HEBAHAN SEGERA

πŸ’’ *Untuk Hebahan Segera*

*SOLIDARITI MENGIRINGI AHLI PARLIMEN KEADILAN MENGHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN    AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH*

=======
*DAULAT TUANKU*
=======

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengajak anggota Keadilan untuk sama-sama mengiringi Ahli Parlimen Keadilan yang akan merafak sembah menghadap Tuanku YDPA Agong pada hari esok, 26 Feb 2020.

Kita akan sama-sama menyambut ketibaan kepimpinan Keadilan di perkarangan *pintu 2* Istana sambil mendoakan keputusan yang terbaik daripada Yang Amat Mulia Tuanku.

*SOLIDARITI BERSAMA AHLI PARLIMEN KEADILAN*
πŸ—“ *Rabu - 26 Feb 2020.*
⏰ *10.00 pagi.*
πŸ“ *Perkarangan Pintu 2 Istana Negara.*
https://maps.app.goo.gl/wpyGX72fgbUj5x628

======
*DAULAT TUANKU*
======

#TeguhSetiaDSAI.
#AMK

PH dijangka bentuk kerajaan semula



Ditanya mengenai kemahuan Umno dan PAS agar pilihan raya umum diadakan, Khalid berkata, mesyuarat tadi tidak membincangkan hal tersebut.
Pakatan Harapan dijangka akan membentuk kerajaan sekali lagi dengan memperolehi majoriti mudah, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
Malaysiakini melaporkan, ditemui di luar Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Khalid berkata banyak isu dibincangkan dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden PH petang tadi.
Ditanya keyakinannya PH akan mendapat majoriti di Dewan Rakyat, Khalid berkata: “Insya-Allah, (tapi) majoriti dua per tiga adalah hal masa lalu. Majoriti mudah, mencukupi,” katanya.
Ditanya mengenai kemahuan Umno dan PAS agar pilihan raya umum diadakan, Khalid berkata, mesyuarat tadi tidak membincangkan hal tersebut.
“Tak, kami tidak membincangkannya.
“Mengapa kita perlu bazirkan wang untuk pilihan raya apabila kita oleh dapat (majoriti) yang jelas,” katanya.
Sementara itu Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, berkata PH mencapai persetujuan dalam mesyuarat hari ini, namun hanya akan mengumumkannya esok.
Ditanya mengenai calon perdana menteri yang disepakati PH, Salahuddin berkata: “Esok.”

ESOK PH AKAN MENGADAP YDPA

Sehingga Jam 8.30 mlm...

Alhamdulillah, done...

PH sudah mempunyai majoriti mudah utk membentuk Kerajaan baru...

Rombongan MP2 PH akan mengadap YDPA di Istana Negara esok pagi...

Sama2 kita nantikan pengumuman rasmi esok...

PELUANG ANWAR CERAH, KU LI PESAING TERDEKAT



Apabila perletakan jawatan Tun Mahathir Mohamad telah diterima oleh Yang Dipertuan Agong dan kemudian diperkenan untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu perlantikan Perdana Menteri baru dibuat, ia adalah gambaran yang jelas tentang pengakhiran karier buat beliau.

Dalam proses Yang Dipertuan Agong menembual kesemua 222 Ahli Parlimen bagi mengetahui siapa yang mereka mahu pilih untuk jadi Perdana Menteri yang baru, nama Tun Mahathir sepatutnya tidak boleh dipilih lagi.

Beliau sudah meletakkan jawatan dan perletakan jawatannya telah diterima, jadi mengapa mesti dipilih semula?

Isyarat penerimaan perletakan jawatannya oleh Yang Dipertuan Agong adalah tidak diragui iaitu Tun Mahathir sendiri tidak mahu lagi menjadi Perdana Menteri.

Jika Yang Dipertuan Agong mahu Tun Mahathir terus jadi Perdana Menteri, surat perletakan jawatannya tentu tidak diterima atau baginda pertimbangkan terlebih dahulu sehingga baginda mendapatkan maklumbalas daripada Ahli-Ahli Parlimen.

Perlantikannya sebagai Perdana Menteri interim adalah semata-mata untuk suatu tempoh yang singkat sementara menunggu Yang Dipertuan Agong mendapatkan maklumbalas siapa yang lebih layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri melalui temubual yang akan dilakukan terhadap kesemua 222 Ahli Parlimen.

Seolah-olah suatu penghinaan kepada kedudukan Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara atau baginda seperti boleh “dipermain-mainkan” jika setelah perletakan jawatan Tun Mahathir diterima oleh baginda, tetapi tiba-tiba orang yang sama dipilih untuk datang semula mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan baginda.

Atas premis itu, diberitakan calon-calon Perdana Menteri yang tersenarai untuk dipilih adalah Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah dan Hishammuddin Hussein.

