BERAKHIRLAH TEKA TEKI..

Mencemar Maruah
.
Hari ini, pada jam ini berakhir lah sudah semua teka teki apa yang akan terjadi pada posisi pentadbiran Kerajaan Malaysia.
.
Dari berita yang masuk dari sumber yang sangat dipercayai, dikatakan usaha ini menemuinya kegagalan yang sungguh memalukan.
.
AMANAH, yang selama ini berdiam diri dari kemelut mengeluarkan suara garang mengherdik dengan keras DS Azmin Ali, atas usaha jahatnya untuk menumbangkan Kerajaan sedia.
.
Menurut sumber saya, kegagalan yang memalukan ini adalah disebabkan Tun M sendiri yang "menegur" kepimpinan parti BERSATU melalui mesyuarat yang dipengerusikannya hari ini.
.
Sumber saya tidak dapat disahkan kesahihan walaupun dari sumber yang dipercayai, kerana pemimpin BERSATU mengunci mulut selepas keluar mesyuarat. Sampai sekarang.
.
Cuma, apa yang saya boleh laporkan disini, kalau kita melihat apa yang berlaku, perkampungan pertama dibuat oleh Azmin Ali bersama sama penyokong nya di Sheraton Hotel.
.
Dari pagi lagi, mereka kumpulan pertama yang berbuat demikian bersama sama dengan beberapa pemimpin BERSATU. Yang paling menyakitkan hati apabila Hishamuddin Rais, seorang aktivis yang dahulunya membela Anwar Ibrahim, dilihat bersama sama dengan mereka.
.
Sepatutnya, mesyuarat ini dibuat senyap sepi tanpa pengetahuan, tiba tiba terbocor berita mereka ini bermesyuarat maka secara tergesa-gesa semua parti politik pakat habis bermesyuarat.
.
Yang tinggal adalah DAP dan AMANAH sahaja, tidak bermesyuarat, walaupun mereka tahu akan apa yang sedang berlaku, fokus mereka adalah untuk Negara lebih tinggi.
.
Contoh, Lim Guan Eng perlu menyediakan rancangan pakej rangsangan ekonomi dan Dr Dzulkefly Ahmad perlu memberi kan fokus kepada pencegahan penularan wabak COVID-19.
.
Menteri DAP dan AMANAH yang lainnya fokus untuk menguruskan negara.
.
Rakyat yang mangkuk ayon adalah rakyat yang tidak melihat perkara perkara ini, kerana otak mereka tepu dengan isu agama dan bangsa yang dilaungkan oleh pembangkang yang kehabisan modal.
.
Maka ramai diantara mereka mengucapkan "alhamdulillah, muafakat nasional akan menguasai kembali Malaysia" - "melayu dan Islam akan terbela" - bertapa sempit dan berkarat nya otak mereka.
.
Mereka ingat Islam ini hanya membela Melayu semata-mata. Dia tidak tahu Islam mengajar apa yang dikatakan "keadilan untuk semua".
.
Okay, Kita teruskan sikit tulisan ini.
.
Untuk apa Tun M pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong?
.
Baik, saya beritahu.
.
Team Azmin Ali memang awal awal lagi, plan untuk "menikam belakang" Tun M. Perkampungan sesudah subuh di hotel adalah susunan strategi untuk mengumpul berapa "orang yang sokong aku"
.
GPS dan PAS memang buat meeting serentak sebab apabila meeting Team Azmin Ali berjaya, mereka akan beritahu GPS dan PAS untuk "on green light"
.
Bukan itu sahaja, mereka melalui Zahid Hamidi memang telah awal awal memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, nak mengkhabarkan yang mereka telah mempunyai sokongan yang cukup untuk membubarkan kerajaan sedia ada.
.
Perkara ini terbocor, siapa yang bocorkan, hanya Allah SWT yang tahu, yang pasti, terbocor ke telinga Tun M dan Anwar Ibrahim.
.
Tun M hanya dikatakan berkata, "let me handle this" kepada Anwar Ibrahim.
.
Sebab itu, baik Anwar Ibrahim, atau DAP, atau AMANAH buat tak tahu tak cakap apa apa di media.
.
Masing masing fokus kepada negara, sebab itu Lim Kit Siang berani mempertaruhkan jawatan Ahli parlimen kalau peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.
.
Kerana mereka lebih kenal Tun M.
.
Anwar Ibrahim menganjurkan majlis bacaan yasin sahaja dirumahnya, ahli parlimen PKR yang bersamanya dijemput hadir.
.
Tanyalah kepada pemimpin BERSATU, apa yang Tun M kata pada mereka didalam mesyuarat?
.
Sebab itu, apabila Zahid Hamidi diberitakan memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong maka Tun M terus memohon untuk sama sama menghadap yang di-Pertuan Agong.
.
Akhirnya cerita, keluar dari istana pukul 7 malam lebih, tiada apa apa berita. Tiada press conference, tiada maklum balas, sunyi krik krik krik.
.
Malu kan kena check mate dengan Tun M? Oh, APA yang Tun M Dan Zahid Hamidi cakap dihadapan YDA?
.
Sebab itu Shafie Ap

