Campurtangan politik dalam kes jenayah rasuah pemimpin UMNO .



1.Saya merujuk kenyataan-kenyataan  yang lahir dari kalangan politik dan non politik yang menyeru agar jangan ada campurtangan politik dalam kes rasuah pemimpin UMNO.
(Dan siasatan kes rasuah terhadap bbrp pemimpin  PAS)

2.Seruan itu tentulah seruan dan gesaan yang sia2 dan tidak memberi makna.Samada memang kenyataan2 itu tidak jujur, muslihat atau datang dari mereka yang amat dangkal dalam memahami apa yang berlaku.

3.Tidakkah mereka sedar Muhyiddin ini menjadi PM hasil tanda tangan SD dan sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO (dan PAS) yang menghadapi dakwaan dan siasatan jenayah ini?

4.PM ini sudah terhutang  budi dan jasa kepada penjenayah2 ini kerana tanpa tandantangan SD mereka Mhhyidin tidak akan jadi PM

5.Dan sekarang kita seru PM  dan kerajaan baru ini tidak campurtangan kes jenayah pemimpin2 UMNO ini?

6.Kita hanya pamerkan kebodohan dan kedangkalan dengan membuat seruan yang sia-sia itu.Cukuplah dunia melihat kebodohan dan sikap keji orang politik seminggu ini dan sekarang kalangan pengamal undang-undang , NGO juga mau pamerkan kebodohan bangsa ini kepada dunia?!

7.Asas kerajaan ini sudah salah.Yang kalah praya jadi kerajaan.Yang menang praya jadi pembangkang.Sokongan dan tandatangan penjenayah tentukan PM.Ini semua salah dan dunia tahu.Kita sahaja yang masih tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu.

8.Hakikatnya demokrasi sudah mati, keadilan sudah mati kerana PM khianat dan gila kuasa ini sanggup kompromi dengan penjenayah rasuah (dan salahlaku seks sumbang) untuk menjadi PM.

9.Hakikat ini yang mesti ditentang oleh setiap warga cerdas ,ulama,intelektual,pengamal undang-undang .Bukan membuat gesaaan sia-sia kepada kerajaan songsang ini dan mempamerkan kebodohan kita sendiri.

Mohamad Ezam Mohd Nor
2 Mac 2020, 7 rejab 1441H


KEDUDUKAN MB NEGERI NEGERI

Apa Guna Presiden BERSATU Menjadi PM 8 Malaysia tpp

PERLIS MB DARI UMNO
KEDAH MB DARI PAS
P. PINANG KM DARI DAP
PERAK MB DARI UMNO
SELANGOR MB DARI PKR
N. SEMBILAN MB DARI PKR
MELAKA KM DARI UMNO
JOHOR MB DARI UMNO
PAHANG MB DARI  UMNO
TERENGGANU MB DARI PAS
KELANTAN MB DARI PAS
SARAWAK KM DARI GPS
SABAH KM DARI WARISAN....

MANA DUDUKNYA MB BERSATU...
MENANG SORAK... KAMPUNG TERGADAI NAMPAKNYA....

MB drp UMNO.     5
MB drp PAS.          3
MB drp AMANAH  1
MB drp PKR.          1
MB drp DAP.          1
MB drp GPS.          1
MB drp WARISAN.  1

Mana BERSATU 🤣😅😂🤣🤣🤣

MEDIA ANTARABANGSA MULA PERTIKAI MALAYSIA


Ibrahim Mat Isa.

Malaysia mula diserang media antarabangsa ekoran majlis angkat sumpah Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

AFP melebalkan Muhyiddin dan kerajaannya sebagai Muslim Nasionalis melampau dan disokong oleh parti yang tercemar dengan skandal selepas jatuhnya kerajaan reformasi.

Walaupun begitu, AFP new agency melaporkan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam pembentukan kerajaan itu dan menyifatkannya sebagai kerajaan tidak sah.

Sebelum ini, Asia.Nikkei melaporkan perkara hampir sama.

Menurutnya, kekecohan politik lebih seminggu di Malaysia berakhir dengan parti politik yang tercemar dengan skandal politik kembali berkuasa.

Ia merubah keputusan pilihan raya umum 2018 lalu yang menyaksikan kenaikan kerajaan yang mendokong demokrasi dan transparen.

