AKIBAT MENTERI PH TIDAK TAHU GUNA MEDIA.


TIDAK BOLEHKAH KITA HIDUP DLM HARMONI

PH atau DAP gagal menyebarkan maklumat yang betul

PERSEPSI MEMBUNUH HARAPAN MALAYSIA BARU

Sabda Nabi SAW, 'Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan.'

Kerajaan PH musnah bukan kerana pimpinan yang tidak bagus, bukan juga hanya kerana pengkhianatan pemimpin Melayu yang gila kuasa tetapi dikuatkan kerana persepsi Cina DAP itu jahat, komunis, anti Melayu dan sebagainya. 

Saya sedih jatuhnya kerajaan ini kerana kebaikan yang dibuat maklumatnya tidak sampai kepada masyarakat Melayu. Contoh pakej pemulihan Tabung Haji telah berjaya membuat TH kembali mencapai keuntungan RM 1.3 billion. 

Khazanah Nasional Bhd mencatatkan keuntungan operasi untuk tahun kewangan 2019 sebanyak RM7.36 bilion, tertinggi dlm sejarahnya berbanding kerugian operasi RM6.27 bilion pada tahun 2018. Untung FGV dan TNB terus meningkat. Ini semua kerana pemimpin PH tak curi duit kerajaan.

Penduduk Selangor, PP dan Melaka mendapat pelbagai nikmat dari kerajaan negeri. Kerajaan pusat dan negeri mengamalkan pimpinan yg telus dgn penguatkuasaan tender terbuka dan byk lagi. Saya yakin dlm 10 tahun Malaysia akn kembali gemilang. Tapi sayang ia berakhir hanya dgn persepsi.

Faktor persepsi ini bukan semata mata dari pembangkang tapi sgt menghairankan di waktu PH menjadi kerajaan, Menteri Multimedia atau PH sendiri gagal menggunakan kelebihan itu utk mematahkan persepsi buruk kpd DAP. Ingatlah membina ketakutan itu jauh lebih mudah dari membina kepercayaan.

Yg disibukkan hisap rokok jarak 3 meter, nak buat kereta terbang, internet percuma... belajarlah dgn UMNO yg mewarisi Inggeris. UMNO belajar dari Inggeris mengenai sifat sensitiviti org Melayu dan perangai org Melayu.

Org Melayu ini sikapnya malas berfikir ( mudah dimomok ), suka menyalahkan org atas kelemahannya, ingin kaya cara mudah ( akhirnya terlibat dgn rasuah ), mudah dimainkan isu bangsa dan mcm2 lagi. 

Mengapa pening2... jika kerajaan PH menggunakan sumber media di TV dan Media Sosial utk menyampaikan maklumat yg benar... pastinya lebih mudah kerajaan PH diterima oleh org Melayu.

Pembangkang ketika itu tak perlu pening2 hendak dptkan maklumat salah guna kuasa dan sebagainya kerana mereka tahu kerajaan PH mendongkong kpd pimpinan yg bersih. 

Mudahkan hanya mainkan isu perkauman dari sekecil kecilnya diperbesarkan. Bagi saya pemikir UMNO itu bijak. Dgn org Melayu tak perlu pening2 dlm membina keyakinan. Just kaji kelemahan atau sifat2 bangsa Melayu itu sendiri.

Saya salahkan DAP sebagai punca utama kerajaan PH menjdi lemah. DAP ini dulu ditolak oleh bangsa Cina sendiri. DAP hebat bila Anwar Ibrahim mengajar parti2 pembangkang utk membina kekuatan ia mesti dgn permuafakatan. 

Kemudian TGNA menyakinkan org Melayu bahawa DAP bukan seburuk seperti yg disangka.. Jika tidak DAP akan terus menjadi parti pembangkang dan ditakuti 99% org Melayu.

DAP dlm mempertahankan persepsi buruk kpd mereka, hanya menyaman pemfitnah dan menang. DAP malangnya gagal berbuat apa2 dan seolah-olah 'helpless.' Sepatutnya banyakkan majlis dialog dan beramah mesra dgn masyarakat Melayu. 

Bila tiada tindakan agresif, 70% Melayu percaya DAP itu racist walaupun DAP sebaliknya. 30%  org Melayu yg menyokong atau boleh menerima DAP itu pun hanya dari kelompok Melayu Intelektual/ berpindidikan di bandar2.

Dalam soal ini PH dan DAP dilihat tidak cerdik, alpa ( lupa diri ) bila menjadi kerajaan. Bolehkah PH hanya menyalahkan UMNO dan PAS sedangkan DAP sendiri tidak pernah mengambil sebarang langkah konkrit utk mengatasinya? Malah pemimpin2 DAP sepatutnya dididik dlm memberi kenyataan media demi menjaga sensitiviti org Melayu.

Menteri Agama, Menteri Multimedia dan JPM Menteri Perpaduan 'lumpuh'. Sepatutnya 3 bajet dari Kementerian tersebut digunakan utk melawan fitnah dan menyampaikan maklumat. Inilah hasrat kita dahulu utk bertemu Menteri tapi Menteri hanya berjumpa pengampu2 politik dan ada yg bodoh sombong.