dal awal awal cakap, kami bersama Tun M, dia pun tahu kalau di cuba sailang belakang, memang "Kings" akan datang dan dia akan "Checkmate".
.
Bagaimana dia akan Checkmate, Wallahualam.
.
Yang pasti, Team Azmin Ali memang kena Checkmate kaw kaw kaw.
.
Rombakan kabinet akan berlaku dan Azmin Ali bersama Zuraidah akan dibuang.
.
Malah akan ada pemimpin BERSATU juga akan dibuang dari kabinet. Diganti dengan yang lain, mungkin dari Parti Warisan Sabah.
.
Jangan awal sangat mencemar maruah.
.
Kelak tahi terpalit ke muka.


CUKUP JUMLAH PH KEKAL


Menyokong Tun M kekal Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan

BERSATU Tun M : 6
Amanah : 11
DAP : 42
PKR DSAI : 39
WARISAN : 9
GPS : 19
UPKO : 1
STAR : 1
PBRS : 1
PBS : 1

Jumlah 130

Terima kasih semua..!

😍😍

KENYATAAN MEDIA YAB DATO’ SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI INTERIM




Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang 
di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah 
Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah 
berkenan menerima peletakan jawatan YAB Tun Dr. Mahathir bin 
Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

2. Walau bagaimanapun, Baginda telah berkenan untuk melantik YAB 
Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim sementara 
menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan 
Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

3. Justeru itu, selaku Perdana Menteri interim, beliau akan 
menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri dan ahli 
kabinet yang baharu dibentuk.

MOHD ZUKI BIN ALI
Ketua Setiausaha Negara
24 Februari 2020




TERKINI

TERKINI......

Alhamdulillah. Tun Mahathir baru saja selesai mengadap YDPA dan akan keluar bila-bila masa dari sekarang. Demi kestabilan politik Tun Mahathir dinasihatkan agar menarik balik surat perletakan jawatan tersebut dan kekal menjadi PM buat kerajaan Pakatan Harapan. Manakala sah lagi sahih kesemua MP dari GPS dan WARISAN menyokong kerajaan PH.

Jadi menteri semburit dan kesemua MP BERSATU yg telah keluar dari PH akan diganti dgn menteri yg baru. Suatu penyusunan kabinet baru akan dibuat secepat yg mungkin. Berakhirlah episod tegang politik tanah air Malaysia.

Syukur Alhamdulillah

CnP

MAHATHIR KINI LAYAK DIANUGERAHKAN GELARAN TOKOH PENGKHIANAT NEGARA



Perkembangan politik sejak semalam yang masih belum ada kesudahannya sehingga hari ini yang memperlihatkan Tun Mahathir Mohamad ingin mengenepikan PH dan membentuk kerajaan baru bersama blok pembangkang tidak lain adalah satu bentuk pengkhianatan paling besar dalam sejarah negara.

Lebih buruk lagi, pengkhianatan itu diketuai oleh Tun Mahathir sendiri yang berjawatan Perdana Menteri melalui mandat rakyat yang diberi kepada PH yang bertanding menggunakan logo PKR dalam PRU14 lalu.

Dengan kemenangan itulah meletakkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi kini beliau mahu membawa lari kerajaan yang dipimpinannya dengan mengencingkan parti-parti dalam PH yang pernah menyokong dan bersamanya untuk bergabung pula dengan blok pembangkang bagi membentuk kerajaan baru.

Tidakkah ini suatu pengkhianatan yang jelas dan nyata?

Usaha membentuk kerajaan baru bersama blok pembangkang ini tujuan besarnya hanyalah bertujuan untuk Tun Mahathir kekal berkuasa dengan lebih lama, sehingga habis penggal atau sehingga bellau mati.

Dalam hal, Tun Mahathir secara jelas telah mengkhianati konsensus Majlis Presiden PH pada Jumaat lalu yang menyetujuinya menentukan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sehingga selesai Sidang Apec, November depan.