#NotMyPM

PM INTERIM SALAH GUNA KUASA?

SAHAM JATUH TERUK KERANA MUHYIDDIN?

PAKAR PERLEMBAGAAN TOLAK USAHA TANGGUH SIDANG PARLIMEN 9 MAC

SIAPA RANCANG TIMBULKAN ISU ANWAR MAHU JADI TPM?

TAK PERLU UNDI TIDAK PERCAYA, MEREKA AKAN BERKELAHI SESAMA MEREKA


Pak Lang Tiger.


Bagi ana, PH tak perlu pun buat usul undi tak percaya kpd Si Jiddin tu. Sebaliknya biarkan aje kerajaan pintu belakang ni terus memerintah mengikut cara mereka.

Dengan izin Allah, mereka akan buntu dalam menangani masalah rakyat yang seterusnya akan menyebabkan rakyat semakin marah. Tidak dapat tidak, mereka akan berkelahi sesama mereka yang masing-masing mempunyai agenda yg berbeza. Perkelahian ini akan memuncak menjelang PRU15 kerana mereka bertanding di kerusi marginal Melayu yang sama.

Siapa nak bertanding di Kelantan nanti? UMNO nak, PAS nak, PPBM pun nak. Terengganu sekarang diperintah PAS. Tapi UMNO pernah juga memerintah. Jadi, siapa nak bertanding? Pendek kata, baik PAS, UMNO mahupun PPBM masing2 mahu kerusi Melayu. Kerusi campuran & bukan Melayu siapa nak masuk?

Itu belum lagi dari segi masalah kos sara hidup, janji pemansuhan PTPTN, penurunan harga rumah, janji bas sekolah percuma, janji bantuan kereta pertama, dsbnya. Ada duit tak nak buat semua tu? Jika nak ada duit ada 2 cara iaitu melalui cukai atau FDI. Nampaknya FDI dah tak ada harapan. Nak tak nak kena naikkan cukai. Itu bikin rakyat tambah marah.

Selama mana orang Melayu sanggup bertahan melihat Menteri Melayu bergaji puluhan ribu sedang dalam masa sama mereka hidup hanya utk membayar hutang? Selama mana? Ini semua faktor kehancuran kerajaan pintu ini.

Itu belum lagi isu kes-kes rasuah yg melibatkan pemimpin UMNO & bekas pemimpin PAS yg berkemungkinan ada yg menjadi Menteri. Takkanlah 40 kes di mahkamah, semuanya digugurkan. Takkanlah perbicaraan bertahun-tahun tanpa pengakhiran. Semua ini tangkal modal PH. Rakyat Malaysia hari ni bersifat berani & dinamik. Mereka mengundi untuk manfaat diri mereka sendiri. Menukar undi dalam PRU atau PRK tidak menjadi masalah bagi mereka. Lihat Tg Piai sudahlah. Hanya segelintir kecil saja yg walak.

Jadi, bagi ana biarkan aje kerajaan pintu belakang ni memerintah. Tak perlu undi tak percaya kerana mereka akan bergaduh sesama sendiri dalam masa kurang setahun. Ana ulang, kurang setahun daripada sekarang. Itu bacaan politik ana. Ibarat sebuah perkahwinan yg tidak direstui. Kahwin lari demi nafsu yg membelakangkan pengetahuan keluarga.  Tak hari ni, esok lusa pasti berantakkan & bercerai berai. Tenang & biar aje. Giliran kita pula menuntut janji-janji mereka sekarang. Mereka tunai, kita untung. Mereka kencing, kita troll rapat-rapat. Best tak? 🤣🤣🤣🐪🍆🍌

Presiden Kerajaan Pintu Belakang

SABAH BERGOLAK?

Nahhh....Kannnn...😁 Harap2 betul lah..ada harapan.

http://borneonews.net/2020/03/02/kerajaan-warisan-bergolak-adun-warisan-upko-ph-dijangka-sertai-parti-kerajaan-persekutuan/

KOTA KINABALU: Kerajaan Warisan dan sekutunya Pakatan Harapan (PH) Sabah yang kini berstatus pembangkang berikutan kejatuhan Kerajaan PH, dijangka bergolak.
Ini berikutan terdapat ura-ura Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan dan rakan sekutunya parti UPKO, PKR dan DAP akan mengalihkan sokongan mereka kepada parti kerajaan yang memerintah di peringkat Persekutuan.

