TEKS UCAPAN ANWAR IBRAHIM BUAT RAKYAT DAN PEMERINTAH

SAMBUTLAH EIDULFITRI INI DENGAN KEWASPADAAN, KESEDERHANAAN DAN KEINSAFAN – ANWAR



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Hil Hamd
Dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita terus diberi kesempatan pada tahun ini untuk merayakan hari besar buat umat Islam dan hari kemenangan yakni Eidulfitri buat tahun 1441 Hijrah.
Eidulfitri juga bermakna kembali kepada fitrah kemuliaan insan yang murni setelah berentap dengan dugaan Ramadhan.
Pengajarannya adalah tekad meningkat amal ke arah makruf dan menolak kemungkaran rasuah dan pengkhianatan.
Bersamalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan ganjaran yang selayaknya buat umat.
Seperti yang semua sedia maklum, perayaan Eidulfitri adalah hari yang penuh kegembiraan di mana kita akan meluangkan masa bermaaf-maafan sesama keluarga, dan diisi dengan aktiviti ziarah menziarahi dalam upaya kita untuk memperteguh dan memperkuat silaturahmi.
Namun, perayaan Eidulfitri tahun ini ternyata berbeda dari dasawarsa-dasawarsa yang lalu tatkala kita terus terkesan dengan serangan dan dampak wabak Covid-19.
Musibah yang menimpa kita ini tidak pernah dialami kita sebelumnya.
Justeru dalam keghairahan kita menyambutnya, usah pula kita korbankan aspek-aspek kesihatan seperti pembatasan sosial atau pemakaian topeng muka.
Saya turut ingin menggesa agar perayaan Eidulfitri tahun ini harus disambut dengan kewaspadaan, kesederhanaan dan keinsafan.
Mutakhir ini kita dihadapkan dengan kemelut kepimpinan yang amat parah yang sedang bergulat dengan persoalan keabsahan dan cabaran ekonomi yang maha dahsyat.
Justeru apa yang dituntut kini adalah kebijakan yang inklusif dan progresif bagi merangkul kembali kekuatan ekonomi dan negara.
Akhir kalam ingin saya menyeru kepada semua warga agar kerukunan dan perpaduan terus dipupuk dan dirancakkan sesuai dengan norma baharu hari ini.
Marilah bersama kita berusaha, berikhtiar dan berdoa agar pelbagai krisis yang melanda negara hari ini dapat ditamatkan sesegera mungkin.
Mendoakan mudah-mudahan kita terus diberi kekuatan dan kesabaran.
Selamat menyambut Hari Raya Eidulfitri 1441 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Maaf zahir dan batin.
ANWAR IBRAHIM
23 Mei 2020.

SEBAHAGIAN BESAR BERSATU ADALAH UMNO


IBRAHIM MAT ISA
Tidak semua sahabat di dalam parti Bersatu bersama dengan pengkhianat. Mereka masih mendokong perjuangan bersama Pakatan Harapan, tapi mereka terperangkap dalam pergolakan dalam parti sendiri. Tidak adil bagi kita mengecam mereka dan sudah semestinya kita memberikan gambaran baik. Memang ramai DNA UMNO dalam parti Bersatu dan mereka itulah pengkhianat dan bencikan pemimpin PH




Mukhriz Mahathir F

KE MANA MUHYIDDIN NAK BAWA PERIKATAN NASIONAL?






Ahad lalu, satu MoU dikeluarkan mengandungi deklarasi persetujuan antara BERSATU, BARISAN NASIONAL, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk membentuk PERIKATAN NASIONAL. Namun belum sempat MoU itu membuktikan kewibawaannya, ia sudah dipertikaikan oleh ahlinya sendiri. Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perubahan pendirian GPS dalam PERIKATAN NASIONAL. “Kami Perikatan + GPS,” kata Masing yang juga Timbalan Ketua Meneri Sarawak, lapor The Malaysian Insight.


eri Sarawak, lapor The Malaysian Insight.

