'Saya lebih galakkan makan vitamin E minyak sawit'


Mohd Bukhari

Dulu perlekeh PH, kini menteri PN galakkan ambil Vit E daripada minyak sawit

Semua yang dikutuk semasa waktu jadi pembangkang semuanya terkena muka Dan jilat semula apabila menjadi kerajaan.

Pimpinan macam ni , mcm mana lah ahli bawahannya . Persepsi yang dilakukan semasa jadi pembangkang hanyalah sentimen untuk menanamkan kebencian Dan taksub sahaja.




INILAH PEJUANG DAN PEMIMPIN YANG RAKYAT NANTIKAN...

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri


Isteri dan anaknya berada dalam Parlimen untuk bawa suara rakyat, suara keramat.  Bukan beliau pilih isteri dan anaknya berada di situ, tetapi rakyat yang memilihnya.  Mengapa rakyat pilih?  Kerana isteri dan anaknya adalah seorang pejuang, yang sanggup alami penderitaan berpuluh tahun dan berjuang bersama rakyat marhaen di bawah.

Mengapa ada suara2 sumbang terhadap isteri dan anaknya?  Mereka cemburu dengan kedudukan kedua2 insan ini?  Mereka tuduh kedua2 insan ini naik kerana itu pilihan Anwar?  Sewaktu kedua2 insan ini sedang menderita dan dizalimi, berarak dan berhimpun bersama rakyat di tengah2 semburan gas FRU di era reformasi, di mana kamu ketika itu?  Ketika sang isteri ini mendukung anaknya yang bongsu dan kakak sulung ini pula asyik membimbing tangan adik2nya di perkarangan mahkamah bagi menemani ketua keluarga tersayang dibicarakan atas satu tuduhan fitnah, di mana kamu ketika itu? 

Sememangnya mereka layak untuk diangkat sebagai pemimpin.  Anwar telah berjaya memimpin ahli keluarganya menjadi seorang pejuang rakyat.  Atas kejayaan memimpin ahli keluarganya menjadi seorang pejuang, lebih2 lagi membimbing ahli keluarganya menjaga moral dan akhlak, susah tentu insan ini layak untuk menjadi pemimpin negara. 

Anwar, seorang yang amat merendah diri dan bertolak ansur dengan rakan2nya.  Tetapi, apabila berhadapan dengan musuh2nya, beliau umpama singa kelaparan.  Suaranya lantang bergema di Parlimen apabila membawa suara rakyat.  Tidak pelik, ketika beliau berucap tidak ramai yang berani menganggu ucapannya atau mencelah, kerana silap2 cakap, mereka sendiri akan menjadi mangsa.  Beliau berani bersuara lantang kerana beliau berada di pihak yang benar dan pihak musuh tidak dapat mencari walau satu pun kesalahan atau penyelewengan yang telah dilakukan oleh anak Permatang Pauh ini.  Beliau tegas menyuarakan soal rasuah kerana beliau tidak pernah terpalit dengan rasuah. 

Beliau berprinsip.  Tidak mudah tergoda dengan tawaran untuk menjadi TPM walaupun hanya 6 bulan sebelum menjadi PM.  Beliau tahu, ini bukan soal jawatan dan kedudukan beliau.  Ini soal rakyat.  Ini soal reform yang rakyat mahukan.  Mendapatkan mandat rakyat kembali bukan bererti meninggalkan reform.  Doakan yang terbaik untuk keluarga meraka.

WFAUZDIN NS

TERKINI KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM



SPRM DIBENARKAN LARANG URUSAN DENGAN AKAUN WANG BERJUMLAH RM1.452 BILION DI LONDON (PERINTAH INTERIM)

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk suatu perintah interim bagi melarang urusan dengan harta di luar negara melibatkan sejumlah wang anggaran USD340,258,246.87 (RM1.452 bilion) yang disimpan di dalam akaun escrow sebuah firma undang-undang antarabangsa, Clyde & Co. LLP di London.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan SPRM tersebut yang dibuat mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001). Perintah interim tersebut berkuatkuasa bermula 16 Julai 2020 sehingga pelupusan permohonan yang dijadualkan pada 28 Ogos 2020.

Sehubungan itu, SPRM akan melanjutkan perintah interim ini kepada pihak berkuasa di United Kingdom melalui “Mutual Legal Assistance” (MLA) untuk harta tersebut dibekukan sementara menunggu pelupusan permohonan tersebut.

Hasil siasatan, SPRM mempercayai bahawa wang tersebut mempunyai kaitan dengan konspirasi penipuan yang antaranya melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PetroSaudi, Tarek Obaid, ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low serta individu-individu berkaitan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak-anak syarikatnya.