Sabah menjadi negeri pembangkang pada Ahad (1 Mac 2020), untuk kali pertamanya sejak 1994 dengan tertubuhnya Kerajaan Persekutuan baharu di bawah Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Menteri, Datuk Mohd.Shafie Apdal dan  Ahli-ahli Parlimen Warisan telah mengisytiharkan menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad semasa bergolakan politik melibatkan pelantikan Perdana Menteri ke 8.
Sumber yang rapat dengan Warisan dan PH berkata,  beberapa orang bekas ADUN UMNO dan BN yang telah menyertai 
Warisan dijangka berhijrah semula ke parti asal mereka atau ke parti lain terutama Parti Prubumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Star dan Parti Bersatu Sabah (PBS)

“Mereka sedang merancang untuk keluar dari Warisan dan parti sekutunya yang lain untuk menyertai parti-parti kerajaan kerana tidak mahu menjadi pembangkang di peringkat negeri”.
“ADUN-ADUN tersebut dahulunya menyertai Warisan dan UPKO kerana tidak tahan menjadi Wakil Rakyat pembangkang. Sebagai ADUN pembangkang mereka tidak diberi peruntukan ADUN untuk membantu pembangunan di kawasan yang diwakili”.

“ADUN pembangkang juga tidak diberi peluang untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan sama ada sebagai pengerusi atau ahli lembaga dalam agensi dan syarikat GLC kerajaan”.

“Selain itu pengikut dan penyokong mereka di kawasan juga tidak diberi peluang untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan lantikan politik di peringkat DUN dan kampung-kampung sama ada sebagai Ahli Majlis Daerah, Pemaju Mukim, Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil KAN, Ketua Kampung, Kapitan Cina, MPKK dan lain-lain”.
“Sebab itulah ramai dikalangan mereka telah melompat dan menyertai Warisan dan UPKO  yang merupakan parti yang telah membentuk Kerajaan Negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14”, kata sumber itu.
Walaupun UPKO dahulunya adalah parti komponen Barisan Nasional (BN), namun ia telah mengkhianati BN dengan bergabung dengan Warisan bagi membentuk Kerajaan Negeri yang baharu, walaupun BN Sabah dibawah pimpinan Tan Sri Musa Aman ketika itu telah membentuk Kerajaan Negeri setelah memperoleh mejoriti 31 kerusi apabila bergabung dengan Parti STAR yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Kini senario telah berubah apabila PH bukan lagi parti pemerintah di peringkat pusat dan Warisan yang merupakan rakan dan penyokong tegar PH juga akan menerima tamparan hebat.
Sumber itu menambah, pergolakan sedang berlaku dalam gabungan Kerajaan Warisan, apabila ADUN-ADUN mereka merancang keluar dari Warisan, UPKO dan PH Sabah.
Katanya demi kelangsungan “survival” politik, mereka tidak akan teragak-agak untuk “melompat” semula ke parti-parti politik yang memerintah di peringkat pusat.
“Tambahan pula sebanyakan Wakil Rakyat berkenaan yang telah menyertai Warisan dan UPKO menyesal kerana tidak diberi sebarang jawatan kerajaan termasuk pengikut mereka di peringkat DUN dan Bahagian”, katanya.
Sumber itu menambah, beberapa orang Wakil Rakyat Kadazan Dusun Murut (KDM) dalam Kerajaan Warisan juga merancang meninggalkan parti mereka.
“Ada dikalangan mereka telah  menghubungi ketua parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai parti-parti tersebut”, tegas sumber itu.
Katanya, parti gabungan PH seperti PKR kini juga menghadapi pergolakan apabila ramai penyokong-penyokong Datuk Azmin Ali di Sabah bertindak mengisytiharkan keluar dari parti itu, termasuk ADUN dilantiknya, Jaffari Waliam dan mengikutnya.
“Hakisan sokongan yang begitu ketara juga  berlaku dalam UPKO apabila beberapa orang pemimpin kanan mereka bersama-sama penyokong turut keluar parti sejak kebelakangan ini”, tambahnya.
Hakikatnya Kerajaan Warisan cukup bimbang dengan perubahan politik yang berlaku di peringkat Persekutuan kerana ianya turut menggugat kedudukannya di Sabah. – pr/BNN

*Satu dunia tahu ini rampasan kuasa, kata Anwar*




KUALA LUMPUR – Sama ada mengikut prosedur atau pun menerusi undi, krisis politik yang melanda negara sehingga membawa kepada pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disifatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai rampasan kuasa.