Nama Tun Mahathir tidak lagi dipilih atau dipertimbangkan semula kerana beliau sendiri sudah secara rela hati meletakkan jawatan dan perletakannya pula telah pun diterima dengan senang hati oleh Yang Dipertuan Agong.

Zahid Hamidi dan Najib Razak dikatakan tidak termasuk dalam senarai kerana sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah dan kes kedua-duanya sedang berjalan sekarang ini.

Tentulah tidak munasabah memilh mereka yang sedang berulang-alik ke mahkamah untuk dijadikan sebagai Perdana Menteri.

Hadi Awang pula memang tidak memasukkan dirinya dalam senarai pilihan, sama ada kerana memang tidak mahu atau beliau sedar dirinya tidak mampu mendapat sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam perkiraan tersebut, Anwar menjadi calon pilihan kerana dengan sokongan PKR, DAP dan Amanah saja beliau sudah sekitar 92 Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Jika Anwar berjaya mendapat sokongan daripada GPS di Sarawak, sedikit di Sabah dan daripada kalangan Ahli Parlimen UMNO serta Bersatu, beliau dijangka mampu melepasi jumlah 112 yang diperlukan untuk menjadikannya Perdana Menteri.

Dan selepas berjaya menubuhkan kerajaan nanti, Anwar dipercayai akan terus mendapat sokongan pihak-pihak lain, terutama di Sabah Sarawak yang selalunya berpegang kepada prinsip menyokong “government of the day”

Pencabar terdekat Anwar adalah Tengku Razaleigh yang dipercayai akan mendapat sokongan daripada UMNO, Pas, GPS dan Warisan.

Begitu juga dengan Hishammuddin, beliau turut mampu memberikan cabaran kerana disokong oleh Ahli Parlimen UMNO, kumpulan 11 Azmin Ali, sedikit daripada Bersatu dan juga GPS.

Tetapi Hishammuddin dipercayai tidak mendapat sokongan daripada Pas kerana parti itu tidak berapa mesra dengannya.

Muhyddin hampir pasti akan mendapat undi paling sedikit kerana selain Bersatu sendiri tidak solid menyokongnya, undi daripada parti-parti lain yang mungkin mampu diraihnya juga terlalu minima.

Apa pun, siapa juga yang lebih banyak diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri oleh kesemua 222 Ahli Parlimen yang akan ditemubual sendiri oleh Yang Dipertuan Agong, diharap-harapkan jumlahnya biarlah melebihi 112 undi.

Jika tidak ada yang mendapat sekurang-kurangnya 112 undi, bermakna tiada sesiapa yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri dan ia mungkin membuka ruang kepada berlakunya “snap election” atau pilihanraya mengejut dalam waktu terdekat ini. (ShahbudinHusin 25/02/2020)

INSHA ALLAH, DSAI MENJADI PILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG




Dalam beberapa jam lagi, dinamika politik Malaysia akan menjadi semakin dinamik. Selepas PAS dan UMNO secara rasminya menarik balik sokongan mereka kepada Tun Mahathir dan mencadangkan untuk membubarkan parlimen, segala perhatian mestilah ditumpukan kepada calon lain yang cukup kuat untuk menjadi Perdana Menteri.
Sementara itu, dengan segala kekuatan sokongan politik sedia ada, Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) adalah calon yang paling berkuasa. Khabarnya, dengan sokongan PKR (39), DAP (42) dan Amanah (11), DSAI hampir pasti mempunyai sokongan sejumlah 92 ahli parlimen (MPs).
Sebaliknya, nama lain mungkin hanya akan mendapat sedikit undi. Dato Seri Muhyiddin Yassin, mungkin hanya akan mendapat serpihan dari penyokongnya di Parti Bersatu. Nama-nama seperti Dato Seri Hishammuddin dan Dato Razaleigh Hamzah bahkan hanya akan mendapat sokongan yang lagi kurang.
Sumber yang dekat dengan Yang di-Pertuan Agong berkata, Raja hanya akan menyokong calon yang mempunyai sokongan yang paling banyak daripada Parlimen. Sebabnya, Agong tidak mahu masalah kekosongan kuasa ini menyebabkan ketidakpastian politik yang berpanjangan.
Sudah tentulah, sokongan ini akan meningkat seiring dengan pendirian politik PAS dan UMNO yang mahu membubarkan parlimen. Kerana, secara rasional, semua orang mahu kerajaan ini berterusan sehingga tamat penggal.

Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin


Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Apa sahaja kerajaan yang bakal ditubuhkan oleh Dr Mahathir, yang pastinya kleptoktrat tidak akan berada dalam senarainya. - Gambar fail
















KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan
 sebagai Pengerusi Parti 
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas kecewa apabila
 majoriti ahli MPT parti itu
 lebih mendengar cakap Setiausaha Politiknya, dakwa 
Datuk A. Kadir Jasin.