SPRM sebagai peneraju inisiatif ini telah menjalankan usahasama dengan Jabatan Peguam Negara (AGC), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara Malaysia, dibantu oleh Agensi Penguatkuasa Undang-undang Antarabangsa melibatkan National Crime Agency (NCA), International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC) dari United Kingdom, Federal Bureau of Investigation (FBI), Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat serta Agensi Penguatkuasaan undang-undang Switzerland.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

16 JULAI 2020

NAK KENAL LEBAI, LIHAT APA MEREKA KATA BILA ORANG LAIN BUAT....MEREKA BUAT SEMUA OK..


W.FAUZDIN NS

Waktu kerajaan PH perintah, kita lantik anak arwah tok guru Nik Aziz iaitu Nik Omar mengetuai YADIM. maka berkokok sang lebai mempertikaikannya atas alasan Nik Omar tu orang politik. Tak boleh ketuai YADIM.
Bila kerajaan pintu belakang ni jadi kerajaan bersama parti lebai, tiba-tiba orang politik boleh pula pegang YADIM? Tentu ada dalil baru kan? Itulah lebai kalau nak kenal...

Parlimen pentas lawak jenaka?

Parlimen pentas lawak jenaka?

DOA SI PENCARI SUAKA BERNIAGA


RINA HAMZAH

Pewalaq atok ni dah mcm kena Gila essim! Kalau pas nak sokong atok masa atok LETAK JAWATAN hari tu dia bagi sokongan dan masa atok mereng serta meroyan cari sd pas dah bagi sd. Pas berada didlm sorga Hadi sekrg Tak mahunya mereka keluar sokong atok itu kenyataan.Tak ada Atpk susah la nak cari makan...minyak sawit tak boleh jadi orang tengah dah kot...
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

*Apa Lagi Baki Perjuangan UMNO?*


Speaker baru anti UMNO..  dan org kuat Tun M.. Sandiwara utk menghapuskan UMNO dan PAS sudah bermula..  UMNO dan PAS tiada pilihan melainkan minta nyawa dari abahkau..



1. Bila ahli Parlimen UMNO termasuk berjawatan Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi Badan Berkanun dan GLC tanpa mengira risiko perjuangan ditanggung UMNO. Dengan bangga memangkah dan mengundi dikosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat bagi memboleh Datuk Azhar Azizan @ Harun menjadi Speaker Dewan Rakyat dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

2.  Azhar Harun dari segi kelulusannya tidak menjadi masalah tetapi dia cacat hubungannya dengan UMNO. Kenaikan dari seorang peguam dan juga penulis bloq kerana tulisan yang menghentam UMNO.

3. Dari mercerca dan serangan kepada UMNO dan pemimpinnya dan menunjukkan diri sebagai penyokong tegar Tun Dr Mahathir, telah mengambil perhatian Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga  dilantik Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya sebaik sahaja PH membentuk kerajaan. Dari segi tradisi, jawatan Pengerusi SPR, kebiasaan di kalangan pesara Pegawai Kanan Kerajaan.

4. Semasa menjadi Pengerusi SPR, selaku Pengerusi beliau tidak pernah mengendahkan sebarang aduan UMNO khasnya dalam PRK Cameron Highland.

5. Mungkin ada orang akan berkata. Apa beza UMNO menyokong Muhyiddin Yasin, juga cacat hubungan UMNO. Malah berapa YouTube yang beredar ceramahnya jelas membusukkan dan memburukkan UMNO.

6. UMNO menjadikan dia kaya raya. Jika UMNO tidak memliih beliau sebagai calon BN/UMNO di Pagoh tahun 1978. Kemungkinan paling tinggi kerjaya ialah pemilik Syarikat penjual kereta. Sebelumnya beliau Pengurus Besar syarikat milik PKNJ di Sergam yang menjual kereta Mercedes.

7. Sokongan ahli Parlimen UMNO, sama dengan sikap perjuangan UMNO. Bila Mahyuddin disokong menjadi Perdana Menteri, dengan sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad akan tersingkir sebagai Perdana Menteri kerana kurang sokongan untuk dinamakan semula oleh Pakatan Harapan.

8. Sokongan ahli Parlimen UMNO, akan menyebabkan Muhyiddin Yasin tidak memerlukan lagi sokongan dari PKR dan DAP. Secara  jalan mudah. Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi Perdana Menteri, kuasa DAP tidak ada dalam Kerajaan.
Dan seterusnya Anwar Ibrahim akan tersekat menjadi Perdana Menteri ke-8.

