Penyanyi lagu Januari, Glenn Fredly, meninggal dunia

Penyanyi lagu Januari, Glenn Fredly, meninggal dunia











Glenn, cukup popular di Malaysia pada era 90-an dan awal 2000 menerusi lagu Januari.






JAKARTA: Penyanyi Indonesia yang turut popular
 dalam kalangan pendengar
 Malaysia, 
Glenn Fredly, meninggal dunia pada hari ini, Rabu, 8 April 2020, pada jam
 6 petang 
waktu tempatan,

Mendiang menghembuskan nafas terakhirnya pada di usianya yang ke-44 tahun.

Khabar duka itu dimaklumkan rakan rapat beliau yang juga penyanyi, Tompi.

Media Indonesia melaporkan Glenn meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra,
Jakarta, 
akibat meningitis.

Glenn berkahwin dengan bintang dangdut, Ayu Mutia tahun lalu dan baru
 menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Februari lalu.

Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, dilahirkan
 di Jakarta
 pada 30 September 1975.

Mendiang mula menceburi dunia muzik secara profesional selepas memenangi 
satu pertandingan nyanyian pada 1995.

Glenn cukup popular di Malaysia pada era 90-an dan awal 2000 menerusi lagu
 Januari, Adu Rayu, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.

Penyanyi wanita popular Rossa juga antara rakan selebriti terawal yang berkongsi
 rasa dukacita itu menerusi akaun Instagramnya.

"Dengan (perasaan) amat sedih, sahabat lama, teman lama saya, Glenn Fredly, baru
 saja meninggal dunia. Jadi minta doanya," ujarnya.

Sementara itu vokalis Noah, Ariel, juga memuat naik posting menerusi akaun
 Instagramnya:



SIKAP WALAUN TAK BERUBAH TAPI SAMA SAJA


Hamsina Hamzah

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, teks

15 Mac joli main salji di Turki..

Kemudian kata coronavirus #TakutSalji..

5 April positive #Covid19 dan PAS buat derma kilat untuk Ostad Zuhdi..

😂😂😂

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗟𝗔𝗛 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝟭𝟯 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟬 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗧𝘂𝗿𝗸𝗶 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝘀 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗𝟭𝟵..

𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨, 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟬 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗿𝗸𝗶 𝗙𝗮𝗵𝗿𝗲𝘁𝘁𝗶𝗻 𝗞𝗼𝗰𝗮 𝗯𝗴𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟬 𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝘀 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗶 𝗧𝘂𝗿𝗸𝗶 ‼

Malas baca berita ka atau masuk gua kuarantin..

Demikianlah Sebuah Kedegilan PAS..

#PasDanBohongBerpisahTiada

JANGAN ENGKAR PERINTAH ALLAH




Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 07/04/2020
( 1 - 30 )


1. Apabila dikatakan istilah PAS sudah berubah daripada Parti Islam Se Malaysia
kepada Parti Amalan Sesat ( PAS ), ramai ahli mereka berasa marah.

2. Apabila dikatakan mereka ini tak ubah seperti SEEKOR SESUMPAH yang boleh bertukar warna badan mengikut keadaan dan keperluan, ramai juga yang tidak setuju.

3. Tanpa disedari oleh ramai ahlinya, prinsip dan dasar parti yang diperjuangkan sejak dilahirkan dalam tahun 1951 iaitu 69 tahun lamanya perlahan - lahan telah mula terhakis.

4. Bagi menentukan mereka terus berkuasa, Hadi dan pemimpin - pemimpin PAS yang lain lazimnya membuat berbagai fatwa mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.

5. Keadaan sebegini pernah saya lalui semasa mengikuti Kumpulan Al - Arqam pimpinan Ashaari Muhammad ( Alfatihah ) di suatu ketika dahulu.

6. Jika Ashaari mendakwa selalu mendapat arahan dari Rasullullah melalui mimpinya, ahli - ahli PAS pula begitu yakin Hadi ialah seorang ulama besar, perwaris Nabi yang begitu maksum, justeru tanpa menggunakan akal yang Allah SWT beri, mereka akan terus percaya dan akur ( walak ) tanpa berfikir panjang.

7. Rasulullah TIDAK PERNAH memaki hamun dengan menggunakan bahasa kesat seperti 'barua' dan 'anjing' terhadap sesiapa yang tidak sehaluan dengan Baginda.

8. Ulama Perwaris Nabi SEPATUTNYA mengikut jejak langkah atau contoh baik yang ditunjukkan Baginda, BUKAN mengikuti perangai Abu Lahab.

9. Peristiwa Batu Pahat TELAH MEMAKSA ramai pemimpin - pemimpin PAS yang sama - sama berkorban dan ramai yang keluar masuk penjara MENINGGALKAN PAS dan akhirnya menubuhkan parti baru, AMANAH.

