NOOR AZMI DAN RAZMAN DIDAKWA DI MAHKAMAH MAJISTRET ESOK
Ibrahim Mat Isa
TIMBALAN Menteri Kesihatan - Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco PAS Kerajaan Negeri Perak - Razman Zakaria akan didakwa di Mahkamah Majistret Gerik, esok atas pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber polis ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.
Manakala, Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain yang dihubungi mengarahkan media pergi ke mahkamah untuk maklumat lanjut.
Manakala, Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain yang dihubungi mengarahkan media pergi ke mahkamah untuk maklumat lanjut.
"Pergi ke Mahkamah Majistret Gerik pagi esok," katanya.
KAMU PUN DAH JADI LIBERALIS DAN SEKULARIS?
Hari ini, ketika kamu sudah berkuasa, tidak kedengaran lagi laungan pelaksanaan hudud, hukum Allah.
Sebelumnya, hudud adalah nyawa kami dan saya sanggup letak jawatan kecuali hudud terlaksana.
Ayat-ayat menolak hukum Allah menjadi kafir, zalim dan fasik juga sudah tidak tersyarah lagi.
Cadangan meningkatkan hukuman ke atas jenayah syariah melalui RUU 355 juga sudah hanyut.
Mungkin hanyut bersama insan Rohingya di laut lepas yang dulunya kamu saran diberi kerakyatan sementara.
Eh, sekarangkan musim PKP? Kenapa sebut isu ini? Hal itu semua orang tahu. Kenapa PKP pula jadi alasan kamu?
Bukankah itu hukum Allah yang terlarang penangguhan pelaksanaannya? Bukankah kamu selalu bertanya, al-Quran perlu ikut keadaan atau keadaan perlu ikut al-Quran?
Ketika pihak lain berbicara soal mengambil kira realiti, kamu labelkan mereka liberalis, sekularis, tunduk kepada kafir dan takutkan manusia.
Sekarang, mana hudud? Mana RUU 355? Mana pelaksanaan hukum Allah? Kamu sudah tunduk kepada realiti?
Kalau kamu berhujah, kita perlu ikut suasana, keadaan, keperluan, bukankah itu hujah liberalis, sekularis, penakut kafir dan penakut manusia?
Oh... sekarang kamu pun dah jadi liberalis dan sekularis? Oh... sekarang kamu pun dah takutkan kafir dan takutkan manusia?
Oh...kamu jadi liberalis dan sekularis tak apa, orang lain tak boleh. Oh... kamu takutkan kafir dan takutkan manusia tak apa, orang lain tak boleh.
Kamu jangan berdolak-dalik lagi. Kami nak lihat kamu buat perkara yang kamu hukumkan kafir kepada orang yang tidak membuatnya suatu ketika dulu.
Kecuali, kamu meludah ke langit, dan kini kamu sedang mendongak dan nganga mulut untuk sambut dan telan kembali ludah itu.
Ustaz Zolkharnain AMANAH
JAKIM tak pernah iktiraf Majlis Ulama Rohingya
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan terhadap Majlis Ulama Rohingya (MUR).
Jurucakapnya memberitahu, nombor rujukan JAKIM.PERH/LN.800-7(5) yang tertera di bawah logo sebelah kiri kepala surat MUR bukan pengiktirafan dari JAKIM.
“Berikutan tertera nombor rujukan pada surat yang tular itu, JAKIM menerima pertanyaan awam. JAKIM dengan ini menafikan terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan terhadap pertubuhan tersebut.
“Malah, JAKIM sama sekali tidak terlibat dalam kelulusan pendaftaran NGO kerana kuasa tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) seperti termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966,” kata kenyataan itu hari ini.
Semalam, tular sepucuk surat dari MUR yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan melibatkan seorang daripada etnik Rohingya yang didakwa telah mengetengahkan beberapa tuntutan seolah-olah mewakili keseluruhan etnik itu di Malaysia.
Surat itu yang disertakan dengan kenyataan maaf dan mendakwa telah meneliti setiap tuntutan yang dibuat oleh Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani.
Menurut MUR, mereka sama sekali tidak menyokong tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun, surat yang dikeluarkan MUR itu mencatatkan nombor rujukan seolah -olah majlis ulama itu turut mendapat pengiktirafan oleh JAKIM.
MAMPUKAH EKONOMI GIG MELONJAK TANPA KEHENDAK POLITIK?
Ini sekaligus akan mengurangkan peluang pekerjaan buruh tetapi pada masa sama meningkatkan permintaan pekerjaan teknikal dan kejuruteraan pengisian komputer, katanya. Kesimpulannya, segmen ekonomi gig ini akan lebih pantas mendahului sektor tradisional dan kerap mendapat perhatian para pelabur disebabkan potensinya untuk terus berkembang seiring kemajuan teknologi. Bagaimanapun, perkembangan ekonomi gig di Malaysia masih tidak begitu lancar berikutan beberapa halangan, antaranya kelajuan internet. "Ekonomi gig, banyak bergantung kepada kejituan dan kelajuan internet untuk memproses data, lebih banyak data maka lebih lagi keberkesanannya akan tercabar," katanya. Menurut beliau halangan lain ialah infrastruktur sedia ada tertumpu kepada beberapa sektor sahaja contohnya FINTECH (teknologi kewangan). Tetapi kemudahan yang belum cukup matang ini dikerah untuk melayani pelbagai jenis teknologi di pelbagai sektor, secara tidak langsung ia mendedahkan teknologi kepada potensi serangan penggodam dan pencuri identiti, kata Zaharuddin.