Maklumat yg perlu disampaikan ini ia bukan sekadar tujuan politik tetapi tujuan yg lebih besar iaitu sebagai bentuk perpaduan dan modal insan dlm masyarakat Malaysia berbilang kaum. Jika hal ini tidak ditangani, perkauman atau rasis ini akan berlaku. Akan ada pihak yg teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah.

Malangnya Menteri Agama seperti bekerja seorang diri. Timbalan tidak berfungsi. Menteri Perpaduan dan Multimedia boleh dianggap pemimpin yg paling gagal dlm kerajaan PH. Tidak 100% menyalahkan mereka tetapi lebih kpd Tun seolah olah mengsabotaj kerajaannya dgn melantik 2 Menteri bukan Melayu di Kementerian tersebut.

Kpd org Melayu...Allah dlm menyeru kpd perpaduan memanggil dgn panggilan Manusia. Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yg sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.

Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian diciptaNya utk kita saling mengenali. Bangsa Cina terkenal dgn kuat bekerja, bijak berniaga dan kasar sifatnya. Kalau kita fahami dlm konteks intelektual ia tidak menjadi hal.

Buat bangsaku Melayu... belajar mengenali bangsa. Cina DAP, Cina Gerakan, Cina MCA dan Cina tidak berparti sama sahaja. Tanya diri kita... layakkah kita yg membenci Cina ini berhenti kerja dgn majikan Cina? Benci berkawan dgn bangsa Cina? Berhenti ke Mall milik org Cina, benci membaiki kereta di kedai Cina?

Adakah kita kedai tayar, kesai Farmasi, kedai pakaian kita akn bertanya dulu tauke ini Cina MCA atau Cina DAP? Kita sebenarnya ditipu oleh org politik.

Apakah ancaman DAP kpd org Melayu dlm pentadbiran negara? Ancaman apakah DAP telah lakukan kpd umat Islam? Ia mustahil berlaku sebab Agong kita Melayu, Ketua Tentera kita Melayu, Ketua Polis kita Melayu, PM Melayu, Timbalan Perdana Menteri kita Melayu... di mana Cina berkuasa?

Saya impikan negara yg bersih kepimpinannya. Saya impikan negara yg adil dan menjaga rakyatnya dan bukan mencuri harta rakyat. Saya impikan negara yg sentiasa membantu org2 miskin. Saya impikan kehidupan pelbagai kaum ini hidup dlm harmoni sambil menikmati ekonomi negara yg baik.

Di Amerika, Martin Luther King dalam pidatonya berkata, ‘I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

Saya dah berkawan dgn Cina dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Event Islam yg saya buat tahun lepas sumber kewangan 5% sumbangannya adalah dari seorang ahli Cina DAP. Yg mengajar saya tentang dunia perniagaan adalah Tauke Cina. Yg bantu saya dlm kepayahan perniagaan saya suatu ketika dahulu adalah Cina Muallaf. Percayalah manusia ini sama sahaja. Ada Melayu baik ada Cina baik... ada Melayu rasis dan ada Cina rasis. Ia bukan soal bangsa ia soal hati budi insan.

norman radzuan


CABARAN BUAT MUHYIDDIN



M.Zahari Ali

Peringkat pertama cabaran MY adalah usaha umno untuk batalkan pembekuan aset umno dalam akaun-akaun negeri  oleh mahkamah ekoran kes 1mdb Najib.

Inilah motif umno sertai kabinet Mahyuddin. Sedangkan motif utama umno dan Pas mahukan bubar parlimen dan adakan pru 15.

Tanpa wang yang dibekukan itu umno akan lumpuh. 

Peringkat kedua MY akan hadapi kerakusan umno yang mempunyai kerusi terbesar dalam kerajaan pintu belakang PN. PBBM hanya mempunyai 13 seat semasa memenangi pru14 dan bakinya dari serpihan umno yang jugak 13 seat. 

Serpihan umno yang sertai PPBM ini merupakn antara tekong-tekong utama pengkhianatan PPBM pada PH.

Tahap ke tiga cabaran MY adalah percaturan masyarakat pelbagai kaum di Melaysia. Setakat ini dari kerusi semenanjung MY hanya mempunyai 3 kerusi. 2 dari MCA dan satu dari MIC. 
Walaupun barisan kabinet MY boleh dilantik dari seat sanator namun secara biasannya ia tidak melambangkan inspirasi sebenar sebuah kerajaan yang sihat.

Apa pun moga MY ada kekuatan untuk hadapi detik 100 hari pertama menjadi PM kerajaan pintu belakang yang penuh ranjau ini. Moga MY tidak tergagap andai di sinis tentang kekuatan politik melayu itu terletak pada pintu belakangnya.


BURSA MALAYSIA KEHILANGAN LEBIH 90 BILION ??



Seminggu kita dihidangkan dengan pelan pengkhianatan yang dibanggakan  Azmin Ali, Bursa Malaysia sudah pun kehilangan lebih RM71 bilion dalam bentuk penarikan keluar pelaburan asing secara besar-besaran.

Ini ditambah lagi dengan pelantikan PM  Muhyiddin Yassin yang menyaksikan bursa saham negara kehilangan lagi RM19.31 bilion cuma sehari selepas mengangkat sumpah sebagai bukti mengkhianati mandat rakyat.

