MUNGKINKAH MUHYIDDIN PM PALING SINGKAT?

‘Pastikan kerajaan pintu belakang ini ditumbangkan’



‘Pastikan kerajaan pintu belakang ini ditumbangkan’
Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil menyeru rakyat Malaysia terutama golongan muda untuk menjatuhkan ‘kerajaan pintu belakang’ yang mengkhianati semangat demokrasi.
Bekas Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu berkata, rakyat Malaysia perlu memppunyai keberanian untuk membangunkan negara ini atas prinsip integriti, keadilan dan kebenaran.
“Saya ajak semua rakyat Malaysia terutama orang muda untuk menyelamatkan negara ini. Kita akan pastikan kerajaan pintu belakang ini ditumbangkan dalam mana-mana pilihan raya yang akan datang.
“Kita tidak akan memberi ruang kepada kerajaan pintu belakang ini untuk mentadbir negara Malaysia yang kita cintai ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam himpunan membantah pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan di perkarangan gedung beli-belah Sogo di ibu negara.
Menurut ADUN Permatang Pasir itu, kerajaan pintu belakang bercanggah dengan semangat demokrasi dan menghina rakyat.
“Perlembagaan telah memberikan hak kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Mengapa mereka merampas kerajaan yang sah melalui pintu belakang?
“Apa yang mereka fikirkan hanyalah kuasa politik. Jadi, ini tidak harus dibenarkan berlaku di negara ini,” ujarnya.
Pemuda AMANAH antara yang menghadiri protes membantah pelantikan Muhyiddin.
Beliau berpendapat kerajaan pintu belakang hanya demi mahukan kuasa politik bagi menyelamatkan beberapa individu daripada disumbat ke Penjara Sungai Buloh.
“Mereka tiada pilihan lain untuk menghalang kes-kes ini daripada dibicarakan.
“Hari ini rakyat Malaysia perlu ada satu semangat untuk membebaskan negara daripada kuasa politik kotor,” seru Faiz lagi.
Kira-kira 100 individu berkumpul di hadapan Sogo dan kawasan sekitar jam 5.30 petang tadi. Turut kelihatan di himpunan itu bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan.
Himpunan membantah kerajaan pintu belakang di perkarangan Sogo petang tadi.


SUDAH SAMPAI SAMPAI MASA PAS LAKSANAKAN APA YANG MEREKA CAKAP

Nizam Aka


Sudah ada dan jalan pas untuk laksanakan hukum hudud terbentang luas dengan tempoh 2 tahun lebih..Kalau masih tak mampu untuk laksana hudud dalam tempoh tersebut dengan tiada sebarang halangan,maka jelas dan nyatalah Pas ini Penipu Besar Perkudakan Agama..

Parti yang Kencing Penyokong-penyokong. Mereka Menggunakan Hukum Agama Demi Kepentingan Politik..Usahakan Laksanakan Hudud mulai sekarang..

Ingat!!Hadi presiden Pas dah sebahagian daripada kerajaan pusat sekarng ni..Malah MB Kelantan berjanji akan letak jawatan jika tak mampu laksana hudud di Kelantan..Sekarang,rakyat menjadi saksi..

Sebelum ini bukan main lagi kamu kutuk kerajaan PH atas setiap kejadian yang berlaku..Roadblock polis pun salah PH..Pemandu mabuk pun salah PH..Harga barang naikpun salah PH..sekarang kita sama-sama saksikan mereka yang perintah negara..

Politics without principles will impoverish Malaysia



By





Graphic: vonyaglobal.com
Principles are the fulcrum for people and politics, writes JD Lovernciear.