Kadir juga mendedahkan apa yang berlaku ketika Mesyuarat 
MPT Bersatu yang 
berlangsung di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Ahad lepas.
"Dalam mesyuarat tersebut, beliau menjelaskan mandat penuh 
yang diberikan oleh Majlis 
Presiden Pakatan Harapan kepadanya pada 21 Februari lalu.

"Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau 
melanggar prinsip dan janji 
yang dibuat (menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar
 Ibrahim selepas Persidangan
 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November nanti),
"katanya dalam tulisan 
terbaharu di blognya.
Mengulas mengenai rayuan agar menarik balik peletakan jawatan
 yang dibuat oleh ahli 
MPT Bersatu dalam kunjungan tidak dirancang ke kediaman 
Dr Mahathir, Kadir
 menjelaskan Dr Mahathir tidak melihat rayuan itu sebagai
 perkara yang penting.

"Begitu sepatutnya. Ada banyak perkara penting lain yang 
memerlukan perhatian beliau.

"Ini termasuklah menguruskan ekonomi, menstabilkan pasaran,
 meneruskan cadangan
 pakej ransangan ekonomi, berunding dengan ketua-ketua 
penjawat awam dan berjumpa
 dengan parti-parti politik utama," katanya lagi.

Kadir turut mengulas tentang cakap-cakap mengenai kerajaan 
perpaduan yang mula
 heboh sehari dua ini.

Menurut beliau, apa sahaja kerajaan yang bakal ditubuhkan oleh
 Dr Mahathir, yang 
pastinya kleptoktrat tidak akan berada dalam senarainya.

“Apa juga kerajaan yang bakal diputuskan oleh Dr Mahathir,
 satu perkara yang pasti.
 Penjenayah, kleptokrat, OKT (orang kena tuduh) dan yang
 korup tidak dijemput.

“Ini telah beliau dijelaskan kepada partinya pada mesyuarat 
Ahad lalu.

“Kedaulatan undang-undang, perbicaraan berprofil tinggi dan
 agenda reformasi akan
 diteruskan,” katanya.

Pada Isnin, Dr Mahathir menyerahkan surat peletakan 
jawatannya sebagai perdana 
menteri kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Yang di Pertuan Agong menerima peletakan jawatan itu tetapi
 telah berkenan melantik 
Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim sementara menunggu
 pelantikan perdana 
menteri yang baharu.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, 
keputusan itu selaras
 Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai pengerusi 
BERSATU selepas 
Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 
parti berkenaan keluar
 dari Pakatan Harapan.



TERKINI : WOOIII!!! Mana Semua Orang? Mana Aku Punye Orang? - Khalid Samad





Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya.


YDPA AKAN LAKSANAKAN TANGGUNGJAWABNYA SEHABIS BAIK

IBRAHIM MAT ISA


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah baginda akan melaksanakan tanggungjawabnya bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani perkembangan politik semasa dalam negara.
Bermula pukul 2.30 petang ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mula memanggil menghadap seorang demi seorang Ahli Parlimen, untuk ditemubual sekitar 1-2 minit seorang bagi Baginda sendiri mengetahui dengan terang siapakah di kalangan Ahli Parlimen yang ada dirasakan layak untuk dilantik sebagai PERDANA MENTERI. Dikhabarkan juga Ketua Setiausaha Negara akan bersama menjadi saksi.
Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia, setiap individu Ahli Dewan Rakyat dipanggil menghadap seorang demi seorang. Ini selaras dengan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(2a)
Perkara 43. Jemaah Menteri.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;
JANGAN LAGI selepas ini ada yang menghina institusi Raja dengan mendakwa Agong tiada peranan!

Tak perlu PRU, PH ada majoriti mudah'-KHALID SAMAD





Tak perlu PRU, PH ada majoriti mudah'



PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum (PRU) tidak perlu diadakan ketika ini kerana Pakatan Harapan (PH) yakin memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad, berkata angka dimiliki ketika ini tidak mencecah dua pertiga, namun cukup untuk membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah.

“Tidak, kita tidak bincang mengenai PRU. Kenapa perlu bazirkan duit rakyat untuk mengadakan PRU sedangkan kita boleh dapat majoriti yang jelas.
“Majoriti dua pertiga adalah perkara lampau dan tidak perlu dibincangkan lagi. Majoriti mudah sudah cukup untuk PH membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Khalid memaklumkan mereka membincangkan banyak perkara dalam mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Umum PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyifatkannya sebagai mesyuarat yang positif.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan mereka belum menyentuh mengenai calon Perdana Menteri yang akan menerajui kerajaan baharu PH.
Ditanya sama ada mesyuarat itu membincangkan status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Khalid berkata, soalan itu perlu diajukan kepada parti terbabit.
Sementara itu, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahuddin Ayub, berkata PKR, DAP dan AMANAH mencapai persetujuan bersama mengenai perkara yang akan dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong esok.
Namun, beliau tidak mendedahkan perkara yang dicapai, sama ada calon Perdana Menteri bagi PH atau memilih untuk membubarkan Parlimen.




