SELEPAS BUNG MOKHTAR, AZALINA PULA PERSOAL KABINET PN

MASA DEPAN MASIH KUKUH UNTUK ANWAR..MAHATHIR SUDAH BERLALU.



Tun Mahathir kata Orang Melayu tolak Anwar. Saya tidak setuju dengan Mahathir dalam soal ini.
Kalau hendak tahu orang Melayu sokong Anwar Ibrahim maka bagi peluang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan.
Janji ini tidak dipenuhi. Janji ini dimungkiri. Bercanggah dengan budaya Melayu.
Ada bidalan Melayu. Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya.
Memang ada orang Melayu yang tak suka pada Anwar. Mereka ini segelintir saja. Hanya beberapa kerat orang saja.
Mereka ini terdiri di kalangan kapitalis kroni Melayu yang berpengaruh yang menguasai politik, ekonomi dan media massa.
Kapitalis kroni yang jutawan, maha jutawan dan bilioner ini kebanyakan menjadi kaya raya semasa Mahathir jadi Perdana Menteri ke4 selama 22 tahun lalu dan kembali berkuasa baru baru ini apabila Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri ke7.
Kapitalis kroni Melayu ini yang menentang kuat dasar ekonomi yang hendak dibawa oleh Anwar apabila Anwar jadi Perdana Menteri.
Agenda ekonomi rakyat jelata yang miskin, yang berpendapatan rendah, yang hidup susah dan menderita dari pelbagai kaum yang majoriti dalam kelas bawahan ini rakyat Melayu yang ingin diangkat oleh Anwar Ibrahim supaya mereka ini bebas dari kemiskinan dan kemunduran melalui reformasi ekonomi amat ditakuti oleh kelas elit berkuasa Melayu.
Anwar Ibrahim amat tahu Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Kedudukan Istimewa orang Melayu telah disalahgunakan oleh pemimpin pemimpin politik Melayu, elit ekonomi dan elit berkuasa Melayu untuk mengkayarayakan diri mereka sendiri dan membiarkan majoriti rakyat Melayu terus hidup miskin dan melarat.
Tun Mahathir perlu mengakui selama tempoh 22 tahun tambah 2 tahun lagi jadi Perdana Menteri beliau hanya berjaya melahirkan beberapa kerat jutawan, mahajutawan dan bilioner Melayu tetapi gagal melepaskan puluhan juta orang Melayu lainnya dari kemiskinan dan kemunduran.
Anwar Ibrahim 2 tahun ditahan di bawah ISA kerana memperjuangkan nasib orang Melayu miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974. Agenda menolong orang Melayu miskin ini diteruskan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri.
Anwar Ibrahim semasa mahasiswa memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Ini diteruskan apabila beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri.
Anwar Ibrahim semasa jadi pemimpin belia membela nasib rakyat Melayu di selatan Siam dari kekejaman penindasan regim tentera Thailand di bawah kepimpinan Perdana Menteri Thanom Kittikarchon.
Anwar pemimpin dunia Islam dari Nusantara Melayu yang telah memperjuangkan nasib rakyat Palestin sejak dari beliau muda hinggalah sampai kini.
Saya menyatakan ini bukan untuk menjadi macai Anwar Ibrahim atau mahu mengampunya. Saya tak perlu itu semua.
Saya menulis dan bercakap seperti ini kerana saya melihat dengan mata kepala saya tentang perjuangan Anwar Ibrahim.
Beri peluang Anwar jadi Perdana Menteri kalau hendak lihat rakyat Melayu yang miskin, nelayan, petani, buruh, penjawat awam bawahan dan menengah sokong Anwar Ibrahim atau tidak.
Mahathir telah mungkir janji kepada Anwar. Mahathir telah menafikan hak rakyat Malaysia dalam PRU14 untuk mendapatkan Anwar menjadi Perdana Menteri mereka yang ke-8.
Tetapi Mahathir tidak akan menongkat langit. Anwar akan kembali ke Parlimen Malaysia. Anwar kini menjadi Presiden PKR yang lebih teguh dan bersih selepas tersingkirnya para pengkhianat.
Anwar dan rakan rakan kepimpinan dalam Pakatan Harapan akan memperkuatkan PH dalam Parlimen Malaysia dan lebih bersedia menghadapi PRU ke-15.
Tun Mahathir boleh mencemuh dan menghina Anwar sekarang dengan Anwar tetap sopan dan tidak mahu menyerang balas secara kasar dan tidak berhemah.
Tetapi Mahathir tidak boleh menahan Anwar Ibrahim bagun kembali memimpin rakyat Malaysia secara keseluruhannya secara inklusif dari semua kaum dan agama.
Masa hadapan terbuka kepada Anwar Ibrahim. Masa Tun Mahathir telahpun berlalu.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Jumaat 13 Mac 2020