Sebelum ini, beliau berkali-kali mengatakan hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun atau sehingga Mei dan selepas itu akan menyerahkan jawatannya kepada pengganti yang telah dipersetujui oleh PH iaitu Anwar.

Maka, dengan cuba menubuhkan kerajaan baru hanya setelah dua hari konsensus itu dimuktamadkan, apakah ia bukan suatu pengkhianatan namanya?

Ketika kempen PRU14 lalu, Tun Mahathir telah menunjukkan beliau seolah-olah insaf ingin menyelamatkan negara dengan antaranya, sanggup berbaik semula dengan Anwar, menghadiri Himpunan Bersih dan sedia bersama-sama PH melakukan reformasi dalam negara.

Dengan perubahan sikapnya itu, PH sedia menerimanya untuk ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri sementara sehingga menunggu Anwar dibebaskan daripada penjara dan diberi pengampunan.

Dengan apa yang berlaku semalam, terbukti Tun Mahathir dalam usia tua 95 yang bila-bila masa saja nyawanya boleh dicabut Tuhan telah membuktikan beliau bukan saja mengkhianati dirinya sendiri sebagai seorang manusia dan muslim, malah mengkhianti seluruh orang yang selama ini mempercayai dianya telah berubah serta insaf.

Pihak yang menang dalam PRU14 lalu adalah PH, manakala yang kalah ialah BN, UMNO dan Pas.

Secara moralnya, kemenangan PH itu tidak boleh dibawa lari oleh Perdana Menteri atau beliau cuba melompatkan kerajaan untuk bersama dengan blok pembangkang yang telah tewas.

Jika tidak mahu lagi bersama PH, Tun Mahathir sama ada harus meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atau menyerahkan semula penentuan mandat kepada rakyat dengan mengadakan pilihanraya semula.

Dalam hal ini, kalau Ahli Parlimen atau Adun yang melompat parti pun dipanggil pengkhianat, apakah jika Perdana Menteri sendiri yang membawa lari kerajaan bukan suatu pengkhianatan juga?

Tun Mahathir sebelum ini mengajak rakyat bersama-samanya menolak UMNO yang disifatkannya sudah busuk hingga ke usus serta di dalamnya penuh dengan perompak, pencuri serta penyamun.

Tetapi, dengan kini menjemput UMNO bersamanya membentuk kerajaan baru, bukankah Tun Mahathir, demi ketamakan kuasa, sebenarnya telah bersikap khianat kepada diri dan mereka yang pernah menyokongnya?

Apa yang mahu dikatanya kepada UMNO sekarang?

Setelah janji manifesto banyak dimungkiri dan janji peralihan kuasa pula dikhianati, apa lagi yang boleh rakyat percayai daripada kata-kata Tun Mahathir selepas ini?

Atas semua yang dilakukannya, Tun Mahathir pada hakikatnya layak diberikan anugerah Tokoh Pengkhianat Negara.

Tidak pernah pengkhianatan sebegini besar berlaku dalam negara kita dan tidak pernah juga seorang Perdana Menteri bersikap khianat sedemikian rupa.

Kalaulah ditakdirkan beliau meninggal dunia dalam waktu terdekat ini, bersama deretan pengkhianatannya yang masih segar dalam ingatan rakyat, tidakkah kematiannya nanti mungkin tidak ditangisi atau diratapi sama sekali?

Atau Tun Mahathir seorang yang tak pernah ingat kepada mati? (ShahbudinHusin 24/02/2020)

TERKINI..AZMIN DAN ZURAIDA DIPECAT SERTA MERTA.


Buat masa ni press dari saifuddin...DSAI hadir bersama Kak Wan, Mat Sabu dan Guan Eng.DSAI  menasihati agar menjaga tatatertib dan meminta 
bersabar dan hemah..
MPP bersetuju bahawa telah berlaku pengkhianatan terbuka yang jelas bercanggah dengan pendirian parti berkenaan dengan Perdana Menteri..akibat itu MPP mengambil tindakan terhadap penentangan terbuka  yang dipimpin oleh dalang menyebabkan keadaaan menjejaskan kerajaan PH  dan membawa kesan pada ekonomi dan politik terutama indek dan bursa  saham.
MPP  mengambil keputusan memecat Azmin dan Zuraida serta merta.
DSAI sedang bersiap untuk bertemu YTPA untuk,  proses lantikan seperti biasa.

Beberapa kes yang berkaitan akan menyusul dengan surat tunjuk sebab..

Sepertimana kes yang berlaku terdahulu, MPP terus bertindak.Azmin dan Zuraida dikatakan akan menyertai GERAKAN.

