*Menamakan calon PM selain Anwar adalah muslihat membunuh agenda reformasi negara.*



1.GERAK98 merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin parti PH hari ini.

2.Kenyataan tersebut memberi indikasi keperluan menamakan calon PM selain Anwar Ibrahim dalam usaha mengembalikan mandat rakyat dalam PRU14.

3.Seperti yang kami telah nyatakan sejak  akhir tahun lalu dalam jelajah reformasi (dan sekarang Gerak98), Mahathir mempunyai muslihat menidakkan Anwar menjadi PM lama sebelum langkah Sheraton.

4.Sejak episod Sheraton muslihat Mahathir dibuktikan benar dengan kenyataan ramai bekas orang2 kanan beliau yang mengesahkan kewujudan muslihat itu.Kenyataan2 mereka ini dijelaskan lagi dengan pendedahan audio, perlaksanaan kongres maruah melayu dll.

5.Malah banyak kenyataan Mahathir sendiri akhir2 ini menjelaskan usaha menghalang Anwar menjadi PM.Halangan ini semakin jelas motifnya ialah  untuk menidakkan proses reformasi negara berlaku.

6.Mahathir samada secara sengaja atau tidak mendedahkan motif sebenar apabila menyatakan Anwar tidak layak menjadi PM kerana mengetuai sebuah parti berbilang kaum.Walhal anjakan politik berasas perkauman sempit kepada politik berasas prinsip keadilan,melawan rasuah tanpa kira kaum adalah tunjang kepada proses reformasi negara.

7.Makanya,amat jelas bahawa agenda Mahathir menghalang Anwar menjadi PM bukan sahaja membunuh politik Anwar,tetapi membunuh Reformasi.

8.Hari ini kelihatan beberapa pimpinan utama PH sudah terperangkap dengan muslihat Mahathir ini.Kesediaan mereka mengangkat tokoh selain Anwar menjadi PM bukan sahaja salah kepada Anwar, lebih penting ianya sikap yang salah kepada perjuangan reformasi yang menjadi tunjang PH.(Reformasi bukan tunjang Mahathir atau PH Plus)

9.Alasan keperluan mendapat balik kuasa dan  mandat rakyat semata2 adalah amat dangkal.Apakah mereka tidak melihat kuasa 22bulan itu tidak punya makna malah menjahanamkan reformasi apabila kuasa itu (jawatan Perdana Menteri) diberikan kepada Mahathir yang anti kepada perjuangan reformasi?

10.Sebab itulah GERAK98 menegaskan berkali2 pentingnya calon PM adalah tokoh yang benar2 pro reform kerana ianya menentukan (crucial).Reformasi akan sekali lagi digagalkan sekiranya kita meletakkan pemimpin bukan kalangan tokoh reformasi.

11.GERAK98 sekali lagi menggesa setiap pemimpin PH meletakksn agenda reformasi sebagai kepentingan paling utama.Malah kepentingan reformasi mesti mengatasi kepentingan kuasa.

12.Setiap pejuang dan pemimpin reformasi tidak boleh kompromi soal ini walaupun atas nama mendapat balik kuasa.Kerajaan Reformasi mesti dipimpin oleh tokoh yang komited dengan reformasi.Tiada kompromi soal ini.

13.GERAK, ADIL, Barisan Alternatif ,Pakatan Rakyat dan hari ini Pakatan Harapan adalah lokomotif2 reformasi sejak tercetusnya ledakan rakyat pada tahun 1998.Tidak ada lokomotif lain dalam negara ini yang membawa agenda Reformasi.Ketua lokomotif ini mesti menjadi ketua kerajaan reformasi.

14.Pengalaman 22 bulan menyaksilan padahnya apabila perkara itu tidak berlaku.Lebih parah kita meletakkan Mahathir seorang anti reform menjadi ketuanya.Hakikatnya jelas.Mahathir lah arkitek utama yang menjahanamkan reformasi.Azmin Ali hanya alat pelaksana rencana jahat ini.(Sehingga hari ini Mahathir tidak pernah menghentam Azmin kerana Azmin adalah alat dan perkakas Mahathir)

15.GERAK98 tidak akan bersetuju dengan tokoh selain Anwar mengetuai kerajaan reformasi.Ianya bukan soal Anwar.Ianya soal Reformasi.

16.Reformasi adalah isu terpenting negara yg rosak ini.Kerana tanpa proses reformasi yang jujur dan bersungguh2, negara yang rosak ini akan menuju kecelaruan dan kehancuran.

17.Mari pertahan reformasi bersungguh2.Mari pastikan tokoh reformasi pimpin jentera dan kerajaan reformasi.Jangan sekali lagi kompromi soal ini.

Mohamad Ezam Mohd Nor
GERAK98

27 Julai 2020/ 6 Zulhijjah 1441H

IKRAR EZAM :GERAK KEJAR DI MANA AZMIN BERTANDING

LEMAH MATEMATIIK: LEBAI TAK FAHAM ANTARA JUAL TANAH, JUAL SAHAM

ALKISAH KERAjaan TEBUK ATAP@PINTU BELAKANG@SEMBURIT@PENGKHIANAT:



*Kerajaan Tebuk Atap Kucar-kacir Dah Teruk...*

1. UMNO dah berpecah kepada 5 kumpulan. Terkini Ku Li pula tengah mengasak.

2. Kumpulan Azmin Ali dikecam oleh UMNO dan PAS. Jadi kucing kurap.

3. PPBM tunggu keputusan mahkamah 07 hb Ogos. TSMY atau Tun M berhak ambil alih.

4. Kes-kes Najib bertapuk-tapuk jadi perhatian dunia. Zahid dan lain-lain pun sama.

5. Jolok jawatan macam-macam pun hanya berjaya dapat 111 MP sahaja. Kerajaan rapuh macam kayu reput.

6. Usaha nak rasuah wakil rakyat Sabah gagal. Dah dibuat report polis.

7. Perikatan Nasional belum dapat didaftar sebab semua perbincangan buntu. UMNO tolak terus dari awal lagi.

8. PAS dah tak puas hati dengan PN, nak bergerak sendiri. Tapi judi, arak, maksiat nampaknya sekarang diterima baik oleh PAS.