Isu Rohingya: Pas sindir usah jadi panglima ayam jantan kuat berkokok, ekor berlumuran tahi
“Jangan bercakap setelah hilangnya kuasa, laksana panglima ayam jantan yang kuat berkokok berderai-derai, sedangkan ekornya berlumuran tahi.”
Demikian ayat penutup tulisan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pelarian Rohingya pada hari keempat puasa hari ini.
Sindiran kepada pihak yang hilang kuasa itu terkandung dalam artikel bertajuk, “Pendatang Rohingya: Antara agama, kemanusiaan dan politik” yang disiar di lidah Pas, Harakahdaily.
Kenyataan rasmi Abdul Hadi itu muncul selepas berlarutan kemarahan sebahagian besar rakyat Malaysia ekoran gelombang fitnah di media-media sosial dalam pelbagai bentuk sama ada teks, video dan rakaman suaraberkaitan pelarian Rohingya.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Marang tersebut membandingkan pendirian Pas dengan Pakatan Harapan (PH) berkenaan isu pelarian Rohingya.
Abdul Hadi menganggap hanya Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Pas bersama BN dalam menangani isu pelarian Rohingya, walaupun pada ketika itu Pas berada di petak pembangkang dan BN ada suara tersendiri di atas prinsip agama dan kemanusiaan.
“Ini tidak sama seperti PH yang hanya kedengaran suara Tun Mahathir keseorangan di mimbar PBB, tetapi PH lebih sibuk menghadapi krisis dalamannya kerana menanti Tun Mahathir meletakkan jawatan,” bidasnya.
Undang-Undang Kerakyatan 1982 Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai satu daripada lebih 130 etnik di negara majoriti penganut Buddha itu.
Akibatnya, ribuan etnik Rohingya yang mendiami wilayah Rakhine (Arakan) terpaksa melarikan diri ekoran penindasan Myanmar sekali gus mencetus krisis kemanusiaan dan tekanan kepada negara jiran Myanmar yang juga negara anggota ASEAN.
Menurut Abdul Hadi, langkah menangani isu pelarian etnik tersebut perlu dilakukan secara bijak kerana dakwanya ada dalam kalangan pelarian Rohingya hanya mahu menyelamatkan diri dan mencari kesempatan.
“Kita perlu membuat perhitungan secara bijak, kerana di kalangan Rohingya ada yang benar-benar berjuang, maka wajib disokong perjuangan mereka untuk menuntut hak kemanusiaan, kerakyatan dan beragama.
“Ada juga kumpulan yang tidak peduli dengan apa yang berlaku, hanya sekadar mahu menyelamatkan diri sahaja. Bahkan ada juga yang mencari kesempatan sehingga menimbulkan masalah sosial dan keselamatan kepada negara penerima,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat pendekatan berasaskan Feqah Aulawiyat dan Feqah Muwazanat diambil kira dalam mengurus pelarian Rohingya ditambah dengan penularan wabak Covid-19.
“Maka mencegah mudarat yang lebih besar hendaklah diutamakan daripada menghadapi pendatang yang mencari kesempatan, bukan kerana perjuangan menuntut hak mereka sahaja tanpa perhitungan terhadap diri sendiri.
“Semua pihak telah mengambil langkah awal sebelum ini lagi, sehingga melibatkan NGO Malaysia yang bertali arus pergi ke sempadan membawa bantuan.
“Maka langkah terkini yang diambil oleh pihak keselamatan menyampaikan bantuan bekalan sepatutnya, di samping menghalang bahtera pelarian masuk ke dalam negara dalam suasana seluruh dunia diserang bencana wabak Covid-19 adalah perkara yang sewajarnya,” kata Abdul Hadi.
Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri itu berkata, Islam lebih mendahului 1,000 tahun daripada apa yang dikatakan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia 1945-1948 dan Konvensyen Geneva 1951, tetapi percakapan mereka tidak serupa bikin.
“Semua pihak yang hanya pandai mengkritik sepatutnya menyuluh diri sendiri terlebih dahulu dan mengkaji sejarah di tempat asal mereka, bagaimana cara bertindak terhadap pelarian dan apakah layanan mereka terhadap pendatang,” tambahnya lagi.
Selain provokasi dan fitnah oleh individu, sentimen kebencian sebahagian rakyat Malaysia terhadap pelarian Rohingya turut dipacu sejumlah kumpulan Facebook (FB) yang mempunyai ramai pengikut. Antaranya, seperti “32 Juta Rakyat Malaysia Tolak Rohingya” dengan seramai 29,809 pengikut.