Wan Azizah akan dilantik sebagai PM dan YDPA akan kemudiannya melantik DSAI sebagai PM..akan ada proses kemudiannya.

Kuala Lumpur 24 hb Februari 2020:


Maka dengan ini disahkan... Bahawa Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, dengan rasminya telah menyerahkan jawatan PM ke-8 kepada Dato' Seri  Anwar Bin Ibrahim pagi ini!!! Ini adalah keputusan muktamad dari Tun M dan dipersetujui oleh semua pemimpin PH, parti Warisan Sabah dan juga dari pihak Istana. 


Majlis angkat sumpah dijangka akan berlangsung pada hari esok, Selasa 25/02/2020.


Pengumuman rasmi akan dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara sebentar sahaja lagi.


Tiada peralihan atau rampasan kuasa berlaku dan tidak akan berlaku pembubaran Parlimen (PRU semula). Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu menggantikan Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail.(BERITA TAK JELAS)



Rombakan atau pembentukan semula kabinet akan dilakukan sebelum atau pada 02 hb Mac 2020. Senarai-senarai baharu barisan Kabinet akan diumumkan pada tarikh yang sama.(TAK JELAS)

Azmin dan 10 lagi umum sertai Bebas

PPBM umum keluar dari PH


MAHATHIR LETAK JAWATAN..

TANPA GPS DAN WARISAN MAKA KERAJAAN PINTU BELAKANG TAK JADI.MEREKA HADIR SEMALAM TAPI TIDAK MASUK DALAM PERKONGSIAN.

TALIAN HAYAT BARU SEDANG DICARI OLEH PEMBELOT.



Talian hayat baru sedang dicari...khabarnya Azmin akan hadir ke meayuarat Gerakan petang ini..
18 yang dibawa..8 cabut...


PEMECAHBELAH MELAYU

Berpuluh tahun orang melayu berpecah belah...dari tahun 1987 membawa pula ke gahun 1998 dan kemudian lagi sekali pada tahun 2008 dan 2016...

1987 dia mengajak orang melayu membenci pas...tengku razalie dan parti semanggat 46

1998 dia mengajak orang melayu membenci anwar dan pas..

2008 dia mengajak rakyat membenci pak lah badawi...anwar dan pas

2016 dia mengajak rakyat dan orang melayu membenci umno,pas dan dato seri najib....

2020 dia mengajak membenci anwar sekali lagi...dan kali ini bergabung pula dengan pas dan najib juga umno semula

Tapi sedarkan kita dia telah mencincang lumat orang melayu ini...sedarkah kita ada rakyat yang bergaduh sehingga sekarang tidak berbaik semula. Sedarkah kita selama puluhan tahun ini dia telah membentuk beberapa generasi melayu yang rosak cara pemikiran dan sikap politiknya. Sedarkah kita sebenarnya apa yang dia buat bukan keutamannya Islam dan Allah swt...tetapi dia buat semua itu untuk dia terus kekal berkuasa...

Setelah puluhan tahun dia telah melahirkan ahli politik melayu yang boleh di jual beli tidak berprinsip dan tidak bermaruah....itu lah jasa orang tua bangsat ini kepada orang melayu...kepada negara dan kepada negara...


*40 DARI 50 MP PKR SOKONG ANWAR*




Berita diterima, 40 dari 50 MP Keadilan telah menandatangani SD menyokong DSAI.  Manakala, seorang MP belum menandatangi menyokong mana-mana  pihak .  Ertinya, kartel hanya mendapat sokongan 9 MP sahaja.

BERITA DARI MALAYSIAKINI

Ketua whip PKR di parlimen, Johari Abdul, berkata beliau memulakan inisiatif bagi akuan berkanun (SD) berbunyi: "(Saya) menyokong Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan."

Ikrar itu mengukuhkan lagi perjanjian - dicapai pada 7 Jan 2018 - dalam kalangan pemimpin tertinggi PH tetapi tiada tarikh yang jelas ditetapkan untuk peralihan tersebut.

Kata Johari, SD yang disediakannya untuk ahli parlimen PKR itu adalah tindak balas kepada kempen berterusan dibuat pihak lain bagi mendapatkan tandatangan untuk satu lagi SD yang menyokong Mahathir kekal dijawatannya sehingga PRU akan datang.

"Kira-kira 40 (ahli parlimen) daripada 50 (wakil rakyat PKR) sudah menurunkan tandatangan. Kami ada senarai yang panjang," katanya kepada Malaysiakini.

