Persoalan yang difikir dan bermain difikiran ahli PAS yang masih waras..kenapa Ayah Chik tidak berani untuk berbahas mengenai warta Jakim dan kerajaan Malaysia yang mewartakan Hadi sebagai SESAT.
Sekarang PAS sudahpun memjadi kerajaan pusat.. Menteri undang undang pun daripada PAS... boleh aje dibawa ke parlimen untuk dibahaskan serta dibatalkan semula warta yang menuduh Hadi sebagai Sesat.
Kemelut pembahagian kerusi Perikatan Nasional (PN) yang tidak kunjung selesai tidak mustahil menjadi barah kepada gabungan itu di Pantai Timur.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, tidak mustahil sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 berlaku pada tahun ini, Umno dan Pas enggan membantu Bersatu di Kelantan dan Terengganu.
Kata Azan, kedua-dua negeri itu merupakan kubu kuat Muafakat Nasional (MN) dan Bersatu tidak mempunyai keahlian yang banyak.
Menurut beliau, tradisi akar umbi kedua-dua parti, tidak akan membantu parti lemah yang tidak mempunyai jentera bertanding di kawasan mereka.
“Tidak sama sekali kedua-dua parti itu akan membantu dan ia menjadi nasib paling malang untuk Bersatu. Kelantan dan Terengganu akan menjadi ukuran atau gambaran sebenar situasi Bersatu yang tidak mempunyai tempat kerana mempunyai ahli paling sedikit dalam gabungan.
“Ini ditambah lagi dengan Pas dan Umno sendiri pun masih berebut kerusi. Pas dan Umno dalam keadaan pening, tak kan mereka nak fikir beri laluan kepada Bersatu pula,” katanya dipetik
Oleh itu, Azan tidak menolak spekulasi pemimpin-pemimpin Bersatu di Semenanjung sedang cuba mencari jalan untuk bergabung semula dalam Pakatan Harapan (PH).
Kata Azan, PH mempunyai jentera yang baik di Pantai Bara dan memilikki jentera yang boleh diharapkan di Pantai Timur.
Namun menurutnya pemimpin dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mudah untuk menerima pengkhianat yang menjatuhkan kerajaan pada Februari lalu menyertai semula PH.
“Anwar mempunyai latar belakang yang kukuh terhadap tipu daya Umno dan parti yang berbentuk kerajaan pintu belakang serta sangat memahami (budaya mereka).
“Saya rasa beliau lebih bijak untuk membaca gerakan ini dan saya rasa motif utama Anwar adalah untuk memulihkan kedudukan ekonomi dan memastikan keamanan dalam negara, itu lebih baik berbanding perebutan kuasa, ” katanya lagi.
Perebutan kerusi di Pantai Timur menjadi bahan analisis politik yang menarik sejak kebelakangan ini. Bersatu dalam gabungan PN memiliki keahlian minimum di Kelantan dan Terengganu. Namun mereka berhasrat untuk bertanding kerana beberapa pemimpin Umno yang melompat ke dalam parti itu merupakan Menteri dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan.
Sekiranya MN enggan bertolak ansur maka PN akan ‘goyang’ menjelang PRU 15. Atau sekiranya hanya peringkat pimpinan menyetujui dan tidak dirundingi di peringkat akar umbi, maka calon Bersatu terdedah kepada sabotaj jentera Umno mahu pun Pas. Sekali gus mengurangkan jumlah kerusi Parlimen PN.
PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen DAP berkata, Putrajaya perlu menetapkan tapak sesuai untuk kemudahan pelupusan sisa kekal (PDF) Lynas Malaysia dibina sebelum membenarkan kilang nadir bumi itu meneruskan operasi.
Pengkritik lantang Lynas, Wong Tack mendakwa orang ramai “tidak mengetahui apa-apa” berhubung tapak sebenar PDF yang bertujuan mengurus sisa itu.
Malah katanya, orang ramai juga tidak tahu sama ada kajian kesesuaian telah dijalankan di tapak yang dipilih.