So we have a new man at the helm as our eighth prime minister. Will the dust settle from now? That is probably the most debated question in Malaysia now.
We need to pause and reflect as the nation remains embroiled in a tense, unpredictable, unsettled faux paus and political quagmire.
Between the people and politics rests principles – the fulcrum that drives the future across the world.
So let us take a clean sheet of paper and list the following:
What are the principles by which we as a nation of people live by?
What are the principles that drive our business communities from the solo trader to the boardroom of powerful directors and oligarchs?
What are the principles that hold each community of believers of the various faiths as they profess to journey with fellow citizens of differing faiths?
What are the principles that professionals to blue-collar workers, NGO activists and politicians hold on to, fervently?
If these principles are not in sync with the universal truths that accompany the journeying of all of humanity, then we will be in perpetual crisis as a nation.
If universal principles – truth, justice, honour and dignity of life and governance, upon which every spiritual tradition draws is tenets – are ignored, and no matter what politicians and religious leaders promise and what people chase for, we will never realise a blessed nation.
So what are the answers we can courageous list? What exactly are the principles that best describes the soul (or conscience and consciousness) of Malaysia?

ADAKAH TUN SEDAR AKAN TINDAKAN DAN IMPLIKASINYA..


1. Saya tidak fikir Tun M tidak sedar dengan tindakan-tindakan luar jangkaan yang dilakukannya.

2. Saya juga tidak fikir Tun M tidak sedar akan implikasi yang bakal terjadi hasil dari tindakan ini.

3. Semua orang tahu bagaimana telitinya insan yang bernama Mahathir dalam menilai, memutuskan dan melaksanakan sesuatu agenda atau misi.

4. Tetapi kenapa tindakan beliau kali ini seolah-olah seperti budak-budak main masak-masak atau seperti orang tua yang berpenyakit alzheimer?

5. Saya berkeyakinan semua tindakan yang beliau lakukan ini memang disengajakan dan dibuat secara "terancang berganda" atau diluar kotak yang berlapis-lapis. Kelihatan sangat sangat bodoh tapi strategi beliau untuk misi ini mungkin memang bertujuan agar dilihat  bodoh oleh semua pihak.

6. Beliau lakukan semua ini untuk matikan langkah dan gerakan semua musuh di pelbagai peringkat secara serentak.

5. Nampak tindakan tidak waras tapi sangat sistematik dan terancang.

6. Hasilnya:

6.1. Menafikan Anwar sebagai PM8. Saya kira ini matlamat utama beliau.

6.2. Menafikan dan pada masa yang sama berjaya mengawal kemas Anwar tanpa manouvre apa-apa. Malah Anwar terpaksa pula merayu agar Tun M jadi PM8 semula.

6.3. Apabila Tun M meletak jawatan, beliau dapat membebaskan dirinya dari ikatan perjanjian peralihan kuasa.

6.4. Beliau berjaya menaikkan wakil Bersatu sebagsi PM8 dan pada masa yang sama berjaya memastikan Najib dan Zahid duduk tepi dalam perundingan.

6.5. Umno juga terpaksa akur dengan terma rundingan yang dijalankan oleh TSMY dan Azmin serta wakil-wakilnya.

6.6. Beliau berjaya merobohkan kekuatan Anwar melalui geng kartel.

6.7. Berjaya mengelirukan pelbagai pihak dengan mempamerkan tindakan bodoh dengan cara mengeluarkan kenyataan untuk memanggil sidang parlimen pada 2hb untuk menentukan siapa PM8 pilihan. Bukan dia tak tahu perkara itu diluar bidangkuasa PM interim. Tapi saja buat-buat bodoh. Kaedah ini telah berjaya mengalihkan fokus semua pihak kepada isu tindakan bodohnya ini. Semua pihak terlalai dan membuat telahan Mahathir memang tamak kuasa dan pelbagai lagi tuduhan.

6.8. Dalam tempoh lalai inilah beliau membiarkan TSMY dan Azmin mengumpul sokongan. Mana pernah Tun M kalah kalau dia mahukan sesuatu. Tp dia buat-buat kalah kepada Muhyiddin dalam persaingannya merebut jawatan PM8. Kekalahan yang disengajakan.