9. Nak buat PRU-15, tapi bila timbul bab pembahagian kerusi pasti gaduh besar. Geng Bersatu TSMY dan geng Azmin Ali nak bertanding kat bulan ke matahari?

10. 28 hb Julai keputusan mahkamah salah satu kes Najib. Status MP Najib akn gugur.

11. Banyak lagi...

Media tempatan dan antarabangsa tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya kenapa PM tak pernah buat sidang media sejak jadi PM.

Pelik tetapi benar. Belum pernah terjadi dalam sejarah dunia. Berani kerana benar...

Dato Seri Zaeinal Abidin

SEBARKAN !!!!

_#KitaMestiMenang_
_#KitaJagaKita_
_#TolakPengkhianat_
_#Anwar4PM_
_#PHBangkit_
_#KembalikanMandatRakyat_

Mahkamah New York rekod pembabitan Najib, Rosmah, 1MDB*

27hb Julai 2020
19.25



1. TIM LEISSNER mengaku berkonspirasi dengan JHO LOW dalam mengurus pinjaman bon² Goldman Sachs berjumlah USD 6.5 bilion dolar atau RM 27.3 bilion ringgit kepada 1MDB.
2. Susulan itu, Goldman Sachs mendapat komisen luar biasa USD 600 juta dolar atau RM 2.52 bilion ringgit selain mengenakan kadar faedah yang cukup tinggi.
3. Berbilion² dana bon² ini kemudian dipindahkan ke akaun² yang dikawal oleh JHO LOW. Sebanyak USD 200 juta dolar atau RM 840 juta ringgit telah diseleweng ke akaun² yang dikawal oleh TIM LEISSNER sendiri.
4. YANG MENGGEMPARKAN IALAH PENGAKUAN LEISSNER bahawa USD 4.1 juta dolar atau RM 17.2 Juta ringgit telah dibayar dari akaunnya kepada sebuah Jewelry Shop di New York.
5. Bayaran tersebut bagi pembelian jewelry kepada A Wife of Malaysian Government Officer. Pembelian Jewelry itu adalah untuk kepentingan The Malaysian Government Officer and His Wife bertujuan mempengaruhi mereka dalam urusan perniagaan 1MDB dengan Goldman Sachs.
6. Isteri Tim Leissner ialah aktres terkenal KIMORA LEE yang kemudian menjadi sahabat baik Rosmah Mansor.
7. Tidaklah hairan jika Kimora Lee dapat hadiah² lumayan daripada Rosmah demi persahabatan mereka. (Cai dapat apa?)
8. Boleh rujuk pengakuan bersalah oleh pegawai Goldman Sachs, Tim Leissner pada mukasurat 39, Sealed Proceedings Mahkamah New York, Amerika Syarikat yang bertarikh 28 Ogos 2018
(file on 9 Nov 2018).



LAGI BERITA MENYUSUL MALAM INI






SILA KE OLDER POOST ATAU TEKAN > UNTUK BERITA AWAL HARI INI

Demokratik, Adil, Peduli (Bahagian 1)