Utamakan jaga kesusahan rakyat, tak ada masalah bincang dengan Tun M, kata Anwar




Utamakan jaga kesusahan rakyat, tak ada masalah bincang dengan Tun M, kata Anwar
"Mari kita utamakan untuk menjaga kesusahan rakyat. Saya tidak ada masalah untuk berbincang dengan Tun Dr Mahathir," katanya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mempunyai masalah untuk berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelesaikan masalah rakyat khasnya ekonomi dan Covid-19.
“Mari kita utamakan untuk menjaga kesusahan rakyat. Saya tidak ada masalah untuk berbincang dengan Tun Dr Mahathir,” kata Anwar dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Menurut Anwar, wakil PKR dijangka akan menemui Tun Dr Mahathir selepas mesyuarat mereka hari ini dan beliau sendiri bercakap dengan Tun Mahathir melalui telefon.
Beliau juga tidak mempunyai masalah untuk berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelesaikan masalah rakyat khasnya ekonomi dan Covid-19.
“Mari kita utamakan untuk menjaga kesusahan rakyat. Saya tidak ada masalah untuk berbincang dengan Tun Dr Mahathir.
“Fokus kami adalah terhadap ekonomi dan penularan wabak Covid-19. Wabak itu telah menjadi kebimbangan kepada rakyat.
“Jumlah Covid-19 yang (diisytiharkan) sebagai pandemik adalah sesuatu yang membimbangkan. Belum ada satu kenyataan seperti yang pernah berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan, di mana ada kesungguhan dan juga keputusan-keputusan yang bijak untuk memastikan ianya dapat dikawal.
“Ia tidak mudah, apakah kesediaan hospital, kepakaran, kemudahan dan kawal selia yang boleh membantu kita menangani masalah ini.
“Saya harap kerajaan, dalam beberapa hari yang berikut ini menumpukan kepada masalah ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
Turut hadir, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
Menurut Anwar, wakil PKR dijangka akan menemui Tun Dr Mahathir selepas mesyuarat mereka hari ini dan beliau sendiri bercakap dengan Tun Mahathir

PAS PATUT DIBERI MENTERI KEWANGAN?

UMNO PUTUSKAN KERJASAMA KERAJAAN PN BUKAN ANTARA PARTI

Sertai Kabinet PN: Ada racun dalam madu Umno Pas, kata Khir Toyo



Oleh AKMAL MANAF

March 13, 2020 2:51 pm

"Nak dibuang madu, sayang juga. Nak diluah terasa sedapnya, tak rasa pula racunnya. Apapun, kesan minum madu beracun ini yang pastinya tidak ada ubat yang mampu menyembuhkan jika sudah terlalu banyak racun dalam badan," katanya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan kabinet Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk Isnin lalu, cuba untuk menguatkan kedudukan Bersatu untuk menembusi kubu kuat Umno dan Pas terutamanya di kawasan luar dan pinggir bandar.