KENYATAAN MEDIA



24 Februari 2020

PECAT PENGKHIANAT

Saya berasa begitu kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat YB Mohamed Azmin Ali yang dilihat terlibat dengan gerakan untuk merosakkan gabungan kerajaan Pakatan Harapan.

Mengambil maklum perkembangan mutakhir terdapat cubaan pintu belakang bersama pembangkang untuk menubuhkan kerajaan adalah perbuatan yang amat keji dan khianat.

Mengkhianati mandat rakyat dengan cubaan merampas pemerintahan yang ditubuhkan secara demokratik, adalah permainan politik kotor dan keji.

Pembangkang yang terlibat secara langsung seharusnya bersabar sehingga Pilihanraya Umum diadakan dan bukannya merampas kuasa dengan cara keji dan licik.

Merampas kuasa dengan jalan songsang seperti ini meletakkan mereka yang terlibat sebagai tidak bermaruah dan tiada jati diri.

Anggota Keadilan yang terlibat secara langsung dengan usaha ini telah melanggar etika parti dengan cubaan mensabotaj keharmonian parti.

Justeru itu saya menyarankan kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat untuk memecat keahlian Azmin Ali dan semua anggota Keadilan yang terlibat dalam gerakan keji ini.

Tiada maaf bagi mereka yang berkhianat dalam perjuangan dan golongan ini tidak harus diberi tempat dimana-mana.

Sekian.

SYED BADLI SHAH B. SYED OSMAN
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan

Rampasan kuasa yang aneh dan songsang SESUDAH SUBUH

Rampasan kuasa yang aneh dan songsang


SESUDAH SUBUH


Terkejut dengan kejadian gila.
SEMALAM kita semua dikejutkan dengan kejadian apa yang saya namakan percubaan RAMPASAN KUASA usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan - PH. Satu pakatan untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan diketuai sendiri olehnya. Mahathir mahu merampas kuasanya sendiri?

Gerakan jenayah politik itu dilakukan bersama secara sepadu partinya Bersatu bersama Umno, Pas dan sokongan dua parti daripada Sabah (Warisan) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kejadian itu pelik dan seperti tidak masuk akal. Tetapi jika mengikut falsafah saya, tidak ada apa yang pelik dalam politik, kerana kesetiaan, sumpah dan janji dalam politik tidak pernah berlaku.

Justeru berita ini dan istilah yang saya sebut itu agak lucu dan sukar untuk diterima, macam mana Mahathir ingin merampas kerajaan yang dia sendiri jadi kepalanya. Pelik. Tidaklah salah kalau dikatakan tindakan itu "gila" kerana perbuatan Mahathir itu seperti memancung lehernya sendiri. Perbuatan itu juga suatu perjudian besar yang meletakkan cengkeram yang tinggi. Bayangkan apa jadi kepadanya kalau kudeta itu gagal? Mahathir akan jadi seperti budak yang memasukkan muka ke dalam baldi yang dipenuhi air.

Tetapi yang pelik dan tidak terduga itu sebenarnya satu realiti. Ia benar-benar terjadi dan serius. Gerakannya agak terancang tetapi tidak profesional. Kenapa saya katakan tidak profesional, kerana ia dilakukan dalam kelam kabut dan kecur (heboh) dahulu.

Beberapa rundingan berupa pakatan dikalangan pengganas dan perampas telah diadakan di Kuala Lumpur. Ia berlaku serentak di tempat berasingan tetapi membawa maksud yang sama, menumbangkan kerajaan PH dan menubuhkan kerajaan baharu. Yang dihairankan kenapa ia tidak berunding di satu tempat bawah satu bumbung, kenapa terpisah-pisah?

Rundingan dimula dengan pertemuan-pertemuan peringkat tertinggi pimpinan PPBM yang dipengerusikan sendiri Mahathir sebagai pengerusi, kemudian ia diikuti dengan rundingan atau mesyuarat oleh Umno bertempat di PWTC. Sebelum pada itu Umno dan Pas sudah pun berunding dan merancang dalam pertemuan di Janda Baik. Parti itu sudah berkahlwat di Janda Baik katanya dua malam.

Perundingan dan pertemuan seterusnya oleh satu lagi kumpulan berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya. Kumpulan ini merupakan kumpulan utama dalam rampasan itu yakni kumpulan yang mungkir dan belut daripada PKR. Kumpulan yang berkubu di hotel Sheraton ini diketuai oleh penjenayah diburu rakyat, Azmin Ali. Jangan lupa Azmin adalah penjenayah samburit yang sedang diburu oleh rakyat negara ini walaupun dia terlepas dari cekupan polis setelah ada restu dari Mahaguru Firaun tua.