Selamat tinggal Azmin dan Muhyidin.



Selama ni duk kutuk Tun macam-macam, tuduh Tun nak angkat Azmin, tuduh Tun cover kes video Azmin, tuduh Tun rancang kerajaan pintu belakang dengan PAS dan UMNO.... Tun diam tidak menjawab buat-buat tak dengar, rupanya menguatkan lagi andaian bahawa diam Tun seperti mengiyakan segala tuduhan.

Azmin sudah naik syok kerana menyangka Tun di belakang gerakannya mencari sokongan dari MP PAS dan UMNO, kononnya untuk menandatangani SD menyatakan sokongan kepada Tun jadi PM hingga akhir penggal.

Tun diam, kerana dia sudah janji akan lepaskan jawatan selepas Persidangan Apec bulan November nanti.

Rupa-rupanya, dengan PAS dan UMNO, Azmin merancang untuk merampas kerajaan melalui pintu belakang... Akhirnya dia dapat memujuk Muhyidin dan Bersatu untuk mengkhianati Pakatan Harapan... Semuanya dilakukan dengan menjual nama Tun.

Hari Ahad, MT Bersatu mengadakan mesyuarat... Dalam mesyuarat itu baru Tun tahu Bersatu mahu keluar dari PH... Tun tak setuju... Mesyuarat menjadi tegang... Muhyidin tak sangka Tun tak setuju.... Kerana dia sudah merancang dengan Azmin dan oran-orangnya, bersama MP UMNO dan PAS untuk ke Istana Negara pada sebelah petangnya, mengadap YDP Agong.

Mereka pergi juga ke istana, Tun tak pergi.... Mereka plan nak suruh Tun maklumkan kepada Agong mereka sudah cukup number untuk membentuk kerajaan.... Bila Tun tak pergi, 30 buah kereta vip yang memasuki perkarangan istana negara semalam hanya kunjungan hormat sajalah.

Pada sebelah malamnya mereka buat dinner di Sheraton hotel... Tnetu majlis itu telah dirancang awal, dengan kepercayaan Tun sudah bentuk kerajaan baru petang tadi... Majlis di Sheraton hotel itu pun Tun tak datang.

Hari Isnin.... Pagi, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim berkunjung ke rumah Tun... Selesai saja perjumpaan itu, tiba-tiba Muhyidin mengumumkan Bersatu keluar dari PH... serentak dengan pengumuman dari SUA PKR bahawa Azmin dan Zuraida dipecat dari PKR, sebelum Azmin sempat mengumumkan keluar parti.... Apa maknanya...?

Maknanya kerajaan PH sedang dikhianati oleh Muhyidin dan Azmin... Tindakan Muhyidin seolah-olah memaksa Tun menurut rancangan mereka, kerana kononnya mereka punya majoriti untuk menubuhkan kerajaan Melayu... Tun tidak mahu menurut rancangan itu kerana itu adalah pengkhianatan kepada parti-parti dalam PH..... Dalam keadaan yang mendesak dan memerlkan Tun membuat keputusan yang spontan itu, dengan tidak di sangka-sangka Tun mengumumkan letak jawatan sebagai PM.

Belum habis lagi, kerana MP Bersatu mempunyai SD menyokong Tun sebagai PM, malas nak terbabit dalam drama itu, Tun umumkan pula letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu...... tergolek Azmin dan Muhyidin.

Sekarang YDP Agong lantik Tun sebagai PM Interim... sementara dilantik PM yang baru yang punya sokongan majoriti di kalangan MP.

Jadi nampak gayanya selepas ni, Tun Mahathir jadi PM ke-7, kemudian jadi PM Interim sekejap, kemudian PM ke-8 pun Tun Mahathir jugak, hingga Persidangan Apec, selepas itu Anwar jadi PM ke-9.... Selamat tinggal Azmin dan Muhyidin.


LANGKAH SHERATON SUATU PENGKHIANATAN 

1. Di mata Rakyat Azmin, Zuraidah & kuncu-kuncu nya adalah pengkhianat yg sanggup mengkhianati pemimpin utamanya DSAI, Partinya dan gabungan PH yg di beri mandat pada pilihanraya ke-14 yg lepas. Ini menjadikan kerajaan pertama dalam sejarah terkulai di tengah jalan. 