9. Apa yang dilantik sebelum UMNO/BN menyertai Kerajaan Muhyiddin Yasin. UMNO tidak pertikaian sama sekali. Itu urusan PPBM, jika Azhar Harun menjadi ahli parti tersebut.

10. Selepas UMNO melalui ahli Parlimen dan bukan parti, menyokong Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri, soal pelantikan Speaker perlu dan mesti dirundingkan dengan UMNO. Asasnya ahli Parlimen itu milik individu, tetapi kawasan pilihanrayanya milik UMNO. Maka UMNO ada sebab untuk bertanya dan mengambil bahagian membincangkan soal pelantikan seorang Speaker, bukan menggunakan kuasa Perdana Menteri.

11. Kini UMNO menanggung risiko atau kerugian sokongan rakyat atas memberikan sokongan kepada Azhar Harun. Azhar Harun tidak boleh mencari dalih bagi menghalalkan sikap peribadi dalam beberapa isu perjuangan UMNO.

15. UMNO berjuang perkara-perkara yang mungkar yang membabitkan orang Islam. Seperti peminuman arak, pertukaran jantina dan menerima sah trangender (kecuali semula jadi seperti khunsa) menilai dan meningkat undang-undang syariah dari masa ke semasa. Ini antara isu liberal yang didukung oleh Azhar Harun, yang kesimpulannya  sebagai tidak wajar dilakukan oleh Kerajaan.

16. Hari ini UMNO menyokong beliau sebagai Speaker. Dari segi Protokol Persekutuan, Speaker Dewan Rakyat senarai ke-15 kedudukan jika Majlis Rasmi di Istana Negara jika melibatkan Raja Melayu, Undang yang empat, Tengku Besar Tampin. Dan jika senarai Protokol Perdana Menteri, Speaker Dewan Rakyat yang kelima. Selepas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara dan Presiden Dewan Negara.

17. Bolehkah UMNO masuk keluar kampung, kesana ke sini (pinjam ayat Muhyiddin Yasin) bercakap dan berkempen dalam soal perjuangan UMNO bagi mendapat sokongan orang Melayu semasa Pilihanraya Umum ke-15?

18. Ahli Parlimen UMNO dan Parti UMNO sendiri telah memberikan sokongan kepada individu yang bersikap Liberal dalam isu sebahagian kempen mempengaruhi orang Melayu supaya menolak satu parti dan Kerajaan yang akan merealisasikan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dan kebudayaan Melayu.

19. Bolehkah para pengundi akan percaya akan UMNO membenteras arak? Membenteras LGBT? Sebab pejuangnya disokong oleh UMNO tanpa bantahan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Malah Presiden dan jajaran Majlis Tertinggi UMNO yang menjadi ahli Parlimen juga menyokongnya.

Anda fikirlah sendiri sebagai pengundi. Abaikan sikap PAS. Sebab jika Dewan Ulamak yang juga Ahli Parlimen Pasir Putih telah mengatakan secara terbuka di dalam Parlimen bahawa Azhar Harun lebih baik daripada  Mohamad Arif. Maka UMNO dan PAS sebenarnya sudah hilang arah disebabkan pemimpin yang disuapkan jawatan.