10. TANPA sedikit pun mengambil kira pengorbanan mereka, oleh kerana MEMPUNYAI PANDANGAN AGAK BERBEZA, Hadi menyerang mereka sebagai 'barua' dan 'anjing' UMNO; serangan Hadi masih berterusan dengan menuduh AMANAH adalah boneka DAP dan PKR.

11. Bencinya Hadi terhadap UMNO sehingga sanggup mengkafirkannya dan menggangap MCA dan MIC sebagai seketul daging babi yang dicampurkan dalam hidangan bagi orang Islam.

12. Ekoran AMANAT HADI di Kampung Banggol Peradong , Kuala Terengganu 39 tahun lalu iaitu pada 7hb April 1981 , satu lagi peristiwa hitam telah berlaku.

13. Pada 19hb November 1985 seorang pengikut fanatik Hadi, Ibrahim Muhammad atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya bersama 14 pengikutnya dan 4 orang anggota polis telah terkorban dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai Peristiwa Memali.

14. Perjuangan PAS bagi menegakan negara Islam dengan Perlembagaan dan undang - undang Allah sudah pun TIDAK KEDENGARAN lagi.

15. Apa yang umum lihat pemimpin - pemimpin atasan PAS sekarang lebih berjuang untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga dari menentukan perjuangan asal parti berhasil.

16. Ramai juga ahli - ahli PAS berpendapat jika sekiranya Tok Guru Nik Aziz ( Alfatihah ) masih hidup sebagai Mursyidul Am parti itu, PAS mungkin tak jadi seperti 'orang mabuk' akibat minum beer Heineken atau Carlsberg atau ‘mabuk todi’ seperti yang berlaku sekarang ini.

17. Jika berada di taman bunga atau di kilang minyak wangi, bau - bauan wangi akan melekat di badan kita, sebaliknya jika berada di tempat buang sampah atau najis, pasti badan kita akan berbau busuk.

18. PAS yang sebelum ini TERLALU BENCIKAN UMNO /BN sebagai pengamal rasuah tegar kini sudah boleh berkongsi bantal dan selimut di dalam satu kelambu.

19. Tak tahu pula sama ada mereka mempunyai mimpi yang sama atau sebaliknya dan 'pernikahan' mereka ini berkekalan sehingga ke anak cucu atau tidak, sama-samalah kita lihat nanti.

20. Sama ada masuk melalui pintu belakang, melalui tingkap atau istilah Hadi masuk melalui tebuk atap, itu tidak menjadi isu ; yang penting ialah KUASA.

21. 'Matlamat Menghalalkan Cara' atau dalam bahasa Inggeris 'The Ends Justifies The Means’ sudah jadi pegangan Pas sekarang ini.

22. Sejak Hadi sebagai Presidennya, lidah PAS tak ubah seperti biawak dan perangai yang ditunjukkan tak ubah seperti seekor SESUMPAH yang secara sekelip mata boleh berubah warna mengikut keadaan dan keperluan.

23. Kini ALLAH SWT sedang menguji sejauh mana Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) itu akan menentukan Perlembagaan negara dan undang - undang Islam seperti yang diperjuangkan selama ini dilaksanakan.

24. Walaupun PAS hanya mempunyai 18 Ahli Parlimen termasuk 3 orang Menteri, namun jika PAS tarik diri atau sokongan mereka, maka Kerajaan pimpinan Muhyiddin AKAN jatuh; PAS TAHU DAN MUHYIDDIN PUN SEDAR keadaan ini maka beliau HARUS hormat dan akur tuntutan PAS.

25. Selain dari doa Covid19 yang diulang tayang oleh stesen TV setiap hari, adalah elok juga jika Muhyiddin berdoa agar PAS tidak tarik 'hand break' atau sokongan kepada beliau.

26. Inilah peluang PAS melaksanakan SEGALA PERINTAH ALLAH SWT seperti yang yang mereka tuntut selama ini; yang ada hanya beberapa ketul daging babi didalam Kabinet sekarang yang tak boleh menjejas kedudukan Muhyiddin ; JANGAN BERI ALASAN DENGAN MENYALAHKAN DAP LAGI.

27. Mulai sekarang PAS BOLEH DAN MESTI METUNTUT kesemua kilang dan kedai menjual arak ditutup, kedai jual tiket judi seperti 4 Ekor, Magnum dan lain - lain TERMASUK kasino Genting diberi notis tutup operasi, semua pramugari kapalterbang seperti yang disuarakan oleh Siti Zailah, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat mesti mengikut cara Islam dan RUU 355 TIDAK boleh ditangguhkan lagi, apatah lagi Menteri Undang - Undang dan Hal Ehwal Parlimen ialah Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS.

