BENARKAH INI KERAJAAN MELAYU ISLAM?







Malah, kononnya kerajaan tanpa DAP iaitu gabungan antara BERSATU, UMNO dan PAS khususnya akan memperkukuh kedudukan politik Melayu sebagai teras politik Malaysia, kata penyokong mereka. Kononnya ia berbeza dengan naratif kerajaan PAKATAN HARAPAN yang berasaskan kesetaraan dan tidak mahu dikaitkan sama sekali dengan faktor agama dan perkauman dalam menjayakan perkongsian kuasa mereka. Demikian kata Dr Mohd Izani dalam tulisannya di Sinar Harian. Ramai yang naif tentang status Kerajaan PERIKATAN NASIONAL dari segi nilai moral dan etikanya. Sedangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khalid Nordin berpendapat bahawa kerajaan hanya akan disegani dan diyakini dengan wibawa kabinetnya. Beliau berkata demikian kerana mempertikai tentang komposisi ahli kabinet dalam Kerajaan PERIKATAN NASIONAL. Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Sidang Parlimen 2019 | Live Talk Show Bicara Najib Razak | Live Talk Show Bicara Yb Khalid samad

BILA MASA PULAK KERAJAAN PH CADANG NAK HAPUSKAN ELAUNS KRITIKAL???



KERAJAAN PH DULU HAPUSKAN ELAUN KRITIKAL?

Macai dan walaun menyalak kononnya kerajaan PH pernah bercadang untuk menghapuskan elaun kritikal.  Nampak sangat macai dan walaun ini malas mencari maklumat dan fakta. 

Elaun tugas kritikal tu sekarang dah hapus ke?  Masih ada kan?  Ertinya kerajaan PH tak hentikan setelah perbincangan dibuka dan dibahaskan.  Itulah baiknya kerajaan PH yang menerima pandangan semua pihak setelah dibincangkan. 

Cadangan mahu hentikan elaun kritikal itu pun atas dasar ada beberapa penerimanya tidak lagi menenuhi syarat.  Itu pun dibincangkan dulu dengan berbagai pihak secara terbuka.  Itu pun kerajaan PH masih tidak hentikan sehinggalah pengkhianat jatuhkan kerajaan. 

Berbeza dengan kerajaan pintu belakang yang buat keputusan tanpa dengar pihak lain.  Isu keluar wang KWSP dapat tentangan ramai pihak termasuk dari MTUC sendiri.  Tapi ianya terus dilaksanakan untuk mengelak dari kjaan keluar duit untuk bantu rakyat.  Rakyat korek tabung sendiri. 

Macai dan walaun tetap bodoh.😉

WFAUZDIN NS

Hospital Teluk Intan ditutup, 37 petugas positif Covid-19

Wartawan HM
am@hmetro.com.my

HOSPITAL Teluk Intan (HTI), Perak ditutup sementara untuk proses pembersihan dan penyahkuman selepas 37 petugas kesihatan di hospital itu positif koronavirus baharu (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hospital akan dibuka semula dan pihaknya akan menyelaras doktor serta jururawat daripada hospital lain untuk membantu HTI.
“Selain HTI, empat hospital dikenal pasti kadar jangkitan tinggi membabitkan petugas kesihatan adalah Hospital Putrajaya; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu; Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Selayang,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Ditanya mengenai keupayaan kakitangan KKM yang kini dilihat bekerja sepenuh masa, Noor Hisham mengesahkan keadaan itu dan kakitangannya sudah bekerja tanpa henti selama tiga bulan.
“Apa yang penting kita perlu menyelaras tenaga sumber manusia kita, seramai 3,400 orang akan dikerah ke hospital dan klinik yang kini sedang menjalani latihan asas yang terdiri daripada 2,500 jururawat.
“Selain itu, jururawat yang sudah bersara iaitu seramai 3,000 orang akan dipanggil dan membantu mengikut kepakaran masing-masing terutama di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dewan bedah,” katanya.

KENYATAAN MEDIA



PERLANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN – KERAJAAN PERLU FOCUS PADA GOLONGAN YANG BERPOTENSI KEBULURAN

Sebagai wakil rakyat, kami telah membantu dengan sebaik mungkin termasuk menggunakan baki bantuan yang ada untuk memberikan bekalan makanan kepada mereka yang sangat memerlukan semasa perintah kawalan pergerakan. Bantuan telah diberikan melalui saya sendiri atau melalui pegawai-pegawai saya di pusat khidmat.