*Sang Kelembai*
Kuala Lumpur.
Julai 14, 2020


LAGI BERITA AKAN MENYUSUL



SILA KE OLDER POST ATAU TEKAN      

UNTUK BERITA AWAL PAGI

MENGAPA TIADA SESIAPA MEMBELA MAHATHIR TERMASUK MUKRIZ DI DALAM DEWAN RAKYAT


Menyaksikan Sidang Parlimen baru-baru ini di mana berlaku perdebatan dalam sessi perbahasan antara Tun Mahathir Mohamad dengan beberapa Ahli Parlimen UMNO yang jelas dapat dilihat perlakuan mereka yang agak sedikit keterlaluan, ramai yang menzahirkan rasa kasihan terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Ramai yang mengatakan sebagai bekas Perdana Menteri bertaraf negarawan, Tun Mahathir tidak sepatutnya dilayan seperti dibuli sebegitu rupa.
Sekurang-kurangnya, kata mereka, mesti ada rasa hormat terhadap beliau dan Ahli-Ahli Parlimen UMNO tidak sepatutnya terjerit-jerit seperti mereka bercakap dengan rakan yang sebaya usia dengan mereka.
Janganlah mentang-mentang beliau bukan lagi Perdana Menteri, berbeza pula pendirian politik, lalu dilayan sebegitu rupa, walhal beberapa Ahli Parlimen yang lantang dan terjerit-jerit itu hanya banyak berdiam diri di dalam Parlimen sebelum ini?
Apakah sekarang mereka berani berbuat bising kerana UMNO sudah menjadi kerajaan semula, walaupun kes mahkamah sebahagian Ahli-Ahli Parlimen itu masih lagi berjalan?
Antara Ahli Parlimen yang terbabit dalam perdebatan dengan Tun Mahathir dalam sessi perbahasan baru-baru ini ialah Shahidan Kassim, Azeez Rahim dan Bung Mokhtar Radin.
Wujud perbezaan pandangan dalam hal ini di mana sementara ramai yang menzahirkan rasa kasihan dan simpati, yang lain pula mengatakan tiada mana-mana Ahli Parlimen mempunyai keistimewaan tertentu berbanding rakan mereka yang lain.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, semua Ahli Parlimen mesti sedia dikritik ketika sessi perbahasan.
“Kita kena ingat, walaupun kita orang besar ke atau orang berjasa ke tetapi kalau kita bersetuju untuk masuk dalam gelanggang, macam pepatah Melayu yang berbunyi, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
“Jadi tidak ada dua peraturan dalam dewan, semuanya akan dilayan serupa sahaja, kalau bangun berucap dan kena lanyak berterusan, itu kena terima sebab tidak ada siapa paksa seseorang itu jadi Ahli Parlimen,” ujarnya.
Bagi yang kasihan itu, mereka turut menyalahkan keluarga Tun Mahathir dan Ahli-Ahli Parlimen blok bebas yang ada bersama bekas Perdana Menteri itu yang dilihat tidak langsung memainkan peranan untuk membela negarawan tersebut.
Memandangkan perjalanan politik Tun Mahathir sudah di penghujung, tidak kurang berpandangan ahli keluarga, terutama anak-anaknya sepatutnya memberi nasihat kepada bapa mereka agar sama ada bersara terus atau mengambil langkah yang membolehkan dirinya sentiasa dihormati oleh kawan dan lawan.
Dan kalau pun beliau mahu terus berjuang, pihak yang bersamanya harus menyediakan benteng pertahanan yang ampuh untuknya lebih selesa bertempur.
Ini tidak, Tun Mahathir seolah-olah bersendirian berjuang dan mempertahankan dirinya, sedangkan ketika berjawatan dulu begitu ramai yang berkeliling dan mendapat nikmat daripada jawatan yang disandangnya.
Lebih buruk, ada yang mengatakan, di dalam blok bebas itu terdapat anak Tun Mahathir sendiri iaitu Mukhriz yang sepatutnya tidak berdiam diri atau membiarkan saja penghinaan oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO terhadap bapanya.
Apakah Mukhriz tiada perasaan sensitif terhadap apa yang berlaku kepada bapanya? Soal mereka.
Lebih-lebih lagi, tambah mereka, Tun Mahathir dalam sejarah perjalanan politiknya begitu menyayangi Mukhriz dan sedia berbalah dengan Tun Abdullah Badawi, Najib Razak dan kini Muhyiddin Yassin hanya semata-mata melihat kemaraan anaknya dalam politik cuba dihalang oleh mereka itu.
Lagi pun, kata mereka lagi, bukankah panggilan manja untuk Mukhriz adalah Boboi yang menggambarkan watak seorang anak lelaki yang sedia berbuat apa saja untuk membela seorang bapa?
Tetapi, kenapa beliau tidak melakukannya?
Adakah Mukhriz lebih sesuai dipanggil dengan gelaran Gegirl pula selepas ini? 

(Shahbudindotcom 16/07/2020)