Bahkan, media sosial difahamkan milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), FB Bersatu.Tv dan Bersatutv juga terjebak dalam menanam kebencian terhadap etnik Rohingya.
PENDIRIAN UMNO TIDAK BERSAMA BERSATU, UMPAMA SOKONGAN TERHADAP MAHATHIR
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang mengesahkan parti itu akan meninggalkan Perikatan Nasional sebaik Parlimen dibubarkan dan hanya akan bersama Pas dalam Muafakat Nasional untuk menghadapi PRU15 akan datang, tidak ubah umpama sokongan terbuka kepada kem Tun Mahathir Mohamad dalam pemilihan Bersatu akan datang.
Seperti yang kita sedia maklum, Bersatu kini terpecah dua dengan satu kumpulan memihak kepada Tun Mahathir selaku Pengerusi, manakala satu pihak lagi bersama Muhyiddin sebagai Presiden dan juga Perdana Menteri.
Dalam pemihan Bersatu yang bakal diadakan tidak lama lagi, mungkin Julai atau Ogos berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan bahawa parti-parti politik hanya dibenar mengadakan perhimpunan selepas 30 Jun disebabkan wabak Covid-19, kedudukan Muhyiddin bakal dicabar oleh Mukhriz Mahathir.
Walaupun Mukhriz hanya Menteri Besar Kedah berbanding Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, tetapi di belakang Mukhriz ialah Tun Mahathir yang dipercayai ramai kali ini bukan saja bertindak sebagai pengurus kempen, malah akan menjelajah ke seluruh negara memastikan kemenangan anaknya itu.
Setelah beliau menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi, kemenangan Mukhriz bagi jawatan Presiden adalah mustahak untuk memastikan kawalan penuhnya terhadap Bersatu.
Matlamat Tun Mahathir mahu menguasai Bersatu ialah untuk menyelamatkan parti itu daripada terus bersekongkol dan diperalatkan oleh UMNO yang sudah pun ditewaskan dalam PRU14 lalu.
Bagi Tun Mahathir, membawa semula Bersatu bekerjasama dengan UMNO adalah suatu pengkhianatan kepada parti itu.
Apabila Mohamad Hasan atau Tok Mat mengesahkan kerjasama mereka dalam PN dan dengan Bersatu hanya sehingga Parlimen dibubarkan saja dan tidak dalam menghadapi PRU15, ini bermakna kedudukan Bersatu dengan sendirinya jadi tidak menentu dalam pilihanraya nanti.
Sementara UMNO dan BN hanya mahu bekerjasama dengan Pas untuk berlawan dengan PH yang didalamnya ada PKR, DAP dan Amanah, Bersatu dalam PRU15 akan datang tidak ubah ibarat kancil yang bakal mati di tengah-tengah perkelahian dua gergasi.
Dalam erti kata lain, jika Bersatu terus dikuasai oleh Muhyiddin, parti itu dengan penuh kesedaran sedang menuju jalan mati.
Hanya jika Bersatu dapat dikuasai semula oleh Tun Mahathir saja parti itu punya harapan masa depan iaitu dengan kembali semula ke pangkuan PH.
Bermakna sekarang ini, pengesahan Tok Mat bahawa UMNO hanya mahu bekerjasama dengan Pas dan akan mengenepikan Bersatu, harapan untuk Tun Mahathir untuk menguasai semula Bersatu dalam pemilihan nanti adalah lebih cerah.
Pemimpin-pemimpin Bersatu yang memikirkan kedudukan jangka panjang dan ingin terus bergelar YB selepas PRU akan datang pasti tidak akan teragak-agak memberi sokongan kepada Mukhriz berbanding Muhyiddin.
Mereka kini sedar hanya dengan penguasaan semula Tun Mahathir terhadap Bersatu saja memungkinkan mereka ada masa depan yang lebih panjang dalam kerjaya politik masing-masing.
Terus bersama Muhyiddin, jangka hayat politik pemimpin Bersatu hanyalah sehingga tahun 2023 saja, malah jika usul undi tidak percaya berjaya dikemukakan, sebelum akhir tahun ini juga titik penamat untuk karier mereka sudah tiba. (ShahbudinHusin 27/04/2020)
LAPORAN KEPADA ROS PN SEBAGAI PERTUBUHAN HARAM
Khabarnya hari ini akan ada pihak membuat laporan kepada RoS berhubung kedudukan PN yang didakwa sebagai pertubuhan haram.
Di bawah ini salinan laporannya.
25 April 2020
Kepada
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Aras 8 & 9, Block D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan
42546, Putrajaya.
ADUAN BERKAITAN SEBUAH 'PERTUBUHAN' YANG DISYAKI BERGERAK SECARA HARAM.
1. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sejak 1 Mac 2020, terdapat satu pertubuhan atau perikatan politik yang disyaki 'haram' telah beroperasi dalam negara Malaysia.