28. PISAU KINI DI TANGAN ANDA!!

29. Jika pemimpin - pemimpin PAS masih berdolak dalik dengan berbagai alasan bagi melewat - lewat atau tidak mahu melaksanakan HUKUM ALLAH SWT ini, tunggulah hukumannya pada Pilihanraya Umum ke15 akan datang.

30. JIKA ALLAH SWT BOLEH MENGGONCANG DUNIA DENGAN CORONAVIRUS ATAU COVID19, KUMAN YANG TAK BOLEH DILIHAT, ALLAH SWT JUGA BOLEH MENGHAPUSKAN PAS JIKA MEREKA ENGKAR MELAKSANAKAN PERINTAH NYA.

Wassalam
Terima Kasih.

COVID-19 Updates setakat 7 April pukul 5 pm:



42% kes COVID-19 - Perhimpunan Tabligh Sri Petaling.

2% (92) kes COVID-19 - Majlis Perkahwinan di Bandar Baru Bangi.

1% kes COVID-19 - kluster yg balik dari Italy di Kuching

1.7% (69) kes COVID-19 - Kes Sporadik

Ujian Saringan: 48, 522 - Negatif
Pulih: 1321
ICU: 92
Kematian: 63

JENIS ARAK DAN JENIS PEMIMPIN DI MALAYSIA.



1.Heboh soal operasi kilang arak di Malaysia baru-baru ini.

2.Pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam berlumba-lumba tunjuk ketegasan terhadap operasi kilang arak yang telah wujud puluhan tahun dan belum ada tanda akan ditutup terus.(Heboh baru ini hanya soal operasi masa PKP sahaja)

3.Foto dibawah adalah sebuah parti ARAK menggunakan wang negara.Jho Low membelanjakan jutaan ringgit wang negara untuk kos satu malam sahaja.

4..Seluruh dunia heboh tapi negara dimana wangnya digunakan untuk pesta arak sunyi sepi.Tidak berbunyi.Jenis arak itu halal barangkali pada mereka.

5.Rekod Polis membuktikan pada masa itu, waran tangkap terhadap Jho Low pun tidak dikeluarkan.Tangkap jauh sekali.(Sekarang dunia tahu Jho Low orang dekat kpd pemimpin no1 negara dan keluarga masa itu.
6.Parti bangsa dan Parti agama yang riuh seminggu dua ini bab arak ,pada masa itu BISU.Mungkin pada mereka ada fatwa jenis arak pada masa itu halal.Jenis arak hari ini haram.

7.Mereka lupa atau mabuk pada masa itu untuk sedar bahawa 2 dosa besar telah berlaku dan seluruh dunia tahu.

i.Pesta arak
ii.Pesta arak guna wang negara.

8.Atau mereka ini jenis pemimpin munafik yang jual agama dan bangsa hanya untuk kepentingan politik.

9.Taraf mereka ini sama sahaja malah lebih jijik daripada penjual arak.Mereka penjual agama dan bangsa.

10.Inilah jenis pemimpin bangsa dan agama di Malaysia sekarang.Lebih jijik dari arak.

Mohamad Ezam Mohd Nor

8 April 2020, 14 Syaaban 1441H

ORANG TANYA APA YANG NAK DIBUAT.JAWAB MUDAH SAHAJA...SAYA NAK LAKSANAKAN HUDUD,RUU 355, HAPUS KILANG ARAK...TU JAWAPAN YANG TEPAT.

sophia anne


Cer dengar..
Menteri Agama tanya apa dia akan buat kalau dia jadi menteri...
Tak jumpa jawapan, pusing pusing sudahnya nak menegakkan agama, angkat agama..

Apa yang nak dibuat x nampak..
Tak ubah mcm Si Hadi Awang, xdak lain 'cara isle' jer yang dia tahu jawab..tanya lagumana nak buat, selok kera..🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀


Kalau ggini lah jawapangggg bagi ko CEO company, haruih kena penerajang..

Tu jer la level puak-puak ni..
Sembang kari...







