PH, BERSATU DAN WARISAN KINI BERGABUNG TUNTUT SIDANG PARLIMEN PENUH


4 Mei 2020

PARLIMEN PERLU BERSIDANG PENUH

Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan, Bersatu dan Warisan mengambil maklum keputusan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei 2020.

 Keputusan ini bermakna pada perkiraan kerajaan wabak Covid-19 semakin terkawal dan beberapa aktiviti boleh dijalankan dengan syarat ia menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi maksud perjalanan sidang Parlimen, SOP ini antara lain termasuk penjarakan sosial, memakai pelitup muka, serta melakukan saringan Covid-19 bagi Ahli-Ahli Parlimen.

Memandangkan Parlimen telah memutuskan SOP bagi membolehkan persidangan pada 18 Mei diadakan, dan memandangkan banyak aktiviti sudah mula dibenarkan bersyarat, maka sebenarnya tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebih dari sehari yang telah diumumkan.

Persidangan yang lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu yang lebih mendalam, serta membolehkan Ahli-Ahli Jemaah Menteri melaksana agenda legislatif Kementerian masing-masing.

Oleh yang demikian, kami menggesa kerajaan untuk segera melaksana sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan ke sekurang-kurangnya dua minggu.

YB Tun Dr Mahathir Mohamad Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
YB Dato’ Seri Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah (WARISAN)
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

KLUSTER KERAS KEPALA


ZULAIFA IBRAHIM

[5/4, 14:15] Zarul Hp: Selamat datang "KLUSTER KERAS KEPALA"
[5/4, 14:15] Zarul Hp: Ape lah nak jadi dengan org Malaysia ni langsung tak paham bahasa .. nak sgt mati gamaknye !
Sia2 je usaha kerajaan dan orang yang dah menurut perintah kawalan pergerakan .. lagi kesian usaha frontlines kite bertungkus lumus hari-hari  tapi tak dihargai ..
Langsung tak ada penjarakan sosial .. berasak-asak .. paham panas nak cepat masuk tapi bertolak ansur lah sikit dalam keadaan kita sekarang ni ..

6 JALAN DIBUKA SEMULA


IBRAHIM MAT ISA


Sebanyak enam lokasi jalan tutup di sekitar kawasan Petaling Jaya akan kembali dibuka esok susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata jalan berkenaan melibatkan Jalan PJS 5/46, Gasing Indah, Jalan Persiaran Mahogani (Seksyen 9) dan Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8).
Selain itu, Jalan Persiaran Sungai Buloh (TSB) di Kota Damansara; di lampu isyarat PJU8/1 dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) susur keluar ke Mutiara Damansara.
Beliau berkata kesemua lokasi jalan tutup itu boleh dilalui orang awam berkuat kuasa pada 12 tengah malam ini (5 April).
"Pembukaan ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan polis mengatur gerak semula petugas barisan hadapan bagi penugasan 'mobile' di kawasan tumpuan orang ramai," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi PKPB supaya rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan. #Bernama

KEDAI PAJAK GADAI DIKERUMUNI


Hamsina Hamzah



𝗞𝗘𝗗𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗝𝗔𝗞 𝗚𝗔𝗗𝗔𝗜.. dikerumuni ramai. Bukti rakyat tak kira bangsa ramai dah pokai.

BPN ramai mengadu belum masuk. BSH apa kan lagi. Duit i-lestari KWSP pun ramai baru dapat mesej dari KWSP beritahu duit masuk Mei. Ada awal Mei. Ada tengah Mei. Ada yg permohonan masih dalam proses 😭😭😭

Ramai terkurung masa PKP ni...

𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜.. MP Pas, Umno dan Bersatu agih²kan jawatan dengan gaji $$$ puluhan ribu sebulan. Rakyat berbaris ke Pajak Gadai untuk sesuap nasi.

Inikah kerajaan yg kita perlukan 

#PajakGadaiRakyatDahPokai


Tiada penerangan foto disediakan.