6.9. Beliau membiarkan dirinya menjadi sasaran dengan tuduhan masih mahu lagi jadi PM. Hari tu apasal letak jawatan. Sekarang mahu balik. Mcm-macam lagi serangan dituju kepada beliau samada dari pihak PH mahupun pihak UMNO.

7. Sebenarnya, semua ini dilakukan demi untuk  melindungi gerakan TSMY dan Azmin dalam misi mengumpul sokongan.

8. Panjang lagi kronologi strategi buat tindakan dilihat  bodoh oleh Tun M ni, tapi cukuplah setakat ini ditulis.. Ia sudah memadai untuk memahami keseluruhan plot buat-buat bodoh yang dilakukan oleh politikus paling bijak ini.

9. Mana mungkin hilang grip dlm Bersatu. Mana mungkin 36 MP bersatu ini berpakat mengkhianati Tun M. Mana mungkin mereka boleh bertindak keras kepala terhadap Tun M dengan meninggalkan Tun M seolah-olah terkonteng keseorangan.

10. Ini semua utk kelirukan semua keadaan dan kontrol semua peringkat musuh.

11. Cakaplah apa pun, Tun M hakikatnya telah berjaya mencapai matlamat sebenar yang diingininya terjadi. Ia benar-benar terjadi.

12. Bukankah Tun M selalu ungkapkan ayat, " saya sedia dipandang hina asal negara ini tidak dipimpin oleh pemimpin yang rosak moral, perasuah dan kleptokrat.

13. Siapa yang kenal Mahathir, pasti tahu prinsip dan pegangannya. Tidak mungkin beliau akan gila talak apabila dia sudah buat keputusan dan menghantar surat perletakan jawatannya, apatah lagi dihujung usia dan telah ratusan kali mengulangi kata-kata akan pegang jawatan untuk hanya sekitar 2 tahun.

13. Tercapaikan matlamat eh....?


Mat Tepi


THE MINORITY COUP COALITION By the Sarawak Report



As it become clear that the Coup Coalition’s numbers were all smoke and mirrors, clarity is starting to emerge and ‘followers’ are evaporating.

1. There is no GPS Sarawak in the Coup Coalition. Their 18 MPs remain outside the Coup Coalition, bringing top numbers down to 106.

2. At least 6 from Bersatu are confirmed with Mahathir, bringing numbers down to 100.

3. Warisan is also not part of the Coup Coalition, bringing numbers down to 91.

4. Baru Bian has defected from Team Azmin, bringing the Coup Coalition’s numbers down to 90.

So at BEST the so-called PM8 has only 90 MPs, whereas PH 2.0 has declared a majority of 114 MPs.

It’s not over. We are taking back our country. Believe it.


PH sepakat buat undi tak percaya kepada Muhyiddin – Anwar Ibrahim*



KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan segera.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah diputuskan oleh gabungan tersebut.

Ditanya tarikh spesifik untuk parti itu membawa usul undi tidak percaya, Anwar hanya berkata terpulang kepada Dewan Rakyat.

“Kita sudah buat keputusan, (akan buat undi tidak percaya) sesegera mungkin. Sama ada 9 Mac ini terserah kepada parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu tiba di kediamannya hari ini.

Difahamkan beliau menghadiri mesyuarat bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Semalam, PH mendakwa mendapat 114 sokongan daripada Ahli Parlimennya yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Namun selepas itu,  Ahli Parlimen Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Masir Kujat (Sri Aman) nafi menyokong Tun M sebaliknya menegaskan, akuan bersumpah (SD) mereka adalah bagi menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Perkara itu didedahkan kedua-dua ahli parlimen itu sendiri menerusi dua video berasingan, dipercayai diterbitkan sebaik saja PH mendedahkan senarai ahli parlimen yang dikatakan menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri, lewat malam semalam.