HADI AWANG GAGAL TUGAS PERTAMA SEBAGAI DUTA KHAS BERTARAF MENTERI



Walaupun surat fitnah dan bohong Hadi Awang kepada pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia ditulis dan dihantarnya sebelum beliau dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri, tetapi ia hanya terdedah kepada umum selepas perlantikannya yang berkuatkuasa 1 April lalu.
Ini bermakna, tidak dapat dielakkan ada hubungan kait antara surat yang ditulis Hadi Awang itu dengan jawatan yang baru diperolehinya.
Tidak mustahil juga, tersebarnya surat tersebut adalah dengan tujuan agar Presiden Pas itu benar-benar bertanggungjawab dan berani mempertahankan apa yang ditulisnya itu setelah diberikan jawatan bertaraf menteri itu.
Tetapi, meskipun sudah beberapa hari isu surat itu diperkatakan umum dan ada pemimpin Pas sendiri telah mengakui memang Hadi Awang yang menulisnya, tetapi beliau masih lagi membisu dan berdiam diri.
Kenapakah Hadi masih enggan menampilkan dirinya?
Kalau beliau yakin berdiri atas kebenaran dan apa yang yang ditulisnya adalah sesuatu yang benar, mengapa perlu takut dan bersembunyi?
Sikap yang ditunjukkan Hadi Awang ini hanya menyerlahkan tanggapan umum bahawa beliau tiada kekuatan untuk mempertahankan secara terbuka kebenaran kandungan suratnya itu.
Jika begitu, apa tujuan Hadi menulis fakta tidak benar, bohong dan fitnah kepada pemimpin-pemimpin gerakan Islam di Timur Tengah dalam suratnya itu?
Bukan saja sebagai pemimpin politik, lebih-lebih lagi dengan jawatan duta bertaraf menteri yang disandangnya sekarang, Hadi Awang tidak boleh lari daripada masalah atau cabaran yang ada di depannya.
Beliau mesti berani berdepan realiti dan menampakkan dirinya sebagai orang barisan hadapan yang tidak takut dengan cabaran kerana itulah antara peranan seorang duta khas, lebih-lebih lagi yang diberikan taraf menteri meskipun memburukkan pembangkang sendiri kepada pihak luar bukanlah sikap yang manis yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang yang bergelar duta.
Munculnya surat beliau kepada pemimpin gerakan Islam itu ibarat ujian pertama atas perlantikannya sebagai Duta Khas bertaraf menteri yang pertama dalam kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional atau PN.
Malangnya, dengan Hadi Awang masih berdiam dan takut mempertahankan isi kandungan surat tersebut setakat ini, beliau jelas telah gagal dalam ujian atau tugas pertama ini.
Sepatutnya, selepas dilantik sebagai Duta Khas bertaraf menteri, beliau lebih berani dan garang mempertahankan suratnya itu sepertimana garangnya beliau memfatwakan “Amanat Hadi Awang” di Banggol Perasong, Terengganu pada tahun 1981 sebelum ini.
Tentulah bukan harapan Muhyiddin Yassin untuk melihat beliau menjadi takut dan bisu dengan ujian atau cabaran pertama yang dihadapinya.
Muhyiddin tentu mengharapkan Hadi Awang tampil dengan keberanian mempertahankan kandungan surat itu kerana ia secara tidak langsung juga mempertahankan PN dan dirinya sebagai Perdana Menteri.
Jika Hadi Awang ada keberanian, tentulah keyakinan Muhyiddin lebih tinggi terhadap kemampuan Duta Khas lantikannya itu untuk berdepan cabaran atau masalah lain yang lebih besar lagi selepas ini.
Tetapi, selagi Hadi Awang masih berdiam diri dan gagal mempertahankan suratnya itu, bererti tipis jugalah harapan Perdana Menteri untuk bergantung harap kepada Duta Khas yang diberikan taraf menteri ini untuk menaikkan nama dan kerajaannya di Timur Tengah.
Iyalah, kalah untuk mempertahankan diri dan surat sendiri pun Hadi Awang tidak mampu, apalah yang Muhyiddin boleh harapkan untuk beliau dapat berbuat lebih daripada itu untuk dirinya, meskipun sudah diberikan jawatan bertaraf menteri dengan pelbagai kemudahan disertai gaji serta elaun puluhan ribu setiap bulan. 
(ShahbudinHusin 08/04/2020)

Anthony Loke bekalkan tandas bergerak untuk petugas sekatan jalanraya

Anthony Loke bekalkan tandas bergerak untuk petugas sekatan jalanraya

Anggota polis dan tentera yang terlibat membuat sekatan jalan raya di sekitar bandar Seremban berasa lega dalam melaksanakan tugas mereka apabila Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke membekalkan mereka tandas bergerak.
Dalam Facebooknya semalam, bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau dimaklumkan bahawa ada kekurangan tandas bergerak di beberapa lokasi sekatan jalan di Daerah Seremban.
“Saya terus menghubungi seorang kawan yang buat perniagaan event management dan mendapat contact seorang pembekal.
“Kadar sewa yang dikenakan amat berpatutan.
“Pagi tadi pembekal tersebut telah menghantar 9 unit tandas bergerak ke 9 lokasi road block di sekitar Seremban,” kata beliau.
Kata Anthony, keperluan asas untuk anggota polis dan tentera yang terlibat mesti dijaga.
“Saya tak dapat berkhidmat di front line. Harap sedikit sokongan ini memberi semangat kepada front liners kita,” kata beliau.