“Sehingga hari ini, orang ramai tidak tahu lokasi sebenar PDF. Apakah yang akan berlaku sekiranya tapak yang dipilih tidak sesuai atau tidak diterima orang ramai,” kata ahli parlimen Bentong itu dalam satu kenyataan lewat hari ini.
Beliau memberi respons terhadap kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin bahawa lesen operasi Lynas akan ditarik balik sekiranya ia tidak membangunkan kemudahan PDF menjelang Mac 2021.
Bagaimanapun Wong Tack berkata, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam laporannya mengenai Lynas pada 2011 menyebut bahawa lokasi PDF perlu ditetapkan terlebih dahulu.
Selain itu, Lynas dikehendaki berunding dengan pemegang taruh mengenai perkara itu.
“Sehingga semua isu ini ditangani, kerajaan tidak harus membenarkan Lynas menjana lebih banyak sisa radioaktif di negara kita.”
Wong Tack juga berkata, perkataan “bermula” tidak membawa apa-apa makna, selain menambah bahawa “syarat yang lunak, tidak jelas dan terbuka” dibuat hanya untuk menerima Lynas dan membolehkannya meneruskan operasi di Malaysia.
Katanya, ia tidak bertujuan untuk melindungi kepentingan dan keselamatan rakyat.
“Lebih penting bukanlah bila pembinaan PDF itu “bermula”, tetapi bilakah pembinaannya akan selesai dan semua sisa radioktif dipindahkan ke kemudahan tersebut dan dilupuskan dengan selamat.”
Pada Februari, lesen Lynas diperbaharui untuk tempoh 3 tahun sehingga Mac 2023.
Ia bagaimanapun tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk pembinaan kemudahan PDF dalam tempoh setahun dari tarikh pembaharuan lesen.
Lynas juga perlu mengemukakan pelan kemajuan kerja-kerja pembinaan PDF dan melaporkan perkembangannya.
Ramai daripada kita yang meminati makanan Jepun, terutamanya sashimi atau sushi.
Hidangan ini bukan sahaja lazat, malah selalunya hadir dalam bentuk yang segar walaupun ia dihidang dengan cara yang mentah.
Namun, tidak semua yang mentah itu baik untuk tubuh badan manusia.
Baru-baru ini seorang wanita di Jepun mengeluarkan seekor cacing yang berukuran 3.8cm dari mulutnya setelah dia dilaporkan menjamah sepotong ikan mentah.
Dia yang berusia 25 tahun, berasal dari Tokyo makan beberapa potong sashimi dan tidak menyedari makanan tersebut rumah kepada cacing parasit jenis Pseudoterranova – selalunya dijumpai pada ikan laut yang dihidangkan mentah atau masak.
Kes ini diklasifikasikan sebagai kes yang luar biasa kerana kebanyakan penemuan cacing selalunya berlaku di bahagian usus manusia dan sangat jarang ia dijumpai di bahagian mulut.
Di dalam American Journal of Tropical Medicine and Hygiene, dilaporkan wanita itu pada mulanya mengalami gejala sakit tekak selama 5 hari.
Dia kemudiannya memberitahu doktor sebelum mengalami gejala sakit tekak, dia sempat menjamah satu set sashimi.
Ketika melakukan pemeriksaan, doktor menjumpai cacing berwarna hitam yang bergerak-gerak di bahagian kiri tonsil wanita tersebut.
Setelah mengeluarkan cacing itu, doktor menyatakan tahap kesihatan wanita itu kembali pulih.
Ini juga menjadi peringatan kepada kita, sebelum makan makanan yang belum dimasak atau jika anda mahu menjamahnya secara mentah, masukkan daging tersebut ke dalam peti sejuk dan biarkan ia beku.
Cara ini mampu membunuh bakteria yang ada pada daging tersebut.
Pas Kawasan Gombak telah memutuskan hanya akan bekerjasama secara politik dengan Umno Gombak atas nama Muafakat Nasional (MN).
Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak Salahuddin Mohd Nasir menegaskan perkara itu dan telah memaklumkan kepada Adun Gombak Setia Mohd Hilman Idham pada 11 Mei yang lalu.
Salahuddin Mohd Nasir
“Dan saya telah hantar mesej dan Yb Hilman telah menjawab memahami akan perkara ini,” katanya dalam satu program dialog yang bertajuk ‘Dari mana hendak ke mana?’.
Katanya, Pas Gombak mendapati ada gerakan secara terancang bagi mengganggu gugat kekuatan MN antara Pas dan Umno di kawasan ini.
“Saya menarik perhatian dengan menyatakan kepada ucapan dan tulisan secara terbuka yang diberikan oleh Datuk PJ Negeri Selangor sendiri yang mengingatkan supaya Yb Azmin Ali mesti bertindak secara bijaksana.
“Saya anggap perkara besar yang terjadi di sana yang memberi kesan kepada PN kerana ada sikap-sikap individu yang tidak memanggil mesyuarat.
“Tulisan itu menampakkan ada yang tidak kena dalam PN khususnya gerakan yang dibuat, ada semacam gerakan secara halus.
“Saya dan kawan di Gombak pun tak tahu Azmin ni parti apa? Dia bergerak atas apa?” soalnya.
Justeru, katanya, orang Gombak tidak mampu untuk menerima orang jenis banyak muslihat ianya sebagaimana nasib yang diterima Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun jujur dalam pentadbiran.
“Dia boleh turun di Gombak, turun dengan duit yang banyak, orang menteri tidak ada masalah tapi orang yang kita nak benar-benar jujur,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagiam Gombak Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin juga menegaskan perkara yang sama dan berpendirian sebagaimana Pas Gombak.
Seperti mana kita semua sedia maklum, keputusan sama ada Najib Razak disabitkan bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, akan diketahui pada 28 Julai ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh tersebut pada 5 Jun lalu selepas kedua-dua pihak menutup hujahan masing-masing di akhir kes pembelaan.
Ini bermakna, daripada sekarang ada 10 hari lagi sebelum ketibaan tarikh 28 Julai itu.
Menjadi penantian ialah apakah nasib yang bakal diterima Najib – didapati bersalah atau dibebaskan?
Memandangkan hukuman yang bakal diterima Najib akan menjadi penentu kepada pelbagai perkara dalam politik negara, khususnya berkaitan sokongan UMNO selepas itu terhadap Muhyiddin Yassin, kedudukan PN dan berbagai lagi, selain kepada masa depan bekas Perdana Menteri itu sendiri, tarikh 28 Julai ini adalah penting untuk diberikan perhatian.
Selain itu, ini juga adalah kes pertama seorang bekas Perdana Menteri dihadapkan ke mahkamah.
Untuk itu, tidak menghairankan para penyokong Najib ketika ini sudah mula menggerakkan hebahan mengenai Solat Hajat Perdana untuk memohon pertolongan Tuhan agar keputusan mahkamah pada hari tersebut memihak kepada Ahli Parlimen Pekan itu.
Di media sosial sudah bertebaran poster-poster yang menyeru agar solat hajat diadakan di seluruh negara pada malam 27 Julai itu nanti.
Tentunya tidak terkecuali Najib sendiri dipercayai akan mengadakan majlis solat hajat di kediamannya pada malam tersebut atau mungkin beliau akan turun ke masjid tertentu untuk bersama para penyokongnya.
Pokoknya, tarikh 28 Julai ini bukan tarikh biasa-biasa yang boleh kita tidak mengendahkannya.