3. Pertubuhan / perikatan politik tersebut dikenali sebagai 'Perikatan Nasional', yang kononnya merupakan sebuah perikatan antara beberapa parti politik yang telah bertindak membentuk sebuah kerajaan 'tebuk atap' pada awal Mac yang lalu.
4. Maklumat berkaitan Perikatan Nasional adalah sebuah pertubuhan haram diperkuatkan oleh Timbalan Presiden UMNO yang mengesahkan bahawa Perikatan Nasional tidak pernah berdaftar seperti Barisan Nasional.
5. Pihak JPPM perlu bertindak tegas atas pertubuhan haram ini, kerana sudah ramai rakyat yang terpedaya dan ditakuti akan diikuti oleh rakyat dengan menjalankan aktiviti atas nama pertubuhan yang tidak didaftar ataupun pertubuhan haram.
6. Semoga aduan ini diambil perhatian sewajarnya dalam usaha menegakkan kedaulatan undang-undang di kalangan rakyat.
Saya yang melapor
RIDZWAN BIN ABU BAKAR
Rakyat Malaysia.
(surat ini akan dihantar kepada Ketua Pengarah JPPM pada hari isnin - ini merupakan salinan awam).
BANGKIT KEBENCIAN ROHINGYA UNTUK TENGGELAMKAN ISU SINDIKET MYKAD?
SHARES
1.5k
VIE
MUAFAKAT terpanggil untuk memberi respons awal terhadap tertular di alam maya tentang sentimen api kebencian terhadap pelarian Rohingya, saudara seagama kita. Adakah ini anjuran Islam sempena di awal bulan Ramadan Kareem yang sepatutnya mengajar kita sifat ihsan dan berperikemanusiaan kepada golongan yang daif?
2. Persoalannya adakah dakwaan tuntutan-tuntutan kerakyatan itu benar dan beberapa permintaan asas kemanusiaan itu melampaui batas? Sebagai umat Islam kita diminta untuk berlaku adil dan saksama dalam menilai berita dan isu, lebih-lebih lagi di saat masyarakat umum gelisah dengan keadaan yang tidak menentu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
3. MUAFAKAT tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan isu ini untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengecam manipulasi komen media sosial yang menimbulkan fitnah terhadap pelarian Rohingya. Rata-rata mereka mahu pulang ke kampung halaman masing-masing tetapi terhalang kerana rejim Myanmar telah membatalkan kewarganegaraan mereka.
4. MUAFAKAT sedar cabaran isu pelarian bukan satu perkara yang mudah untuk ditangani kerana ia perlu dilihat dalam pelbagai dimensi. Ia melibatkan penyelesaian jangka panjang ke atas nasib status pelarian yang berada di Malaysia. Sehingga kini, Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di Malaysia.
5. Namun begitu Malaysia masih berjiwa besar untuk menerima lebih 150,000 pelarian Rohingya di negara ini. Apapun MUAFAKAT berpandangan kedaulatan dan integriti sempadan negara serta kebajikan rakyat Malaysia perlu dan tetap menjadi keutamaan pemerintah. MUAFAKAT juga ingin mengingatkan kepada pelarian Rohingya untuk menghormati sistem perundangan serta harus mendokong kesusilaan rakyat negara ini.
6. MUAFAKAT percaya kerajaan Malaysia mempunyai sebab tertentu untuk tidak menandatangani konvensyen berkenaan kerana sebarang keputusan memerlukan pertimbangan yang terperinci. Sungguhpun demikian ia tidak menghalang sifat ihsan dan peri kemanusiaan negara dalam mendepani isu pelarian ini. Yang lebih malangnya apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan.
7. Di sini MUAFAKAT ingin melihat kerajaan Malaysia terus mendesak agar rejim Myanmar mengambil semula pelarian Rohingya dan tidak berlaku zalim terhadap mereka. Pihak UNCHR juga harus memainkan peranan dengan memberi tekanan terhadap rejim Myanmar di peringkat antarabangsa kerana ini adalah isu asas hak asasi manusia.
8. MUAFAKAT ingin menarik perhatian berkenaan isu yang lebih besar dan merbahaya iaitu sindiket MyKad yang telah mendapat pendedahan sekian lama dan sudah mula dibuat beberapa tangkapan. Dilaporkan terdapat lebih dari 100,000 rakyat asing telah memperolehi MyKad palsu dan kini berkeliaran di dalam masyarakat sini tanpa kita sedari. Pengecaman secara fizikal sukar dilakukan namun usaha memberkas mereka ini perlu dibuat dengan lebih agresif. Yang bersalah harus dikenakan hukuman yang berat khususnya terhadap pengkhianat yang mengabai aspek keselamatan negara semata-mata untuk memenuhi kepentingan diri.