Bermula dengan ‘Langkah Sheraton’, Indeks FBM-KLCI dilaporkan menjunam dengan ketara sehingga lesap 64.26 mata atau 4.2% dalam hanya seminggu selepas Muafakat National  kembali berkuasa.

Saksikan pengkhianatan yang telah dilakukan dan kesannya kepada Bursa Malaysia:

Jumaat 21 Februari 2020
Langkah Sheraton bermula
1531.20

Isnin 24 Februari 2020
Mahathir letak jawatan, Bersatu keluar PH
1490.06 (menjunam 41.14 mata)

Selasa 25 Februari 2020
Mahathir cadang kerajaan tanpa parti
1500.88 (naik 10.82 mata)

Rabu 26 Februari 2020
Agong selesai jumpa MP
1495.19 (menjunam balik 5.69 mata)

Khamis 27 Februari 2020
Pakej rangsangan ekonomi diumum
1505.59 (naik 10.40 mata)

Jumaat 28 Februari 2020
Raja-Raja Melayu bersidang
1482.64 (menjunam balik 26.95 mata)

Isnin 2 Mac 2020
Muhyiddin dilantik PM 
1466.94 (menjunam lagi 15.70 mata)

Menurut laporan The Star, akibat pengkhianatan ini, indeks FBM-KLCI terhapus dalam bentuk nilai pasaran berjumlah RM90.31 bilion dan mengekalkan prestasi sebagai bursa saham terburuk di Asia.

Kejatuhan lebih 15 mata dalam sehari apabila PM  Muhyiddin  mengambil alih kuasa menunjukkan betapa tidak yakinnya pelabur asing terhadap kepimpinan pintu belakang yang dibentuk hasil daripada rampasan kuasa.

Menurut laporan itu lagi, saham yang ada kaitan rapat dengan Muhyiddin iaitu Eden Inc Berhad dan Thriven Global Berhad tiba-tiba meningkat dengan ketara, masing-masing cuba mengaut untung atas angin di saat rakyat makin tertekan dengan ekonomi domestik hilang punca.


Tetapi saham Calrsberg Brewery Malaysia Berhad dan Heineken Malaysia Berhad menjunam masing-masing sebanyak 9.3% dan 9.8% akibat kemasukan  Pas dalam kerajaan Muafakat National.

Reaksi negatif terhadap kemampuan  PM Muhyiddin terhadap langkah memulihkan ekonomi dijawab pelabur dengan pengeluaran besar-besaran pelaburan mereka ke Indonesia atau Singapura yang lebih stabil dan aktif walaupun penularan Covid-19 sedikit menjejaskan prestasi bursa mereka.

Malangnya perkara inilah yang gagal disebut si Kamarul Yusoff  kerana asyik mengadu domba dan menghasut orang Melayu dengan permainan isu perkauman dan agama hingga orang Melayu ditakut-takutkan dengan pembohongannya.

Inilah hasil daripada pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang diberi semasa PRU 14 malah penganalisis ekonomi meramalkan ekonomi negara akan terus merudum dalam suku pertama tahun ini kerana pelabur meragui kemampuan malah kredibiliti  PM  MUHYIDDIN YASSIN mengurus ekonomi domestik jauh sekali antarabangsa!

HAH.....DALIL BARU

Ada dalil baru?
Hihi...
"Ini (Perikatan Nasional) bukan Kerajaan Pas. Itu kena ingat, manifesto itu (mengatakan) kalau kita kerajaan, tapi sekarang ini kita kerajaan Perikatan".
Owh....gitu !
GEMILANGDAILY.COM
Pas tidak akan dapat untuk melaksanakan manifesto yang dijanjikan ketika Pilih Raya Umum (PRU) lalu iaitu mengecualikan pembayaran Perbad...

Kedudukan Muhyiddin dalam bahaya.

MZulaimi Kazin

Andainya Majlis Tertinggi PPBM memutuskan memecat beliau dan PPBM terus bersama dengan Tun dalam PH, maka kedudukan Muhyiddin adalah tanpa parti.

Kalau dia putuskan nak masuk UMNO atau Pas, dia kena tunduk kepada Presiden parti yang beliau pilih dan bila-bila masa dia akan diarah letak jawatan.

Majlis tertinggi PPBM juga akan pertikaikan tindakan Muhyiddin menyebakkan PPBM hilang negeri Johor dan Perak. Tiada apa lagi yang Muhyiddin boleh pertahankan selain ditendang keluar dari PPBM.