Covid-19: Kerajaan PN gagal persiapkan rakyat hadapi Syawal


Kenyataan Media Bersama Nor Miswary Ramli (Timbalan Pengerusi DAP cawangan USJ, Subang Jaya) dan Iskandar Fareez (Mantan Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan) pada Jumaat 22 Mei 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri. Keputusan ini dicapai setelah 2,539 buah kenderaan diarahkan berpatah balik selepas cuba untuk merentas negeri seperti yang dilaporkan semalam.

Walaupun jumlah ini berkurangan berbanding 3,212 buah kenderaan yang direkodkan pada hari Rabu yang lepas, namun trend ini memperlihatkan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuat perancangan dan persediaan awal apabila mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri menjelang Aidlifitri ini.

Malah jumlah 1,300 orang yang memohon kebenaran polis untuk pulang ke kampung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang seperti yang dilaporkan semalam juga memberi isyarat bahawa rakyat masih mahu mencuba nasib kerana mendapati perlaksanaan arahan Kerajaan ini mempunyai lompong di sana-sini.

Kami percaya keadaan ini berlaku akibat kawalan saat akhir yang diambil Kerajaan hanya setelah mendapati rakyat berpusu-pusu cuba balik ke kampung selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) dilonggarkan. Kerajaan seharusnya membuat larangan merentas negeri secara sepenuhnya lebih awal atau semasa Perdana Menteri mengumumkan lanjutan PKPB tempoh hari.

Kepincangan dalam mengeluarkan arahan kebenaran merentas negeri berkemungkinan akan mewujudkan lebih banyak kluster baharu akibat mereka yang hadir beramai-ramai ke balai polis berhampiran kediaman masing-masing untuk memohon kebenaran merentas negeri.

Perlu diingatkan, sikap kerajaan PN yang kerap kali mengeluarkan arahan separuh masak dan tidak mempunyai perancangan yang teratur pernah menyebabkan rakyat berpusu-pusu beratur di balai polis, berlakunya kesesakan di tol dan di lebuhraya serta kenaikan harga barang yang tidak terkawal sehingga terpaksa membuat pengumuman saat akhir senarai tambahan 19 barang kawalan pada musim perayaan yang hanya dibuat dua hari menjelang Aidilfitri.


PAS..JANJI DAN BALAK BERPISAH TIADA


PENYOKONG PH


Hari ni teringat 1 cerita Zaman Kerajaan PAS Kedah 2013...Isu ni melibatkan Balak juga...




Yang beriya sangat nak buat projek Keli K di Bukit Belakang Ladang Nestle Sg Pau Sik (Kawasan Kg MB Sendiri)...kononnya porjek Keli K di laksanakan bagi membantu Usahawan Melayu Bumiputera dan idea melaksakan projek ni pun dari Manusia yang dah diangkat jadi MB la ni...tapi lepas semua balak kawasan tu  kena balun...Projek sunyi sepi diam membisu...

Kalau dan Raya ke 2 @ Ke 3 ni saya akan pi ambik gambaq kawasan 2 sebagai bukti...penaik sign board punya besaq...tapi projek habuk pun tak dak...





USAHA KERAS CYBERTROOPERS DI SABAH GAGAL


Adi Parey


Saya tergelak membaca usaha keras tentera siber PN mencelarukan orang Semenanjung bahawa kononnya PN akan berjaya rampas Sabah.

Sebab mereka tak tanya pun sama ada ini hakikat di Sabah. Kenelah tanya orang Sabah. Jangan syiok sendiri.

Saya orang Sabah. Jadi saya kongsikan sedikit berkenaan sentimen politik di Sabah yang jauh berbeza dengan sentimen politik Semenanjung:

Secara asasnya perkara yang perlu difahami adalah politik Sabah (dan Sarawak) dan politik Semenanjung denyut nadinya jauh berbeza. Jangan anggap politik Semenanjung adalah sama dengan politik Sabah Sarawak.

1. FAKTOR PENOLAKAN POLITIK PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN

Senjata untuk menguatkan PN di Semenanjung adalah senjata yang memakan diri di Sabah (dan Sarawak).