9. Ini tidak terkecuali mereka yang masuk melalui sempadan Sabah dan Sarawak yang bercakap dan berwajah sama seperti rakyat Malaysia Borneo yang lain. Memetik kata-kata YB Amzad Hashim, pemberian MyKad kepada warga asing umpama bom jangka kepada penduduk tempatan. Bahkan pada 2008 terdapat cubaan yang menggunakan kad pengenalan palsu untuk memohon menjadi anggota tentera.
10. Kegiatan sindiket ini memerlukan cara serta kaedah yang lebih agresif dan berkesan dari pihak berkuasa kerana melibatkan orang dalam. MUAFAKAT berharap satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) segera ditubuhkan untuk menyiasat kegiatan ini dan mengenalpasti dalang-dalang utama pemberian kewarganegaraan melalui kad pengenalan atau MyKad palsu untuk membolehkan pengkhianat negara dapat ditumpaskan dan dikenakan hukuman yang maksimum.
Haji Rashidi bin Haris
KETUA MEDIA MUAFAKAT
KALAU DAH TAK MAU KERJA ,BAIK MAMPOIH LAGI BAGUIH
SARIDAH SH ABDULLAH
Doa-doa orang malas sedang dikabulkan. Saya masih ada satu bidang yang masih boleh diceburi, jika tak mau juga, eloklah pendatang jadi tuan di negara ini.
PANASKAN ISU ROHINGYA ADA AGENDA TERSEMBUNYI?
Panaskan isu Rohingya ada agenda tersembunyi?
Kredit: Norman Radzuan
ULASAN: Pertama penulisan (artikel) di bawah ini adalah penulisan hebat daripada Dr Azlinariah Abdullah. Jika anda ingin menambah ilmu pengetahuan, positif, fokus kepada isu dan seorang yang ‘ulat buku’ sila baca artikel di bawah ini.
Dr Azlinariah pernah membuat tesis mengenai Rohingya. Penulisannya sepertimana saya fikirkan iaitu kenapakah propaganda isu ini tiba-tiba menjadi panas.
Sebelum itu saya ingin jelaskan mengenai artikel saya semalam yang ramai salah faham mengenainya secara ringkas untuk kalian fokus kepada penulisan Dr Azlinariah.
1. Saya bukannya mahu kita menjemput pelarian atau warga asing tinggal di sini tetapi fokus saya apakah ada sesuatu tersembunyi di sebalik isu ini dipanaskan. Adakah untuk mengalihkan isu rakyat?
2. Isunya kenapa kerajaan 4 tahun dahulu atau parti Umno dan Pas berkata akan membela Rohingya tiba-tiba membisu. Apakah Rohingya 4 tahun dulu, 10 tahun dulu dan sekarang berbeza? Mana janji Datuk Zahid membuat penempatan khas untuk Rohingya?
3. Mengapa banyak fakta seperti sarikata video, rakaman dan kenyataan wakil Rohingya berunsur fitnah tersebar mengakibatkan ramai umat Melayu menjadi berang dengan Rohingya yang dulu dibela.
4. Artikel semalam mengajak kita berfikir luar kotak apakah ada agenda tersembunyi? Seperti rakan Media Sosial saya Michael Lai memberitahu, Sun Zi Art of War membuat tipu daya ke Timur tetapi menyerang di Barat …
5. Kotor… pergilah ke flat-flat sekitar KL. Sampah dibuang merata-rata. Pergilah ke penginapan warga Bangladesh. Lif dirosakkan. Pergilah ke surau atau masjid seluruh negara… bilik air berbau. Malah orang Melayu jika bencikan seseorang, masih ingat tak alasan orang Melayu menghalang jemaah Tabligh tidur di masjid… mudah saja alasan jemaah Tabligh pengotor.
6. Gambar lembu dan kekotoran sekitar kedai atau penempatan di Selayang. Saya difahamkan di sana ramai Muslim Myamar (bukannya Rohingya) tinggal di sana. Baiklah kita ingin bertanya mengapakah Majlis Perbandaran Selayang tidak mengambil tindakan sedangkan aktiviti itu sudah lama. Lembu tu bukannya semut !
7. Betul ke Rohingya rampas tanah di Langkawi? Mengarut. Takkan polis, Majlis PBT atau orang tempatan boleh takut dengan bangsa ini. Bukan ramai pun.
8. Jangan ingat semua muka ala-ala Shah Rukh Khan itu Rohingya. Itu silap kita sehingga semua dituju ke arah Rohingya.
9. Kenapa kemasukkan berjuta rakyat Bangladesh atau kemasukkan rakyat Indonesia tanpa permit bukan isu utama? Bukankah mereka telah merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan?
10. Baju bersidai… sedangkan di kondominium atau pangsapuri pun bersidai baju yang sakit mata memandang…. Jadi fikir-fikirkanlah. Kita mudah mencipta prejudis menganggu emosi orang kepada isu yang lebih besar. Suara sumbang yang marah, sebelum propaganda ini dimainkan di media sosial adakah kita beremosi seperti sekarang. Hingga kita lupa kekejaman pemerintahan Myamar.
