SELAMATKAN MALAYSIA UNTUK KALI KEDUA!!



Semua tumpuan seluruh negara petang tadi adalah kepada mesyuarat Majlis Presiden PH di pejabat PKR yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad daripada Bersatu dan Shafie Apdal selaku Presiden Warisan.

Sebelum mesyuarat, Tun Mahathir dilaporkan telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH dan Presiden PKR.

Mesyuarat petang tadi menjadi tumpuan kerana ia dijangka akan memutuskan siapa calon Perdana Menteri yang disepakati dalam usaha PH mengambil alih semula kerajaan dalam tempoh terdekat ini.

Walaupun dikhabarkan telah ada kata putus berhubung perkara tersebut, tetapi sebagaimana yang dimaklumkan melalui kenyataan media PH, keputusan itu akan dimuktamadkan dalam tempoh seminggu lagi.

Adalah dipercayai, dalam tempoh seminggu ini akan digunakan untuk memaklumkan keputusan tersebut kepada parti masing-masing sebelum ia kemudian diumumkan secara rasmi sama ada Tun Mahathir atau Anwar adalah calon Perdana Menteri PH yang telah dipersetujui secara rasmi.

Dengan adanya calon Perdana Menteri itu, laluan untuk mengambil alih kerajaan kini lebih terbuka buat PH dengan tiga kaedah yang bukan lagi rahsia.

Pertama, mengumpul SD atau Akuan Bersumpah melebihi 112 Ahli Parlimen yang akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.

Kedua, melalui usul undi tidak percaya dalam Sidang Parlimen selama 25 hari bermula 13 Julai depan.

Ketiga, dengan cara menolak Belanjawan 2021 melalui undian dalam Sidang Parlimen pada Oktober akan datang.

Siapa pun calon Perdana Menteri yang telah dipersetujui, harapan rakyat sebenarnya amat tinggi agar PH kembali sebagai kerajaan sebagaimana mandat yang diberikan pengundi pada PRU14 lalu.

Oleh itu, PH harus bergerak dengan nada yang sekata serta tersusun dalam perancangannya bagi mengambil alih kerajaan ini lantaran majoriti PN hanya sekitar satu atau dua undi saja.

Selain itu, diberitakan ramai lagi dalam PN yang hanya menunggu masa saja untuk memberi sokongan kepada PH disebabkan berbagai-bagai faktor.

Siapa pun yang mahu memberi sokongan, secara idealnya tidak ada masalah untuk PH menerimanya, kecuali kelompok yang sah pengkhianat dan perosak yang telah dikenalpasti dan dikenali ramai sebelum ini.

Kepada penyokongTun Mahathir dan Anwar pula, mulai sekarang mereka juga harus mengurangkan pergeseran sesama sendiri dan menerima siapa saja yang telah dipersetujui sebagai calon Perdana Menteri PH.

Ini kerana, yang penting sekali ialah mengembalikan semula PH ke tampuk kuasa demi menyelamatkan kembali negara daripada pelbagai kerosakan yang semakin ketara dirasai semenjak 100 hari Muhyiddin Yassin dan PN, gabungan parti tidak berdaftar serta caca marba, menguasai Putrajaya.

Selamatkan Malaysia buat kali kedua, dengan yang pertama menumbangkan BN pada PRU 2018 lalu, adalah perjuangan murni untuk mereka yang cintakan negara ini.

 (Shahbudindotcom 09/06/2020)


*KENYATAAN MEDIA OLEH SETIAUSAHA AGUNG PARTI WARISAN SABAH YB DATUK LORETTO PADUA* *9 JUN 2020*



Warisan hari ini menyangkal laporan berita oleh Harian Metro yang mengatakan bahawa terdapat 4 Ahli Parlimen yang keluar dan menyokong Perikatan Nasional.

Perkara ini tidak benar sama sekali. Ini hanyalah permainan persepsi oleh PN kerana mereka takut dengan sokongan yang diberikan kepada PH Plus. 

Permainan ini bukan sahaja dimainkan ke atas Ahli Parlimen Warisan tetapi juga Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri agar mereka menyokong PN. Mereka sudah ketandusan. Mereka berani menjual nama Ahli- Ahli Parlimen kononnya mereka telah bersetuju untuk melompat.

Saya secara peribadi selalu menghubungi mereka dan mereka optimis sentiasa teguh dibelakang YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Apdal.