Sebagai contoh, di Semenanjung, PN mampu menaikkan saham politik PN dengan meniup sentimen "gabungan Melayu Islam". Tetapi malangnya buat PN, sentimen tersebut akan memakan diri di Sabah (dan Sarawak) kerana Sabahans (dan Sarawakians) paling benci pelampau agama atau pelampau kaum.

Jadi, makin dimain sentimen ke-Melayu-an dan ke-Islam-an PN, makin naik lah saham politik PN di Semenanjung tetapi makin jatuh lah saham politik PN di Sabah (dan Sarawak).

Buktinya Pas sejak tertubuh lima enam dekad yang lalu masih gagal tembus Sabah. Kita pun tahu apa laungan utama Pas- agama, dan kita pun tahu slogan itu telah gagal di Sabah (dan Sarawak) sejak berdekad lamanya.

2. FAKTOR PENOLAKAN 'ORANG LUAR'

Satu lagi sebab utama. Selain imej "pelampau agama dan palampau kaum", daripada tiga kepala utama dalam PN, iaitu UMNO, PAS dan Bersatu, tidak ada satu pun yang mampu menonjol diri sebagai "Sabahan". Semuanya membawa roh “parti Malaya”.

Imej parti Malaya ini juga sebenarnya terkesan tempiasnya pada Amanah. Akibatnya Amanah seolah-olah masih tidak wujud di Sabah. Malah DAP dan PKR yang menang beberapa kerusi dalam PRU12, PRU13 dan PRU14 kini sudah mula terpaksa bergayut pada Warisan untuk survival di Sabah, kerana kedudukan DAP dan PKR juga tergoyang akibat penolakan besar-besaran terhadap parti-parti Malaya.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin DAP PKR di Sabah kuat mempromosi tokoh-tokoh di peringkat Persekutuan seperti Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan seangkatannya. Logik saya rasa, sebab ini pemimpin utama dalam parti masing-masing.

Namun sejak PH tumbang, kini “bos” yang diangkat bukan lagi Presiden atau Ketua parti sendiri. Sebaliknya yang dikepit oleh pemimpin-pemimpin tertinggi DAP PKR di Sabah adalah Ketua Menteri Sabah yang merupakan Ketua parti berbeza (Warisan).

Ini kerana penolakan Sabahans terhadap “ekstrimis” dan "parti Malaya" melangkaui batas garis kepartian. Akhirnya PH (baca: DAP dan PKR) turut merasainya.

Sebenarnya Sabahans tidak kisah sama ada parti Malaya itu BN atau PR atau PH. Semuanya tidak disukai. Semuanya tidak akan dipilih sebagai pilihan utama. Pilihan utama tetap parti lokal parti Sabahan.

3. FAKTOR PIMPINAN PARTI TEMPATAN

Pada kedudukan sedia ada, Sabah dipimpin Parti Warisan. Dan Warisan telah berjaya menonjolkan diri sebagai parti tempatan yang disenangi majoriti Sabahans dalam dua tahun yang singkat.

Meskipun PKR dan DAP, seperti yang saya jelaskan tadi juga merupakan “parti Malaya” yang duduk dua tiga kerusi dalam Kabinet Sabah, dominasi Warisan dalam Kerajaan Sabah telah berjaya menghakis sentimen negatif tersebut. Ertinya Sabahans masih yakin bahawa meskipun ada “parti Malaya” dalam Kerajaan Sabah, parti-parti Malaya ini berjaya dikawal oleh parti tempatan Sabah sendiri iaitu Warisan.

Namun, jika PN berhasrat masuk Sabah, saya yakin Sabahans akan tolak secara besar-besaran kerana keengganan Sabahans dikuasai semula oleh Semenanjung sepertimana di era BN. Dalam PN, tidak ada parti Sabah yang mampu lebih dominan berbanding UMNO, PAS atau Bersatu.

4. SABAH DAN SARAWAK SAMA, BERBEZA DENGAN SEMENANJUNG

Sentimen ini juga sama di Sarawak. Perasan tak, GPS enggan mengaku sebahagian daripada PN meskipun telah sama-sama membentuk Kerajaan Putrajaya? Sebabnya mudah. Imej GPS sebagai parti tempatan Sarawak akan terhakis jika mereka mengaku mereka PN. Mereka tidak akan mampu lagi melaungkan slogan “Sarawak for Sarawakians” jika mengaku sebahagian daripada PN.