Beliau berkata bukan sahaja rakyat Malaysia mengetahui gerakan ini malah seluruh dunia yang menyaksikannya mampu menterjemahkan apa yang telah berlaku sejak minggu lalu.

“Orang yang berfikir bukan hanya di sini, seluruh dunia dia tahu ini (pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri baru) satu rampasan (kuasa) sama ada ikut prosedur,  sama ada ikut undi ia rampasan,” katanya ketika Majlis Zikir Selawat Nuril di kediamannya.

Beliau juga mengakui proses peralihan kuasa yang sepatutnya berjalan lancar untuknya gagal akibat pengkhianat yang dilihat lebih mengejar kuasa dan wang berbanding prinsip dan janji.

“Kita mulai lentur hadapi kesukaran bila kita terpukau dengan kilauan kuasa dan harta, ini cabaran besar kita.

“Semalam kamu setuju kemudian hari ini kamu tukar sebab apa? Ugutan, wang?”soal beliau.

Namun Anwar berkata beliau tetap tenang menghadapi perubahan drastik ini dan menganggapnya sebagai ujian.

Beliau menutup ucapan majlis yang berlangsung di kediamannya dengan memberi peringatan bahawa umat Islam yang beriman perlu berpegang dengan janji.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berharap agar penyokongnya bertenang.

“Ramai orang kata Anwar pura-pura senyum. Saya tidur lena, makan lalu.

“Ingat kita orang beriman kena pegang pada janji, faham, faham, tidak faham sudah,” katanya lagi.

Muhyiddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan selepas Yang diPertuan Agong membuat ketetapan Presiden Pribumi Bersatu (Bersatu) itu memiliki sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/03/01/satu-dunia-tahu-ini-rampasan-kuasa-kata-anwar/

BAGAIMANA MEREKA BOLEH TIDUR MALAM?” - BEE YIN



Bagaimana seseorang yang berdepan dengan 47 pertuduhan melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi, kini sedang berbincang dengan Perdana Menteri berhubung senarai barisan Kabinet?

Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin yang mempersoalkan bagaimana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang terpalit dengan banyak pertuduhan rasuah diberikan ruang terlibat dalam perbincangan untuk senarai Kabinet baharu.

"Saya secara serius tidak faham bagaimana ahli-ahli Parlimen yang telah melompat ke sebelah sana boleh tidur malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Perbicaraan kes rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahmad Zahid hari ini dilaporkan ditangguh esok.

Ini kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu berbincang dengan Perdana Menteri baharu, Muhyiddin Yassin untuk membentuk kabinet baharu di Putrajaya.