Adun Rembia perlu bayar RM10juta jika keluar PKR



Adun Rembia perlu bayar RM10juta jika keluar PKR
Datuk Mohd Jailani Khamis
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu membayar RM10 juta kepada PKR kerana bertindak keluar parti walaupun setakat ini belum ada perisytiharan rasmi oleh Adun terbabit mengenai tindakan itu.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Halim Bachik, berkata bayaran itu berdasarkan perjanjian antara semua Adun dan Ahli Parlimen PKR ketika mereka dipilih sebagai calon mewakili parti berkenaan dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mei dua tahun 2018.
Datuk Halim Bachik
“Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Muhammad Jailani berhadapan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh PKR Pusat,” katanya seperti dipetik laporan Berita Harian hari ini.
Muhammad Jailani juga Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka.
Halim berkata, walaupun setakat ini Adun berkenaan belum membuat perisytiharan rasmi keluar PKR, beliau secara peribadi menyifatkan tindakan Muhammad Jailani menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai isyarat jelas sudah berbuat demikian.
Bagaimanapun, PKR Pusat setakat ini tidak memecat Adun terbabit, malah belum memanggilnya untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyokong PN semalam.
“Semua Adun dan Ahli Parlimen PKR diwajibkan membayar RM10 juta kalau keluar parti tetapi jika mereka dipecat, tidak perlu bayar, ” katanya pada sidang media bersama Pengerusi PH, Adly Zahari di Ibu Pejabat AMANAH di Bukit Katil, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew.
Semalam Muhammad Jailani dan ADUN DAP Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dilaporkan hadir dalam sidang media Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh mengenai keyakinan PN membentuk kerajaan negeri yang baharu menggantikan PH.
MD



Mazhab pintu belakang tunggang Melayu, dagangkan Islam




Mazhab pintu belakang tunggang Melayu, dagangkan Islam
Sejak sebelum PRU ke 14 lagi, isu Melayu/Islam menjadi tumpuan Umno menangkis asakan politik Pakatan Harapan (PH) terhadap kes-kes rasuah 1MDB, Felda dan penyelewengan TH. Mereka meratib DAP Cina akan berkuasa, Melayu akan hilang kuasa dan berbagai lagi jawapan berbau perkauman.
PH mendedahkan penyelewengan institusi orang Melayu kerana mahu menyelamatkan maruah orang Melayu. Tetapi Umno menangkis dengan jawapan jangan jadi barua DAP. Maka, istilah khadam DAP Cina berkumandang di telinga orang Melayu.
PH tidak pernah jadi barua sesiapa jauh sekali menjadi khadam sesiapa. Kami bawa naratif menentang rasuah dan penyelewengan bukan menentang Melayu! Asas luas politik PH tidak mengenal kaum dan bangsa, asalkan ia berkepentingan semua PH akan membetuli keadaan.
PH sedar bahawa isu penyelewengan pemerintah dari perbuatan rasuah adalah masalah bersama rentas kaum kerana kerajaan BN yang diam kepada mungkar pemerintahan akan membawa kepada sebuah negara yang akan mereput hingga ke akar rumput rakyatnya.
PH cuba membawa satu perjuangan dengan prinsip yang lebih meluas (broad base) yang melihat kesan tindakan melibatkan kepentingan semua pihak. Umno bertahan dengan hujahan bangsa dengan mengheret negara kepada budaya amalan politik identiti (identity politics) dalam hal ini identitinya adalah kaum disulam agama sempit.
Rakyat Malaysia menolak hujahan beridentitikan kaum tetapi memilih asas kepentingan bersama. Dalam PRU yang lalu, pengundi menolak politik beridentikan kaum dengan memberi mandat kepada PH yang lebih meluas teras perjuangannya.
Politik kaum terus memainkan peranannya walaupun telah lahir kerajaan mandat rakyat. Parti identiti kaum terus mengasak kerajaan PH bernuansakan kaum dan agama sempit. Semua isu dikembalikan kepada naratif kaum dan agama sempit seperti pelantikan Peguam Negara, TH, pembunuhan Adib dan insiden lain yang cuba menjejaskan kerajaan PH.
Menguntungkan Melayu
Kerajaan pintu belakang yang terbentuk sekarang adalah bercirikan politik identiti kaum dan sekali gus menafikan kehendak politik yang dipilih iaitu politik kepentingan bersama.
Bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, alasan Melayu menjadi faktor penyatuan mereka walaupun terpaksa membentuk kerajaan pintu belakang.
Benarkah kerana Melayu? Jika kerana Melayu bukankah perjuangan PH untuk memulihkan institusi Melayu atas kepentingan bersama menguntungkan Melayu?
Bukankah menentang perasuah adalah tuntutan Islam dan sekali gus menguntungkan orang Melayu yang akan bebas dari kesan pemimpin rasuah? Hari ini mereka yang didakwa di mahkamah kerana rasuah dan penyelewengan kembali menjadi kerajaan?
Bukankah dengan menolak Umno dan BN, PH telah membuka ruang kepada politik rentas kaum yang menguntungkan semua pihak? Ia peluang kepada masa depan negara yang PH namakan sebagai Malaysia Baharu yang progresif dan inklusif serta peduli rakyat.
Betulkah kerana Melayu, PPBM membentuk kesepakatan dengan Umno/Pas? Ataukah kerana ketamakan kuasa, syahwat kuasa dan berebut jawatan?
Sedihnya untuk Malaysia kerana Melayu terus dipertunggangkan dan Islam terus didagangkan oleh mazhab pintu belakang!

*Penulis ialah Naib Presiden AMANAH merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar.

Dari Tun Abdul Hamid Mohamad Bekas Ketua Hakim Negara




KEDUDUKAN kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat rapuh. Jika undi tidak percaya dilakukan terhadap beliau apabila Parlimen bersidang, kita tidak tahu beliau boleh mendapat sokongan majoriti atau tidak.