Politik hura-hara: Kita tahu siapa tembelangnya


Pada 

Oleh Howard Lee
(Ketua DAPSY Kebangsaan, Adun Pasir Pinji)
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki bahawa anak muda di negara ini bosan dengan politik haru-biru serta perkauman dan agama sebenarnya amat tepat.
Hanya saya ingin bertanya kembali kepada Pemuda UMNO, bukankah pendirian Asyraf bagaikan talam bermuka dua, kepala yu berekor pari?
Sedap didengar pemuda UMNO menyatakan supaya mengembalikan nilai-nilai yang menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara yang harmoni. Malangnya selama ini, hakikatnya UMNO hanya mampu mempamerkan sikap bak kata pepatah telunjuk lurus kelingking berkait
Saya ingin bertanya kepada beliau berkenaan beberapa isu berikut:
Beliau sendiri pernah memfitnah pemimpin DAP, dengan dakwaan beliau anak saudara Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, dengan niat mengapai-apikan sentimen perkauman. Ini bukan politik perkauman dan huru-hara?
Beliau sendiri telah menggunakan fitnah berbaur perkauman berkenaan Isu Tabung Haji sewaktu pembangkang, dengan mengaitkan penjualan aset Tabung Haji dengan pertukaran pegawai kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang merupakan bukan Islam. Ini bukan politik perkauman dan huru-hara?
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Pemuda UMNO bawah pimpinan beliau sendiri, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo pernah menjanjikan sekiranya ‘Penyatuan ummah’ berlaku, kerajaan akan cabut hak mengundi warganegara berketurunan India dan Cina. Ini bukan politik perkauman dan huru-hara?
Ahli Parlimen dari parti beliau, dari kawasan Baling baru-baru ini telah lontarkan kata-kata yang jelas menunjukkan sifat perkauman terhadap rakan sedewan beliau. Walaupun telah mohon maaf secara kata-kata, tetapi tetap mengulangi kata-kata melalui gambar di media sosialnya. Ini bukan politik mengundang huru-hara?
Pemimpin bawahan parti beliau, Azwanddin Hamzah terpaksa membuat permohonan maaf kepada pemimpin DAP kerana menuduhnya memakai “seragam komunis” sedangkan baju tersebut merupakan korporat “bush jacket” yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan.
Ahli Majlis Kerja tertinggi parti beliau, Ahli Parlimen kawasan Pasir Salak telah membuat tohmahan liar, kesat dan perkauman berkenaan calitan abu di dahi ahli parlimen beragama hindu dengan menyamakan simbol keagamaan tersebut dengan calitan abu mayat Chin Peng. Ini bukan politik perkauman dan huru-hara?
Ahli Majlis Kerja tertinggi parti beliau, Ahli Parlimen kawasan Bera pernah menghasut warga keturunan Melayu untuk boikot kedai milik warganegara keturunan Cina, dengan merujuk kepada fitnah, iaitu tohmahan Old Town White Coffee dimiliki pemimpin anti Islam yang menghidangkan makanan yang diragui halal-haramnya. Ini bukan politik mengundang huru-hara?
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada beliau kerana dapat menangkap serba sedikit rintihan anak muda di bawah sini. Nasihat saya dan DAPSY kepada beliau ialah, jangan longgar sendat, lapang bertukul. Mengaku lah kesilapan-kesilapan lampau parti beliau.

Di mana Art Harun yang kami kenali?


