah ,tuduhan liar,melawan rejim pemerintah itu dianggap sebagai jenayah politik..tidak termasuk jenayah rasuah..jika anda ditahan dibawah ISA dahulunya..anda adalah ancaman kepada pemerintah,tapi kalau sekadar ceramah ngata orang...tu tak nosa mana lah....




SYARIKAT SAPU MENYAPU WANG NEGARA

STRATEGI ZAHID SEBESAR KELINGKING

HANYA RAKYAT SABAH MAMPU MALUKAN RAMPASAN KUASA PN

AKIBAT JADI KERAJAAN TANPA MANDAT RAKYAT



Cerita dia mcm ni. UMNO sokong PN dgn harapan penyamun² dibebaskan. Mula² perjalanan nampak cantik dah. Riza Aziz lepas, Musa Aman lepas, Isa Samad lepas. Cantik dah tu. Sekali Najib tak lepas. Siap kena 12 tahun dgn bonus RM210juta lagi. Mau tak takut bagi yg ada kes mcm Zahid. Maka UMNO pun umum keluar PN hari ni sebagai amaran.

Kita ingatkan UMNO tarik sokongan, rupanya UMNO masih sokong PN dan takut jika PN berkubur sebab UMNO & PAS tak settle lagi banyak benda. Antara yg belum settle ialah pembahagian kerusi Melayu & calon PM. Kelantan & Terengganu pun tak tau siapa nak pegang. MN pun tak berdaftar ROS. Bendera apa akan digunakan? Apa matlamat perjuangan? Semuanya kabur.

Jadi, yang pening skrg ialah Muhyiddin. Kalau Muhyiddin tak ikut kehendak UMNO, UMNO akan terus tekan dia. Hari ni UMNO keluar PN tp masih sokong PN. Esok lusa jika Zahid pun ke dalam, kita tak tau apa akan jadi kat PN. Terkini Bersatu nak masuk MN pulak. Eh? Kalau dah masuk rumah orang, kena buat mcm rumah orang laa kan? Muhyiddin akan kelemasan. Kena dengar cakap tuan tanah. Haha.

Kalau Muhyiddin ikut kehendak UMNO, PRU15 rakyat akan angkat PH dengan lebih besar, habis semua penyamun kena balik. Jadi, situasi skrg memang pening sebab matlamat mereka bukan untuk membela kita rakyat biasa. 5 bulan berkuasa, apa orang Melayu dapat? Yg Melayu dapat hanyalah menonton pemimpin Melayu UMNO & PAS berebut jawatan GLC. Subsidi petrol utk majoriti org Melayu pun dah ditarik.

Matlamat mereka hanyalah utk selamatkan tengkuk perompak & penyamun dgn memperbodohkan walaun. Tu aje. Itulah natijah sebuah kerajaan yg mengkhianati mandat rakyat. Allah bolak balikkan hati mereka.

C@P
W.Faudin


KEBOBROKAN POLITIK SABAH, SHAFIE MILIKI KELEBIHAN

JOM KITA REBUT KERUSI.


Ahmad Shahril

Jeng,jeng,jeng.....ini bermakna BN juga akan bertanding di parlimen Marang yang sekarang di duduki oleh duta tebuk atap...apa macam walaun...



PADAM MUKA , SELALU MEREKA CERITA FITNAH 👏🏻👏🏻





Bukit Aman sudah membuka kertas siasatan bagi meneliti satu hantaran di media sosial yang mendakwa hakim yang mengendalikan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) Najib Razak mempunyai hubungan persaudaraan dengan Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan hal berkenaan. Katanya Bukit Aman kini mengambil alih kes tersebut daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

"Ya, siasatan sedang dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Mulitimedia 1998," katanya tanpa memperincikan seksyennya.

Terdahulu seorang ahli Bersatu, Mohd Afzanizam Abdul Rahman, membuat laporan polis di Taiping berkenaan ciapan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Rao, di Twitter.
Ramesh mendakwa hakim yang mensabitkan Najib dengan tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram semalam, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, adalah cucu atau cucu saudara Mahathir.

Dua anak ahli parlimen Langkawi itu - Marina dan Mukhriz - menafikan tuduhan tersebut.

Berdasarkan laporan polis yang dilihat Malaysiakini, Afzanizam meminta polis menyiasat ciapan Ramesh kerana menghasut kebencian terhadap Mahathir.

Dia juga berpendapat ciapan berkenaan menjejaskan integriti Mohd Nazlan selain merendahkan institusi kehakiman.

"Saya dah selesai diambil keterangan kira-kira jam 3 petang tadi," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam Mohd Nazlan yang pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menjatuhkan hukuman penjara di antara 10 dan 12 atas pertuduhan yang dikenakan pada Najib.