Isu yang paling utama ialah adanya UMNO dalam kerajaan itu. PH tahu tanpa UMNO, kerajaan itu akan tumbang. Modal besar PH terhadap UMNO ialah UMNO parti corrupt. Penyertaannya dalam Kerajaan PN menjadikan kerajaan itu sebuah kerajaan corrupt.

Perhatian khusus akan diberi kepada DS Zahid, sama ada beliau akan diberi jawatan dalam kabinet.

Jika beliau diberi jawatan Menteri, apatah lagi Timbalan Perdana Menteri, terus terang saya katakan, TS Muyiddin akan kalah undi tidak percaya dan Kerajaan PN akan tumbang.

Bukan itu sahaja, orang ramai yang menyokong Kerajaan PN, termasuk saya, akan menarik balik sokongan mereka, dan berkecuali.

Mereka akan mengambil sikap “Mampus pi lah” kerana mereka telah terlalu bosan dengan ahli politik yang hanya menjaga perut masing-masing.

Maka, sebelum dilakukan undi tidak percaya, pemimpin parti-parti komponen PN perlulah bermesyuarat, mengambil pendirian, mengelukan kenyataan dan melakukan apa yang sempat dilakukan, bahawa:

1. PN tidak akan mengulangi kesilapan UMNO dan PH.

2. PN tidak akan berkompromi dengan amalan rasuan dan penyalahgunaan kuasa.

3. PN tidak akan melantik ahli Parlimen yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah sebagai untuk memegang sebarang jawatan dalan Kabinet PN.

4. Kerajaan PN akan melantik seorang pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berpengalaman dalam pendakwaan dan undang-undang, berdedikasi danberintegriti untuk menjadi Peguam Negara/Pendakwa Raya.

5. Kerajaan PN akan melantik seorang pegawai kanan SPRM yang berpengalaman, berdedikasi dan berintegriti untuk menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

6. Kerajaan PN tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi Peguam Negara/Pendakwa Raya dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

7. Kerajaan PN juga sekali-kali tidak akan mempengaruhi atau menekan Pendakwa Raya supaya menghentikan pendakwaan atau menarik balik pertuduhan terhadap ahli kabinet PN, ahli Parlimen PN atau penyokongnya.

8. Kerajaan PN juga sekali-kali tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi mahkamah dalam menjalankan tugas kehakimannya.

9. Kerajaan PN tidak akan meminta pengampunan ke atas sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah terhadap ahli kabinet PN, ahli Parlimen PN atau penyokongnya. Tetapi hak mereka berbuat demikian tidak dihalang.

10. Kerajaan PN akan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memperbaiki ekonomi negara, taraf kehidupa rakyat dan pentadbiran negara.

TS Muhyiddin dan pemimpin parti-parti komponen hendaklahbertegas dalam hal ini. Lebih baik tumbang semasa melakukan sesuatu yang betul, bukan kerana melakukan sesuatu yang salah.

Jika UMNO berkeras menghendaki DS Zahid menjadi Menteri atau TPM dan mengugut keluar PN, biarkan UMNO keluar, biarkan PN tumbang. UMNO akan dikutuk oleh orang Melayu dan mati tak berkubur. Percayalah.

Dalam ucapan pelantikan saya sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 12 2007, antara lain, saya berkata:

“Saya sedar bahawa, jika Allah s.a.w. melanjutkan usia saya sekalipun, tempoh untuk saya memegang jawatan Ketua Hakim Negara ini adalah amat singkat. Tetapi, jika, dengan takdir Allah s.w.t. saya memegang jawatan ini hanya sehari sahajapun, dalam masa satu hari itu, saya berazam untuk melakukan apa yang saya, dengan jujur, fikir adalah betul, sehabis baik yang saya boleh lakukan. Sama ada sehabis baik saya itu cukup baik atau tidak terserahlah kepada orang ramai untuk menghakiminya.”

Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil daripadanya.

Pergolakkan Bakal Berlaku Dalam Pakatan Nasional (PN)*



1. Perebutan Kerusi Penting Kerajaan Malays

• Timbalan Perdana Menteri 1
• Timbalan Perdana Menteri 2
• Menteri Kewangan 1
• Menteri Kewangan 2
• Menteri Pertahanan
• Menteri Dalam Negeri
• Menteri Pendidikan & Pengajian Tinggi
• Menteri Ekonomi

Menteri-Menteri lain tak seberapa jadi rebutan, sebab bukan Menteri Kanan.

Yang pasti UMNO akan desak PN untuk bagi kerusi Timbalan Perdana Menteri, sebab kerusi mereka paling banyak dan Bersatu sudah dapat kerusi Perdana Menteri. Sebelum ini pun.

2. Asas pengabungan parti-parti mereka tidak kukuh, semua parti bergabung hanya matlamat nak kalahkan Pakatan Harapan. Tanpa ada Manifesto dan Matlamat yang jelas, paling ketara tiada organisasi yang kukuh. Lepas ni bergolak dari Nasional, Negeri, Parlimen, DUN dan Cawangan.