Buat masa ini, bagi GPS, musuh utamanya hanya DAP PKR kerana belum muncul musuh tempatan yang lebih kuat. Dengan mengekalkan GPS sebagai entiti tempatan yang tersendiri dan menjarakkan diri dari PN, GPS boleh tumbangkan DAP PKR dengan mudah, iaitu dengan cara menggendangkan laungan "Sarawak for Sarawakians".

RUMUSAN

Jadi penyokong UMNO PAS dan PN usahlah syiok sendiri. Warisan akan kekal memerintah Sabah, janji perjuangan Sabah tidak terkeluar dari landasan.

Terimalah hakikat bahawa Tuhan itu Maha Adil. Istilah "pendatang" yang selalu ditujukan oleh Melayu PN terhadap Cina India di Semenanjung sebagai modal politik, kini kena pada PN yang cuba masuk Sabah. Roda itu berpusing. Dulu sedap cop orang lain sebagai pendatang, sekarang kene anggap pendatang.

Pendatangs get lost from Sabah please 😂

Andrian Lim


Mat Saman Kati

Benda ni, kalau aku kata betul...depa kata aku macai PH.
Kalau aku kata salah...depa kata aku macai PN.

Data ini dikatakan dari Jabatan Perangkaan. Jabatan Perangkaan ambik dari FAMA.

Data dari FAMA boleh dilihat disini yang dikemaskini dari masa kesemasa.

https://sdvi2.fama.gov.my/price/direct/price/daily_commodityRpt.asp?Pricing=A&LevelCd=03&PricingDt=2020/5/23&PricingDtPrev=2020/5/21

Ada akai...pakai.



YANG INI DIBANGGAKAN


Amar Aomaroso

Yang ni dibanggakan.
Dia sekongkol dengan penyamun takpe,
Harga ayam Naik dia xpeduli ,
Harga ikan naik apa dia peduli,
Rakyat mampos sampai nak Jual buah pingang takpa padan muka.
Asal dia boleh tambah Bini tambah kereta Q7 dia.
Walaun Hadi  pun minum lah air kaki Hadi ......


KEDUDUKAN 111 VS 111 AKAN BERUBAH BILA AHLI PARLIMEN PKR DIJANGKA MELOMPAT.SIAPA MEREKA?



Amiruddin Ahmad


http://wrlr.blogspot.com/2020/05/boleh-percaya-ka-muka-muka-bermuka-ni.html


Ada laporan menyatakan bahawa Ahli Parlimen Alor Setar akan melompat.Tapi masih khabar angin. Tetapi kemungkinan yang lain juga akan turut melompat kalau nak ikutkan Sivarasa, Maria Chin dan juga Tebrau ?


Yang kena gantung selalu dok bisng kononnya pucuk pimpinan perlu ubah. Dah kena gantung dan tak sehaluan dengan dengan pucuk pimpinan, elok lah berambus cari wadah lain.Muka muka ADUN yang ada di Selangor termasuk MB pun, bukan orang percaya sangat pun.Sudah sudah lah nak komen, dah bercerai dok gila talak buat apa lagi. carilah wadah lain dan lawan dalam PRU 15 akan datang jika anda rasa diri anda popular.