Mahathir dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya memiliki sokongan 114 Ahli Parlimen, termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sudah menyediakan surat serta SD untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Untuk rekod terdahulu Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan, Muhyiddin menerima sokongan daripada 114 Ahli Parlimen, dipercayai membabitkan wakil rakyat BERSATU, UMNO, Pas, MCA, MIC, GPS dan STAR.-MalaysiaGazette

Untuk rekod terdahulu Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan, Muhyiddin menerima sokongan daripada 114 Ahli Parlimen, dipercayai membabitkan wakil rakyat BERSATU, UMNO, Pas, MCA, MIC, GPS dan STAR.-MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/03/01/ph-sepakat-buat-undi-tak-percaya-kepada-muhyiddin-anwar/

DAH LAMBAT ATAU BELOM DR MAZLEE,

Dr Maszlee Malik

Ramai yang bertanya di manakah pendirian saya? Di manakah saya selama ini?

Saya akui, saya memang mentaati disiplin parti dan bersama Presiden sehinggalah saat beliau bertolak dan pulang dari istana semalam.

Saya cuba untuk menjadi seorang ‘party-man’, seorang yang teguh dengan parti kerana saya sering ditegur oleh Kepimpinan parti yang saya tidak pandai menjadi ‘team player’, saya tidak pandai berpolitik.

Namun, setelah duduk bersama dengan para pemimpin UMNO yang turut hadir dan akan membentuk kerajaan bersama yang baru, hati saya mula merasa berat. Sangat berat.

Ada di antara mereka yang masih diselaputi isu-isu rasuah dan penyelewengan termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri, yang dahulunya puas saya berusaha membersihkan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.

Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah saya bersedia untuk menerima semula mereka?

Lalu menjadikan mereka pemimpin negara semula setelah mereka ditolak oleh rakyat dan ada di antara mereka yang sedang menghadapi proses pengadilan?

Saya dihubungi oleh keluarga, rakan-rakan, para pengundi dari Simpang Renggam, dan juga semua para penyokong.

Suara mereka satu sahaja, “Jangan khianati pengorbanan dan undi yang telah kami berikan kepada YB sehingga meletakkan YB sebagai wakil kami di parlimen.”

Saya berbincang dengan mereka yang dekat dengan saya, dan saya telah melakukan istikharah memohon petunjuk Allah.

Akhirnya pada jam 4 petang semalam, saya tekad untuk membuat keputusan yang amat berat.

Saya akui saya sayang dan bersama Tan Sri Presiden sejak dari awal, malah membulatkan tekad bersama beliau dan meyakini beliau adalah calon PM bagi parti.

Namun bukanlah sehingga menghampakan undi rakyat yang telah meletakkan kita di kedudukan kita pada hari ini. Rakyat pulang mengundi pada PRU 14 yang lalu untuk tumbangkan regim kleptokrasi UMNO-BN. Itu pasti.

Apabila keadaan sudah semakin rumit, dan saya terpaksa memilih antara ketaatan dan prinsip, maka saya telah membuat keputusan yang besar dan penting, iaitu kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan.

Kembali kepada prinsip perjuangan yang sebenar.

Mereka mengingatkan siapa saya, kenapa saya ceburi politik, dan kenapa rakyat Simpang Renggam memilih untuk mengundi saya dahulu.

Mereka tidak akan redha untuk saya bekerjasama dengan watak-watak yang sama-sama kami jatuhkan sewaktu PRU14, lantas meninggalkan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berkorban dari awal.

Keputusan ini adalah muktamad, kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan politik.

Sebagai seorang manusia biasa, saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Banyak yang berlaku dalam hidup saya sepanjang dua bulan ini. Ditendang, disalahfahami, dikecam, dimusuhi kerana isu-isu yang saya sendiri tidak pilih.

Di dalam politik, saya orang baharu. Tetapi prinsip sayangkan negara, letakkan kepentingan negara melebihi kepentingan politik, telah lama ada.

Saya memohon maaf atas kekhilafan saya selama ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menegur.

Demi rakyat, demi negara. Biar putih tulang, jangan putih mata. Membujur lalu melintang patah.

Terus berjuang dan kekal berprinsip.

Dari rakyat kita datang, kepada rakyat kita kembali.