Oleh Izmil Amri
Friedrich Ebert Stiftung, atau dalam bahasa Melayunya Yayasan Friedrich Ebert dinamakan sempena seorang ahli politik Jerman yang menjadi presiden Sozialdemokratische Partei Deutschlands (Parti Demokrasi Sosial Jerman), merangkap Presiden sulong negara itu yang menjawat antara tahun 1919 sehingga 1925.
Partinya, SPD (disebut Es-Peh-Dey) ditubuhkan pada tahun 1863 adalah parti paling tua dalam Bundestag (parlimen Jerman) dan memainkan peranan besar dalam penubuhan Republik Weimar pasca Revolusi November selepas Perang Dunia Pertama. Ya, cerita ini bolehlah dibaca di laman Wikipedia.
Yayasan si Friedrich ini sekarang membina rangkaian demokrasi sosial di seluruh dunia dengan mengembangkan falsafah yang terbina atas tiga prinsip asas kebebasan, kesetaraan dan semangat setiakawan. Dalam bahasa Inggeris, tiga perkara ini adalah ‘Freedom’, ‘Equality’ dan ‘Solidarity’ – FES, seperti akronim nama yayasan ini.
Prinsip-prinsip kebebasan, kesetaraan dan setiakawan ini adalah nilai-nilai tunjang yang membentuk program parti-parti yang beriman dengan ideologi demokrasi sosial.
Anda nampak kan bagaimana ayat di atas ini begitu penuh jargon dan membuatkan orang rasa loya nak muntah? Apa lah yang jenuh sungguh untuk menerangkan prinsip politik yang mahu memastikan masyarakat tidak dibelenggu rasa takut, dilayan tidak sekata, dan terbiar tak terbela.
Di Malaysia, Parti Tindakan Demokratik, DAP; adalah sebuah parti berideologi demokrasi sosial.
Kenapa perlu peduli ideologi?
Ideologi adalah suatu set nilai-nilai yang membentuk cara fikir sesebuah organisasi. Ia menjadi pandu arah kepada kaifiat sesebuah organisasi untuk berfungsi dan mengajukan program serta cadangannya.
Tanpa ideologi, sesebuah organisasi hanyalah himpunan segerombolan individu secara tidak tentu hala.
Parti politik misalnya, menggunakan ideologi sebagai asas aspirasinya dalam merangka dasar dan idea untuk dijaja kepada orang ramai sebagai program partinya yang ditanggapi dalam bentuk manifesto pilihanraya.
Jika ia sebuah parti nasionalis, maka janji-janji manifestonya adalah berbentuk demikian juga. Memberitahu orang ramai bagaimana partinya akan mempertahankan kedaulatan negara, memelihara maruah bangsa dan sebagainya.
Jika ia sebuah parti agamis, maka pula akan menjanjikan hal-hal yang berkait ketuhanan, hatta menjanjikan lesen masuk syurga bagi mereka yang menyokongnya, dan jalan pasti ke neraka sekiranya berani melawan aspirasi agamisnya itu.
DAP, sebagai sebuah parti dengan faham demokrasi sosial, menjanjikan benda-benda yang (dalam bahasa mudahnya) bersifat demokratik, adil dan peduli; sepertimana akronim parti itu juga.
Demokratik
Seringkali orang kita mempunyai salah faham tentang konsep demokrasi, dan mudah membuat tanggapan sendiri tentang kalimat ini.
Melampaui terjemahan literalnya yang bermaksud ‘kuasa rakyat’, demokrasi hari ini adalah persoalan amanah masyarakat kepada perwakilan yang membawa suara dan hasrat mereka ke badan-badan penggubal undang-undang dan pelaksanaan dasar kerajaan.
Demokrasi berparlimen adalah sistem di mana orang ramai mempunyai hak untuk melantik perwakilan mereka menganggotai badan legislatif dan juga pelaksana, dan berhak juga untuk menarik semula amanah dan kuasa tersebut melalui peti undi.
Dalam hal ini, orang ramai mempunyai kebebasan dan kuasa untuk memilih serta menentukan dasar apa yang mereka mahukan dan rasakan sesuai untuk masyarakat.
DAP meletakkan kuasa rakyat ini sebagai perkara nombor wahid yang mendasari kewujudannya untuk memperjuangkan hak dan keperluan rakyat sebagai majikan para wakil rakyat dan pemimpin negara.
Bersambung.


ESOK NAJIB BEBAS ATAU TIDAK? IANYA JUGA PENENTU NASIB MUHYIDDIN


Esok akan jadi penentuan sama ada Najib masih ada peluang jadi PM selepas PRU akan datang atau jalannya untuk kembali menjadi lebih panjang....

JIKA NAJIB BEBAS

1. Nama kerajaan PN akan hangus , sebab semua bukti dah jelas.
2. Isu ini akan digunakan pembangkang untuk menghumban PN atau MN
3. Nama Pas sudah buruk akan bertambah buruk.
4. Siapa akan jadi Pengerusi Umno.
5.Adakah semua MP sokong Najib
6. Bagaimana nasib Muhyiddin
7.Kepercayaan pelabur dengan pembebasan Najib
8.Najib suka MN dan bukan PN
9.Panjang perjuangan Umno, Zahid, Mat Hassan dan Najib sendiri bagaimana?





Image may contain: 2 people, text that says "Countdown ke 28 Julai 2020 2 SELEWENG DANA KEPUTUSAN KES HARILAGI SRC-NAJIB SR SRC kes apa SRC International ialah anak syarikat 1MDB yang bermasalah. IMDB SRC Namun mereka mendapat suntikan dana dari Wang Amanah Pencen bernilai RM4 bilion dengan jaminan kerajaan bawah arahan arahan Najib Razak. KWAP Najib mengaku guna duit tersebut untuk bershopping Hawaii. Hawaii. RM42 Ada bukti menunjukkan RM42 dari SRC telah dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib."

BERAPI API AKHIRNYA SENYAP SUNYI


AHMAD SHAHRIL

Dulu 'berapi' menuduh kerajaan PH x Islam bagai, tuduh kerajaan PH x islamik tunduk kepaad cina DAP. Sekarang pusing jalan lain pulak? Walaun siang malam maki hamun sedara seIslam yang x sokong PAS, cop kapir sana sini.. Jeritlah lagi dalam Parlimen tu. Ajak walaun jalan kaki dari Klate ke KL tanda protes. Rakyat nak tengok wayang PAS kali ni camne lak..
Nak habaq kat Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official).. Bila nak cadang sesuatu kene tahu segala kaedahnya, mencadang mesti dgn penuh rasa tanggingjawab. Tapi kalau cadang tapi tak tau kaedahnya, itu namanya "𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐢𝐤𝐮𝐭, 𝐛𝐨𝐝𝐨𝐡 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐚𝐣𝐚𝐫". Lebai sudah pusing² keliling kota. Pusing, spin lebai, selagi boleh asalkan berapi api semata² nak kuasa. Masa jadi pembangkang berapi-api, dah jadi kerajaan tinggal asap..
Aryoyo ape nerake, macam ni first time lak korang jadi MP x tau apa apa..
"𝐑𝐨𝐚𝐝 𝐭𝐨 𝐠𝐥𝐨𝐫𝐲 𝐡𝐚𝐬 𝐭𝐨 𝐥𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐨 𝐠𝐫𝐨𝐰𝐢𝐧' 𝐩𝐚𝐭𝐡 𝐭𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞! 𝐎𝐧𝐞 𝐭𝐨 𝐭𝐰𝐨! 𝐈𝐭'𝐬 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐨𝐯𝐞𝐫." - 𝐊𝐚𝐦𝐞𝐧 𝐑𝐢𝐝𝐞𝐫 𝐙𝐞𝐫𝐨-𝐓𝐰𝐨