Krisis Covid-19: Libatkan semua pihak, segera bangunkan strategi jalan keluar

Krisis Covid-19: Libatkan semua pihak, segera bangunkan strategi jalan keluar

Data terkini berhubung Covid-19 yang menunjukkan petanda bahawa Malaysia telah berjaya melepasi kemuncak gelombang kedua penularan wabak Covid-19, memerlukan negara segara membincangkan strategi jalan keluar melibatkan semua peringkat kerana ia bukan soal krisis kesihatan semata tetapi juga soal ekonomi.
Inilah juga sebabnya mengapa mesyuarat tergempar Parlimen, walaupun melalui maya, perlu segera diadakan dan dijadikan keperluan utama, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kata beliau, Malaysia perlu membangunkan strategi jalan keluarnya sendiri yang mesti memenuhi tujuan bagi memastikan virus Covid-19, biarpun belum dapat dihapuskan sehingga ada vaksinnya, tetapi berupaya menghidupkan semula jentera ekonomi bagi membolehkan kehidupan sebolehnya menjadi normal semula.
Jelasnya, pembahagian zon mengikut warna di negara ini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh dijadikan asas kepada strtegi jalan keluar bagi mengawal dan memudahkan pergerakan.
“Tetapi perkembangan mengenai pembahagian zon mengikut warna perlu itu dikemaskini setiap hari supaya kesan serius penularan Covid-19 tidak tertumpu ke pelbagai daerah di negara ini,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu melalui bolgnya hari ini.
Zon merah merujuk kepada daerah yang mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19, jingga daerah 21 hingga 40 kes positif, kuning bagi daerah satu hingga 20 kes positif dan hijau bagi daerah tanpa kes.


MAKLUMAN



UNTUK MEMBACA POSTING AWAL , SILA KE BAHAGIAN BAWAH KANAN 

OLDER POSTS

P MAIN SALJI BAGAI..MELINGKUP....BALIK MINTA DERMA...MINTA KAT KERAJAAN LA WEIII


Sophia Anne

Aku x heran pun dia dapat covid..tak kecam pun dia pi Turki...lantak p laaa..

Tp aku nk cakap pasai derma ni..
PAS ni mmg hobi depa mintak derma ek??
Segala benda nk kutip derma..

Si Mat Zuhdi ni masuk hosp kerana positif Covid ..Masuk Hosp SgBuloh. Semua free laa.

Tu pun nk kutip derma?

PAS ni reti anjur kutipan derma je ke



DOA UNTUK PENGKHIANAT NO WAHID....KALAU TAK KERANA DIA...TAK AKAN BERPECAH PH..JANGAN LAGI PERCAYA DIA.

Doa Allahyarham Ustaz Fadzil Nor sudah termakbul.

Alhamdulillah Allah sudah makbulkan doa Ustaz Fadzil Nor. Allah lanjutkan usia Tun Dr Mahathir supaya beliau dapat melihat sendiri kesan daripada perbuatan beliau. Tidak perlu diulas apa dosa dosa Mahathir pada Anwar, rakyat dan negara kerana semua sudah maklum.


Rakyat yang berusia 30 an sekarang mungkin tidak mengenali Tun dengan mendalam, tetapi krisis politik yg berlaku kali ini menyedarkan mereka bahawa Tun pemimpin yang tamak kuasa dan tidak amanah.

Usianya terlalu tua dan sudah dua kali menjadi PM namun masih sanggup bermain politik kotor, mengkhianati Pakatan Harapan dan perjuangan rakyat.
Apa yang terjadi sekarang? Tun ditikam dari belakang oleh Presiden partinya sendiri Muhyiddin Yassin. Tun yg memperalatkan Azmin untuk menghancurkan PKR, akhirnya dikhianati oleh Azmin sendiri yang secara diam diam berkomplot dengan Muhyiddin untuk bersekongkol dengan musuh PH iaitu Umno/BN dan Pas. Lebih menyedihkan lagi Setiausaha Politiknya dan MP Umno yang melompat ke partinya turut mengkhianati beliau.

Maka akan tercatat dalam sejarah kita bahawa Mahathir yang dulunya dijulang sebagai bapa pembangunan mengakhiri riwayat politiknya sebagai PM yang menjatuhkan kerajaannya sendiri.

Maka krisis politik yg dicipta Mahathir kali ini menjadi penutup kepada Wawasan 2020 yang dinukilkannya ketika menjadi PM keempat, empat puluh tahun lalu.