Serangan dan rundingan perampas itu menjadi gempar lagi apabila ia diikuti oleh parti daripada Sabah Warisan dan juga Gabungan Parti Sarawak (GPS). Kehadiran kedua wakil dari Sabah dan Sarawak menjadi rancangan rampasan itu sebagai global dan serius. Warisan diwakili Shafei Afdal manakala GSP oleh Abang Johari Openg.

Mulanya sukar untuk mempercayai berlaku rancangan rampasan itu. Tidak masuk akal. Saya sendiri tidak percaya. Saya menolak mentah-mentah maklumat disampaikan kepada saya menjelang tengah hari semalam ketika saya berada di Kuala Tahan, Jerantut. Saya menganggap ianya sebuah spekulasi dan permainan jahat kumpulan WhastAap. Ia perbuatan bodoh oleh vandalisme politik. Sehinggalah seorang menteri menghubungi saya menceritakan latar keadaanya di Kuala Lumpur dalam tempoh enam jam menjelang petang baru ia mengejutkan saya.

"Gila," itulah reaksi saya kepada panggilan menteri itu.

Selepas Zohor, masuk berbagai maklumat berhubung rancangan rampasan itu. Di Kuala Lumpur sejak petang membawa ke malam seakan berlaku gempa bumi. Manusia menjadi tidak tenteram dan tertanya-tanya. Ramai mula menanti penuh tanda tanda dan gelisah. Mereka lupa kepada Covid-19 yang merbahaya itu seketika kerana menumpukan kepada kejadian rampasan itu.

Golongan paling sibuk ialah para wartawan. Media sosial juga mula dipenuhi dengan berbagai maklumat berbaur benar dan palsu dan ada yang menghanyirkan.

Kenapa saya menolak?
Kenapa saya menolak dan tidak mempercayai rancangan rampasan kuasa dikepalai Mahathir itu dan menganggap ia gila. Kerana kurang 72 jam Mahathir baru membuat kenyataan proses peralihan kuasa dalam PH yang menimbulkan kemelut telah diselesaikan dengan baik. Beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau akan melepaskan jawatan PM selepas Apec. Keputusan dibuat setelah majlis presiden bermesyuarat lebih dua jam.

Isu peralihan kuasa dalam PH memang menjadi masalah dan gagal dikonsensuskan dengan baik apabila Mahathir cuba memungkirinya. Ia dibincang hangat dan tegang dalam mesyuarat majlis presiden. Bagaimana pun seusai mesyuarat itu dikeluarkan satu kenyataan yang dikira meredakan keadaan apabila Mahathir dan Anwar menerima hakikat dan apa dicapai.

Semua orang mengira kenyataan Mahathir itu mematikan isu peralihan kuasa. Anwar pula menyatakan kesediaan untuk bersabar menanti bilakah tarikh dan masa penyerahan itu. Itulah asas yang menyebabkan saya menolak rancangan rampasan kuasa itu.

Saya sama sekali tidak mengira dalam usia 95 tahun, Mahathir masih bersifat macam anjing yang makan tahi tetapi tetap akan menciumnya kalaupun sudah tidak berselera lagi kerana ketiadaan gigi dan hilang rasa. Namun jelas dan nyata Mahathir tetap memiliki tabiat anjing itu, menghidu walaupun tidak makan.

Sampai ke saat ini adegan rampasan itu masih berlaku dan ditunggu apakah natijah dan akhirnya. Perampas masih berada dalam premis yang dikepong oleh orang ramai. Iya orang ramai sedang mengempong walaupun pihak keselamatan melepas tangan.

Malam tadi orang mengira peristiwa rampasan itu akan berakhir dengan sesuatu natijah. Para perampas berjanji untuk membuat sidang akhbar memberi tahu hasil rampasan itu. Pihaknya telah pun menghadap yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

Malang setelah berganjak masa beberapa kali, kenyataan dan sidang akhbar itu akhirnya ditunda dengan alasan ia memerlukan sedikit lagi masa. Semua orang kecewa, geram dan marah. Yang menanti berita kecewa, yang benci perbuatan itu geram dan kesal dengan perbuatan itu marah. Apakah rampasan itu gagal? Belum, ia masih belum berkesudahan lagi. Para perampas sedang berusaha sedaya mungkin.

Walaupun sudah ada maklumat yang mereka berjaya, tetapi kejatuhan kerajaan PH masih belum terjadi lagi. Ertinya ada keraguan dan kebimbangan dipihak perampas rancangan mereka itu dipatahkan. Kata koordinator perampas Azmin Ali, perampas tidak perlu berlengah kerana dibimbangi ia akan gagal. Tetapi soalnya kenapa ia berlarutan?