Tetapi walaupun belum sampai 31 Mac atau fasa pertama perintah kawalan pergerakan, saya telah menerima banyak aduan daripada mereka yang hanya bersandarkan gaji harian atau mereka yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Golongan ini termasuklah mereka yang berada di dalam bidang pertanian seperti petani, nelayan, penternak serta peniaga kecil.

Saya ingin menegaskan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah melanjutkan perintah kawalan pergerakan untuk tidak memandang ringan kepada golongan ini. Adakah kerajaan mempunyai pangkalan data yang lengkap dengan senarai mereka yang benar2 fakir dan miskin serta mereka yang  mengharapkan gaji harian tanpa simpanan? Saya sangat bimbang golongan ini akan menghadapi ancaman kebuluran jika tidak ditangani secara tuntas. 

Apabila tempoh kawalan pergerakan ini dilanjutkan, persoalan utama ialah faktor bekalan logistik untuk mengatasi keperluan makanan kepada golongan ini. 

Saya berharap perkara ini diteliti oleh perdana menteri dan saya juga mengharapkan satu pelan operasi khas yang jelas bagi membantu golangan yang paling berisiko ini. 

SALAHUDDIN AYUB

* TIMBALAN PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA
* AHLI PARLIMEN PULAI
* ADUN SIMPANG JERAM
25 MAC 2020


DI BAWAH KERAJAAN DAP P.PINANG



Walaun kata DAP cina Komineh. aku faham saja sebab bila di Pantai Timur ni sebut saja cina..dia kata komeneh...tapi kedai cina barang beli ke cina tak apa pulak...maka terbuka minda aku...#sokampung...banyak dibesarkan di persekitaran kampung Melayu saja..tak kenal erti persaingan ketika bersekolah dan berdikari.

Bantuan “One Off”Kerajaan Negeri Pulau Pinang.



RM300 untuk semua yg terlibat di barisan hadapan menanggani Covid 16.
KKM, PDRM, Tentera, Rela & APAM.


RM300 untuk Pemandu e-hailing.


RM500 untuk Peniaga &Penjaja Kecil berlesen.


RM500 untuk semua penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


RM500 untuk Pemandu Teksi & Penarik Beca.


RM300 untuk semua Pemandu Pelancong.



Pengecualian bayaran sewaan premis Kerajaan Negeri - SUK & Rumah PPR  selama 2 bulan.


Pengecualian bayaran sewaan semua premis perniagaan, rumah & gerai penjaja (Pihak Berkuasa Tempatan) selama 1 bulan bermula April 2020.


RM10 juta pembiayaan Perolehan Peralatan Keselamatan Diri bagi kegunaan KKM.


RM 1000 bagi setiap Masjid 


RM500 bagi setiap Surau.

RM3 juta bagi bantuan makanan (Zakat Pulau Pinang)

Pinjaman tanpa faedah kelansungan perniagaan

Dana bantuan masyarakat setempat.







TERKINI #COVIDー19 di Malaysia 25 Mac 2020:



■ Jumlah kematian akibat  di Malaysia setakat ini ialah 19 orang.

Kes kematian ke-18 adalah pesakit ke 1,625 lelaki warga tempatan berumur 56thn dan mempunyai penyakit kronik. Dirawat Hosp Sultan Ismail, Johor. Meninggal dunia 23 Mac 2020 jam 2am.

Kematian ke-19 ialah kes 1,246, wanita tempatan berumur 68thn. Beliau dirawat di Hops Sultanah Nora Ismail pd 19 Mac dan neninggal dunia 25 Mac jam 12.53 pagi. 

■ 172 kes positif baharu, jadikan jumlah keseluruhan 1,796 kes hari ini.

😢 Takziah daripada seluruh rakyat Malaysia

■ 73 anggota kesihatan KKM positif #COVIDー19, punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM. 

47 kes berkaitan majlis perkahwinan yang turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh. 

Lain-lain - sejarah ke luar negara dan kontak rapat pesakit.