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam
1 Mac 2020


#ISLAMMEMIMPIN..



Alhamdulillah PAS sudah bersama parti melayu islam dan  akan menegakkan syiar islam. Sebelum ni umat islam terancam dek parti DAP.. Semasa kerajaan PH, pemimpin islam tunduk kepada DAP dn semua isu-isu dibawah PH xmampu buat. Sekarang PAS bersama parti melayu islam mampu laksanakan seperti yang dituntut semasa kerajaan KENCING/HANCING..

1. Kilang arak (Carlsberg) di Malaysia ditutup semua.
2. Disko tidak lagi beroperasi.
3. Hudud dilaksanakan.
4. Tiada lagi wanita yang berpakaian seksi.
5. Filem dan drama semuanya hanya cerita Islamik.
6. Sajat dan semua LGBT akan ditangkap dan disebat.
7. Hapuskan sekolah vernikular
8. Tiada lagi jualan arak.
9.  Pemandu mabuk dihukum mati.
10. Harga minyak dikekalkan atau diturunkan. Tiada kenaikan harga minyak.
11. Dapat tangkap pembunuh Adib.
12. RUU 355.
13. Dividen TH 15%.
14. 4 buah hotel milik TH diambil semula.
15. Tiada lagi kasino dan kedai judi.
16. Cuti hari Jumaat menggantikan hari Ahad.
17. Tulisan Jawi wajib digunakan .
18. Menggunakan takwim Islam sepenuhnya.
19. Tiada lagi acara hiburan dalam majlis kerajaan.
20. Tiada bayaran balik PTPTN.
21. Mewujudkan industri2 dan gedung membeli belah milik org Islam utk menyokong BMF.
22. PAS mesti diberi jawatan menteri agama bagi memulihkan JAKIM, Tabung Haji dan Majlis Agama Islam.

PH FAILKAN INJUKSI DI MAHKAMAH TINGGI ESOK.

1. PH failkan injunksi di Mahkamah Tinggi esok untuk menghalang PM 8 daripada masuk ofis PM, berdasarkan dua keadaan:


i) PM8 sebenarnya memang tak ada majoriti at the first place. Berdasarkan duluan kes Nizar, PM8 telah hilang majoriti sama ada sebelum atau selepas angkat sumpah;

ii) Sementara nak menunggu Mahkamah putuskan isu (i), injunksi juga perlu dipohon untuk menyekat PM8 menjalankan tugas sehinggalah sidang Dewan Rakyat yang baharu diadakan pada 9 Mac 2020. Ini kerana sebagai PM, Muhyiddin boleh memohon menangguhkan sidang Dewan Rakyat sehingga satu tempoh sampailah masalah majoriti Muhyiddin diselesaikan.

 Maka jika injunksi tidak dikenakan ke atas Muhyiddin, ada kemungkinan besar undi tak percaya akan disabotaj dan tak dapat dilaksanakan bagi membuktikan Muhyiddin benar-benar tiada sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.


PH INDERA MAHKOTA DESAK AHLI PARLIMEN LEPASKAN JAWATAN.



Keadilan Indera Mahkota telah memutuskan untuk menggesa YB Dato Saifuddin Adullah meletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota kerana beliau telah khianat kepada Pakatan Harapan dan telah mengkianati mandat rakyat, oleh yang demikian satu bantahan mendesak beliau " Letak Jawatan Ahli Parlimen" akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 2/3/2020 (Isnin)
Masa: 12.30 tgh
Tempat : Hadapan Pejabat Parlimen Indera Mahkota

Sehubungan dengan itu semua ahli pakatan harapan ( PH) yang terdiri dari Keadilan,Amanah dan DAP, diseru bersama pada himpunan tersebut.

YB Saifuddin juga dilarang menggunakan apa² lambang atau kemudahan yang berkaitan dengan PH dan Keadilan.