Sama ada Najib didapati bersalah atau dibebaskan, gelora politik negara dijangka akan tambah menggelegak selepas tarikh tersebut. (Shahbudindotcom 18/07/2020)
W.Faudzin. Seorang lebai dapat jawatan untuk menguruskan hal ehwal agama melalui kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat, apakah berkat dan diredhai oleh manusia dan oleh Tuhan? Tidakkah itu satu penipuan maha besar kepada rakyat yang telah buat keputusan bukan kamu untuk menjadi kerajaan? Tidakkah kamu pernah rasa sakit, marah, sedih kerana tertipu dan dikhianati sewaktu kerajaan kamu di Perak dulu tumbang angkara khianat? Waktu kamu susah, kamu mohon doa dengan Allah agar musnahkan para pengkhianat yang zalim itu. Nah, Allah uji kamu degan jawatan, kuasa dan kedudukan dalam kerajaan 'kudeta". Khianatnya lebih besar dari apa yang berlaku di Perak pada tahun 2009 dahulu. Kali ini sebuah kerajaan pusat yang dipilih oleh rakyat tumbang kerana bukan seekor dua pengkhianat, tetapi segerombolan pengkhianat yang berpakat. Pengkhianatan ini tidak akan berjaya tanpa dibantu oleh para-para lebai yang mengaku pejuang agama. Pengkhianatan ini tidak mudah berlaku jika Mahathir tidak nyanyuk waktu itu. Kesemua ini punca pengkhianat kini menjadi kerajaan. Lebai pula lupa kepada pengajaran di Perak kerana jawatan dan kedudukan depan mata membuatkan mereka lupa kepada Maha Pencipta. Kamu jawab nanti di hadapan Allah apakah kamu boleh menipu Allah dengan seribu dalih?
Perak muncul sebagai negeri pertama di Malaysia menyediakan Pawagam Pandu Lalu (Sini-Drive) yang memulakan tayangan pertamanya malam tadi.
Konsep pawagam ini ialah para penonton hanya duduk di dalam kereta masing-masing dan menonton di layar yang telah disediakan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pawagam pandu lalu merupakan idea yang bertepatan dengan kehendak norma baharu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pengujung terjamin.
“Sini-Drive berpotensi menarik lebih ramai pengunjung ke negeri Perak khususnya ke Bandar Meru Raya. Ianya mampu menjana ekonomi setempat sejajar dengan kempen #TravelPerakLah yang dilancarkan baru-baru ini”, katanya Ahmad Faizal semalam.
Pawagam Sink-Drive terletak bersebelahan Bulatan Aman Jaya itu memuatkan 70 petak pakir kereta dan beroperasi setiap hari kecuali hari isnin.
Walaubagaimanapun, tindakan Kerajaan Perikatan Nasional Perak melancarkan pawagam pandu lalu ini telah mendapat kecaman hebat daripada netizen.
Rata-rata menganggap ia adalah merupakan idea sampah yang tidak memberi manfaat yang positif kepada masyarakat.
Malah kata netizen, perkara tersebut akan membuka peluang yang lebih besar terhadap gejala maksiat.
Menurut pemilik akaun Facebook, Siti Samara, cadangan ini adalah merupakan cara yahudi untuk mengembangkan dam membiakkan maksiat dalam kalangan masyarakat.
Dalam pada itu, Khai Buyong berpandangan, pelaksanaan pawagam seperti ini tidak sesuai dengan budaya Malaysia malah konsep ini sudah ketinggalan zaman.
“Semoga pintu-pintu maksiat dibuka lebih banyak, tahniah YB,” kata pemilik akaun Facebook, Salihin Jaafar.
“Tunggu video viral dalam kereta,” kata Encik Mizie.
Kestabilan politik dan kemampuan Perikatan Nasional memimpin kerajaan ketika ini tidak dapat dinafikan antaranya terhasil dari peranan yang dijayakan PAS sebagai salah satu gabungan komponen tersebut.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri berkata, pencapaian itu disumbang dari wibawa dan daya kepimpinan para pemimpin PAS di posisi mereka masing-masing termasuk semua Ahli Parlimen PAS.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taujihat dalam Liqa’ Fikri Pemuda PAS Perak di SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya, di sini baru-baru ini.