“Kementerian Luar Bandar; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; Kementerian Wanita dan Kebajikan; Kementerian Pendidikan dan Kementerian Ekonomi adalah antara kementerian yang tugasnya menjangkau masyarakat luar bandar.

“Malahan, sebahagian besar rakyat amat bergantung kepada kementerian yang dipikul tugasnya oleh ahli parlimen daripada Bersatu.

“Saya pasti strategi ini akan melemahkan kekuatan Umno dan Pas dalam jangka waktu yang singkat. Ada racun dalam madu itulah situasi yg dihadapi oleh Umno dan Pas.

“Nak dibuang madu, sayang juga. Nak diluah terasa sedapnya, tak rasa pula racunnya. Apapun, kesan minum madu beracun ini yang pastinya tidak ada ubat yang mampu menyembuhkan jika sudah terlalu banyak racun dalam badan,” katanya.

Khir Toyo berkata demikian menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.

Dalam hantarannya itu, Khir Toyo turut menimbulkan persoalan padat dan ringkas iaitu, mampukah Muafakat Nasional ini bertahan dengan dugaan dan godaan madu beracun ini.

PARTI TEBUK ATAP GAGAL JADI MB PERAK..


Ibrahim Mat Isa

Kikiki.. Parti bunga yang seketul tu pun berjaya, parti bulan sila menganga dengan bersungguh-sungguh ya 😁😁😂😂takkan lah Sultan Perak yang bijaksana tu tak faham...kah.kah.kah.,..saman dah bayar ka blom??

#TraitorTebukAtap


SEBELUM JADI SEPERTI PKR, BAIK UMNO BERTINDAK SEGERA.