Kata Haniza Talha kepada sebuah portal  "Ditanya jika beliau menjangkakan ada lagi wakil rakyat PKR yang akan keluar parti, Haniza yang juga exco Selangor berkata, semua ahli dan pemimpin sayangkan parti kerana menyedari susah senang dalam perjuangan selama ini.
“Bermula dengan keahlian yang sedikit sehingga hari ini jumlahnya beratus ribu, melebihi setengah juta orang.
“Ahli dan pemimpin sayang pada parti yang mereka sama-sama bina sehingga menjadi parti yang mempunyai wakil rakyat paling ramai dalam PH di Dewan Rakyat.”
Betul lah tu, tapi bukan kau sorang sahaja yang membinanya. Antara yang naik ni , bukan kah selalunya dok jaja nama Anwar bila ceramah pagi petang siang malam..bila menang nak salahkan pucuk pimpinan parti. Bukankah anda ikut kartel, apa yang nak dirisaukan. Gunakan lah isu yang sama ketika kamu berkempen nanti pada PRU 15
Sumber dalaman parti berkata, ahli Parlimen itu tidak menonjolkan diri sejak kerajaan PH tumbang pada Februari lalu.
Katanya, PKR akan menyaksikan “beberapa lagi ahli Parlimen” menjadi wakil rakyat bebas.
Pada 12 Mei lalu, 2 wakil rakyat PKR di Kedah, iaitu Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin meninggalkan parti itu.
Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri PH pimpinan Mukhriz Mahathir tumbang dan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar pada 17 mei lalu.
Bagi rakyat dan penyokong PKR, kehilangan anda akan ada pengganti, kalau tak seburuk anda akan ada yang lebih baik dari anda semua yang melompat. Itu saja. Lebih baik tutup mulut, sebab dah kena pecat, buang dan gantung...so jalan terus cari wadah baru, jangan meroyang macam orang cerai gila talak..

Takkan lah pulak Azmin nak duduk diam jika 111 VS 111 untuk selamatkan diri dia dan para lebai yang lain dengan serangan dari rakyat yang mengnganggap bahawa PN tidak akan bertahan lama. Maka tak mustahil pakat pakat mencari wadah selamat baik PH dan juga PN...wibawa siapa yang akan dipertaruhkan demi menyelamatkan sebuah negara Malaysia.



Kedudukan di Dewan Rakyat kini 111 vs 111

Kedudukan di Dewan Rakyat kini 111 vs 111

LANTIKLAH NAJIB JADI KETUA CYBERWAR BERTARAF MENTERI ,ATAU BELIAU NAK JADI PM SEKALI LAGI?