2. PBBM juga rakan culprit pengkhianatan secara jelas apabila keseluruhan partinya bersetuju utk pembentukan suatu Pakatan Baru. Hasrat mereka utk menjadi kuasa parti penentu terbesar hancur lebur. 

3. Apakah PBBM mengatur langkah daripada awal tanpa pengetahuan Tun M langsung? Apakah Tun M akan bersetuju utk meneruskan Pakatan baru itu sekiranya kelompok tertentu yg terlibat dgn kes jenayah pada malam itu tidak hadir atau tiada dlm list? Mana mungkin parti-parti yg lain percaya andainya ia bukan datang drp Tun? Hanya Tun yg ada jawapannya ini. 

4. Sekiranya benar Tun M tidak tahu menahu, maka pastinya Azmin & PBBM menjadi jurujual paling hebat yg menjaja nama Tun M kesana dan kemari. 

5. Perancangan yg di buat separuh masak menjadikan Tun M, terus bertindak mengasingkan diri daripada kelompok pengkhianatan PBBM dengan melepaskan jawatannya sbg pengerusi, sekaligus menamatkan kegembiraan azmin, zahid, hisham yg berpeluk-pelukan di awalnya. 

6. Kini, Azmin & the geng hilang arah. Begitu juga PBBM. kembali menagih Tun kembali semula kpd PBBM. 

7. PAS juga terkedu. Perancangan utk merampas kuasa daripada jalan belakang kecundang. Impian utk melihat pemimpin mereka menjadi menteri hancur lebur. Luluhlah hati walauan-walauan.

8. Group Azmin, PBBM & PAS adalah perancang utama. Kisah mereka ini bakal tercatat dalam sejarah moden Malaysia sebagai "Suatu pengkhianatan-Rampasan kuasa yg Gagal"

9. Atas apa jua alasan mereka ini, rakyat tidak buta dan bodoh utk menilai betapa hancur nya nilai moral golongan-golongan Eksekutif Negara itu yg saban hari bercakap soal etika, kejujuran, kesetian, amanah kepada rakyat. Merekalah contoh tepat pencabulan moral itu bagaimana ia di lakukan. 

10. Demi kuasa, mereka mencaturkan segalanya. Amanah pentadbiran negara di buat seperti seolah-olahnya pentadbiran negara ini seperti sebuah Syarikat. Di agih mengikut bilangan syer! 

11. Kejadian itu menunjukkan negara ini bukan milik mana-mana parti politik. Kuasa pentadbiran negara ini tidak boleh di tuntut oleh sesiapapun. 

12. Dalam sekelip mata hilang segala-galanya dek kerana tamak, gelojoh & pengkhianatan segelintirnya. Hari ini kau bukan lagi seorang menteri, timbalan menteri bukan juga sebagai kerajaan. 

13. Hari ini negara memasuki fasa baru, yg menzahirkan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agung (YDPA) di dalam mengendalikan dan menguruskan sifat tamak & gelojoh barisan Eksekutifnya. YDPA menjadi paksi keadilan, kestabilan dan kemanaan negara. Rakyat kini sudah mampu melakar senyuman, fungsi YDPA kini seolah-olahnya pulih sepenuhnya dan tidak lagi menjadi "rubber stamp" yg selama ini dikatakan hanya berperanan menurut kata dan perintah pemain-pemain politik. Tahniah YDPA. Baginda adalah sebenarnya yg telah berjaya merungkai kemelut ini dengan penuh bijaksana. 

DAULAT TUANKUπŸ™
SEMOGA INSTITUSI RAJA BERLEMBAGAAN AKAN TERUS MENJADI PAKSI RAKYAT & NEGARA

DSAI SEDANG USAHAKAN YANG TERBAIK

Slm Perjuangan shbt Reformis smua 😊

Dlm kemelut politik ini, sy harap smua bertenang. Jgn mudah termakan provokasi & jgn terlibat lakukan provokasi.

DSAI & Pimpinan sdg berusaha lakukan yg terbaik selamatkan keadaan. Alhmdulillah πŸ™ mlm ini ada kemajuan.

Teruskan doa munajat. Yakinlah, Allah & Rakyat bersama kita 😊.

Wslm.
Ust. Dr. Badrulamin.
25 Feb (1 Rejab)

*Terkini Dari Istana Negara!!!*




5.40pm

Hasil interview YDP Agung dengan MP dari UMNO, PAS dan team Azmin, berlaku perpecahan dalam mencalonkan nama PM.

PAS menamakan Tengku Razaligh Hamzah. UMNO, PPBM, MCA menamakan Ts Mahyudin Yasin dan sebahagian PPBM, Warisan dan Parti Sarawak menamakan Tun Mahathir sebagai PM.