SEJARAH TERCIPTA - PEMBANGKANG YANG MENDAPAT MAJORITI SOKONGAN RAKYAT




Kerajaan PH yang telah mendapat sokongan majoriti rakyat di dalam PRU14 yang lalu masih wujud, tidak perlu bimbang.  

Cuma, kerajaan ini telah dirampas secara tidak demokrasi di mana sebilangan MP yang khianat juga minoriti jumlahnya telah mengambil alih kerajaan pilihan rakyat ini.  

Alhamdulillah, sebagaimana awal-awal kerajaan PH memasuki Putrajaya, berlangsung dengan aman, waktu kerajaan yang telah dianiayai ini keluar pun berlangsung dengan aman.  

Yakinlah, tidak lama kerajaan yang dibentuk seperti ini.  Ibarat kita bermain bola, pihak lawan sebenarnya banyak jaringkan gol, namun pasukan kita tetap dikira pemenang.  Kita seronok kah? 

Bersabarlah, sebagaimana Anwar dan Kak Wan bersabar.  Allah tahu pihak mana yang benar, InsyaAllah, Allah akan bantu.  Mereka sendiri pun tidak nampak begitu seronok merayakan kejayaan mereka merampas kerajaan secara sebegini sebagaimana kita begitu seronok merayakan kemenangan kita pada Mei 2018.  Mereka tidak boleh berpura-pura.

Alhamdulillah, hikmahnya sedikit demi sedikit parasit di dalam parti kita jelas kelihatan dan dapat kita buang lebih awal.  Bila diuji begini, baru kita tahu siapa sebenarnya yang ikhlas berjuang dan siapa pengkhianat.

Mungkin Allah mahu bersihkan setiap dari parti kita sebelum kita kembali semula menjadi satu kerajaan yang lebih baik dari sebelum ini.  

Di hadapan kita sekarang adalah kerajaan yang kita kenali satu persatu integriti mereka.  Hanya PH sahaja yang terus menjadi harapan rakyat dan kita perlu kembali kepada rakyat.  

Bersyukurlah, kita jatuh bukan kerana ditolak oleh rakyat tetapi kerana pengkhianatan dari gerombolan yang rakus kuasa serta dibantu oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam.  

Terima kasih semua pimpinan PH yang tidak tidur siang malam untuk berusaha mempertahankan kerajaan pilihan rakyat ini.

WFAUZDIN NS


ADAKAH KERAJAAN INI BENAR BENAR KUKUH

Bob Kelanang

BAGI aku bila Muhyiddin mengenepikan Tun Mahathir, sudah satu berita baik... bila blok BN, UMNO dan PAS kembali sokong Muhyiddin juga satu berita baik... bila Azmin sembuyit sertai Bersatu juga satu berita baik...

Sebabnya dalam Bersatu... UMNO itu sendiri bukan semua sokong Muhyiddin... sokong gabungan ini... sokongan berdasarkan blok parti tidak akan kemana... ia hanya menggambarkan kerakusan Muhyidin nak jadi PM... tidak akan kekal lama... nak tengok reaksi bagaimana orang seperti Dr Maszlee, Syed Saddiq nak bersama dengan gerombolan UMNO dan PAS...

Hari ini salah satu gabungan yang paling solid adalah Pakatan Harapan... walaupun Azmin membawa keluar 11 kerusi parlimen... Pakatan masih ada 92 Kerusi... hanya perlukan 20 kerusi lagi gabungan... jika MP PKR tidak tinggal parti... hanya perlukan 10 lagi kerusi... hakikatnya hari ini apapun terjadi Pakatan Harapan gabungan yang paling SOLID...

Cuba lihat Parti Bersatu... asalnya depa hanya menang 13 kerusi masa PRU14... sekarang ada hanya 26 kerusi dari sokongan MP UMNO yang lompat bukan sebab prinsip... tapi sebab PH berkuasa... Bersatu 26 kerusi.. untuk bentuk kerajaan perlukan sokongan dari blok UMNO, blok Warisan, blok GPS , blok PAS, blok Azmin sembuyit... Bersatu perlukan 5 blok lagi... untuk bentuk kerajaan...