Keadaan sekarang ini terletak dan tergantung kepada Yang di-Pertuan Agong. Khabarnya Agong akan memanggil Anwar Ibrahim ke Istana untuk mendapat pandangan atau apa-apa daripadanya. Anwar tentu ada sesuatu yang hendak diperkatakan. Dan beliau juga tentu bersedia menerima apa sahaja pandangan daripada Agong berhubung perkara itu.

Apa dijangkakan Agong akan bertanya Anwar apakah beliau mempunyai sokongan cukup untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Dan kenapa Agong bersedia untuk bertemu Anwar tentu kerana Agong konfius atau ragu-ragu dengan angka yang ada di pihak perampas. Sekiranya Agong sudah yakin perampas mempunyai cukup bilangan, tidak ada sebab dan keperluan untuk Agong memanggil Anwar menghadap.

Dalam pada itu ada pendapat mengatakan sekiranya keadaan terus tegang dan kedua pihak, kerajaan PH dan perampas gagal menyakinkan Agong menurut kehendak perlembagaan, meminta agar Parlimen dibubarkan. Pembubaran parlimen ada satu tindakan yang adil dan bijak serta demokratik cara itu juga memberi kepuasan kepada rakyat.

Sekiranya perampas dianggap berjaya membentuk kerajaan, kerajaan itu nanti akan dianggap sebagai kerajaan yang haram yang lahir dari tindakan demokrasi tidak sah. Dalam demokrasi tidak ada peraturan draconian dilakukan, seperti mana halal dan haram tidak boleh disemaburkan dalam satu bekas. Ia tidak seperti diktator dan kleptokrasi yang boleh duduk sebekas bila keadaan terdesak. Tampaknya itulah yang hendak dilakukan.

Apakah Yang di-Pertuan Agong akan memberi pandangannya sendiri berpandukan perlembagaan? Situasi ini secara tidak langsung menguji dan mencabar kredibiliti Agong sebagai payung rakyat. Perlu diingat memperkenan kepada sesuatu yang dilihat batil ia boleh mencemarkan kedudukan institusi yang berdarjat dan dipanggung suci itu. Hari ini episod rampasan itu secara tidak langsung ikut sama menganggu fikiran Agong

KENYATAAN MEDIA



Pelbagai berita, khabar angin dan andaian mengenai kedudukan kerajaan Pakatan Harapan sedang berlegar atau disebar.

Bagi pihak pimpinan KEADILAN, saya menggesa semua rakyat Malaysia khususnya anggota parti untuk bersabar dan bertenang, sentiasa mematuhi undang-undang negara serta tidak menyebar maklumat yang tidak sahih.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

24 Februari 2020

APA PUN TUNGGU ANWAR MENGADAP YDPA...



Maklumat Terkini Kerajaan Baru



Daripada sumber yang boleh dipercayai dari istana, Agong sedia maklum tentang kemungkinan pertukaran kerajaan baru dan menyebabkan PH terkubur. 

Akan tetapi buat masa ini Istana tidak setuju tentang pembentukan kerajaan pintu belakang yang diusulkan, Baginda perkenan mana-mana kerajaan yang dibentuk perlulah melalui PRU dan bukan pintu belakang. 

Adalah terbaik dengan perkenan YDPA, kerajaan perlu membubarkan parlimen dan PRU15 akan diadakan serta-merta.

Standby kempen

RAKYAT MELUAT JIKA KERAJAAN PPBM, BN, PAS DIBENTUK

Mencemar Maruah:




Hari ini, pada jam ini berakhir lah sudah semua teka teki apa yang akan terjadi pada posisi pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Dari berita yang masuk dari sumber yang sangat dipercayai, dikatakan usaha ini menemuinya kegagalan yang sungguh memalukan.

AMANAH, yang selama ini berdiam diri dari kemelut mengeluarkan suara garang mengherdik dengan keras DS Azmin Ali, atas usaha jahatnya untuk menumbangkan Kerajaan sedia.

Menurut sumber saya, kegagalan yang amat-amat memalukan ini adalah disebabkan Tun M sendiri yang 'menegur' kepimpinan parti BERSATU melalui mesyuarat yang dipengerusikannya hari ini.

Sumber saya tidak dapat disahkan kesahihan walaupun dari sumber yang dipercayai, kerana pemimpin BERSATU mengunci mulut selepas keluar mesyuarat. Sampai sekarang.