Dari isu pemandu mabuk hingga faedah bank: ‘Hairan Pas mendiamkan diri’

Dari isu pemandu mabuk hingga faedah bank: ‘Hairan Pas mendiamkan diri’

Laksana PKPB, tiada alasan halang Parlimen bersidang penuh

Laksana PKPB, tiada alasan halang Parlimen bersidang penuh

Food Bank Nadi Bantuan Di Kulim Bandar Baharu





Bantuan bakul makanan di Parlimen Kulim Bandar Baharu kerana telah ada Food Bank sejak 2 tahun lalu. Bantuan dari kerajaan negeri Kedah juga diagihkan dengan baik. Bagaimanapun, bantuan daripada Kementerian Luar Bandar bermasalah. 1,000 bakul makanan dipolitikkan. Agihan diberi kepada parti politik. Umno, Bersatu, Pas dan melibatkan pula geng kartel KEADILAN yang tiada kena mengena dengan parti. Pengagihan tidak diberikan kepada pemimpin KEADILAN, sebaliknya diberi kepada individu yang menyokong Azmin Ali.

SKETSA KERAJAAN PN FLIP-FLOP

RAKYAT MELUAT KERAJAAN TIPU, BUKAN MELUAT POLITIK










Muhyiddin, kata Chin Tong perlu menunjukkan kepada pengundi bahawa beliau komited membanteras rasuah, dengan membiarkan keadilan terlaksana – supaya Dato' Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Dato' Seri Tengku Adnan dan Dato' Seri Zahid Hamidi disumbat ke penjara apabila mereka didapati bersalah atas tuduhan rasuah di mahkamah. "Jika tidak beliau tidak akan meraih keabsahan moral kerana melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan PAKATAN HARAPAN yang dilantik secara demokratik. "Masalahnya, mampukah beliau berbuat demikian tanpa diserang UMNO?" Soal Chin Tong. Sementara itu desas-desus menyebut penggerak Langkah Sheraton, Dato' Seri Azmin Ali mungkin menubuhkan parti baharu memandangkan beliau tiada tempat dalam BERSATU yang berpecah itu. Chin Tong berpendapat Muhyiddin hanya memiliki sokongan 113 atau 114 kerusi, maksimum. Jika Ahli-ahli Parlimen parti-parti PAKATAN HARAPAN dan Warisan, serta kumpulan Mahathir dalam BERSATU kekal bersama; Muhyiddin tiada ruang untuk berkuntau.