Hanya beberapa hari selepas pembentukan kabinet, UMNO yang merupakan blok terbesar dalam Perikatan Nasional atau PN sudah mula menunjukkan perasaan tidak puas hatinya.
Azalina Othman Said, Shahrir Samad, Bung Mokhtar Radin, Khaled Nordin Tajuddin Abdul Rahman adalah antara pemimpin UMNO yang terawal bersuara secara terbuka meluahkan perasaan tidak puas hati mereka.
Dipercayai lebih ramai lagi pemimpin UMNO akan tampil selepas ini meluahkan perasaan yang sama berikutan Muhyiddin Yassin dilihat tidak berlaku adil kepada UMNO dan seolah-olah ada agenda sulit yang tersendiri.
Di media sosial dan di warung kopi, pemimpin UMNO peringkat bahagian serta mereka yang aktif dalam parti Melayu itu turut meluahkan perasaan kecewa dan marah terhadap Muhyiddin.
Antara isu yang menjadi asas ketidakpuasan hati mereka ialah jumlah menteri yang sedikit diberikan kepada UMNO, pengagihan kementerian kanan yang tidak adil, dua menteri kanan diberikan kepada Bersatu berbanding hanya satu kepada UMNO dan pemberian keistimewaan kepada Azmin Ali untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet ketika ketiadaan Perdana Menteri.
Dengan keistimewaan itu, walaupun jawatan TPM ditiadakan, Muhyiddin dengan jelas dan tanpa berselindung lebih mengiktiraf Azmin sebagai timbalannya berbanding pemimpin UMNO.
Sudahlah semua Ahli Parlimen kumpulan Azmin daripada bekas PKR diberikan jawatan menteri dan timbalan menteri, memberikannya keistimewaan seolah-olah sebagai TPM dengan sendirinya menunjukkan Muhyiddin telah menganak-tirikan kedudukan UMNO dalam PN.
Tidak kurang menyebabkan perasaan tidak puas hati ialah tindakan Muhyiddin melantik beberapa pemimpin yang tidak disenaraikan oleh UMNO sebagai menteri, antaranya Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin.
Difahamkan Zahid Hamidi sendiri tidak senang dengan perlantikan kedua-dua mereka itu, bukan saja kerana beliau tidak pernah mengemukakan nama mereka kepada Muhyiddin, bahkan juga kerana Khairy Jamaluddin pernah berlawan dengannnya bagi kerusi Presiden UMNO pada pemilihan 2018 dahulu.
Dengan beliau kini dilantik sebagai menteri oleh Muhyiddin bersama-sama dengan Hishammuddin, wujud kerisauan jika kedua-duanya bakal berganding bahu dalam pemilihan UMNO tahun 2021 akan datang.
Dalam keadaan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sedang berdepan kes mahkamah dan tanpa kedudukan serta Mohamad Hassan sebagai Timbalan Presiden tidak diberikan apa-apa jawatan, gandingan Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin dilihat mempunyai kelebihan untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO pada tahun depan.
Keadaan ini menjadikan, melalui susunan kabinet yang dicaturkan oleh Muhyiddin, walaupun UMNO kembali berkuasa, tetapi seolah-olah ianya suatu pengakhiran kepada masa depan Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan.
Turut menimbulkan rasa tidak senang UMNO berkaitan susunan kabinet ialah berhubung permintaan mereka agar bekas Ahli-Ahli Parlimen parti itu yang melompat menyertai Bersatu selepas PRU14 lalu tidak diberikan jawatan dalam kabinet nampaknya langsung tidak dilayan oleh Muhyiddin.