Bahkan menurutnya, para pemimpin pertengahan dan ahli-ahli PAS juga menzahirkan keupayaan memerintah menerusi khidmat yang proaktif dan berkesan di pelbagai peringkat masyarakat.
Katanya, hal tersebut telah terdahulu merekodkan kejayaan cemerlang dalam pentadbiran kerajaan di Kelantan dan Terengganu di mana kini sedang diluaskan dalam kerajaan bersama di Perak dan Kedah khususnya.
Terang beliau, perkembangan positif tersebut dapat dilihat daripada penerimaan yang baik oleh rakyat di negeri-negeri tersebut, sekali gus membuktikan Islam dapat memimpin perpaduan masyarakat majmuk negara ini.
Beliau yang juga EXCO Pemuda PAS Malaysia turut menyarankan seluruh Pemuda PAS daripada lapan PAS Kawasan dalam Zon 2 Negeri Perak agar segera menguasai keperluan atau kehendak pengundi muda melalui platform tersedia.
“Santuni anak muda dengan berbagai usaha serta program dakwah dan siasah lebih-lebih lagi ketika ini mereka (anak muda khususnya) menginginkan perubahan yang benar-benar menyelami nadi rakyat.
“Tidak dilupakan juga, kita mesti terus memperkasa peranan termasuklah melalui DHPP dalam usaha menyampaikan mesej ‘Islam Memimpin Perpaduan’ kepada masyarakat bukan Islam,” pesan Ustaz Hafez lagi.
Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak mahu berdepan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Naib Pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam berkata, antara kerusi menjadi pilihan termasuk Parlimen Tambun dan DUN Chenderiang yang kini disandang Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata, bukan itu sahaja, Amanah Perak turut berhasrat meletakkan calon di kerusi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Bebas) yang telah bersama Bersatu iaitu di DUN Sungai Manik, DUN Tualang Sekah dan DUN Kuala Kurau.
“AMANAH Perak secara terbuka bersedia jika Pakatan Harapan (PH) Perak memberikan mandat meletakkan calon-calon dalam kalangan Amanah termasuklah dengan jentera-jentera yang memfokuskan kemenangan.
“Perkara itu penting agar PH kembali diberikan mandat oleh rakyat Perak khasnya untuk mentadbir semula Kerajaan Perak malah kita akan kembali semula di Putrajaya,” katanya dalam kenyataan semalam.
Dalam pada itu, Muhaimin berkata, AMANAH Perak yakin Bersatu akan meletakkan calonnya di 50 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU15 nanti dan sebahagian kerusi sasaran mereka terletak di Perak termasuk Parlimen Tambun.
Menurutnya, parti itu bersedia untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN lain yang sedang dibincangkan oleh Bersatu bersama komponen Perikatan Nasional (PN) Perak.
Untuk rekod pada PRU14 lalu, Amanah berjaya memenangi dua kerusi Parlimen di Perak iaitu Lumut dan Parit Buntar serta enam kerusi DUN iaitu Titi Serong, Kamunting, Manjoi, Pasir Panjang, Sungai Rapat dan Behrang.
Bagaimanapun selepas pembentukan PN, Amanah hanya tinggal lima kerusi DUN apabila ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat keputusan keluar parti menjadi wakil rakyat bebas.