Akhir kata semoga Ramadan menyedarkan kita. Kita baru diuji dikurung dalam rumah, sudah tidak karuan. Apatah lagi mereka yang terkurung di lautan. Bukanlah kita mahu menjemput mana-mana orang asing ke sini tapi fikirlah secara insani. Tak mahu terima tidak mengapa tapi jangan sampai mengeji. Setiap bangsa ada individu yang perangai di luar batasan.
Sila baca artikel Dr Azlinariah Abdullah
Jadi, apa yang baharu tentang Rohingya? Bukan baharu lagi kalau isu tentang ini didebat seputar penindasan, mangsa keganasan atau dilabel yang hodoh-hodoh sahaja.
Oh ya, baru saya teringat, sejak beberapa minggu ini, begitu rancak perbualan dan perbincangan di platform dan akaun media sosial saya tentang etnik digelar makhluk paling malang sekali di dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini.
Ini baharu : Bahawa, rancaknya mereka- lebih tepat kalau disebut netizen, mereka berkicau tentang Rohingya, mengenai asal-usul mereka, hal berkaitan sejarah dan kaitkan pula dengan faktor sebenar kedatangan mereka ke negara jiran, sehingga mendapat berjuta-juta balasan.
Ada juga, dan ini juga baharu : Status yang melewati di paparan Facebook, menuduh saya rasis, tidak patriotik, menyebelahi satu pihak dan mendakwa saya membisu sebagai pengkaji Rohingya.
Maka, tulisan ini dibawa dan saya mahukan ia berdiri dengan adil dalam maknanya, iaitu meletakkan sesuatu di tempatnya. Tempat di sini dirujuk kepada saya, warga tempatan serta sebagai pengkaji budaya dan sosiologi Rohingya dan Rohingya, etnik tertindas sebagai pemegang status pelarian.
Sengaja semai kebencian?
Sambil menulis sebagai reaksi kepada pemerhatian dua tiga minggu ini, pandangan ini dihasilkan dengan penuh hati-hati, sangat tertib – bukan kicauan balas yang bergerak kerana emosi turun naik disebabkan perkembangan tertentu, tetapi digerakkan berdasarkan kepada fakta, etika dan data, medan yang barangkali tidak digunakan, atau setidak-tidaknya dilupakan oleh netizen semasa membahaskan perkara ini.
Tetapi, kicauan itu juga tidak baharu bukan? Tanya salah seorang sahabat alam maya saya, dihantar satu mesej secara peribadi. Ya, jawab saya, sebelum kemudiannya menyambung, ini, pada hemat saya, propaganda terancang menjadikan Rohingya alat menyemai kebencian atas kepentingan pihak tertentu.
Untuk tulisan ini, saya mahu mulakan dengan fakta. Ketika ketakutan akibat dan kesan COVID-19, dengan mata jadi cemas memerhatikan dompet dan poket makin menipis, angka-angka momok pula meningkat catat pesakit positif dijangkiti, gelisah dihimpit kematian makin menjadi-jadi, berlegar-legar di media sosial mendakwa mereka penyebar virus halimunan ini. Maka ekonomi perut, lekas memberi reaksi.
Dalam kita hampir sahaja menyerah dan meniti hari melelahkan, cukup mudah untuk mencari sesiapa sahaja boleh dijadikan bahan. Nah, di sini, kita seolah-olah terlupa siapa dan bagaimana.
Contohnya, kita pernah “mengiyakan” Rohingya ialah pelarian, kita bantu mereka atas dasar kemanusiaan. Ketika itu, kempen menyantuni mereka cukup semarak. Kalau kita belum lupa, pemimpin negara juga pernah hadir dalam satu rapat umum untuk solidariti kepada etnik ini. Tetapi apa sudah jadi sekarang?
Beri betis mahu peha
Sejarah mereka (yang belum tentu ada benarnya) digali semula, mencurah-curah mendakwa mereka bangsa yang zalim, maka jangan kita terima mereka, sudah diberi betis mahu peha, ini sikap tidak tahu diuntung.
Begini. Saya faham dan difahamkan, kemarahan dan kebencian ini bertitik-tolak kepada insiden di mana mereka ditahan di perairan masuk ke Malaysia dan dikhuatiri membawa jangkitan.
Kemudian rasa tidak puas hati ini bertukar marah pula apabila mereka dikatakan enggan disaring, langgar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ia kemudian dibawa ke medan media sosial. Dapat difahami, daripada tidak puas hati bertukar marah dan menjadi benci pula kalau perbincangan beralih arah.
Diburukkan dengan satu tuntutan “tidak berterima kasih sifatnya” oleh individu dikatakan pemimpin persatuan Rohingya, media makin rancak membincangkan isu ini.
Semua elemen, tidak puas hati ada, marah dan benci sahaja – “no to Rohingya” menyusuli perbincangan yang tersedia.
Muslim Myanmar bukan Rohingya
Kepada dakwaan-dakwaan ini, saya mahu katakan begini. Mereka ini Rohingya, bukan Muslim Myanmar atau Bangladesh.