Kepada UMNO, mereka itu adalah pengkhianat parti dan tidak harus diberikan kedudukan yang sama dalam kerajaan bersama pemimpin-pemimpin yang setia serta tidak pernah berlaku khianat.
Ternampak bahawa dalam penyusunan kabinet ini, selain Muhyiddin banyak membuat percaturan sendiri dan cuba menidakkan kedudukan UMNO yang lebih banyak kerusi, beliau seperti meniru langkah Tun Mahathir ketika melantik pemimpin-pemimpin PKR sebagai menterinya dalam era kerajaan PH sebelum ini.
Oleh kerana PKR mempunyai kerusi Parlimen paling banyak, beberapa nama yang dicadangkan oleh parti itu telah diketepikan oleh Tun Mahathir, sebaliknya beliau melantik nama-nama lain seperti Azmin Ali dan Saifuddin Abdullah daripda PKR sebagai anggota kabinetnya.
Tindakan Tun Mahathir itu akhirnya berhasil menjadikan PKR berantakan dan berpecah, lalu PH sendiri tidak pernah aman dan tumbang sudahnya.
Dalam hal ini, meskipun belum dapat dipastikan apa niat sebenar Muhyiddin, tetapi tindakannya mengabaikan banyak permintaan UMNO serta mengenepikan nama-nama yang dicadangkan parti itu, ia jelas memperlihatkan kecenderungannya untuk melihat UMNO berpecah dan menjadikan dirinya daripada Bersatu yang mempunyai jumlah kerusi yang sedikit terus dominan dalam kerajaan.
Begitu pun, di sebalik sekian ramai pemimpin UMNO meluahkan perasaan tidak puas hati dengan Muhyiddin dan susunan kabinet, tidak ternampak pula ada antaranya punya keberanian untuk bertindak lebih jauh daripada itu, walaupun beberapa pemimpinnya mengatakan pembubaran Parlimen adalah pilihan yang terbaik buat mereka.
Barangkali, UMNO juga sayang untuk melepaskan kuasa yang sudah ada dalam tangan, walaupun dianak-tirikan.
Apa yang mereka lakukan hanyalah bercakap, bercakap dan bercakap mengenai perasaan tidak puas hati itu sambil berharap melalui kocakan yang ditimbulkan, Muhyiddin akan sedia membubarkan Parlimen untuk diadakan pilihanraya secata mengejut.
Tetapi, percayalah, selagi boleh bertahan, Muhyiddin akan terus bertahan dan tidak akan membubarkan Parlimen.
Ini berikutan Bersatu di mana beliau menjadi Presidennya juga sedang berpecah dan hubungannya dengan Tun Mahathir masih lagi tidak menentu.
Dalam keaadaan sedemikian, mustahil Muhyiddin mahu mengadakan pilihanraya.
Satu-satunya cara, jika UMNO benar-benar mahu pilihanraya mengejut diadakan ialah dengan mereka segera menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.
Melalui penarikan sokongan daripada UMNO yang mempunyai 39 kerusi itu, PN akan tumbang dengan sendirinya dan untuk mengelakkan beliau disingkirkan dengan cara yang memalukan, pilihan yang ada bagi Muhyiddin untuk menyelamatkan maruahnya ialah memohon kepada Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dengan segera.
Pendek kata, pembubaran Parlimen itu benar-benar dalam diadakan keadaan yang terpaksa demi menjaga air mukanya.
Maka, jika benar UMNO mahu pilihanraya, usahlah bertangguh lagi dan cepat-cepatlah tinggalkan Muhyiddin. (ShahbudinHusin 13/03/2020)