■ Kakitangan hospital yang dijangkiti #COVID19 melibatkan:

Hospital Teluk Intan, Perak,  seramai 37 orang.

Selebihnya di Hospital Putrajaya, Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Selayang.

~ Datuk Noor Hisham Abdullah, KP Kesihatan

Sarawak belanja RM1.5 bilion, Terengganu bila pula mahu bantu rakyat

Sarawak belanja RM1.5 bilion, Terengganu bila pula mahu bantu rakyat
"Inilah waktunya kewajipan yang begitu mendesak perlu di laksanakan untuk rakyat termiskin di negeri Terengganu, yang di gelar Kuwait Malaysia, olih Kerajaan yang menggelar dirinya Kerajaan Islam- Melayu," katany

Kerajaan negeri Terengganu diminta menyediakan iniasitif khusus untuk rakyat negeri itu bagi melawan kesan dari Covid-19 dengan menggunakan sumber bayaran kewangan dari minyak dan gasnya.
Pengerusi AMANAH Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata, kerajaan negeri Terengganu sepatutnya mencontohi Kerajaan Sarawak, sebuah negeri pengeluar minyak dan gas utama, yang telah mengumumkan RM1.5 billion di bawah ‘Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang’ untuk rakyat Sarawak yang patut di puji.
“Apakah pula perancangan negeri pengeluar minyak dan gas Terengganu yang di gelar Kuwait Malaysia?
“Sehingga kini tidak kedengaran cadangan yang menyeluruh. Terengganu bersama dengan Serawak di antara empat negeri rakyat yang termiskin di Malaysia,” kata bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
Katanya, seperti juga Serawak, Terengganu merupakan negeri yang kaya minyak dan gas sementara rakyatnya di antara termiskin di Malaysia.
Setiap tahun royalti minyaknya mencecah RM1.4 billion dan baru-baru ini Terengganu telah menerima anugerah khas ‘one off’ sebanyak RM200 juta yang telah di bayar cara terus oleh kerajaan Pakatan Harapan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terengganu juga mempunyai Tabung Warisan Negeri dari pendapatan minyak yang di tubuhkan sejak tahun 1970’an lagi. Inilah masanya wang tersebut di gunakan untuk membantu rakyat,” kata Raja Bahrin dalam kenyataannya.
Menurut beliau, Terengganu juga mempunyai pendapatan kutipan zakat yang di antara tertinggi dan sepatutnya diagihkan kepada mereka mereka yang amat memerlukan.
“Rakyat Terengganu yang terdiri kebanyakkannya dari nelayan, petani dan peniaga kecil amat mengharapkan bantuan dari kerajaan Negeri dari sumber kekayaan minyak kerana kerajaan pusat hanya boleh menghulur RM9. 3 juta sahaja waktu krisis Covid ini.
“Hanya 15 % ekonomi Terengganu bergantung kepada sektor swasta sementara 85 % bergantung kepada perbelanjaan kerajaan atau GLC Kerajaan,” katanya.


PENGLIPURLARA KISAH MENTERI PASIR DUA BUTIR

Caruta panglipurlara (tak kuad jangan baca)


Ahmad shahril shahril


Caruta panglipurlara (tak kuad jangan baca)

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila Menteri Alam Sekitar, YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan punca pencemaran alam sekitar datangnya dari Musang King..
.
Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut.
.
Masing masing terpaku melihat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.
.
Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.
.
“Doh bape sekilo Musang King lening?” Tanyanya dalam loghat Ganu, TITM tak berani menjawab.
.
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bertanya lagi... “cukup dok nak buwi ke rakyat diskaung durian waktu Covid ni?” Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa Ganunya semakin pekat.
.
TITM membalas, “ Tak cukup Tuan Presideng. Lening rakyat dok mahu Musang King. Rakyat mahu mask dengang hand sanitizer””
.
YB Zailah macam mana? Tweeter nya dah activate balik ke belong?
.
TITM menjawab, “ dalam proses Tuan Presideng”
.
Dah bakpe lambak sangat activate akaun tweeter nung. Senang aje kan?
..
“Errr...UEC tu guane Tuan Presideng? Takpa tu nanti saya panggil Mujahid dan Mujahidah Cyber kita untuk bangung berjuang back-up YB Zailah”..
.
Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tuan Guru menangis lagi??
.
Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat statement2 yang kurang bijak dari Menteri Alam Sekitar, manakala sebelah tangannya lagi masih menanggung kehilangan YB Zailah.
.
Itu belum kira UEC, Komunis, China dan segala yang ditembak zaman PH, kini menjadi serabut kepala di sebalik serbannya semula.
dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi Presiden PAS, malah menolak menjadi menteri kerana mahu menyampaikan kuliah Dhuhanya di Rusila.Hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat pulih dari Covid-19 dengan meminum air suam.