Mereka ini tiada pasport atau dokumen, hanya ada kad UNHCR. Mereka ini pelarian, mudah dimanipulasi, tidak mendominasi perniagaan tempatan. Mereka menunggu untuk dibantu, makan minum dan menyara keluarga.
Kalau ada yang mendakwa “mereka semua” kini sudah begitu melampau, mungkin ia didorong membuat kenyataan secara “pukul rata” menyamakan Rohingya dan Muslim Myanmar dan juga Bengali dari Bangladesh.
Apa yang saya belajar dan kaji, juga hasil pembacaan ratusan buah buku, tiga kelompok ini adalah etnik yang berasingan, lalu menerima nasib berbeza walaupun menumpang di tanah yang sama.
Ambil contoh di Pasar Borong Selayang, berdasarkan kajian untuk tesis Ph.D saya, “The Myanmar Rohingyas, Challenges Faced by “refugee” Community in Malaysia”, kebanyakan peniaga adalah Muslim Myanmar dan bukan Rohingya.
Semua pemilik perniagaan asing adalah milik Muslim Myanmar (ada juga bukan Muslim) dan mereka bukan pelarian, memiliki pasport, justeru senang bawa masuk barang dari Myanmar dan kemudiannya berjual beli di negara ini.
Kebanyakan yang bekerja dengan mereka ini adalah dari Bangladesh dan Rohingya sekadar pekerja bawahan bergaji cukup makan. Namun, barangkali kerana rasa tidak puas hati, kita jadi tersalah marah dan mungkin juga buruk sangka.
Indonesia lebih sistematik
Di Indonesia bezanya, hampir tiada lagi pelarian Rohingya disebabkan mereka semua sudah ditempatkan ke negara ketiga termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Sweden.
Kalaupun ada, mereka di tempatkan di pusat penempatan, tidak berselerak seperti di Malaysia. Di Malaysia, data menunjukkan, sudah beberapa ribu pelarian juga ditempatkan di negara ketiga tetapi prosesnya amat perlahan.
Pelarian Rohingya berhak dapat perlindungan di Malaysia kerana mereka lari dari penghapusan etnik oleh tentera Myanmar.
Sebab itu, atas patuh kepada undang-undang antarabangsa, Malaysia benarkan mereka tinggal di Malaysia sehingga keadaan selamat untuk mereka pulang ke negara asal. Jadi, apa isunya?
Kalau itu faktanya, mereka yang marah-marah sehingga ada petisyen “katakan tidak kepada Rohingya”, sudah kenapa?
Dalam hal ini, saya juga mahu senada dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengakui cara tangani isu etnik tertindas ini perlu bijak selain beliau melihatnya lebih kepada situasi yang berlaku di Malaysia kerana ketika ini seluruh dunia menghadapi kesukaran untuk berada dalam keadaan stabil ketika berhadapan dengan COVID-19.
Selamatkan akidah
Kemudian saya mahu menyentuh mengenai etika dan manusiawi. Begini : Kalau Rohingya beragama Buddha, maka tiada sebab mereka perlu dihapuskan atas hujah tidak memberontak di negara sendiri, Myanmar.
Maka Malaysia menjadi destinasi mereka sebab negara kita adalah negara Islam. Ini adalah pendirian Malaysia dan juga pendirian Pertubuhan Negara Islam (OIC), malah, menjadi asas pembelaan terhadap mereka.
Mereka lari dan menjadi pelarian untuk selamatkan nyawa dan aqidah. Mereka, dalam bahasa Arab, adalah kaum Muhajirin dan kita adalah kumpulan Ansor. Di peringkat ini, kita sebagai Ansor wajar menyantuni mereka sebagai kaum Muhajirin.”Inilah sirah paling utama Rasulallah dalam membentuk negara Islam Madinah, sewaktu peristiwa Hijrah.
Kalau itu belum cukup, saya sentuh sedikit mengenai manusiawi. Rakan saya, Aslan ada menulis mengenai sentimen anti-Rohingya ini di FB beliau. Saya petik beliau berkata, “Amat ironi sekali, apabila Aylan Kurdi, anak Syria, mati terdampar di pantai, kita menangis melolong; tapi kita menolak ratusan pelarian yang kelaparan tiba dengan bot.”
Katanya lagi, alangkah tidak manusiawi apabila kita semua seolah-olah bersetuju bahawa permintaan mereka untuk mendapat hak menjadi manusia dikatakan aneh, seolah-olah ketamadunan hilang tamadunnya. Mereka minta diberi kerja, peluang pendidikan dan diterima sebagai manusia – hak untuk semua manusia di dunia ini, tanpa terkecuali pelarian tiada negara seperti Rohingya.
Saya kaitkan apa yang ditulis Aslan itu dengan kenyataan ini. Ketika mana perang terhadap wabak COVID-19 masih belum tentu bila akan berakhir, ada sedikit perkaitan bagaimana wabak ini secara tidak langsung mengangkat semula kepentingan ilmu kemanusian dan sains sosial kepada kemanusian.