SOALNYA BERSEDIAKAH MAHATHIR MENYOKONG ANWAR SEBAGAI CALON PM PH PLUS


Kenyataan bersama Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), pada 27hb Julai 2020
“Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Datuk Seri Anwar dan sekiranya beliau gagal, Datuk Seri Shafie wajar diberikan peluang yang serupa; kedua-duanya dengan berasaskan sokongan kukuh 109 orang Ahli Parlimen.”
Sejak Langkah Sheraton oleh bekas Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah mengkhianati mandat rakyat pada pilihan raya 2018, parti AMANAH dan DAP telah bekerja untuk memulihkan semula mandat tersebut; menjadi jambatan bagi kelima-lima parti pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan Plus.
AMANAH dan DAP dipandu prinsip-prinsip asas berikut:
Pertama, pentingnya setiakawan kesemua pasukan dan parti anti-Perikatan Nasional, yang diwakili oleh 109 Ahli Parlimen yang menentang penukaran Speaker Parlimen yang dilakukan secara tidak demokratik dan sewenang-wenangnya;
Kedua, persoalan mengenai siapa akan menjadi Perdana Menteri seterusnya tidak wajar menjadi halangan dalam usaha memulihkan mandat rakyat. Pilihan untuk terus kekal menjadi pembangkang hanya kerana kita gagal berkompromi untuk jawatan Perdana Menteri adalah tidak boleh diterima. Kegagalan untuk mencapai kesepakatan mengenai calon Perdana Menteri menunjukkan bahawa obsesi terhadap jawatan Perdana Menteri adalah lebih penting berbanding mandat pilihan raya rakyat Malaysia pada tahun 2018;
Ketiga; manifesto pilihan raya umum Pakatan Harapan pada tahun 2018 harus terus menjadi asas urus tadbir kerajaan PH Plus.
Sebagai rekod, AMANAH dan DAP memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pada 26 Februari.
Pada 28 dan 29 Februari, Parti Keadilan Rakyat, AMANAH dan DAP kembali mewujudkan semula gabungan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyokong Tun sebagai Perdana Menteri dalam usaha menghalang tertubuhnya sebuah kerajaan yang bukan pilihan rakyat.
Antara bulan Mac dan Mei 2020, AMANAH dan DAP telah sepenuh hati mengajukan supaya gabungan besar yang menang dalam PRU 2018 dibina semula, iaitu PKR, DAP, AMANAH, Warisan dan kumpulan Tun Dr Mahathir dalam Bersatu.
Pada 30 Mei, selepas kebuntuan yang berlanjutan, Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan untuk mempertimbangkan dua pilihan:
Pilihan Pertama – Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri;
Pilihan Kedua – Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, dengan peralihan kuasa dalam tempoh 6 bulan.
Beberapa sesi rundingan dijalankan sehingga PKR secara rasminya menolak pilihan kedua pada 19 Jun.
Dengan tujuan untuk mencari jalan keluar, pimpinan AMANAH, DAP dan Warisan serta kumpulan Tun Dr Mahathir mengadakan mesyuarat tidak rasmi bagi mencari pilihan-pilihan lain pada 25 Jun di Rumah Tetamu Sabah, Kuala Lumpur.
Tun Dr Mahathir telah menerangkan dalam mesyuarat tersebut bahawa beliau tidak berniat menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga. Beliau menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri hanya untuk membantu menewaskan kerajaan Perikatan Nasional yang tidak mempunyai mandat rakyat dan memulihkan kembali mandat PRU 2018.
Dalam konteks ini, Lim Guan Eng telah mencadangkan, dengan sokongan Mohamad Sabu, supaya Datuk Seri Shafie Apdal dijadikan calon ketiga untuk membantu meleraikan kebuntuan antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar.
Tun Dr Mahathir dengan senang hati bersetuju terhadap cadangan menjadikan Shafie calon Perdana Menteri dalam masa dua minit sahaja selepas ia diajukan oleh AMANAH dan DAP. Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa ia bukan soal sama ada beliau kembali menjadi Perdana Menteri, tetapi soal menyelamatkan negara dan memulihkan mandat rakyat.
Selain mengurangkan rasa tidak senang PKR terhadap Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Shafie akan menjadi pilihan bersejarah sebagai pemimpin pertama dari Sabah atau Sarawak yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri.
Pemimpin AMANAH dan DAP yang menghadiri mesyuarat tidak rasmi itu, kemudiannya memaklumkan Tun Dr Mahathir dan mereka yang lain bahawa pilihan baharu Shafie ini perlu dibawa kembali untuk perbincangan bersama pimpinan parti masing-masing dan kemudian dibincangkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Kami menegaskan bahawa bilangan 109 Ahli Parlimen perlu menjadi asas untuk memulihkan kerajaan; bukan perkumpulan setakat 91 Ahli Parlimen tanpa Warisan dan kumpulan Tun dalam Bersatu, atau hanya 71 Ahli Parlimen tanpa PKR. AMANAH dan DAP berkongsi perasaan kecewa dalam kalangan rakyat Malaysia bahawa walaupun dengan 109 kerusi di Parlimen menentang PN walaupun ditawarkan jawatan menteri dan GLC, kita masih gagal menuntut semula mandat rakyat.
Kami tidak bersetuju dengan idea bahawa Pakatan Harapan boleh berunding dengan sesiapa sahaja dengan berbekalkan 91 kerusi, dengan mengesampingkan kumpulan Tun Dr Mahathir dan Warisan. Kami juga tidak bersetuju dengan idea bahawa perubahan boleh berlaku dengan hanya 71 Ahli Parlimen, tanpa penglibatan 38 Ahli Parlimen PKR.
Kami berpendapat bahawa sama ada Anwar atau Shafie, dengan berbekalkan 109 Ahli Parlimen, sesiapa yang berjaya mendapat angka untuk mencukupkan angka 112 Ahli Parlimen, wajar diberi peluang mengetuai kerajaan gabungan itu nanti sebagai Perdana Menteri.
Ada yang menyebut bahawa memandangkan pembangkang tidak dapat menyelesaikan persoalan calon Perdana Menteri, kita patut terus kekal sebagai pembangkang dan menunggu pilihan raya seterusnya. Kami tidak berpendapat begitu. Sebarang formula untuk menang dalam PRU seterusnya secara sendirian sebagai Pakatan Harapan atau tanpa Pakatan Harapan adalah formula yang sukar. Hanya Pakatan Harapan Plus yang melibatkan Pakatan Harapan, Warisan dan kumpulan Tun merupakan kombinasi boleh menang dalam PRU akan datang. Kekuatan bersama ini mesti menjadi premis asas, bukannya perkumpulan pembangkang yang berpecah-belah dan lemah.
Malahan, pilihan untuk berputus asa daripada menuntut semula kuasa kerajaan bukan sahaja tidak bertanggungjawab, bahkan merupakan pengkhianatan terhadap pilihan rakyat pada 9 Mei 2018. Dengan tidak mencuba untuk menuntut kembali mandat itu secepat mungkin, kita hanya mengabsahkan Langkah Sheraton, sebuah kerajaan tanpa mandat, kesemua dasar-dasarnya yang tidak demokratik dan paling penting sekali, ketiadaan iltizam politik untuk membanteras rasuah dan memupuk ketelusan dalam urus tadbir. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku.
Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Datuk Seri Anwar dan sekiranya beliau gagal, Datuk Seri Shafie wajar diberikan peluang yang serupa; kedua-duanya dengan berasaskan sokongan kukuh 109 orang Ahli Parlimen.
Pada masa yang sama, 109 orang Ahli Parlimen dan kelima-lima parti Pakatan Harapan Plus iaitu AMANAH, DAP, PKR, Warisan dan kem Tun Dr. Mahathir dalam Bersatu harus memastikan hubungan kerjasama yang erat untuk memainkan peranan sebagai blok pembangkang yang berkesan dan bersatu untuk:
•Membina harapan dalam detik yang sukar ketika krisis politik, ekonomi, dan Covid-19;
•Membina keyakinan dan perpaduan nasional rakyat Malaysia ketika berhadapan sentimen perpecahan Perikatan Nasional;
•Mendedahkan salah guna kuasa dan skandal seperti 1MDB dan menjuarai tadbir urus yang berintegriti;
•Memperkukuhkan keselamatan ekonomi dan solidariti ekonomi bersama rakyat Malaysia menghadapi krisis ekonomi paling getir dalam beberapa generasi, yang dicetuskan oleh Covid-19;
•Menawarkan cadangan dan dasar alternatif bertunjungkan pengalaman, kepakaran dan kebolehan yang diperolehi Pakatan Harapan semasa menerajui tampuk pemerintahan.
Mohamad Sabu
Presiden,
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung,
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Kenyataan bersama Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), pada 27hb Julai 2020



“Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Datuk Seri Anwar dan sekiranya beliau gagal, Datuk Seri Shafie wajar diberikan peluang yang serupa; kedua-duanya dengan berasaskan sokongan kukuh 109 orang Ahli Parlimen.”

Sejak Langkah Sheraton oleh bekas Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah mengkhianati mandat rakyat pada pilihan raya 2018, parti AMANAH dan DAP telah bekerja untuk memulihkan semula mandat tersebut; menjadi jambatan bagi kelima-lima parti pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan Plus.

AMANAH dan DAP dipandu prinsip-prinsip asas berikut:

Pertama, pentingnya setiakawan kesemua pasukan dan parti anti-Perikatan Nasional, yang diwakili oleh 109 Ahli Parlimen yang menentang penukaran Speaker Parlimen yang dilakukan secara tidak demokratik dan sewenang-wenangnya;

Kedua, persoalan mengenai siapa akan menjadi Perdana Menteri seterusnya tidak wajar menjadi halangan dalam usaha memulihkan mandat rakyat. Pilihan untuk terus kekal menjadi pembangkang hanya kerana kita gagal berkompromi untuk jawatan Perdana Menteri adalah tidak boleh diterima. Kegagalan untuk mencapai kesepakatan mengenai calon Perdana Menteri menunjukkan bahawa obsesi terhadap jawatan Perdana Menteri adalah lebih penting berbanding mandat pilihan raya rakyat Malaysia pada tahun 2018;

Ketiga; manifesto pilihan raya umum Pakatan Harapan pada tahun 2018 harus terus menjadi asas urus tadbir kerajaan PH Plus.