Kenyataan Media Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi dan Penolong Pengarah Pendidikan Politik Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 16 Julai 2020
Pertukaran kerajaan di Malaysia yang berlaku pada Februari 2020 melukakan hati oleh kerana beberapa sebab. Pertama, ia membatalkan mandat yang diberikan oleh pengundi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu. Ia juga merupakan ‘setback’ bagi demokrasi di negara ini kerana langkah reformasi yang dilakukan oleh kerajaan PH kemungkinan besar akan diabaikan atau bahkan diberhentikan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN). Secara peribadi, ia lebih menyakitkan apabila melihat bekas rakan sekerja yang berkempen bersama semasa PRU14 dan yang berdiri bersama kami untuk menentang kerajaan kleptokrat BN yang kini duduk di sebelah sana dengan beberapa orang yang mereka kritik dengan begitu hebat sebelum ini.
Mungkin ada yang kata bahawa mereka yang mengkhianati PH adalah ahli politik yang sebahagian besarnya menjaga kepentingan peribadi mereka sahaja. Kita masih boleh bergantung kepada orang bukan politik, teknokrat dan aktivis yang dilantik oleh kerajaan PH dan tidak dapat disingkirkan dengan begitu mudah oleh kerajaan PN. Begitulah yang kami fikirkan. Keputusan Azhar bin Azizan @ Harun, yang lebih dikenali sebagai Art Harun, untuk menerima pelantikan sebagai Yang di-Pertua (YDP) Dewan Rakyat adalah sesuatu yang mengejutkan ramai ahli Parlimen PH. Saya yakin bahawa ramai dalam kalangan sahabat Art juga terkejut dengan keputusan beliau. Izinkan saya menerangkan secara terperinci mengapa ramai antara kami terkejut dengan keputusan ini.
Pertama, Art, sebelum menerima pencalonan sebagai YDP Dewan Rakyat, menyandang jawatan yang sangat penting iaitu sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tanggungjawab Pengerusi SPR lebih penting lagi memandangkan kemungkinan besar pilihan raya umum dan juga pilihan raya negeri Sarawak akan berlaku dalam masa terdekat. Anggota SPR, yang termasuk pengerusi, tidak dapat disingkirkan dengan begitu mudah oleh kerajaan PN. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 114 (3) bahawa anggota SPR “tidak boleh dipecat dari jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti hakim Mahkamah Persekutuan”. Art tidak harus letak jawatan begitu sahaja apabila diminta oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia perlu ditegaskan bahawa sehingga kini, tiada anggota SPR yang lain yang telah mengumumkan peletakan jawatan mereka.
Perdana Menteri mungkin berpendapat bahawa dia memerlukan Pengerusi SPR yang lebih ‘patuh’ ketika menghadapi PRU15. Dia juga mungkin tahu bahawa tidak mudah untuk menggantikan Pengerusi SPR. Oleh itu, jawatan YDP Dewan Rakyat ditawarkan kepada Art untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi SPR.
Art tidak perlu menerima tawaran Perdana Menteri. Dia telah melaksanakan beberapa pembaharuan positif dalam SPR seperti membenarkan badan bukan kerajaan (NGO) dilantik sebagai pemerhati pilihan raya semasa pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU14 dan membenarkan parti politik melantik Penolong Pendaftar sekali lagi untuk membantu pendaftaran pengundi. Masih banyak lagi pembaharuan yang perlu dilaksanakan oleh SPR termasuk memastikan pendaftaran pemilih secara automatik dan melaksanakan penurunan usia pengundian kepada 18 tahun. Dari sudut semak dan imbang (‘check and balance’) pentadbiran PN, Art dapat memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai pengerusi SPR berbanding dengan YDP Dewan Rakyat.
Dengan menerima pencalonan untuk jawatan YDP Dewan Rakyat, Art telah membiarkan perkara berikut berlaku:
(i)                  Menunjukkan sokongannya, secara tidak langsung, kepada kerajaan PN kerana Ahli Parlimen PN yang menyokong usul untuk menggantikan YDP yang dipilih oleh kerajaan PH, iaitu Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff, dan menyokong usul untuk memilih Art sebagai YDP Dewan Rakyat yang baru.
(ii)                Menunjukkan sokongannya, secara tidak langsung, terhadap proses penyingkiran Ariff sebagai YDP, yang tidak pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah Parlimen Malaysia memandangkan Ariff tidak meletak jawatan atau melakukan apa-apa untuk melucutkan kelayakan dirinya untuk jawatan YDP.
(iii)               Membolehkan seseorang yang kurang komited kepada proses reformasi pilihan raya untuk menjadi Pengerusi SPR yang baru.
Pembela Art Harun mungkin mengatakan bahawa beliau menerima pencalonan ini kerana dia boleh menjadi YDP Dewan Rakyat yang ‘lebih baik’ dan ‘lebih adil’ berbanding dengan orang lain yang mungkin dicadangkan oleh Perdana Menteri. Ini belum pasti. YDP yang baru terlambat meminta Ahli Parlimen dari Baling, yang terkenal mengeluarkan hujah yang seksis dan menghina di Parlimen, untuk mohon maaf dan menarik balik panggilannya terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan sebagai ‘gelap’ dan memintanya untuk memakai ‘bedak’. Realitinya ialah Art diletakkan di jawatannya oleh kerajaan PN dan Ahli Parlimen PN dan dia tidak boleh terlalu menentang orang-orang yang memilihnya sebagai YDP. (Sekiranya PN boleh menggantikan Ariff tanpa apa-apa sebab, mereka juga boleh mengemukakan usul baru untuk menggantikan Art jika dia dilihat terlalu bebas dan tidak menyebelahi Ahli Parlimen PN) Tindakan pertama Art sebagai YDP untuk mengusir Ahli Parlimen Shah Alam mungkin menjadi tanda perkara yang akan datang.
Di samping itu, apa sahaja pembaharuan yang ingin dimulakan atau dilaksanakan oleh Art Harun di Dewan Rakyat akan dibendung oleh kerajaan PN dan pemimpin mereka. Memperkukuhkan Parlimen sebagai sebuah institusi yang berwibawa bukan sesuatu yang akan diberi tumpuan oleh kerajaan PN. Art bernasib baik jikalau beliau dapat mempertahankan pembaharuan yang diperkenalkan oleh mantan YDP dan yang disokong oleh kerajaan PH. Sangat mustahil untuk membayangkan pembaharuan Parlimen yang akan disokong oleh kerajaan PN.
Ia sangat memalukan dan mengecewakan apabila mendengar Art Harun mempertahankan aspek prosedur pelantikannya sebagai YDP Dewan Rakyat dalam sidang media pertamanya sebagai YDP. Art mengatakan bahawa tidak perlu undi diambil daripada kalangan ahli Parlimen ke atas usul pelantikan beliau kerana tidak ada calon lain yang dikemukakan. Alasannya adalah kerana hanya ada satu calon yang dicadangkan untuk menggantikan Ariff sebagai YDP Dewan Rakyat baru, maka tidak perlu ada undi. Pandangan ini tidak mengambil kira bahawa jawatan YDP Dewan Rakyat belum lagi dikosongkan ketika usul untuk mengemukakan Art Harun sebagai YDP baru diterbitkan. Tidak ada pemberitahuan 14 hari yang diberikan kepada ahli parlimen pembangkang untuk mengemukakan calon alternatif seperti mana dinyatakan dalam peraturan mesyuarat. Tafsiran peraturan mesyuarat yang  ‘melengkung’ ini untuk mengesahkan pelantikan diri sendiri hanya menonjolkan ‘fiasco’ pelantikannya.
Pada masa ini, imej Art Harun sebagai aktivis reformis yang bebas telah dicemari oleh peletakan jawatan sebagai pengerusi SPR dan penerimaannya untuk dicalonkan dan kemudian dilantik sebagai YDP Dewan Rakyat yang baru untuk menggantikan Ariff. Saya tidak pasti apakah yang boleh dilakukan oleh beliau untuk memperbaiki kerosakan imej ini dan lebih penting, kerosakan institusi Parlimen di negara ini.
Secara peribadi, saya yakin bahawa kelukaan hati terhadap pengkhianatan akan reda selepas satu masa. Tetapi sementara itu, saya berharap ungkapan perasaan saya secara terbuka tidak akan dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar. Kisah pengkhianatan yang lebih buruk daripada tragedi Shakespeare terus berlanjutan dalam gelanggang politik Malaysia. 