Akibatnya berlaku pecah sesama mereka dan besar kemungkinan Anwar Ibrahim akan mendapat pencalonan majoriti daripada 3 parti PH iaitu PKR, AMANAH dan DAP.  

Menyedari kesilapan tersebut, Pakatan UMNO PAS MCA ketika ini mendesak YDP Agung membubarkan Parlimen.

PROSES MENEMUDUGA AHLI PARLIMEN AKAN BERMULA .YDPA AKAN MENYOAL KESEMUA MP

Dengan ini, secara rasmi, pembentukan kerajaan yang baru hanya boleh diketahui esok, setelah selesai proses pertemuan kesemua 222 MP dgn YDPA.. Proses 'temuduga' akan bermula jam  2.30 petang inii melibatkan 90 orang Ahli Parlimen tanpa mengira mereka mewakili parti mana..dan kemudian proses ini akan bersambung esok, setelah itu YDPA atas BUDIBICARA baginda akan mengumumkan siapakah yang dipilih secara majoriti oleh Ahli Parlimen sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA KE LAPAN..

Semoga DSAI dipilih untuk memikul amanah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke LAPAN, kita panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar urusan beliau dipermudahkan...


RANCANGAN LUNCAI, LEBAI MALANG DAN PAK KADUK MILENIUM

Yong intan

Plan A - Buat Pakatan Nasional (Bersatu, UMNO, PAS, KEADILAN kem Azmin) - gagal.

Plan B - Usul sokong Tun Dr Mahathir di Parlimen- gagal

Plan C - Kumpul Akuan Bersumpah mahu Tun Dr Mahathir kekal hingga akhir penggal - gagal.

Plan D - Bersatu ajak Tun Dr Mahathir keluar PAKATAN HARAPAN untuk bersama dengan PAS, UMNO dan KEADILAN kem Azmin) - gagal.

Plan E - Cubaan Kudeta (UMNO, PAS, Bersatu dan KEADILAN kem Azmin) - gagal.

Mungkin mereka masih ada terus merancang. Kita tidak tahu rancangan apa.

Mereka merancang. Allah juga merancang. Allah sebaik-baik perancang.

KALAU DIBERI PILIHAN, SERAH SEMULA KEPADA RAKYAT ATAU NAIKKKAN KERAJAAN YANG BUKAN PILIHAN RAKYAT, MANA SATU PILIHAN KITA?



Semua tahu, kerajaan PH telah dipilih oleh rakyat di dalam PRU14 yang lalu. Waktu itu, hanya ada tiga parti besar yang bertanding, iaitu PH, Bn dan Pas.  Akhirnya, PH menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. 

Kalaupun kerajaan PH yang dibentuk hasil dari PRU14 itu dilihat tidak mampu dan berupaya membela nasib rakyat, maka perlulah ditukar oleh rakyat mengikut proses demokrasi sepertimana biasa iaitu proses pilihanraya.

Hak rakyat harus dikembalikan kepada rakyat.  Amat malang sekali jika kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini dikhianati apabila wakil rakyat mencaturkan sesama mereka untuk mewujudkan kerajaan baru tanpa pilihanraya.  Walaupun dari segi undang2 dibenarkan, namun dari segi moralnya adakah itu wajar?

Apa pun, kita di kalangan PH sebelum ini berjaya membuktikan PH telah menggunakan kaedah yg bermoral apabila membentuk kerajaan.  Kalau pun kerajaan ini tumbang tidak sampai dua tahun angkara pengkhianatan, kita patut bersyukur kerana kita tidak terlibat di dalam pengkhianatan itu.

Lebih bermaruah menjadi Pembangkang semula daripada berada di dalam kerajaan yang "mencuri dan mengkhianati" amanah dan kepercayaan rakyat.

WFAUZDIN NS

10 HARI DARI SEKARANG



Saat ini tiada lagi barisan jemaah menteri di Putrajaya.Yang ada sekarang cuma PM Interim iaitu Tun M.Kenapa Tun M juga yang dipilih oleh YDPA ? Kerana ianya mendapat persetujuan Presiden bagi logo parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak di Parlimen iaitu Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat.Brapa lama PM Interim ? YDPA bagi masa 10 hari untuk tentukan bilangan MP yang menyokong.

Kenapa Tun M masih dipilih oleh Anwar Ibrahim ? Ini kerana pada asasnya prinsip perjanjian Pakatan Harapan dipegang kuat.Keputusan Majlis Presiden pada Jumaat 21.02.20 sudah tetapkan peralihan kuasa selepas APEC November nanti. Atas dasar itu, Anwar,Kak Wan,Mat Sabu dan LGE pergi jumpa TunM dan tanya apa sebenarnya yang berlaku.

TunM dengan rasa sedih mengaku beliau langsung tidak tahu menahu mengenai agenda khianat utk menukar kepimpinan Putrajaya dengan melibatkan blok pembangkang.