Harus diakui ketika ini Najib Razak cukup terkehadapan dari segi menggunakan media sosialnya berbanding lain-lain pemimpin dalam gabungan tidak berdaftar PN untuk membela dan mempertahankan kerajaan.
Beliau jauh mendahului Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO Zahid Hamidi, Presiden Pas, Hadi Awang, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah dan semua pemimpin yang ada dalam PN.
Tidak cukup dengan itu, keberkesanan Najib menggunakan media sosial mempertahankan kerajaan juga lebih ke hadapan berbanding empat menteri kanan yang dilantik Muhyiddin, tidak kira sama ada menteri kanan paling kanan, menteri kanan terkiri atau menteri kanan yang tak bergerak ke kini dan ke kanan.
Semua mereka sekarang ini dikalahkan oleh Najib dari keberkesanan dan keaktifan memanfaatkan media sosial.
Malah, keaktifan dan keberkesanan Najib dalam mempertahan kerajaan juga jauh lebih baik dan berfungsi berbanding ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri dahulu.
Agaknya, pasukan yang membantunya sekarang benar-benar berfungsi dengan baik, berdisiplin dan rajin bekerja serta bukan lagi “team menghabiskan beras” yang pernah disebutnya sebelum ini.
Sekarang ini, melalui media sosialnya, semua isu ditapaunya dengan pantas dan berkesan.
Baik mempertahankan kerajaan, menyerang Tun Mahathir, membelasah pemimpin-pemimpin pembangkang, menyindir kerajaan lama PH, mempertahankan dan mempromosi dirinya sendiri, bahkan boleh dikata apa saja isu yang berbangkit yang menjadi perhatian ramai, daripada yang sebesar-besarnya hinggalah sekecil-kecilnya, semua diulasnya dengan baik.
Pendeknya, Najib kini adalah panglima siber paling mantap dan terkehadapan sekali di negara ini, terutama dari segi membela dan mempertahankan kerajaan.
Tetapi, peranan berkesan yang dimainkan Najib itu tidak pula pernah mendapat apa-apa pengiktirafan atau ucapan terima kasih daripada Perdana Menteri, Muhyiddin.
Dalam hal ini, tidak bolehkah Najib dilantik mengetuai mana-mana GLC atau dijadikan panglima siber bertaraf menteri sebagai mengiktiraf sumbangan dan peranannya membela kerajaan?
Begitu pun, ada yang berkata, Najib tidak boleh diberikan apa-apa jawatan kerana kes mahkamahnya sedang berjalan ketika ini.
Sebenarnya, sesuai dengan konsep seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, tidak ada apa salahnya memberikan Najib apa-apa jawatan yang difikirkan sesuai dengan kedudukan dan peranan yang boleh digalasnya.
Oleh itu, kalau pun Muhyiddin tidak mahu melantiknya mengetuai mana-mana GLC, menjadikannya ketua siber kerajaan bertaraf menteri tentu tidak menjadi kesalahan?
Walaupun wang tidak pernah menjadi masalah dalam kehidupan Najib, setidak-tidaknya memberi pengiktirafan atau penghargaan yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini – ketua siber kerajaan bertaraf menteri- tentu penting dalam hidup bekas Perdana Menteri itu.
Tambahan lagi, dengan pelbagai isu yang berlegar membelit kerajaan dan menghenyak Muhyiddin sekarang ini, beliau selaku Perdana Menteri seperti tidak dipertahankan oleh sesiapa daripada PN, baik oleh Bersatu, UMNO, Pas serta lain-lainnya dan seolah-olah juga PMO sendiri tiada unit medianya sendiri untuk mempertahankan boss mereka yang sedang dihentam kiri dan kanan.
Sementara pejuang siber pro UMNO turut banyak menghentam Muhyiddin, satu-satunya yang nampak telah berperanan serta boleh dipertingkatkan lagi peranannya membela kerajaan hanyalah Najib seorang.
Untuk itu, memberi pengiktifaran dan penghargaan kepada Najib bukan saja bersesuaian, malah tidak merupakan suatu kesalahan.
Selain itu, tidak kurang yang berkata, Najib tidak perlu semua jawatan, kedudukan dalam kerajaan atau apa-apa pengiktirafan kerana apa yang dilakukannya sekarang, selain untuk membersihkan namanya dan menjadikan dirinya sibuk, beliau juga diperkatakan sedang berjuang untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Dikatakan dengan popularitinya yang lebih meningkat sekarang ini, jika UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional berjaya memenangi PRU akan datang, berdasarkan senarai pemimpin UMNO yang ada, hanya Najib saja yang paling layak menjadi Perdana Menteri.
Jika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali melalui parti yang berbeza, bolehkah Najib juga menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua, tetapi melalui parti yang sama? 

(Shahbudindotcom 23/05/2020)



ZAMAN PH RATIB JUAL PEGANGAN KHAZANAH...ZAMAN PN MELAYU ISLE NI, MASING MASING DIAM BISU...JOM KITA RATIB SAMA SAMA...


Liyana Marzuki

KADANG GANG MEWAUNS N MACAI UMPAS NI TAK BERAPA PAHAM CERITA..MAIN HENTAM SAJA...TAHAP KOPERAL KENA BUANG KERJA, APA LA SANGAT YANG DIA BOLEH PIKIR...TAK GITU PAPAGOMO?


POSTING PULANG PAKU & SALES RAYA
Tahun 2019, Khazanah jual pegangan saham dalam TNB, meratib la seluruh alam FB yang PH jual aset negara. Seorang Pensyarah Kanan UKM punya marah siap senaraikan semua “aset negara” yang dijual. UMNO Online pun pickup.

Semalam, Khazanah jual pegangan dalam Telekom dan terus menyebabkan saham Telekom jatuh teruk. Sebijik kes tahun lepas masa saham TNB dijual.

Minggu ini juga, Khazanah jual saham dalam suatu syarikat GLC yang berdaya maju Malaysian Genomics Resource Centre Berhad.

Tapi heran bin ajaib, senyap sunyi alam FB. Tiada lagi ratib jual aset negara yang riuh dulu.
Dalilnya simple: haram pada kamu, halal pada kami.


SENGSARA RAKYAT MALAYSIA MENYAMBUT AIDILFITRI