HARI PERTAMA MUHYIDDIN BERTUGAS, IMEJ KERAJAAN PINTU BELAKANG SUDAH TERCEMAR



Hari ini merupakan hari pertama Muhyiddin Yassin masuk pejabat di Bangunan Perdana Putra sebagai Perdana Menteri.
Muhyiddin disambut Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali ketika tiba di Perdana Putra sebelum dibawa ke aras 5 yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri.
Sebelum memasuki pejabat, Muhyiddin mengimbas kad perakam waktu dan mengaminkan bacaan doa untuknya.
Tetapi, hari pertama kemasukannya ke pejabat hari ini telah tercemar dengan persepsi buruk apabila Presiden UMNO, Zahid Hamidi berjaya memohon penangguhan kesnya dengan alasan beliau ada perbincangan dengan Muhyiddin berhubung pembentukan kabinet.
Walaupun Zahid Hamidi kemudian menjelaskan, penangguhan kesnya hanya untuk hari ini saja dan beliau tidak berunding dengan kerajaan untuk menggugurkan kesnya, sebaliknya mahu terus membersihkan namanya di mahkamah, tetapi siapakah mahu mempercayainya?
Kenapa perbincangan untuk menyusun mesti dilakukan di siang hari?
Tidak bolehkah Zahid Hamidi meminta kelonggaran kepada Muhyiddin, oleh kerana beliau ada kes mahkamah, minta ditangguhkan ke sebelah petang atau malam?
(Dalam perkembangan terbaru, JPM baru saja mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang pertemuan politik dilakukan oleh Muhyiddin pada hari ini)
Persoalan di sini, Zahid Hamidi bertemu siapa untuk membincangkan pembentukan kabinet?
Apakah permohonan penangguhannya hanya untuk menunjukkan beliau sedang berada di persada kuasa bersama kerajaan yang baru ditubuhkan?
Dengan kedudukannya sebagai Presiden UMNO yang memainkan peranan besar menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan apabila beliau berunding dengan Muhyiddin selepas ini berhubung pembentukan kabinet, apakah mungkin Zahid Hamidi tidak memasukkan namanya sendiri sebagai salah seorang untuk dilantik sebagai menteri?
Dalam konteks lain, mampukah Muhyuddin menolak nama Zahid Hamidi kerana jika namanya tidak diterima, kerajaan baru ini juga boleh tumbang dengan sendirinya kiranya UMNO bertindak menarik balik sokongannya?
Mahu tidak mahu, kemungkinan Zahid Hamidi disenaraikan dalam barisan kabinet adalah tinggi sekali, tentunya dengan hujah seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.
Malah, kemungkinan Muhyiddin bersetuju menjadikannya salah seorang menterinya, kalau pun tidak TPM, adalah juga tinggi.
Dalam keadaan itu, jika belum dilantik sebagai menteri pun, persepsi umum telah tercemar berikutan penangguhan kesnya, maka sudah tentu segala-galanya akan berubah setelah dilantik sebagai menteri nanti.
Ada juga berpendapat, sebaik saja Perikatan Nasional menjadi kerajaan baru menggantikan PH ini, bukan saja hakim mungkin berubah nada, malah saksi-saksi pendakwa yang memberi keterangan pun boleh jadi sudah berbeza isi keterangannya.
Pokoknya, siapakah yang benar-benar berani berbeza pendirian dengan kerajaan yang sedang memerintah negara?
Dengan itu, kalau pun kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan pimpinan UMNO yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah tidak digugurkan, perbicaraannya selepas ini mungkin tidak lagi menepati kehendak keadilan.
Dalam kes Zahid Hamidi misalnya, walaupun beliau mengatakan mahu membersihkan namanya di mahkamah, beliau juga menyebut pendakwaan terhadapnya adalah palsu, bermotif politik dan bersifat terpilih.
Mampukah Muhyiddin yang keberadaannya sebagai Perdana Menteri adalah atas sokongan UMNO dan Zahid Hamidi, benar-benar tidak campurtangan dan benar-benar menyerahkan kepada mahkamah menegakkan keadilan?
Mungkin peredaran masa akan menghakimi perjalanan kerajaan ini seterusnya, tetapi yang nyata di hari pertama Muhyiddin memulakan tugasnya hari ini ia sudah pun tercemar dengan persepsi buruk terhadap kerajaan pintu belakang yang dipimpinnya melalui penangguhan kes Zahid Hamidi itu. (ShahbudinHusin 02/03/2020)

BUAT DAN JANGAN TAK BUAT



Otai BERSIH.

Esok ni jangan pulak asyik dok salahkan kerajaan PH kalau tak boleh buat sesuatu ya. 😏

Sekarang DAP dah tak ada dan kerajaan pusat pulak hampir 100% didokong MP Muslim, jadi dah tak ada halangan untuk benarkan Kelantan dan Terengganu laksanakan Hudud.

RUU355 pun dah boleh disegerakan sebab ahli parlimen bukan Islam tinggal seorang MIC dan dua MCA sahaja. Takkan MP Islam tak leh lawan 🤣🤣🤣

Selain tu, semua tahanan LTTE yang dilepaskan Tommy Thomas minggu lepas, tangkap balik semua pengganas-pengganas tu! Jangan bagi muka.