Sebagai rekod, AMANAH dan DAP memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pada 26 Februari.

Pada 28 dan 29 Februari, Parti Keadilan Rakyat, AMANAH dan DAP kembali mewujudkan semula gabungan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyokong Tun sebagai Perdana Menteri dalam usaha menghalang tertubuhnya sebuah kerajaan yang bukan pilihan rakyat.

Antara bulan Mac dan Mei 2020, AMANAH dan DAP telah sepenuh hati mengajukan supaya gabungan besar yang menang dalam PRU 2018 dibina semula, iaitu PKR, DAP, AMANAH, Warisan dan kumpulan Tun Dr Mahathir dalam Bersatu.

Pada 30 Mei, selepas kebuntuan yang berlanjutan, Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan untuk mempertimbangkan dua pilihan:

Pilihan Pertama - Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri;

Pilihan Kedua - Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, dengan peralihan kuasa dalam tempoh 6 bulan.

Beberapa sesi rundingan dijalankan sehingga PKR secara rasminya menolak pilihan kedua pada 19 Jun.

Dengan tujuan untuk mencari jalan keluar, pimpinan AMANAH, DAP dan Warisan serta kumpulan Tun Dr Mahathir mengadakan mesyuarat tidak rasmi bagi mencari pilihan-pilihan lain pada 25 Jun di Rumah Tetamu Sabah, Kuala Lumpur.

Tun Dr Mahathir telah menerangkan dalam mesyuarat tersebut bahawa beliau tidak berniat menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga. Beliau menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri hanya untuk membantu menewaskan kerajaan Perikatan Nasional yang tidak mempunyai mandat rakyat dan memulihkan kembali mandat PRU 2018.

Dalam konteks ini, Lim Guan Eng telah mencadangkan, dengan sokongan Mohamad Sabu, supaya Datuk Seri Shafie Apdal dijadikan calon ketiga untuk membantu meleraikan kebuntuan antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar.

Tun Dr Mahathir dengan senang hati bersetuju terhadap cadangan menjadikan Shafie calon Perdana Menteri dalam masa dua minit sahaja selepas ia diajukan oleh AMANAH dan DAP. Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa ia bukan soal sama ada beliau kembali menjadi Perdana Menteri, tetapi soal menyelamatkan negara dan memulihkan mandat rakyat.

Selain mengurangkan rasa tidak senang PKR terhadap Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Shafie akan menjadi pilihan bersejarah sebagai pemimpin pertama dari Sabah atau Sarawak yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri.

Pemimpin AMANAH dan DAP yang menghadiri mesyuarat tidak rasmi itu, kemudiannya memaklumkan Tun Dr Mahathir dan mereka yang lain bahawa pilihan baharu Shafie ini perlu dibawa kembali untuk perbincangan bersama pimpinan parti masing-masing dan kemudian dibincangkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Kami menegaskan bahawa bilangan 109 Ahli Parlimen perlu menjadi asas untuk memulihkan kerajaan; bukan perkumpulan setakat 91 Ahli Parlimen tanpa Warisan dan kumpulan Tun dalam Bersatu, atau hanya 71 Ahli Parlimen tanpa PKR. AMANAH dan DAP berkongsi perasaan kecewa dalam kalangan rakyat Malaysia bahawa walaupun dengan 109 kerusi di Parlimen menentang PN walaupun ditawarkan jawatan menteri dan GLC, kita masih gagal menuntut semula mandat rakyat.

Kami tidak bersetuju dengan idea bahawa Pakatan Harapan boleh berunding dengan sesiapa sahaja dengan berbekalkan 91 kerusi, dengan mengesampingkan kumpulan Tun Dr Mahathir dan Warisan. Kami juga tidak bersetuju dengan idea bahawa perubahan boleh berlaku dengan hanya 71 Ahli Parlimen, tanpa penglibatan 38 Ahli Parlimen PKR.

Kami berpendapat bahawa sama ada Anwar atau Shafie, dengan berbekalkan 109 Ahli Parlimen, sesiapa yang berjaya mendapat angka untuk mencukupkan angka 112 Ahli Parlimen, wajar diberi peluang mengetuai kerajaan gabungan itu nanti sebagai Perdana Menteri.

Ada yang menyebut bahawa memandangkan pembangkang tidak dapat menyelesaikan persoalan calon Perdana Menteri, kita patut terus kekal sebagai pembangkang dan menunggu pilihan raya seterusnya. Kami tidak berpendapat begitu. Sebarang formula untuk menang dalam PRU seterusnya secara sendirian sebagai Pakatan Harapan atau tanpa Pakatan Harapan adalah formula yang sukar. Hanya Pakatan Harapan Plus yang melibatkan Pakatan Harapan, Warisan dan kumpulan Tun merupakan kombinasi boleh menang dalam PRU akan datang. Kekuatan bersama ini mesti menjadi premis asas, bukannya perkumpulan pembangkang yang berpecah-belah dan lemah.