DENGAR WAHAI RAKYAT SEKALIAN.,.,BAHAWASANYA,.


Miqdad Zakaria

Dengar elok-elok  walaun's..

Kerajaan hari ni hanyalah perikatan antara Ahli-ahli  Parlimen.. Bukan kerjasama antara Parti-parti..

Ha ha..


NASIB DI PERLIS.



Mujur Perlis, kalau Penang..tebalik la Malaysia...sahih huhahuha walauns ratip siang malam pagi petang.


Pas terbukti licik ambil kesempatan, permain Mahathir?




Pas terbukti licik ambil kesempatan, permain Mahathir?
Apa yang diidamkan Pas sebelum PRU14 kini menjadi kenyataan; dapat membentuk kerajaan bersama Umno dan menjadi anggota Kabinet persekutuan.
Ketika gabungan pembangkang sepakat mengatur langkah dan strategi untuk menumbangkan kerajaan kleptokrat pimpinan Najib Razak ketika itu, Pas lebih selesa bersikap mesra-Umno, kononnya sekadar menjadi penasihat kerajaan.
Parti itu akhirnya bertanding lebih kurang 160 kerusi Parlimen, bilangan paling tinggi dalam sejarahnya. Tujuan utamanya bukan untuk menjatuhkan kerajaan BN-Najib, tetapi didorong oleh motif untuk memecahkan undi pembangkang dan mengekalkan regim sedia ada.
Pertandingan tiga penjuru di antara BN, Pakatan Harapan dan Pas bagi memudahkan penyandang bertahan, sekali gus membentuk kerajaan campuran pasca 9 Mei 2018.
Hasrat pemimpin utama Pas untuk bergabung dengan BN terhalang oleh sentimen0 anti-Umno yang begitu kuat di kalangan penyokong akar umbinya. Justeru, berdepan pendukung parti, khususnya cabaran terdekat daripada Parti Amanah Negara, Pas menafikan sekeras-kerasnya niat untuk bekerjasama dengan Umno.
Namun, segalanya terdedah dan diakui sendiri pemimpin Pas dan Umno selepas PRU14. Mereka – termasuk Najib dan Timbalan Mursyidul Am Pas — mengakui taktik pertandingan tiga penjuru itu ternyata “makan tuan” dan menguntungkan Pakatan Harapan.
Justeru, begitu mudah sekali konsep taawun diaplikasi bersama Umno, yang akhirnya mencetuskan gagasan Muafakat Nasional. Ya, apa yang dimpikan menjelang PRU14 sudah dapat direalisasikan tanpa bantahan.
Konflik dalaman Pakatan Harapan khususnya menangani proses peralihan perdana menteri, di antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim turut menjadi pemangkin dan bonus buat Pas-Umno mengambil kesempatan. PKR juga menghadapi masalah internal yang cukup serius. Presiden cuba disabotaj oleh timbalan sendiri.
Pas lebih ke hadapan cuba memanipulasi hubungan dingin di antara penyokong Mahathir dan Anwar. Mereka bercadang untuk mengusulkan di Parlimen undi percaya kepada Dr Mahathir untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal.
Memang aneh sekali apabila pembangkang membawa undi percaya kepada perdana menteri, selalunya undi tidak percaya. Sebenarnya Pas hanya mahu memecah-belahkan gabungan PH, khususnya di antara PKR dan Bersatu. Terdapat wakil rakyat PKR yang ghairah memastikan Mahathir berundur selepas tempoh dua tahun — iaitu sekitar Mei 2020 — dan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar. Manakala sebilangan penyokong Mahathir dalam Bersatu, termasuk pegawai rapat perdana menteri, mahu Mahathir kekal sehingga PRU15.
Taktik licik Pas ini didedahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan, selepas kerajaan PH ditumbangkan melalui komplot jahat sebahagian wakil rakyat Bersatu, sekumpulan ahli Parlimen PKR geng Azmin Ali dan dukungan bulat BN-Pas.
“Pas memulakan rancangan untuk membentangkan undi percaya bagi mencipta rasa tak percaya dalam PH, untuk membuat mereka syak wasangka, sampai mereka retak menunggu belah,” kata Mohamad ketika merasmikan persidangan Umno Pagoh, kawasan perdana menteri baharu, Muhyiddin Yassin.
Pemerhati politik rata-rata berpendapat, undi percaya Pas kepada Mahathir itu sebenarnya merupakan undi tidak percaya kepada Anwar yang dijanjikan jawatan perdana menteri kelapan.
“Disebabkan usul undi tidak percaya itu, mereka (parti PH) mula syak wasangka antara satu sama lain,” tambah Mohamad Hassan.
Sedangkan di bawah pentadbiran Mahathir, yang Kementerian Kewangan diterajui Lim Guan Eng, kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu, mendapat bayaran berbilion ringgit “duit petroleum”. Semua itu tidak menghalang Pas untuk terus bersikap bermuka-muka demi kelangsungan politik liciknya.
Perhatian kini tertumpu kepada kedudukan Pas dalam komposisi Kabinet Muhyiddin yang bakal dibentuk sedikit masa lagi. Berbekalkan 18 ahli Parlimen, pastinya Pas bakal menjadi komponen penting kerajaan pintu belakang ini.
“Jika parti AMANAH yang mempunyai 11 ahli Parlimen pun diberi lima jawatan menteri dan lima timbalan menteri dalam Kabinet Mahathir, masakan Pas yang ada 18 wakil rakyat tak dapat lebih daripada itu, sekurang-kurangnya lapan menteri,” kata seorang pemerhati politik. Beliau menambah, “saya dapat membayangkan kegembiraan penyokong Pas, termasuk mengharapkan presiden mereka diangkat menjadi timbalan perdana menteri”.
Impian Pas untuk bersama kerajaan persekutuan yang tertunda selama 22 bulan, kini menjadi kenyataan meskipun bercanggah dengan mandat rakyat PRU14. Musim melemparkan fitnah berbaur perkauman dan keagamaan sempit terhadap Pakatan Harapan mungkin berakhir. Selama ini kerajaan PH ditohmah menafikan kepentingan Melayu-Islam, maka perhatian kini tertumpu kepada Pas yang menjadi tulang belakang “kerajaan tanpa DAP”.
Sama-samalah kita memerhati perkembangan selanjutnya, khususnya meneliti komitmen kerajaan “yang merompak mandat rakyat” dan nasib ahli-ahli Parlimen yang membuka pintu kepada pengkhianatan luar biasa ini. Juga menarik untuk diteliti langkah Pas seterusnya, yang terbukti licik mengambil kesempatan untuk mengembalikan semula kerajaan yang di dalamnya bersekongkol perasuah dan penjenayah. Apakah rakyat hanya pasif menjadi pemerhati sahaja.

UMNO PECAT ANNUAR MUSA?