Najib juga didenda RM210 juta.

Bekas perdana menteri itu membayar wang ikat jamin - bernilai RM1 juta - pada hari ini.

ANWAR DI MELAKA.


Di Melaka malam ini untuk program Jelajah Presiden.





Saya ulas berkenaan isu-isu semasa termasuk keputusan mahkamah berhubung SRC International dan 1MDB.

Saya menggesa pimpinan dan anggota KEADILAN untuk baca dan telaah soal penghakiman tersebut agar cakna isu penyelewengan dan salahguna kuasa.

Saya turut tekankan perjuangan KEADILAN jelas untuk semua kaum. Perjuangan kita mesti adil dan memberi penekanan pada aspek kemanusiaan.

Parti ini bukan parti saya tapi ia adalah wadah bagi rakyat yang cintakan keadilan dan benci kezaliman.

Landasan perjuangan mesti tidak harus dikesampingkan malah mesti kekal berprinsip. Kita kena bergerak dari episod ini dan bergerak ke depan dan mantapkan parti.

Isu perkauman mesti didepani dengan baik dan KEADILAN bertekad untuk terus menyuburkan perpaduan di antara kaum di Malaysia.

#KEADILAN #Melaka


APA NAK JADI..SAMPAI SEKARANG TAK JADI JADI


HAMDAN TAHA
PH tak habis habis umum siapa PM sedar sedar negeri pun habis...bergaduh tak habis tentang siapa BAKAL Perdana Menteri mereka...sudahnya hanyut...di gelakan oleh pihak lawan sahaja...IGP malaysia pula sering kali tugas dia umum Jlow ada di mana....itu sahaja....jika dah tau ada di mana apa ke hai di umumkan pada dunia...dah berapa kali cerita dah...habuk pun tak ada....sebelum tu lagi kelakar Jlow dah tukar wajah beruang pun ada....kenyataan IGP tu....kot dah tukar wajah macam mana bole kenal...tu yang kerajaan macau kata dia tak jumpa tu...abih tu tunjuk gambar lain....rupa dia dah lain mana nak jumpa....kata IGP la...
IGP paling teruk dalam sejarah negara....dia ni lah....kami dapati video itu asli....orang yang di dalam video itu juga asli tapi kami tak boleh kenal sebab wajah mereka berdua tu samar samar....tak jelas....
SYAFIE AFDAL KENA TAPAW
Musa aman dan wakil dari Orang yang berkuasa di KL dah keluar duit bayar ke YB YB setidaknya duit mula....tak ada dua ke tiga juta sorang duit mula bincang tak akan jadi macam ni....tiba tiba bubar pula dewan....adoiii
Nampak kisah di sabah ini boleh berjangkit di kerajaan persekutuan....beli sana beli sini akhirnya PRU juga nampaknya....
Tapi pengalaman saya politik Malaysia ni boleh jadi macam macam....ada pula bertan tan duit sampai ke anu tu dia pula nafi dah sign pembubaran....boleh berlaku macam macam lagi ni...
KES UMNO
Apa beza masuk MN atau Bersama PN...orang dan parti sama sahaja...akan jadi PM dari Bersatu juga....
Bersatu masuk MN maka maknanya kerusi bersatu yang ada sekarang kekal mereka bertanding lah yer....atau macam mana...
Nampak bila bersatu masuk MN semua orang umno suka dan orang pas sujud syukur....kerusi tak ada beza juga...

BAKAL PM PILIHAN ATOK PUN KENA CANTAS KAT NEGERI SENDIRI..SEBULU LA SANGAT



AHMAD SHAHRIL SHAHRIL

Camne 'Bakal PM yang sebulu' nak tadbir negara kalau kat negeri sendiri pun kene caras? Lupakan lah angan2 nak jadi PM ye Pie.. Bende camni pun ko dah terkangkang dikerjakan Musa Aman.. Atok and the gang x tolong ke?? Bulu lah sangat!! Mendapat ko!
Tahniah orang Sabah dapat KM 'baru'.. Seronok x kene tapau guna SD?

SABAH PERLU UBAH



MOHD SHAH RIM

Kesimpulannya satu saja..
Kerajaan Sabah mesti melakukan apa yang dilaungkan.. berkhidmat untuk rakyat.. sudah terlalu lama anak Sabah khasnya dipendalaman menderita, kemudahan infra sktruktur yang daif, jalan yang berlubang lubang, sukar mendapat peluang pekerjaan dan pelbagai lagi..
Cukuplah berpolitik, melompat ke sana ke mari demi agenda politik, kembali ke landasan asal bila dilantik sebagai ADUN atau Yang Berhormat..iatu memberi khidmat kepada rakyat serta menjaga kebajikan mereka..