3. Jentera Negeri dan Parlimen - Retak menanti belah melihat kes kerajaan negeri Perak, berebut menjadi Menteri Besar apabila UMNO mencadangkan kerusi itu diisi oleh calon UMNO, sedangkan ia disandang oleh BERSATU. Itu belum lagi masuk nak agih kerusi MB dan Exco di Johor, dan Melaka kepada PAS, UMNO, Ex PKR dan Bebas lagi.

4. Jentera di peringkat Parlimen, DUN dan Cawangan akan berkecamuk. Kerusi yang Bersatu / Ex PKR jadi Penyelaras Parlimen akan terbatal, jawatan ini bergaji, mereka akan hilang punca pendapatan! Bukan itu sahaja, DUN dan Parlimen yang ADUN PAS / UMNO / BN menang akan diambil organisasinya sebab tidak mahu bertindih.

5. Itu belum masuk di MPKK / MPKK(P) di ceruk kampung. Kedudukan sekarang, Bersatu dan Ex PKR masih menguasai, apabila bentuk Kerajaan PN, mereka kena re-structure semula organisasi untuk buat lantikan baru. Ketua Cawangan UMNO yang pernah jadi Pengerusi JKKKP sebelum ini akan minta balik jawatan mereka. 

Sebelum ini Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dipengerusikan oleh YB Rina Harun, daripada Bersatu. Sekiranya bertukar kepada parti lain, impaknya sangat besar kepada parti Bersatu di akar umbi.

Retak menanti belah, Politik dan Ekonomi tidak akan stabil. In Shaa Allah, Pakatan Harapan (PH) akan ambil alih semula, doakan. 
Aamiin... 🤲🏼🤲🏼🤲🏼

Syam Ghaz

KHIANAT




1. Saya cuba mencari perkataan yang sesuai kepada kerajaan pintu belakang dari sudut nilai perbuatannya. Saya hanya temui perkataan KHIANAT sebagai menepati fe'el tingkah laku mereka.

2. Mungkin kasar bunyinya tetapi tiada yang lebih tepat digambarkan ke atas perakus kuasa yang berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan yang sah!

3. Kerakusan mereka bertopengkan agama dan bangsa walaupun hakikatnya ia adalah kedengkian dan syahwat kuasa. Kehadiran PH demi menyelamatkan Malaysia dari kancah rasuah dan salah guna kuasa tiba-tiba mereka dari perasuah kembali melalui pintu belakang!

4. Presiden Bersatu yang bersama PH menentang pemimpin yang terpalit dengan 1MDB dan kebisuan Umno kini dengan selambanya membuka pintu belakang untuk gerombolan UMNO masuk dengan ucapan Ahlan Wa Sahlan! Beliau kini PM 8 dari PPBM (Parti Pintu Belakang Malaysia)

5. Parti Islam yang singkatannya PAS pula sanggup bersengkongkol untuk memenuhi nafsu kuasa mereka walaupun dengan pengkhianatan terhadap mandat rakyat. 'Demi Islam' katanya ataupun sebenarnya 'Demi Kedengkian!' Bersemburanlah nanti ayat quran dan hadis mempertahankan pengkhianatan mereka.

6. Rakyat bingung kenapa mandat yang diamanahkan kepada PH dikhianati? Mereka tidak mengundi atas kaum atau agama, mereka mengundi atas menolak kerajaan BN yang korup dan lemah! BN tersungkur, tapi hari ini yang kalah di PRU ke 14 memasuki pintu belakang untuk membentuk kerajaan dengan bilangan yang besar. Bukan sahaja rakyat bingung tetapi marah dan geram!

7. Pengkhianatan tidak mungkin berakhir dengan penghujung yang gembira. Setiap detik pengkhianatan akan dibalas dengan perasaan bersalah, tidak ketentuan dan kepuraan. Kesannya kepada orang awam lebih besar, tiada stabiliti, sentiasa dikecam dan akan menerima tulahan rakyat.

8. PH diserang sejak 22 Bulan pemerintahannya dengan nuansa perkauman dan agama sempit. Fitnah meniti dibibir sepantas medsos yang bertularan. Kami pertahan dengan hujah dan meletakkan dasar-dasar pemulihan dan barisan kabinet yang bergelut memenuhi agenda reform negara.

9. PH melakukan itu semua atas mandat rakyat dan mendapat mandat secara 'anak jantan' di pentas pertandingan. Kami masuk dengan cara terhormat dan dijemput. Kerakusan mazhab pintu belakang tidak berakhir dengan fitnah, mereka terus merempuh masuk dari belakang walaupun dengan cara menipu!

10. Ada orang jual barang sekali rugi sekali untung, ada orang jual maruah walau nampak untung tetapi sebenarnya dia rugi kerana nilainya sangat murah di sisi manusia yang memandangnya! Mazhab pintu belakang tidak terkecuali dari prinsip ini.

11. Khianat pada diri sendiri adalah pengkhianatan terhadap AMANAH yang diberikan oleh Allah dan RasulNya. Mandat Rakyat adalah AMANAH yang dituntut oleh Allah dan RasulNya untuk dipelihara dan dipertahankan.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

3 March 2020

UMNO ‘CHECK MATE’ BERSATU?