Kerajaan PN tidak wakili Umno, hanya MP terpilih






Kerajaan PN tidak wakili Umno, hanya MP terpilih
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa tidak ada kena mengena dengan Umno tetapi dengan ahli-ahli Parlimen Umno terpilih sahaja.
Oleh itu, mesuarat Majlis Tertinggi dan Biro Politik Umno bersetuju untuk memainkan peranan semak imbang di luar dari kerajaan yang ada, kata ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.
“Semua yang bersuara bersetuju bahawa kerajaan yang ada hanyalah perikatan antara ahli-ahli Parlimen dan bukan kerjasama antara parti-parti,” tulis Khalid dalam facebook beliau.
Mesyuarat semalam juga telah mengambil keputusan menukar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Annuar Musa yang dilantik oleh Muhyiddin sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan yang tidak termasuk dalam Kabinet Muhyiddin itu.
Selepas pembentukan Kabinet PN, seorang demi seorang pemimpin Umno menyuarakan secara terbuka tentangan mereka terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin.
Semuanya disuarakan oleh bekas menteri atau pimpinan kanan Umno yang tidak menyertai Kabinet. Datuk Bung Mokhtar Radin, Datuk Seri Azalina Othman Said, Tan Sri Shahril Samad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan terkini Mohamed Khalid.
Semuanya tidak berpuashati dengan apa yang dibentuk. Suara-suara pula kebanyakannya datang dari mereka yang berada di luar kabinet itu.
MP TERPILIH

5 dari enam MP Umno yang isytihar sokong Tun Dr Mahathir menjelang PRK Tanjung Piai kini berada dalam Kabinet PN.
Shahrir Samad dalam ulasannya mengenai perkara ini berkata, pemilihan ahli Parlimen Umno untuk menyertai Kabinet Muhyiddin adalah di kalangan mereka yang menyatakan sokongan kepada kepimpin Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang pilihan raya kecil Tanjung Piai.
“Suatu yang menjolok mata apabila 5 daripada 6 ahli parlimen yang mengistiharkan sokongan terbuka terhadap kepimpinan Tun Mahathir telah dilantik menganggotai kerajaan baru Muhyiddin,” tulis Shahrir dalam blognya.
Mereka yang membuat perisytiharan menyokong Tun Dr Mahathir adalah Ahli Parlimen Paya Besar (Mohd Shahar Abdullah), Datuk Dr Adham Baba (Tenggara), Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran) dan Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut).
Namun begitu mastermind di kalangan mereka adalah bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang dilantik sebagai Menteri Luar.
Sebelum ini, Hishamuddin dikatakan sentiasa bermesyuarat dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, perancan utama pembentukan kerajaan Melayu Islam PN. Pendedahan ini dibuat oleh seorang anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Adam. Ia turut disahkan oleh Shahrir.
“Mereka yang enam kesemuanya itu telah bertindak tanpa merujuk kepada parti. Pengistiharaan sokongan mereka dilakukan di sidang media di Parlimen dan sebelum PRK Tanjung Piai. Sehinggakan mereka berenam dilarang untuk berkempen,” kata Shahrir.
Menurut Shahrir, bukan sahaja keanggotaan jemaah menteri dari kalangan ahli-ahli parlimen Umno ini tidak mencerminkan semangat “en bloc” yang terbina di atas kemenangan PRK Tanjung Piai dan semangat perpaduan Perhimpunan Agong Umno Malaysia selepas prk itu.
“Tapi juga portfolio yang dipegang mereka macam tidak dirundingkan dan seolah terserah sahaja kepada budibicara PM yang naik di atas sokongan BN dan Pas,” kata Shahrir.
Sharir juga berkata, beliau tidak puas hati kerana Umno Sabah juga terpinggir.
“… mengapa UMNO Sabah ditinggalkan begitu sahaja. Kalau YB Bung tidak bolih dilantik olih kerana sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, YB Datuk Mohamed yang baru menang di PRK Kimanis layak untuk jadi seorang timbalan menteri,” tulis Khalid Samad.