Seandainya Mahathir mengotakan janjinya pada Anwar, negara ini terselamat daripada krisis politik dan Mahathir tidak dihina dan dikutuk rakyat seperti yang berlaku sekarang. Sekurang kurangnya beliau akan dikenang sebagai bekas PM yang menyelamatkan Malaysia drpd regim rasuah Najib dan Umno.


Maka timbul pertanyaan mengapa Allah tidak membuka hati Mahathir supaya insaf dengan kemungkaran yang dilakukan dahulu? Mengapakah Allah membiarkan Iblis menghasut Muhyiddin supaya mengkhianati amanah rakyat hingga tergamak kembali sekongkol dengan Umno, parti yang memecatnya kerana prinsipnya menentang rasuah? Mengapa Allah tidak membuka hati Yang Dipertuan Agong untuk melantik Anwar walaupun beliau mendapat undi jauh lebih banyak drpd Mahathir ( difahamkan Anwar 107 undi, Mahathir 65 undi dan selebihnya tidak undi)?


Pelbagai persoalan berlegar dikepala rakyat, jawapannya Allah saja yang tahu.

Bagaimanapun Allah menyuruh kita berfikir. Puas saya berfikir, akhirnya saya berkesimpulan semua yang berlaku ini adalah rencana Allah untuk memakbulkan doa Allahyarham Fadzil Nor.
Maka lihatlah apa yang berlaku sekarang. Ekonomi Malaysia terus menjunam. Pasaran saham merudum dan nasib rakyat bertambah menderita dihimpit kemiskinan.

Muhyiddin, bekas pesakit kanser terpaksa memikul beban memimpin negara, satu tugas yang amat berat bagi seorang yg tidak berapa sihat.

Sehingga kini beliau belum mampu membentuk Kabinetnya. Beliau terpaksa menunda sidang Parlimen yg dijadualkan 9 Mac kepada 18 Mei, bukti bahawa beliau tidak dapat sokongan majoriti.
Pastinya kerajaan pintu belakang akan menghadapi pelbagai masalah dan yang paling berat bagi Muhyiddin ialah menangani krisis keyakinan yg berpanjangan sehingga PRU akan datang.
Satu lagi petunjuk Allah ialah bermula dari 23 Februari - hari berlakunya “Sheraton Movement” berlakulah gelombang kedua Covid-19 dan kini jumlahnya meningkat kepada 50 orang ( 22 sudah discharge sebelum 23 Februari).
Untuk maklumat, sebelas hari sebelum 23 Februari tidak ada kes baru dikesan. Hanya 11 hari selepas Sheraton Movement, 28 kes baru dikesan.

Dengan merebaknya kes baru coronavirus, maka tugas utama Muhyiddin ialah menangani wabak ini. Kini hasrat mana mana pihak untuk membuat snap election tidak mungkin tercapai.

Kalaupun penanguhan Sidang Dewan untuk membolehkan Muhyiddin  mengukuhkan sokongan kepadanya, dengan merebaknya Covid-19, PRU 15 tidak boleh disegerakan kerana risikonya amat tinggi.

Maka firasat saya, kerajaan pintu belakang akan terus bergolak dan bergoyang.


Alhamdulillah, walaupun ada pihak yang cuba menyalahkan Anwar, sebenarnya Allah menyelamatkan Anwar daripada terpalit dengan krisis ini.


Hati Anwar daripada awal lagi menolak daripada menyertai Kabinet Mahathir. Anwar tidak campur tangan dalam pembentukan Kabinet Mahathir dan Anwar tidak terbabit dalam penggubalan sebarang dasar yg dibuat Mahathir.

Barangkali juga Allah mahu menyelamatkan Anwar daripada terpalit dengan kefasadan politik.
Berkat kesabarannya walaupun diuji dan difitnah sedemikian rupa Anwar tidak pernah resah dan kecewa. Barangkali juga Anwar bersyukur tidak menjadi PM ketika politik negara bergelumang dengan pelbagai noda dan dosa sehingga membabitkan Istana.

Said Nursid Badiozaman berdoa “ Ya Allah jauhilah aku daripada syaitan yang direjam dan politik ( kotor)”

Barangkali istiqamah Anwar dengan prinsip perjuangan menegakkan keadilan dan ehsan untuk seluruh rakyat, akan dirahmati Allah.
Allah- a’lam.

Dari

Dato' NAZRI ABDULLAH
Bekas Ketua Pengarah BH




BARU CUIT SIKIT DAH ADA DALIL

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'Sabda Nabi s.a.w dalam hadis qudsi yang masyhur "Sesiapa yang memusuhi waliKu maka Aku isytiharkan perang terhadapnya". Hadis riwayat Bukhari. Sudah tentu antara wali2 Allah itu para ulamak. Sesiapa yang memusuhi, mencaci, menghina ulamak maka sebenarnya dia mencari perang dengan Allah Ta'ala. Nazubillah min zalik.'