Untuk kes arwah Adib, terus hukum pembunuh tu. Kalian dah tahu kan siapa pembunuhnya? Alah, takkanlah PM8 sekarang yang pegang menteri KDN sebelum ni tak ada maklumat?

Pastu, lesen arak dah boleh ditarik balik serta-merta supaya tiada lagi pemandu Cina mabuk langgar orang-orang Melayu kat jalan raya. Pastu tutup semua kelab malam! Tu semua punca orang-orang mabuk ni la.

Tangkap dan penjarakan Sajat dan begitu jugak kurung semua mak nyah yang ada.

Hotel-hotel TH tu semua TH kena beli semula daripada syarikat 'kapir'. Pastu barulah TH boleh bagi hibah sampai 8.5% kan?

Sekolah-sekolah vernakular pun dah boleh tutup. Tak payah lagi nak bawak gi mahkamah segala bagai untuk cabar kewujudan sekolah tu.

UEC pun sama, mansuhkan teruslah sebab kerajaan sekarangkan Melayu Islam, orang-orang Melayu semua dah jadi kuat macam Thanos. Kalau ada yang mintak iktiraf UEC, mintak En Hadi hembus aje dengan nafas dia tu 🤣

Oh ya, Dong Zong tu, jangan lupa diharamkan. Buat mengemak ja!

Untuk tangani Covid-19 secara lebih berkesan, haramkan semua pelancong China dari masuk Malaysia. Yang mana dah ada kat sini, halau sahaja depa balik.

Last but not least, saya rasa ini paling penting. Dah dapat semula kuasa kerajaan pusat tu, HARAMkan sahaja PARTI DAP! Barulah aman negara ini. Jadi, takdelah lagi ada orang tu nak ratib DAP, DAP lagi pasni.

Senarai di atas semua ni yang korang mintak kerajaan PH hari tu buat, kan? Dah ada kuasa ni, apa lagi? Buat ler 🤣🤣🤣

INIKAH YANG DIMAHUKAN?

Mungkin ini yang PAS nak? Perbicaraan di Mahkamah tunda sbb urusan politik?

TUGAS BERAT MENANTI MUHYIDDIN MENYUSUN JEMAAH MENTERINYA



Setelah selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pagi tadi, sekurang-kurangnya dua cabaran besar sedang menunggu Muhyiddin Yassin.

Pertama, menyusun barisan kabinet dan kedua, melantik timbalan perdana menteri.

Dengan sokongan utama daripada UMNO, Pas dan GPS, MCA dan MIC, selain sebahagian Ahli Parlimen Bersatu, Muhyiddin yang merupakan Presiden parti itu, tetapi sudah berbalah dengan Tun Mahathir selaku pengerusinya, perlantikan anggota kabinetnya adalah hampir pasti daripada parti-parti tersebut.

Tetapi, dengan UMNO mempunyai jumlah terbesar Ahli Parlimen iaitu seramai 38 orang, tidak mustahil parti itu akan menuntut jumlah menteri yang terbesar, selain mahu menguasai kementerian-kementerian yang kanan.

Siapakah pimpinan UMNO yang akan dilantik menganggotai kabinet nanti?
Apakah ia termasuk Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahmad Maslan, Ahmad Maslan, Azeez Rahim dan lain-lain yang sedang berdepan kes perbicaraan di mahkamah merupakan antara yang akan dilantik?

Mungkinkan Zahid Hamidi yang sedang berdepan 87 kes perbicaraan di mahkamah tidak diberikan sebarang jawatan menteri, walaupun beliau adalah Presiden UMNO dan antara perancang utama penubuhan kerajaan baru ini?

Sediakah Zahid Hamidi untuk dirinya diketepikan begitu saja, sedangkan rakan-rakannya yang lain diberi pelbagai jawatan dalam kementerian?

Jika tiada sebarang jawatan menteri diberikan kepadanya, tidakkah ia memperlihatkan Zahid Hamidi mungkin sukar mempertahankan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya sekarang dalam pemilihan parti tahun 2021 akan datang berbanding pemimpin-pemimpin lain yang diberikan jawatan?
Misalnya, kalau Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Ismail Sabri Yaakob atau Mahadzir Khalid diberikan jawatan menteri, apakah dengan jawatan yang disandang itu mereka tidak mahu merebut jawatan-jawatan utama dalam pemilihan UMNO tahun depan?