Cuma, apa yang saya boleh laporkan disini, kalau kita melihat apa yang berlaku, perkampungan pertama dibuat oleh Azmin Ali bersama sama penyokong nya di Sheraton Hotel.

Dari pagi lagi, mereka kumpulan pertama yang berbuat demikian bersama sama dengan beberapa pemimpin BERSATU. Yang paling menyakitkan hati apabila Hishamuddin Rais, seorang aktivis yang dahulunya membela Anwar Ibrahim, dilihat bersama sama dengan mereka.

Sepatutnya, mesyuarat ini dibuat senyap sepi tanpa pengetahuan, tiba tiba terbocor berita mereka ini bermesyuarat maka secara tergesa-gesa semua parti politik pakat habis bermesyuarat.

Yang tinggal adalah DAP dan AMANAH sahaja, tidak bermesyuarat, walaupun mereka tahu akan apa yang sedang berlaku, fokus mereka adalah untuk Negara lebih tinggi.

Contoh, Lim Guan Eng perlu menyediakan rancangan pakej rangsangan ekonomi dan Dr Dzulkefly Ahmad perlu memberi kan fokus kepada pencegahan penularan wabak COVID-19.

Menteri DAP dan AMANAH yang lainnya fokus untuk menguruskan negara.

Rakyat yang mangkuk ayon adalah rakyat yang tidak melihat perkara perkara ini, kerana otak mereka tepu dengan isu agama dan bangsa yang dilaungkan oleh pembangkang yang kehabisan modal.

Maka ramai diantara mereka mengucapkan "alhamdulillah, muafakat nasional akan menguasai kembali Malaysia" - "melayu dan Islam akan terbela" - bertapa sempit dan berkarat nya otak mereka.

Mereka ingat Islam ini hanya membela Melayu semata-mata. Dia tidak tahu Islam mengajar apa yang dikatakan "keadilan untuk semua".

Okay, Kita teruskan sikit tulisan ini.

Untuk apa Tun M pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong?

Baik, saya beritahu.

Team Azmin Ali memang awal awal lagi, plan untuk "menikam belakang" Tun M. Perkampungan sesudah subuh di hotel adalah susunan strategi untuk mengumpul berapa "orang yang sokong aku"

GPS dan PAS memang buat meeting serentak sebab apabila meeting Team Azmin Ali berjaya, mereka akan beritahu GPS dan PAS untuk "on green light"

Bukan itu sahaja, mereka melalui Zahid Hamidi memang telah awal awal memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, nak mengkhabarkan yang mereka telah mempunyai sokongan yang cukup untuk membubarkan kerajaan sedia ada.

Perkara ini terbocor, siapa yang bocorkan, hanya Allah SWT yang tahu, yang pasti, terbocor ke telinga Tun M dan Anwar Ibrahim.

Tun M hanya dikatakan berkata, "let me handle this" kepada Anwar Ibrahim.

Sebab itu, baik Anwar Ibrahim, atau DAP, atau AMANAH buat tak tahu tak cakap apa apa di media.

Masing masing fokus kepada negara, sebab itu Lim Kit Siang berani mempertaruhkan jawatan Ahli parlimen kalau peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Kerana mereka lebih kenal Tun M.

Anwar Ibrahim menganjurkan majlis bacaan yasin sahaja dirumahnya, ahli parlimen PKR yang bersamanya dijemput hadir.

Tanyalah kepada pemimpin BERSATU, apa yang Tun M kata pada mereka didalam mesyuarat?

Sebab itu, apabila Zahid Hamidi diberitakan memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong maka Tun M terus memohon untuk sama sama menghadap yang di-Pertuan Agong.

Akhirnya cerita, keluar dari istana pukul 7 malam lebih, tiada apa apa berita. Tiada press conference, tiada maklum balas, sunyi krik krik krik.

Malu kan kena check mate dengan Tun M? Oh, APA yang Tun M Dan Zahid Hamidi cakap dihadapan YDA?

Sebab itu Shafie Apdal awal awal cakap, kami bersama Tun M, dia pun tahu kalau di cuba sailang belakang, memang "Kings" akan datang dan dia akan "Checkmate".

Bagaimana dia akan Checkmate, Wallahualam.

Yang pasti, Team Azmin Ali memang kena Checkmate kaw kaw kaw.

Rombakan kabinet akan berlaku dan Azmin Ali bersama Zuraidah akan dibuang.

Malah akan ada pemimpin BERSATU juga akan dibuang dari kabinet. Diganti dengan yang lain, mungkin dari Parti Warisan Sabah.

Jangan awal sangat mencemar maruah.

Kelak tahi terpalit ke muka.