Miqdad Zakaria

Baru "cuit" sikit walaun's dah tunjuk dalil.. Sekali dia bagi kenyataan siapa entah ni..

Ni ceq nak habaq mai kat hang..!

Wali Allah ni orang yang dekat dengan Allah.. Yang taat dengan suruhan dan larangan Allah.. Tidak kira di masa senang atau susah.. Segala amalannya hanya kerana Allah.. Bukan untuk mendapat pujian dan habuan dunia..

Wali Allah ni hatinya selalu "khasyyah" gentar.. Takut.. Gerun dengan amalan yang boleh mengundang kemurkaan Allah.. Dia tidak akan menipu.. Membohong.. Memfitnah.. Menyokong perkauman yang diharamkan oleh Allah.. Tidak..!

Sebab itu Allah sebut dalam Quran.. إنما يخشى الله من عباده العلماء.. Orang yang gentar.. Takut kepada Allah di kalangan hambaNya adalah ulamak..

Apa yang dimaksudkan oleh Allah dengan ulamak..?

Syaikhul islam menjawab dalam fatwanya.. " وَهَذَا يَدُلُّ عَلَى أَنَّ كُلَّ مَنْ خَشِيَ اللَّهَ فَهُوَ عَالِمٌ . وَهُوَ حَقٌّ ، وَلا يَدُلُّ عَلَى أَنَّ كُلَّ عَالِمٍ يَخْشَاهُ " انتهى من "مجموع الفتاوى"

Maksud dia.. "ini menunjukkan sesiapa sahaja yang gentar hati dan amalannya kepada Allah (tidak melakukan maksiat) maka dialah ulamak.. Dan dia adalah benar.. Dan tidaklah bagi setiap ulamak itu ada perasaan gentar dan takut.. "

Makna mudahnya.. Bukan semua ulamak takut kepada Allah.. Ada yang berani berbohong.. Memfitnah.. Bersama kelompuk yang memperjuangkan perkauman yang diharamkan oleh Allah dan Rasul..

Tapi..

Ada orang yang ilmu sikit.. Tapi ilmu yang dimiliki membuatkan hatinya selalu gerun kepada azab Allah.. Taat segala suruhan.. Meninggalkan segala larangan.. Maka hamba Allah sebegini yang paling dekat dengan Allah.. Dan mereka inilah ulamak sebenar..

Ulamak tak ulamak duduk pada takut kepada Allah.. Bukan pada ilmu yang banyak.. Karang kitab bertingkat².. Berceramah sampai tak cukup hari.. Bukan..!

Bukan semua yang ada ilmu banyak itu baik.. Ramai juga di kalangan mereka yang jahat..!

Sekian..



BANTUAN BERPILIH PILIH...


Rizal pandak

Ramai di media sosial yang
mempersoalkan kenapa bantuan Kerajaan Negeri berpilih kepada e-kasih(Rm500) dan B40 (Rm300) hanya golongan tertentu seperti petani dan nelayan berlesen serta lain-lain lagi.

Kebanyakan yg mempersoalkan isu ini adalah dari golongan B40 yg terlihat gagal memenuhi prasyarat kelayakan seperti dibawah:

1. Pekebun kecil; tapi tidak memiliki lesen MPOB.
2. Nelayan; tapi tidak memiliki lesen nelayan.
3. Pemandu kereta sapu; jelas tiada kelayakan permit.

Daripada senarai tersebut diatas, ianya menjelaskan bahawa mereka gagal membuktikan status dlm golongan B40 yg layak menerima bantuan.

Mungkin ada keperluan untuk diperhalusi mekanisma agar mereka2 ini dapat dibantu.

Namun begitu selain daripada golongan diatas, mereka2 yg sengaja bising di media sosial adalah hanya sengaja menimbulkan persepsi negatif memburukkan kerajaan negeri.

Kebanyakan mereka yg bising ini adalah org2 yg masih mampu dan bukan terputus pendapatan. Bila ditanya jika mereka berkerja, berniaga atau sebagainya, mereka akan berusaha membanjiri ruangan komen dengan alihkan isu. Disiasat kedudukan rumah dan nama Ketua Rumah, juga sengaja tidak jawap dan alihkan isu.

Jadinya, hanya membuang masa menjawab serangan persepsi begini.

Peti sejuk mereka dirumah yg masih penuh makanan si kaya membandingkan diri dengan rak kayu simpanan ubi dan padi si miskin.