Atas dasar pengakuan ini dan kepercayaan Anwar,KakWan,Mat Sabu dan LGE terhadap TunM, maka semua sepakat memujuk dan mengekalkan TunM sebagai PM.

Siapa dalang dan jalang dalam kerja khianat ini ? Azmin Ali.

Siapa yang menjadi mangsa dan paling rugi ?
Muhyiddin Yassin.

Siapa yang paling melepasss ?
Bakal Menteri Kewangan 2 πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Apakah situasi ini akan kekal aman atau sebaliknya ? Sekarang nie harga 222 MP tersangat tinggi.Macam-macam boleh jadi.

Apakah penyelesaian yang terbaik ?

Pilihanraya semula adalah yang terbaik.

Tetapi YDPA masih memberi ruang kepada mereka yang berkenaan untuk membuktikan majoriti masing masing.

Siapa yang tersiksa ? RAKYAT MALAYSIA

sekian...

Saya tambah jika rakyat Malaysia masih buta, andalah rakyat jahat yang layak berpemimpin jahat. Kerana orang baik mana mungkin pilih pemimpin jahat. Pemimpin jadi hebat kerana anda juga! Sendiri mau ingat πŸ˜€

LANTIK SEMULA MAHATHIR JADI PM TAK SELESAI MASALAH, BUBAR PARLIMEN PILIHAN TERBAIK



Sejak Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim semalam, terdapat kecenderungan yang nyata daripada pelbagai parti untuk melantiknya semula sebagai Perdana Menteri.

PH, khususnya DAP dan Amanah sudah memutuskan untuk mencalonkan semula Tun Mahathir, begitu juga UMNO, Pas, Warisan dan lain-lain.

Kumpulan 11 yang keluar PKR yang diketuai oleh Azmin Ali dan Bersatu yang sudah meninggalkan PH, pasti juga mahukan Tun Mahathir semula sebagai Perdana Menteri.

Hanya PKR yang belum membuat apa-apa keputusan setakat ini.

Kiranya majoriti parti bersetuju mencalonkan semula Tun Mahathir, ini dengan sendirinya bermakna Ahli Parlimen Langkawi itu pada pandangan Yang Dipertuan Agong telah mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Maka, jadilah Tun Mahathir sekali lagi sebagai Perdana Menteri - dulu PM4, selepas itu PM7, kemudian PM interim dan akhirnya PM8.

Ehhh....Malaysia ni tiada orang lain ke yang layak nak jadi Perdana Menteri?

Asyik-asyik dia - lepas dia, dia - kemudian dia lagi!!

Dalam hal ini, di ketika Yang Dipertuan Agong dipercayai bermula hari ini akan memanggil ketua-ketua parti ke Istana Negara untuk mendapatkan pandangan mengenai calon Perdana Menteri sebelum baginda membuat keputusan, adalah penting semua parti mempunyai calon yang jelas daripada kalangan sendiri untuk mengisi jawatan Perdana Menteri.

PH yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah mesti kekal dengan ketetapan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Oleh kerana gabungan tiga parti itu hanya mempunyai bilangan 92 Ahli Parlimen, mereka mesti berusaha mendapatkan sokongan daripada parti-parti lain, termasuk Sabah dan Sarawak untuk mencukupkan sekurang-kurangnya 112 jumlahnya.

Begitu juga Muafakat Nasional yang dianggotai oleh UMNO dan Pas yang turut disokong MCA serta MIC yang
mempunyai bilangan 59 Ahli Parlimen, mereka juga mesti menamakan calon sendiri sebagai Perdana Menteri.

Calonnya mungkin Zahid Hamidi, Najib Razak, Tengku Razaleigh atau Hadi Awang dan cubalah juga menarik sokongan daripada Sabah, Sarawak, kem Azmin dan Bersatu.

Tapi, tak usahlah calonkan Tun Mahathir lagi, bukankah dia yang menumbangkan UMNO dalam PRU14 lalu?

Lebih daripada itu, dalam perjumpaan dengan Anwar, Guan Eng dan Mohamad Sabu semalam, Tun Mahathir jelas menyebut, “saya tak boleh bersama dengan UMNO yang sudah rosak dan rasuah.”

Dinyatakannya juga, punca beliau meletakkan jawatan adalah kerana namanya terus dikaitkan untuk bekerjasama dengan UMNO yang menyebabkannya berasa malu seolah-olah bersama dengan golongan perasuah.

Jika sudah begitu tanggapan Tun Mahathir terhadap UMNO, apakah UMNO masih mahu mencalonkannya sebagai Perdana Menteri?

Lagi pun, jika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan tiba-tiba tiga empat bulan akan datang beliau meninggal dunia, kekalutan untuk melantik Perdana Menteri seterusnya akan muncul semula.