JANGAN DISALAH TAFSIR


Farhash Wafa

Ramai pihak yang terlepas pandang bahawa kenyataan saya menghormati legasi Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang telah membela nasib penduduk Slim selama empat penggal.

Amat mudah dikecam apabila saya menyuarakan keadaan sebenar. Hakikatnya sekiranya ada pilihanraya kecil kelak, seorang anak tempatan yang harus meneruskan kerja beliau.

Janganlah terlalu mudah menyalah tafsir akibat pemahaman cetek. Biar lemah tatabahasa jangan hilang budi bahasa.

Sekian.

PKR umum bertanding Dun Slim

PKR ‘gelojoh’, umum bertanding Dun Slim

PKR  umum bertanding Dun Slim

PKR mengumumkan untuk bertanding dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim susulan kematian penyandangnya, Mohd Khusairi Abdul Talib.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata parti itu akan meletakkan calonnya dalam PRK tersebut nanti.
“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Khusairi yang meninggal dunia petang tadi (semalam).

“PKR akan mempertahankan legasi arwah dengan mencalonkan seseorang daripada kawasan tempatan. Kita akan meneruskan usaha dalam membela nasib rakyat sebagai pembangkang ketika waktu yang mencabar ini,” katanya.

Khusairi, 59, meninggal dunia semalam akibat serangan jantung.


Allahyarham merupakan Adun Slim selama empat penggal dan anggota Majlis Tertinggi Umno.

Beliau mula memang di kerusi itu pada 2004, dan mengekalkannya pada dua penggal seterusnya dengan majoriti selesa.

Pada PRU14, beliau sekali lagi mempertahankan kemenangan tetapi hanya dengan 44.8 peratus undi, dengan calon Bersatu mendapat 33 peratus undi dan calon PAS 22 peratus
DUN Slim merupakan kawasan luar bandar di mana kaum Melayu merupakan tiga perempat daripada jumlah pengundi dan merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen Tanjung Malim.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu yang dipertikai Marzuki Yahya berkata pihaknya masih belum mebincangkan sama ada akan meletakkan calon atau tidak dalam PRK nanti.

“Kita belun berbincang lagi (kerana) masih terlalu awal, tetapi ia adalah kerusi yang ditandingi Bersatu dalam PRU yang lepas.

“Kita akan maklumkan keputusan kita setelah tarikh PRK ditetapkan,” katanya lagi.