Soalan-soalan lazim berkaitan penangguhan pinjaman, pembiayaan



 

MGF06022017_BANGUNANMENARA23
Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan soalan-soalan lazim berkaitan langkah-langkah untuk membantu individu, PKS dan syarikat korporat yang terjejas oleh wabak Covid-19.
Soalan-soalan ini diharap dapat memberi panduan kepada mereka yang berkaitan.
Berikut adalah soalan-soalan tersebut:
dATT1-Soalan-Lazim-Mengenai-Langkah-Langkah-untuk-Membantu-Individu-PKS-dan-Syarikat-Korporat-yang-Terjejas-oleh-Wabak-COVID-19_postAGFra-page-001
dATT1-Soalan-Lazim-Mengenai-Langkah-Langkah-untuk-Membantu-Individu-PKS-dan-Syarikat-Korporat-yang-Terjejas-oleh-Wabak-COVID-19_postAGFra-page-002
dATT1-Soalan-Lazim-Mengenai-Langkah-Langkah-untuk-Membantu-Individu-PKS-dan-Syarikat-Korporat-yang-Terjejas-oleh-Wabak-COVID-19_postAGFra-page-003
dATT1-Soalan-Lazim-Mengenai-Langkah-Langkah-untuk-Membantu-Individu-PKS-dan-Syarikat-Korporat-yang-Terjejas-oleh-Wabak-COVID-19_postAGFra-page-004
dATT1-Soalan-Lazim-Mengenai-Langkah-Langkah-untuk-Membantu-Individu-PKS-dan-Syarikat-Korporat-yang-Terjejas-oleh-Wabak-COVID-19_postAGFra-page-005
dATT1-Soalan-Lazim-Mengenai-Langkah-Langkah-untuk-Membantu-Individu-PKS-dan-Syarikat-Korporat-yang-Terjejas-oleh-Wabak-COVID-19_postAGFra-page-006
dATT1-Soalan-Lazim-Mengenai-Langkah-Langkah-untuk-Membantu-Individu-PKS-dan-Syarikat-Korporat-yang-Terjejas-oleh-Wabak-COVID-19_postAGFra-page-007

Semua akan dapat manfaat pengumuman Jumaat ini – Muhyiddin


 
MGF160320_PC-TAN-SRI-MUHYIDDIN-YASSIN_03-1
Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR – Pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang akan dibentangkan Jumaat ini bersifat lebih menyeluruh dan memberi manfaat kepada semua peringkat, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sama ada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. InsyaAllah, no one will be left behind,” kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demiikian dalam perutusan khas yang disiarkan secar langsung pukul 1 petang tadi.
Muhyiddin turut berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu para asnaf yang beliau percaya sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini.
“Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, dalam mesyuarat Kabinet hari ini beliau juga telah mengarahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menggerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi mengenal pasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar segera.
Katanya, beliau juga berharap pusat pungutan zakat di negeri-negeri lain juga dapat melakukan perkara yang sama.
“Organisasi-organisasi kebajikan atau charity organizations juga boleh memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
“I call upon all charity organizations in this country to rise to the occassion by helping the needy regardless of race and religion during this trying moment. The difficulties they are facing are unprecented. And I believe all of you can do something meaningful to ease their burden,” katanya. – MG


PRAMUGARI LARII DAH KEMBALI KE HOSPITAL

‘Pramugari lari’ sudah kembali ke hospital, mengaku timbul salah faham - “Saya tak tahan duduk situ...”