Ini kerana walaupun banyak parti setuju Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, tidak mungkin persetujuan itu berterusan untuk perlantikan Perdana Menteri selepasnya.

Misalnya, jika Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dan Azmin atau Hishammuddin akan dilantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, setelah Tun Mahathir meninggal dunia, tidak mungkin UMNO, Pas dan Amanah contohnya, setuju Azmin atau Hishammuddin yang sudah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri terus dijadikan pengganti Perdana Menteri.

Bermakna, mencalonkan semula Tun Mahathir hanyalah mampu memberi kestabilan yang interim saja, bukan dalam tempoh yang lebih lama.

Maka itu, adalah lebih baik semua parti atau blok mencalonkan nama Perdana Menteri sendiri dan tempoh ada ini gunakanlah sebaik-baiknya untuk menarik seberapa banyak sokongan yang boleh.

Kalau pun akhirnya semua parti atau blok tidak cukup bilangan kerusi untuk mengisi jawatan Perdana Menteri, jalan terbaik ialah Yang Dipertuan Agong mengarahkan Parlimen dibubarkan untuk mandat diserahkan semula kepada rakyat membuat pilihan.

Itulah demokrasi dan melalui keputusan pilihanraya itu nanti, semua pasti lebih puas hati. (ShahbudinHusin 25/02/2020)

SELEPAS TUN MAHATHIR,SIAPA PULA PM?

 Tun Mahathir Mohamad telah sah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong juga sudah menerima perletakan jawatan beliau itu.
Bagaimanapun, Yang Dipertuan Agong berkenan melantik Tun Mahathir sebagai sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu perlantikan Perdana Menteri yang baru selaras dengan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Selaku Perdana Menteri interim, tugas Tun Mahathir adalah menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet baru dilantik.
Difahamkan, kedudukan Perdana Menteri interim adalah selama 10 hari dan bagi tempoh itu Yang Dipertuan Agong mempunyai masa yang cukup selesa bagi menentukan pihak mana yang mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.
Namun, Pejabat Peguam Negara dalam kenyataannya menberitahu, tiada tempoh masa tertentu bagi Perdana Menteri interim dibenarkan berfungsi.
Begitu pun, sesuai dengan namanya interim, kedudukan Perdana Menteri interim adalah sementara waktu saja sebelum Perdana Menteri sebenar dilantik.
Dalam hal ini, jika Anwar Ibrahim dapat meyakinkan baginda bahawa beliau telah memiliki sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen, maka Ahli Parlimen Port Dickson itulah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru.
Dan sekiranya pihak lain pula yang ada sokongan majoriti sekurang-kurangnya 112 itu, maka pemimpin daripada kumpulan tersebutlah yang akan menjadi Perdana Menteri.
Perkembangan ini tentu saja sesuatu yang menarik kerana dalam tempoh 10 hari akan datang, perebutan mendapatkan sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen dengan sendirinya menjadi semakin rancak.
Tawaran dan janji jawatan, selain tidak mustahil habuan dalam bentuk wang ringgit akan menjadi mainan beserta tawar-menawar seumpama pasar menjual barang dagangan.
Jamuan makan dan perjumpaan di hotel-hotel juga akan turut meriah bagi tujuan yang sama.
Tetapi, apa yang diharapkan selepas perlantikan Perdana Menteri baru itu nanti, keadaan negara kembali stabil seperti sediakala dengan kerajaan dapat berfungsi secara baik memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat jelata.
Pergolakan politik yang bersilih ganti berlaku dalam PH sebenarnya sudah cukup merimaskan rakyat, terutama berkaitan ketidak-tentuan peralian kuasa, janji manifesto yang tidak ditunaikan serta dolak-dalik Tun Mahathir berhubung serah kuasa kepada pengganti yang sudah dipersetujui iaitu Anwar.
Kalaulah sejak awal tarikh peralihan kuasa dapat ditetapkan, pergolakan politik dalam PH ini tidaklah sampai ke peringkat di mana Tun Mahathir terpaksa mengambil keputusan meletakkan jawatannya lebih cepat daripada yang sepatutnya dan kemudian melepaskan jawatan juga sebagai Pengerusi Bersatu.
Bagaimanapun, keputusan Tun Mahathir meletakkan jawatan itu adalah keputusan terbaik bagi dirinya sebelum terkait dengan lebih banyak isu yang menjejaskan namanya sendiri.
Semoga dengan perlantikan Perdana Menteri baru nanti, negara akan terus aman makmur dan rakyat dilimpahi barakah yang berpanjangan dalam kehidupan. (ShahbudinHusin 24/02/2020)

RAMPASAN KUASA GAGAL – KHALID SAMAD