Begitu juga dengan Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO, peluangnya dilantik sebagai menteri mungkin tiada sama sekali kerana kedudukannya hanya sebagai Adun, bukan Ahli Parlimen.

Dengan tiada sebarang jawatan dalam kerajaan nanti, sementara pemimpin-pemimpin lain berjawatan menteri, mampukan beliau mempertahankan lagi jawatannya dalam UMNO dalam pemilihan tahun depan?

Dari segi Bersatu, perebutan atau melobi untuk menjadi menteri mungkin sudah bermula ketika ini, terutama daripada kalangan bekas menteri era PH dan kem Azmin Ali yang kini sudah menyertai parti itu.

Siapakah di kalangan mereka yang akan dilantik sebagai menteri dan siapa pula yang akan diketepikan?
Sama juga dengan bekas Ahli Parlimen UMNO yang lebih awal menyertai Bersatu di mana sebahagiannya adalah bekas menteri seperti Mustapa Mohamad dan Hamzah Zainuddin, sudah pasti mereka ini juga teringin untuk menjadi menteri semula dan adakah mereka akan diberi pertimbangan?
Begitu pun, dua Ahli Parlimen MCA dan seorang Ahli Parlimen MIC, ketiga-tiganya dijangka akan diberikan jawatan menteri untuk mewakili kaum Cina dan India.

Dari segi Pas dan GPS, perlantikan menteri mungkin tidak mendatangkan masalah kerana kedua-dua parti itu biasanya menerima saja pemberian jawatan yang diberikan.
Cabaran kedua bagi Muhyiddin melantik Timbalan Perdana Menteri.

Memandangkan UMNO merupakan blok Ahli Parlimen terbesar dalam gabungan kerajaan sekarang, kebarangkalian sangat tinggi wakil parti itu akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Apakah mungkin Zahid Hamidi yang ada 87 kes mahkamah akan diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri atas kedudukannya sebagai Presiden UMNO?

Jika bukan Zahid Hamidi, apakah mungkin Ismail Sabri dan Mahadzir Khaled yang merupakan Naib Presiden UMNO akan dilantik memegang jawatan itu?

Untuk rekod, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan hanya seorang Adun, manakala seorang lagi Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin kalah dalam PRU14 lalu dan keadaan ini tidak melayakkan kedua-duanya untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Apakah mungkin Hishammuddin Hussein atau Khairy Jamaluddin yang tiada apa-apa jawatan dalam
UMNO akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Atau mungkinkah, sebagai jalan tengah, jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diberikan kepada Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO?

Apa pun, jika tiada sebarang jawatan kerajaan diberikan kepada Zahid Hamidi, harapannya untuk mengekalkan kedudukan sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan tahun 2021 sudah pasti tersangat sukar, apalagi jika kes mahkamahnya terus berlarutan sehingga ke tahun depan. (ShahbudinHusin 01/03/2020)



LIST TUNTUTAN RAKYAT

Sani Hudsen


List tuntutan penyokong kerajaan baharu PN yang selalu berkumandang semasa kerajaan PH memegang Malaysia. 

Insya Allah ini yang akan kita sama-sama tuntut demi kesejahteraan Malaysia.

-Tutup SJK, sekolah satu aliran sahaja
-Haramkan DAP
-Haramkan Dong Zhong
-Pelajaran Jawi wajib
-Hantar pulang warga cina yang kurang ajar ke China ganti dengan Uyghur
-Hukuman mati pemandu mabuk
-Pembunuh Adib ditangkap segera
-Penyokong LTTE ditangkap dan dibicarakan segera
-RUU355 dilaksanakan
-Hukuman hudud
-Kilang arak ditutup
-Belajar sains matematik dalam bahasa kebangsaan
-Kedai nombor ekor ditutup
-Boleh hisap rokok di kedai mamak semula
-Kes terowong dan banglo melibatkan LGE dibuka dan disiasat semula
-Keluar Fatwa Status Akidah Amanah 

Ada lagi dak? Mungkin boleh kita tambah di ruangan komen. Ayuh!