FEBRUARY 23, 2016 RAFIZIRAMLI 1 COMMENT Salah satu pelaburan Tabung Haji sebelum ini yang mengundang kontroversi ialah pembelian saham-saham di dalam syarikat pembuat roti Silverbird Group Berhad (pembuat roti High-5) di dalam tahun 2007 pada harga yang cukup tinggi sehinggakan menyebabkan kerugian apabila syarikat itu akhirnya diisytiharkan tidak mampu menampung perbelanjaan perniagaan dalam tahun 2012. Tabung Haji mula membeli saham-saham Silverbird secara agresif dalam masa sebulan di antara September hingga Oktober 2007 sehingga melonjakkan harga saham Silverbird dari 39 sen sesaham (awal September 2007) kepada RM1.08 sesaham pada 16 Oktober 2007. Kesemua saham-saham Silverbird dibeli oleh Tabung Haji dalam tempoh tidak sampai 1 bulan sehingga ia muncul sebagai pemegang saham terbesar Silverbird pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007,
Saya meminta Menteri Kewangan menyatakan dasar pengambilan Ahli-ahli Parlimen dilantik menjadi pengerusi berbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kewajaran pelantikan mereka menggantikan profesional yang ahli dalam bidangnya. Berikut jawapan yang diberikan Menteri Kewangan: Secara amnya, pencalonan dan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) termasuk Pengerusi bagi syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dibuat berdasarkan kesesuaian dari segi kelayakan, pengalaman dan kepakaran seseorang individu. Bagi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), garis panduan mengenai pelantikan Pengerusi dan ALP Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di dalam Buku Hijau berkaitan Meningkatkan Keberkesanan Lembaga Pengarah (2006) telah menggariskan beberapa kriteria untuk melantik individu yang benar-benar berwibawa dan berkebolehan untuk menerajui Lembaga Pengarah syarikat. Selain itu, pelantikan ALP juga dilihat dari sudut kepelbagaian latar belakang dan kepakaran yang bersesuaian (fit and proper requirements) bagi memastikan komposisi Lembaga Pengarah yang mantap di samping menggalakkan pelaksanaan polisi keterangkuman (inclusiveness) dan kepelbagaian (diversity) di bawah Malaysian Code of Corporate Governance (MCCG) 2017. Bagi syarikat MKD yang tersenarai di Bursa Malaysia, pencalonan seseorang individu sebagai Pengerusi atau ALP syarikat akan melalui pertimbangan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan (Nomination and Remuneration Committee - NRC) serta Lembaga Pengarah syarikat masing-masing. Setelah ianya diluluskan oleh NRC dan Lembaga Pengarah barulah calon tersebut dikemukakan untuk tapisan Suruhanjaya Sekuriti dan seterusnya dikemukakan kepada Bursa Malaysia untuk pengumuman. Manakala bagi syarikat MKD yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia, pencalonan seseorang individu sebagai Pengerusi atau ALP syarikat akan melalui pertimbangan NRC serta Lembaga Pengarah syarikat masing- masing. Di samping itu juga, selaras dengan Akta Syarikat 2016, secara umumnya setiap calon ALP bagi semua syarikat MKD perlu melalui beberapa tapisan iaitu tapisan keutuhan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semakan kebankrapan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan semakan tindakan undang-undang oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) sebagai prosedur (requirement) sebelum dilantik. Tapisan tersebut merupakan penambahbaikan yang telah dilaksanakan semenjak Akta Syarikat 1965 dipinda, digubal dan diluluskan oleh Parlimen sebagai Akta Syarikat 2016, sebagai sebahagian daripada usaha memperkemaskan tadbir urus pelantikan Pengerusi dan ALP syarikat. Kewajaran pelantikan Ahli Politik menggantikan Ahli Korporat dalam Lembaga Pengarah syarikat bukanlah kes terpencil kerana ia telahpun menjadi amalan sejak Kerajaan terdahulu. Pelantikan Ahli Politik adalah sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif yang mana terdapat pembatasan kuasa di antara Lembaga Pengarah dan Pengurusan selaras dengan MCCG 2017 dan sebagai mekanisma semak dan imbang (check and balance). Kesimpulannya, pelantikan ALP syarikat MKD bukan sekadar mengisi jawatan Lembaga Pengarah syarikat sebaliknya disuaipadankan berdasarkan keperluan setiap syarikat MKD dengan mengambil kira latar belakang dan kebolehan seseorang individu daripada pelbagai sudut bagi menganggotai Lembaga Pengarah syarikat MKD. Justeru itu, Ahli Parlimen yang berkelayakan atau memenuhi kriteria fit and proper sahaja yang dilantik untuk menerajui Lembaga Pengarah syarikat-syarikat MKD. Sekian, terima kasih.