RENCANA



OLEH : SYED BADLI SHAH SYED OSMAN
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan

DEMOKRASI DIROGOL PENGKHIANAT

Negara mencatatkan satu lagi sejarah hitam kemelut politik yang akhirnya menyaksikan demokrasi dirogol dan dibunuh.

Buat pertama kalinya kerajaan yang menang melalui sistem undi demokrasi pilihanraya, dijatuhkan dengan pengkhianatan lompat parti membentuk blok baru bagi merampas kuasa pemerintahan.

Bukan sekadar pemerintahan kerajaan pusat, rampasan kuasa pintu belakang turut berlaku di beberapa negeri.

Pemimpin-pemimpin yang khianat ini tidak ubah seperti pelacur yang melacurkan maruahnya semata-mata untuk mendapat nikmat keuntungan.

Sifat tamak dan dahagakan kuasa begitu menebal sehingga mereka menyusun langkah demi mencapai matlamat yang akhirnya menghalalkan cara. 

SEJARAH PAKATAN HARAPAN

Keputusan pilihanraya umum ke 14 mencatatkan sejarah apabila kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional yang menguasai pemerintahan selama lebih 60 tahun akhirnya tumbang dengan kuasa rakyat.

Gabungan Pakatan Harapan menyaksikan dua tokoh politik utama negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Anwar Ibrahim berganding bahu membentuk Pakatan Harapan.

Gabungan yang terdiri dari empat buah parti, KEADILAN, DAP, AMANAH, dan PPBM berjaya memenangi hati rakyat.

Gabungan ini kemudiannya disertai Parti Warisan dari Sabah sebagai rakan sekutu yang akhirnya membentuk sebuah kerajaan di peringkat persekutuan.

Gandingan ini dilihat kukuh dan kuat tetapi terdapat duri dalam daging yang merancang untuk memusnahkan keutuhannya.

ANWAR PM KE 8

Sebelum Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan, 3 janji telah diumumkan dalam Konvensyen Pakatan Harapan pada 7 Januari 2018.

Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, Wan Azizah sebagai calon Timbalan Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri ke lapan setelah proses pengampunan dan mengembalikan beliau ke dewan rakyat.

Umum mengetahui janji ini sangat jelas dan semua pendukung Pakatan Harapan menyedarinya.

Malah Tun Mahathir juga menyatakan dengan jelas akan komitmen untuk menunaikan janji dan Anwar Ibrahim pula akan terus memberikan sokongan selagi mana Tun Mahathir bergelar perdana menteri.

Namun golongan yang iri hati dan dengki mula tidak senang dengan janji ini. Mereka mula menjalankan muslihat licik dan kotor untuk menjahanamkan rancangan peralihan kuasa.

Pada mulanya mereka memainkan sentimen kebencian rakyat dengan membangkitkan soalan peralihan kuasa ini berkali-kali.

Sedangkan peralihan kuasa ini jelas dan tidak perlu dipertikaikan, namun sentimen media dan propaganda berjaya mengalihkan perhatian untuk memperlihatkan kononnya Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir bertelagah.

Maka pelan kerajaan pintu belakang mula disusun dengan memanfaatkan isu peralihan kuasa.

PENGKHIANATAN BERMULA

Beberapa nama ahli politik PH boleh dikaitkan secara langsung dengan pengkhianatan sehingga jatuhnya kerajaan PH.

Azmin Ali, Muhyiddin Yassin, Zuraida Kamarudin, Rashid Hasnon dan beberapa nama lagi akan dikenang sepanjang zaman sebagai pengkhianat Pakatan Harapan.

Azmin dan Zuraida bersama 9 lagi ahli parlimen KEADILAN yang lain memilih untuk keluar parti demi bersama blok baru muafakat nasional.

Mereka mengenepikan maruah dan amanah yang dipikul demi kuasa dan kedudukan.

Mereka ini tidak ubah seperti pelacur politik yang melacur demi mendapatkan sesuatu walaupun terpaksa curang terhadap amanah rakyat.

Tentunya kecurangan mereka disambut parti-parti pembangkang seperti Umno dan PAS yang memang selama ini mengintai peluang untuk kembali berkuasa.

Walaupun PAS dikenali sebagai parti yang mementingkan Islam, ternyata bila datang tawaran kuasa walaupun dengan jalan kecurangan, mereka menerimanya tanpa dalil.

Maka benarlah kata sesetangah orang mereka yang berpegangan agama juga kadangkala kalah dengan godaan kuasa dan kedudukan.

Apatah lagi parti Umno yang sememangnya sangat dahagakan kuasa. Tambahan lagi ramai para pemimpin mereka kini sedang melalui proses perbicaraan salahlaku di mahkamah.

Barangkali mereka fikir hanya dengan kembali berkuasa, mereka dapat menyelamatkan diri dari kehakiman.

Akhirnya terbentuklah gabungan Muafakat Nasional yang terdiri daripada mereka yang khianat dan curang kepada rakyat.

Mereka ini harus dikenang sebagai sikitol pengkhianat zaman moden yang meruntuhkan sebuah kerajaan demokrasi.

SIAPA YANG GILA KUASA

Episod pengkhianatan ini membuktikan siapa sebenarnya yang gila kuasa dan tamak dalam Pakatan Harapan.