NIK OMAR YANG TERBARU DIPECAT KERAJAAN ‘TEBUK ATAP’ PPV GANTI

PERTUMBUHAN LEBIH 6% 2021 MACAM PELIK

Sembunyi nama Jho Low demi lindungi Najib, kata bekas CEO 1MDB

Bernama
 -

Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang juga saksi ke-9 pendakwaan tidak bersetuju dengan cadangan beliau menyembunyikan nama Jho Low kerana bersubahat dengan ahli perniagaan itu untuk mendapatkan ganjaran daripada Goldman Sachs.
KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau diberitahu untuk menyembunyikan nama ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low daripada urusan 1MDB pada 2011 untuk melindungi Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak.
Dalam keterangan tahun lalu, Shahrol Azral, 50, berkata nama Jho Low terpaksa disembunyikan semasa mesyuarat lembaga pengarah kerana terdapat individu dalam Umno yang tidak gembira dengan akses terus ahli perniagaan itu kepada Najib.
Semasa disoal balas peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, saksi ke-9 pendakwaan itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan beliau menyembunyikan nama Jho Low kerana bersubahat dengan ahli perniagaan itu untuk mendapatkan ganjaran daripada firma pengurusan pelaburan, Goldman Sachs.
Ganjaran itu daripada rancangan 1MDB untuk memperoleh pengendali loji kuasa, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dengan harga RM10.6 bilion dan Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan 1MBD.
Pada Februari 2012, Goldman Sachs dilantik mewakili 1MDB dalam perjanjian itu dengan bayaran 0.5% daripada harga bidaan, jika pemerolehan itu berjaya.
Shahrol Azral mengakui Jho Low bertanggungjawab mengusulkan Goldman Sachs sebagai “bookrunner, underwriter dan arranger” bagi proses pembiayaan pemerolehan itu, selain menjadi penasihat kewangan rasmi 1MDB.
“Seingat saya, Jho Low berkata, mengapa kita tidak minta Goldman melakukan segala perkara berkaitan pembiayaan itu,” katanya.
Saksi itu berkata, beliau terpaksa menandatangani surat pengesahan sebelum mesyuarat lembaga pengarah kerana mereka akan membentangkan kepada lembaga pengarah (mengenai pemerolehan Tanjong Energy) yang perlu dilakukan bagi membolehkan Goldman hadir.Katanya, usaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Tanjong Energy dilakukan sejak Disember 2011 dan ia diterajui Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB ketika itu, Vincent Koh bersama penasihat umum 1MDB, Jasmine Loo dan Goldman sendiri.
“Mereka bekerja keras meskipun pada cuti umum. Bukan perkara biasa jika penasihat atau bank yang bakal menandatangani kontrak berbuat demikian sebelum mereka menandatangani atau menjadi penasihat, seperti yang berlaku dalam kes Goldman.
“Meskipun mereka menandatangani kontrak untuk menjadi penasihat pada Februari, mereka sudah mula bekerja pada Disember 2011.”
Berdasarkan dokumen yang dibacakan di mahkamah, permohonan untuk memperoleh Tanjong Energy dibuat pada 10 Feb 2012, 2 hari selepas Goldman mengajukan bidaan itu kepada lembaga pengarah 1MDB.
Ditanya sama ada Jho Low adalah broker bagi Goldman, Shahrol Azral berkata, beliau sebaliknya melihat ahli perniagaan itu sebagai fasilitator kerana mempunyai hubungan dengan semua pihak berkepentingan relevan, termasuk perdana menteri.
Menjawab soalan lain, Shahrol Azral mengakui lembaga pengarah 1MDB tidak dimaklumkan pengurangan harga pemerolehan itu sebanyak RM2.1 bilion, yang bermaksud dana pelaburan negara itu hanya perlu membayar sekitar RM8.5 bilion.
“Lembaga pengarah itu hanya dimaklumkan harga pemerolehan tersebut boleh mencecah RM10.6 bilion dan mungkin lebih rendah.”
Pada akhir prosiding perbicaraan itu, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah membuat permohonan kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah agar Najib dibenarkan menghadiri sidang Parlimen kerana anak guamnya dijadualkan berucap esok sebagai ahli Parlimen Pekan.
Shafee berkata, sebelum ini ahli Parlimen dikecualikan dari mahkamah untuk berbuat demikian semasa perbicaraan kes mereka.
“Menghalang seorang ahli Parlimen menjalankan tugasnya boleh dianggap sebagai menghina Parlimen,” katanya.
Sebagai respons, Sequerah berkata: “Adakah anda mengatakan saya akan dianggap menghina Parlimen jika saya tidak membenarkan permohonan ini?”
Shafee: Anak guam saya membuat keputusan untuk berucap selepas 2 petang, boleh saya cadangkan mahkamah bersidang dari 9.30 pagi hingga 1.30 tengah hari esok?
Collin: Saya faham beliau ada tugas beliau, tetapi mahkamah ini juga ada tugasnya. Saya putuskan perbicaraan ini bersambung esok dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang.
Najib, 67, berdepan 4 pertuduhan, iaitu menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.