Sengaja menghinakan diri demi matlamat menyebarkan kebencian untuk kepentingan politikus?? Terpulang masing2 menilai..

*Gambar sekadar hiasan.

Tuuuu Diaaaaa Indon : Masih degil tak hirau Covid-19, ribuan penduduk bersesak sambut kepulangan peserta liga dangdut




Eva Yolanda disambut peminat di Lombok Indonesia dan tidak menghiraukan penularan Covid-19 yang mampu membahayakan nyawa sendiri. (Gambar indozone)

Kepulangan Eva Yolanda, salah seorang peserta Liga Dangdut Indonesia (Lida) 2020 disambut warga Desa Lando, daerah Terara, Lombok Timur hujung minggu baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, kelihatan warga daerah itu bersesak sambil berteriak meminta Eva bernyanyi.
Malahan, kumpulan yang ramai itu juga tidak peduli arahan penjarakkan sosial ketika penularan wabak Covid-19 semakin serius.
Eva tersingkir daripada pertandingan itu Sabtu lalu.
Menurut kompas.com bukan hanya di daerah berkenaan, kehadiran Hamid Aan yang juga peserta pertandingan sama disambut ribuan penduduk Alor, Nusa Tenggaran Timur.
Mereka berkumpul di Lapangan Terbang Mali, Alor untuk menyambut anak kelahiran daerah itu pada Sabtu.
Malahan, ada juga yang berkumpul di halaman rumah Hamid di Desa Alila Selatan, daerah Alor Barat Laut.
Walaupun ada kawalan pihak polis, namun ia hanya sia-sia kerana peminat 2 peserta itu tetap berkerumun untuk melihat lebih dekat peserta pertandingan itu.
Setakat ini Lombok Timur dikategorikan zon merah kerana 2 warganya disahkan positif Covid-19.
Ketua Polis Lombok Timur, Tunggul Sinatrio berkata, pihaknya berusaha untuk meminta supaya semua pihak bersurai.
“Dah namanya peminat, lebih-lebih lagi kenalan di kampung halaman tentunya mereka mahu bertemu Eva.

LANTIK DUTA PENGARUH HJ HADI BERAKHIR?

PUTRAJAYA TENTUKAN LANJUTAN PKP PADA JUMAAT INI



PKP yang dimulakan 18 Mac lalu, kini memasuki hari ke-22 dan kerajaan perlu membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa penularan Covid-19 di Malaysia.

KUALA LUMPUR: Sama ada perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui dalam masa kira-kira 72 jam.
PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini dan kerajaan dijangka membuat pengumuman pada Jumaat ini.
Jika diteliti, rakyat mengharapkan ia tidak dilanjutkan selepas memasuki hari ke-22 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan perlu membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa penularan Covid-19 di negara ini.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan 69 kes sporadik Covid-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal-usul dan punca jangkitannya.
Sebanyak 170 kes baru Covid-19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat 12 tengah hari semalam, menjadikan keseluruhan 3,963 kes positif membabitkan 63 kematian.
Indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70% sepanjang tempoh PKP, namun tangkapan individu yang ingkar PKP di seluruh negara sehingga semalam mencecah 6,451 orang.
Mengenai operasi sanitasi awam Covid-19, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob semalam berkata, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah melakukan 666 operasi sanitasi di 79 zon, termasuk semua 18 zon merah.
Dalam tempoh itu, bangunan kerajaan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut dinyahcemar, termasuk 24,077 unit rumah PPR.
Operasi itu penting kerana satu lagi lokasi dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), iaitu bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India.
Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPD di 3 kawasan, iaitu Simpang Renggam di Kluang, Sungai Lui di Hulu Langat dan Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Di sebalik segala usaha itu, rakyat dan syarikat korporat turut bersama kerajaan membantu membendung penularan Covid-19, termasuk menyumbang kepada Tabung Covid-19 yang kini mencecah RM22.6 juta untuk disalurkan kepada pihak memerlukan.
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin melalui catatan di Facebooknya berkata, sehingga Isnin lalu, RM5.68 juta dana daripada tabung itu disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara bagi tujuan pembelian barang keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik itu.
Muhyiddin berkata, RM195,000 juga disalurkan atas nama Bayaran Ihsan Kematian kepada 39 waris mangsa jangkitan Covid-19.
Tabung Covid-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu dalam usaha kerajaan membantu rakyat terjejas.
Justeru, Malaysia memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya sepanjang PKP ini bagi mengekang penularan pandemik itu daripada terus menular.
Tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan mematuhi peraturan, tidak menyebarkan berita palsu, termasuk di media sosial dan hargailah peranan petugas barisan depan yang berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.