Naratif dan persepsi yang dimainkan pengkhianat sangat licik sehingga ada yang terpedaya dengan mainan persepsi ciptaan mereka.

Ada yang berpendapat bahawa Tun Mahathir berhasrat untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga hujung nyawa.

Hakikatnya Tun Mahathir berkali-kali berikrar bahawa beliau akan melepaskan jawatan PM untuk diserahkan kepada penggantinya Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan.

Ada pula yang mengatakan Anwar Ibrahim yang sebenarnya tamak dan gila nak jadi perdana menteri.

Tetapi mereka lupa bahawa Anwar telah melalui pelbagai derita perjuangan selama lebih 20 tahun.

Beliau juga pernah selangkah menjadi perdana menteri dan pernah memangku jawatan perdana menteri.

Menghormati janji Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim terus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada Tun Mahathir.

Malah dalam usaha menamatkan krisis pengkhianatan ini, Anwar Ibrahim sekali lagi mengenepikan soal kuasa. 

Beliau sendiri tampil ke istana sebagai wakil PH bagi menyerahkan nama Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri.

Catatan ini membuktikan bahawa Anwar Ibrahim tidak sekelumit pun gila untuk menjadi perdana menteri.

Yang ada pada Anwar hanyalah soal prinsip dan rakyat yang harus menjadi agenda keutamaan perjuangan.

Boleh disimpulkan bahawa Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah negerawan sejati yang sayangkan negara.

Mereka yang terbukti gila kuasa adalah pengkhianat yang menjatuhkan kerajaan yang dipilih melalui mandat rakyat.

MASA UNTUK BANGKIT

Rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa rampasan kuasa dengan jalan menubuhkan kerajaan melalui pengkhianatan ini tidak boleh diizinkan sama sekali.

Kita perlu kembali ke ruang demokrasi dengan mengangkat pilihan rakyat sebagai keutamaan.

Mandat yang diberikan rakyat melalui pilihanraya tidak harus dikhianati dengan jalan pintu belakang.

Para pengkhianat mandat rakyat ini seharusnya berasa malu dengan perbuatan mereka yang telah merogol demokrasi.

Malah mereka juga seharusnya berasa malu untuk mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Agong bagi mempersembahkan hasrat untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang.

Tentunya rakyat akan tetap menjunjung tinggi sebarang titah dan perintah dari Kebawah Duli Yang Dipertuan Agong.

Yakinlah bahawa keputusan yang telah dititahkan ini ada hikmahnya dan terimalah dengan berlapang dada.

Maka rakyat harus berganding bahu dan bersatu padu menolak para pengkhianat kerajaan pintu belakang samada melalui undi tidak percaya di parlimen mahupun jalan pilihanraya.

Tiada tempat untuk pengkhianat dalam institusi masyarakat. 

Sekian.

DAH JADI KERAJAAN OTAK PAS MASIH TAKFIRI?

MENIPU MANDAT PENGUNDI ITU BUKAN KHIANATKAH ?



Saya tidak pasti samada Muhyidin Yassin faham maksud 'pengkhianatan".  Beliau berkata beliau bukan pengkhianat sebagaimana rakyat Malaysia dan seluruh dunia mengenalinya sekarang.

Apakah dengan memenangi pilihanraya di Parlimen Pagoh dengan menggunakan logo KEADILAN atas nama Pakatan Harapan, kemudian melompat keluar dari Pakatan Harapan untuk bersama musuh Pakatan Harapan itu bukan khianat?

Apakah setelah bersetuju dengan Pakatan Harapan di dalam manifesto PRU14 iaitu Tun M adalah PM 7, kemudiannya Anwar Ibrahim sebagai PM 8, tiba-tiba Muhyidin keluar dari Pakatan Harapan untuk bersama musuh PH bagi menjayakan cita-citanya sebagai PM 8 itu bukan khianat?

Pengundi-pengundi memilih Muhyidin sebagai Wakil Rakyat yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan yang menggunakan logo KEADILAN adalah kerana pengundi-pengundi yakin dengan Pakatan Harapan, tiba-tiba mandat rakyat ini dicuri dan dibawa lari oleh Muhyidin untuk kepentingannya bersama Pakatan Nasional iaitu musuh Pakatan Harapan, apakah tidak boleh digelar satu pengkhianatan kepada para pengundi?

Beliau tidak boleh bermain dengan kata-kata dengan memberikan seribu alasan untuk menghalalkan apa yang beliau lakukan.  Alasannya untuk menstabilkan kerajaan amat melucukan kerana tiada kerajaan yang boleh stabil apabila kerajaan itu wujud hasil dari pengkhianatan kepada rakyat, bukannya pilihan rakyat.  Rakyat pilih kamu atas nama Pakatan Harapan dan sekiranya di dalam PRU14 yang lalu kamu bertanding atas logo dacing baghdad, pasti kamu tewas dengan teruk.

Jelaslah, gelaran pengkhianat itu memang secucuk dan sinonim dengan apa yang telah kamu lakukan.  Ingatlah, alangkah busuk dan malangnya jika gelaran itu kekal kamu bawa sampai ke penghujung nyawa.  

WFAUZDIN NS