Mereka Bersatu akan dibentuk dengan pelbagai idealogi politik dan pelbagai haluan dan matlamat yang tidak jelas... sedangkan PH matlamatnya jelas... sebuah Malaysia Baru... DAN aku yakin... ada MP Bersatu, Warisan dan GPS sendiri suatu masa nanti akan melompat kepada PH...

Bersatu terlalu bercita-cita tinggi untuk jadi PM... jadi teruskanlah... jika Muhyiddin berjaya jadi PM pun... Muhyiddin boleh jatuh pada bila bila masa dalam Dewan Rakyat... bila-bila masa PH akan boleh buat undi tidak percaya...

Gabungan DAN Kerajaan begini tidak akan menyakinkan pelabur DAN ekonomi... jadi berfikirlah... masih ada ruang semua ahli parlimen berfikir demi masa depan Ekonomi Negara - Ipohmali, edited by Bob



TERKINI

Tun x dpt berkomunikasi dgn istana..maka SD x dpt d serahkan..tsmy akan terus angkat sumpah

X bnyk yg boleh kita lakukan selain dr mendesak sidang parlimen d segerakan

Namun cabarannya ialah..kerajaan boleh tangguh shgga 6 bulan dr jadual asal

Sehingga tunggu sidang berlaku..  Pelbagai blh berlaku..kebimbangan kita sokongan boleh beralih arah

Usul undi x percaya akan jd sukar..namun dlm politik..anything can happen

TEEKINI



YDPA TIDAK TERIMA MENGADAP MAHATHIR.

TERKINI

*TERKINI*

*Jam 8.20 pagi tadi, pegawai Tun M dilihat memasuki Istana bersama beberapa dokumen*

*KEMELUT POLITIK NEGARA*




*SENARIO SATU*

Sebelum Muhyidin (bekas menteri KDN yang bertanggungjawab dalam isu kematian Adib yang diserang hebat oleh UMNO dan PAS) angkat sumpah sebagai PM, kemungkinan YDPA akan perkenan menerima  mengadap Tun dan rombongan utk mempersembahkan 117 SD (mungkin bertambah sehingga 120 SD) menyokong Tun sebagai PM. 

Jika YDPA berpuashati, maka titah perkenan kepada Muhyidin akan ditarik balik dan mengeluarkan titah baru memperkenankan Tun angkat sumpah sebagai PM seterusnya membentuk kabinet kerajaan PH

*SENARIO DUA*

Jika atas apa-apa kemungkinan SD tersebut gagal diserah dan Muhyidin mengangkat sumpah sebagai PM, maka dalam Persidangan Pertama Parlimen (dijadualkan pada 09 Mac 2020) beliau perlu melantik seorang Speaker baru bagi menggantikan Speaker Kerajaan PH, jika Parlimen gagal meluluskan pelantikan Speaker baru kerana kekurangan majoriti, maka PM wajib meletak jawatan atau Parlimen dibubarkan.

Usah perjudikan nasib negara dan rakyat kerana kegilaan kita mengejar jawatan. Terimalah realiti sebenar seperti yang rakyat telah putuskan dalam PRU-14 yang lalu.


JIKA YDPA TERIMA,PILIHAN AKHIR DEWAN DAN PM PUTUSKAN PILIHANRAYA.



222 Kerusi
114 = Muhyiddin Yassin pada jam 10am tadi..
108 = Tun Mahathir ( Pakatan Harapan )

6 Orang MP lompat ke PH petang tadi ...
108 + 6 = 114 MP yang sokong PH

Now , Siapa majoriti ?
Itu belum campur dengan 1MP GPS lompat ke PH
Warisan akan lompat sokong Tun..

Soalan sekarang...
Berapa jam Muhyiddin Yassin jadi PM Malaysia ?

Istana masih menunggu SD dari Tun..😘😁 , bukan sekadar nama tapi bawa sekali semua MP keseluruhan ke Istana...