Perbahasan bukan berlegar tentang sifat ketulenan sains itu, tetapi lebih kepada tentang sikap, perangai, norma, nilai dan budaya sesebuah masyarakat dan ketamadunan.
Covid 19 dan kemanusiaan
COVID-19 ini sebenarnya menonjolkan persoalan tentang kepimpinan, struktur dan sistem kerajaan, proses pembuatan dasar dan cabaran penyampaian perkhidmatan. Komunikasi menjadi kunci ketika mana manusia berada dalam kebingungan mencari hala tuju berdepan dengan apa yang mereka tidak pernah alami sebelum ini.
Dalam situasi ini, sejarah tetap menjadi pedoman dalam mencari model merencana tindakan. COVID-19 mengajar kita bukan sahaja tentang virus dan perubatan tetapi mengangkat kepentingan pemahaman kita tentang manusia dan kemanusiaan.
Sebagai pengkaji, saya kira tiada yang baharu tentang sentimen anti-Rohingya ini. Ia akan tenggelam, bermusim, sama juga seperti bantuan-bantuan kita berikan kepada pelarian lain, iaitu berebut-rebut beri ketika ramai memberi. Kawalan perasaan bercampur emosi ini juga tidak akan pernah berubah, – ada simpati dan benci – kerana darjah kefahaman kemanusiaan kita turun naik selari dengan perkembangan semasa.
Sebagai manusia, saya beranggapan, apa yang “baru” menimpa Rohingya ini, tidak selari dengan ajaran dan sirah Rasullah, apa lagi ketika umat Islam baru sahaja dalam minggu pertama menyambut Ramadan di mana umat Islam disaran menjadikan bulan penuh berkat ini sebagai madrasah untuk melonjakkan ketaqwaan dan ibadat kepada Allah.
Saya mahu menamatkan tulisan ini dengan memetik kenyatan bahawa, selepas sesuatu kejadian besar, pasti ada perubahan besar. Contohnya, selepas Perang Dunia Pertama, British perlukan lebih banyak pendapatan disebabkan menanggung kerugian yang banyak dalam perang.
Apabila peristiwa 13 Mei berlaku, ia menumbangkan pemerintahan Tunku Abdul Rahman dan aspirasi beliau terhadap Malaysia. Tanpa kuasanya, Malaysia jadi berbeza apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan.
Wabak COVID-19 tentunya ada impak yang akan mengubah negara, yang dinantikan kita semua. Kalau perubahan itu dari sudut sosial dan perhubungan sesama, nampaknya, perubahan adalah berbentuk kepayahan dan kesusahan untuk memecahkan mentaliti penjarakkan sosial dan skeptikal sesama kita.
Dan, belum tahu bila akan berakhir sekali pun, isu Rohingya, manusia dan manusiawi, adalah salah satu daripadanya.
Ini kerana, ada pihak menjadikannya isu perkauman dan keagamaan walaupun pandemik ini barangkali seputar isu kesihatan global, ilmu sains sosial dan kemanusiaan serta geografi.
ROHINGYA BINA PORT KEGANASAN?
VIDEO TIADA KAITAN DENGAN CERITA
Aku tertengok/terpandang/termenonton video pendek budak-budak Rohingya sambil bercakap Melayu menunjukkan mereka sedang isi peluru ke dalam magazine pistol. Dalam percakapan mereka, seolah-olah mengugut orang yang melihat video/live video berkenaan.
Aku tak pasti pistol jenis apa, tapi katanya Magnum. Bila fikir balik, itupun sudah memadai yang aktiviti puak Arakan di Malaysia jauh dari yang sepatutnya seseorang yang status "pelarian" lakukan di negara yang mereka tumpang tinggal.
Mereka sudah membina port keganasan dengan menunjukkan kekuatan!
Nak tumpang boleh, cuma jangan sampai menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Apa yang sepatutnya kita lawan ialah negara asal mereka datang. Myanmar tidak mengaku puak Rohingya sebagai rakyat yang sah, sementara Bangladesh yang menyediakan penempatan kepada pelarian itu pun tidak diperdulikan mereka.
Tekanan sepatutnya diberikan kepada Myanmar. Kuasa pemerintah Malaysia sangat mustahak dihalakan kepada pemimpin Mayanmar. Negara itu masih dalam Asean dan tidak harus dibiarkan mereka lepas tangan.
Kenapa Rohingya lari dan suka masuk ke Malaysia? Siapa yang info? Siapa yang uruskan mereka hanyut hingga kemari?
Mesti ada kira-kira tu...!
Sekadar pemerhatian aku
Aim 😎
📷 Aku cuma ada pistol manik tembak cicak 😅
RISIK MYANMAR DI MALAYSIA
Lebih 20 orang pasukan risik dari tentera Myanmar sedang berada di negara ini.
Ada yang berada dalam tahanan, manakala selebihnya sedang berkeliaran mengumpul maklumat.