Yana menjelaskan kes tersebut telah selesai dan dia sudah kembali menerima rawatan di hospital, petang Selasa.
SUSULAN tular kes pramugari yang mempunyai simptom Covid-19 melarikan diri dari Hospital Parit Buntar, Perak, malam Isnin, gadis tersebut memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Mitchell Adriyana Abdul Malik atau lebih mesra disapa Yana menjelaskan kes tersebut sebenarnya sudah selesai apabila dia telah kembali ke hospital berkenaan, petang Selasa.
"Bagi saya kes dah selesai. Tapi saya terkilan kenapa nak viralkan saya sedangkan saya dah call pihak hospital maklumkan nak datang hari ini (Selasa).
"Sekarang saya dah kat hospital dan sedang dirawat," katanya ketika dihubungi mStar, petang Selasa.
Mengenai laporan polis yang tular di media sosial itu, Yana mengakui dia melarikan diri dengan bantuan abang angkatnya kerana mendakwa tidak diberi makanan dan minuman sepanjang berada di bilik isolasi untuk saringan.
Malah dia turut menafikan laporan tular yang menyatakan dirinya seorang pramugari, sebaliknya sedang menjalani latihan kru kabin.
Laporan polis yang tular di media sosial.
"Memang saya mengaku saya lari. Saya dah tak tahan duduk situ, tanpa makan dan minum. Saya pun menangis dekat abang angkat saya cakap nak makan apa semua.
"Tak apalah abang angkat saya pun bawa saya pergi makan. Lepas tu saya tak larat balik hospital, jadi saya baliklah rumah family abang angkat saya.
"Sebenarnya ada timbul salah faham. Saya dah call pihak polis dan pihak hospital semalam (Isnin), beritahu saya akan datang hari ini (Selasa). Kalau nak saya datang semalam memang saya tak larat," dakwanya yang dipindahkan ke Hospital Taiping selepas tampil di Hospital Parit Buntar.
Gadis berusia 21 tahun itu berkata dia sudah pergi ke hospital tersebut sejak dua hari lalu, iaitu pada Ahad dan Isnin. 
"Hari Ahad saya datang nak check demam sebab saya dah demam banyak hari. Tunggu dari pukul 8 malam sampai 1 pagi tapi tak ada result apa-apa. Mereka hantar surat kat saya cakap nak transfer ke Hospital Taiping.
Yana, menerusi posting di media sosial memohon maaf atas tindakannya.
"Lepas tu mereka cakap saya boleh balik rumah kuarantin. Esok (Isnin) pagi mereka cakap Hospital Taiping dah full... lepas tu tolak pergi Hospital Ipoh.
"Jururawat suruh saya tunggu lagi dari pukul 3 petang tanpa makan minum. Saya mestilah lapar... dahaga lagi. Nak pergi toilet pun tak bagi," dakwanya.
Dakwa gadis itu lagi, dia belum disahkan positif Covid-19 dan hanya menunjukkan simptom jangkitan tersebut.
"Saya belum disahkan positif. Pihak hospital tak cakap result saya, darah saya pun mereka tak ambil.
"Saya tak pergi mana-mana pun. Kawan-kawan saya pun tak ada yang demam," dakwanya.
Sementara itu, Yana menerusi posting di Instagramnya turut meminta maaf kepada orang ramai di atas perbuatannya itu.
"Yana minta maaf menyusahkan orang ramai. Terima kasih yang doakan Yana. Doakan Yana cepat sembuh," katanya.
Terdahulu, polis mengesahkan ada menerima laporan kes tersebut.

PM umum pakej rangsangan baru pada Jumaat

Malaysiakini
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan pakej rangsangan baru bagi merancakkan ekonomi negara yang sedang merudum sekarang pada Jumaat ini.
“Insya-Allah, pada hari Jumaat nanti saya akan umumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh,” katanya dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, hari ini.
“Sama ada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat.
“Insya-Allah, no one will be left behind (tidak ada sesiapa yang akan ditinggalkan),” kata Muhyiddin.
Menurut perdana menteri, beliau menyedari bahawa dalam keadaan sekarang, ramai pihak yang memerlukan sokongan dan bantuan.
Malah, katanya, semalam kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi yang sukar ini.
“Hari ini, satu lagi inisiatif iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat telah saya umumkan,” katanya.