Malahan, pilihan untuk berputus asa daripada menuntut semula kuasa kerajaan bukan sahaja tidak bertanggungjawab, bahkan merupakan pengkhianatan terhadap pilihan rakyat pada 9 Mei 2018. Dengan tidak mencuba untuk menuntut kembali mandat itu secepat mungkin, kita hanya mengabsahkan Langkah Sheraton, sebuah kerajaan tanpa mandat, kesemua dasar-dasarnya yang tidak demokratik dan paling penting sekali, ketiadaan iltizam politik untuk membanteras rasuah dan memupuk ketelusan dalam urus tadbir. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku.

Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Datuk Seri Anwar dan sekiranya beliau gagal, Datuk Seri Shafie wajar diberikan peluang yang serupa; kedua-duanya dengan berasaskan sokongan kukuh 109 orang Ahli Parlimen.

Pada masa yang sama, 109 orang Ahli Parlimen dan kelima-lima parti Pakatan Harapan Plus iaitu AMANAH, DAP, PKR, Warisan dan kem Tun Dr. Mahathir dalam Bersatu harus memastikan hubungan kerjasama yang erat untuk memainkan peranan sebagai blok pembangkang yang berkesan dan bersatu untuk:

•Membina harapan dalam detik yang sukar ketika krisis politik, ekonomi, dan Covid-19;

•Membina keyakinan dan perpaduan nasional rakyat Malaysia ketika berhadapan sentimen perpecahan Perikatan Nasional;

•Mendedahkan salah guna kuasa dan skandal seperti 1MDB dan menjuarai tadbir urus yang berintegriti;

•Memperkukuhkan keselamatan ekonomi dan solidariti ekonomi bersama rakyat Malaysia menghadapi krisis ekonomi paling getir dalam beberapa generasi, yang dicetuskan oleh Covid-19;

•Menawarkan cadangan dan dasar alternatif bertunjungkan pengalaman, kepakaran dan kebolehan yang diperolehi Pakatan Harapan semasa menerajui tampuk pemerintahan.

Mohamad Sabu
Presiden,
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung,
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DI MANA RUGINYA BANK?

Aku ambil moratorium 6 bulan untuk kereta aku.




Kalau aku bayar RM1,500 sebulan ansuran pinjaman kereta, maknanya selama 6 bulan aku tak perlu bayar ansuran berjumlah RM9,000 kepada bank.

Tapi!

Selepas habis moratorium aku kena bayar juga ansuran RM9,000 untuk 6 bulan tadi yang akan disambung kepada tempoh pinjaman sedia ada.

Aku tak dapat diskaun RM9,000 atau diberi 6 bulan percuma tak perlu bayar ansuran langsung. Yilek!

Dan korang semua yang ambil moratorium pun sama juga. Walaupun ansuran kau mungkin RM100 sebulan, tapi bank akan tuntut juga ansuran 6 bulan tertangguh tadi atau RM600 yang kau belum bayar tu.

Jadi, celah bedah mana yang bank rugi sampai RM6.4 bilion ni?

Tak perlu jawab. Sebagai ex banker aku tahu bank akan jawab rugi dari segi bunga/faedah/dividen.

Duit ansuran yang kau bayar tu, bank tak dapat nak roll over untuk buat duit atas angin macam biasa.

Jadi sebab tak boleh guna duit untuk buat duit, bank akan come out dengan satu perkiraan yang deme akan kata, oh kami rugi sekian-sekian angka pasal moratorium ini.

Angka yang sebenarnya bukanlah suatu yang pasti, tapi deme agak-agaklah satu angka yang sedap. Barulah nampak bank pun berkorban untuk kita.

Dan perangai ini bukan takat bank konvensional sahaja, tapi bank Islam pun sama. Cuma hal bunga/faedah/dividen tu dia tukarlah kepada kadar keuntungan/upah. Tempek logo halal aje kan.

Pokoknya, kita semua tetap akan kena bayar 6 bulan moratorium ini di kemudian hari. Bank akan dapat balik setiap sen yang kita 'cuti' selama 6 bulan ini.

Jadi sekali lagi, celah bedah mana yang bank rugi sampai RM6.4 bilion ni?

Dan kenapa Menteri Kewangan yang kena umum hal kerugian ini?

Oh ya lupa, ini kan Menteri Kewangan bekas CEO bank yang menjadi kebanggaan kerajaan Abah kau.

Tak pernah selama ni kita lantik ex banker jadi Menteri Kewangan, Abah kau je yang paling bijak lantik ex banker.

Pemikiran di luar kotak katanya.

Jadi mendapatlah kita...

#BankerJagaBanker

TAKDIRRR!!!

Salahuddin

RM100 JUTA BELI ADUN SABAH GAGAL?

FITNAH PARA WALAUN


Mula-mula pemimpin PAS fitnah Dr Mujahid konon TH dikuasai oleh bukan Islam. Ini dinafikan oleh Muhyidin sendiri di parlimen. Lepas tu mereka fitnah lagi kata TH rugi di bawah PH. Ini juga dinafikan oleh Muhyidin di parlimen.

Lepas tu mereka mula meraban reka cerita yang bukan-bukan semata-mata nak tutup pembohongan mereka.

Padahal rakyat sudah mula nampak sikap sebenar mereka mempermainkan agama untuk kepentingan politik. Contoh paling jelas ialah dalam isu RUU355. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Begitu juga dalam isu menyatuni golongan LGBT. Nampaknya mereka terus menjilat ludah mereka sendiri.

Hanya ketaksuban melulu pengikut mereka sahaja yang menyelamatkan parti itu. Rakyat yang tahu menilai pasti akan menolak parti itu.