-Tamat-

YB Datuk Loretto Padua
Setiausaha Agung

GAMBAR-GAMBAR DARI FB: PEMIMPIN PH POSITIF SELEPAS MESYUARAT 3 JAM DISERTAI ANWAR DAN DR M

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
sharethis sharing button 
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) berkata, ia mengadakan perbincangan secara menyeluruh mengenai pendirian setiap parti, tetapi enggan memberikan butirannya selepas mesyuarat 3 jam yang dihadiri bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan 5 pemimpin tertinggi dalam PH itu menyatakan perbincangan secara menyeluruh itu menampakkan kemajuan amat positif.
“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini.”
Mesyuarat yang dipengerusikan Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR itu turut dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Warisan, Shafee Apdal dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Mereka meninggalkan ibu pejabat PKR pada 6.15 petang dan enggan memberikan sebarang komen.
Ini kali pertama Mahathir dan Shafie ke ibu pejabat PKR selepas kerajaan PH tumbang akhir Februari lalu.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil sewaktu ditemui pemberita berkata, mesyuarat itu berjalan lancar dalam suasana sangat positif.
Difahamkan mesyuara itu membincangkan calon PH untuk jawatan perdana menteri, susulan beberapa dakwaan bercanggah untuk jawatan itu sejak kejatuhan PH akhir Februari lalu.
Krisis politik itu menyaksikan PH digulingkan selepas Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan PPBM meninggalkan gabungan berkenaan.
PKR, DAP dan Amanah kemudiannya menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri mereka dalam usaha untuk kembali ke Putrajaya.
Spekulasi PH cuba mengambil alih kerajaan yang diterajui PN bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.


Kejayaan PH sekarang bergantung kepada persepakatan kukuh Tun M dan Anwar

Kejayaan PH sekarang bergantung kepada persepakatan kukuh Tun M dan Anwar


Pembacaan Politik Saya.

Rina ariana



Saya kira bila TunM dan DSSA sanggup mencemar duli ker HQ PKR maknanya permainan sudah sampai tahap kalah mati. Kali ini mereka berdua sudah tolak kepentingan peribadi ketepi dan sanggup bersama-sama dengan PH. Dan kedudukan DSAI di tengah-tengah mungkin indikasi siapa calon PM dari koliasi PH Plus kali ini.

Dahulu saya sendiri berijtihad untuk biar sahaja PN sampai ke PRU15 kalau semua benda status quo, tapi mutakhir ini makin menjadi-jadi kebobrokannya. Habis rosak semua institusi dalam negara akibat nafsu peribadi.

Justeru itu saya berpendapat adalah wajib untuk menjatuhkan kerajaan PN ini sebelum ramai lagi yang di bebaskan demi kelangsungan kuasa individu yang rakus tak bertebing.

Ingat dalam perlembagaan persekutuan tulis yang PM hanya boleh di jatuhkan dalam parlimen melalui undi tak percaya atau melalui letak jawatan. Tapi kita juga kena ingat Kedah pada bulan lepas sudah jadi duluan yang mana PM/MB boleh di jatuhkan hanya dengan menggunakan akuan bersumpah sahaja. Jadi permainan gelojoh PM Muidin sebenarnya akan memakan diri sendiri.

Hasbunallah wanikmal wakil



Negara banyak duit adalah mitos kerajaan PN

Negara banyak duit adalah mitos kerajaan PN


KENYATAAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN, BERSATU, WARISAN*



*9 Jun 2020*

Pimpinan Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat bersama YB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YAB DS Shafie Apdal hari ini, yang dipengerusikan oleh YB DS Anwar Ibrahim.

Mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti, dan menampakkan kemajuan yang amat positif.

Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

YAB Datuk Seri Shafie Apdal Parti Warisan Sabah (WARISAN)




SAHIH ATAU PALSU..


Ni berita dari group Kartel...kita paham depa tulih....sebab kalau Anwar PM..mampoih la nak hidup macamana..

tahniah pimpinan PH yang telah mendapat kesepakatan dalam mesyuarat sebentar tadi. Telah dipersetujui Presiden PKR, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon PM bagi Pakatan Harapan.




RUNDINGAN TUN M- ANWAR, AMBIL IKTIBAR PENYATUAN ENGLAND – SCOTLAND