PEMBOHONGAN PERAK TODAY DAN MGTV




DOKUMENTARI - PEMBOHONGAN PERAK TODAY DAN MGTV SKRIP : YB KHALID SAMAD



UNTUK BERSATU MENJADI SATU, PILIHANNYA ADALAH SATU



Sejak awal penubuhannya, tidak dinafikan tonggak utama Bersatu ialah Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi dan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.
Tetapi, berikutan keinginan mendapat kedudukan lebih tinggi serta lupa bagaimana kemenangan dalam PRU14 lalu diperolehi, Muhyiddin dengan sokongan majoriti MPT Bersatu telah membawa parti itu keluar daripada PH.
Seterusnya, melalui kerjasama dengan UMNO, Pas, GPS dan kumpulan pengkhianat daripada PKR dan mereka yang lupa diri daripada Bersatu sendiri, Muhyiddin akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu.
Sejak itu, Bersatu tidak lagi menjadi parti yang bersatu, tetapi sudah jadi parti berdua – atau terpecah kepada dua.
Satu kumpulan yang memihak kepada Muhyiddin berada dalam kerajaan tidak berdaftar PN, manakala satu pihak lagi yang menyokong Tun Mahathir terus pro kepada PH.
Setiausaha Agung juga ada dua, satu lantikan asal oleh Tun Mahathir dan satu lagi lantikan baru oleh Muhyiddin.
Dalam keadaan ini, Bersatu terus terpecah dua sehingga dalam sidang Parlimen pada 18 Mei ini, Tun Mahathir telah memutuskan untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH.
Mungkin beberapa lagi Ahli Parlimen Bersatu yang memihak kepada Tun Mahathir akan turut sama duduk bersama PH di barisan pembangkang.
Sesungguhnya situasi ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana parti sebelum ini dan ia sama sekali bukanlah sesuatu baik bagi Bersatu.
Mana-mana parti politik mesti ada satu hala tuju saja, tidak boleh sama sekali separuh berada dalam kerajaan dan separuh lagi bersama pembangkang.
Tidak lama lagi, mungkin dalam suku ketiga tahun 2020 ini, Bersatu akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya.
Tun Mahathir yang mempertahankan jawatan Pengerusi tidak dicabar oleh sesiapa dan dengan demikian, beliau telah diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Muhyiddin pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir bagi jawatan Presiden.
Ini bermakna, menjelang pemilihan akan datang atau jika Muhyiddin terus kekal lagi sebagai Presiden Bersatu dalam pemilihan akan datang ini, parti itu sentiasa menjadi parti yang ada dua nakhoda sehinggalah tempoh tiga tahun akan datang.
Jika demikian, bagaimana Bersatu mahu menghadapi PRU akan datang dan di kerusi-kerusi mana mereka ingin bertanding nanti?
Berbanding Muhyiddin yang bersama PN, tetapi UMNO sendiri telah mengumumkan akan mengenepikannya bila tiba masa bertanding, Tun Mahathir dan Mukhriz sebaliknya ingin membawa kembali Bersatu ke pangkuan PH.
Usaha membawa Bersatu kembali ke pangkuan PH tidak mungkin berjaya jika Muhyiddin terus menang sebagai Presiden kerana menangnya beliau, sementara Tun Mahathir tetap ada juga sebagai Pengerusi, parti itu akan terus terbelah dua dan caca marba.
Lantaran itu, untuk menjadikan Bersatu sebagai parti yang satu, dalam erti kata satu haluan dan satu tujuan, memenangkan kumpulan Tun Mahathir dalam pemilihan akan datang ini adalah satu-satunya pilihan yang ada.
Hanya dengan kemenangan kumpulan Tun Mahathir menguasai Bersatu, hala tuju parti itu dapat ditentukan dengan lebih baik, terpulang sama ada selepas itu mahu kekal bersama PN, keluar meninggalkan PN atau membawanya kembali menyertai PH.
Kumpulan yang kalah pula dengan senang hati boleh menyertai mana-mana parti lain seperti UMNO atau Pas misalnya, sebagai pilihan meneruskan perjuangan.
Barangkali kesilapan Muhyiddin di sini ialah tidak meletakkan orang untuk mencabar Tun Mahathir bagi jawatan Pengerusi Bersatu.
Jika semua jawatan dipertandingkan, maka proses pembersihan dan penyucian hala tuju parti melalui usaha memastikan satu kumpulan saja menguasai kepimpinan Bersatu tentu lebih mudah untuk dilakukan.
Tetapi, dalam keadaan sekarang, oleh kerana Tun Mahathir telah diisytiharkan menang tanpa bertanding dan kedudukannya tidak boleh diketepikan lagi, satu-satunya pilihan untuk menjadikan Bersatu sebagai parti yang bersatu hanyalah dengan menjadikan Muhyiddin dan kumpulannya sebagai “korban sebuah perjuangan”. 

(ShahbudinHusin 04/05/2020)


PKPB ditolak: Khaled Nordin salahkan Azmin gagal bincang dengan kerajaan negeri

PKPB ditolak: Khaled Nordin salahkan Azmin gagal bincang dengan kerajaan negeri

Umno Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Bersatu hilang modal dalam pasar politik

Umno Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Bersatu hilang modal dalam pasar politik