BANK MESTI UNTUNG,RAKYAT MELINGKUP TAK APA


Shahbudin Hussein

Inilah masalahnya bila banker dan bukan wakil rakyat jadi menteri, dia asyik jaga kepentingan bank dan tidak peduli nasib rakyat....

JUAL ASET: PATUT TH JAWAB, BUKAN MENTERI PAS

DAP TERIMA SHAFIE JADI PM HANYA VERSI TUN M – ANWAR

GOLDMAN SACHS PULANG WANG BUKTI 1MDB BUKAN REKAAN PH

DULU KITA SURUH SAJA.



1. Seperti yang telah kita tahu, jawapan dalam Parlimen oleh Kerajaan yang diwakili Timbalan Menteri daripada PAS berkenaan RUU 355 tidak seperti desakan keras semasa mereka jadi pembangkang.

2. Sekarang kita pula dapat dengar sendiri, Timbalan Presidennya kata agak panjang jalannya dan dulu desakan itu dibuat sebab hanya tahu suruh saja.

3. Seperkara lagi yang dapat kita tahu juga, semua yang PAS buat selama ini hanyalah sekadar suruh. Sebab takat itu sahaja PAS boleh buat sebagai pembangkang.

Malah katanya, semua kerja-kerja di sebalik suruhannya itu biar kerajaan yang fikir.

4. Ini mengesahkan yang PAS sebenarnya memang tak fikir pun satu-satu perkara tu secara mendalam. Apa yang terlintas nak dibuat, dia pekik dan desak.

5. Yang di bawah pula ikut saja. Jenuh kita terang dan jelaskan, tak mahu didengar. Sebab, pimpinannya cakap ini adalah apa yang ulama’ mereka dah bincang atas nama Syura Ulama’.

6. Inilah standard dan level PAS. Bukan nak rendah-rendahkan tapi ini perakuan langsung dari pimpinan mereka.

7. Semoga mereka yang ada dalam PAS atau di luar dapat menilai PAS ini bagaimana. Cukup emosi dan tindakan yang dibuat hanya untuk politik. Itu saja.

Dr Razam Ramli.

ISU GLC KELANTAN PATUT BALAS ISU JUAL ANAK SYARIKAT TH

KISAH JUAL TANAH DAN PENTAKSUB PAS


Tadi ada pentaksub PAS pertikai jualan tanah TH Plantation atas nilaian RM 4500 sehektar.. kata Menteri, Murah macam tu, Semua orang nak Beli.. Tu dia, Dia Ingat urusniaga TH Plantation tu jual Tanah..Depa jual pegangan Saham..bukan Tanah.. Bukan boleh ikut logik macam tu..

Macam saham FGV lah.. FGV ada pemilikan tanah, Tapi Saham milik FGV disenaraikan pada harga RM 4.50 sesaham..bila jatuh bawah Seringgit.. takkan korang nak kira nilai saham yg dijual dengan jumlah hektar Tanah dia.. bukan maksud tanah dijual murah, tapi Saham dan prospek Syarikat tu jatuh..

Meh aku Bagi Contoh mudah faham, Ni Baru betul gadai Tanah.. Sebelum PRU 13, Ingat tak UMNO main isu apa ? Bagaimana YIK dibawah pengurusan Nik Amar gadai tanah Sawit pada Syarikat Cina..Masa tu depa kata syarikat DAP.. 

Syarikat pertama yang digadai cina jugak..gagal..kali kedua Syarikat Upaya padu pun cina jugak..Masa tu Nik Amar dalam Roadshow dia pertahan Sungguh2 apa salah jual pada Cina.. ?

PAS gadai tanah pada YIK(Yayasan Islam Kelantan) seluas 10,526 hektar pada syarikat Upayapadu Sdn Bhd, dengan pajakan 50 tahun katanya.. tapi ikut pendedahan tu..rekod pejabat tanah, Tanah tu Pajakan 70 Tahun..

Masa tu berapa nilai pajakan ? RM 100 1 ekar setahun.. Bayangkan 10,526 hektar, RM 100 seekar setahun.. maknanya 1 ekar sewa sebulan lebih kurang RM 9 ringgit la.. Jadi boleh tak aku tanya.. kat mana boleh aku dapat sewa tanah seekar RM 9 ringgit sebulan ? kalau ada aku nak bayar 2 kali ganda...itu kalau ikut logik jahat Timbalan Menteri Agama si Marzuki..

Tu belum cerita pajakan tanah ladang Sayur di tanah Lojing lagi.. Belum cerita katanya tanah ladang rakyat dipajak dan digadai pada Syarikat Cina Singapore.. belum cerita tanah balak lagi...Belum cerita kawasan Perlombongan emas yg dipajak pada Syarikat China lagi.. awat tak tanya..takda Syarikat Melayu ker ?

Nasib lah PAS tak buat perbandingan harga jualan air pada Singapore 3 sen seribu gelen.. dengan harga air yang dijual pada Rakyat..  mau PAS kalau jual Syarikat air..dia akan kiran jumlah gelen air dalam empangan..lepas tu banding jualan air dah ditapis..

Jadi sembang boleh lah PAS ni.. Tapi heran, Bila Kerajaan Jual tanah TRX pada 1MDB pada harga RM 50 sekaki.. Lepas Tu 1MDB jual tanah TRX pada Tabung Haji RM 2700 Sekaki.. takda pulak PAS pertikai.. siap ramai ramai pi buat rombongan kat Tabung Haji.. lepas tu puas hati..  :)

Ipohmali